Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Tak Bayar Saman Lesen Batal.

Ahhh sudah.

Saman dah la banyak menimbun2. Macam msna nak bayar neh?

Kah Kah Kah

Terkini dari PDRM. Mereka akan ambil langkah drastik terhadap mana2 individu yang gagal melunaskan bayaran saman. Individu tersebut akan disekat dari renew lesen kenderaan. Bila takde lesen yang sah dan ditahan polis dan polis tengok lesen dah mati maka kena saman lagi. Maka makin banyak la jumlah saman yang krna bayar sebelum mampu renew lesen.

Aduhai.

Satu masalah lagi nak fikir. AES pun tak settle lagi. Dah tambah benda baru.

Pening2.

Selasa, 12 Mac 2013

Hot : Report Polis Ke Atas Bendera PKR.

Kau biar betul. Ko buat lawak je ke apa neh oit?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS PUNYA ORANG. TAK PERNAH2 LAGI AKU JUMPA. INILA YANG PERTAMA. AKU HARAPKAN INI JUGA YANG TERAKHIR. 

Dah tak sanggup dah aku hidup di malaysia neh. Bermacam kisah lucu orang2 umno buat semata2 nak zahirkan kebencian, kesangsian dan kedendaman terhadap PKR. Sampai putus urat perut aku. Nyawa aku bisa jadi singkat. Gelak banyak sangat. Ini semua salah najib.

KAH KAH KAH

Lihat bawah ;


Anda rasa ini sudah cukup lucu? Jangan. Kerana yang lebih lucu ada kat bawah neh hah ;


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Oitt aku nak report polis bendera BN. Apasal letak lambang dacing? Aku tak puas ahti. Aku suspect neh mesti UMNO nak menipu dalam timbangan betul tak? Jelaskan. Kalau tak aku akan buat PC dalam masa terdekat untuk mendesak penjelasan. Aku tak suka umat islam pecah belah. Ikut seruan Nabi saw oke.

KAH KAH KAH   

Jumaat, 11 Januari 2013

Polis arah patuhi 27 syarat dalam perhimpunan kebangkitan rakyat - #kl112

Cantik.


Arah patuh 27 syarat. Tapi hebahan di media massa hanyalah 10 syarat? Macam mana nak patuhi 27 syarat tersebut kalau syarat2 yang didedahkan pun hanyalah 10 sahaja? Cuba bagitau aku incik polis, macam mana nak patuhi 27 syarat tersebut sedangkan yang diketahui hanyalah 10?

Kalau ada orang langgar apa2 syarat di kemudian hari dan mereka tatau bahawa itu antara syarat2 yang perlu dipatuhi maka jangan marah kami ek. Ingat, kami tatau kesemua 27 syarat tersebut. Kami tahu 10 je walaupun kami diberitahu ada 27 syarat. 

Hehe.

Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.


Ada yang cakap tak boleh bawa banner. Yang sebenarnya setahu aku banner boleh bawa tetapi slogan provokasi je tak boleh buat. Contohnya ko pakai baju BERSIH lepas tue ko pongpang2 mampos najib mampos bn itu maksudnya slogan provokasi.
 
Apa baju yang korang pakai, maka berhimpunla ikut tujuan baju tersebut. Kalau ko pakai baju mampos najib then ko laungkan mampos najib memang la patut sebab kena dengan tema dan tujuan ko berhimpun.
 
Tema tue hak masing2. Yang nak berhimpun korang maka hak tema juga adalah hak korang. Pihak penganjur tak tetapkan syarat ko mesti berhimpun ikut tema pihak penganjur oke.
 
Lagi satu, aku tak pakai baju ikut apa2 tema oke. Aku datang sebagai pelapor jek. Petugas media. Hehe. Oke bai.   

Selasa, 18 Disember 2012

Kenyataan PDRM mengenai Polis Wanita yang menyamar di facebook.

Padan la kecoh. Memang kecoh sampai PDRM pun keluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara itu beb. 

Rujuk bawah. 


Ini bermaksud PDRM amek berat terhadap mana2 anggota PDRM yang cuba melakukan sesuatu untuk menambahkan persepsi buruk terhadap PDRM. PDRM dah tak boleh tanggung dah. Dengan macam2 insiden yang melibatkan kredibliti mereka, mereka dah tak boleh biarkan apa2 perkara menambahkan situasi yang sedia buruk.

