Selasa, 8 Mei 2018

Teori PAS Pecah Undi Satu Pembohongan & Ini Adalah Jawapan Untuk Pakatan Harapan - El Haneef Renae.

Oleh : El Haneef Renae

PAS PEMECAH UNDI: SATU TEORI PEMBOHONGAN

Pelbagai kajian dikeluarkan oleh badan pengkaji yang tumbuh bagai cendawan. Lebih menarik, parti yang bertanding menggunakan kajian yang dijalankan oleh mereka sendiri ini. Kita tidak mahu berbicara sama ada badan ini “carry weight” atau tidak tetapi bagi pengundi atas pagar mahupun pengundi tegar lebih mudah terpengaruh dengan kajian dari individu atau badan bebas. 


Selain itu, kita telah berada di zaman yang baru dimana rakyat semakin terpelajar dan semakin pandai berfikir khususnya bagi golongan muda dan belia antara 20 hingga 40 tahun. Sungguhpun mereka suka pada lukisan (mind map) tetapi semakin ramai yang suka membaca.


Kerana itu, saya tidak pernah kisah menulis panjang lebar kerana kini saya dapat melihat adanya pembaca dari kalangan mereka yang berfikiran kritikal. Golongan ini sudah ramai dan dengan banyaknya maklumat dari pembacaan, hujah mereka lebih kritikal daripada golongan penggemar mind map.

PAS sebagai pemecah undi adalah dakyah koalisi Pakatan Harapan yang cuba membawa teori pertama bahawa sokongan rakyat terhadap BN telah berubah kepada pembangkang. Point yang kedua, mereka cuba meyakinkan pengundi bahawa blok pembangkang yang sebenar adalah Pakatan Harapan. Ketiga, mereka cuba meyakinkan pengundi bahawa PAS adalah pemecah undi yang boleh menyebabkan pembangkang kalah.

SOKONGAN TERHADAP BN MENURUN? ADAKAH BENAR BN KEHILANGAN SOKONGAN YANG BANYAK?

Kita perlu melihat perkara ini secara realistic dan realpolitik. Jikalau mengikut sentiment semasa, jelas golongan muda khususnya sangat tertekan dengan keadaan semasa dimana kos sara hidup semakin meningkat, banyaknya berlaku kes rasuan dikalangan pemimpin BN, kes-kes yang membabitkan keperibadian pemimpin BN dan banyak lagi. Sentimen ini mempunyai asas dan kesan. Sememangnya ramai orang muda terkesan namun tidak kurang banyak orang muda yang tidak ambil peduli malah merasakan tiada masalah dengan menyokong BN.

Kita perlu melihat strategi Barisan Nasional dalam 5 tahun yang lalu membuat polisi yang menggembirakan orang muda. Bantuan dan insentif kepada smartphone adalah salah satu perkara yang menarik perhatian golongan remaja dan pengundi awal 20 an. Anda boleh berkata ini adalah GULA-GULA. Realitinya, strategi ini berkesan dan BN bakal memperoleh hasilnya. Ia secara tidak langsung mengimbangi kehilangan sokongan golongan muda sekitar 30 an yang dilihat lebih anti-BN. Kita boleh kata, BN LOST SOME BUT GAIN SOME.

Pool terbesar pengundi di Malaysia adalah Melayu Islam. BN telah mencuba menarik perhatian dan undi golongan ini melalui strategi program agama. Tidak kurang juga dengan pendekatan mereka dalam usaha mendekati PAS. Usaha ini dibantu secara tidak langsung dengan perang bahawa PAS tongkat BN. Ini adalah kesilapan besar Pakatan Harapan kerana pengundi PAS semakin menjauhkan diri dari PH dan mula lunak dengan BN. Harap maklum, kita berbicara tentang pengundi dan bukannya pemimpin parti. Walaubagaimanapun, strategi BN disini bukan untuk mengambil undi PAS kerana mereka tahu itu adalah mustahil tetapi menyekat undi orang PAS kepada Pakatan Harapan. Kesimpulannya, BN GAIN NOTHING BUT ABLE TO BLOCK SOMETHING.

