Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Mei 2018

Netizens, Ambiga 'Tibai' Rafizi Kaw-Kaw Isu Menteri Kabinet..

Gara-gara mengeluarkan kenyataan media yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, Tun Mahathir Mohammad, Rafizi Ramli kini ditibai oleh warga maya yang menyokong Pakatan Harapan.


Menurut Rafizi, pengumuman yang dibuat oleh Tun Mahathir mengenai tiga kementerian utama iaitu Kewangan, Pertahanan dan Dalam Negeri dalam kerajaan petang tadi sebenarnya belum muktamad.

Ini kerana perbincangan berlaku tanpa melibatkan parti PKR, yang juga salah satu parti komponen utama dalam Pakatan Harapan itu.

Rafizi turut memaklumkan Tun Mahathir dalam perjalanan ke Hospital bagi menemui Anwar untuk berbincang mengenai perlantikan yang telah diumumkan sebelum ini.

Berikut kenyataan penuh Rafizi Ramli;

Saya merujuk kepada pengumuman yang dibuat YAB Tun Mahathir Mohamad sebentar tadi mengenai perlantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan iaitu Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

Saya telah ditanya mengenai ketiadaan wakil KEADILAN di dalam mesyuarat dan semasa pengumuman perlantikan.

Saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang menjadi latar belakang kepada pengumuman tersebut:

1. KEADILAN beranggapan perbincangan masih berjalan dan pengumuman yang dibuat tidak muktamad; dan

2. Sebarang keputusan mengenai apa-apa perlantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan.

YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sedang dalam perjalanan untuk berbincang dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilisasi Cheras mengenai perlantikan-perlantikan ini.

KEADILAN yakin proses rundingan yang mengikuti semangat muafakat akan membantu mengukuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN


Bagaimanapun tindakan mengeluarkan kenyataan media itu akhirnya memakan dirinya apabila rata-rata warga netizens memarahi Rafizi.



Di Twitter, Nia Madison menulis, "Salam Rafizi. Saya rasa bukan masa untuk merebut jawatan sekarang. Jangan hampakan penyokong PH dengan hal sebegini, please," katanya.

Manakala Vigneswaran pula memberikan komen, "Kepada Rafizi, parti awak dan awak ada hubungan langsung (boleh menghubungi terus) dengan Tun Mahathir, kenapa mesti awak berkata secara terbuka dan menyebabkan orang ramai memperkecilkan kepada PH," soalnya.

Dan Jiji85 pula berpendapat tindakan Rafizi seolahnya remehkan peranan dan keupayaan Mahathir dalam membuat keputusan. 

"Hati-hati sikit encik Rafizi. Tajuk kau tu membawa sangkaan seolahnya kau memperlekehkan Perdana Menteri. Seharusnya Mahathir la yang perlu menarik balik keputusan ini sebagaimana Mahathir yang umumkan sebelum ini, bukannya kau. Rakyat akan fikir wujudnya jurang antara parti dan ianya melebar," katanya. 

Di Facebook pula, Rafizi menerima lebih banyak serangan. Bertubi-tubi netizens mengkritik tindakannya yang disifatkan oleh mereka sebagai tidak bijak.

Jangan buat malulah, dah umum 
ni - Saiful

Jangan gelabah sangat nanti pasal mulut kau habis jahanam Pakatan Harapan ni - Wan Estrada

Manakala blogger pro kerajaan Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah, Penarik Beca turut memberikan ulasan peribadinya mengenai hal itu.


"Kalau la Rafizi Ramli tak bergaduh teruk dengan Azmin Ali, mungkin Saifuddin Nasution dah boleh berunding dengan Zahid Hamidi.

Puak Rafizi mahu jawatan menteri kanan kepada mereka. Mereka mahu Menteri Kewangan untuk Rafizi dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri.

Rafizi dah maki Mat Sabu sakan bila Mukhriz Mahathir jadi Menteri Besar Kedah dan Johari Abdul terlepas peluang.

Anwar sendiri tak boleh tengok muka Mat Sabu. Hang boleh buat lawak ja, Mat - lebih kurang gitu dia hina Mat. Depan2 Tun dia hina masa depa jumpak dia di hospital.

Tu aku speculate tadi tu, kalau Azmin sanggup berpakat dengan Rafizi, Saifuddin mungkin dah boleh berunding dengan Zahid.

Kesian Rafizi, dia tengah sakit hati tak dapat jadi menteri kewangan..,"
katanya di Facebook sebentar tadi.


Ambiga juga dilihat tidak bersetuju dengan sikap yang ditunjukkan Rafizi.

"PKR tolong hentikan perkara karut marut ini," katanya. (Malaysiakini)

"Saya sokong sepenuhnya perlantikan oleh Perdana Menteri. Tolong dahulukan rakyat berbanding hal lain. Rakyat sendiri berbuat demikian," tambahnya lagi.

Menghangatkan lagi, Malaysiakini juga menyiarkan rakaman audio perbualan wartawan portal itu dengan Rafizi.

Dalam perkembangan yang sama ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan Rafizi, Muhammad Sabu yang juga Menteri Pertahanan yang baru dilantik bermula hari ini berkata, kuasa melantik menteri terletak ke atas Perdana Menteri. 

"Ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri untuk melantik. Ia bidang kuasanya," jelas Mat Sabu yang tidak bersetuju dengan kenyataan Rafizi, seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today hari ini.

Mat Sabu juga menjelaskan rundingan mengenai perlantikan menteri kabinet juga sebenarnya telah selesai selepas perbincangan dilakukan dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan sebelum ini. - 12 Mei 2018.


Pernah Fikir Kenapa Siti Tak Muncul Di TV3 Selepas Lantang Mengkritik Kerajaan Dulu? Rupanya Siti Juga Jadi Mangsa Kerana Kritik BN..

Oleh : Sinar Harian

Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berterima kasih kepada Ketua Pemuda Bersatu yang juga ahli Parlimen baharu Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas keberanian beliau bersikap lebih terbuka.




Menerusi kenyataan di WhatsApp dia juga berbuat demikian, apabila turut mendedahkan beberapa gangguan diterima termasuk ahli keluarganya.

Dia juga mengaku didatangi individu yang didakwa mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri, namun pihak berkenaan hanya menyatakan kehadiran mereka adalah atas arahan seseorang.

Asyraf juga mendakwa, selepas dia memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq, dia ada menerima ugut supaya tidak berbuat demikian kerana tindakannya itu dianggap sebagai satu tanda sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda Bersatu itu.

"Kita berada di dunia yang tidak bebas melakukan apa jua termasuk membuat posting di instagram," katanya.

Namun, sejak peralihan kerajaan selepas PRU14 ini, Asyraf berkata segalanya berubah dan dia berharap keadaan akan terus kekal selamanya malah dia juga mahu melihat Malaysia terus maju. - 12 Mei 2018.

Nak Benci Najib Pun Janganlah Sampai Hina Bila Dia Datang Solat..

Oleh : Keyzer Soze

i) Jangan perlekehkan solat


 
Nak benci Najib, itu hak masing-masing.
Tapi kalau gambar dia kat masjid, nak solat, pun kau nak troll, gelakkan, agak sial la minda kau di situ.

Jangan jadi manusia yang jijik nak mencampuri urusan dia dengan Tuhan. Solat dan ibadah adalah medium komunikasi dia dengan Tuhan.


Siapa kau nak mempersendakan urusan dia dengan Tuhan? Kau tak hebatmana nak ambil kerja Tuhan. Kau tak punyai kayu pengukur untuk mengukur keikhlasan dia dalam ibadah.

Sekadar peringatan:

Bila berbicara tentang Tuhan,
Jangan ambil tugas Tuhan...

Bila berbicara tentang malaikat,
Jangan dosa pahala kau nak sukat...


---------------

ii) Tsunami Rakyat

Ledakan tsunami penentangan rakyat di dalam PRU14 sebenarnya tidak dijangka oleh kem BN.

Mereka beranggapan bahawa mereka masih boleh memenangi PRU14 meskipun pada majoriti yang tipis.

Mereka juga berandaian, sekiranya rakyat tidak berpuas hati, rakyat akan turun ke jalan raya untuk berdemo. Berdasarkan kepada beberapa demo yang terakhir, kem BN menyangka ianya tidak lagi mendapat sambutan rakyat. Oleh kerana itu, mereka berasa selesa dan yakin akan menang lagi.

Akan tetapi, rakyat sebenarnya menyimpan rasa amarahnya dan meluahkannya di atas kertas undi. Gelombang amarah inilah yang tidak langsung dijangka oleh BN.

PRU14 bukan saja mencatat sejarah baru tetapi juga telah menunjukkan kepada dunia bahawa sesebuah kerajaan yang tidak betul boleh dijatuhkan melalui pilihan raya. Tidak perlu wujud istilah "Arab Spring" atau bentuk rampasan kuasa melalui kekerasan.

PRU14 juga telah menjadi satu indikator bahawa pilihan raya masih lagi platform terbaik untuk menentukan nasib sesebuah kerajaan.

Kemenangan PH kali ini bukanlah jaminan bahawa mereka akan memegang tampuk pemerintahan untuk satu tempoh yang lama. Rakyat semakin bijak. Rakyat memerhati dan menilai.

Jika PH gagal seperti BN, tidak mustahil di PRU akan datang, mereka juga akan dijatuhkan.

Kepada rakyat Malaysia, anda telah menunjukkan satu tahap ketamadunan yang tinggi melalui demokrasi dengan menjatuhkan BN melalui pilihan raya.

Kemenangan PH adalah satu kejayaan bagi majoriti rakyat Malaysia tetapi kita jangan terlalu leka dan alpa. Teruskan memerhati dan mengawasi segala tindakan PH.

Jika mereka gagal, kita beri peluang kepada parti lain di PRU akan datang. Tunjukkan kepada politikus bahawa rakyat adalah raja. Tunjukkan kepada mereka bahawa rakyat yang berkuasa menentukan kerajaan mereka.

Kepada PH, tahniah namun jangan terlalu selesa. Tanggungjawab yang diberikan adalah amat berat. Janji perlu ditunaikan. Integriti, transperasi, keadilan, amanah dan toleransi kalian akan dinilai oleh rakyat.

