Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Jun 2018

Mahathir Mahu Kaji Pautan Bursa Saham KLSE - SGX, Eloklah Kau Kalah Haritu Najib..

Oleh : Ali Abu

Memang elok kau kalah Najib

Dalam sidang akhbar semalam, Mahathir sebut bahawa pautan bursa saham antara Singapore-Malaysia akan dikaji. Tak perlu kaji, buang je terus idea tu. Idea nak pautkan antara 2 bursa saham antara 2 negara ini adolah idea Najib sebelum PRU aritu. Najib amat tergila-gilakan dengan idea pasaran modal berjumlah 2 Trilion ringgit untuk menjadikan Malaysia mencapai sasaran high income country. Untuk shortcut bagi mencapai sasaran tersebut, Najib bagi idea gilo nak pautkan BSKL dengan SGX.




Bilo BSKL bergabung dengan SGX, nilai pasaran modalnya menjadi USD 1.2 Trilion lobih atau bersamaan RM 4 Trilion lobih. Mako tercapailah cito-cito Najib. Dari belah Singapore, mereka macam tak membantah pulak idea gilo Najib nih. Bilo Singapore tak bantah, korang kono hati-hati.

Apo sahaja idea yang datang dari Malaysia, Singpore konfem bantah kecuali pekara yang benar-benar memberi keuntungan kepado mereka. Dah memang begitu perangai Kiasu mereka. Lagi satu, Singapore dengan negara haram Israel ni lobih kurang rekabentuk otak ey. SGX lagi power daripado BSKL. Korang pun tau. Silap-silap dio boleh makan BSKL tanpo kito sedari. Dan kemerdekaan ekonomi kito bakal tergadai macam gitu je.

Nak-nak Pulau Batu Puteh dah Mahathir serahkan kepado Singapore tanpo melawan di ICJ, lopeh tu kono bayar free-free rm500 juta kepado kerajaan anak Lee Kuan Yew sebagai pampasan atas pembatalan projek High Speed Rail, takkan kau nak teruskan idea pautan BSKL-SGX si Najb tu kot. Jangan jadi giler bro.

Dan Bagaimana Hutang 1MDB Menyusahkan Rakyat Malaysia - Muhammad Najib.

Oleh : Muhammad Najib
 

“Kan MOF dah ambil alih semua aset 1MDB masa rasionalisasi hari tu. 1MDB jadi shell company, MOF pula akan sambung pinjaman dan bayar hutang bila due.”

Kata seorang macai pembangkang.




Salam buka gelanggang,

Kita tengok balik sejarah 1MDB.

Asalnya 1MDB ini bermula dari Terengganu Investment Authority (TIA) milik kerajaan Terengganu selaku satu sovereign wealth fund. Sovereign wealth fund ini adalah dana pelaburan milik kerajaan. TIA bermula dengan dana sebanyak RM11 bilion, di mana RM6 bilion terdiri dari tunggakan royalti minyak Terengganu dan lagi RM5 bilion melalui jaminan Kerajaan Persekutuan bersandarkan pendapat minyak Terengganu di masa hadapan.

Sedap orang Ganu, boleh bina sekolah ada aircond sokmo.

Tapi pada tahun 2009, Perdana Menteri yang disayangi merangkap Menteri Kewangan membuat keputusan untuk mengambil alih TIA dan ditukar nama kepada 1MDB. 1MDB ini diletakkan di bawah Minister Of Finance Incorporated (MOFI), badan korporat di bawah Kementerian Kewangan (MOF). 1MDB ini bukan lagi satu sovereign wealth fund, tapi telah berubah menjadi syarikat pembangunan strategik. Najib selaku PM kemudian mengarahkan Menteri Kewangan iaitu Najib untuk melantik Najib sebagai kepala 1MDB. Keputusan mengubah TIA kepada 1MDB dibuat supaya faedah dari 1MDB dapat dinikmati semua rakyat Malaysia dan bukan terhad pada rakyat Terengganu sahaja.

Kesian orang Ganu, melepas sokmo.

Selaku syarikat pembangunan strategik, kerja 1MDB adalah melibatkan diri dalam pelaburan di dalam dan luar negara. Lebihnya kau bacalah status aku semalam.

Pokok pangkalnya, matlamat 1MDB adalah untuk buat duit. Modal berbayar 1MDB ialah RM1,000,002.

