HINA CALON SYUHADA', MENAMPAKKAN NIATNYA.
Ya, saya terima rakaman berkenaan "mati katak" dan saya terdiam tidak buat apa-apa posting seaktif sebelumnya. Saya memberikan masa apakah mungkin ia fitnah atau ada yang akan memohon maaf. Cuba berhusnuzhon kerana objektif kita menukar UMNO BN lebih besar-saya kira pagi tadi.
Namun, jika berlaku permohonan maaf, saya berpendapat di sudut mahkamah akan berlaku kes.. Maka saya tidak berasa akan ada yang memohon maaf.
2008 saya menziarahi isteri kepada syuhada memali tanpa memberi tahu sesiapa sewaktu itu. Saya dalam kerikatan seorang pegawai tentera. Rumah beliau terletak utara dari bandar Baling dan rumah beliau hanyalah ditepi jalan utama, tidak sukar untuk dicari. Mungkin Tun M boleh ziarah juga nanti.
Ia bagi mengesahkan cerita yang tercatat di dalam sebuah buku yang dibaca semasa berumur 16 tahun.
Ya. Segalanya selari bahkan isteri syuhada memali menceritakan beberapa perkara yang tidak disebut di dalam buku... Katanya "berjumpa anda hari ini saya berasa hendak menceritakan semuanya yang tidak saya khabarkan kepada orang lain pada kebiasaannya... "
Antara perkara penting yang disebut beliau terjadi semasa peristiwa berkenaan:-
1. Setelah serangan berlaku, ahli keluarga dan beberapa pengikut ditangkap tanpa sempat mengetahui apa terjadi kepada As-shuhada. Semasa ditahan dipenjara, berita samada hidup atau mati tidak di maklumkan.
2. Semasa interogasi (soal siasat) mereka dipaksa mengaku komunis. Juga mereka dipaksa mengucap syahadah yang ditambah mengangkat Ibrahim Libya dalam ucapan.
3. Sempat mereka mendidik seorang tahanan yang kehairanan melihat orang baik seperti mereka dikatakan komunis.
4. Apabila keluar dari penjara, tiada sesiapa dimakumkan mereka dibebaskan. Maka hendak pulang menjadi suatu masalah...
5. Hanya sesudah pulang baru mereka tahu kematian as-shuhada.
Sehingga hari ini saya tidak pernah mendengar seorang pun umat Islam yang menolak mereka sebagai calon Shuhada'... Melainkan insan yang tegar mengata "mati katak".
Anwar yang dizalimi dan memberi kemaafan boleh sahaja saya terima kesatuan semula meraka demi negara.
Namun, menghina orang yang mungkin wajib syurga... Seharusnya menyedarkan kita apa bakal berlaku seterusnya. A major mistake.
Maka dengan itu, seusai solat Jumaat hari ini saya membuat keputusa. Saya berlepas dari usaha menubuh kerajaan PH, melepaskan saki-baki jawatan dalam kepimpinan PH Kelantan dan saya menyeru semua umat Islam agar menyokong Pas. Mudahan Pas semakin gagah melawan UMNO BN dari membawa masuk Komunis ke dalam Malaysia, dan berjaya menyaingi PH menjadi pemerintah Malaysia.
Maafkan daku PH dan Pas.
Mudahan kembalinya saya kepada Pas diterima.
Mejar Dr Khairul Afnan Khalid (bersara)