KPN pernah keluarkan kenyataan bahawa masyarakat malaysia dah hilang kepercayaan terhadap pasukan keselamatan. Sebab tu masyarakat tegar menghina dan langsung tak respect polis2 di malaysia. Kenyataan dia tue mungkin merujuk kepada apa yang berlaku dalam BERSIH 3.

Apa2 yang POLIS buat benda baik pun masyarakat pandang tak baik. Statement simpati. Aku juga simpati bila dengar di tv3 time tue. Tapi setakat simpati je la. Lebih2 tak boleh. Sebab selagi PDRM sendiri tidak bertegas untuk ubah imej mereka di mata masyarakat malaysia maka selagi itulah mereka akan kekal di pandang negatif di mata masyarakat. 

Kes2 seperti polis rasuah, polis rogol, polis paw pendatang asing itu kes2 yang mana PDRM sendiri gagal selesaikan di kalangan mereka sendiri. Itu baru di kalangan mereka sendiri. Benda2 yang melibatkan mereka pun mereka gagal nak selesaikan. Ini mereka hadap kita percaya mereka akan jaga keselamatan untuk kita? Haram le.

Walaupun ada polis2 baik di malaysia bahkan aku rasa ramai tetapi kebaikan mereka tak boleh pergi ke mana2 sebab akhirnya mereka sendiri pun akan terjelepuk di tempat sana dan tak boleh buat apa2 perubahan untuk mengubah "masa gelap" polis malaysia.

Ini kerana selagi KPN menurut kepada perintah penguatkuasa, dan mengabaikan tuntutan rakyat, mengikut telunjuk pemimpin melebihi dari menjaga kebajikan anggota2 PDRM di bawahnya.. selagi itulah imej PDRM akan kekal negatif.

Harus di ingat, masyarakat hormat polis yang baik. Tetapi polis yang tak baik, orang gila pun takan respect.

Dalam pada itu aku nak pesan sket kepada bloggers umno. Korang tak perlu melatah kalau aku beria2 nak siasat siapa dalang yang melakukan penyamaran tersebut. Sampai buat posting bagai oke. Aku memang suspect orang umno punya kerja oke. Ikhlas aku cakapkan neh.

Sebab aku dah berani cakap jadi aku nak amek inisiatif la untuk selongkar benda neh dalam sedalamnya. Yang aku pelik korang sepatutnya menyokong aku dalam isu neh bukan balon aku. Bayangkan jika akhirnya yang buat tue ialah seorang penyokong pr? Tak ke maksudnya aku kena kerat leher aku tak pasal2?

Jadi y u melatah?

Ahh.. korang belum dibuktikan bersalah tetapi dah menunjukkan ciri2 seperti seorang pesalah?

Itu pelik.

kah kah kah

Khamis, 29 November 2012

POLIS, apa yang ko dah buat ???


Wowww

Kes neh sekarang tengah kecoh. Meletup2. Ia membabitkan PDRM. Bahkan orang2 PKR pun ada kaitan wo. Dasat wa cakap lue. Baca kat bawah neh dulu. 

INI INSPEKTOR MOHAMED SAIFUL BIN MOHAMED MUSTAFA NO I/18794 ,kini berada di IPD BETONG SARAWAK , dia baru sahaja di tukar pd bulan ogos 2012 dari IPD LAWAS ,SARAWAK.

Sebelum di IPD LAWAS SARAWAK , dia di ONE STOP CENTRE KUCHING SARAWAK .Setelah dia "MELAKUKAN JENAYAH PD TANGKAPAN TERHADAP PESARA TUDM T 713943 FSJN FAIZZAL JINONG BIN ABDULLAH pada 23.12.2008 dia di tukar dgn segera bagi menggelak dari di kesan olh keluarga pesara tudm serta kenalannya utk membalas dendam keatas segala yg di lakukan pd 23.12.2008 , bukan shj dia menangkap pesara tudm dan terus masukan kdlm lokap polis , tetapi INSPTR ini juga selepas menangkap pesara tudm , telah dtg kekuarts TUDM BT 10 1/2 JLN KUCHING SERIAN SRWK ,bersama2 dgn anggota2 tudm , pegawai2 tudm menggepung seluruh kuarts tudm tbut semata2 utk menangkap saya "CIK MURNI" dan 6 org ank2 saya .

