Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Januari 2013

SKMM siasat kenyataan Patrick Teoh.

Bagus.



Tindakan ini betul. Walaupun dia dah minta maaf tetapi siasatan ini perlu. Rujuk sini. Kerana jika tidak disiasat dan dibiarkan lepas begitu saja ia akan menjadi isu kepada sesetengah pihak pada masa akan datang.

Contoh kes ;

Patrick Teoh keluarkan statement kontroversi di fb.
Dia minta maaf.
Then ramai2 maafkan dan anggap ia settle.

Lepas tue tah2 tetiba ada la plak sesiapa dari geng2 bn keluarkan pula statement kontroversi. Lebih kurang seiras la dengan kenyataan patrick teoh. Then dia minta maaf. Still akan ada orang2 pr bashing dia cakap dia kena hukum la apa la.. blablabla.. maaf tak boleh selesaikan kes la.. dan etc etc..

So untuk elakkan kejadian di atas elokla SKMM siasat dan tentukan apa yang patut dibuat ke atas Patrick Teoh. At least bila orang nak siasat, kita follow je prosuder siasatan. Jangan bila kena kat batang hidung mereka2 yang pro bn macam2 alasan pula korang zahirkan. Begitu begini blablabla. Jangan tidak adil. Adil la. 

Seperti kenyataan terbaru Ibrahim Ali pasal nak bakar bible. Rujuk sini. Itu pun kena siasat gak. Sebab cetuskan huru hara. Jangan double standard oke. Bai.

Respon : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/patrick-teoh-under-mcmc-scrutiny-over-facebook-post/

Perkasa nak bakar Bible.

Jangan buat tindakan bodoh walaupun ko memang BODOH!



Tindakan membakar bible adalah tindakan BANGANG tak kira la apa alasan ko sekalipun. Terkini Ibrahim Ali presiden Perkasa telah mengeluarkan satu statement iaitu ;

Perkasa president Ibrahim Ali has called on Muslims to seize and burn copies of Bibles which contain the term “Allah” or other Arabic religious words.
Stressing that he was not instigating communal tension, the Pasir Mas MP insisted that it was the only way to stop non-Muslims from stirring the sensitivities and sentiments of the majority of population in the country.
He said certain non-Muslim groups were out to provoke the Muslims by using the term “Allah” or any other Arabic religious words in the Bible.
Under the Non-Islamic Religion (Control on Expansion Among Muslims) Act 1988, he said non-Muslims are prohibited from using several Arabic religious terms, including Allah, in their prayers or scriptures.
“Muslims must unite to protect their religion. They must seize those Bibles, including the Malay editions, which contained the term Allah and other Arabic religious terms, and burn them.
“This is the way to show our anger against disrespect to our sensitivity,” he told a press conference after delivering his presidential speech at a Perkasa convention here today.

Perkasa nak bakar bible yang ada kalimah Allah. Perkasa juga nak bakar bible yang dicetak dalam bahasa melayu. Perkasa buat sebab nak melindungi kesucian islam. Bagitau aku mana satu dalam ISLAM membakar kitab kepercayaan orang lain merupakan antara ciri2/kaedah yang disarankan oleh islam bagi mempertahankan kesucian islam?

Boleh?

Kalau takde, maka itu maksudnya ko bukan nak mempertahankan kesucian islam. Itu maksudnya ko nak buat kerja gila. Ko nak buat kerja gila maka ko cakap je la atas nama perkasa. Jangan heret dan babitkan islam sana sini. Bukan seme orang faham oke. Bukan seme orang bila baca post ko owhhh ini perkasa je yang buat onar neh.. orang lain dan islam takde kaitan oke. 

Noooooo ....

Ada orang yang tak faham. Bila baca dorang akan automatik kondem islam. Kondem melayu. Dan tak pasal2 dorang akan mempunyai persepsi bahawa islam itu jahat. So dari situ dorang akan zahirkan persepsi dorang melalui perbuatan. Itu yang kita dengar ada majikan cina buli pekerja melayu, ada majikan cina takmo amek pekerja muslim dan etc2.. kesemua ini berpunca dari manusia2 yang berspesis seperti PERKASA.

Sebenarnya cara nak selesaikan kes neh senang jek. Kita berbalik kepada undang2. Undang2 menyatakan bahawa bible bahasa melayu dibolehkan di beberapa negeri. Penggunaan kalimah Allah dalam bible pun dibolehkan dalam beberapa negeri. Antaranya sabah, sarawak dan pulau pinang. Undang2 ini bukan aku yang gubal oke. Tetapi kerajaan. Siapa kerajaan kita? UMNO BARISAN NASIONAL.

Ini fakta.

Ko cakap la pongpang sana sini situ dan blablabla ikut mood ko.. tetapi akhirnya ko tetap kena kembali kepada fakta ketika berhujah. Dan faktanya disini ada di sesetengah negeri perkara seperti itu tidak salah then hormatla. Tak suka? Oke pergi buat usul, bentang di parlimen, dapatkan undi, gubal semula undang2. 

Ko ada kuasa itu. Ko ialah ahli parlimen. Takde sokongan? Buat la demo. Buat la forum untuk nyatakan pendirian ko. Lantak ko la. Ini kan negara demokrasi. Ko punya pasal la nak ada apa2 pendirian sekalipun.

MEMBAKAR KITAB KEPERCAYAAN AGAMA ORANG LAIN ADALAH MERUPAKAN SATU PROVOKASI meskipun PERKASA kata ia bukan mahu menimbulkan provokasi. Bercakap seperti itu di depan orang jek dah menampakkan bahawa ko sedang melakukan provokasi. 

Dan sesungguhnya itu langkah yang sangat bodoh. Brutal. Nampak sangat kita tak reti nak respect kitab kepercayaan orang lain. Even dalam bahasa melayu pun even ada kalimah Allah pun ia still tindakan provokasi.

Jangan sampai satu dunia tahu. Semakin teruk la persepsi dorang terhadap muslim malaysia. Kita cuba menjadi jaguh dalam kalimah Allah. Kita ya, no 1 nak pertahankan kalimah Allah. Bagus neh. Hebat la katakan. 