Professor Hoo Kee Ping telah menjelaskan dakwaan Tun Mahathir tentang tsunami Melayu bahawa telahan itu tidak masuk akal. Malahan beliau mengatakan Tsunami yang sebenar ialah Tsunami Hijau iaitu Tsunami sokongan kepada parti PAS. Beliau telah menjelaskan bahawa telahan tsunami Melayu ini hanyalah persepsi dari DAP dalam percaturan mereka membawa Tun Mahathir kepada dalam koalisi Pakatan Harapan tetapi strategi ini memakan diri. Buktinya DAP telah mula hilang sokongan dari kaum cina yang anti Mahathir dan dijangka, sokongan orang cina akan mula teralih kepada MCA khususnya dikawasan bandar kecil.

Sungguhpun dibandar besar, sokongan cina dilihat bertambah tetapi kita perlu melihat bahawa didalam pilihanraya, yang penting ialah berapa kerusi yang dimenangi dan bukannya jumlah undi yang bertambah. Tiada guna parti memenangi 1 kerusi dengan majoriti besar, tetapi kalah 2 kerusi dengan majoriti kecil. Disini kita simpulkan BN GAIN SOME, PH LOST SOME.

Di Sabah, BN dilihat bakal kehilangan sokongan besar dari gerakan Dato Syafie Afdhal melalui parti Warisan. Ia dapat dilihat dengan jelas seolah-olah reformasi 1998 sedang berlaku di Sabah. Kerana itu juga parti Warisan secara terbuka memberitahu mereka tidak memerlukan MALAYA yang merujuk kepada bantuan dari PH semenanjung kerana keyakinan tinggi mereka akan perubahan semasa. Disini kita simpulkan BN LOST SOME, PH GAIN SOME.

Di satu sudut lain, PAS juga mempunyai strategi lain dalam PRU14 ini. PAS cuba mengekalkan undi poket yang ada dan pada masa yang sama menarik sokongan pengundi mesra agama yang berada di dalam UMNO. Strategi ini berjaya apabila kita dapat melihat kepimpinan UMNO yang keluar bukan sahaja menyertai PPBM tetapi amat ramai menyertai PAS. Perlu diperhatikan bahawa memang berlaku pemberontakan didalam Barisan Nasional dan mereka keluar parti. Mereka ini keluar dan membawa penyokong. Pengundi UMNO yang memprotes barisan nasional adalah orang Islam dan mereka anti DAP. Mereka perlu memilih sama ada menyokong PPBM atau PAS. Disini, majoriti pengundi Melayu UMNO yang meninggalkan parti itu cenderung kepada mengundi PAS. Dapat disimpulkan disini, BN LOST SOME, PAS GAIN SOME, PH GAIN NOTHING.

Sekiranya kita teliti apa yang berlaku di atas, kita perlu menerima hakikat bahawa penurunan sokongan berlaku didalam BN tidak boleh dikatakan Tsunami namun adalah logik untuk mengatakan bahawa berlakunya penurunan sokongan. Jadi kita tidak boleh mengambil telahan mudah bahawa BN telah hilang sokongan yang banyak kerana tidak ada satu kajian khusus yang boleh menjelaskan peranan SILENT VOTER dalam PRU14 ini.

SOKONGAN KEPADA PAS TIADA? PAS PEMECAH UNDI?