Mereka bukan shj menggepung malah menggugut dgn menggunakan senjata api , kekerasan ada juga ank saya yg cedera kerana mereka ( individu yg di kenali )sanggup menyeret ank saya yg terjatuh atas jln bertar.Setelah itu kami di tangkap polis ini telah membawa saya dan 6 org ank2 saya ke balai polis , di kurung dlm sebuah bilik sempit di situ saya di paksa utk bersetuju menanda tangani surat yg di buat olh polis ni ( YG DLM GAMBAR NI ) jika saya enggan ank saya akn di apa2kanya , juga keselamatan suami saya yg di tahannya dlm lokap akn menerima nasib yg sukar di gambarkan.

Surat itu di janjinya akn di beri salinannya pd saya , tapi sehingga kini tdk ada!!.Saya juga di paksa utk bersetuju utk keluar dari sarawak menuju ke SUBANG pd malam itu juga olh polis ini , tapi saya melawan , sbb tanpa suami saya , saya dan 6 org ank2 saya tdk akn kemana2 pun .Akhirnya polis ini dgn geram telah membawa saya dan ank2 keluar dari balai polis menuju ke KUARTS POLIS DI TABUAN JAYA ,SARAWAK PD MLM ITU JUGA. Kami kemudianya di kurung dlm rumahnya , manakala dia tlh keluar utk pergi berbincang dgn PANGLIMA TUDM katanya .Kami di kunci dari luar .Tidor lah saya ( yg sedang sakit , menanti tarikh pembedahan yg akn di buat di HOSPITAL UMUM KUCHING SRWK PD 15.1.2009 ) dan 6 org ank2 atas LANTAI YG XBERLAPIK ATAS SEMEN , SEJUK KOTOR .

Sehingga skrg JENAYAH YG DI LAKUKAN OLH POLIS INI tidak ada seorg pun yg berani tampil utk membantu kami yg jadi mangsa dlm kjadian yg benar2 berlaku di msia ini. Kjadian yg di lakukan olh polis ni pd kami DI KATAKAN SAH DI PERLAKUKAN KEPADA KAMI OLH ,KETUA BAHAGIAN PENDAKWAAN DATUK TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH b:p PEGUAM NEGARA MALAYSIA..

Jadi semua RAKYAT MALAYSIA ANDA TDK MERASINYA KAMI YG MERASAINYA DAN MELALUINYA , SBB ITU KAH KESAH YG KAMI ALAMI INI DI BUAT TDK KESAH .SEBLKNYA KESAH AMAH INDON KENA ROGOL DGN POLIS DI BERI PERHATIAN , KESAH KESENGSARAAN DI GAZA JUGA JD BUALAN DLL.JADI SIAPAKAH KAMI DI BUMI MALAYSIQA INI?

Dasat2. 

Memang dasat kalau kes neh terbukti benar. Apa kaitan dengan orang2 pro PKR pula? Owh kalau korang rujuk wall cik murni disini, korang akan nampak ada seseorang bernama kaklong = wanita keadilan PP [pp stand untuk apa, aku tak sure] mohon dibuang/diremovekan kisah di atas dari wall facebook, tetapi cik murni enggan. Ini berdasarkan keterangan cik murni semata2. Tiada bukti sahih.

Apa pun aku cadangkan ;

1. Jika kes neh benar, memang kita tak patut diamkan.

2. Bawa ia ke pengetahuan pemberitaan dan wartawan.

3. Dapatkan peguam hak asasi untuk membela keluarga tersebut.

4. Jika kes ini terbukti benar, dakwa pihak yang terlibat.

5. Ia tidak boleh dibiarkan kerana ini membabitkan kita seme. Polis adalah bertanggungjawan untuk jaga keselamatan kita, bukan sebaliknya. Tolong la faham.

Sumber : sini

Selasa, 6 November 2012

Polis Johor buat report polis.





