Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Jun 2013

Penjelasan Khalid Ibrahim Isu Tertidur Dalam Sidang Media..

Semalam tv3 ada melaporkan yang Khalid Ibrahim terlelap sambil mengigau [bercakap pelan2] ketika sidang akhbar bersama para petugas media di lobi dewan negeri. 

Rujuk gambar yang aku snap shot semalam kat bawah neh hah ;


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bersikap terbuka dengan penyiaran berita beliau terlelap pada sidang media semalam yang disiarkan Buletin Utama malam tadi.

Mengulas insiden itu berliau berkata, sebagai manusia ada kalanya beliau tidak sihat.


"Saya bersikap terbuka terhadap laporan saya terlelap di TV malam tadi. Sebagai manusia, ada kalanya kita tidak sihat. 

"Rakyat boleh menilai komitmen saya pada kerja. Terima kasih sekali lagi atas segala ucapan selamat," katanya melalui facebook hari ini.


TV3 malam tadi menyiarkan berita keadaan Abdul Khalid terlelap kira-kira 15 saat ketika bercakap pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam penjelasan oleh pegawainya, keadaan itu berlaku kerana Abdul Khalid tidak sihat dan terlalu mengantuk kerana kesan daripada ubat darah tinggi yang diambilnya.

Sementara itu. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini kelihatan kembali sihat dan bersemangat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau ditemui di Majlis Perasmian Program Temasya Adat dan Warisan sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Istana Bandar di sini pagi tadi.

Beliau juga menyempurnakan upacara simbolik perasmian majlis dengan memanah belon sebelum dibawa melawat ke ruang pameran di dalam istana.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam.

“Dia (Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkang itu.

Aku tengok laporan berita tue. Aku sejujurnya nak bagitau yang tv3 tak la laporkan dengan cara yang keterlaluan. Just bagitau yang MB Selangor terlelap ketika sidang media. Cara laporan tue pun agak berhemah dan tidak melampaui batas. Biasa2 jek.


Cuma bila dia buat iklan2 dan higlight klip2 MB Selangor terlelap, pada awalnya aku target dia nak kutuk2. 

Tapi bila dah sampai kepada laporan sebenarnya, mereka tak la kutuk2 dia. Oke la tue. At least ramai orang tahu yang dia sakit.. dah tue boleh la pakat2 doakan dia agar sembuh cepat dan sihat seperti sedia kala.

Hehe.

Flash mob dan Occupy bukan budaya Malaysia

kah kah kah

Like menteri like followers. Ahmad Maslan kita ada protege now.

Kelakar la dorang neh. Asal tak sokong je dengan benda2 yang para aktivis pro rakyat buat, terus bagi hujah benda tue bukan budaya kita.. mana boleh buat blablabla dan seterusnya dengan hujah2 bodoh lagi membodohkan.

Korang neh something problem ke apa?

Akedemi fantasia budaya orang Malaysia? Tak pernah nampak pun korang kondem2 gegila sampai buat sidang media. Ada?

Dah tue, apa sebab korang menyibuk bab flashmob dan occupy? Sebab itu politik? Sebab babitkan parti yang korang sokong? Sebab akan menyebabkan rakyat buka mata dan celik politik?

Kalau rancangan2 yang bukan budaya kita, yang dibawa untuk melalaikan umat islam dan memesongkan pemikiran mereka agar berfikir selain dari memikirkan isu2 pentadbiran, oke?

Kalau didik minda mereka agar berfikir baik buruk satu2 polisi yang BN bawa di negara neh, tak boleh?

Apa punya spesis la manusia2 macam korang. Kita neh nak bagi manusia makin lama makin baik, makin nak suruh mereka rajin berfikir, rajin menganalisa, rajin mengambil tahu hal negara, supaya sama2 dapat menyumbang. Yang korang pula lagi suka rakyat terus diperbodoh2kan asalkan mereka semua sokong BN.

Bullshit.