Tetapi kita lupa, di sini ada benda yang lebih besar mudharatnya berbanding isu kalimah Allah. Bahkan ada benda yang mana terang2 HARAM hukum nya yang kita sendiri tak banteras. Ini ibarat kaki kita kotor, penuh kuman, tapi kita sibuk bab kuku orang lain yang terpanjang sikit.

Jadi la manusia berakal. Selesaikan masalah ikut tingkat kepentingan. Aku tahu, ko tahu bahkan Allah swt lebih tahu.. siapa yang main politik dan siapa yang ikhlas. Kita boleh tipu orang tetapi Allah swt? Kita tak boleh tipu. Fikirkan 

Respon : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/19/burn-allah-bibles-perkasa-chief-tells-muslims/

Wajah pengedar Bible BM tersebar.

Ini la wajah yang dimaksudkan. Dua individu ini dipercayai telah mengedarkan bible kepada pelajar2 muslim di salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan jelutong, penang.


Gambar neh sedang hangat disebarkan dalam laman sosial dan blog umno. Dari mana kisah ini bermula aku tatau. Tapi aku ada sedikit kemusykilan berhubung perkara ini. 

Pendapat aku ;

1. Bible bm = penang

2. Lim Guan Eng = DAP = Penang

3. Lim Guan Eng = pernah minta BIBLE BM diberikan kelulusan untuk diterbitkan.

Aku tak tuduh2. Rileks oke. Ini cuma persepsi aku jek. Aku rasa ini permainan politik untuk menakut2kan orang melayu khususnya orang islam. Pasal aku heran. Siyes aku heran. Aku heran kenapa la ek.. bible bahasa melayu mesti di edarkan ketika LGE dan DAP di ulit dengan kontroversi penggunaan nama Allah swt dalam bible dan bible bahasa melayu?

Bukan kah ini sesuatu?

Jumaat, 18 Januari 2013

Rosmah Mansor : Saya Bersumpah.. Saya Tiada Cincin Itu

Aku percaya. Aku siyes percaya kalau mem kita cakap dia tiada cincin tersebut.  Aku kali neh benar2 mempercayai rosmah mansur..

Kenapa?

Ini kerana belum sempat nak beli dah kena seludup keluar. Sebab tue la rosmah kita takde cincin tersebut. Betul tak? 

Sebenarnya ikut pendapat aku samada rosmah memiliki cincin tersebut ataupun tidak itu bukan isu yang lebih difocuskan. Sebaliknya kenyataan demi kenyataan flip flop yang di jaja dari pihak sana yang buatkan isu ini kontroversi.

Kenapa tidak dari dulu jek rosmah bagitau terus terang yang cincin tersebut dibawa masuk untuk pameran? Dia tengok then cakap very nice very nice and that's. Ini tidak. 

Ada yang cakap cincin tue tak wujud. 24juta untuk sebutir cincin? Nonsense.  Memang nampak nonsense tapi itu la realitinya kan sekarang? Then cakap cincin tue sebenarnya untuk ke negara singapore. Masuk melalui malaysia. Aik, baru sebentar tadi mem kita confess ia untuk pameran. 

Then bila dah kantoi baru nak mengaku begitu begini. Patutnya dari awal lagi mengaku terus terang. Habis citer. Takde la orang selidik sana selidik sini. Ataupun wujudnya spekulasi2 tertentu.

Tapi aku still heran ;

1. Kenapa cincin di bawa masuk atas nama rosmah mansur?
2. Kenapa cincin diseludup keluar ke singapore selepas kes terbongkar?
3. Kenapa dokumentasi berkaitan cincin cepat2 disebarkan?
4. Kenapa kenyataan demi kenyataan dari pihak bn berkaitan isu cincin flip flop?
5. Kenapa dalam satu rancangan di buletin utama, seorang yang pro umno = ex pkr mengatakan bahawa cincin tue sebenarnya milik besan rosmah?

Tak percaya? Minta tv3 mainkan balik rakaman berita lama. Terang2 si anuar apatah cakap cincin tue actually bakal besan rosmah yang punya. Dan tv3 slumber je siarkan. Lepas tue umno dok mainkan isu pos. Konon nya cincin itu di pos kan untuk orang lain. Yang aku pelik ialah cincin untuk orang lain pula tapi nama orang lain yang tercatat atas dokumen? Apa nama orang lain tue rosmah mansur juga ke apa?
 
Mungkin nak beli.

Mungkin juga hadiah.

Tapi tak kisah la. Kalau boleh cerita betul2. Kalau jujur dari awal kan senang. Lagi satu aku tatau dorang troll ke apa. Aku dah explain banyak kali. Aku harap2 depa troll la.

baik punye spin..habis tu yg menabung dri kecik smpai 24 juta tu beli ape?

Yang neh antara komen yang aku petik dari youtube. Isu rosmah menabung beli cincin itu adalah superimpose semata2. Mungkin ini troll. Kalau ini seriyus so aku betulkan je oke. 

Lagi satu rosmah kata kalau ada apa2 isu boleh tanya dia sendiri, betul ka? Kalau betul bak mai no phone. Ada banyak benda wehhhh aku nak tanya dia neh. Siyesss..

Video bawah ;

Utusan Malaysia kena bayar RM70,000 kat Khalid Samad.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai gantirugi kepada anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu...

Keputusan itu dibuat panel hakim lima anggota diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum semalam sewaktu menolak permohonan semakan oleh Utusan Melayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar gantirugi itu.

Panel hakim lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, juga mengarahkan Utusan membayar kos guaman RM10,000 kepada Khalid Samad.


Lepas neh perkasa akan buat kutipan derma bergerak untuk utusan. Dont worry, ahli2 UMNO dan PERKASA ramai yang kaya raya sebab tue sanggup berbayar seme nya. Gula naik pun tak heran. Cukai kereta tinggi pun tak bising. Pendidikan mahal pun tak kecoh. Tol naik pun tak heran. Barang naik pun still steady. Lainla kami.. kami nak murah je sebab tak kaya raya cam korang. Bai. 