Pernah tengok polis buat report polis? Aku tak pernah tengok. Dengar pun tak pernah. Tapi baru terdengar hari neh. Baru aku tahu. 


kah kah kah

Polis johor buat report polis ke atas paper malaysiakini dan malaysiainsider. Baca kat bawah neh sat ;

<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>

Berita Harian - Polis Johor buat dua laporan polis berhubung artikel yang tersiar dalam The Malaysian Insider dan Malaysiakin
i. Penulis artikel dan saksi yang dinamakan akan dipanggil beri keterangan.

Inilah cara mereka menakutkan rakyat. Keluarga kami ditekan dengan berbagai cara, demi untuk melindungi pihak tertentu.

Aku mengaku. Memang aku rasa kelakar. Bagi aku dorang kan polis. Kalau dorang dapati editor malaysiakini dan themalaysiainsider melakukan apa2 kesalahan dalam penerbitan artikel mengenai isu penahanan ahmad sepatutnya dorang terus bertindak.

Kenapa nak buat laporan polis pada masa polis johor itu sendiri ada kuasa untuk menguphold kerja2 penguatkuasa? So aku rasa pelik. Lepas tue gelak. Sebab kelakar.

Sebelum itu ;

<Update kes tangkapan Ahmad Abd Jalil>

Seorang polis Johor berpangkat tinggi kata pada ayah saya, "Perkara ni terjadi (tangkapan kali kedua Ahmad Abd Jalil) disebabkan keluarga pakcik AMBIL LAWYER".

Mereka terkejut dua orang lawyers muda, Ziadi Zaidon dan Mohd Zakwan Adenan, yang mewakili Ahmad sebelum ini berjaya bina hujah dengan baik di hadapan Majistret hingga membawa kepada "pembebasan 5 minit" Ahmad sebelum ini.

Mereka sangkakan kes Ahmad ini mudah dan senang untuk diuruskan. Mereka tak sangka ahli keluarga bersatu menyokong Ahmad melalui apa cara yang termampu. 

Laaa.. takan amek lawyer pun salah? Of course la family nak defend ahli keluarga mereka. Ini logik akal. Berdasarkan kepada percampuran dan pergaulan aku dengan rakan2 polis yang sebenarnya seorang pegawai polis tak boleh keluarkan statement seperti di atas.

Pegawai polis tak boleh sewenang2 bercakap begini sebab akhirnya ia hanya akan memburukkan imej pdrm itu sendiri. Aku ada jek kekawan polis. Dorang banyak kali bagitau aku ada nya polis2 yang tak cekap buat kerja dan suka keluarkan kenyataan membabi buta. Disebabkan mereka pakai uniform biru ketika keluarkan kenyataan so rata2 masyarakat menganggap statement2 itu mewakili pdrm padahal tidak.

Tetapi nak salahkan persepsi masyarakat pun tak boleh bila pdrm sendiri tak amek tindakan dengan hanya melantik mereka2 yang benar2 berwibawa untuk jadi polis. Akhirnya rakan2 aku mengaku. Memang betul. Mereka tak salahkan persepsi masyarakat. Mereka lebih salahkan amalan 'kronisme' dalam polis. Jangan tatau dalam polis pun budaya orang aku, orang ko, pun ada.

Sambung balik isu di atas. Aku suspect la, just suspect. Bukan fakta oke. Yang sebenarnya yang menghina sultan tue orang lain. Bukan ahmad. Sebab sampai sekarang pdrm gagal kemukakan bukti penghinaan ahmad abdul jalil ke atas sultan johor.

Tapi kalau siyes ahmad yang hina aku mohon, yap, mohon sesangat kat pdrm agar kemukakan bukti. Kita takmo was2 dengan pdrm. Sejujurnya aku pun takmo was2 dengan pdrm meskipun melalui pengalaman pahit dengan pdrm. Pengalaman di bantai ketika bersih 2 dan dikejar macam orang gila dalam bersih 3 still hunted aku.

Aku hormat je pdrm. Aku percaya dalam pdrm memang ada orang2 yang baik. Buktinya kekawan polis aku. Aku percaya mereka ialah polis2 yang baik. So disebabkan aku percaya pdrm itu baik aku cadangkan pdrm kemukakan sahaja apa bukti yang si ahmad tue menghina sultan. At least satu persepsi dah mati. Persepsi pdrm tahan ahmad tanpa bukti. Boleh?