Sorry. Agenda memperbodohkan rakyat marhaen neh aku tak setuju. Baik sapa pun yang buat. BN ka PR ka mana2 partisan sekalipun, aku memang tolak agenda pembodohan rakyat. Lantak la korang nak cakap apa pun.

BTW, aku tatau pula ada latihan2 untuk belajar buat occupy dan flashmob neh. Siap orang luar buat cawangan parti di negara neh lagi. Siap buat latihan lagi. Nampaknya kelab aka NGO yang sengaja ditubuhkan untuk balon PR neh, ada maklumat berkenaan hal tersebut. Boleh bagi tak pada aku? Sebab aku pun nak menjalani latihan jatuhkan 'kerajaan' tue.

Macam best jek.

KAH KAH KAH


Rakyat Malaysia sewajarnya sedar budaya flash mob dan occupy adalah elemen melampau yang diimport dari negara luar untuk menghakis amalan sebenar demokrasi yang telah lama wujud di negara ini. Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib berkata, pihaknya mendapat maklumat tentang sebuah parti politik luar negara telah membuka cawangan di Malaysia bagi melatih gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Sebelum ini kita tidak pernah dengar istilah flash mob dan occupy ataupun himpunan seperti 505, dari mana datangnya semua ini?. Ini adalah idea-idea asing yang diimport berlandaskan kepentingan politik negara luar.
"Idea-idea ini dibawa dalam politik Malaysia dengan harapan kononnya keterbukaan demokrasi seolah-olah Malaysia tiada demokrasi, tetapi mereka telah menyeleweng nama demokrasi sehingga mewujudkan huru-hara dalam negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Dzulkarnain, kebanyakan latihan untuk menjatuhkan kerajaan telah diberikan kepada penyokong parti pembangkang dan pembiayaan kewangan turut diberikan. "Mereka biayai semua kos, penginapan, makan minum serta ada yang dibawa melancong ke luar negara, ini dilakukan untuk melatih organisasi menjadi kuat dan tersusun bagi menumbangkan kerajaan," katanya yang juga bekas Pengarang Suara Keadilan.

Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130622/dn_03/Flash-mob-dan-Occupy-bukan-budaya-Malaysia

Utusan Dedah Rancangan Jahat Khalid Ismath Cetus Provokasi Pada Perhimpunan Hari Ini..

Adoiii

Utusan buat lawak le pula. Walaupun tak disebut nama nya sapa tetapi jelas laporan berita kat bawah neh ditujukan untuk Khalid Ismath. Aku tahu le. Aku nampak dia update status macam neh. Biasalah orang sedang semangat nak berdemo. Yang beria2 layan orang tengah buat status lawak tue apa ke hel nya?

Utusan, utusan. Korang memang kelakar nak mampos.

KAH KAH KAH

Tengok bawah ;


Ya ya aku bukan nak deal urusan pergaduhan sesetengah pihak dengan Khalid Ismath. Aku cuma nak highlightkan yang Utusan memang ada problem mental. Orang buat lawak kat status twitter dan facebook pun depa beria2 update dan take it seriously.

Memang kelakar.

Dan lebih kelakar, orang ajar barang2 apa yang perlu dibawa ketika berhimpun pun depa anggap as menimbulkan provokasi.

Apa jadah itu semua?

Takan la tak boleh nak keluarkan garis panduan pula? Melampau le tue. Sudah2 la tue utusan. Kalau nak tulis berita, buat cara nak tulis berita. Kalau nak tulis drama, pergi la buka satu production house dan karang la skrip2 korang puas2. Nak kata PR nak bawa alien masuk Malaysia pun oke. Drama ma. Apa kita orang nak heran.

KAH KAH KAH

Polis Dedah Peserta Perhimpunan Rancang Buat Huru Hara..


Semalam sapa tengok berita? Kat Buletin Utama ada laporkan kenyataan PC yang dikeluarkan oleh PDRM kepada semua media bahawa nya terdapat cubaan untuk memprovokasi PDRM agar PDRM naik berang dengan tindakan peserta2 perhimpunan. Selepas PDRM naik berang dengan tindakan peserta2 perhimpunan, PDRM akan bertindak balas seperti menyerang mereka dengan tear gas dan sebagainya.