Pertukaran TIA kepada 1MDB ini ada isu juga. Kerajaan negeri Terengganu tidak bersetuju dan Sultan Terengganu juga sependapat. Tapi ia diteruskan. Tunggakan royalti minyak sebanyak RM6 bilion aku tak pasti dibayar atau tidak, tapi 1MDB berjaya mendapatkan RM5 bilion melalui terbitan nota dengan jaminan Kerajaan Persekutuan.

Dengan duit yang ada, 1MDB memulakan pelaburan dalam ekuiti, nota murabahah dan dana portfolio. Dia buat joint venture kat sana, dia buat joint venture kat sini, dia buat joint venture kat sinun. Kemudian lupus ekuiti, buat asset swap arrangement, call and put option dan entah apa benda lagi yang berbelit supaya orang kampung tak faham. Yang faham dan puas hati hanya lebai dan teknokrat PAS agaknya.

Apa pun, semua benda berbelit ni kalau kau nak tahu adalah kaedah yang selalu digunakan bila penggubahan wang haram berlaku.

1MDB juga turut melabur dalam sektor hartanah. Ada lima aset hartanah, tapi dua yang cukup dikenali ramai adalah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Untuk bangunkan TRX, 1MDB terpaksa jual plot tanah di TRX. Lima plot berjaya dijual dengan harga RM1.358 bilion, tapi sebanyak RM1.095 bilion terpaksa digunakan 1MDB untuk bayar hutang lain. Dana revolving credit sebanyak RM229.5 juta yang patutnya digunakan untuk membangunkan TRX juga tidak digunakan sebab khabarnya guna untuk langsai hutang lain. Kesannya projek TRX mengalami masalah dan terpaksa dipindah milik kepada MOFI.

Bandar Malaysia pun sama juga. Duit sebanyak RM288 juta dari RM1.117 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk bayar hutang 1MDB. Kemudian sejumlah RM1.926 bilion dari RM3.75 bilion duit pinjaman dan sukuk digunakan untuk bayar hutang 1MDB, bukannya untuk membangunkan Bandar Malaysia. Sudahnya, Bandar Malaysia dijual kepada syarikat lain.

Tak cukup dengan itu, 1MDB melabur pula dalam sektor tenaga. Beberapa loji janakuasa dibeli, ada antaranya pada harga yang lebih mahal dari sepatutnya. Sebanyak RM18.25 bilion dibelanjakan untuk pelaburan ini, menggunakan duit pinjaman baru. Tetapi pulangan dari penjualan tenaga tidak dapat menampung kos bayaran balik pinjaman. Sudahnya 1MDB jual semua aset tenaga kepada syarikat China dengan harga RM9.83 bilion. Ya, beli 18 bilion jual balik tak sampai 10.

Dan yang lebih kartun, walaupun dah jual aset tenaga pada syarikat China, tapi hutang pinjaman aset-aset tersebut masih 1MDB yang kena langsaikan.

1MDB ini pinjam sampai berbilion-bilion, tapi modal yang dia ada hanya RM1 juta. Dari berbilion duit pinjaman itu tadi, disyaki RM2.6 bilion kena kelepet berserta beberapa juta lagi yang dimakan oleh melukut tepi gantang yang lain. Dan dalam kes TRX dan Bandar Malaysia pula, sebelum MOF ambil alih aset hartanah tu pun duit peruntukan yang ada telah kena rembat untuk bayar hutang lain.

Ada macai yang cakap, 1MDB terpaksa berhutang sebab tak ada tunai yang banyak. Ya, tak salah berhutang tapi kena bijak berhutang tu bagaimana. Kalau kita beli tanah untuk tanam kelapa sawit, hutang pinjaman beli tanah tu kita panjangkan lebih 10 tahun supaya ansuran bulanan murah dan ada hasil untuk buat pusingan modal.

Dalam kes 1MDB, dia berhutang kemudian berhutang lagi untuk bayar hutang yang pertama dan kemudian berhutang dan berhutang lagi. Tanah yang dibeli tak dibangunkan atau lambat dibangunkan, tapi tempoh pinjaman hutang terlalu singkat. Duit tak ada tapi 2023 nanti dah nak kena bayar RM14.74 bilion. Mana tak sakit, bro?

Yang kita sakit hati, dalam pelan rasionalisasi Arul Kanda pergi seluruh negara gebang yang 1MDB boleh jual aset dan hasil jualan aset itu akan guna untuk bayar hutang. Hakikatnya kau jual aset pun belum boleh cover habis, sebab itulah MOF kena top-up senyap-senyap sebanyak RM7 bilion.