Merujuk kepada kajian invoke, PAS akan mendapat zero kerusi parlimen. Satu lagi kajian yang agak jauh dari realpolitik dan reality. Penganalisis politik Wong Chin Huat, Head Political Science dari Penang Institute berkata kesemua pihak tidak boleh memandang rendah kepada dakwaan PAS bahawa mereka adalah Kingmaker. Beliau juga mengingatkan parti politik supaya tidak mentertawakan PAS dengan mengatakan mereka syok sendiri. Penjelasan dari Wong Chin Huat ditambah dengan kenyataan Professor Hoo Kee Ping menjelaskan kajian invoke yang secara meluas digunakan didalam Pakatan Harapan tidak masuk akal dan sekadar satu persepsi untuk mengekalkan semangat semasa penyokong mereka. PAS WILL NOT COLLAPSE IN GE14.

Pertama kali didalam sejarah, PAS telah bertanding 158 kerusi parlimen melebihi daripada mana-mana parti pada PRU14 ini. Ini secara jelas telah menunjukkan kemampuan PAS mencapai sasaran 46 kerusi parlimen untuk menjadi Kingmaker dan pada masa yang mensasarkan lebih daripada 60 kerusi parlimen yang mampu dimenangi serta meletakkan juga kerusi sasaran ditempat majoriti melayu yang hanya ditandingi calon cina dari BN dan PH, juga kerusi dikawasan yang mempunyai penyokongnya tetapi ditandingi calon parti lain sewaktu Bersama PR sebagai penambah kepada target untuk mendapat 112 kerusi seterusnya memerintah Malaysia. Sungguhun ramai penganalisis tidak memberikan komen tentang reality PAS mampu mencapai 112 kerusi, mereka melihat percaturan 158 kerusi ini akan meningkatkan peluang PAS memenangi kerusi terbanyak mereka didalam sejarah.

Persoalan disini siapakah sebenarnya alternative bagi rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional? Adakah Pakatan Harapan atau Gagasan Sejahtera. Dalam perkara ini, saya tidak mahu menjawab sebab-sebab mengapa Pakatan Harapan merasakan mereka adalah alternative atau pembangkang sebenar atau berdebat dengan pengundi tegar kerana ia membuang masa. Saya lebih gemar membawa perkara untuk difikirkan oleh pengundi ATAS PAGAR, pengundi protes BN, SILENT VOTER dan pengundi KELIRU yang berada didalam Pakatan Harapan buat masa ini. Saya juga akan menulis untuk mempertahankan PAS daripada teori-teori serangan saraf yang rancak dijalankan oleh Pakatan Harapan buat masa ini terhadap PAS. Semoga anda dapat melihat alternative sebenar

1. EXPERIENCED vs UNDERDOG : PAS adalah parti tertua tertua di Malaysia. UMNO lama telah diharamkan dan UMNO baru tidak berumur selama PAS. Dengan itu, pengalaman PAS dalam politik negara selaku REAL PLAYER tidak boleh dinafikan. Apatah lagi menggelar satu parti berpengalaman sebagai pengacau undi adalah teori yg tidak masuk akal. Di Koalisi Pakatan Harapan, mereka mempunyai 3 parti underdog yang baru ditubuhkan iaitu PPBM, PAN dan Warisan. Sebuah parti lama iaitu DAP dan sebuah parti remaja iaitu PKR yang mana ditubuhkan dari usaha dan ihsan PAS satu ketika dulu. Ketiga-tiga parti underdog ini telah menyerlahkan ketidakstabilan mereka dalam penguasaan parti berdasarkan kejadian pendaftaran ROS, tiadanya cawangan yang jelas dan sokongan akar umbi dan tiada kekuatan pengurusan yang jelas.

Tidak kurang juga dengan ketidaksepakatan antara parti yang jelas kelihatan antara kelima-kelima parti didalam koalisi ini dapat dilihat seawal pembahagian kerusi. Terdapat juga didalamnya kepimpinan dan ahli yang seperti lalang dan mudah melompat masuk keluar parti apabila kehendak mereka tidak dipenuhi. Ia berlaku secara tidak terkawal. Ia tidak berlaku didalam PAS. Pimpinan PAS keluar daripada parti setelah tamat tempohnya kecuali bagi kepimpinan yang berada didalam PAN yang mana ia berlaku secara terancang. Disini sudah cukup menjelaskan, pengalaman PAS dalam politik jauh lebih teguh berbanding koalisi Pakatan Harapan.

