Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 April 2012

Tv3, ini ke yang lue cakap 300 orang?

Gua amat berkecil ahti dengan tv3. Citer dia gini. Tengah dok terdemo demo bersih tiba2 gua dapat panggilan telefon.

Member gua : Weyy ko kat ne sekarang?

Gua : Kl neh masjid jamek sesak siott

Member gua : Ramai orang datang? Ada 1,000? Tv3 lapor 300 orang datang.

Gua : Apa? 1,000 pun takde der. Lebih ada lah. 300 orang jek tv3 cakap? Bengong arh ko tv3. Jap.. gua g sediakan bukti.

Selepas mendapat panggilan telefon tersebut gua pun sedaya upaya mencari taktik macam mana nak pergi ke tingkat tinggi dan membuktikan kata2 tv3 tue jahat. Macam2 taktik gak gua fikirkan time tue last2 gua dapat idea bahawa elok gak gua berlakon naik lrt der.. bukan rugi apa pun kan?

Dan hasilnya seperti di bawah neh. 300 otak kaw larh tv3..








Kejap lagi gua akan kemaskini kan entry neh. Gua neh pun melilau2 nak balik neh der. Tolong faham oke. Bai dulu. Satgi sambung.

Gambar di ambil dari dua lokasi berlainan. Depan dan belakang. Perhatikan betul2 oke. Nanti gua bagi gambar dari tempat lain plak. 


Updated ;

Ada yang salah faham. Member aku call siang. So berita tv3 yang dimaksudkan sudah tentulah bukan buletin utama tetapi berita waktu siang2 tue.. maybe juga berita terkini. Aku tak tanya dia sampai sekarang oke. Jangan salah faham. tq

Ameno : 300 otak kaw lah tv3

Live from Dataran Merdeka.

Gua secara rasminya pening. Crowd terlampau panjang dan banyak. Nak bernafas pun payah. Dah la panas. Sengsara jap. Maxis plak buat hal. Yang terkini kat sini ialah ;

1. Sehingga jam 12.44pm crowded semakin ramai di masjid jamek. Polis tak membenarkan pendemo berjalan menuju ke dataran merdeka tapi gua tak rasa situasi tue akan berjaya berdasarkan kepada jumlah hadirin. Gua pun dah pening nak kira neh der..

2. Beberapa jalan yang dah ditutup kini dibuka semula.

3. Tadi ada sorang mamat kecoh bawa kereta kancil dia angin press enjin kuat2 macam baguih2 jek last2 kena booo padan arh muka kaw ada aku kesah?

4. Aku ada rakam dan tangkap banyak gambar dan terus upload via fb melalui hp tapi tah hapa jadah maxis hari neh lemau tatau aku apa masalah ek.

5. Hari neh seven eleven dan mcdonald untung juta2. Gua dah jeles dah dengan dorang. Patutlah makin kaya banyak ek jasa bersih terhadap mereka tue. Nanti gua bagi bukti bergambar. Penuh siot. Padat. Sampai sekarang oke.

6. Tadi gua nampak polis dok perhati kiri kanan dan sms, peh tue perati lagi dan mesej.. gua saja2 nak suspect polis tue. Gambar pun dah tangkap. Tapi hari neh polis begitu baik dengan kami. Aku agak kehairanan disitu.

7. FRU memang tak nampak batang hidung langsung. Tahniah gua ucapkan. Ekekeke..

8. Pakcik2 yang jual mafela hari neh memang kaya raya gak. Laku siot mafela2 yang pakcik bertiga tue jual.

9. Gua nak upload gambar pun takley walaupun ada bawa sambungan tapi bateri laptop kan weak, balik kang aku upload lah..

10. Tadi lebih kurang kol 11 masa tengah lepak2 kat lrt masjid jamek, polis dok halau2 orang jangan melepak di tangga.

11. Sekarang neh pendemo2 sedang berjalan,. aku pun nak ikut sekali.. dah last2 neh mesti ada yang menarik di depan sana.. korang tak mai sapa suruh kan dah rugi.

12. Untuk rekod korang, takde sapa2 maki polis ari neh oke. Nada. Obso. Jadi kalau ada sapa2 cakap ada pendemo2 bersih maki polis gua bagi lue lesen hijau untuk maki dia balik sebab jaja fitnah.