Dan yang lagi kita sakit hati, rupanya ansuran hujung bulan pun tak lepas nampaknya.

Ya betul cakap macai pembangkang, MOF kenalah tanggung hutang 1MDB. Tapi kalau difikir balik, kalau tak ada 1MDB pastinya tabung MOF tu tak susut macam tangki air bocor yang berlaku sekarang.

Kita kena kasihan pada diri kita sendiri kerana sekarang, rakyat Malaysia yang tanggung hutang 1MDB ini. Dan lagi kasihan ialah rakyat Terengganu, sudahlah tabung TIA mereka kena kelepet, tak pasal-pasal pula kena tanggung hutang 1MDB dengan rakyat negeri lain sekarang. RM11 bilion yang dijanjikan kepada rakyat Terengganu pun tinggal habuk je.

Kita selamat kalau 1MDB ni tak wujud dulu. Hell, agaknya kita lagi selamat kalau Najib tak jadi PM hari tu dan dapat idea buat benda merapu 1Malaysia ini semua, termasuklah 1Malaysia Development Berhad.

What the hell?

Bebas Hukuman Penjara, Adakah Mahkamah Kini Dibawah Pakatan Harapan? Ini Penjelasan Rafizi.

Kenyataan Media

CATATAN FB 7 JUN 2018

 

Dari Rafizi Ramli

Minggu lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk membatalkan hukuman penjara satu tahun setengah dan sebaliknya menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 294, Kanun Tatacara Jenayah dalam kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung Laporan Ketua Audit Negara.




Hukuman penjara satu tahun setengah itu digantikan dengan bon berkelakuan baik selama 2 tahun dan bon RM10,000.

Saya perhatikan ada banyak kekeliruan yang berlaku. Saya membaca dan menghadam pelbagai reaksi orang ramai (terutamanya di media sosial) untuk saya cuba memahami perspektif orang ramai mengenai perkara ini.

Kekeliruan yang paling utama datangnya dari orang ramai yang terkeliru dengan konsep reformasi walaupun mereka menyokong kuat Pakatan Harapan. Ada yang berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana membebaskan saya. Ada juga yang meletakkan keputusan membatalkan hukuman penjara itu sebagai jasa itu dan ini.

Mereka nampaknya tidak sedar anggapan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh mempengaruhi keputusan hakim itu sangat-sangat bertentangan dengan reformasi yang ingin kita bawa melalui kerajaan baru ini. Sejak saya berumur 20 tahun (malah lebih awal dari itu), saya mahukan satu badan kehakiman yang benar-benar bebas tanpa takut atau boleh dipengaruhi sesiapa. Beban amanah kepada hakim-hakim ini adalah untuk memastikan keadilan berlaku, dengan mengambil kira segala pertimbangan untuk berlaku adil.

Sebab itu saya tidak mahu membuat apa-apa permohonan yang melibatkan kuasa eksekutif yang boleh dilihat (atau disalah tafsir) ada keistimewaan diberikan kepada saya, hanya kerana saya seorang pemimpin Pakatan Harapan. Saya bertegas bahawa saya akan terus ke kandang tertuduh dan biarlah peguam-peguam saya berhujah di hadapan yang arif-yang arif hakim, dengan doa supaya hakim-hakim sekarang tidak lagi perlu rasa bimbang untuk membuat keputusan yang seadil mungkin.

Oleh itu, saya ingin perbetulkan sedikit kekeliruan di luar yang mungkin merasakan keputusan itu ada campur tangan mana-mana pihak. Proses mahkamah pada hari Jumaat lalu berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang permohonan dari saya atau campur tangan mana-mana pihak.

Kenapa Seksyen 294?

Maka ia terletak sepenuhnya kepada pertimbangan hakim-hakim berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan peguam-peguam saya.

Sebelum perbicaraan, peguam-peguam saya Saudara Saiful Izham Ramli dan Saudara Ahmad Nizam Abdul Hamid telah berbincang dengan saya strategi di mahkamah. Akhirnya saya bersetuju dengan cadangan mereka, bahawa saya tidak akan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah kepada saya, sebaliknya hanya akan merayu hukuman penjara satu tahun setengah.

Strategi ini sangat berisiko kerana nasib saya terletak kepada belas ihsan dan budi bicara tiga orang hakim Mahkamah Rayuan semata-mata – iaitu Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Jika mereka menerima hujahan peguam saya di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, saya boleh bebas dari penjara. Jika tidak, hukuman mandatori minimum adalah satu tahun penjara.