Ini sekaligus akan menyebabkan peserta2 perhimpunan mendapat millage simpati orang ramai kerana dibelasah oleh PDRM.

Perghh.

Nak belasah atau tak belasah itu keputusan PDRM kan?
Nak bawa tear gas atau taknak bawa tear gas pun urusan PDRM gak kan?
Nak bantu perhimpunan tersebut berjalan dengan aman ataupun tidak pun keputusan dari PDRM gak kan?

So nak cuak apa dengan provokasi2 seperti itu? Arahkan je semua pegawai yang bertugas pada hari neh agar jangan melayan sebarang provokasi dari peserta perhimpunan, cukupla.

Aku pun heran sebenarnya dengan tindakan PDRM kali neh. Nak kata peserta perhimpunan rancang nak buat huru hara dan provokasi? Aku tengok PDRM yang keluarkan statement2 provokasi lagi la ada.

Pada mula nya mengarahkan PR tukar tarikh perhimpunan ataupun lokasi berkumpul. Then dari 15hb di anjakkan ke 22hb. Dari dataran merdeka ke padang merbok. So kat situ PR dah bersetuju deal dengan PDRM.

Then tetiba padang merbok tak boleh guna plak. Konon nya ada larian olimpik la apa la. Last2 larian olimpik ditunda ke satu tarikh yang baru pula. Padahal larian olimpik sepatutnya diadakan di dataran merdeka. Tetiba sibuk nak gunakan padang merbok pula, apa ke hel?

Then PDRM keluarkan amaran keras yang perhimpunan tersebut HARAM. Tak boleh turun dan POLIS tidak teragak2 akan meminta bantuan dari tentera. 

Pfttt.

Ini bukan provokasi meh? 

Provokasi le tue. Malam tadi menerusi berita juga PDRM meminta orang ramai dinasihatkan jangan sesekali turun ke perhimpunan yang dijadualkan berlangsung hari neh.

WHY?

Adakah kerana PDRM mendapat maklumat awal yang perhimpunan neh tidak akan bersurai pada hari neh? Ya memang pun akan ada peserta perhimpunan yang tidur di lokasi berdemo.

Hehe.

Tapi itu bukan provokasi oke. Itu konsisten. Sekarang neh demo 3,4 jam nampaknya tak mengubah suasana. Maka kali neh peserta2 perhimpunan akan bersikap lebih cekal lagi dengan terus tidur di sana untuk membuktikan yang mereka konsisten dengan permintaan2 mereka antara lain meminta pengerusi SPR dan timbalan nya meletak jawatan.

Faham?

Harap2 PDRM tak la menuduh mereka sengaja melakukan provokasi pula. Bukan nak belasah atau nak pukul sesiapa pun. Sekadar nak occupy dataran merbok je. Rilex ah.

KAH KAH KAH

Jumaat, 21 Jun 2013

Solat Hajat Untuk Lindungi Negara Dari Ancaman Anwar Ibrahim.

Owh.

Oke.

Anwar Ibrahim sama tarafnya macam tsunami dan banjir. Lebih kurang bala aka malapetaka di Malaysia la. Hanya di Malaysia je ada Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim ialah salah satu bala bencana .. 

UMNO yang letakkan Anwar Ibrahim di taraf tue. 

Hebat gak dia. 

Hehe..

Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut. Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan.

"Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab. "Saya berharap semua masjid dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi sekarang tidak dirampas oleh pihak yang kecewa dengan keputusan Pilihan Umum Ke-13 lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Buat la solat hajat.  Minta la dari Allah.

Hehe.

Baca neh juga geng ;

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu.
Tegas beliau, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada.

"Kalau pemerintah tidak baik sekalipun dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat," ujarnya.

Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_01/Solat-hajat-lindungi-negara


Kalau tak sokong BN = jahat.

Kalau nak tumbangkan BN = jahat.

