Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Mac 2019

Pendemo Najib Badut Dikaitkan Dengan Superman Hew..

POLITIK | Masih lagi berkisarkan tentang sekumpulan mahasiswa yang silent protes di hadapan Restoran Amjal semalam.


Presidennya, Wong Yang Ke dikaitkan dengan bekas pimpinan DAP yang keluar parti berikutan terpalit dengan imej rasis dan ektremis, Superman Hew ataupun nama sebenarnya Hew Kuan Yau.


Hew sebelum ini pernah teruk dikecam berikutan penyebaran satu rakaman video screw orang melayu menggunakan calon melayu DAP ketika kempen politik PRK Batu Kitang.

Berterusan dikecam dari satu isu kepada satu isu, Hew akhirnya dianggap memberikan liabliti kepada DAP dan menghilangkan sokongan kaum melayu. 

Hew kemudiannya mengumumkan keluar DAP. Bagaimanapun tindakan itu dilihat sebagai strategi politik DAP bagi menjaga imejnya supaya tidak terlihat ektremis.

Sejurus Pakatan Harapan mendapatkan kuasa pentadbiran di Putrajaya, Hew dilantik sebagai Pengerusi MCBC Malaysia - China Bussiness Council dan perlantikan itu mendatangkan kritikan yang teruk namun Pakatan Harapan tidak mengendahkan kritikan netizens.

Tan juga mempertahankan tindakannya melantik Hew.

Di sosial media, kumpulan pembangkang mula menyelongkar identiti Pengerusi Umany, Wong Yang Ke dan mengaitkan dengan pimpinan Pakatan Harapan.

Mereka mahu menuduh bahawanya demo semalam didalangi ataupun mempunyai kaitan dengan penyokong tegar Pakatan Harapan.


Dan demo yang dibayangkan sebagai langkah provokasi itu pula adalah diwarisi dari sikap Superman Hew yang suka melakukan tindakan provokasi sebelum ini.

Untuk rekod, Wong akan memberikan penjelasan penuh mengenai insiden yang terjadi semalam dalam satu sidang media yang akan dijadualkan kelak.

Wong juga menafikan sekumpulan tujuh mahasiswa itu melakukan provokasi, menjerit, dan melawan mulut sebaliknya mereka hanya melakukan silent protes tanpa suara tanpa bunyi sehinggalah diserang oleh Lokman Adam.  - 23 Mac 2019.

Penjelasan Kenapa Poster Kempen Jimat Air Kerajaan Perak Guna Bahasa Singkatan.

LAPORAN | Sejak semalam kerajaan Pakatan Harapan telah dikecam bertubi-tubi atas penyebaran gambar yang merujuk kepada satu poster.

Poster itu menjadi kontroversi kerana menggunakan perkataan yang diringkaskan dari segi ejaannya.


Maka pihak seperti cina dan DAP dipersalahkan, dan melayu PH dituduh sebagai barua kerana dianggap telah melacurkan bahasa kebangsaan.

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

๐Ÿ‘‰ Poster itu dikeluarkan oleh Lembaga Air Perak - LAP.

๐Ÿ‘‰ Ia merupakan poster kempen untuk menjimatkan air.

๐Ÿ‘‰ Strategi LAP ialah menggunakan ejaan ringkas/singkatan bagi memaparkan elemen PENJIMATAN. 

PNGUNA BJAK SNTIASA BRJIMAT

๐Ÿ‘‰ LAP membayangkan jika rakyat Perak ternampak poster yang diringkaskan ejaannya itu, mereka akan membaca sehingga habis dan akhirnya dapat menangkap maksud disebalik perkataan yang diringkaskan itu.

๐Ÿ‘‰ Perkataan sebenar mereka ialah "GUNA YANG PERLU SAHAJA", #SAVEWATER.

๐Ÿ‘‰ Ia dibuat untuk mengajak rakyat Perak menjimatkan penggunaan air mereka, jangan melakukan pembaziran.

๐Ÿ‘‰ Bagaimanapun strategi kempen itu tidak berjaya apabila ramai pihak mengkritik LAP kononnya telah merosakkan bahasa kebangsaan, malah dikecam sebagai budak We Chat.

๐Ÿ‘‰ DBP dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan sungguhpun memahami mesej yang ingin disampaikan oleh LAP namun strategi itu tidak menjadi.

๐Ÿ‘‰ Ini kerana rata-rata pengguna lebih menumpukan perhatian kepada perkataan yang diringkaskan daripada focus kepada PENJIMATAN AIR.

๐Ÿ‘‰ Oleh itu, DBP berpendapat LAP perlu membetulkan semula poster itu dengan kempen lain yang tidak merosakkan ejaan sebenar Bahasa Malaysia. Dan dalam masa yang sama mengajak pengguna untuk menjimatkan air.

๐Ÿ‘‰ Di sosial media sungguh pun ramai pihak tampil mengecam kempen itu, terdapat juga yang menyokong LAP dengan beranggapan strategi LAP telah berjaya apabila hal itu menjadi tular di internet.

๐Ÿ‘‰ Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada LAP akan menurunkan poster tersebut atau mengekalkan kempen itu buat masa ini. - 23 Mac 2019.

Nga Kor Ming Dikecam Kerana Tweet ' Pendidikan Bahasa Ibunda Negara' Berbanding Sekolah Vernakular.

SOSMED | Kicauan Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi yang menegur Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menjadi tular di sosial media.

Najwan telah mempersoalkan Nga Kor Ming kenapa menggunakan perkataan, "mother tongue education" berbanding "vernacular education" merujuk kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mendapat dana dari Lim Guan Eng baru-baru ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan SJKC Chung Wah (Setapak), SJKC Chong Hwa (Gombak) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa (Jalan Ipoh) menerima dana RM100,000 bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 100 penubuhan sekolah berkenaan di Stadium Merdeka.

