Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Januari 2013

Banner fitnah kepada #kl112 tersebar.

Rileks.

Ada yang sibuk maki hamun pr dan aktivis2 yang pernah kibarkan bendera rakyat pada hari merdeka tahun lepas. Punca mereka dimaki hamun adalah disebabkan perkara di bawah neh hah ;


Gambar neh merujuk kepada satu kain rentang yang dipasang di dalam satu jejantas. Lokasi stesen LRT kl. Terdapat penafian dari akvitis2 yang pernah kibarkan bendera rakyat bahawa mereka samada sekali tidak terbabit dengan pemasangan kain rentang di atas.

So jangan tuduh2 dorang. Dorang mangsa dalam kes neh oke. Dorang difitnah dalam erti kata lain. Kain rentang ini tiada kaitan dengan dorang langsung.

Bagi aku provokasi ini sangat bahaya. Kenapa? Sebab kain rentang ini dipaparkan secara terbuka dan sekaligus menjejaskan nama baik #kl112. Orang lalu lalang baca. Bila baca mereka terdetik sesuatu. Mereka akan sebarkan dari mulut ke mulut.

Wehhh2..

Apa2?

Tadi kan aku nampak kain rentang.. ada ka patut si pakatan rakyat nak tukar bendera malaysia? Penting ke isu tukar bendera tue? Aku ingatkan depa perjuangkan hak2 rakyat.

Yeke? Kurang ajar punya pr.

Tue la pasal. Dorang nak berhimpun kat kl pasal nak tukar bendera la tue.

Aku dah agak dah.. mesti dorang propa je lebih.. tak sangka dorang utamakan bendera dari masalah rakyat..

Arhhh sudah. MAMPOS.

Bukan seme sokong pr. Itu satu.

Bukan seme ada internet.

Bukan seme terdedah dengan perkara sebenar.

Bukan seme tahu bahawa ia adalah provokasi.

Sekali mereka pasang, orang nampak dan macam2 persepsi boleh timbul. Ini tak boleh jadi. Bukan sahaja kain rentang itu perlu diturunkan bahkan mereka yang berkaitan kena buat report polis dan siasat habis-habisan. 

Kalau boleh masa turun tue pakai glove. Bukan apa, dapat kat PDRM tah depa nak siasat tah tidak. Elok gak kita hantar forensi swasta. Siasat apa2 yang boleh disiasat. Kalau lue nak kutip derma pun gua sanggup derma asalkan dapat tangkap dalang sebenar. Boleh dikatakan gua betul2 panas sebab tak sangka dorang bleh buat provokasi seperti ini.

Gua puji la serba sedikit. Agak cerdik sebenarnya provokasi seperti ini. Ia mampu menjejaskan matlamat asal perhimpunan tersebut.

Mungkin tak tahan asyik kena kondem sebagai bodoh kali neh mereka bangkit dan melawan. Tetiba rasa menyesal plak asyik bodohkan dorang. Cis. Demm.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...