Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Mei 2018

Netizens, Ambiga 'Tibai' Rafizi Kaw-Kaw Isu Menteri Kabinet..

Gara-gara mengeluarkan kenyataan media yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, Tun Mahathir Mohammad, Rafizi Ramli kini ditibai oleh warga maya yang menyokong Pakatan Harapan.


Menurut Rafizi, pengumuman yang dibuat oleh Tun Mahathir mengenai tiga kementerian utama iaitu Kewangan, Pertahanan dan Dalam Negeri dalam kerajaan petang tadi sebenarnya belum muktamad.

Ini kerana perbincangan berlaku tanpa melibatkan parti PKR, yang juga salah satu parti komponen utama dalam Pakatan Harapan itu.

Rafizi turut memaklumkan Tun Mahathir dalam perjalanan ke Hospital bagi menemui Anwar untuk berbincang mengenai perlantikan yang telah diumumkan sebelum ini.

Berikut kenyataan penuh Rafizi Ramli;

Saya merujuk kepada pengumuman yang dibuat YAB Tun Mahathir Mohamad sebentar tadi mengenai perlantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan iaitu Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

Saya telah ditanya mengenai ketiadaan wakil KEADILAN di dalam mesyuarat dan semasa pengumuman perlantikan.

Saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang menjadi latar belakang kepada pengumuman tersebut:

1. KEADILAN beranggapan perbincangan masih berjalan dan pengumuman yang dibuat tidak muktamad; dan

2. Sebarang keputusan mengenai apa-apa perlantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan.

YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sedang dalam perjalanan untuk berbincang dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilisasi Cheras mengenai perlantikan-perlantikan ini.

KEADILAN yakin proses rundingan yang mengikuti semangat muafakat akan membantu mengukuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN


Bagaimanapun tindakan mengeluarkan kenyataan media itu akhirnya memakan dirinya apabila rata-rata warga netizens memarahi Rafizi.



Di Twitter, Nia Madison menulis, "Salam Rafizi. Saya rasa bukan masa untuk merebut jawatan sekarang. Jangan hampakan penyokong PH dengan hal sebegini, please," katanya.

Manakala Vigneswaran pula memberikan komen, "Kepada Rafizi, parti awak dan awak ada hubungan langsung (boleh menghubungi terus) dengan Tun Mahathir, kenapa mesti awak berkata secara terbuka dan menyebabkan orang ramai memperkecilkan kepada PH," soalnya.

Dan Jiji85 pula berpendapat tindakan Rafizi seolahnya remehkan peranan dan keupayaan Mahathir dalam membuat keputusan. 

"Hati-hati sikit encik Rafizi. Tajuk kau tu membawa sangkaan seolahnya kau memperlekehkan Perdana Menteri. Seharusnya Mahathir la yang perlu menarik balik keputusan ini sebagaimana Mahathir yang umumkan sebelum ini, bukannya kau. Rakyat akan fikir wujudnya jurang antara parti dan ianya melebar," katanya. 

Di Facebook pula, Rafizi menerima lebih banyak serangan. Bertubi-tubi netizens mengkritik tindakannya yang disifatkan oleh mereka sebagai tidak bijak.

Jangan buat malulah, dah umum 
ni - Saiful

Jangan gelabah sangat nanti pasal mulut kau habis jahanam Pakatan Harapan ni - Wan Estrada

Manakala blogger pro kerajaan Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah, Penarik Beca turut memberikan ulasan peribadinya mengenai hal itu.


"Kalau la Rafizi Ramli tak bergaduh teruk dengan Azmin Ali, mungkin Saifuddin Nasution dah boleh berunding dengan Zahid Hamidi.

Puak Rafizi mahu jawatan menteri kanan kepada mereka. Mereka mahu Menteri Kewangan untuk Rafizi dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri.

Rafizi dah maki Mat Sabu sakan bila Mukhriz Mahathir jadi Menteri Besar Kedah dan Johari Abdul terlepas peluang.

Anwar sendiri tak boleh tengok muka Mat Sabu. Hang boleh buat lawak ja, Mat - lebih kurang gitu dia hina Mat. Depan2 Tun dia hina masa depa jumpak dia di hospital.

Tu aku speculate tadi tu, kalau Azmin sanggup berpakat dengan Rafizi, Saifuddin mungkin dah boleh berunding dengan Zahid.

Kesian Rafizi, dia tengah sakit hati tak dapat jadi menteri kewangan..,"
katanya di Facebook sebentar tadi.


Ambiga juga dilihat tidak bersetuju dengan sikap yang ditunjukkan Rafizi.

"PKR tolong hentikan perkara karut marut ini," katanya. (Malaysiakini)

"Saya sokong sepenuhnya perlantikan oleh Perdana Menteri. Tolong dahulukan rakyat berbanding hal lain. Rakyat sendiri berbuat demikian," tambahnya lagi.

Menghangatkan lagi, Malaysiakini juga menyiarkan rakaman audio perbualan wartawan portal itu dengan Rafizi.

Dalam perkembangan yang sama ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan Rafizi, Muhammad Sabu yang juga Menteri Pertahanan yang baru dilantik bermula hari ini berkata, kuasa melantik menteri terletak ke atas Perdana Menteri. 

"Ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri untuk melantik. Ia bidang kuasanya," jelas Mat Sabu yang tidak bersetuju dengan kenyataan Rafizi, seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today hari ini.

Mat Sabu juga menjelaskan rundingan mengenai perlantikan menteri kabinet juga sebenarnya telah selesai selepas perbincangan dilakukan dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan sebelum ini. - 12 Mei 2018.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...