Hal itu bagaimanapun mengundang kritikan yang hebat terhadap Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan.


"Kenapa kamu tidak menggunakan terma sekolah vernakular berbanding pendidikan bahasa ibunda?

Bahasa ibunda di Malaysia ialah Bahasa Melayu," tegur Adun Kota Anggerik itu. 

"Di Stadium Merdeka bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk menghadiri sambutan Ulangtahun ke 100 Sekolah Chung Wah Kuala Lumpur. 

Sesungguhnya ia adalah majlis yang mengkagumkan dan sememangnya merupakan satu pencapaian membanggakan buat sekolah itu dan juga buat pendidikan bahasa ibunda negara kita. Tahniah!," kicau Nga terdahulu. 


Nga Kor Ming kemudiannya menjawab Najwan, "Wahai sahabatku, apa yang saya maksudkan sebagai pendidikan bahasa ibunda di negara kita ini merujuk kepada sistem yang telah wujud sejak dari tahun 1815 lagi. Kenapa jadikan ini isu," soalnya.


Tinjauan di sosial media mendapati rata-rata netizens tiada masalah terhadap penggunaan perkataan mother tongue = bahasa ibunda, dan tidak beranggapan ianya isu namun apabila menggunakan perkataan, our nation's mother tongue education, ia mendatangkan polemik.

Sesetengah netizens beranggapan perkataan seperti itu;

๐Ÿ‘‰ Berbaur rasis

๐Ÿ‘‰ Cubaan menjahanamkan Bahasa Melayu dan mengangkat darjat Mandarin lebih tinggi dari bahasa kebangsaan negara

๐Ÿ‘‰ Mementingkan pendidikan kecinaan dan mengabaikan pendidikan kebangsaan

๐Ÿ‘‰ Mempunyai agenda sulit 

Nga Kor Ming juga menerima cacian dan makian dari netizens yang kelihatan emosi dengan kicauan tersebut. - 23 Mac 2019.

Mahasiswa Dicekik Berikan Penjelasan Apa Sebenarnya Yang Terjadi..

SOSMED |Berikut adalah penjelasan ringkas Wong Yang Ke atas insiden serangan yang dilakukan oleh Lokman Nor Adam dan beberapa pihak lain;



๐Ÿ‘‰ Mahasiswa Universiti Malaya yang berdemo di bas perhentian menafikan melakukan provokasi semasa melakukan protes ke atas Najib Razak di hadapan Restoran Amjal.

๐Ÿ‘‰ Mahasiswa yang bernama Wong Yang Ke dan juga Presiden Umany (Persatuan Belia Baru Universiti Malaya) itu mendakwa beliau dikepung, dicekik, ditarik rambut, ditampar dan ditumbuk semasa berlaku pertengkaran diantara beliau dengan Lokman Adam.

๐Ÿ‘‰ Ketika dicekik, Wong mendakwa ada satu masa yang beliau menghadapi kesukaran untuk bernafas.

๐Ÿ‘‰ Mereka berhimpun seramai 7 orang.

๐Ÿ‘‰ Mereka menafikan menjerit, memprovokasi, menganggu program Najib sebaliknya hanya melakukan PROTES DIAM - Silent Protes.

๐Ÿ‘‰ Apa yang terjadi ialah setelah didekati oleh Lokman Adam dan kumpulannya, pertengkaran mulut berlaku di antara dua belah pihak dan akhirnya berakhir dengan insiden keganasan.

๐Ÿ‘‰ Pada awalnya Lokman Adam dan kumpulannya mempersoalkan kenapa datang ke situ dan membawa badut Najib, kumpulan mahasiswa itu menegaskan mereka ada hak untuk berhimpun. Bagaimanapun penjelasan itu tidak diterima oleh Lokman Adam lalu merebak kepada pergaduhan dengan kumpulan Lokman memulakan aksi mengoyak placard dan Badut Najib.  

๐Ÿ‘‰ Wong memberitahu tiada sesiapa yang tercedera di pihaknya dalam insiden itu kecuali mukanya sedikit tercalar dan bibirnya berdarah. 

๐Ÿ‘‰ Insiden itu kemudiannya berjaya dilerai dan kumpulan mahasiswa itu kemudiannya dibawa ke balai polis atas alasan perlu dilindungi. Bagaimana setelah sampai di balai polis, Wong berkata kumpulan mahasiswa itu menjadi pihak yang disiasat kerana ada laporan polis dari pihak penganjur.

๐Ÿ‘‰ Wong dan kumpulannya disoalsiasat (memberikan keterangan) selama 3 jam dan keluar dari balai pada pukul 8.35 malam.

๐Ÿ‘‰ Wong berkata, polis telah meminta kad pengenalan milik mereka dan memaklumkan yang kesemua mahasiswa mungkin didakwa dibawah satu akta yang belum beliau ketahui lagi setakat ini. Bagaimanapun polis belum memutuskan hal itu secara rasmi.

๐Ÿ‘‰ Wong juga akan membuat laporan polis pada esok (hari ini) berikutan keletihan.

๐Ÿ‘‰ Wong juga mempersoalkan kenapa pihak Lokman Adam menyerang kumpulan mahasiswa itu sedangkan mereka hanya berhimpun secara aman?

๐Ÿ‘‰ “Kami hanya buat perhimpunan aman, berdiri di stesen bas sambil memegang plakad dan sepanduk dengan muka badut Najib, itu saja. Kenapa penyokong Najib serang kami?

“Harap mereka pandang serius terhadap tindakan samseng itu, cekik, tarik rambut, tampar, cakar saya, dan juga jeritkan kata-kata berunsur perkauman. Kenapa buat macam tu?