Sumber : Asiah abdul jalil 

Isnin, 3 September 2012

PDRM tubuh pasukan khas untuk buru "punggung orang".


Sengal.

Dasar pemalas.

Macam neh pun nak tubuhkan pasukan khas? Dah sengkek sangat ke penyiasat2 dalam PDRM tue? Kot dah sengkek meh aku tolong. Bagi cepat selesaikan kes. Kalau tidak meleret2 larh keluar masuk berita untuk tanam persepsi.

Budak yang memberak kat muka najib tue seorang student. Dia dah terminated dah account facebook dia. Dia guna nama account alice sakai. Dia tak suka najib dan rosmah. Walaupun perbuatan memberak itu tidak manis dilakukan ditambah2kan lagi membuka seluar tetapi takpayah lah nak masukkan dia ke dalam penjara.

Habis2 kuat pun buat lah sesi kaunseling. Ajar dia elok2. Suruh dia melihat icon politik yang betul. Jangan ingat apa yang geng2 sebelah sana buat seperti ;

1. Tunjuk bontot

2. Kencing atas poster tuk guru

3. Koyak harakah ramai2

4. Pijak gambar pemimpin pembangkang

5. Menteri tunjuk fuck

6. Perdana menteri cakap orang haram jadah

Pihak sebelah sini pun boleh buat. Disebabkan dia tersalah pandang icon maka dia pun tersalah ketika bertindak. Takde hal. Takde yang maksum. Polis tak tangkap pun mereka2 yang melakukan perkara yang lebih dasat dari dia so takde sebab polis patut diizinkan tangkap budak neh.

Perbuatan ammar neh aku tak sokong tetapi tidak bererti polis berhak tangkap dia. Hehehe. Jelas tak pendirian aku. Oleh kerana polis tak tangkap mereka2 di atas maka bersikap la adil. Jangan juga tangkap budak ammar neh.

Bercakap pasal seorang peserta bersih lelaki dan perempuan yang pijak gambar najib tue. Alahai.. lemah gemalai jek aku tengok apa yang dorang buat. Tapak kaki aku neh hah dah nak tercabut. Ketawa tak henti2. Dah takde kerja sangat ke apa PDRM? Bersepah penjenayah kat malaysia neh patut ko tahan dan buru, budak dua ekor tue juga ko cari beria2? 

Pijak gambar piem depan2 memang nampak tak patut tapi ia bukan merupakan satu jenayah. Pijak gambar piem belakang2 apatah lagi. Ini perlu dikawal sebab sesama mereka ada penyokong. Jika hari neh aku pijak gambar pemimpin ko, ko sakit ahti, esok lusa ko pula pijak gambar pemimpin aku dan ia akan mengundang provokasi plus perbalahan sesama kita. So ia meleret ke satu pergaduhan tanpa tujuan sedangkan itu bukan matlamat kita.

Kita bukan nak bertanding siapa paling hebat dalam memijak gambar sesiapa sebaliknya kita cuma nak bertanding polisi siapa, fakta siapa, hujah siapa yang paling betul dan paling dekat dalam memajukan negara dan rakyat sekaligus, tue jek.

Jadi tak payah lah buru mereka juga. Lagipun sebelum2 neh bersepah gambar pemimpin pr kena pijak. Seingat aku tiada sesiapa di antara mereka pernah buru. Jadi apa yang membezakan itu dengan neh? Lim guan eng pemimpin juga. Nik aziz pun pemimpin. Dah kalau yang pijak pemimpin pr tak kena buru pasai pa yang pijak pemimpin bn kena buru? Tak cerdik tu.

Berkenaan isu bendera. Idea. Memberikan idea bukan merupakan satu kesalahan disini. Kenapa nak anggap seme idea = provokasi pula. Macam aku bagi idea elok sangat la lagu negaraku ditukarkan lirik. Buat lirik kemalaysian sebab aku tak nampak kemalaysian dalam lagu tersebut.