13. Ada ada dua orang mangkuk ayun cakap mangkuk.. bila orang dok laung2..  bersih bersih..peh tue dia balas mangkok.. aku nak tangkap gambar dua ekor mangkok tue tapi tah camna aku dihalangi oleh orang ramai. Sekeliling aku penuh alih2 mangkok ayon berdua tue dah hilang. Pakai baju biru aku suspect orang bien. Peh.. aku suspect jek neh taw.. bukan fakta oke.

Sekarang ramai2 ngah laungkan slogan bersih.. 

Akan dikemaskini kelak.

BERSIH 3 : Gambar terkini di dataran merdeka.




























Sumber : Dari pelbagai pihak = bloggers umno, JKK, Twitter, Zunar. 


Nampaknya belum bersih 3 mereka dah mula bersih.. tak sabar2 ke apa?


kah kah kah


Apa pun neh hadiah dari DBKL untuk kita seme..




Aik,


DBKL.. main tipu ek? Nak alihkan pandangan orang ek? Tak baik wooo.. perhimpunan ada oke.. ada. 


kah kah kah


Ameno : Malam masih muda ..

Jumaat, 27 April 2012

Apa anak-anak hantu neh cakap?


Dia cakap kat kita semua ;
Penyokong BERSIH dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.

Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.

Beliau juga menjelaskan, polis mendapatkan perintah mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan memandangkan penganjur sebelum didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.-MK-

Kita pecahkan statement di atas jap ;

1. Boleh berhimpun di tempat yang dirancang = dataran merdeka.

2. Tapi dilarang berarak ke dataran merdeka. 

3. Sebarang kumpulan yang datang berarak akan dikenakan tindakan.

4. Ia dibuat atas alasan keselamatan.

Kalau kita ramai2 datang dari mana2 arah pun walaupun tiada niat nak berarak tetap dilihat seperti berarak sebab datang ramai2 walaupun bukan datang sekali. So kalau dia cakap boleh berhimpun tapi tak boleh berarak memang kelakar gile. Bayangkan saja macam kenduri kahwin. Bukan kita ramai2 nak berarak pergi kenduri kahwin tapi itulah keadaan nya kalau dah masing2 menuju ke arah yang sama. Adoiiiyaii.

Anak hantu kedua pula cakap gini ;

"Jangan jadi pak turut kepada pihak-pihak yang menghuru-harakan negara dan tidak tahu berterima kasih," kata Timbalan Pengerusi PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Menurutnya, PERKASA mengambil pendirian sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menggesa umat Islam mengelak menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.

"Kita awal-awal lagi tolak dan tentang mereka yang sokong BERSIH," katanya.

Ahli-ahli PERKASA juga katanya tidak akan turun menyanggah himpunan BERSIH kerana menghormati arahan mahkamah dan pihak berkuasa yang menutup Dataran Merdeka.

"Kita akur pada arahan. Kita dapat arahan mahkamah yang tidak membenarkan untuk turut serta," kata Rahman. -MK-

Kita pecahkan statement dia jap ;

1. Perkasa suruh orang melayu jangan jadi pak turut mana2 pihak.

2. Jangan tidak tahu berterima kasih.

3. Perkasa tidak turun menyanggah perhimpunan bersih sebab hormati arahan mahkamah.

Oke. Ringkasnya dia suruh kita jangan ikut suruhan sapa2. Jadi dia yang baru menyuruh kita neh boleh larh diabaikan sebab kita berpegang kepada pendirian tak perlu ikut sapa2 punya suruhan dan arahan. 

Err jap ada sapa2 paksa or suruh ko pergi demo bersih tak? Takde? Semua pergi atas kerelaan sendiri ka? Bagus.. maka nya kita harap perkasa boleh berbangga dengan kita sebab kita tak jadi pak turut mana2 pihak.

Bab tidak tahu berterima kasih atau tidak ia sesuatu yang sangat subjektif. Oleh kerana cara hidup, persekitaran dan pengalaman kita berbeza2 maka jangan terlalu jumud beranggapan bahawa aku dan ko merasai perkara yang sama. Boleh hadam tue atau perlukan pemahaman yang lebih mendalam? Aku tak banyak masa nak fahamkan orang yang faham oke terai upgrade akal dulu..