Kepada BN, jadilah pembangkang yang menjadi suara rakyat sekiranya kerajaan menindas rakyat. Jadilah pembangkang yang bijak yang sentiasa membangkang berlandaskan fakta dan bukti. Hentikan berpolitik berdasarkan sentimen perkauman dan agama kerana ideologi rakyat sudah moden. Berhenti mengundang rasa jelek rakyat. Meskipun wujud sebagai pembangkang, anda tetap bekerja untuk rakyat.

Sematkan di dalam minda, tanpa rakyat, sesebuah kerajaan itu tidak akan wujud kerana rakyat adalah raja. Politikus dan pemimpin dipilih oleh rakyat adalah bekerja untuk rakyat, bekerja bersama rakyat.

Semoga PRU14 menjadi titik tolak kepada demokrasi yang telus dan lurus di Malaysia. Semoga PRU14 juga menjadi satu peringatan bahawa sebagai sebuah kerajaan, ia bukan satu jaminan selesa untuk memerintah sesuka hati.

Tahniah rakyat Malaysia.

"Rakyat yang bijak,
Tak sewenang untuk dipijak"

#PRU14

Mari Bina UMNO Semula - KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengajak semula ahli UMNO untuk bersama-samanya bagi membina UMNO semula.

Menurutnya, UMNO tidak lagi harus dilihat sebagai parti untuk golongan elit dan bongkak dan tindakan membersihkan UMNO haruslah dilakukan serta-merta.


"Saya mengajak rakan-rakan yang ingin membina semula UMNO daripada keruntuhan yang kita lihat hari ini, kerana perubahan ini mesti bermula dengan serta-merta.

Kita tidak boleh tangguhkannya lagi. Jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar untuk kita biar parti keramat ini musnah dan hilang selama-lamanya.

Saya mahu kita kembalikan UMNO kepada semangat yang asal. Di mana UMNO tidak dilihat sebagai parti yang terpisah dari rakyat, parti untuk golongan atas sahaja, parti yang tidak kisah soal integriti, parti yang dianggap bongkak dan sombong.

Saya mahu UMNO kembali menjadi parti untuk orang ramai. Parti yang jaga maruah orang Melayu, yang menjaga kemakmuran bersama kaum-kaum yang lain, parti yang tidak rasis – parti yang benar-benar berjuang untuk semua lapisan masyarakat.

UMNO tetap mempunyai tanggungjawab di kawasan-kawasan yang dimenangi walaupun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Saya faham, seluruh warga UMNO sedih dan ada yang marah akan keputusan PRU-14 ini. Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, meminta maaf kepada ahli UMNO, kerana sebagai seorang pemimpin parti, saya tidak dapat membantu parti kita mencapai kemenangan pada kali ini,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini. - 12 Mei 2018.

50 Beg Berjenama Birkin Dipindahkan Guna Van JPM Ke Unit Kondo Pavillion, PPBM Buat Laporan SPRM.

Kenyataan Media
PEMUDA PPBM MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA CUBAAN MEMINDAHKAN / MENYEMBUNYIKAN SEJUMLAH 50 “HANDBAG” BERJENAMA BIRKIN DIPERCAYAI MILIK ROSMAH MANSOR YANG SETIAP SATUNYA TIDAK KURANG DARIPADA RM200,000 KE DALAM DUA BUAH UNIT KONDO MEWAH DI IBU NEGARA.
1. Kami ada menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan daripada sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL. Setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.




2. Setiap kotak tas tangan tertera label nama si pemberi kpd penerima (hadiah pemberian). Dipercayai penerima adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.
3. Oleh kerana DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku *Exco Pemuda PPBM Nasional* ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut.
4. Selain daripada tas tangan yg mencurigakan, van yg membawa tas tangan tersebut tertera *Jabatan Perdana Menteri* dan Jata Negara Malaysia. Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa, di mana Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan utk kegunaan peribadi.
5. Satu laporan telah dibuat kepada pihak polis di IPD Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan. Pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.
6. Kami Pemuda PPBM akan terus bersuara untuk memperjuangkan hak rakyat dan melawan Najib Razak, Bapa KLEPTOKRASI Negara .
Yang Berkhidmat ,
Ben Ali 
Exco 
Pemuda PPBM Nasional
Rafiq Hakim Razali
Bendahari 
Pemuda PPBM Nasional
Azizi Sulaiman 
Exco 
Pemuda PPBM Nasional

Rancangan Najib, Rosmah Untuk Bercuti Ke Indonesia Gagal Selepas Tak Dapat Naik Kapal Terbang.

Dikemaskini : 12.19 tengahari.

Semalam tular laporan dan tangkaplayar yang memaparkan jadual penerbangan Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansur ke Indonesia yang sepatutnya berlepas pada jam 10 pagi hari ini.

Laporan itu datang dengan spekulasi yang Najib dan Rosmah mahu melarikan diri namun satu tweet dari Najib menjelaskan yang beliau sebenarnya ingin bercuti dan menghabiskan masa bersama ahli keluarga selepas lama tidak berbuat demikian kerana kesibukan kerja.


Untuk rekod, sebelum pilihanraya umum ke 14, Najib beberapa kali ke luar negara bersama isteri dan anak-anaknya termasuklah anak tirinya yang bernama Riza Aziz. Mereka dilihat ke Amerika, China dan beberapa negara lain terutamanya tahun 2016 dan 2017.