Tetapi dalam satu2 idea kita boleh setuju dan boleh tidak setuju. Kalau rasa2 tak setuju nyatakan pendirian dan hujah. Kalau rasa ada yang tak betul kat mana2, betulkan. Oleh kerana kedua2 pihak bertembung yang mana satu cakap A dan satu cakap B maka pihak C macam kita neh perlu diwujudkan. 

Task force untuk siasat kesahihan citer mengenai jalur gemilang dan kaitan nya dengan israel, yahudi dan amerika serta kaitan sang saka malaya dengan kegemilangan melayu dan nusantara perlu diwujudkan. Kita perlu siasat dan sebarkan apa yang kita dapati hasil dari penyiasatan tersebut. 

Betul ke gunakan jalur gemilang mengyahudikan, mengUSAkan dan mengISRAELkan kita dan betul ke tanpa sang saka malaya kita tak hargai pejuang2 tokoh kemerdekaan dan tak cukup nusantara lagi? Betul ke wajib merah putih dan blalabla membuktikan yang kita ada jati diri dan tanpanya kita mampos? Yang tue kita buat pasukan khas baru ada logiknya polis weh.

Selasa, 14 Ogos 2012

Tiada Polis yang cedera dalam BERSIH 3.

Aikk?



Bukan dinyatakan oleh orang awam tetapi diakui oleh pihak polis sendiri beb. Korang baca kenyataan kat bawah neh sat ;
Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.

“Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya,” katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Masih ingat kes kereta polis diserang? Rujuk sini sat. 

Orang dalam kereta polis tue sapa? Sapa yang pandu kereta polis? Kenapa wartawan tersebut beria2 nak menyelamatkan individu terbabit? Adakah.. donno.

Itu satu. Then korang baca kat bawah neh pula ;

Ahamad, yang ditugaskan untuk menjaga para penunjuk perasaan supaya tidak memasuki Dataran Merdeka, berkata bahawa dua anggotanya telah cedera dalam satu pertembungan dengan para penunjuk perasaan.

“OCPD ada memberi taklimat kepada saya bahawa pegawai PEMANDU dan seorang polis trafik cedera semasa polis melakukan tangkapan pada hari tersebut,” kata Ahamad.

Dia juga tidak mendedahkan identiti tentang pegawai PEMANDU itu, tetapi dia dikatakan wakil dari jabatan perdana menteri unit pencapaian dan perkhidmatan.

Pelik juga aku. Polis baju biru takde yang cedera. Tapi apa yang tersebar keluar masuk tv depa cakap polis baju biru ada jek yang cedera. Yang aku tertanya2 sampai sekarang sapa yang pandu kereta polis tue? Kalau bukan polis? 

Heran..

Dan last yang paling lucu ;

Ahamad juga memberitahu inkuiri bahawa dia memberi arahan agar anggotanya tidak melakukan keganasan atau bertindak mengikut emosi ke atas penunjuk perasaan, walaupun diprovokasi.

“Arahan saya jelas. Saya memberitahu 1,000 pegawai saya supaya jangan bertindak ganas.
“Saya juga memberitahu mereka supaya jika boleh, tidak perlu lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Walaupun memberi arahan, Ahamad berkata beberapa anggotanya menangkap penunjuk perasaan selepas mereka merempuh halangan yang dikelilingi dengan kawad besi di Dataran Merdeka. Dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 petang.

“Saya nampak pegawai saya menahan orang yang berbaju kuning. Saya bertanya kepadanya siapa yang memberi arahan namun pegawai saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.

“Tangkapan itu berlaku kerana pegawai saya merasakan keadaan tidak dapat dikawal dan mereka harus lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Dia berkata, kemudian dia ke Pulapol untuk bertemu dengan orang-orang yang ditahan untuk tindakan seterusnya. Ahamad berkata dia melihat banyak tahanan yang cedera. “Pegawai saya tidak seharusnya melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Saya telah arahkan anggota saya untuk mengawal mereka,” katanya lagi.

Ahamad tidak menghantar laporan atau video semasa operasinya pada hari itu kerana dia tidak pasti apakah itu diperlukan. “Saya lihat pegawai-pegawai yang dibawah saya sangat baik. Saya tak rasa ada apa-apa salah pada hari itu, kecuali insiden di mana pegawai saya mencederakan beberapa orang tahanan.