Perkasa tak turun sebab takde pengikut. Itu je sebab sebenar. Mari cakap pasal fakta disini dan lupakan ego masing2 oke. 

kah kah kah

Anak hantu ketiga plak bercakap ;

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini berkata tindakan perhimpunan BERSIH di Dataran Merdeka kini sudah menjadi isu keselamatan.

"Saya boleh katanya, sekarang terdapat unsur berkaitan keselamatan," kata Ahmad Fuad.

Ekoran itu, Ahmad Fuad berkata akan menemui Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini bagi menentukan kaedah dalam operasi bersama mereka. - MK

Aku boleh kata bahawa nya datuk bandar DBKL sedang mengarut. Terai take it easy datok.. anak nak kahwin kan 28 april neh? Take it easy.. biarkan sahaja himpunan aman berlalu.. anda tak rugi, kami pun lega. Apa yang dok pongpang2 jaja isu keselamatan bagai? Kucing pun gelak baca neh datok oii..

kah kah kah

Anak hantu keempat plak cakap ;

Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang penganjur dan orang awam berkumpul atau mengadakan aktiviti di Dataran Merdeka mulai esok sehingga 1 Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kawasan ‘larangan’ yang dimaksudkan itu adalah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, ia bermula pada jam 12 tengah malam tadi.

"Penama yang dinamakan dalam perintah itu, penganjur dan orang awam adalah dilarang hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perhimpunan di kawasan tersebut mulai hari yang ditetapkan,” katanya.

Mohamad berkata, polis mengambil kira isu keselamatan dan kententeraman awam di pusat bandar, khususnya di Dataran Merdeka.

Menurutnya, jika pihak berkenaan masih berdegil dan tidak mengikut perintah, ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda RM 2,000 atau kedua-duanya.

“Jika pihak berkenaan didapati mengadakan perhimpunan di tempat lain seperti KLCC yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang yang termaktub. Berkumpul di sesuatu lokasi untuk tujuan perarakan adalah salah mengikut Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Beliau berkata, polis mempunyai pasukan yang memadai untuk memantau perhimpunan Bersih 3.0.
-SH-

Mula2 tadi dia cakap oke kan? Lepas tue dia cakap tak oke pula kan? Sekarang semua laporan berita dok pongpang2 label bersih 3 = perhimpunan haram. Inilah pandangan aku. 

1. Sebenarnya dari awal lagi memang dia takan bagi buat bersih 3.

2. Tapi dorang kena main wayang supaya tak nampak sangat macam tahun lepas.

3. Tahun neh depa guna strategi supaya boleh memperdayakan rakyat.

4. Dan kesan nya mungkin ada rakyat yang dah terpedaya dengan penipuan mereka. Hakikatnya kalau dorang dah izin dorang akan izinkan jek terus guna dataran merdeka tue. Bukan ada effect apa pun. Konsert selalu buat kat sana. Jalan sana selalu tutup. Bukan perkara baru atau luar biasa. 

Tapi memang sejak dari awal lagi dorang memang tak pernah izinkan bersih. Dorang saja2 cakap izin, keluar tv apa seme lepas tue dorang rangka strategi supaya dorang dilihat orang yang bertolenrasi dan BERSIH 3 dilihat sebagai pihak yang pentingkan diri sendiri. 

Tapi sorry to say lah.. sapa2 yang terpedaya tue akan tetap terpedaya bersandarkan kepada kemampuan akal dia menganalisis keadaan. Orang yang ada kemampuan akal untuk menganalisis lebih dalam memang takan terpedaya. Kemampuan akal orang2 yang dah terpedaya neh bukan sesuatu yang aku boleh tolong der. Tolong larh faham.. kebijaksanaan aku menganalisis bukan sesuatu yang boleh didermakan begitu sahaja.. oke?

kah kah kah

Ameno : Banyak anak hantu sekarang..

16 Tips Bergambar untuk demo BERSIH 3.

Disediakan oleh SUARAM. 

Baca dan fahamkan betul2 oke.

Ini untuk mereka yang belum berdemo ataupun baru first time nak turun demo. Terutamanya bab ketika berhadapan dengan polis dan fru. Jangan sesekali melibatkan diri dengan sebarang aktiviti memprovokasi polis atau fru atau dbkl oke.

