Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Disember 2020

Isu Lantikan EXCO, PAS Akur Keputusan Sultan - Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim Tuan Man | Isu Pelantikan Exco Perak.

Isu kemelut politik di Perak berjaya diredakan bila PAS, Bersatu dan UMNO bersetuju mengekalkan muafakat dan menyokong perlantikan Dato Saarani sebagai MB.


Pelantikan lima exco membolehkan Kerajaan Perak berfungai dan pentadbiran berjalan. Tentunya akan ada pertambahan exco bagi melengkapkan urus tadbir kerajaan negeri. Ini kita serah sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku.

PAS melihat isu yang paling utama selesai hasil muafakat bersama. Soal ADUN PAS di lantik sebagai exco atau tidak adalah hak Tuanku Sultan Perak. PAS akur apa sahaja yang baik pada pandangan Tuanku kerana yakin kestabilan kerajaan adalah keutamaan Tuanku.

Tidak timbul soal 'durhaka' atau tidak, kerana sesuatu kemelut politik harus dilihat secara menyeluruh bukan hanya sesuatu juzuk untuk membuat penilaian. Maka kita yakin mengurus kemelut yang berlaku memerlukan ruang tersendiri dan waktu yang sangat singkat. Dalam situasi begini, tidak hairan kalau salah faham, silap maklumat dan tentunya golongan yang berkepentingan akan mengambil kesempatan.

Apapun dengan kesabaran semua pihak dan jiwa besar akhirnya ia berjaya diselesaikan. Alhamdulillah kemelut ini tidak mengambil masa yang lama. Kini masa untuk melihat ke hadapan bagi meneruskan pembangunan negeri, menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan muafakat politik.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS.

Kronologi Sikap PAS Perak Terhadap Pihak Istana.

KRONOLOGI | Pada 4 Disember 2020, DUN Perak mencatatkan kejutan apabila kalah dalam undi belah bahagi atas usul percaya terhadap Menteri Besar Perak, Faizal Azumu.

Ini adalah kejadian kali ketiga seumpamanya yang pernah berlaku dalam politik di negara.

Kejadian yang sama pernah menimpa Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada 1975, dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir pada 1977.

2. Usul itu mencatatkan rekod berikut;

- 10 percaya

- 48 tidak percaya

- 1 undi rosak


ke atas kepimpinan Faizal Azumu.

Sebagai rekod, usul tersebut dibawakan oleh Adun UMNO, Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim.

3. Serentak dengan itu Faizal Azumu jatuh sebagai Menteri Besar Perak. Barisan EXCO yang dilantik oleh Faizal juga gugur secara automatik sehinggalah dilantik semula oleh kepimpinan yang baru.

4. Bagaimanapun Faizal masih berfungsi sebagai 'caretaker' sehinggalah Menteri Besar yang baru mengambilalih. Namun bekas Menteri Besar itu mengumumkan perletakkan jawatannya pada 5 Disember, sehari selepas gagal undi percaya di Dun Perak. Beliau membuat pengumuman tersebut sambil tersenyum-senyum.

5. Ketika keputusan usul percaya dibacakan Speaker DUN Perak, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menempelak tindakan menjatuhkan Menteri Besar sebagai satu penderhakaan dan pengkhianat.

6. Pada hari yang sama, PAS menerusi Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan media bahawa PAS tidak akan bersama dalam membentuk kerajaan baru.


Namun ramai pemerhati bebas membayangkan PAS akan membuat pusingan U demi mengekalkan jawatan EXCO yang turut disandang oleh ADUN parti itu.

7. Pada 8 Disember pula, PAS Perak membatalkan perjumpaan dengan Sultan Nazrin Shah atas arahan pucuk pimpinan parti.


Portal Berita Harian melaporkan seperti berikut;

PAS hari ini, membatalkan rancangan menghantar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Tiga ADUN parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang tadi.

Mereka terdiri daripada Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, berkata keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti. 

"PAS (Perak) batal menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh jam 3 petang ini, atas arahan pucuk pimpinan," katanya.

Perkataan BATAL digunakan dengan jelas. Namun ia kemudiannya dinafikan dan dijelaskan sebagai TANGGUH meskipun Berita Harian memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Razman Zakaria sendiri = menggunakan perkataan BATAL. 

