Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Disember 2020

Kronologi Sikap PAS Perak Terhadap Pihak Istana.

KRONOLOGI | Pada 4 Disember 2020, DUN Perak mencatatkan kejutan apabila kalah dalam undi belah bahagi atas usul percaya terhadap Menteri Besar Perak, Faizal Azumu.

Ini adalah kejadian kali ketiga seumpamanya yang pernah berlaku dalam politik di negara.

Kejadian yang sama pernah menimpa Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada 1975, dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir pada 1977.

2. Usul itu mencatatkan rekod berikut;

- 10 percaya

- 48 tidak percaya

- 1 undi rosak


ke atas kepimpinan Faizal Azumu.

Sebagai rekod, usul tersebut dibawakan oleh Adun UMNO, Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim.

3. Serentak dengan itu Faizal Azumu jatuh sebagai Menteri Besar Perak. Barisan EXCO yang dilantik oleh Faizal juga gugur secara automatik sehinggalah dilantik semula oleh kepimpinan yang baru.

4. Bagaimanapun Faizal masih berfungsi sebagai 'caretaker' sehinggalah Menteri Besar yang baru mengambilalih. Namun bekas Menteri Besar itu mengumumkan perletakkan jawatannya pada 5 Disember, sehari selepas gagal undi percaya di Dun Perak. Beliau membuat pengumuman tersebut sambil tersenyum-senyum.

5. Ketika keputusan usul percaya dibacakan Speaker DUN Perak, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menempelak tindakan menjatuhkan Menteri Besar sebagai satu penderhakaan dan pengkhianat.

6. Pada hari yang sama, PAS menerusi Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan media bahawa PAS tidak akan bersama dalam membentuk kerajaan baru.


Namun ramai pemerhati bebas membayangkan PAS akan membuat pusingan U demi mengekalkan jawatan EXCO yang turut disandang oleh ADUN parti itu.

7. Pada 8 Disember pula, PAS Perak membatalkan perjumpaan dengan Sultan Nazrin Shah atas arahan pucuk pimpinan parti.


Portal Berita Harian melaporkan seperti berikut;

PAS hari ini, membatalkan rancangan menghantar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Tiga ADUN parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang tadi.

Mereka terdiri daripada Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, berkata keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti. 

"PAS (Perak) batal menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh jam 3 petang ini, atas arahan pucuk pimpinan," katanya.

Perkataan BATAL digunakan dengan jelas. Namun ia kemudiannya dinafikan dan dijelaskan sebagai TANGGUH meskipun Berita Harian memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Razman Zakaria sendiri = menggunakan perkataan BATAL. 

Sebagai rekod, Sultan Perak turut mememerintah wakil-wakil parti dari Pakatan Harapan datang mengadap. DAP Perak juga mengeluarkan beberapa kenyataan terbuka menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

8. Tindakan PAS Perak itu kemudiannya dibaca sebagai DERHAKA kepada Sultan Nazrin. Beberapa gambar pimpinan PPBM dan PAS bermesyuarat juga tular. Namun ia tidak melibatkan mana-mana wakil rakyat negeri dari PAS mahupun PPBM kecuali Faizal Azumu. Sebaik sahaja PAS mengeluarkan kenyataan tidak mahu terlibat dalam penubuhan kerajaan baharu di Perak, UMNO bermesyuarat setiap hari dan mengeluarkan dua kenyataan tetap mahu mempertahankan kerajaan PN di Perak dan mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS dan PPBM di Perak.

9. PAS kemudiannya dikecam netizens dan dianggap menyusahkan Sultan Nazrin yang telah memperuntukan masa bagi menyelesaikan krisis Perak yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional - yang turut dianggotai oleh PAS sendiri.

10. PAS dianggap tidak menghormati Institusi Kesultanan kerana sewenang-wenangnya membatalkan pertemuan tersebut dan memberikan alasan belum bersedia sedangkan boleh jadi Sultan Nazrin juga ingin menyampaikan buah fikiran baginda terhadap krisis kepimpinan negeri itu. Di sosial media, kelihatan penyokong UMNO menyerang PAS dan dikatakan PAS telah mempermainkan UMNO.

11. Namun kritikan terhadap PAS Perak terutamanya dengan segera dinafikan oleh Pegawai kepada Razman Zakaria.

Berikut penjelasan beliau;

Dah tersebar kononnya PAS Derhaka Sultan..  Sultan rilek je tak sebut apa pun..

TS Anuar Zaini mewakili istana dikhabarkan memanggil  pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini. PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut.  

PAS Pusat sedang berusaha cari jalan terbaik menyatukan melayu Islam. Silap percaturan.. Penyatuan musnah. Percaturan di Perak akan menentukan percaturan di negeri lain.

Hanya PAS berada antara PN dan MN. Sebab itu langkah PAS mesti tenang dalam mengimbangi persaingan PPBM dan UMNO.  PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini.

Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat melayu islam khasnya di Perak.  

Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yang dibawa UMNO disokong oleh PAS.. Malangnya UMNO yang tak sokong... Kesian PAS... kena game dengan UMNO..

Sudahnya apabila keadaan semakin parah.. PAS yang cuba mendamaikan dipersalahkan...

InsyaAllah PAS yang sangat kuat berpegang dengan adat Melayu bersendikan Islam tidak sama sekali membelakangkan istana. PAS mahu mengadap Tuanku dengan persediaan yang rapi kerana tingginya penghormatan PAS kepada istana.

PAS tidak mahu mengecewakan Tuanku jika hadir tanpa sebarang keputusan yang memuaskan hati baginda.  Islam mendidik kepimpinan PAS menghormati institusi istana kerana mereka payung agama..

12. Pada 10 Disember, Dato' Saarani dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke 14. Ini pun selepas Zahid mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam satu kenyataan yang disiarkan gabungan Muafakat Nasional, Zahid Hamidi dilaporkan meminta maaf atas apa yang berlaku di Perak. Seterusnya, PAS dan PPBM bersetuju dengan perlantikan Saarani.

11. Sewaktu menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah jawatan, Sultan Nazrin bertitah dengan memberikan beberapa peringatan kepada pemimpin-pemimpin parti politik.

Berikut merupakan titah baginda;



11. Pada hari yang sama, Saarani turut membuat perlantikan beberapa EXCO, dengan mengekalkan kesemua EXCO dari UMNO dan melantik seorang EXCO baharu dari PPBM.

12. Namun tiada sebarang perlantikan semula EXCO dari wakil PAS dilakukan pada hari tersebut.

13. Petangnya, Razman Zakaria dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu yakin dengan semangat setiakawan UMNO.

14. Portal Free Malaysia Today melaporkan kenyataan Razman dengan tajuk : Jangan Lupa Kami Untuk Jawatan Exco, PAS Perak Peringatkan MB Baharu'.

15. Bagaimanapun ianya ditukar kepada : Jawatan EXCO Perak PAS Yakin Setiakawan Umno. 

16. Ini mungkin ada kaitan dengan teguran PJ PAS Perak menerusi akaun Facebooknya pada 10 Disember 2020;

 

17. Pada pagi 11 Disember, portal Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Dato' Saarani seperti berikut;


Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) PAS dalam kerajaan negeri bergantung kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengulas demikian apabila ditanya pemberita sama ada PAS akan berada dalam barisan lima lagi EXCO yang akan dilantik.

Saarani berkata, lima kekosongan kerusi EXCO itu akan dipenuhkan apabila tiba sudah masanya nanti.

"Kita akan penuhkan ia seperti mana sebelum ini, akan tiba masanya pelantikan itu akan dibuat.

"Sebagai Menteri Besar saya hanya boleh mencadangkan nama EXCO, hak mutlak untuk memperkenankan cadangan dan pelantikan EXCO adalah Sultan Perak dan selepas diperkenan nama berkenaan barulah pelantikan akan dibuat," katanya. 

18. Pada petangnya hari yang sama lebih kurang jam 4 petang, PAS Perak mengadakan sidang media untuk menjelaskan bahawa mereka mahu meminta maaf kepada Sultan Perak.


19. Tindakan ini sekaligus mengesahkan tuduhan yang dilemparkan ke atas PAS terlebih awal oleh para pengkritiknya bahawa parti itu telah menderhakai Sultan Perak.

20. Parti itu kemudiannya ditroll oleh netizens. 

21. Dalam pada itu, PAS juga dianggap melakukan tindakan meminta ampun kepada Sultan Perak untuk membolehkan wakil parti itu dilantik sebagai EXCO Perak.

22. Ini kerana pada 8 Disember, sebaik sahaja PAS Perak membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin, sehinggalah dituduh telah melakukan derhaka, dan PAS menafikan dakwaan tersebut, mereka tidak membuat permohonan maaf secara terbuka. Sebaliknya para penyokong mereka membela tindakan parti tersebut bahawa pertemuan dengan Sultan Nazrin boleh dilakukan pada bila-bila masa (sebagai rekod, kenyataan pembelaan geng-geng PAS itu adalah tidak benar sama sekali, pertemuan bersama Sultan Perak telah dijadualkan jam 3 petang pada 8 Disember dan bukannya pada bila-bila masa).

23. Namun selepas Saarani mengeluarkan kenyataan bahawa wakil PAS hanya boleh dilantik selepas mendapat perkenan Sultan Perak, pada 11 Disember 11 pagi, petangnya hari yang sama, PAS Perak membuat permohonan maaf terbuka dan berkata akan mengutuskan surat permohonan maaf secara rasmi kepada Sultan Perak.

24. Pada 12 Disember, jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini membuat dua teguran terbuka kepada Harakah Daily.


25. Teguran yang sama turut dilakukan ke atas akhbar versi cetak, The Star.

26. Selepas ditegur, Harakah Daily telah bertindak membetulkan gambar yang terdapat di kedua-dua artikel terbitan portal itu. - 12 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...