2. KUALITI CALON : Tragedi menjatuhkan PAS dengan pembentukan PAN telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Para profesonal PAS di balik tabir telah bangun dan menunjukkan diri kehadapan apabila PAS cuba dijatuhkan dengan persepsi bahawa parti ini “tiada lagi professional” dan kembali kepada politik surau dan masjid. Kita tidak perlu bercerita Panjang disini kerana satu Malaysia telah tahu kualiti calon-calon PAS yang turut dilaporkan mempunyai calon phd terbanyak, professional dari pelbagai bidang yang seimbang dan zero rasuah. PAS mendahului bukan sahaja Pakatan Harapan malah Barisan Nasional dalam hal ini.

Berbeza daripada apa yang ditawarkan Pakatan Harapan dengan membawa masuk Selebriti politik iaitu Tun Mahathir kedalam koalisi mereka malah diangkat menjadi No Wahid. Masalahnya selebriti ini bukanlah selebriti imam muda tetapi selebriti yang penuh dengan tuduhan kezaliman dan salahguna kuasa yang dilaungkan oleh koalisi itu sendiri pada masa lalu.

3. KUALITI PERANCANGAN : Tiada sebarang bukti jelas untuk mengatakan manifesto, dokumen hijau dan WINS 2051 sebagai retorik namun banyak pengakuan yang dibuat oleh penganalisis politik malah panel parti lain sewaktu debat terbuka akan kekuatan dokumen-dokumen yang ditawarkan PAS. Malah penganalisis politik yang berbeza pendapat jarang meletakkan dokumen-dokumen PAS ini ditempat ketiga dan majoriti meletakkan kualiti dokumen PAS dan BN antara tempat pertama dan kedua merujuk kepada realiti untuk perlaksanaannya. Ini menunjukkan pengalaman PAS dalam perancangan, dan menidakkan pengalaman BN selaku government on chair sekian lama. Namun jelas memperlihatkan PH tidak mempunyai kekuatan yang jelas dalam kemampuan merancang negara.

4. ISLAM : Koalisi Pakatan Harapan tidak mempunyai platform lain selain PAN dalam menawarkan Islam kepada majoriti pengundi Melayu Islam di Malaysia. PAN ini juga sebenarnya adalah serpihan daripada PAS. PAS mempunyai mileage yang amat kuat dalam membuktikan mereka memartabatkan Islam. Untuk sekian waktu, PAS telah mempuyai rangkaian institusi Pendidikan seperti PASTI, sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. PAN adalah underdog yang tiada sebarang mileage dan hanya survival berdasarkan persepsi. Persepsi terbaru yang cuba dilakukan adalah melalui Nik Omar dan menjual idea bahawa beliau adalah legasi ATGNA. Malangnya Nik Omar sendiri mengaku beliau terlalu baru dalam politik. Ini menjelaskan bahawa benar dakwaan bahawa ATGNA telah menurunkan legasi politik kepada Nik Abduh dan legasi pendidikan dengan mewariskan Maahad Darul Anuar TGNA kepada Nik Omar.

Pakatan Harapan cuba menggambarkan bahawa mereka sedang membawa legasi kejayaan politik Islam ATGNA tetapi tersalah pancing anak tuan guru yg membawa legasi pendidikan malah menghuru-harakan keluarga ini. Kekuatan politik ISLAM juga jelas dipelopori oleh PAS, apabila Presiden PAS telah dihantar sebagai wakil rundingan perdamaian oleh parlimen antaranya rundingan Yaman dan Selatan Filipina kerana kepakarannya dalam politik Islam antarabangsa.