Sebagai rekod, Sultan Perak turut mememerintah wakil-wakil parti dari Pakatan Harapan datang mengadap. DAP Perak juga mengeluarkan beberapa kenyataan terbuka menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

8. Tindakan PAS Perak itu kemudiannya dibaca sebagai DERHAKA kepada Sultan Nazrin. Beberapa gambar pimpinan PPBM dan PAS bermesyuarat juga tular. Namun ia tidak melibatkan mana-mana wakil rakyat negeri dari PAS mahupun PPBM kecuali Faizal Azumu. Sebaik sahaja PAS mengeluarkan kenyataan tidak mahu terlibat dalam penubuhan kerajaan baharu di Perak, UMNO bermesyuarat setiap hari dan mengeluarkan dua kenyataan tetap mahu mempertahankan kerajaan PN di Perak dan mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS dan PPBM di Perak.

9. PAS kemudiannya dikecam netizens dan dianggap menyusahkan Sultan Nazrin yang telah memperuntukan masa bagi menyelesaikan krisis Perak yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional - yang turut dianggotai oleh PAS sendiri.

10. PAS dianggap tidak menghormati Institusi Kesultanan kerana sewenang-wenangnya membatalkan pertemuan tersebut dan memberikan alasan belum bersedia sedangkan boleh jadi Sultan Nazrin juga ingin menyampaikan buah fikiran baginda terhadap krisis kepimpinan negeri itu. Di sosial media, kelihatan penyokong UMNO menyerang PAS dan dikatakan PAS telah mempermainkan UMNO.

11. Namun kritikan terhadap PAS Perak terutamanya dengan segera dinafikan oleh Pegawai kepada Razman Zakaria.

Berikut penjelasan beliau;

Dah tersebar kononnya PAS Derhaka Sultan..  Sultan rilek je tak sebut apa pun..

TS Anuar Zaini mewakili istana dikhabarkan memanggil  pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini. PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut.  

PAS Pusat sedang berusaha cari jalan terbaik menyatukan melayu Islam. Silap percaturan.. Penyatuan musnah. Percaturan di Perak akan menentukan percaturan di negeri lain.

Hanya PAS berada antara PN dan MN. Sebab itu langkah PAS mesti tenang dalam mengimbangi persaingan PPBM dan UMNO.  PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini.

Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat melayu islam khasnya di Perak.  

Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yang dibawa UMNO disokong oleh PAS.. Malangnya UMNO yang tak sokong... Kesian PAS... kena game dengan UMNO..

Sudahnya apabila keadaan semakin parah.. PAS yang cuba mendamaikan dipersalahkan...

InsyaAllah PAS yang sangat kuat berpegang dengan adat Melayu bersendikan Islam tidak sama sekali membelakangkan istana. PAS mahu mengadap Tuanku dengan persediaan yang rapi kerana tingginya penghormatan PAS kepada istana.

PAS tidak mahu mengecewakan Tuanku jika hadir tanpa sebarang keputusan yang memuaskan hati baginda.  Islam mendidik kepimpinan PAS menghormati institusi istana kerana mereka payung agama..

12. Pada 10 Disember, Dato' Saarani dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke 14. Ini pun selepas Zahid mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam satu kenyataan yang disiarkan gabungan Muafakat Nasional, Zahid Hamidi dilaporkan meminta maaf atas apa yang berlaku di Perak. Seterusnya, PAS dan PPBM bersetuju dengan perlantikan Saarani.

11. Sewaktu menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah jawatan, Sultan Nazrin bertitah dengan memberikan beberapa peringatan kepada pemimpin-pemimpin parti politik.

Berikut merupakan titah baginda;



11. Pada hari yang sama, Saarani turut membuat perlantikan beberapa EXCO, dengan mengekalkan kesemua EXCO dari UMNO dan melantik seorang EXCO baharu dari PPBM.

12. Namun tiada sebarang perlantikan semula EXCO dari wakil PAS dilakukan pada hari tersebut.

13. Petangnya, Razman Zakaria dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu yakin dengan semangat setiakawan UMNO.

14. Portal Free Malaysia Today melaporkan kenyataan Razman dengan tajuk : Jangan Lupa Kami Untuk Jawatan Exco, PAS Perak Peringatkan MB Baharu'.

15. Bagaimanapun ianya ditukar kepada : Jawatan EXCO Perak PAS Yakin Setiakawan Umno. 

16. Ini mungkin ada kaitan dengan teguran PJ PAS Perak menerusi akaun Facebooknya pada 10 Disember 2020;

 

17. Pada pagi 11 Disember, portal Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Dato' Saarani seperti berikut;


Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) PAS dalam kerajaan negeri bergantung kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengulas demikian apabila ditanya pemberita sama ada PAS akan berada dalam barisan lima lagi EXCO yang akan dilantik.