Pedulikan apa benda yang dorang bebelkan guna loud speaker yang penting korang kena stay berkumpul. Kalau orang duduk korang duduk, kalau orang diri korang diri, ikut arahan dari ketua. Ketua akan tampil di setiap lokasi berkumpul. 

Pastikan korang berada di kl seawal jam 10 pagi esok. Dan pastikan korang berada di kawasan berhimpun jam 12 tengahari. Sebab pukul 1.30 - 1.45 semua kumpulan dari 7 lokasi yang berlainan akan bergerak menuju ke satu lokasi yang sama iaitu dataran merdeka. Kita akan bertembung di satu jalan. Time tue mungkin akan berlaku sedikit konflik tapi pastikan tenang dan jangan gelabah.

Yang dah pernah ikut demo boleh pimpin mereka2 yang baru first time join. Jangan takut apa2 oke. 

Dan ini antara info yang aku dapat dari beberapa facebookers ;

1. Jauhi segala macam kon dan benda2 yang pelik. Takut ada bom.

2. Jangan rosakkan apa2 harta awam / conteng. Jika ada yang buat vandalisme rakam takut2 mereka tue provocater yang akan merosakkan nama baik pendemo bersih.

3. Jangan buang sampah oke even air mineral / hundredplus atau apa. Kita takmo nanti ada sesiapa yang tangkap gambar dan cakap kita buang sampah merata2. Dan kalau korang nampak ada yang buat tolong tegur atau rakam jek terus.

4. Sila spot orang2 yang mencurigakan. SB dan agent provokasi akan menyusup di kalangan kita so pls jangan terpengaruh dengan mereka dan pls rakam.

5. Jangan share apa2 dengan ORANG YANG KORANG TAK KENAL. Faham. Contohnya dia tanya ko.. er ko student mana? Dok mana? Atau apa2 benda peribadi yang mendedahkan identiti korang. JANGAN SESEKALI DEDAHKAN APA2 KEPADA SESIAPA. 

Selanjutnya baca kat bawah neh. Nombor yang penting dah save kan? Make sure korang save oke.
 
















Ameno : Nak berkelah pun susah..

Tiga lapisan pagar menanti peserta BERSIH 3. [VIDEO INSIDE]

Tiga lapisan ek?

Lihat video kat bawah neh. Sumbangan rakan facebook.

 

10 lapisan pagar pun aku rasa takde sapa nak heran. 

kah kah kah

Satu tips yang sangat2 penting untuk peserta2 demo BERSIH 3 ialah ;

Jangan lompat. Korang kalau nak masuk, aku tak suruh tapi sebenarnya cara terbaik langgar jek beb. Langgar jek dah oke dah. Takan boleh mati der. Jangan susah2 buat gini beb ;



kah kah kah

Idea bernas kan? So are you ready?

Ameno : Apa pun tak boleh.. duduk dan bantah pun tak boleh sekarang.. ekekeke..

Media Antarabangsa laporkan BERSIH 3.

Laporan berita neh dikeluarkan oleh CNA = Channel News Asia.



Apa yang dinyatakan oleh Ambiga dalam berita tersebut memang betul. Bersih 3 perlu diadakan sebelum PRU-13 berlangsung untuk mendesak SPR reform semua cadangan penambahbaikkan PSC terhadap SPR. Bukan kita nak suka suki buat bersih apa seme tetapi disebabkan pru akan berlangsung dalam masa terdekat neh maka kita berharap agar spr boleh terus buat reformasi yang kita tuntut sebelum membenarkan pru berlangsung.

Keengggan SPR untuk mendengar dan mengubah dirinya menyebabkan kita semua terpaksa sekali lagi mendesak SPR melalui demostransi. Ada orang cakap alah lue bagi memo sudah cukuplah. Hello der.. takyah cakap memo.. bersih siap buat PSC lagi tapi apa hasilnya? Hopeless. Sebab apa? Sebab SPR ingat permintaan dan tuntutan tersebut main2. Dia rasa dia tak perlu penuhi tuntutan tersebut dan dia juga rasa rakyat pun memang takmo penambahbaikkan dalam sistem pilihanraya.