5. POLITIK BERBILANG KAUM : PAS diberikan persepsi sebagai parti agama yang sempit dan tidak sesuai untuk negara berbilang kaum. Ini samasekali tidak masuk akal. PAS berpegang kepada ajaran Islam. Didalam ajaran Islam adanya doktrin yang jelas tentang hubungan dan tanggungjawab antara non muslim. Kita harus melihat perkara ini berdasarkan realiti. Orang cina sebenarnya tidak takutkan Islam tetapi dimomokkan dengan persepsi. Sewaktu PR dibentuk, ramai orang cina turut sama berganding bahu mempromosikan hudud. Tiba-tiba segalanya berubah apabila DAP memegang kerusi terbanyak didalam PRU13. Cina dan India di Kelantan majoriti tidak membantu DAP atau MCA mahupun PH tetapi mereka berganding bahu berkempen untuk PAS. Tidak ada lagi bukti yang lebih kuat melainkan bukti penerimaan non Muslim Kelantan yang selesa dengan pemerintahan Islam PAS.

PAS BUKAN BUDAK MILO

Perkara di atas adalah diantara perkara untuk membuktikan bahawa PAS adalah alternatif yang valid kepada Barisan Nasional. Kita tidak menafikan peranan PH untuk menjadi alternatif namun mereka harus menghormati demokrasi dan parti-parti yang bertanding. Pertemuan 3 penjuru ini melibatkan 3 koalisi yang sah mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak dihadiri oleh PEMECAH atau PENGACAU undi. Menyamakan PAS sama seperti Azwan Ali adalah kebudak-budakan. PAS harus dilihat sebagai Ronaldinho yang mampu menjaringkan gol. Sehebat manapun pemain popular yang baru, mereka tidak boleh mengatakan Ronaldinho hanya taraf budak milo pengacai undi pada waktu ini. Budak-budak baru seharusnya lebih mengukur baju di badan sendiri dan masuk kepadang secara gentleman. Sebagaimana PAS menghormati hasrat semua parti yang hendak bertanding, sebegitu juga yang lain harus berfikir sedemikian rupa. Kita mempunyai pendapat bahawa PH tidak layak bertanding dan hanya menjadi koalisi yang merugikan rakyat, namun kita tidak menjadikan itu sebagai bahan berkempen kerana setiap rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang berbeza dan kita harus menghormati perbezaan pandangan itu.

PERMAINAN PERSEPSI DALAM CUBAAN MEMBUDAKMILOKAN PAS

 
1. BN+PAS UG : ini telah lapuk. Setelah penamaan calon tamat, jelas PAS bertanding atas logo sendiri dan bukannya logo UG.

2. PAS tongkat UMNO : UMNO kuatkan PAS untuk bantu BN – pengundi bagi BN dan PAS majoriti datang dari kolam yang sama. Menguatkan PAS bermaksud UMNO terlalu bodoh memberikan pancing mereka untuk PAS memperoleh lebih banyak ikan.

3. PAS + PPBM : ini adalah perang saraf terbaru dan paling tidak masuk akal. Dakwaan ada kerjasama PAS dan PPBM sama sekali terpadam apabila Tun Mahathir mengetuai PH. Tun Mahathir adalah anti-PAS sekian lama. Beliau boleh hilangkan ultra Malay utk bersama DAP tetapi tidak anti-PAS.

4. Undi BN lebih baik dari undi PH : ini merujuk kepada tuduhan bahawa TGHH berkata sedemikian rupa. Didalam pilihanraya, semua parti memancing undi untuk diri sendiri. Apa logiknya mempromosi musuh lain. Lebih baik Undi PAS dari undi BN atau PH. Apapun, tuduhan tersebut dikenalpasti fitnah apabila source yang dirujuk pada harakahdaily tidak benar.