Saarani berkata, lima kekosongan kerusi EXCO itu akan dipenuhkan apabila tiba sudah masanya nanti.

"Kita akan penuhkan ia seperti mana sebelum ini, akan tiba masanya pelantikan itu akan dibuat.

"Sebagai Menteri Besar saya hanya boleh mencadangkan nama EXCO, hak mutlak untuk memperkenankan cadangan dan pelantikan EXCO adalah Sultan Perak dan selepas diperkenan nama berkenaan barulah pelantikan akan dibuat," katanya. 

18. Pada petangnya hari yang sama lebih kurang jam 4 petang, PAS Perak mengadakan sidang media untuk menjelaskan bahawa mereka mahu meminta maaf kepada Sultan Perak.


19. Tindakan ini sekaligus mengesahkan tuduhan yang dilemparkan ke atas PAS terlebih awal oleh para pengkritiknya bahawa parti itu telah menderhakai Sultan Perak.

20. Parti itu kemudiannya ditroll oleh netizens. 

21. Dalam pada itu, PAS juga dianggap melakukan tindakan meminta ampun kepada Sultan Perak untuk membolehkan wakil parti itu dilantik sebagai EXCO Perak.

22. Ini kerana pada 8 Disember, sebaik sahaja PAS Perak membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin, sehinggalah dituduh telah melakukan derhaka, dan PAS menafikan dakwaan tersebut, mereka tidak membuat permohonan maaf secara terbuka. Sebaliknya para penyokong mereka membela tindakan parti tersebut bahawa pertemuan dengan Sultan Nazrin boleh dilakukan pada bila-bila masa (sebagai rekod, kenyataan pembelaan geng-geng PAS itu adalah tidak benar sama sekali, pertemuan bersama Sultan Perak telah dijadualkan jam 3 petang pada 8 Disember dan bukannya pada bila-bila masa).

23. Namun selepas Saarani mengeluarkan kenyataan bahawa wakil PAS hanya boleh dilantik selepas mendapat perkenan Sultan Perak, pada 11 Disember 11 pagi, petangnya hari yang sama, PAS Perak membuat permohonan maaf terbuka dan berkata akan mengutuskan surat permohonan maaf secara rasmi kepada Sultan Perak.

24. Pada 12 Disember, jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini membuat dua teguran terbuka kepada Harakah Daily.


25. Teguran yang sama turut dilakukan ke atas akhbar versi cetak, The Star.

26. Selepas ditegur, Harakah Daily telah bertindak membetulkan gambar yang terdapat di kedua-dua artikel terbitan portal itu. - 12 Disember 2020.

Muafakat Nasional Tidak Akan Didaftarkan Sebagai Gabungan Politik - Annuar Musa

POLITIK | Muafakat Nasional (MN) melibatkan Umno dan PAS sama sekali tidak akan didaftarkan sebagai satu gabungan parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kata Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

"Jawatankuasa pemandu MN minggu lalu bersetuju untuk meneruskan gerakan kerjasama. Ia tidak semestinya perlu didaftarkan kerana Umno sudah berdaftar dalam BN manakala PAS dalam PN.

"Umno masuk pilihan raya akan guna logo BN manakala rakan kerjasamanya ialah PN. Pilihan raya ialah BN dan PN,"
katanya, memetik laporan portal Bernama hari ini.

Menurut Annuar lagi, MN merupakan satu gerakan untuk penyatuan muafakat dan kerjasama yang tidak terbatas kepada politik, selain boleh membabitkan banyak pihak.

Sehubungan itu katanya satu penerangan akan diberikan kepada umum untuk menjelaskan peranan MN bagi mengelak kekeliruan.

Terdahulu, UMNO menuntut agar gabungan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai sebuah parti politik semasa menilai semula kerjasama parti itu di dalam Perikatan Nasional. - 12 Disember 2020.

Selasa, 8 Disember 2020

PAS Tidak Derhaka, Kesian PAS Kena Game Dengan UMNO - SU Razman.

POLITIK | Fairuz Hafiizh Othman yang juga Setiausaha politik kepada pesuruhjaya PAS Perak menafikan dakwaan bahawa PAS derhaka kepada Sultan Nazrin Shah kerana membatalkan rancangan mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh yang dijadualkan jam 3 petang tadi.



Menurutnya, PAS bertindak membuat keputusan untuk tidak menghadap sultan kerana masih belum membuat keputusan berhubung isu jawatan menteri besar di negeri itu.

Selain itu, Fairuz juga mendakwa UMNO telah mempermainkan PAS.