Selain bercuti, Najib juga dilihat sering mengangkut ahli keluarganya dalam urusan rasmi yang membabitkan program kerajaan di seluruh Malaysia. 

Bagaimanapun penerbangan itu dibatalkan pada saat akhir. Laporan dari Sinar Harian mengesahkan penerbangan dibatalkan atas faktor keselamatan namun BERNAMA melaporkan Najib dan Rosmah sebenarnya telah 'diblacklist' dari sistem imigresen yang menghalang mereka untuk ke luar negara.


"Jabatan Imigresen sahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitamkan dari keluar negara," memetik laporan Bernama.

Sinar Harian pula yang memetik sumber polis berkata, ini kerana terdapat ramai individu berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sejak awal pagi tadi.

"Ini adalah faktor keselamatan dan kehadiran ramai orang di sini pagi ini.

"Kami masih perlu memastikan keselamatan kepada semua individu. Rakyat ketika ini masih beremosi dan kami tidak akan membenarkan orang awam mengambil tindakan membelakangi undang-undang," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian sebentar tadi.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Najib dan Rosmah telah disenaraihitamkan oleh sistem imigresen ketika membuat semakan online yang menggunakan proksi luar negara namun Jabatan Imigresen menafikan hal berkenaan melalui Ketua Pengarah Imigresennya.

Semakan kedua kemudiannya dibuat dan mendapati larangan keluar negara telah ditarikbalik dan nama Najib dan Rosmah 'clear' untuk kemana sahaja.

Tidak dapat dipastikan kenapa terdapat perbezaan laporan dari beberapa portal berita setakat ini.


Najib pula dalam satu kenyataan terbarunya di Twitter mengesahkan larangan untuk ke luar negara. - 12 Mei 2018.

Ini Luahan Sayu Pembaca Berita Buletin Utama Selepas Kekalahan Teruk Barisan Nasional #GE14

Penyampai Berita TV3 bagi slot Buletin Utama meluahkan kesedihannya kerana dikecam bertubi-tubi oleh netizens sejurus kekalahan teruk yang dialami oleh UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 14 pada 9 Mei lepas.

Penyampai Berita itu, yang dikenali sebagai Mohd Izwan Azir sering menyampaikan maklumat separa benar apabila menyampaikan berita mengenai Pakatan Harapan selama ini. 

Buletin Utama antara yang menjadi medium utama bagi menanamkan propaganda membenci Pakatan Harapan setiap hari dengan menghasut rakyat dengan cerita-cerita rasis dan kebencian melulu.

Kesan dari itu, kebanyakan netizens pro Pakatan Harapan agak membenci pembaca berita itu yang disifatkan mereka sebagai tidak bertanggungjawab dan makan rezeki haram.


Dan ini adalah luahan Mohd Izwan Azir seperti yang dipetik menerusi akaun Facebooknya;

"Tidak ramai yang tahu, apa yang saya perkatakan ketika melakukan lintas langsung BERSIH dari balkoni Persatuan Bola Keranjang Malaysia pada 2007. Yang ramai tahu hanya aksi saya di’boo’ dalam video yang diambil seorang peserta yang sedang berarak yang disebarkan di Youtube. 


Ketika melakukan lintas langsung itu, saya mengatakan bahawa ‘peserta BERSIH sanggup untuk meredah hujan lebat dan menunjukkan semangat yang berani, tidak mempedulikan kawalan polis untuk berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyatakan hasrat mereka’. 

Sebelum itu, ketika mereka sedang menuju ke sana, dari balkoni itu saya melambai malah memberi tabik hormat kepada beberapa peserta dan mereka juga tersenyum kepada saya. 

Namun ketika dihalau polis, mereka berpatah balik dan melalui kawasan lintas langsung saya, membaling saya dengan botol air TANPA mengetahui apa yang sebenarnya sedang saya perkatakan ketika lintas langsung itu. Pengadilan dibuat kepada saya, hanya kerana saya memegang mic dengan logo TV3.

Itulah yang berlaku kini, diambang Malaysia Baharu.

Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3. Sedari dahulu lagi, sayalah yang menanggung kata-kata nista ini termasuk menghukum saya masuk neraka. Namun kerana menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Rakan-rakan saya di TV3 tahu, Izwan Azir Saleh adalah seorang yang tidak gemar politik. Ketika bertugas di Parlimen, saya lebih suka tidur daripada sibuk mencari ahli yang berhormat. Namun ketika saya harus berlintas langsung, saya akan pastikan yang saya kelihatan tip-top, segak dan tahu apa yang berlaku. Semua itu saya lakukan supaya apabila kerja saya selesai dengan baik, saya boleh pulang segera tanpa ditanya lagi oleh boss dan melanjutkan kehidupan harian saya, menikmati masa-masa bersama keluarga atau bersendirian tanpa diganggu urusan kerja.