Abu Aqif Bengang Ustaz Fathul Bari Kawin Lari Di Thailand.

Tajuk video. Bukan tajuk yang aku buat oke.

UFB bagitau bahawa ;

1. Dokumen yang telah tersebar tue benar

2. Memang sah dia kahwin kali kedua.

Pendapat aku ialah lantak p la dia nak kahwin 4 sekalipun, hak dia. Janji dia tak mencuri dan melakukan zina apa jek kita nak bengang2 kan? Memang betul selama neh ada nya penyokong2 umno yang dok perli2 pemimpin2 pas suka kahwin banyak dan blalabla.. apa pun diharapkan kita jangan termakan dengan cara mereka berfikir. 

Bukan apa mereka neh hanyalah menjadikan otak dan akal sekadar perhiasan di kepala. Bukan untuk di manfaatkan. Maafkanla mereka.

Video berkaitan ;

 

Tindakan SAMAN? 

Sebenarnya isu neh ada pro dan kontra. Kalau ini ialah dokumen rahsia. Lepas tue didedahkan bagi tujuan mengaibkan UFB, ini bukan tindakan yang patut disokong melainkan UFB merompak wang rakyat. Benda yang tak babitkan wang rakyat actually bukan urusan kita. Kita boleh suka dan tak suka tetapi inila hakikatnya.

Sejak bila rumahtangga UFB menjadi priority kita ek? 

Jika hari neh kita main kisah UFB kahwin dua esok lusa nanti bila sesiapa kahwin dua maka umno pula akan main. So sampai bila ia akan berterusan? Isu2 yang dibangkitkan dalam HKR terus lesap dan lesu. Takde highlight pasal isu2 peribadi dah take over.

Jangan.

Jangan sesekali harapkan bahawa geng2 umno akan berhenti main isu peribadi. Oleh kerana mereka takan, maka kita la kena hentikan terlebih dahulu. Andaikata lepas neh ada pemimpin pr kahwin dua then umno buat isu kita bleh bagi contoh yang ufb pun kahwin dua tapi kami rileks pasal apa bila pemimpin pr kahwin dua hang tak boleh rileks?

Dari sini la geng2 partisan akan menilai kita. Ini masa kritikal. Spekulasi tarikh pru dah tersebar. Ini bukan perkara main2 geng. Mari la kita kembali sebarkan isu2 penyelewengan dan isu2 peribadi macam neh sila la campak ke tepi. Bukan apa, kita nya matlamat ialah putrajaya. Peduli hapa UFB nak kahwin 4 sekalipun? 

Aihzzzz aku rasa nak gelak kah3x tapi tak boleh. Masih murung dengan kematian ahli keluarga terdekat. Update neh pun saja2 sebab nak release tension. Oke la bai.

Rabu, 16 Januari 2013

Najib Razak ada peminat setia rupanya.

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh

Hebatlah PM kita. Hebat gile. Kagum aku. Ramai peminat2 dia ek. Disebabkan Najib sayang peminat2 dia maka dia bagi korang sampul raya percuma. Kot ini pun tak bersyukur lagi tatau la aku nak kata apa.

Dalam pada itu aku nasihatkan agar korang baca dulu statement kat bawah neh oke. Lepas baca nak gelak ke nak terjun bangunan ke nak lompat2 sampai pengsan ke nak termuntah ke nak terberanak ke nak berguling2 ke apa ke lantak korang la. Janji masa korang buat tue tak babitkan aku sudah la.

kah kah kah

Ong Tee Keat kini Pengerusi Pendekar Malaysia


Agak la weh.

Nak buat lawak pun jangan la sampai macam neh. Kecik ahti pesilat2 semalaysia karang.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Pendekar ka si OKT tue? Tak nampak macam pendekar pun. Reti ka dia bersilat ataupun berkungfu untuk melayakkan dia duduk di kerusi pengerusi pendekar malaysia? Boleh plak lantik orang yang tak reti bab seni lawan sebagai pengerusi yang mengetuai seni lawan? Macam najib jadi pm meskipun dia tak layak?

kah kah kah

Kalau macam tue aku pun boleh jadi pengerusi. AKu pun tak reti bersilat gak. Dengan ini aku angkat diri aku sebagai pengerusi pendekar2 di malaysia. Ketahui la semua pendekar, aku la ketua mu yang baru oke?

kah kah kah

KELAKAR NAK MAMPOS.

Sumber gambar : Abu Nawas

Patrick Teoh Hina Alquran dan PAS Kedah.

Individu neh pro pakatan. Ramai orang dah babikan dia. Aku terfikir patutkah aku menambahkan kebabian terhadap dia? Apa pun ada dia kisah dibabikan? Baik dia pergi makan babi lagi bagus. Kata dia la. Hehe.

Berbalik kepada citer Patrick Teoh, bukan citer babi oke. Kisah bermula apabila dia keluarkan statement panas kat bawah neh hah ;


Point dia, dia nak kutuk undang2 yang pas kedah gariskan. Takde masalah. Pas kedah terbuka kepada kritikan dan pendapat tetapi kena la pendapat yang membina bukan merepek dan tak tentu hala.

Kalau ko tetiba serang pas kedah even ko ada niat yang baik tetapi pas kedah takan boleh terima pemikiran ko sebab cara ko menyerang pas kedah tue tak kena. Contohnya ko nak cakap pas kedah tak berapa cekap.

Instead ko highlightkan kelemahan2 pas kedah yang menunjukkan bahawa mereka tidak cekap ko pergi buat remix babi babi babi.. babi babi.. babi babi... babi babi dan babi forever. 

Kalau aku jadi pas kedah pun aku bengkek. Babi apa jadahnya? Babi2 kepala hotak kau yang babi la. 

Contoh je la. Aku bukan kata patrick teoh kata Pas Kedah babi oke. Aku kata contoh je. Dia tak bagi point tapi bagi repekan. Macam statement di atas. Sampai relate benda yang takde kaitan.

Lepas dah kena hentam bertubi2 sebab babitkan Alquran yang mana Patrick Teoh ada masalah mental sebab dia fikir ;

PAS KEDAH = ALQURAN.