Baca kenyataan penuh Fairuz dibawah ini;

Fairuz Hafiizh Othman | Dah tersebar kononnya PAS Derhaka Sultan.. Sultan rilek je tak sebut apa pun..

TS Anuar Zaini mewakili istana di khabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini. PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut.

PAS Pusat sedang berusaha cari jalan terbaik menyatukan melayu Islam. Silap percaturan.. Penyatuan musnah. Percaturan di Perak akan menentukan percaturan di negeri lain.

Hanya PAS berada antara PN dan MN. Sebab itu langkah PAS mesti tenang dalam mengimbangi persaingan PPBM dan UMNO. PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini.

Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat melayu islam khasnya di Perak.

Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yg di bawa umno di sokong oleh PAS.. Malangnya UMNO yg tak sokong... Kesian PAS... kena game dengan umno..

Sudahnya apabila keadaan semakin parah.. PAS yg cuba mendamaikan di persalahkan...

InsyaAllah PAS yg sangat kuat berpegang dengan adat Melayu bersendikan Islam tidak sama sekali membelakangkan istana. PAS mahu mengadap Tuanku dengan persediaan yg rapi kerana tingginya penghormatan PAS kepada istana.

PAS tidak mahu mengecewakan Tuanku jika hadir tanpa sebarang keputusan yg memuaskan hati baginda. Islam mendidik kepimpinan PAS menghormati institusi istana kerana mereka payung agama.. - 8 Disember 2020

MP Baling Dedahkan Kerajaan Setuju Benarkan Penjualan Tanah TH Kepada Syarikat Bukan Bumiputera.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | Saya sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Hilang.


Sebentar tadi di dalam parlimen, YB Baling DS Azeez Rahim telah mendedahkan sepucuk surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Surat ini mendedahkan bahawa kerajaan telahpun bersetuju bagi membenarkan penjualan lebih 6,500 hektar ladang di Sarawak kepada syarikat non bumi (yang dimulakan prosesnya pada zaman PH) dengan dua syarat:

1. Harganya RM170 juta

2. Ekuiti 30% Bumiputera dalam tempoh setahun selepas penjualan.

I mean, how ignorant can you be Tok Pa? How naive can you be Dr Zul?

Syarat apa benda macam ni? Kita semua tahu harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga belian lama (+-RM250juta) dan harga penilaian pertama JPPH (RM224juta). Tapi kita jual juga.

Kita semua tahu bahawa dengan penjualan ini maka hutang RM247 juta terpaksa dihapuskira. Tapi kita jual juga.

Kita semua tahu ladang2 ini sedang menghasilkan keuntungan kerana kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke paras RM3500 per tan berbanding RM1900 pada zaman PH. Tapi kita jual juga.

Kita semua tahu 30% ekuiti Bumiputera itu boleh dibuat senang2 melalui lantikan proksi. Tapi kita jual juga.

Dan kalau dalam masa setahun ini proksi tidak dapat dilantik bagi memenuhi syarat 30% tu, apa Tabung Haji boleh buat? Ambil balik tanah kemudian nak bayar balik Tamaco dengan apa? Sedangkan hasil sawit telah dikutip berganda.

Bodoh sangat ke kita?

Penjualan ini daripada dulu hingga sekarang adalah antara isi tentangan UMNO dan PAS ke atas PH. Membenarkan penjualan ini bukan saja bukti PPBM gagal menjaga aset umat Islam, tetapi tiada rasa hormat ke atas sensitiviti rakan kongsi.

Kalau benar perlu dijual sekalipun. Maka ia mesti create value (cipta nilai) dan memberikan pulangan munasabah kepada Tabung Haji. Ini basic common sense.

Dan kepada Dr Zul. Maaflah.

Tak perlu hairan macammana YB Baling yang tiada apa-apa kuasa boleh lebih tahu daripada kerajaan hari ini. Itu sebenarnya bukti kakitangan kerajaan lebih percaya kepada mereka berbanding tuan-tuan semua pak menteri.

Nak jadi menteri agama, bukan sekadar perlu faham Quran dan hafal hadith. Tetapi mesti juga mahir dalam ilmu pentadbiran, dasar ekonomi umat, kompleksiti undang2 serta geopolitik dunia.

Kalau fokus tu lebih kepada tulis buku, ulas hukum hakam, terjemah kitab, bagi kuliah, beri bantuan kebajikan, maka kembalilah ke kerusi mufti.

Tuan lebih layak di sana. - 8 Disember 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...