Jadi untuk membuktikan sangkaan SPR itu meleset, kita kena ramai2 pergi BERSIH 3 esok. Semakin ramai kita, maka semakin SPR tertekan. Sebab perkara neh akan menjadi satu perkara yang orang akan tertanya2. Heyy apahal ramai2 di kl tue? 

Heyy.. apasal satu dunia kuning2 neh? Apa yang berlaku? Jadi itu akan menyebabkan nak atau taknak SPR sekali lagi terpaksa berhadapan dengan permintaan kita. Kalau dia taknak reform juga, kita akan tolong dia reform. Sampai bersih 100 pun takpe. Kita akan gunakan cara baik. Jangan risau dan jangan terpedaya dengan provokasi2 yang mengatakan kita nak rampas kerajaan, gulingkan bn ataupun apa. Itu seme hanyalah sangkaan liar dan dicetuskan oleh provokasi2 dari geng2 mana tah. Oke bai.

Untuk video klik sini

Ameno : tv3 takmo popularkan lagi ka bersih macam tahun lepas? 

Ini ialah satu kekeliruan yang amat besar.

Kejap.

Aku rupanya tadi terkeliru. Gila betul larh. Aku nak korang tengok kat bawah neh jap ;





Citer dia macam neh. Tadi aku buka laman web sinarharian dan baca citer pasal pengerusi SPR dan timbalannya. Aku rupanya dah terkeliru dengan kenyataan dari kedua2 individu di atas neh. Korang perasan tak apa yang aku perasan? Demm.. 

1. Mula2 aku baca citer pasal wan omar yang mengaku jadi ahli umno tapi dia terlupa.

2. Then aku buat artikel.

3. Lepas tue aku terbaca pasal statement pengerusi spr pula.

4. Masa tue aku dah terpublish entry aku. Aik aku jadi confuse. Bukan kah yang terlupa tadi tue wan omar? Apsal sekarang pengerusi SPR pula yang dah terlupa? Sinarharian tersalah lapor ka tadi? Aku kelam kabut pergi padam entry asal. Ingatkan dah tersalah. Nak betulkan balik kan yang terlupa tue sepatutnya pengerusi SPR.. bukan timbalan dia..

5. Lepas tue aku check balik link berita tadi.

6. Celaka. Rupanya2 kedua2 individu di atas neh bagi alasan yang sama. Demm.. buat keliru aku jek.

kah kah kah

Dah takde alasan lain gamaknya. Adoiii.. lebih kurang sama jek jalan citer dia beb..  ekekeke.. kesimpulannya tetap sama kalau sungguh tak aktif dalam parti apa seme.. keluarkan jek diri sendiri dari senarai keahlian umno apatah lagi sesama korang tak ingat sapa yang daftarkan korang = automatik mengakui bukan diri sendiri yang daftar untuk jadi ahli umno kan ? 

KAH KAH KAH

Ameno : Rancang dan bincang dulu sebelum keluarkan statement kot.. Ekekekek..

Pengerusi SPR mengakui jadi ahli UMNO.


Dia dah mengaku.

Mari kita perhatikan kenyataan dia terlebih dahulu.

“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
 
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
 
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Hariandan Sinar Harian Online semalam. -SH-

Sekarang mari kita tarik keluar satu persatu kenyataan dia.

1. Dia tak ingat kat mana dia pernah jadi ahli umno.

2. Dia rasa mungkin ada orang yang tolong daftarkan dia.

3. Dia tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti kepartian umno.

4. Perkara sudah terlalu lama dia dah lupa.

5. Dia tidak pernah bias atau berat sebelah dalam perkhidmatannya di SPR.

Maksudnya kat sini kita boleh faham bahawa ;

Dia taktau dia ahli umno kat cawangan mana sebab dia tak tatau siapa daftarkan dia jadi ahli umno dan dia tak pernah terlibat dalam aktiviti kepartian dan benda tue dah lama, dia dah lupa dan dia juga bukan seseorang yang bias.