Apa2 strategi yang digunakan untuk menumpaskan BN = di anggap sebagai jahat / tak betul.

Tanpa pernah sekalipun memahami apa sebab BN perlu ditumbangkan, tanpa pernah sekalipun cuba nak faham tang mana jahatnya BN neh.. 

Takpela. Andai menumbangkan kezaliman BN itu di anggap sebagai satu kejahatan, maka kita terima saja. Menjadi jahat dengan menumbangkan BN itu lebih baik daripada menjadi baik dengan menyokong kezaliman BN.

Sekian. Bai. 

HOT : Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Johor Di Berikan Amaran Tegas ! [UPDATED]

Atas sebab2 tertentu. Program yang pada asalnya telah dipersetujui akan berlangsung pada 22 hb June tiba2 dibatalkan dengan alasan seperti berikut ;



Menurut maklumat yang aku terima ;

1. Program ceramah tersebut telah diwar2kan secara meluas dengan kain rentang dan banner yang terpampang di merata2 tempat.

2. Program ceramah yang bakal dilangsungkan itu sebenarnya bukanlah ceramah berbaur politik. Tetapi ceramah berbentuk keagamaan dan kerohanian.

3. Namun 2 hari sebelum program berlangsung, pihak penganjur terpaksa membatalkan program tersebut selepas menerima arahan daripada pejabat kadi daerah dengan mengariskan sebab2 program tersebut harus dibatalkan ataupun jika tidak, bersedia menerima hukuman tegas akibat kedegilan pihak penganjur.

Aku pun tak berapa faham kenapa mereka bertegas mahu membatalkan program tersebut. Kalau kebenaran la jadi punca utama, aku percaya pejabat agama dan negeri boleh diajak berbincang apatah lagi masih ada masa untuk kita bawa2 berbincang kan.

Sekarang kita tunggu la penjelasan dari mereka2 yang berkenaan. Seperti biasa aku menyokong pendapat bahawa keadilan terpakai untuk semua pihak. Jadi aku berikan ruang kepada kedua2 pihak untuk mengeluarkan hujah masing2. Kepada pihak yang mengarahkan agar program Ustaz Azhar Idrus dibatalkan tue, mungkin boleh beri penjelasan serba sedikit bagi menerangkan keadaan kenapa agaknya korang beria2 mahu program tersebut di batalkan.

Ada apa2 ke?

Hehe.

Oke bai. 

Kemaskini dari pihak penganjur program. Program ceramah akan diteruskan seperti biasa walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan tindakan selepas ini. Mereka akan tetap mempertahankan program tersebut despite dengan amaran2 yang telah dikeluarkan.

Sekian.

Khamis, 20 Jun 2013

PDRM Nafi Kuala Lumpur Tersenarai Dalam 10 Bandaraya Berbahaya Di Dunia.


Ini pemberitahuan rasmi dari media PDRM menerusi laman facebook. Baca dulu ;

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. 

Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis. Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi. 

Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.

Rujukan :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?fref=ts&filter=1

Laman web yang menyiarkan artikel berkenaan pula ialah sini ==>  http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/

Dan ada juga facebookers yang berikan link sebenar. Konon nya artikel sebenar adalah yang neh ==>  http://www.curiosityaroused.com/world/10-most-dangerous-cities-in-the-world/

Pada pendapat aku pula, kedua2 mungkin bukan mewakili keadaan sebenar. Ia adalah pendapat peribadi yang tak disertai dengan kajian yang rasmi dan menyeluruh kot. Ada banyak pro dan contra dalam isu neh oke. Kalau KL antara bandar yang tak selamat di dunia, industri pelancongan kita akan merosot tak pasal2. 

Sebab pelancong takut nak datang. Setakat neh event2 besar seperti BERSIH dan demo2 anjuran PR cukup menarik perhatian pelancong luar untuk datang berkunjung di Malaysia oke. Bahkan Nazri siap nak jadikan demo2 kita sebagai salah satu product pelancongan yang menarik di KL. So rilex ah.