Maka dia minta maaf selepas buat statement penjelasan.




Takde masalah kalau dia benar2 insaf dan faham kenapa dia kena minta maaf. Tetapi aku tak fikir dia faham kenapa dia kena minta maaf dan tarik balik statement tue. Dia tarik balik sebab dia rasa ia akan menjejaskan kepercayaan orang islam terhadap batang tubuh dia.

Kot2 dia nak berlakon ke, buat drama ke filem ke ko fikir orang akan bagi dia laluan mudah? Sudah tentu tidak. Orang macam neh perlu dihukum. Harus dihukum.

Dengan ini aku cabar, aku cabar kerajaan malaysia BAN SEMUA PRODUCT, DRAMA DAN APA2 PERKARA BERKAITAN DIA. EVEN BERKAITAN PEMBANGKANG PUN BAN JUGA. PR ada banyak orang2 yang motivated dan lebih berkaliber daripada si jari celupar ini. Don't worry. Jangan biarkan dia meremeh2kan umat islam di Malaysia yang memang sedia diper-remehkah. Pehhh

KAH KAH KAH
Sumber gambar : Blog cucutokselampit.

KIMMA minta jangan dikaitkan dengan Sharifah Zohra Jabeen ListenLetMeSpeak

KAH KAH KAH

Kelakar siot. Sapa tah cakap dengan aku, si sharifah neh keturunan arab. Aku punya la beria2 percaya. Dah kalau keturunan arab pasal pa boleh jadi ahli KIMMA pula? Bukan kah KIMMA merujuk kepada satu persatuan yang di khususkan untuk india muslim malaysia jek?

kah kah kah

Apa pun ini kenyataan terbaru dari KIMMA.


Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

AMEKAW !!!

Kawan ke apa ke seme lari. Yang sakit ahti dengan ko dulu2 tetiba muncul untuk panaskan isu. Tue la kau. Berlagak sangat. Padan la buat NGO sendiri dan angkat diri sendiri jadi presiden. Rupanya geng sendiri pun tak tahan dengan sikap ko. 

Mesti ko asyik2 citer pasal masalah binatang kan tue sebab dorang naik meluat dengan ko ye tak? Tak pun ko asyik suruh dorang senyap dan dengar je bebelan2 ko. Boleh jadi juga. Arhhhh  peduli hapa aku. Apa yang penting... wonderpets2x sila datang, sharifah zohra jabeen berada dalam kesusahan.. 

kah kah kah 

Syahmi Zakaria, meh sini kejap - #PahListenLetMeSpeak

Syahmi, kalau aku cakap ko bodoh jangan marah ek. Cool sudah.

Sekarang aku explain baik2. Aku explain kenapa ko layak dibodohkan. Aku takde mood nak mengganas malam neh.

Lihat bawah ;




Hujah aku.

1. Ko berada disitu. Ko ialah penasihat program. Itu jek dah membuktikan ko akan bias dan condong kepada penganjur program tersebut sebab ko membawakan peranan penasihat.

2. Tiada mana2 nama parti disebut. Miss bawani pun tak kata pah ada sebut nama parti ke tak. Dia cuma betulkan balik bahawa bersih ialah NGO bukan parti. Statement dia jelas tetapi pemahaman ko tak jelas.

3. Ikrar keamanan dan blablaba.. provokasi dan blablabla. Hello. Ikrar keamanan ko orang dungu je percaya. Dalam ikrar keamanan ko tue ko merepek dan melalut pasal benda yang takde kaitan dengan keamanan sebaliknya secara sinikal memandang rendah pada mereka2 yang tak pro bn. Sila dengar dengan teliti dan fahamkan betul2 apa yang mulut ko potpet pasal ikrar keamanan tue. Ikrar itu sendiri ialah provokasi kerana jauh dan lari dari matlamat asal program.
 
4. Jangan libatkan nama baik universiti dan blablabla. Yang sebenarnya video tue yang upload pah kita. Bukan bavani. Bila pah yang upload maka pah la yang melibatkan nama baik universiti. Dalam erti kata lain si pah tue la yang menjejaskan nama baik ko dan universiti ko sebab dia yang gatal2 tangan dedahkan seme kejadian tersebut. Dari orang tatau terus orang jadi tahu. Dah si pah yang mendedahkan keburukkan program tue maka kepada pah la ko meroyan marah. Apa kena mengena dengan public plak?

5. Memang disahkah tiada unsur2 politik dan blablaboa.. Oke. Yang neh aku straight je cakap ko BODOH NAK MAMPOS. Apa tajuk forum ini?

SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK?

Dalam tajuk pun ada perkataan POLITIK.

Dan ko cakap forum neh bukan berkaitan POLITIK? 

Hello, ko memang BODOH NAK MAMPOS. Ingat, jangan marah orang yang cakap ko BODOH nak mampos sebaliknya marah la diri sendiri sebab tunjukkan kebodohan dan sulami ia dengan penipuan. Ko yang pandai2 merepek ko terima la akibatnya. Simple.

Dan jangan lupa baca apa yang bukan PENASIHAT ulas mengenai forum tersebut. Ko ingat ko penasihat ko jek boleh jadi saksi kejadian? Hello ramai mata disitu. Mereka juga saksi kejadian oke. Lue fikirlah sendiri.


Bai.

Selasa, 15 Januari 2013

Sharifah Zohra Jabeen menjawab di twitter. #CikPahListenLetMeSpeak

Pah.

Oooo Pahhhh..

Kenapa duduk dalam dewan debat dan bercakap sorang2? Kena kunci pintu dewan debat dan taknak bagi orang masuk? Pah nak berdebat dengan sapa tue Pah?

Jaws?

Kucing?

Buaya?

Burung auk auk?

Anjing?

Tikus?

kah kah kah


Pah, jangan sorokkan diri Pah. Tak berapa lama ko nak buat forum macam mana nak cari duit sejuta meskipun ko takde sejuta dalam bank kan Pah kan? Orang bebal je dengar cakap2 ko Pah kat dalam forum tue.