“Hormatilah hak kami untuk buat perhimpunan aman. Jangan tarik kami dalam permainan anda. Kami hanya pelajar biasa. Hormati kami,”
katanya.
- 23 Mac 2019.

Lokman Adam Beri Penjelasan Kenapa Melakukan Keganasan Terhadap Mahasiswa UM..

SOSMED | Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam tampil memberikan penjelasan kenapa beliau melakukan keganasan terhadap kumpulan mahasiswa UM yang berdemo sambil memegang sepanduk dan karikatur badut Najib di hadapan restoran Amjal semalam.


๐Ÿ‘‰ Lokman berkata kumpulan yang memegang badut Najib boleh dianggap sebagai satu penghinaan.

๐Ÿ‘‰ Disebabkan itu beliau bertindak untuk menurunkan gambar tersebut kerana Najib adalah bossnya.

๐Ÿ‘‰ Lokman berkata meskipun mahasiswa itu ada kebebasan untuk berhimpun tetapi tak boleh berhimpun dengan gambar Najib.

๐Ÿ‘‰ Jika mahu berhimpun boleh berhimpun menggunakan gambar pemimpin mereka. Seperti gambar Tun Mahathir dan Lim Guan Eng. Lokman berkata beliau tidak akan sentuh (melakukan keganasan).

๐Ÿ‘‰ Menurutnya apa yang dilakukan oleh mahasiswa itu merupakan satu kesalahan dan insiden lebih kurang serupa pernah berlaku di PRK Semenyih dengan memberikan contoh kain rentang Rosmah yang dinaikkan sebelum BN meminta ia diturunkan.

๐Ÿ‘‰ Lokman juga memberikan peringatan jika insiden sama berulang maka kejadian seperti koyakkan placard juga akan berulang.

๐Ÿ‘‰ Lokman juga mempertahankan tindakannya ke atas kumpulan mahasiswa itu. - 23 Mac 2019.

Khamis, 21 Mac 2019

Kereta Nasinal Ketiga - Rakyat Bantah, Apakah Tun Mahathir Akan Tunduk Pada Keluhan Majoriti?

SOSMED | Kerajaan nekad akan terus membangunkan projek kereta nasional ketiga meskipun menerima pelbagai bantahan dari rakyat di negara ini.


Menurut Perdana Menteri, China maju dalam tempoh yang singkat kerana industri automatif.

"Itu sebabnya kami (kerajaan) merancang untuk memperkenalkan kereta nasional yang ketiga untuk mempelajari teknologi yang terlibat. Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automatif," katanya.

Jika industri automatif menjadi pengukur kemajuan mengapa Malaysia gagal dengan PROTON dan PERODUA? Kenapa Malaysia tidak menjadi maju? Adakah China dan Malaysia berbeza? Kedua-dua negara ini mencedok idea dan teknologi dari pihak lain juga.

Malaysia tidak begitu dangkal dan teruk dalam industri pembinaan automatif. Apa yang berlaku adalah terlalu banyak campurtangan politik dan polisi yang menyusahkan.

Kita beri satu contoh, seperti polisi sengaja menjual kereta tempatan dengan harga mahal kerana mahukan cukai, sengaja pula menaikkan harga kereta import untuk memaksa rakyat membeli kenderaan nasional.

Polisi tongkat seperti ini membunuh daya saing kerana bersikap tidak adil.

Proton misalnya akan berfikir mereka sentiasa ada pembeli kerana cukai kenderaan mereka tak setinggi cukai kenderaan import.

Apabila kritikan kepada Proton dibuat, mereka pula sentiasa dibela pemimpin politik yang berjenama besar. Proton perlu masa. Proton sedang berusaha. Proton tidaklah begitu teruk. Proton itu Proton ini. Proton dilayan bagaikan anak manja. Apakah industri kereta di China, Korea, dan Jepun sebegitu?

Mereka bukan sahaja perlu jual murah kepada rakyat tempatan bahkan kritikan diraikan meskipun kritikan itu seperti mahu membunuh syarikat. Hyundai misalnya. Jauh lebih baik dari Proton kerana melalui proses hinaan yang sebegitu dahsyat di negaranya sendiri.

Adakah Mahathir sudah bersedia untuk kereta nasional ketiga? Dikritik dari segi harganya, kualitinya, prestasinya dan teknologinya? Memanjakan idea sendiri adalah punca kenapa Proton gagal. Jika amalan ini diteruskan untuk 100 tahun, 200 tahun, 300 tahun, 500 tahun, ya, sampai bila-bila pun Malaysia tidak akan maju dengan industri automatif. Inilah baru namanya TONGKAT yang MEMALASKAN BANGSA sendiri. 

Dan China bukan maju kerana industri automatifnya. China meskipun bersikap pelindung terhadap syarikat miliknya tetapi dalam masa yang sama mengalakkan persaingan.

China juga sentiasa melabur dalam membina teknologi. Apakah Malaysia sudah bersedia? Kepakaran anak tempatan dalam dunia automatif sudah ada. Tetapi seiringan dengan kenderaan peribadi, China juga memajukan industri pengangkutan awam - yang mana Tun Mahathir gagal dalam proses ini. Tun Mahathir sentiasa berfikir cara kapitalisma.

Kita hanya patut sediakan jaringan pengangkutan awam yang effisyen jika ianya mampu untuk mendatangkan kekayaan, berbeza dengan Jepun yang mana jaringan pengangkutan awam adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya.

Jika kita nak maju seperti negara lain, terlebih dahulu kita patut tukar cara kita serve pada rakyat.

