Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Jun 2013

HOT : Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Johor Di Berikan Amaran Tegas ! [UPDATED]

Atas sebab2 tertentu. Program yang pada asalnya telah dipersetujui akan berlangsung pada 22 hb June tiba2 dibatalkan dengan alasan seperti berikut ;



Menurut maklumat yang aku terima ;

1. Program ceramah tersebut telah diwar2kan secara meluas dengan kain rentang dan banner yang terpampang di merata2 tempat.

2. Program ceramah yang bakal dilangsungkan itu sebenarnya bukanlah ceramah berbaur politik. Tetapi ceramah berbentuk keagamaan dan kerohanian.

3. Namun 2 hari sebelum program berlangsung, pihak penganjur terpaksa membatalkan program tersebut selepas menerima arahan daripada pejabat kadi daerah dengan mengariskan sebab2 program tersebut harus dibatalkan ataupun jika tidak, bersedia menerima hukuman tegas akibat kedegilan pihak penganjur.

Aku pun tak berapa faham kenapa mereka bertegas mahu membatalkan program tersebut. Kalau kebenaran la jadi punca utama, aku percaya pejabat agama dan negeri boleh diajak berbincang apatah lagi masih ada masa untuk kita bawa2 berbincang kan.

Sekarang kita tunggu la penjelasan dari mereka2 yang berkenaan. Seperti biasa aku menyokong pendapat bahawa keadilan terpakai untuk semua pihak. Jadi aku berikan ruang kepada kedua2 pihak untuk mengeluarkan hujah masing2. Kepada pihak yang mengarahkan agar program Ustaz Azhar Idrus dibatalkan tue, mungkin boleh beri penjelasan serba sedikit bagi menerangkan keadaan kenapa agaknya korang beria2 mahu program tersebut di batalkan.

Ada apa2 ke?

Hehe.

Oke bai. 

Kemaskini dari pihak penganjur program. Program ceramah akan diteruskan seperti biasa walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan tindakan selepas ini. Mereka akan tetap mempertahankan program tersebut despite dengan amaran2 yang telah dikeluarkan.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...