Orang bijak tahu. Kalau aku nak tips untuk cari sejuta pun mestilah dari mereka yang dah terbukti ada sejuta dalam bank. Kalau tips ko bagus sangat napa ko sendiri takde juta2 dalam bank?

kah kah kah

Apa pun Pah listen to me, bn yang ko dok agung2kan sekarang pun tak bekap kau. Menteri2 bn seme tinggalkan kau. Bersusah payah ko jadi kulibatak dorang, mempertahankan dorang, mempertahankan kepimpinan bn, last2 bila dah jadi macam neh orang bn sendiri tinggalkan kau. Apa yang ko rasa cik pah listentome ? Sakit ahti tak? PADAN LA MUKA.

KAH KAH KAH 

Oke la pah, sebelum aku nak blah neh, dengar citer ko expert bab masalah2 binatang. Pe kata ko tolong babi settlekan masalah dorang. I bet you know that babi pun ada masalah gak kan? Please pah, please help babi to solve its problem oke.

kah kah kah 

Isnin, 14 Januari 2013

KL, bertukar la kau jadi bandar pelangi - #KL112.

Akhirnya.

Setelah berfikir 2,3 kali aku patut turun ke tak patut turun ke last2 aku pilih gak untuk turun. Tah camne aku rasa perhimpunan kali neh mungkin akan mencatatkan satu sejarah baru buat diri aku. Tah camne aku rasa aku mesti turun walaupun terdapat beberapa perkara yang sepatutnya menghalang aku dari pergi ke perhimpunan ini. 

Aku pernah pergi 50k. Aku pernah pergi 100k. Aku fikir aku kena pergi kali. Aku target mungkin kali ini 200k? Atau almost. Aku nak merasai pengalaman berhimpun dengan 200k pula. Itu analisis awal dan aku ternyata silap besar.

Yang sebenarnya aku agak risau. Aku tengok promosi berkaitan HKR hambar. Promosi tak meluas. Aku bimbang orang tatau. Aku fikir mungkin 200k yang turun jika mereka sesungguhnya tegar pr tapi nampaknya sangkaan aku meleset habis. Yang keluar paling koman 500k. Dan aku bukan cakap besar. Aku cakap apa yang aku nampak dan aku lalui.

Aku berani kerat jari yang 500k paling kurang ini turun bukan 100% sokong pakatan rakyat. Bahkan lebih dari separuh mereka yang hadir ialah pertama kali turun untuk berhimpun. Mereka sokong cause yang di bawa oleh pakatan rakyat bukan pakatan rakyat itu sendiri, itu aku berani jamin. 

Dan mereka benci bn yang dilihat tak pernah memahami setiap rintihan ahti kita.

Kita cuba bercakap cara baik dengan bn.
Kita telah merayu mereka banyak kali.
Kita telah bersuara tanpa henti.
Kita telah menangis banyak kali.

Kita minta bn untuk faham. Untuk tolerate. Untuk fikir. Untuk kaji. Untuk selidik. Untuk adil. Tapi mereka tak pernah nak buat. Semakin kita merayu semakin kita di tinggalkan. Semakin kita mengharap semakin kita dipijak. Semakin kita minta simpati semakin kita diperdaya.

Untuk semua rasa dan keluhan yang kita alami ini, kita bertemu, bergabung dan berhimpun. Lalu tercetusnya 500k atas jalan. Dan sekali lagi aku bagitau ini bukan cakap besar. Ini apa yang aku nampak dan lalui.

Minaq jinggo berspekulasi dengan gambar. Yang hadir tak seramai yang diperkatakan. Aku nak balas balik. Dia mungkin 24 jam di stadium merdeka tetapi sayang dalam masa 24 jam dia disitu dia bukan boleh jadi 24 individu di stadium. Dia masih satu. Dan itu maksudnya dia hanya mampu berada di satu tempat pada satu2 masa. 

Dia tak mampu berada di semua tempat dalam masa yang sama. Mata dia tak menipu. Kamera dia tak menipu. Tetapi mata dan kamera orang lain bukan pembohong juga. Inila dia manusia. Kita kena akui kita tak boleh nampak semua perkara. Kita bukan Allah swt. Kita jangan risau kerana Allah swt tak pernah minta untuk kita jadi sempurna. 

Dan kita juga kena faham pengalaman kita tak mewakili orang lain. Kamera kita juga bukan mewakili penglihatan orang lain. Kalau ini kita faham kita takan menafikan apa yang orang lain nampak. Kita kena faham bahawa setiap 1 minit yang berlalu berlaku perubahan yang mata manusia macam kita tak mampu tangkap meskipun kita menggunakan kamera paling canggih.

Oke. 

Bas berhenti. Bunyi hon. Kuat. Aku terkejut. Rupanya drebar bas nak HIJAU. Dia tak boleh datang tapi dia hijau dalam ahti dan dalam bas.

Itu malam sebelum hari kebangkitan rakyat. Malam yang jalan petaling street dipenuhi majoriti chinese yang hijau. Malam yang menafikan bahawa hanya melayu turun berhimpun. Malam yang mana umno menangis, mca menangis bahkan mic juga akan menangis kerana sejarah akan tercipta apabila mereka jatuh bila bn lingkup.

Siang. 7 jam sebelum berhimpun. Mereka bertebaran atas jalan. Merah, kuning dan hijau. Tak sabar. Jam baru 8 pagi tapi mereka sudah ada disini. Di jalan petaling = petaling street. Muka2 cina + melayu + india = malaysian yang mahu melakar sejarah. Datang dari pelbagai ceruk dan pelusuk negeri.

Wong Tuck menjadi idola. Di angkat di petaling street mengalahkan pemimpin dap. Aku berjalan. Hari masih pagi dan member pun tak bersiap lagi. Berjalan dan berjalan akhirnya dapat mafela free. Aku tanya je nak beli kat mana. Sekali dapat free la pula. Terima kasih orang johor. Semangat korang memang power. Moga bn akan tumbang bermula dari johor.

Masih terlalu awal untuk ke stadium. Tetapi orang yang dah keluar dan lepak atas jalan dah memenuhi setiap jalan di kl. Aku berjalan masuk ke puduraya. Mata memandang semacam sebab mafela yang aku pakai. Ko kenapa? Tak puas ahti aku dapat free ka?