Selagi mana kita fikir;

๐Ÿ‘‰ apa-apa yang diberikan pada rakyat adalah merupakan proses jual-beli, maknanya kerajaan bagi, dan kau kena bayar semula 3,4 kali ganda supaya kerajaan boleh menjana kekayaan 

BERBANDING

๐Ÿ‘‰ apa-apa yang diberikan kepada rakyat merupakan satu tanggungjawab, dan rakyat harus menghargai pemberian tersebut dengan bersama-sama menjaganya dengan baik, dan dalam masa yang sama perlu juga memastikan tanggungjawab itu dapat diteruskan dari zaman ke zaman dengan membantu kerajaan dari segenap segi, seperti kewajipan membayar cukai, tidak melakukan jenayah, bekerja dengan baik dan amanah.

Maka kita susah nak maju. Otak kita asyik fikir nak generate wang, lebih banyak wang dan lebih-lebih banyak wang tanpa memikirkan kesannya terhadap rakyat.  

Apakah aspirasi kerajaan dan Tun Mahathir ini disokong oleh rakyat?

Mari kita lihat tinjauan di sosial media.

Misalnya, di halaman rasmi pro kerajaan - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA;


Muhammad Hafizuddin Othman Tak setuju. Pasaran kita berapa sahaja jumlah rakyat? Come on lah realistiklah sikit. Cuba buat banyak kemudahan untuk rakyat, jalan raya ka hospital ka.. kalau negara maju dia suruh rakyat pakai public transport bukan banyakkan kereta atas jalan.. pleaselah skitt

Asri Ali Negara-negara yang terer buat kereta macam semuanya didahului dengan mempunyai jaringan keretapi yang hebat.

Izham Mohd Taharim Perlu ke? Dengan keadaan ekonomi negara yang semakin merudum sejak PH berkuasa, rakyat tak perlukan project kereta ke 3..

Thoo Hoi Ann What about public transport and the train?

ู…ุญู…ุฏ ุทุงู„ุจ Dorang pun sangat advance pada public transport Tun. Bolehlah belajar sekali. And dorang pun copy paste automotif luar, sebagaimana Proton dan Perodua. ๐Ÿ˜….


Di Paultan;


Di Sinar Harian;



Di Malaysiakini;



Di NSTP;




Kerajaan bukan sahaja gagal mendapatkan sokongan di portal-portal berita bahkan di halaman rasmi sendiri.

Apakah yang sedang berlaku?
Apakah yang difikirkan rakyat Malaysia?

Berdasarkan tinjauan;

๐Ÿ‘‰ Rakyat bukan anti pada projek kereta nasional ketiga.

๐Ÿ‘‰ Mereka mahu Pakatan Harapan melaksanakan janji manifesto dan menyelesaikan masalah kos sara hidup.

๐Ÿ‘‰ Memberikan tumpuan kepada sistem pengangkutan awam yang cekap merangkumi seluruh Malaysia. Bukan sahaja mengurangkan pencemaran, bahkan menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya, dan ini juga membuka peluang pelaburan dan mendatangkan peluang pekerjaan di desa dan bandar.

๐Ÿ‘‰ Rakyat percaya Proton dan Perodua sudah cukup menguji kemampuan negara dalam industri automatif. Kerajaan sepatutnya berkerjasama dengan Proton dan Perodua dan berikan lebih banyak peluang kepada anak tempatan mengasah bakat. Mereka beranggapan kerajaan telah menafikan keupayaan anak tempatan yang berpengalaman bertahun-tahun dengan Proton dan Perodua. Kerajaan tidak menghargai kepakaran mereka. 

๐Ÿ‘‰ Jual mahal dan membuat polisi yang merepek sekali lagi untuk memastikan kereta nasional ketiga terjual - sekali lagi ia akan menyakitkan hati rakyat dan memberikan kesan dari segi emosi dan kewangan masing-masing. Rakyat takut hal ini berlaku dan tidak mahu ia berlaku. Apa yang Tun Mahathir pernah buat dahulu masih memberikan persepsi negatif kepada pembeli kereta nasional. 

Dengan memahami sentimen yang rakyat rasai, bolehkah kerajaan mempertimbangkan semula projek kereta nasional ketiga?

Atau mungkin kita patut pergi kepada bancian seluruh Malaysia? Dan apa sahaja keputusannya, kita masing-masing akan akur? 

Ataupun selepas memahami sentimen rakyat, bolehkah kerajaan menyesuaikan diri supaya berlakunya situasi menang-menang?

Harapnya rakyat bukan sekadar batu loncatan untuk mendapatkan undi semata-matanya lah. - 21 Mac 2019.

Jangan Potong Subsidi Haji Rayu UMNO Kepada Menteri Agama..

KENYATAAN MEDIA | JANGAN BEBANKAN  RAKYAT DENGAN POTONG SUBSIDI HAJI, HAYATI MATLAMAT TABUNG HAJI

Buat Kekandaku YB Dr Mujahid Yusof Rawa,

Mohonlah jangan sesekali mempertimbangkan untuk dikurangkan subsidi Haji bagi jemaah Muassasah kali pertama. Menggunakan alasan konsep 'istito’ah' atau ‘kemampuan jemaah’ untuk menghalalkan Tabung Haji mengurangkan komitmen subsidi yang diberikan selama ini bagaikan cuba melupakan matlamat asal penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH).


Sedarlah bahawa tujuan utama penubuhan TH sejak awal penubuhannya 1969 adalah untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh urusan Haji rakyat Malaysia. Ini termasuklah berfungsi menguruskan dana umat Islam bagi memperoleh keuntungan yang membolehkan TH membantu mengurangkan bebanan jemaah dengan menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar yang terendah.

Sebab itulah Kerajaan terdahulu sentiasa memastikan TH dapat menyediakan subsidi bagi mengurangkan kos jemaah Haji pertama kategori Muassasah. Untuk rekod sudah lebih 10 tahun, kadar yang perlu dibayar jemaah Haji Malaysia hanyalah RM9,980 berbanding kos terkini diumumkan Kekanda YB Menteri yang sudah mencecah RM22,900. 