Benda lah lue neh ahamad?

1. Bagi arahan jangan cederakan dan tangkap pendemo bersih.

2. Tapi bila pegawai bawah lue tangkap orang, lue taktau? Bila lue tanya, pegawai lue diam jek? Lhoorrr.. sekarang sapa ketua sapa neh? Kalau lue nak, lue boleh jek arahkan pegawai2 lue lepaskan pendemo bersih kan? Kata ketua.. 

3. Pegawai2 lue baik walaupun mereka belasah pendemo bersih?

Polis pun mengaku beb. Mengaku depa belasah pendemo2 bersih. Neh bukan cakap2 kosong dari aku oke. Tapi pengakuan polis. Sekarang aku tak sabar2 nak tunggu alasan polis yang p sembur kami2 yang kat sepanjang2 jalan sampai ke masjid jamek walaupun pendemo2 bersih kat situ sorang pun tak langgar penghadang dan apa bagai. 

Kita tunggu alasan bangang PDRM untuk menghalalkan tindakan mereka.

Selasa, 31 Julai 2012

Wajah polis yang belasah pekerja hotel terdedah.


Inilah dia beb. 

Sumber gambar : sini

Wajah dia yang jelas sejelas jelasnya. Wajah yang membelasah pekerja hotel hanya kerana duit belen pasal aiskrim jek pun. Adoiii.. nampaknya kita tak boleh buat memain dengan aiskrim ek.. polis ko belasah budak melayu ek polis? Lepas belasah budak melayu ko belasah budak cina..

Hishh..

Takde ke penyokong2 umno nak bidas or nak kutuk or nak keji yang polis melayu belasah budak melayu kat sini?

kah kah kah

Kan penyokong2 umno suka komen gitu.. melayu sama melayu gaduh, cina tepuk tangan. Neh apa citer polis melayu belasah budak melayu then belasah budak cina.. so sapa plak tepuk tangan? Budak india pula ke yang tepuk tangan hah?

kah kah kah

Kelakar nak mampos punya penyokong2 umno..

Korang baca sikit sedikit perjalanan kes kat bawah neh beb ;

Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
   
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.

Aku tertarik nak komen sikit ;

1. Nama azuan dibacakan seiringan dengan pangkat dia dalam polis. 

2. So adakah neh bererti dia masih lagi salah seorang anggota polis?

3. Adakah pdrm masih nak menyimpan orang macam neh dalam unit kepolisan mereka?

4. Jika jawatan dia dibekukan pun tak guna gak..

5. Sepatutnya terus pecat dia dan nyahkan dari pdrm serta merta sebab memalukan pdrm itu sendiri.

6. Tunggu dulu perbicaraan berlalu baru buat keputusan dia salah ke tidak?

7. Tak payah. Dah jelas terbukti apa yang berlaku kat cctv tue. Selagi dia masih memegang pangkat isp tue, selagi itulah orang akan tetap kaitkan isu neh dengan pdrm. Kalau dia dah dipecat at least orang akan cakap owhh dia neh bekas polis bukan masih dalam polis lagi. PDRM neh tak reti nak jaga imej ke apa?

8. Yang tak boleh blah tue siap tak mengaku bersalah lagi tue. Padahal rakaman cctv dah tersebar.. betul2 berani mati punya polis.

Neh juga membuktikan yang polis tersebut tak insaf2 or serik dengan perbuatan yang telah dia lakukan. Nak pertahankan juga tindakan dia tue betul sebab tue mengaku tidak bersalah di mahkamah. 

Apa pun nasihat aku pada pdrm, pecat je larh dia terus. Neh untuk imej korang gak. Di saat masyarakat sedang memandang sinis dan serong atas tindakan2 double standard pdrm terhadap rakyat marhaen, toksahlah korang tambahkan lagi perkara2 macam neh. 

Takde guna nya simpan anggota yang tak boleh jaga imej korang. Tapi kalau nak simpan juga lantak korang lah. Cuma jangan nak salahkan persepsi rakyat selepas tue oke.

Sendiri yang cari kan? Tanggung arh..

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...