Jadi kenapa saya mengambil risiko menggunakan hujah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah ini? Apa sebenarnya Seksyen 294 ini?

Apabila saya berhadapan dengan sesuatu keadaan, saya ada pilihan – sama ada menyelamatkan diri atau menggunakan keadaan saya itu untuk membawa kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat.

Oleh itu, sebarang penghakiman dan keputusan dalam kes-kes yang melibatkan saya akan menjadi satu duluan (precedent) undang-undang; yang boleh menjadi rujukan kepada kes-kes seumpamanya di masa hadapan.

Ramai yang tidak tahu kewujudan satu kuasa pertimbangan yang besar yang diberikan kepada hakim-hakim di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah. Ia memberikan kuasa kepada hakim-hakim menggunakan budi bicara dan belas ihsan, dengan mengambil kira segala pertimbangan fakta kes untuk meringankan hukuman kepada pesalah-pesalah.

Dalam kes saya, contoh-contoh pertimbangan seperti saya tidak mendapat apa-apa keuntungan, bahawa tindakan saya itu membantu ribuan pesara tentera mendapat pencen, bahawa maklumat di dalam laporan Ketua Audit Negara itu bukannya maklumat keselamatan negara dan lain-lain (seperti yang dihujahkan oleh peguam-peguam saya).

Saya berterima kasih kepada Timbalan Pendakwaraya, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang tidak membantah permohonan peguam-peguam saya agar hakim-hakim menggunakan budi bicara seperti diperuntukkan di dalam Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah itu.

Hasilnya, hakim-hakim mengenepikan hukuman penjara dan meletakkan bon berkelakuan baik; yang bermakna saya tidak ada rekod jenayah dan saya boleh kembali ke arena politik (jika satu lagi kes saya dalam pertuduhan BAFIA berjaya diketepikan).

Keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim Yang Arif Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil itu mewujudkan satu duluan (precedent) undang-undang yang cukup penting.

Selepas ini, hakim-hakim perlu mempertimbangkan faktor kepentingan awam dalam menjatuhkan sesuatu hukuman dalam kes-kes yang melibatkan “whistleblowers” atau pemberi maklumat, atau kes-kes berkepentingan awam yang seumpamanya.

Saya berharap orang ramai sedar bahawa mereka dilindungi oleh undang-undang apabila mereka tampil memberi maklumat, atau mendedahkan, atau memperjuangkan sesuatu yang ada kepentingan umum (dan bukan untuk kepentingan peribadi). Ini banyak membantu untuk kita memerdekakan rakyat dari ketakutan, sifat mementingkan diri dan sifat sembang-kencang-tapi-malas-ambil-tindakan di kalangan segelintir rakyat kita.

Saya juga berharap kaedah Seksyen 294 ini akan lebih diguna pakai dalam kes-kes jenayah kecil: contohnya ibu miskin yang mencuri susu, anak yatim yang mencuri makanan dan lain-lain. Kita tidak lagi mahu mendengar berita seorang yang mencuri ayam dihukum penjara setahun, atau ibu miskin dipisahkan dari bayinya kerana mencuri susu.

Sistem kehakiman di negara kita perlu lebih bersandarkan belas ihsan (“compassion”) supaya pesalah seperti ini diberikan bon berkelakuan baik atau khidmat masyarakat mengikut peruntukan Seksyen 294, bukannya dihantar ke penjara kerana mencuri susu akibat kemiskinan.

Persoalkan Kenapa Pembangkang Dapat Peruntukan RM100K Sahaja, Wee Ka Siong Diseru Jangan Hipokrit.

Oleh : Syahredzan Johan
 
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden MCA, YB Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa Kerajaan Persekutuan ‘tidak adil’ dengan memberikan peruntukan RM100,000.00 kepada ahli Parlimen pembangkang berbanding dengan RM500,000.00 untuk ahli Parlimen Kerajaan, secara prinsipnya apa yang dikatakan oleh YB Datuk Seri Wee tersebut adalah benar.




Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi peruntukan yang sama rata untuk setiap ahli Parlimen tidak kira parti, dengan syarat bahawa peruntukan tersebut diaudit untuk memastikan ia digunakan untuk rakyat dan bukan tujuan lain.