Seingat saya ketika dalam pentadbiran Kerajaan lama, pernah tiga kali Pengurusan TH memohon untuk dinaikkan caj Haji kepada jemaah. Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu, tidak pernah bersetuju dan sentiasa memperingatkan mengenai matlamat penubuhan TH, malah  membantu TH dengan memberikan peluang-peluang perniagaan, pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk hartanah bagi memastikan TH mempunyai kekuatan kewangan yang mantap dan memperolehi keuntungan yang optimum bagi meneruskan usaha membantu rakyat khususnya jemaah Haji.

Apakah kenyataan YB Dr. Mujahid yang terbaru ini memberikan indikasi bahawa Kerajaan PH tidak lagi mahu membantu TH mengembangkan perniagaan mereka? 
Atau, apakah ini juga memberikan isyarat kegagalan penstrukturan semula TH termasuk kesilapan keputusan penjualan aset-aset strategiknya kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM19.9 billion?

Walau apapun alasan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merayu agar YB Dr Mujahid yang merupakan Menteri bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama mewakili Kerajaan PH tidak sesekali melupakan matlamat asal penubuhan TH. Pemuda UMNO juga mendesak agar Kerajaan tidak meneruskan agenda untuk mengurangkan subsidi Haji yang pastinya akan membebankan rakyat khususnya umat Islam di Malaysia masa depan!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Indeks Bahagia, Malaysia Jatuh 45 Anak Tangga - Najib Sindir Rakyat Tak Bahagia Ditipu PH.

NAJIB RAZAK | Pagi semalam, Manteri Khalid Samad berucap dalam acara untuk menyambut Hari Kebahagiaan Sedunia tahun 2019.

Dengan bangganya,  Menteri umumkan Malaysia terletak di tempat 35 antara 158 negara di dunia mengikut Indeks Kebahagiaan Dunia (World Happiness Index) 2018 dari  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kita negara 35 paling bahagia dalam dunia.

Dia puji kecapaian ini dan kata ini akan mengalakkan lebih banyak pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Ini bukti kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat terjamin, kata Khalid.
https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/posts/10155902473431436

Media-media di bawah kawalan PH pun berlumba-lumba ikut sekali Menteri untuk memberi kepujian kepada kerajaan ke atas kejayaan ini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-negara-ke-35-paling-bahagia-di-dunia-201671

Sebenarnya, Indeks Kebahagiaan Dunia tahun 2018 ini dikeluarkan pada bulan Mac 2018 sebelum PH mengambil alih.
https://suara.tv/16/03/2018/kedudukan-malaysia-indeks-kebahagiaan-dunia-naik-satu-tangga-di-bawah-singapura/

Laporan tahun itu menunjukkan Malaysia naik 7 tempat ke tempat 35 berbanding tempat 42 pada tahun sebelumya untuk menjadi negara kedua bahagia di ASEAN - satu tangga di belakang Singapura.

Malaysia berada pada tangga ke-51 dalam edisi pertama kajian itu pada tahun 2012, jatuh masing-masing kepada tangga ke-56 dan 61 pada 2013 dan 2015, sebelum mendaki semula tangga itu ke tangga ke-47 dan ke-42 dalam laporan 2016 dan 2017.

Tetapi agak malang untuk Menteri Khalid Samad semalam.


Pagi dia puji Malaysia naik ke tempat 35, petang pula laporan terbaru untuk tahun 2019 diterbitkan.

Kedudukan Malaysia telah jatuh 45 tempat kepada tempat 80 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019.
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/471376/malaysia-drops-80th-latest-world-happiness-report

Di rantau ini sahaja, kita kini di bawah Singapura, Thailand dan Filipina.

Menurut laporan 2019 itu, Malaysia antara 4 negara yang mengalami kejatuhan paling teruk bersama Venezuela, Ukraine dan India.

Kedudukan negara kita sekarang adalah pada tahap paling rendah sejak laporan ini mula dikeluarkan oleh PBB.

Menteri PH sedar tahu bahawa Rakyat yang bergilir-gilir ditipu oleh kerajaan semasa ekonomi Malaysia semakin menurun di bawah mereka tidak akan happy.

Rakyat tak happy tak apa, asalkan pemimpin PH bahagia selepas dapat jawatan. - 21 Mac 2019.

'Dr. Strange' Tamatkan Kerjasama Dengan Syarikat Mokhazani Kerana Enggan Dianggap Anti Yahudi.

MALAYSIAKINI | Pelakon yang membawa watak utama sebagai Doktor Strange dikatakan memutuskan hubungannya dengan salah seorang pengarah syarikat penerbitan filemnya ekoran kenyataan anti-Yahudi dibuat Dr Mahathir Mohamad.
 

 
Menurut Daily Mail, Benedict Cumberbatch, enggan meneruskan kerjasama dengan Mokhzani Mahathir selepas anak perdana menteri itu membuat pelaburan bernilai £1 juta (RM5.4 juta) melalui syarikatnya, Kencana Capital.

Penulis artikel itu, Sebastian Shakespeare, mendakwa Cumberbatch yang memiliki syarikat Sunny March Holdings mengambil tindakan tersebut agar tidak dikaitkan lagi dengan sebarang kenyataan anti-Yahudi.

“Sebagai syarikat, kami sudah memulakan proses memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Mokhzani supaya beliau tidak lagi terlibat dengan Sunny March,” katanya.

Shakespeare juga mendakwa aktor yang mula dikenali menerusi siri Sherlock itu berkata, dia berasa “terkejut dan kecewa” selepas mengetahui kenyataan anti-Yahudi Mahathir yang disifatkannya jijik dan tidak boleh diterima.