KAH KAH KAH

Apa pun dengan penafian oleh PDRM sebentar tadi, maka kita tak boleh lagi la nak menggunapakai hujah tersebut melainkan ada penulisan yang menyokong kenyataan tersebut berserta hujah dan ditulis pula oleh penulis yang terbukti ada kredibliti.

Itu je la. Oke bai. 

Bukti Penipuan BN Terbongkar Lagi [Mesti Baca Dan Sebarkan]

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Ini la perangai orang2 politik. Kalau orang makan mekdi dia cakap oi haram oi. Bunuh umat islam tue oi. Tapi bila dia plak makan takpe. Kita nak bantu ekonomi orang2 islam yang kerja di mekdi. Lagipun mekdi bayar cukai kat kerajaan. So jangan nak negatif sangat beb. Lebih kurang sama la kes nya dengan isu proton neh. Dia buat boleh. Kita buat tak boleh.

KAH KAH KAH

Lihat bawah sat ;



Sebelum neh dalam berita radio pun ada laporkan isu di atas. Antara petikan yang aku ingat ialah mereka menyebut cadangan tersebut dibuat bagi mengurangkan semua kos2 berbangkit yang tidak perlu dalam perbelanjaan kerajaan.

Dalam erti kata lain nak jimatkan duit kerajaan le. Proton Perdana tak bagus. Tak elok untuk perjalanan jauh. Dan lebih teruk kos nak repair tue mahal nak mampos. Sebab tue kerajaan buat keputusan seperti di atas.

Benda yang sama PR Perak pernah buat ma. Tapi nak tahu apa respon ahli2 politik pro BN ketika itu? Meh baca bawah meh ;






Oke untuk BN tukar guna kereta model luar negara atas alasan penyelengaraan perdana mahal. Dan menyusahkan sebab selalu rosak untuk perjalanan jarak jauh. Tapi tak oke jika PR berbuat benda yang sama?

Sekarang BN pun dah berjangkit dari PR dengan menjadi tidak patriotik kah?

Itulah. Lainkali jangan main balun je. Mentang2 la orang tue tak sama politik dengan ko terus cop seme benda yang dia buat salah. Tak betul. Jahat. Kejam dan keji. Sekarang ko pun buat benda yang sama sebijik dah tue gunakan alasan yang sama sebijik plak tue.

Bila nak balon geng2 sendiri? Atau tutup muka saja? Pilih la antara dua. Kami tak kisah mana2 pun. Sebab kami tukang gelakkan kebodohansombongan korang jek pun.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Sumber rujukan :

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F6%2F20%2Fnation%2F13257827&sec=nation#.UcJ01L6nFuQ.facebook


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm 

http://www.perakbn.com.my/index/news/118.html?res=662

Polis Warning Larangan Berhimpun Di Padang Merbok ! [SEBARKAN]


Tak boleh tak boleh. Atau pembangkang tak faham bahasa? Bila orang kata tak boleh tak boleh la. So berambos dan pergi la berhimpun kat tempat lain. Apa ko tue bebal sangat ke bila orang cakap tak boleh?

Hehe.

Lihat warning terkini dari PDRM untuk penganjur perhimpunan BLACKOUT yang dijadualkan pada 22 hb neh ;
Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.
Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak.

Rujukan :  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130620/dn_09/Keputusan-tidak-boleh-berhimpun-di-Padang-Merbok-muktamad---Polis

Sebenarnya tiada apa2 yang perlu dirisaukan oleh peserta dan juga pihak penganjur. Cuba korang perhatikan beberapa siri amaran yang dikeluarkan oleh PDRM kepada penganjur perhimpunan sebelum berhimpun sebelum2 neh.

Ada tak apa2 berlaku selepas berhimpun?

Takde beb.

Warning jek gempak. Warning jek beria2. 

Hoi tak boleh. Hoi jangan nak memandai2. Hoi jangan berhimpun. Hoi itu hoi ini. Last2 habuk pun tarak. Usah kata warning siap bantu kita jaga jalan lagi. So nak risau apa der?