BERSIH.
BERSIH.

Ejekan atau laungan? Aku tatau. Kalau ejekan ko boleh pergi mampos. Ingat tue.

Lepas jumpa member, dengan kehadiran Leman Raja Lawak dan YB Fuziah Salleh di kawasan itu, yang nampaknya memang macam rakyat biasa bukan macam pemimpin bn yang tak cool, kami berjalan menuju ke destinasi. Tak seiringan tapi sehaluan.

Sepanjang jalan seperti pesta. Macam2 gaya, macam2 banner dan macam2 ekspresi manusia. Dengan pelbagai bentuk bantahan yang mereka terjemahkan. Harus diingat, ini ialah perhimpuan rakyat. Hatta mereka datang #kl112 atas sebab mereka anti najib sekalipun, itu hak mereka. Aku dan ko jangan menilai kerana perhimpunan ini tiada tema tertentu.

Apa yang ko rasa, ko luah.
Apa yang ko marah, ko cakap.

Ko nak berslogan ko anti bn dan benci najib sekalipun hak ko. Ini tujuan ko berhimpun. Aku dan orang lain tidak boleh mempertikaikan hak ko sebab perhimpunan ini tak pernah tetapkan tema/syarat = sebab untuk ko turun berhimpun. 

Cause itu ko sendiri cari berdasarkan apa yang ko alami, jika orang lain cakap ko salah jangan bimbang. Mereka bodoh. Belum faham.

Aku tiba di destinasi selepas berpecah. Member aku dah hilang dalam lautan manusia. Handphone pula takde akses. Nak call tak boleh. Internet lagi macam haram. Duit plak dah habis. Mana taknya aku singgah dan beli di seme tempat yang boleh dibeli. Aku datang dengan beg tak berapa penuh tetapi balik dengan tangan full-loaded kiri kanan.

Kurang ajar punya peniaga. Boleh tak jangan jual benda best2 time orang nak pergi berhimpun? Pui.

KAH KAH KAH 

Gambaran awal. 





** Gambaran ketika majlis belum bermula. Jam 12 lebih tak silap aku. Orang masih ramai luar stadium. Aku fikir owh oke masih banyak tempat kosong dalam stadium. Sure muat neh.


Dalam ahti aku saat ini. 100k kot. Waktu puncak pastinya akan ada 100k. Aku tak sasar tinggi macam Mat Sabu. Aku terfikir juga apa rasionalnya sasar 1juta tue? Aku pernah tanya depan2 Mat Sabu dan Hishamuddin Rais. Tapi depa cakap ini sasaran. Kita mesti ada sasaran, cita2. Dapat tak dapat itu selepas perhimpunan baru cakap. 

Walaupun gagal capai sasaran tapi angka 500k bukan cikai2. Bahkan UMNO sendiri tergolek melihat angka kehadiran. Dorang tergolek sebab tue sekarang sedaya upaya gunakan media untuk menafikan angka yang hadir. Aku dan ramai orang tak kisah.

Korang boleh menipu. Tetapi belum tentu orang akan tertipu. Bahkan penipuan tersebut akan terbongkar. Orang yang pergi kl bukan takde otak. Dorang bercakap.

Hoi gila la KL hari neh.

Kenapa2?

Jalan sesak orang ramai ke #KL112.

Ko ingat seme orang yang p kl tue turun berhimpun? No. Ada yang terpaksa lalu. Bila lalu dorang nampak. Dorang lihat. Dorang analisis. Ko punya citer di tv dibandingkan dengan apa yang dorang nampak aku rasa manusia normal akan pilih apa yang aku nampak walaupun aku bukan penyokong dan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat. 

Itu yang orang akan pilih. Bahkan itu yang penyokong2 umno tegar juga akan pilih. Dorang bodoh tapi belum cukup bodoh untuk menafikan apa yang mata dorang nampak dalam ahti dan sanubari mereka sendiri meskipun dorang tak cakap or luahkan. 

Ada yang berhujah menggunakan AlJazeera. Kurang cerdik. Laporan AlJazeera juga bersandarkan laporan media arus perdana. Bernama. PDRM sendiri cakap di stadium sahaja 80k. PDRM tak ulas angka luar stadium. Apa yang PDRM ulas ialah hadiran melebihi 30k dan ini langgar syarat APA 2011.

Aku gelak. Ia mendedahkan bahawa memang ramai di luar sana yang tak boleh blah dengan pentadbiran bn. Antara bn mahu terima kebenaran dan cari jalan untuk repair ataupun terus nafikan ia dengan menfitnah rakyat tanpa henti. You decide, it's your decision to make.

Oke sambung.

Aku berpusing satu stadium. Dah berpisah, aku blur. Aku nampak macam2 situasi. Kejap aku di atas. Kejap aku di bawah. Kejap aku di tengah padang. Kejap aku dalam stadium. Kejap aku atas rumput. 

Dari suku penuh ke separuh penuh. Aku rileks.
Dari separuh penuh hingga ke lebih dari separuh penuh. Aku still rileks.
Dari separuh penuh hingga ke 95% penuh. Aku rasa aku dah tak boleh rileks. 

Biar betul bhai. Keliling aku orang duduk atas lantai pun bersepah. Aku atas rumput neh jenguk luar stadium pun masih bersepah orang nak masuk. Dan sekarang ruang stadium hanya ada kapasiti 5%?

Itupun aku tatau ceruk mana penganjur cakap ada 5 percent. Aku tengok kat laluan keluar/masuk pun orang siap tidur berbaring apa seme. Penat. Takan lue nak suruh depa duduk atas tanah lecah? Boleh. Kena ada alas la. Tapi aku confirm tak selesa. 

Aku out. Aku kena out dari sini. Sebelum suasana betul2 packed aku kena blah. Aku tak berapa tahan dengan suasana packed macam neh. 

Tak boleh keluar kata unit amal.

Kenapa?

Ini laluan khas untuk pemimpin jek.