“Syarikat kami tidak pernah berurusan dengan Mahathir tetapi hubungan kami berlaku dengan anak lelakinya, Mokhzani,” katanya.

Mahathir seorang tokoh yang dikenali di seluruh dunia kerana lantang menyatakan pendirian yang sering mengecam Yahudi. Pada masa sama beliau tekal memberikan sokongan kepada Palestin.

Mokhazani menjadi pemilik tunggal syarikat pelaburan Kencana Capital selepas berpisah dengan rakan kongsinya Yeow Kheng Chew pada Oktober 2016 melalui penstrukturan semula syarikat berkenaan.

Urusan perniagannya sentiasa jadi tumpuan dan diragukan banyak pihak kerana didakwa mendapat manfaat kerana statusnya sebagai anak perdana menteri.

Penjualan Hotel Royal Chulan Belum Muktamad 100% - SU Mat Sabu Jawab Najib.

KENYATAAN MEDIA | HOTEL ROYAL CHULAN BUKIT BINTANG MASIH LAGI MILIK BOUSTEAD

 
Perjanjian Jual Beli Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik anak syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dengan Hotel Royal Limited adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Pembeli memperolehi kebenaran dari Unit Perancang Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi tujuan pembelian Hotel tersebut;

(ii) Pembeli memperolehi kebenaran dari Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan pembelian Hotel tersebut di bawah peruntukan 433B Kanun Tanah Negara, 1965; dan

(iii) Pembeli memenuhi kesemua syarat dan peruntukan penyenaraian yang ditetapkan oleh Singapore Exchange Securities Trading Limited (‘SGX”).


Kesemua syarat-syarat di atas masih belum dipenuhi dan dengan itu Hotel Royal Chulan Bukit Bintang masih lagi milik Boustead.

Dan sekiranya salah satu daripada syarat yang tersebut di atas tidak dipenuhi, penjualan tersebut tidak akan terlaksana.

Apa sahaja yang dilakukan Boustead mengikut tatacara yang betul bagi memastikan sejarah zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak tidak akan berulang seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara kleptokrasi.

Kita tidak akan lupa bagaimana Malaysia pada zaman Najib seringkali mendapat liputan media antarabangsa seperti Washington Post, The New York Times, South China Morning Post, Sydney Morning Herald, Wall Street Journal dan banyak lagi mengenai skandal dan penyelewengan bekas perdana menteri itu.

Itu belum lagi skandal-skandal Najib yang lain dan jika disebutkan di sini akan menjadi terlalu panjang.

Semua ini adalah fakta dan sebab itu Najib ketika diwawancara oleh wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley pada Oktober 2018, bekas perdana menteri itu melarikan diri.

Wawancara Al Jazeera itu diktiraf dan memenangi anugerah terkemuka di London, United Kingdom kerana dianggap sebagai sebuah wawancara yang terbaik sehingga menyebabkan seorang bekas perdana menteri yang berdepan dengan skandal kleptokrasi terbesar di dunia melarikan diri.

Najib lari kerana beliau bersalah.

Kalau Najib dipihak yang benar, beliau pasti berani mempertahankannya.

Lebih baik baling mikrofon untuk membela rakyat daripada mencuri harta negara dan melarikan diri ketika ditanya.

AMIN SHAH BIN ISKANDAR,
SETIAUSAHA AKHBAR MENTERI PERTAHANAN

Selasa, 19 Mac 2019

PAS, Jauhkan Diri Mu Dari Scammer!

POLITIK | Dengan jatuhnya 'kabel kuat', maka beberapa individu yang melakukan kejahatan turut jatuh bersama.

Kita menyaksikan satu demi satu kejahatan terbongkar.

Siapa menyangka rupanya institusi kehakiman kita ada konspirasi menipu wang kerajaan/pembayar cukai?

Siapa menyangka yang polis, DBKL berperanan membela pusat maksiat?

Siapa menyangka kita punya yayasan halimunan pertama di dunia?

Dengan jatuhnya kerajaan 60 tahun, semua yang disapu dibawah karpet, sudah tidak boleh disorokkan lagi.

Kali ini, satu lagi kegiatan yang berusia 20 tahun lamanya dihapuskan oleh kerajaan Kedah.

Kegiatan ini adalah kegiatan yang menggunakan kanak-kanak untuk mendapatkan derma.

Kegiatan ini juga menyuruh kanak-kanak melakukan jualan amal di seluruh negara bagi mendapatkan wang.

Kanak-kanak ini telah didoktrinisasikan bahawa apa yang mereka lakukan adalah PROSES PEMBELAJARAN untuk menjadi USAHAWAN.

Madu, tauhu, air soya, kismis adalah antara produk yang dijual oleh kanak-kanak ini.

Mereka disuruh untuk menjual barang, hak mereka mendapatkan pendidikan diabaikan.



Mereka kerap ponteng sekolah dan gagal menyiapkan tugasan.

Dan apabila berusia 13 tahun, mereka tak lagi bersekolah.

Sistem negara kita bukan lagi seperti dulu. KPM sentiasa melalui proses penambahbaikan. Jika dahulu kanak-kanak habis UPSR, samada sambung belajar atau tak sambung belajar, pihak sekolah tak campur tangan. Tetapi tidak lagi kini.

Mana-mana budak habis UPSR yang tidak menyambung persekolahan ke tingkatan 1 samada aliran biasa, aliran agama, berasrama, kerajaan ada inputnya, datanya, sistemnya.

Sebab itulah, setelah dipantau pusat tahfiz itu maka kerajaan Kedah sangat mengetahui berlakunya unsur ekploitasikan kanak-kanak ini lalu tindakan tegas diambil bagi menyelamatkan kanak-kanak ini dari terus dirosakkan masa hadapan. Tempat kanak-kanak ini di sekolah dan bukannya di atas jalanraya mengutip derma. 