Menteri amaran dah chow pergi pertahanan. Yang ganti dia lebih power dari menteri amaran sebelum nya. Dia menteri acah2 bagi amaran. Hishammudin tak patut dilabel dengan gelaran menteri amaran. Tak berapa tepat. At least bila Hishammuddin cakap tak boleh, memang tak boleh dan betul2 tak boleh. Kalau dia ubah keputusan last2 minit dia akan bagitau dia ubah keputusan last2 minit.

Yang neh?

KAH KAH KAH

Semua kaki warning. Warning dan warning. Jadi kita pun bergelak santai sudah la dengan warning2 dari mereka semua neh. Setakat warning apa ada hal. Dengar dan buat tatau aje sudah la.

KAH KAH KAH

Kegiatan Syiah Di Malaysia Terbongkar [Video Inside]

Dalam dua tiga hari neh isu syiah memang popular di timeline aku. Samada kerana isu Syria mahupun kerana perkembangan Syiah di Malaysia. Mula2 dorang siarkan satu video yang dikatakan di upload oleh pengikut Syiah di Malaysia.

Lihat bawah neh hah ;


 

Oke. 

Aku keliru. Aku tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku. Lagipun aku bukan orang yang layak nak mengulas detail bab2 begini. Aku serahkan kepada penguatkuasa dan yang arif untuk memberikan penjelasan dan penerangan detail. Aku takmo ulas apa2 bab akidah orang. Walaupun aku akui aku agak pelik melihat beberapa benda dan mendengar beberapa perkara tetapi itu aku serahkan pada yang pakar untuk membuat kesimpulan.

Cuma nya aku nak ulas sikit bila dorang kaitkan video di atas dengan pembangkang. Neh yang aku rasa ralat. Dan tak patut sebenarnya.

Apa2 je benda yang ko rasa macam tak betul sedang berlaku semua ko heret dan kaitkan dengan pembangkang. Macam tak kena jek dengan pendapat tue. Bukan kah ko sepatutnya ulas isu neh secara general dan serahkan kepada penguatkuasa untuk menilai?

Kalau salah menyalah ialah keypoint baik je aku salahkan Jamil Khir dan pendirian Malaysia dalam isu SYIAH dan SYRIA sekarang neh.

Cuba korang tengok kat bawah neh dulu ;

Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEBeliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ismail mahu tahu sama ada Syiah adalah satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.


Ini jawapan menteri sendiri. Di atas neh jawapan yang diberikan ketika berbahas dalam Parlimen. 

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/158136

Maksudnya apa? Maksudnya ;

1. Jika ko pengikut syiah yang asal, ko boleh amal. Cuma tak boleh sebarkan jek.

2. Jika ko pengikut syiah, ko takan dikenakan dengan apa2 tindakan walaupun fatwa kata Syiah menyeleweng tetapi ko tertakluk kepada akta kebebasan beragama.

3. Tidak semua yang Syiah buat tue menyeleweng dari ajaran Islam mengikut Mahzab Shafie' di negara kita neh hah.

Maksudnya kat sini daripada ko heret dan babitkan serta salahkan pembangkang dalam kes neh [merujuk kepada beberapa penulisan blog oleh blogger2 yang non political] lebih baik la ko bawa kes neh ke mana2 penguatkuasa dan selesaikan ikut saluran undang2.

Berkenaan PAS pula, yang dimaksudkan PAS menerima pengikut2 Syiah di Malaysia adalah untuk tarbiah. Betul la tindakan yang disebut2 oleh Nasruddin Tantawi tue. Kan itulah maksud tarbiah dan dakwah.. iaitu mengajarkan kepada mereka2 yang tidak tahu, membetulkan mereka2 yang terpesong..

Aku bukan nak kata Syiah terpesong atau apa ek. Jangan salah faham. Aku dari dulu lagi tak minat dengan permainan nak telek2 akidah orang neh. Aku juga tak minat pergaduhan Sunni vs Syiah dan siapa lebih sesat siapa tak sesat siapa kafir siapa masuk syurga dan sebagainya.