Mak ai. Aku boleh faham unit amal. Ini protokol dari orang atas. Aku boleh berjalan lagi. Tapi buatnya orang tua yang nak keluar camne? Yang bawa anak camne? Jangan buat protokol gini. Tak ngam sebab takde penanda arah kena keluar ikut mana dan kena masuk ikut mana. Bila orang penat2 berjalan dan denggg !! sangka jalan keluar tapi rupany2 tak boleh keluar.. ia akan mengkiok-kan suasana tak pasal2.

Lagipun bukan setiap masa pemimpin gunakan laluan tersebut. Memandangkan time pemimpin tak guna ko kena bagi orang awam guna. Dalam suasana yang ramai dan padat macam neh aku tak fikir protokol itu rasional.

Sama seperti protokol tak boleh masuk ke kawasan berpagar. Aku boleh faham unit amal. Tapi protokol itu tak rasional bila ada orang dah masuk dan berbaring di kawasan tersebut.

Bila orang lain yang luar dari kawasan tersebut nampak dorang tatau yang unit amal sebelum neh dah larang orang masuk still ada yang masuk dan tak boleh pula nak halau yang dah masuk tue keluar so langkah yang unit amal kena ambil ialah biarkan je la seme masuk arhh habis citer. Pasal dah terlalu ramai. Ada budak2 lagi. Tak salah untuk kita bertindak rasional pada polisi yang tak rasional.

Sama macam polisi tak boleh duduk atas rumput. Time sikit boleh la ko nak halang dan larang. Tapi bila dah padat orang nak duduk kat mana? So tempat larangan tue terpaksa tembus gak kalau tak memang takde tempat dah. 

Tapi respect. Unit amal cuba bersikap cool semungkin yang boleh. Nak marah eh orang2 aku gak. Yang aku tengok berani bertegas pun pakcik2. Itu pun macam dah merayu dah. Tolong la incik. Nanti saya bergadoh pula dengan orang lain. Rileks pakcik. Protokol bodoh tue harus dimahsuhkan ikut situasi.

Harap2 unit amal tak kena marah dengan pengarah unit amal sebab kena faham la. Orang ramai. Dan tak nafikan bila orang2 yang tak dapat masuk ke sesetengah kawasan mungkin ada yang bengkek dengan unit amal. 

Ada sesetengah unit amal bertegas pada perkara yang betul. Tapi ada yang tak kena gaya. Mungkin dia tatau yang kat luar neh dah penuh macam tin sardin. Takde tempat nak duduk. Sebab tue orang minta buka pintu pagar untuk masuk dalam kawasan redup. Apa pun seme oke. Yang tak oke mungkin misscomunication.

Yang buang sampah pun satu hal. Dah minum reti la buang. Ko letak tengah2 jalan. Yang kutip kang member2 ko gak. Tak fikir ke orang tue dah penat nak mengawal suasana lepas tue kena tambah tugas kutip sampah lagi?? ? Apa guna ko sokong perubahan kalau ko tak ubah sikap kau?

Sepatutnya kita yang mahu tumbangkan rejim zalim tidak boleh menzalimi orang lain. Yang makan kau, yang minum kau, yang buang sampah orang lain? Pukul dua berapa tah aku keluar dari stadium bertembung dengan 3 unit amal yang dah separuh pengsan. Cakap dalam waklie taklie pun dah layu semacam.

50k kita oke.
100k pun kita oke.
Ini 500 ribu? Masak kita.

Aku keluar sebab aku sesak. Aku nak jumpa member fb pun tak dapat. Aku nak jumpa rakan blogger dan admin kbsb pun tak dapat. Mungkin dorang dah landing kat mana2. Penat, panas dan padat. Aku update di facebook pun kena marah. Bukan aku complain. Aku gambarkan situasi aku time tue. Bagaimana pula menterjemahkan ekpresi itu merupakan kesalahan. Bahkan perkataan siot aku jadi pertikaian. 

Arh sudah. Aku tak larat nak argue. Sila marah aku kalau ko suka. Tetapi jangan harap aku respon time tue la. 

Sah keluar dari stadium. Bawa harapan baru. Aku mahu keluar dari kesesakan. Aku dah pening dengan lautan manusia. Sekali aku keluar...

YA ALLAH.

Aku tercengang. Oke. Sini lebih sesak dari dalam sana. Nak berjalan pun kena melilau cari ruang. SAMM kat depan bagi ceramah. Orang bawah, naik atas guna laluan bukit. Menuju di kawasan lapang dataran. 

Aku plak? Aku kena blah blah blah dan blah cari tempat duduk sebab aku memang tak tahan sesak. Nanti aku pengsan.

Aku keluar sampai jejantas. Setelah menyelit di celahan sempit. Aku tengok jejantas penuh. Tapi aku lebih terkejut bila pandang kanan. Itu apa? Lautan manusia? 

Wehhhh !!!!!!!

Dalam stadium dah penuh bhai. Jangan datang sini lagi. Kat atas tue dah sesak semacam. Berhenti bergerak kerana ruang luar stadium pun dah macam tin sardin oke.

Aku rasa kalau aku ada mike itu kot yang aku cakap.

Aku geleng kepala. Biar betul. Apsal ramai sangat neh. Aku naik jejantas. 

Tolong la. Tolong la salah seorang dari kamu bangun kerana aku mahu duduk

Aku doa dalam ahti. Sekali memang ada yang bangun. Dan aku duduk melepak kat laluan jejantas. Aku pening. Ini bukan 200k. Bukan 300k. Ini lebih. Rupanya bila kurang provokasi orang lebih berani hadir. Bila kurang ancaman orang lebih berani keluar. 

Pakcik makcik jangan cakap. Bersepah. Uncle auntie pun sama. Bersepah. Ada satu family tue. Indian. Siap camping bhai. Betul2 kat depan pintu masuk utama dataran. Yang kat atas bukit tue ko jangan cakap la. Bersepah geng2 kita piknik sambil rehat santai.

Aku tak percaya tetapi inila yang berlaku. Sesungguhnya kl hari itu dibanjiri dengan lautan manusia pelbagai warna dan slogan. Yang kenderaan jangan cakap la. Yang hon tanda sokong bersepah. Yang tak dapat turun tapi pakai baju ikut tema pun ada. Pendek kata hari itu ialah hari kita.