Saya kini dihukum hanya kerana berkhidmat dengan sebuah saluran TV Pro-BN. Saya menjadi seperti Allahyarham Nordin Ahmad atau Sharif Doll yang diludah di Jalan Ampas, Singapura hanya kerana watak antagonis Datuk Laksamana Megat Seri Rama dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Samseng Kampung Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah kalian menilai hanya dari kulit, tapi bacalah isi kandungannya. Fahami bahawa golongan barisan hadapan ini adalah mentimun. Digolek juga lenyek, menggolek juga lenyek. Saya hanya cuba melaksanakan tugas saya dengan baik.

Ramai yang tidak tahu, ketika Datuk Seri Shafie Apdal dipecat daripada pentadbiran terdahulu, sayalah bersama pasukannya, membersihkan pejabat Menteri sehingga larut malam, dan berpelukan dengan rakan-rakan saya yang terpaksa meninggalkan pejabat dengan segera. 


Tetapi saya tidak perlu menceritakan semua ini, atas dasar persahabatan bersama mereka. Mereka kenal saya. Pemimpin kerajaan kini juga kenal saya, malah ada antara mereka yang sering berhubung dengan saya. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan.

Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 


Biarkanlah saya melaksanakan tugas secara profesional seperti yang telah saya lakukan selama ini. Walaupun pedas tuduhan yang anda lempar, tetapi akhirnya saya cuma manusia biasa. 

Penyampai Berita bukan pembuat dasar. Apabila diarah untuk bersiaran, saya akan lakukan yang terbaik dan apabila diarah berhenti daripada bersiaran, seperti ketika saya diminta meninggalkan pasukan Malaysia Hari Ini (MHI) Januari lalu, saya taat dan keluar dengan seikhlas hati. Itulah saya.

Saya sudah melihat sinar politik matang dikalangan pemimpin kita sekarang. Yang menang meneruskan tanggungjawab, yang kalah telah mengucapkan tahniah. 


Tetapi, kita dibawah ini juga perlu bersikap matang supaya Malaysia Baharu yang kita inginkan, akan benar-benar tercapai bukan sekadar dengan tulisan tapi dirasai dan meresap kedalam dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia.

Terima kasih anda yang faham dan mahu memahami tugas kami sebagai pemberita. Jika yang tidak mahu faham, cubalah sekali sekala memakai kasut kami. Anda akan mengerti.

Salam Hormat,"
katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat, 11 Mei 2018

Ahli UMNO #UndiRosak, Protes Antara Punca Kekalahan Di Johor.

OLEH :  DATO PUAD ZARKASHI
Hari ini Umno menyambut hari kelahirannya yang ke 72 dalam kekalahan yang tragis. Tetapi kekalahan mesti diterima. Ia bukan pengakhiran.
Perang Uhud adalah contoh terbaik. Walaupun kalah tetapi Islam tetap tersebar luas ke pelusuk dunia. Banyak pengajaran dari kekalahan Uhud. Kita mesti mengambil pengajarannya. Iaitu apa yang salah bukan siapa yang salah.

Memang kekalahan akan menyebabkan kedukaan. Paling mendukacitakan ialah kekalahan teruk BN di Johor sehingga beberapa menteri dan timbalan menteri kalah mengejut. Lagi mengejutkan ialah bekas menteri besar Johor, Khaled Nordin juga kalah di Pasir Gudang dan DUN Permas dengan majoriti yang besar.
Pada saya Khaled dan Hishamuddin patut menerima “apa yang salah” di atas kekalahan yang memalukan ini apatah lagi Johor adalah tiang seri Umno.
Seperti komen awal saya sebelum ini, Khaled telah mencemarkan konsep “Muafakat Johor” yang amat dibanggakan oleh orang Johor. Muafakat Johor telah disampahkan sehingga bertukar menjadi retorik.
Seperti juga komen saya sebelum ini Khaled dan Hishamuddin telah memfaraidkan kawasan pilihanraya di Johor untuk kroni mereka bertanding. Ramai ketua bahagian tidak diajak berunding dalam menentukan calon.
Sedangkan mereka itu adalah pimpinan yang dipilih akar umbi. Merekalah yang bertungkus lumus memimpin Bahagian untuk menghadapi pilihanraya. Tiba-tiba mereka diketepikan begitu sahaja.
Maka apakah musibahnya? Kali ini berlaku undi protes dari dalam. Orang Umno melakukan beberapa tindakan balas. Antaranya merosakkan kertas undi, tidak keluar mengundi dan paling teruk ialah mengundi pembangkang.
Itu yang berlaku di Johor. Bukan satu yang rahsia, apabila banyak jentera BN yang bercakap, mereka bekerja hanya berpura pura tetapi dalam hati akan mengundi pembangkang.
Ahli Umno memprotes cara Khaled dan Hishamuddin menentukan calon di Johor. Maka timbullah cakap caka di kalangan ahli Umno sendiri untuk mengajar Khaled khususnya. Dan ia terjadi iaitu tsunami yang turut disertai oleh orang Umno sendiri.
Sebab itu ahli Umno sendiri perlu bangkit dengan berani. Pilih pemimpin parti yang layak. Hapuskan politik “warlord” dalam Umno. Kalau ahli Umno tidak berani melakukannya, Umno akan menghadapi kesukaran untuk bangkit semula.
Memang Najib Razak telah melakukan yang terbaik untuk negara dan parti. Tetapi rakyat seperti dibelenggu dengan persepsi negatif yang tidak lagi boleh diubah.
Najib harus menyedari sikap yang tegas adalah penting. Dia seorang yang “polite” tetapi apabila dia tidak “firm” maka dia akan kalah dengan warlord dalam Umno yang akhirnya boleh mengubah sistem, dasar dan keputusan yang sepatutnya baik. Di penghujungnya perkara yang sepatutnya baik berakhir menjadi tidak baik
Contohnya kuota untuk wanita menjadi calon. Ia penting tetapi jangan sampai moral dan merit calon dkompromikan. Akhirnya ia menjahanamkan imej parti. Umno memang tidak bernasib baik.
Tidak seperti parti pembangkang. Walaupun terpalit dengan isu moral, rakyat tak kesah sebab itu Mat Sabu boleh menang dengan majoriti 71,142 di Kota Raja.
Saya hanya mengatakan “apa yang salah” yang boleh menimbulkan keresahan dalam Umno.
Oleh kerana saya mengkritik “sistem Umno yang rosak” maka sistem ini perlu dibaiki semula. Selepas itu pemimpin mesti “firm” mempertahankannya. Jangan diubah ubah.
Jika tidak, “trust deficit” terus merebak di dalam dan luar Umno. Umno boleh bangkit semula seperti LDP bangkit di Jepun.
Tetap bersama Umno Perjuangan. Hebatkan Umno!
DATUK MOHD PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis Tertinggi Umno dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Wartawan Kongsi Cerita Diselamatkan Dari Perusuh Dengan Hanya Menyebut Nama Mahathir..

