Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Januari 2013

Polis arah patuhi 27 syarat dalam perhimpunan kebangkitan rakyat - #kl112

Cantik.


Arah patuh 27 syarat. Tapi hebahan di media massa hanyalah 10 syarat? Macam mana nak patuhi 27 syarat tersebut kalau syarat2 yang didedahkan pun hanyalah 10 sahaja? Cuba bagitau aku incik polis, macam mana nak patuhi 27 syarat tersebut sedangkan yang diketahui hanyalah 10?

Kalau ada orang langgar apa2 syarat di kemudian hari dan mereka tatau bahawa itu antara syarat2 yang perlu dipatuhi maka jangan marah kami ek. Ingat, kami tatau kesemua 27 syarat tersebut. Kami tahu 10 je walaupun kami diberitahu ada 27 syarat. 

Hehe.

Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.


Ada yang cakap tak boleh bawa banner. Yang sebenarnya setahu aku banner boleh bawa tetapi slogan provokasi je tak boleh buat. Contohnya ko pakai baju BERSIH lepas tue ko pongpang2 mampos najib mampos bn itu maksudnya slogan provokasi.
 
Apa baju yang korang pakai, maka berhimpunla ikut tujuan baju tersebut. Kalau ko pakai baju mampos najib then ko laungkan mampos najib memang la patut sebab kena dengan tema dan tujuan ko berhimpun.
 
Tema tue hak masing2. Yang nak berhimpun korang maka hak tema juga adalah hak korang. Pihak penganjur tak tetapkan syarat ko mesti berhimpun ikut tema pihak penganjur oke.
 
Lagi satu, aku tak pakai baju ikut apa2 tema oke. Aku datang sebagai pelapor jek. Petugas media. Hehe. Oke bai  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...