Apabila mereka sampai usia 17 tahun, 18 tahun, tanpa sijil agama, tanpa sijil SPM, tanpa apa-apa sijil bagaimana mereka boleh meneruskan kehidupan kelak?

Kemahiran SKM - tiada
Akademik - tiada
SPM - tiada
UEC - ini pun takde. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lepas tu akan menyambung tugas buat kerja-kerja yang merosakkan diri dan agama. Kerana dah dilatih sebegitu.

Sebab itulah apabila kanak-kanak ini diselamatkan, tak boleh ada laungan yang mengkritik kerajaan. Tak boleh ada.

Kerajaan haruslah disokong sepenuhnya atas usaha mereka menghentikan kegiatan ekploitasikan budak.

Awak buat apa tu Zahid Hamidi?

 
Dan semua pihak yang selama ini ada kaitan secara langsung atau secara tidak langsung perlu membebaskan dan menjarakkan diri mereka dari individu-individu yang terkait dengan kegiatan sedemikian.

Jangan ingat asal pakai topeng agama je orang tu baik, suci, alim dan beriman. Jangan!

Nah, lihatlah sendiri;


Ini sumber Wiki, anda benar, sesiapa sahaja boleh edit. Tapi pihak kami ada maklumat yang lebih sahih dalam versi PDF. Jika mahu boleh minta sahaja, akan disalurkan menerusi WhatsApp. Tujuan tangkaplayar sumber Wiki nak bagi penerangan secara ringkas sahaja. 

Mana-mana yang dah terjebak tu, cepatlah melarikan diri. Jangan kita bersubahat membantu mereka meneruskan kerja-kerja jahat.

Contohnya;


Sumber gambar : sini

Adun PAS perlu bersegera menjauhkan diri dari individu yang terpalit dengan kes mengekploitasikan kanak-kanak.

Come on PAS →  http://serasabersama.blogspot.com/2016/02/yayasan-hang-tawi-pusat-tahfiz-amal.html

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/02/11/ajaran-sesat-azhar-wahab-berselindung-di-sebalik-pusat-refleksiologi

Jangan kata kami tak payung dan beri peringatan pula lepas neh! - 19 Mac 2019.

Akibat Terlalu Laju Nak Mengecam Timbalan Menteri Dek UEC, Akhirnya Mereka Memalukan Diri Sendiri..

POLITIK | Semalam Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching telah mempelawa mereka yang memegang sijil SMA, SMU dan UEC untuk menyambung pengajian di PISMP - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Khas.


Ambilan Khas ini mensasarkan bakal-bakal guru tersebut untuk mengajar secara khusus dalam subjek sepertinya Bahasa Cina, Bahasa Arab, Jawi dan sewaktu dengannya.

Pengambilan ini telah bermula sejak tahun 2010.


Pengambilan dari UEC bertujuan untuk menambahkan bilangan guru yang mengajar Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Hal ini telah menjadi polemik di sosial media dimana;

๐Ÿ‘‰ DAP dipersalahkan kerana dianggap telah mengiktirafkan UEC.

๐Ÿ‘‰ DAP dimaki-hamun kerana dianggap telah memulakan dasar itu (ambilan khas dianggap bermula pada tahun 2019, selepas DAP menjadi kerajaan).

๐Ÿ‘‰ DAP dianggap telah menguasai pentadbiran negara dan bidang kependidikan.

Apakah benar hal tersebut?

Jawapannya;

๐Ÿ‘‰ UEC tidak diiktirafkan. Ataupun belum lagi diiktirafkan secara sah. Jika UEC diiktirafkan, maka PERKATAAN AMBILAN KHAS yang dibuat untuk memenuhi bilangan guru dalam subjek tertentu, tidak akan berlaku. AMBILAN KHAS merujuk kepada satu keadaan, dimana ia tidak mengikuti protokol ataupun dasar sedia ada bagi memenuhi kuota/kekurangan.

๐Ÿ‘‰ Hal ini telah bermula sejak tahun 2010 lagi.

๐Ÿ‘‰ Oleh itu untuk membayangkan DAP telah membuat keputusan dengan membelakangkan pihak lain, adalah tidak benar.

APAKAH SALAH MEMPERTIKAIKAN UEC dan MENYOKONG DASAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN NEGARA?

Jawapannya tidak salah;

๐Ÿ‘‰ Tetapi kritikan haruslah bersandarkan fakta dan bukannya emosi kebencian.

๐Ÿ‘‰ DAP tidak sewajarnya dikecam secara pilih kasih kerana meneruskan dasar lama, menjadi aspirasi DAP, MCA untuk memberikan pengiktirafan kepada UEC seperti yang semua sedia maklum - hal ini juga termaktub dalam kempen politik kedua-dua belah pihak.

๐Ÿ‘‰ Sesetengah pihak melakukan kritikan kerana ada DAP didalamnya. Kerana DAP itu lebih beliau benci berbanding menghayati DASAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN NEGARA. 

Menyokong usaha SISTEM SATU SEKOLAH yang menyatukan anak bangsa dibawah satu pendidikan adalah perkara yang menguatkan perpaduan negara. Semua patut sokong usaha ini tetapi dalam pada menyokong usaha tersebut jangan sesekali menyelitkan fitnah ataupun tohmahan kepada mana-mana pihak. Ia akan mencacatkan perjuangan. 

Menurut penulis;

๐Ÿ‘‰ KPM telah membuka kaji selidik dan mungkin ia masih dibuka lagi ketika ini, sudahkah anda memberikan cadangan kepada KPM? Penulis sudah melakukannya bahkan telah mencadangkan betapa kerajaan perlu menghapuskan SISTEM VERNAKULAR AT ALL COST.