Oleh : Wan Kamarudin Wan Ibrahim

Tahun 2006, saya diamanahkan menjadi hos sebuah travelogue ke garisan krisis dan zon perang, ‘Ziarah’.

Satu episod tu kami kena masuk Afghanistan, jadi kami pun atur perjalanan dari Peshawar, Pakistan menuju Kabul untuk ke Bamiyan.




Di Genting Kyber (no man’s land), wilayah tak da undang-undang la senang cakap, kita dapat tengok rumah2 yg diperbuat dari tanah liat berdinding tinggi penuh dengan lubang2 ditembusi peluru.

Kawasan ni memang ada saja pertembungan antara puak.

Kita naik dua kereta sewa. Saya dan Dangsuria Zainurdin dan seorang jurubimbing perjalanan warga Pakistan dalam kereta sewa depan. Jurukamera dan krew lain Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah kereta belakang.

Tiba2 nak jadi cerita hari tu, ketua puak sebuah kampung menyekat laluan lalulintas. Berderet2lah kenderaan dengan bunyi hon yg bingit. Dia orang protes, mintak kerajaan Pakistan bekalkan elektrik 24 jam pasal kat situ tak da bekalan elektrik.

Pemandu kereta sewa kami nak tunjuk terror dan mungkin jugak kejar ‘trip’, dia dah buat pandai sendiri. Dia cilok masuk kot laluan celah rumah2 kampung tu. Yang bestnya kereta lain pulak ikut sekali. Panjang pulak yg mengikut kereta kami lalu celah2 rumah tanah liat tu.

Vroom sana vroom sini, cari punya cari laluan ke jalan utama balik. Bila final vroom, kereta kami keluar betul2 tempat penduduk kampung buat protes, melintang satu treler panjang blok laluan 2 lorong di kawasan pergunungan tu.

Saya dah mula rasa cemas, tiba2 keluar dr perkumpulan tu adalah ketua kampung sendiri dengan pedang samurai panjang berkilat! Mata dan muka ketua kampung tu merah padam pasal kereta kami yg mulakan laluan tu dan tak ikut arahan dia.

Saya memang kecut perut dan mampu dok baca dalam hati ‘Lailahailla antasubha nakainnikuntuminazzalimin...’

Ketua kampung arahkan pemandu kami keluar dan mereka seolah bergaduh. Lama jugak. Orang lain dalam kereta2 belakang pun tak berani keluar langsung.

Memang kami tak faham la pasal mereka cakap dalam bahasa Poshtun. Tiba2 saya dengar pemandu kami cakap ‘MALAZI MALAZI MALAZI’ (lebih kurang ahhh).

Lepas tu, ketua kampung dengan pedang samurai tu berlari ke arah kami. Ya Allah, masa tu saya rasa dah macam darah dah tak jalan dah.

Melalui tingkap kereta yg dibuka, dia tengok tepat kat mata kami dengan mata bulat merah dan berkata...”PASSPORT!!!!”

Terketar2 kami cari passport kat dalam bag dan bagi kat ketua kampung tu.

Dia belek2 dan akhirnya kata kat kami “MALAYSIA?MALAYSIA?!!!"
Kami buat muka kesian cakap "YESSS’...

Tiba2 dia cakap lagi “MALAYSIA? MAHATHIR? MALAYSIA? MAHATHIR?...”

Kami buat muka lagi kesian “Yes...”

Lepas tu, kami terkejut giler dia kata “Go!”

Ketua kampung tu akhirnya lepaskan kereta yg saya naik dan kereta krew sahaja.

Nasib kereta lain kami tak tahu.

Bila dah lepas kawasan tu, pemandu tu kata kat kami “MAHATHIR SAVED US!!!”