5. Formula 3-2-2 : formula ini dijaja diinternet untuk mengatakan PAS adalah pengacau undi. Ia mengatakan apabila BN beroleh 3 kerusi, PH 2 kerusi dan PAS 2 kerusi, maka PAS adalah pemecah undi dan menyebabkan BN memang. Formula ini juga boleh diguna untuk mengatakan PH juga adalah pengacau undi. Kalau PH tiada, maka PAS akan peroleh 4 undi mengalahkan BN.

6. Carta kajian undi setempat : beberapa kajian digunakan (tidak dipastikan kesahihannya) yang merujuk kepada institute Darul Ehsan, menunjukkan PH mampu menang menewaskan BN sekiranya PAS tidak mengacau undi. Dalam carta tersebut, PH kalah sedikit undi dibelakang BN dan sekiranya PAS tidak bertanding, PH boleh memenangi kerusi tersebut. Saya tidak mahu mempersoalkan kesahihan bahan ini Sungguhpun ia datang dari institute yang dikaitkan dgn Azmin Ali. Andai kajian itu benar, ia hanyalah kajian setempat, tidak mewakili kajian keseluruhan tempat. Kita boleh menuduh PH juga pemecah undi kerana akan membantu BN menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah. PH tiada kekuatan langsung di Kelantan tetapi meletakkan calonnya atas dasar apa? Cuba mereka jawab soalan ini. Harus diingat, PAS juga tidak meletakkan calon dibeberapa tempat yang ditandingi BN dan PH di Sarawak dan Sabah kerana PAS sedar tidak mempunyai kekuatan disitu dan kemenangan PH mampu membantu mengurangkan kerusi parlimen Barisan Nasional.

7. Video yang menunjukkan TGHH menyatakan dia mahu 5 negeri sahaja, selebihnya biar ke UMNO : Video tersebut sebenarnya diambil sekerat. Video ini digunakan untuk menuduh Presiden PAS bermuafakat dengan BN untuk membahagikan negeri. Sebenarnya sebelum TGHH sampai ketopik tersebut, TGHH telah berbicara soal Kingmaker. Ketika berbicara tentang Kingmaker, PAS menzahirkan keyakinan memenangi 4 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor dan menzahirkan perlunya mendapat Perak. Kemudian barulah berbicara soal didalam video yang diviralkan. Apa yang dimaksudkan dalam video tersebut, antara perkara yang mungkin menjadi syarat yang diminta jika PAS menjadi Kingmaker ialah mempastikan PAS dapat memerintah 5 negeri ini. Ini kerana PAS mungkin kurang kerusi dun untuk menguasai kelima-lima negeri tersebut, tetapi dengan kelebihan kerusi parlimen sebagai Kingmaker, PAS akan meminta 5 negeri ini menjadi keutamaan. PAS bukan tidak mahu negeri lain tetapi permintaan yang tidak logik, memungkinkan BN tidak akan membenarkannya dan juga mungkin kurang mendapat sokongan dari kerabat diraja setempat contohnya negeri Johor yang mana sultannya lebih cenderung kepada BN. PAS cuba mengelak masalah dengan istana. Ini adalah kerana kekuatan PAS di 5 negeri ini adalah yang terkuat berbanding negeri-negeri lain. Mengatakan PAS bermuafakat dengan BN membahagikan negeri adalah fitnah yang sangat jahat. Sila dengar ceramah penuh.

Kesimpulannya, teori mengatakan PAS pemecah undi adalah satu perception game yang tidak bermoral diwaktu kritikal sebelum pilihanraya ini. Generasi baru memerlukan lebih dari sekadar persepsi dalam memilih kepimpinan negara. 


Didalam PAS, Islam mengajar berusaha dengan jalan yang mengikut panduannya dan selebihnya, tipudaya musuh Islam kami serahkan kepada Allah sebagai pelindung. Anda mungkin boleh menipudaya pemikiran generasi baru secara sementara, namun ingat mereka mempunyai akal fikiran. Mereka boleh menzahirkan kekesalan mereka di PRU akan datang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...