Mula2 dia cakap dia taktahu lepas tue dia claimed dia lupa. Kalau dia taktahu maka dia hanya boleh cakap taktau dia tak patut cakap dia dah terlupa. Taktahu dan terlupa ialah dua perkara yang sangat berbeza. Bagi pandangan aku menerusi kenyataan dia neh aku rasa kisah dia begini ;

1. Dia tahu dengan jelas bahawa selepas dia tamat belajar memang ada orang daftarkan dia jadi ahli umno.

2. Aku percaya dia kenal orang yang daftarkan dia jadi ahli umno. Dia toksah berlakon larh nak cakap taktau or tak ingat apa seme. Kalau seseorang tue bebas daftarkan sesiapa sahaja jadi ahli umno.. bukan kah itu lebih pelik? Dia nak cakap bahawa sesiapa pun boleh tolong sesiapa daftarkan jadi ahli umno? Bukan kah ini baru sahaja mendedahkan kepincangan dan keburukkan parti umno? Jap.. dia baru kutuk umno ka neh weh?

3. Dia juga cakap dia tak aktif dalam UMNO. Soo.. pendedahan neh apa citer? Adakah ini dua individu yang berbeza atau sama? Kita tak dengar penafian dia berhubung perkara neh lagi kan?

Kesimpulannya, lebih baik dia keluarkan diri dia dari menjadi ahli umno sekarang. Keluar dari umno untuk membuktikan dia benar2 tidak berat sebelah.. kalau berani nak keluar lah. Dia sendiri pun mengakui pendedahan itu ialah satu FAKTA yang lama.. FAKTA ialah FAKTA.. tak kira lama or baru.. so tolonglah lengkapkan kronologi FAKTA neh dengan keluarkan diri anda dari UMNO.. ada berani ka?

kah kah kah

Ameno : Timbalan Pengerusi SPR per citer plak? 

Khamis, 26 April 2012

Peratusan rakyat luar dapat status warganegara naik mendadak kepada 3892% !


Sila baca bebaik statement kat atas neh.

1. Pada tahun 2000 - 2007 = 390 purata bagi tiap2 tahun.

2. Pada tahun 2008 = meningkat sebanyak 300%. Mungkin purata 390 x 300% kot.

3. Pada tahun 2009 = meningkat sebanyak 1225%. Buat macam kira2 di atas neh.

4. Pada tahun 2010 = meningkat sebanyak 3892%. 

Semua neh berlaku selepas 2008, selepas pru - 12 yang mana bien kalah lima negeri kepada pembangkang. Ini sesuatu yang membimbangkan. Korang rasa tak apa yang aku rasa?

Patutlah..

Tak syak lagi kenapa aku ragu2 der. Berbaloi2 wa cakap lue.. 

kah kah kah

Ameno : Bersepah dah muka2 dorang kat sini.. kadang2 aku confuse sini malaysia atau apa..

Dataran Merdeka Ditutup selama 48jam.



Alamak DBKL. Bersih lagi sehari tapi bermula esok start jam 6 pagi lokasi tersebut akan ditutup der. Semua laluan ke dataran merdeka akan dikepung. Kah dah cakap. Confirm punya lah depa memang takan bagi chance.


kah kah kah


DBKL oiii korang buat lawak ka? Lagi ko halang, ko kepung, lagi kami mai serbu. Bersikap terbuka lah. Lepas guna kami akan pulang balik oke. Tindakan ko neh akan menyusahkan ramai orang dan bukan kami yang menyusahkan orang ramai sebab kami tak tutup jalan yang tutup jalan tue DBKL.

Mungkin ramai yang cakap eley DBKL bagi lokasi lain tue apsal takmo guna. Itu satu ayat yang kurang tepat. DBKL arah guna lokasi lain. Bukan bagi. Dia arah guna lokasi lain, dengan masa yang amat suntuk, kita kalau tukar lokasi kena mohon permit lagi. Buatnya kat lokasi lain pun tak dapat permit kang naya. 

Dulu nak buat di stadium merdeka. Jika tahun lepas tak boleh pasal apa tahun neh dia nak bagi keizinan pula kan? Lagipun pihak pengurusan stadium merdeka cakap dorang akan pertimbangkan.. bukan bermaksud confirm lulus. Lain2 lokasi memang tak cun sebab nak pergi pun payah. Senang cakap tak strategik. Mesti di kl juga apa2 hal baru best. Eekekkek..

Baca kat bawah neh ;

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan walaupun permintaan mereka telah ditolak oleh DBKL dan polis. -SH-
 
Ameno  : Apa pun tak boleh larh depa neh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...