Jantung saya macam stop kejap, pasal kat tempat terasing dari urusan dunia macam tu pun, mereka boleh sebut nama MAHATHIR.

Saya tak dapat nak describe perasaan kagum dan bangganya masa tu jadi rakyat Malaysia.

Tahun 2017, tahun lepas pulak saya ke Yemen yang tengah ada perang saudara.

Satu hari tu, kita diberi kebenaran bertemu dengan Menteri Pertahanan kerajaan yang diiktiraf. Saya dah lupa nama beliau. Mungkin Lutfy Hafify boleh ingat?

Menteri tu kata “If you dont want Mahathir, lend him to us to fix our country”.

Kita cuma saling berpandangan dan senyum je.

Ok, kalau Tun M tak menang semalam pun saya dah ada niat nak share jugak story2 ni tapi...mungkin timing la kot...

N infact, saya nak mengaku juga saya antara yg menangis teresak2 bila tonton video viral Tun M dan budak tu 😭.

Bukan apa...saya rasa macam hidup kita ni tak lama...tak tahu bila akan dijemput...saya rasa kadang2 serangan yg Tun M dapat nampak macam ‘terlebih’ sikit.

Saya rasa bukan penyokong Tun M sahaja yg happy malah dunia Islam secara keseluruhannya pun turut sama menyambut dengan penuh riang.

Macam2 rekod dunia Tun M dah catat semalam dan yg paling nyatanya Tun M buktikan tiada apa yg mustahil.

Apapun, secara peribadi saya cukup menghargai jasa-jasa kepimpinan terdahulu yang tidak dapat saya nafikan banyak membantu laluan kehidupan saya selama ini.

Terima kasih DS Najib dan Team yang secara matang dan professional menerima keputusan PRU14.

Walaupun dah panjang ni, saya tetap kata undi saya adalah rahsia ✌🏽 Cuma nak kongsi sikit cerita je.

Kepada kepimpinan baru, prestasi anda akan diperhati dan dinilai rakyat dari sehari ke sehari. Jadi kena buktikan betul2...

Alhamdulillah, Allah izinkan saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk buat perbandingan yg lebih ‘apple to apple’ di masa akan datang kalau dipaniangkan usia.

✌🏽.

Azrene Anak Rosmah, Dr Fazley Luah Kegembiraan Selepas Rosmah & Najib Kalah Teruk #PRU14.

Azrene Ahmad, anak kedua kepada Rosmah Mansur hasil dari perkahwinan pertamanya meluahkan kesyukuran berikutan kekalahan parti Barisan Nasional dalam pilihanraya umum kali ke 14 ini.

Barisan Nasional hanya berjaya mendapat 79 kerusi berbanding Pakatan Harapan yang mendapat lebih daripada 100 kerusi Parlimen sekaligus melayakkan pakatan itu membentuk kerajaan pusat untuk lima tahun seterusnya.

Anda dapat apa yang anda buat - Azrene


Dulu telah saya katakan dan beri amaran bahawanya anda akan dihukum kerana mengkhianati amanah rakyat..
 

Diserang banyak kali sampaikan tergamak menggunakan pelbagai cara untuk menyusahkan keluarga saya termasuklah usaha menjejaskan mata pencarian kami..



Minta tolong dari Perdana Menteri tapi dia tak pedulikan bahkan menutup jejak tingkahlaku isterinya..


Kini Allah makbulkan doa saya yang teraniaya, doa rakyat yang tertindas dengan perbuatan salahlaku kalian..



Datuk Fazley kutuk Rosmah kaw-kaw..

Selain kata-kata luahan Azrene Ahmad, suami beliau Datuk Dr. Fazley turut memberikan pandangan berhubung kejatuhan Najib Razak dan Rosmah Mansur.

Menurut Dr. Fazley, Rosmah Mansur adalah berhati syaitan dan beranjakan nafsu.

Arahan demi arahan dikeluarkan oleh pihak itu bagi menggangu punca rezeki mereka sekeluarga.

Si polan melakukan pelbagai cara untuk menghalang tugas ayah saya..


Sentiasa merosakkan nama baik kami malahan maruah keluarga kami juga dipijak-pijak..
Nampaknya lebih ramai yang semakin berani memperkatakan tentang sikap Rosmah Mansur secara terbuka semenjak Barisan Nasional tidak lagi diberikan mandat untuk mentadbir negara bermula semalam. - 11 Mei 2018.

Kenapa Majlis Angkat Sumpah Mahathir Pukul 9.30 Malam?

Oleh : Muhamad Razin Che Mud

Kenapa angkat sumpah PM pukul 9.30 malam?

1. Ramai yang salah faham apabila Tun M ke Istana Negara pukul 4.40 tadi dianggap sebagai upacara angkat sumpah jawatan PM.

2.Sebenarnya petang tadi adalah upacara menghadap sembah atau mat saleh kata "an audience" with YDPA. Bukan Tun M saja yang mengadap malah semua ketua atau wakil parti komponen PH yang menyokong Tun M sebagai PM turut dipanggil mengadap.

 
3.Seperti yang disebut sebelum ini, ia adalah proses untuk baginda benar benar mengenalpasti dan meyakini bahawa Tun M adalah individu yang paling banyak mendapat sokongan ahli dewan rakyat untuk mengetuai kerajaan.

