Kenapa?
Ini kerana belum sempat nak beli dah kena seludup keluar. Sebab tue la rosmah kita takde cincin tersebut. Betul tak?
Sebenarnya ikut pendapat aku samada rosmah memiliki cincin tersebut ataupun tidak itu bukan isu yang lebih difocuskan. Sebaliknya kenyataan demi kenyataan flip flop yang di jaja dari pihak sana yang buatkan isu ini kontroversi.
Kenapa tidak dari dulu jek rosmah bagitau terus terang yang cincin tersebut dibawa masuk untuk pameran? Dia tengok then cakap very nice very nice and that's. Ini tidak.
Ada yang cakap cincin tue tak wujud. 24juta untuk sebutir cincin? Nonsense. Memang nampak nonsense tapi itu la realitinya kan sekarang? Then cakap cincin tue sebenarnya untuk ke negara singapore. Masuk melalui malaysia. Aik, baru sebentar tadi mem kita confess ia untuk pameran.
Then bila dah kantoi baru nak mengaku begitu begini. Patutnya dari awal lagi mengaku terus terang. Habis citer. Takde la orang selidik sana selidik sini. Ataupun wujudnya spekulasi2 tertentu.
Tapi aku still heran ;
1. Kenapa cincin di bawa masuk atas nama rosmah mansur?
2. Kenapa cincin diseludup keluar ke singapore selepas kes terbongkar?
3. Kenapa dokumentasi berkaitan cincin cepat2 disebarkan?
4. Kenapa kenyataan demi kenyataan dari pihak bn berkaitan isu cincin flip flop?
5. Kenapa dalam satu rancangan di buletin utama, seorang yang pro umno = ex pkr mengatakan bahawa cincin tue sebenarnya milik besan rosmah?
Tak percaya? Minta tv3 mainkan balik rakaman berita lama. Terang2 si anuar apatah cakap cincin tue actually bakal besan rosmah yang punya. Dan tv3 slumber je siarkan. Lepas tue umno dok mainkan isu pos. Konon nya cincin itu di pos kan untuk orang lain. Yang aku pelik ialah cincin untuk orang lain pula tapi nama orang lain yang tercatat atas dokumen? Apa nama orang lain tue rosmah mansur juga ke apa?
Mungkin nak beli.
Mungkin juga hadiah.
Tapi tak kisah la. Kalau boleh cerita betul2. Kalau jujur dari awal kan senang. Lagi satu aku tatau dorang troll ke apa. Aku dah explain banyak kali. Aku harap2 depa troll la.
baik punye spin..habis tu yg menabung dri kecik smpai 24 juta tu beli ape?
Yang neh antara komen yang aku petik dari youtube. Isu rosmah menabung beli cincin itu adalah superimpose semata2. Mungkin ini troll. Kalau ini seriyus so aku betulkan je oke.
Lagi satu rosmah kata kalau ada apa2 isu boleh tanya dia sendiri, betul ka? Kalau betul bak mai no phone. Ada banyak benda wehhhh aku nak tanya dia neh. Siyesss..
Video bawah ;