Aku taknak campur.

Aku ada benda yang lebih penting untuk difikirkan dari itu. Iaitu repair akidah diri sendiri bukan sibuk dok siasat akidah orang macam mana. Itu biar yang arif je uruskan.

Kalau baca komen2 dorang memang memeningkan. Tiada yang lebih alim dari kedua2 pengikut neh. Tiada yang lebih jahat dari kedua2 pengikut yang bertentangan. Teringat kat BN vs PR. Sama je kot macam Syiah vs Sunni. 

Lagi satu, aku dari dulu lagi dok tertanya2 gak. Apa status lelaki yang menganuti Syiah berkahwin dengan perempuan pengikut Sunni? Dan sebaliknya.

Adakah ini dibolehkan di Malaysia?

Maksudnya Syiah kahwini Sunni dan masing2 mengamalkan ajaran masing2 atau apa? Takpe. Kita sama2 tunggu jawapan menteri oke.

Hehe. Bai. 

Rabu, 19 Jun 2013

The Star Dipertikaikan Kerana Siar Rosmah Mansur Sebagai Wanita Paling Berkuasa..


Ramai orang2 umno sentap. Yang sentap2 tue yang pro Najib le. Di kala Najib sedang tangani politik persepsi mengenai imej Rosmah Mansur, penyiaran oleh The Star sebenarnya tak membantu gerak kerja Najib untuk bebas dari belenggu dan pengaruh Rosmah Mansur. Bahkan ia menambahkan lagi persepsi negatif. Itulah cakap2 yang kedengaran di kalangan mereka.

Pftt.

Negatif? Bagaimana iklan tersebut boleh dibaca sebagai satu iklan dan kaji selidik yang negatif pula? Adakah ia negatif kepada Rosmah Mansur no 1? Atau adakah ia negatif kerana ada bersama2 dengan pemimpin pembangkang?

Sebenarnya iklan tersebut tak boleh di lihat dari sudut negatif. Bahkan ia bukan negatif pun. Kalau Rosmah Mansur no 1 dan ia sebenarnya negatif, bagaimana pula dengan kedudukan Gabenor Bank Negara, Dr. Zeti? Bagaimana pula dengan kedudukan Nurul Izzah? Ambiga? Adakah ia juga negatif? Atau negatif kerana no 1? Kalau no 2,3 dan seterusnya tak negatif pula?

Ini la orang2 UMNO. Belum apa2 dah melatah. Padahal ia sebenarnya satu berita yang positif. Ini bermaksud apa2 jua benda yang berkaitan dengan Rosmah, tak kira la apa sekalipun ia sebenarnya menarik perhatian masyarakat umum untuk amek tahu.

Cincin Rosmah, baju Rosmah, beg Rosmah, seme berkaitan aksesori Rosmah, orang amek tahu. Ini memberikan nilai tambah kenapa Rosmah Mansur berada di kedudukan no 1.

3 aspek di ambil kira dalam menentukan kedudukan2 wanita tersebut. 3 aspek tersebut ialah ;

1. Impak

2. Liputan Media

3. Duit/Kedudukan kewangan.

Kalau bukan Rosmah Mansur, siapa lagi yang paling layak duduk di tempat no 1? Dari segi impak dia dah lama menang. Kat mana ada Rosmah kat situ ada kontroversi. Kat mana ada Rosmah, kat situ ada cerita. Dan cerita2 ini terheret dalam laporan berita sebab ia ada value untuk diperkatakan. Maksudnya kat sini orang perhatikan dia. Setiap tindakan dan percakapan dia menjadi hal kepada rakyat untuk amek tahu. Atas pelbagai sebab la kan. Personally aku sendiri memang minat dia pun. So aku amek tahu atas dasar minat. Tak boleh ka?