๐Ÿ‘‰ Sudahkah anda memberikan idea bagaimana ia harus dilakukan? Idea itu disusuli dengan penulisan yang baik dan bukannya maki-hamun? Penulis sudah melakukannya. Penulis mengatakan semua jenis sekolah vernakular bukannya DITUTUP BANGUNAN (literal) sebaliknya TUKARKAN NAMA kepada SEKOLAH KEBANGSAAN berbanding sekarang ini, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN. Maka beransur-ansur vernakular akan dihapuskan.

๐Ÿ‘‰ Sudahkah anda memahami sentimen kenapa orang cina dan orang india tidak mahu menghapuskan sistem vernakular? Untuk orang cina - mereka mementingkan pendidikan terbaik dan bebas dari campurtangan politik. Mereka juga tidak mahu sekolah yang terlalu banyak elemen keagamaan. Untuk orang india, ia lebih kepada mempertahankan kebudayaan dan jatidiri mereka. Setelah kita memahami sentimen mereka ini bolehkah kita bertolenrasi bagi mewujudkan SEKOLAH SATU SISTEM?

๐Ÿ‘‰ Sudah tentu boleh. Dr. MAZA datang dengan idea. Pecahkan sekolah kepada aliran pagi dan petang. Aliran pagi semua pihak perlu duduk bersama dalam satu sekolah. Belajar Bahasa Melayu bersama. Belajar matematik bersama. Belajar Sains bersama. Belajar Sejarah bersama. Jangan ada elemen keagamaan. Untuk aliran petang, masing-masing akan datang dengan konsep masing-masing. Umat Islam mahukan aliran keagamaan, maka ia boleh dilaksanakan pada sesi petang. Kaum india dan cina mungkin mahu focus kepada Bahasa Cina, budaya, aliran tamil dan sebagainya, teruskan.

๐Ÿ‘‰ Jika usaha penerangan ini dilakukan secara berkala, berterusan, tanpa sentimen kebencian, menfitnah, tohmahan, apakah ianya mustahil untuk mengubah persepsi negatif mereka yang mempertahankan aliran vernakular? Kita terlebih dahulu perlu berjuang tanpa menfitnah dan mencederakan mana-mana pihak yang menentang secara emosi kebencian dan taksub. Kerana itulah sahaja satu-satunya cara untuk mereka datang kepada kita dan berjuang bersama-sama kita. 

Selagi mana lidah basah dengan zikir DAP komunis, DAP babi, DAP itu DAP ini, toksah beranganlah. - 19 Mac 2019.

Isnin, 18 Mac 2019

Kereta Naik Harga Kerana Percukaian, Najib Sindir Pakatan Harapan Lagi.

NAJIB RAZAK | Saya tergelak apabila membaca penjelasan Menteri DAP minggu lepas mengapa kerajaan PH tanpa tender, telah meluluskan 36 lagi syarikat baru diberi Open Approved Permit (AP) untuk mengimport kereta.

Jumlah Open AP yang diberi setiap tahun juga tidak lagi dihadkan seperti di bawah kerajaan BN.

Bertahun-tahun, DAP kata sistem AP ini memperkayakan kroni dan merugikan Rakyat.

Dulu, DAP kata Rakyat marah kerana AP menyebabkan kereta import mahal.

Bertahun-tahun, DAP tegas bahawa sistem AP mesti dimansuhkan.

Tiba-tiba, U-turn.

Menteri DAP ini kata sistem AP baik untuk negara pulak.

Tambahkan 36 lagi syarikat baru dapat AP. Tak menghadkan lagi jumlah AP diberi setiap tahun pulak.

Tak memperkayakan kroni dan tak merugikan Rakyat lagi.

Dalam manifesto mereka, PH janji untuk turunkan harga kereta dengan mengurangkan atau memansuhkan cukai.

"Turun harga kereta antara manifesto HARAPAN"
https://www.malaysiakini.com/news/414976

Selepas menang, harga kereta yang dipasang di negara juga tidak turun.

Malah mulai Mac 1 lalu, harga kereta import telah naik juga akibat penukaran sistem cukai.

Semua jenama dan model kereta import naik dengan tinggi.

"Kesemua model-model popular di pasaran recond mengalami peningkatan tersebut. Contohnya, harga MPV mewah Toyota Alphard dan Velfire meningkat antara RM10,000 ke RM15,000,"

"Kenaikan yang banyak itu mustahil untuk diserap semuanya oleh pengimport dan kemungkinan besar kenaikan itu akan dirasakan oleh pasaran."
kata seorang pengimport.

Semasa saya menjadi PM, saya tidak pernah naikkan cukai ke atas penjualan kereta, tidak kira buatan tempatan atau import.

Kita hapuskan cukai import untuk kereta Jepun menjadi 0%. Kita ganti cukai jualan 10% kepada 6%.

Kita hapuskan sistem francais AP dari zaman PM ke-4 yang memberi laluan untuk orang tengah mengaut keuntungan dari jualan semua jenama kereta yang dipasang di Malaysia.

Walaupun bukan semua harga kereta turun 30% ketika saya PM tetapi harga kereta bagi kebanyakan model turun. Ianya tidak naik kerana cukai dinaikkan.

Malah ada model yang dijual lebih rendah ketika saya PM berbanding 20 tahun lalu.

Tak sama dengan PH yang janji akan turunkan harga kereta dan untuk mansuhkan atau mengurangkan cukai kereta.

Tetapi harga dinaikkan pula kerana PH tukarkan sistem cukai.

https://careta.my/…/harga-kenderaan-recond-meningkat-mulai-…

https://careta.my/…/harga-vellfirealphard-recond-bakal-naik…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...