Lepas rehat lebih kurang aku blah. Aku g monorel. Aku nak p puduraya. Habis tak habis aku tak peduli. Yang aku tahu aku kena rehat sebab badan aku dah tak boleh tanggung. Dan apa? Di monorel juga ramai orang.

Aik.

Kat sini ramai yang nak balik. Kat sana tak putus2 masuk. Sampai bila nak habis neh? Padan la kaunter tak teratur. Pegawai siap keluar dan guide jalan sebab orang terlalu ramai. Tak pernah dalam sejarah dorang orang berhimpun seramai ini atas satu tujuan iaitu hapuskan kezaliman bn. 

Ini kali keempat dan ini paling ramai. Jumlahnya semakin lama semakin meningkat. Dari 50k ke 100k ke 500k. Dan mungkin lebih. Aku tak kira satu persatu2. Aku hadir kesemua perhimpunan mega dan inilah perhimpunan yang paling ramai dihadiri.

Aku tiba di hang tuah. Dalam poket ada rm1. Gila. Aku beli seme benda yang aku nak beli. Selalunya aku berkira2 oke. Tapi hari tue kat seme tempat aku buat pelaburan. 

Aku cari ATM. Tak jumpa. Yang aku nampak kedai jual keropok lekor. Perut plak lapar. Jalan kaki dan keropok lekor. Tu gabungan menarik. Walaupun tengah panas. Dan keputusan aku tak sia2.

Sebab?

Baju kuning. Teksi berhenti. Sampai di destina dan ia free

Ketahui la pakcik dan makcik saya amat menghargai anda. Aku dapat percuma kerana aku pakai baju kuning. Pakcik tue sokong perhimpunan kebangkitan rakyat. Tapi teksi tak boleh pergi. Bahkan tak boleh nyatakan sokongan. Takde demokrasi. Lesen dan teksi akan ditarikbalik. Sabar. Masa untuk mereka pasti akan tiba.

Ia mungkin kecil tapi bagi aku ia besar. Dengan panas, penat dan lapar, dihantar terus ke puduraya itu rahmat. Dan aku berterima kasih. 

Naik.

Kena perli atau ejek aku tatau. Aku tutup muka dengan mafela pun dorang kecoh. Diam la. Nak je aku sound. Mentang2 aku sorang ko ramai. Sekali aku mengamok karang tahu la ko. Nasib baik aku penat. Kalau tak mao gak aku balas. 

Aku mandi dan rehat. Perhimpunan belum tamat. Aku tahu. Tapi kol 4 lebih aku dah ada kat puduraya. Aku tak boleh teruskan. Sorry. Terlalu ramai. Takde tempat di kl pada hari itu takde manusia berwarna warni. KL hari itu menjadi bandar pelangi. KL hari itu bertukar menjadi pelangi. Dan sesungguhnya warna2 pelangi ini benar2 menakutkan biru yang dia sangka selama ini dia ialah langit. 

Last.

Ada ramai kanak2. Ia persekitaran yang sihat dan aman. Jika polis nak sembur water cannon dan perhimpunan ini tidak mendapat permit ko boleh melatah. Ia aman sejak bermula. Maka kehadiran kanak2 jangan dijadikan subjek utama. Hidup kena rasional. Jika kanak2 ini hadir dalam perhimpunan provokasi maka teguran ada asas. Jika ia aman kenapa perlu dipertikaikan?

Angka? 

500k anggaran aku. Di setiap jalan bersepah orang. Bukan seme menuju ke stadium merdeka. Ada yang duduk santai. Bahkan lepak dalam shopping complex pun ada. Rileks umno rileks. Belajar je terima. Tak rugi satu sen pun ko akui kebenaran. Dari situ berpaksikan kepada realiti ko mungkin sedar dan ada inisiatif untuk berubah. Ada ubat yang pahit, tetapi yang pahit itu memulihkan.

Namun jika ko berterusan ego dan angkuh, ko akan jatuh. Jatuh dengan kezaliman yang sendiri lakukan. Bukan orang lain paksa ko untuk zalim. Bila ko zalim, ko zalim kerana ko mahu zalim. Simple. 

Himpunan Shamsidar?

Ya, itu propaganda. Tetapi propaganda yang berbaur fitnah bukan halal. Jangan main2 dengan balasan Allah SWT. Ya, hihi haha huhu.. bloggers umno dan media umno melaungkan fitnah. Tapi ingat. Depan Allah swt ko punya hihi haha huhu takan berkesan. Jangan rendahkan apa yang Allah swt dah larang. Fitnah walaupun ke atas kafir, orang yang ko benci bahkan orang jahat sekalipun tak pernah halal.    

Melayu majoriti?

Time merempit melayu majoriti sebab bangsa melayu main disini.

Time bohsia melayu majoriti sebab bangsa melayu main disini. Itu alasan yang penyokong umno sering bagi. Tapi kenapa pula bila time berhimpun melayu majoriti tak boleh gunakan alasan yang sama?

Provokasi?

Takde. Ia aman. Jalan jem biasa der. Kena faham situasi. Dalam setahun ada sehari. Aku tak fikir maruah ko terjejas jika ko belajar untuk faham. Apatah lagi ia dah diwar2kan sebelum ini.

Ini juga bukti bahawa kami neh pencinta keamaan. Kami datang nak berhimpun. Nak nyatakan pendirian kami. Dan kami balik. Kami juga bukan suka kepada keganasan dan provokasi oke.

Ringkasan dia. Belajar terima. Lebih cepat ko terima yang bn kini kehilangan sokongan semakin cepat ko akan faham bahawa kuasa kini bukan lagi di tangan ko. 

Sokong kristian ka, sesat ka, khawarij ka, syiah ka, yahudi ka, kiblat salah ka, kalimah Allah swt ka reka la apa2 isu sekalipun untuk menyekat kemaraan kami, selagi ko sendiri tak reti nak tutup maksiat yang ko sendiri luluskan maka semua kata2 ko relevantless. Heh. Bai. 

Nota : Gambar2 akan di upload sebentar lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...