Dan sudah semestinya bila berbicara bab duit Rosmah ialah juara di kalangan wanita2 tersebut. Tengok aje dari segi gaya dan fashion. Siapa boleh celen Rosmah Mansur? Nobody. Dia ada stail tersendiri. Dari segi pemilihan baju, aksesori beg, kasut dan barang kemas, seme nya tersusun dan berpadanan. Bahkan keronsang yang dia pakai je mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Ko tak payah berangan la nak pakai. Tengok sudah apa yang Rosmah pakai.

Hehe.

Yang lain2 tue sekadar menang liputan berita dan impak kontroversi dan skandal je la kot. Kalau bab duit dorang memang lama ketinggalan dari Rosmah Mansur. Sedar la diri tue sket. Kita bukan siapa2 dibandingkan dengan mem kita yang hebat neh.

Apa pun bravo Rosmah Mansur, ko mesti tersenyum simpul kerana no 1. Di Malaysia neh tiada mana2 wanita boleh menjadi no 1 selagi Rosmah Mansur hidup. Lebih cepat wanita2 di luar sana sedar diri lebih cepat untuk mereka jalani hidup dengan gembira dan tanpa rasa cemburu membuta tuli. Terima hakikat oke.

KAH KAH KAH

Tambang Bas Naik Harga 10%, Bukan 30%. [Buat Masa Sekarang]


Ramai orang cakap ini taktik jek. Mula2 dorang saja buat gempak konon nak naikkan sampai 30%. So pengguna2 mula la naik angin marah apa seme. Then tak jadi naik sampai 30%. Sekadar 10% je la. Konon2nya prihatin dengar masalah dan luahan rakyat.

Konon2 je la kan.

Padahal kenaikan 10% pun bukan murah mana. Still terjejas juga. Dan paling penting sejauh mana ia benar2 satu keperluan untuk menaikkan tambang bas ekspress lebih2 lagi pada masa sekarang?

Pandai penguasaha2 bas neh. Pandai. Dia tahu time raya orang akan gunakan perkhidmatan bas. So dia sengaja menaikkan tambang bas neh ketika nak dekat2 musim perayaan. Bukan sebelum PRU. Kalau sebelum PRU memang kena sembur.

So cakap2 orang undi BN = Barang Naik memang terbukti tepat, betul, bernas dan benar. Nampaknya korang yang undi BN memang undi BARANG NAIK. Tapi yang lebih teruk terjejas ialah mereka2 yang tak undi BN pun tak pasal2 terheret dengan semua kenaikan neh. Lainla kalau BN buat pengasingan. Sapa undi aku je kena bayar mahal. Yang tak undi aku sila berambos. Korang bayar je macam harga biasa. Ini tidak. Semua pun kena tak pasal2.

Kalau yang ada anak ramai memang sengkek ah di buatnya.

Kalau yang jenis balik berkala pun memang sengkek di buatnya juga.

Ini la nasib bila kerajaan minoriti memerintah majoriti. Nak taknak terpaksa la kita hadap dan terima. Sabar dan redha je la. 

KAH KAH KAH

Baca neh dulu ;

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan. 

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013. 
Dan paling penting yang neh hah ;

Bagaimanapun SPAD menambah, permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas kepada 30 peratus agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan. 

"Kami sentiasa prihatin dan sedia maklum di atas peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh pengendali dan operator tetapi mereka tidak seharusnya mengambil kesempatan semasa musim perayaan ini untuk mendesak kenaikan harga tiket sehingga 30 peratus. 

"SPAD menjangkakan keputusan mengenai kenaikan harga tiket ini akan dapat diumumkan sebelum hujung tahun ini," katanya.

Maksudnya :

1. Kenaikan 10% hanya dalam tempoh singkat. Julai - Sept.

2. Selepas itu kenaikan / tambang baru akan di umumkan oleh SPAD.

3. Sekarang neh mereka sedang menyediakan kertas kerja bagi mengkaji permintaan penguasaha bas.

4. Naik tetap naik, cuma secara tetapnya kita belum tahu naik berapa.

Oke?

Sila hadap. Ini pengundi BN yang pilih. Ko dan aku terpaksa tanggung beban kebodohan dorang.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...