4.Selepas sesi mengadap dengan semua ketua parti komponen PH selesai dan baginda telah meyakini bahawa Tun M punya sokongan yang cukup untuk mengetuai kerajaan maka barulah baginda bertitah untuk majlis mengangkat sumpah jawatan PM dilakukan pada pukul 9.30 malam ini.

5.Kenapa 9.30? Sebab YDPA ni memang selalunya event dia start lepas selesai solat isyak kecualilah ada maslahah tertentu. So solat maghrib then isyak habis dalam pukul 9.00 pastu bersiap-siap so jadilah 9.30. Kira ngam la timing tu.

6.Jadi janganlah korang dok sebar cerita bukan-bukan kata YDPA ada muslihat la, YDPA kerek la sebab saja lambat-lambatkan atau sebagainya.

7.Baginda hanya ingin memastikan Malaysia ini diserahka kepada individu yang benar-benar cukup syaratnya. Jangan risau, baginda pun cintakan Malaysia dan rakyatnya sama macam kita juga.

Daulat Tuanku! Allahu Akbar!

Khamis, 10 Mei 2018

Tun Mahathir Dilantik Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh.

Selepas selama lebih 60 tahun rakyat Malaysia melihat hanya satu parti sahaja yang memonopoli keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan.



Namun, semua itu hanya tinggal sejarah apabila Pakatan Harapan memecahkan dominasi itu dan telah melakar sejarah baru membentuk kerajaan selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14). Pakatan Harapan juga sebulat suara mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Setelah mendapat sokongan dari semua ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga perkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad Kelima maka Tun Mahathir mengangkat sumpah dan ditabalkan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Perdana Menteri pertama dari parti selain Barisan Nasional.

Perkara ini sudah tentu bakal dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan secara total dan sudah jemu dengan sandiwara kerajaan terdahulu. Tun Mahathir juga mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri pertama yang memegang jawatan itu sebanyak dua kali bersama parti yang berbeza.

Semoga barisan kepimpinan Tun Mahathir dan Pakatan harapan dapat mengembalikan kedaulatan dan kegemilangan negara Malaysia di mata dunia. - SK/10 Mei 2018.

Bukan Kami Benci Tok Mat Tapi Kami Benci Parti Yang Tok Mat Wakili - Pengundi PH Jelaskan Sebab Tolak BN Di N9.

Oleh : Nia Zania AlBatukikiril

Banyak perubahan dalam keputusan pilihanraya di Negeri Sembilan kali ini. Like turning table betul. And rumours already circulated that Negeri Sembilan now is under Pakatan Harapan. 

Boleh tak kalau Pakatan Harapan menang, Tok Mat still jadi Menteri Besar Negeri Sembilan? Ada possibility ke boleh? Huhu. Coz I believe the reason my waghih vote for PH not because of Tok Mat. Tapi kerana pucuk pimpinan utama Barisan Nasional di Putrajaya itu sendiri (You know who la kan) . This is his fault! That's why when Tok Mat won his seat last 2 weeks, I said, "How I wish Tok Mat represent other party!".

Too bad for Tok Mat. Too bad. Pemimpin sebagus dia masih kami perlukan. Cuma mungkin rakyat Negeri Sembilan sudah tak terdaya menahan 'seksa' yang di beri oleh kerajaan pusat secara keseluruhan. Tapi bagi kerajaan negeri sendiri, Negeri Sembilan, he did such a good job..


Banyak pembangunan dan kemajuan di Negeri Sembilan sejak pemerintahan Tok Mat. Jasa budi baik yang takkan kami lupa sampai bila-bila. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Dan aku sangat SETUJU SANGAT2 bila panel kat tv ni kata perubahan di Negeri Sembilan bukan kerana rakyat menolak Tok Mat tapi menolak BN. Yes Tok Mat. That is very true!

I don't care what you wanna say but Tok Mat is the best MB for N9 so far. And the new MB (if any) you have huge responsibility to manage N9 coz Tok Mat already put a very high standard for you.

Whatever happens, thank you Tok Mat. Thank you. Jika takdir Allah Tok Mat bukan lagi MB kami...We will still forever be #TeamTokMat.


P/s : Tolong la kalau nak share status ni share sahaja supaya Tok Mat tau yang kami waghih bukan tolak dia. Tapi tolak parti dia. Begitu besar harga yang kami perlu bayar untuk menolak kerajaan pusat dengan mengorbankan pemimpin sehebat Tok Mat. Moga Allah balas jasa Tokmat. Bak kata my fren, mungkin ini cara Allah nak jaga Tok Mat. Kan. makin sedih tengok gambar2 Tok Mat di luar kediaman rasmi MB.

Edited : Some people asked me, why waghih vote PH if all waghih love Tok Mat so much. Get it clear people. Untuk mengubah kerajaan pusat, kerusi di kerajaan negeri perlu dimenangi. We had enough with BN as our kerajaan pusat. So to change it we need to change the Dun and Parliament too. Thats why we wish.. Tok Mat is not representing BN. But too bad. Huhu. But still.. We adore him as an individual and a lea #respect #tokmat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...