Namun demikian, YB Datuk Seri Wee tidak pernah pula membangkitkan atau membantah tindakan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dahulu yang tidak langsung memberikan apa-apa peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Pernahkah YB Datuk Seri Wee terfikir tentang atau bersimpati dengan ahli Parlimen pembangkang sebelum ini yang terpaksa menjalankan tanggungjawab mereka dengan peruntukan RM0.00 daripada Kerajaan Persekutuan?

Maka adalah lebih baik YB Datuk Seri Wee membiarkan sahaja rakyat dan NGO-NGO yang berkenaan untuk membangkitkan isu ini, kerana sebagai seorang ahli Parlimen BN, yang pernah berada dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, beliau akan dilihat sebagai hipokrit apabila membangkitkan perkara ini.

Beliau langsung tidak mempunyai legitimasi untuk menuduh bahawa Kerajaan tidak berlaku adil apabila sebelum ini Kerajaan yang dianggotainya sendiri 'menzalimi' ahli Parlimen pembangkang.

Dakwa Agong Belanja RM250 Juta Setahun, Polis Siasat Kadir Jasin Bawah Akta Hasutan.

Oleh : Bernama

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap tokoh wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin berhubung pendedahan dakwaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebanyak RM256.9 juta dalam tempoh 16 bulan.




Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Beliau berkata kertas siasatan berkenaan dibuka selepas polis menerima tiga laporan berhubung kes itu yang melibatkan Kadir.

“Polis terima hanya tiga laporan setakat ini dan mungkin ada banyak lagi laporan polis yang akan dibuat berhubung kes ini serta siasatan lanjut sedang dibuat.

“Oleh yang demikian, siasatan kes berkenaan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,”
katanya pada sidang akhbar pelancaran Op Selamat 13/2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyiasat dakwaan yang dibuat Kadir menerusi blog peribadinya.

Di dalam blog itu, Kadir mendedahkan sebanyak RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, lembaran terperinci perbelanjaan itu juga turut tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Suara TV Fitnah Dan Wajar Disaman, Mufti Perlis Mahu Anjur Dialog Dengan Siti Kasim.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA) mendakwa dirinya telah fitnah oleh portal berita pro pembangkang, Suara TV dalam salah satu artikel terbitan portal itu pada rabu.

Berkongsikan gambar tangkaplayar di halaman Facebook beliau, MAZA menulis portal itu sewajarnya disaman sahaja kerana menyebarkan berita palsu.

MAZA juga menegaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Tommy Thomas secara spesifik. 


"SUARA TV FITNAH DAN WAJAR DISAMAN

Ini merupakan berita yang diselewengkan oleh SUARA TV. Saluran berita ini sangat tidak bertanggungjawab dan boleh diambil tindakan undang-undang. 


Dalam ucapan saya, saya hanya menyebut bahawa dari segi dalil, tiada larangan non-muslim memegang jawatan Peguam Negara. Maka, sama ada seseorang itu layak ataupun tidak hendaklah dikaji latar individu dan kesannya.

Saya tidak menyebut secara spesifik menyokong mana-mana individu," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan yang berbeza, mengulas isu Siti Kasim, MAZA menjelaskan pihaknya melalui One Centre Malaysia akan menganjurkan dialog di antara Ustaz Salman dengan Siti Kasim.


"Ramai yang gelisah dengan cara dan apa yang dilakukan oleh seorang yang dikenali dalam media sebagai Cik Siti Kassim. Sikap beliau membimbangkan banyak pihak. 

Atas asas pendekatan yang matang dan ilmiah, pihak saya dengan kerjasama One Centre Malaysia, Perlis dan Badan Peguam Perlis sedang mengatur satu dialog terbuka berkaitan Islam di Malaysia antara Ustaz Salman Ali dan Cik Siti Kassim. 

Tarikh dan tempat akan dimaklumkan nanti. Tolong doakan agar dialog terbuka ini berjaya dilaksanakan nanti," katanya. 

Siti Kasim sering dilaporkan membuat kenyataan agama yang kontroversi dan kelantangannya bersuara mengenai isu Islam menimbulkan kegelisahan dikalangan umat Islam di negara ini. - 7 Jun 2018.

Apandi Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) pada 4 Jun lalu.



Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan TH hari ini, seorang lagi ahli lembaga pengarahnya, Datuk Rosni Sohar juga telah meletakkan jawatannya pada 23 Mei lalu.

Mohamed Apandi mula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah TH sejak Januari 2016, manakala Rosni sejak Februari 2014.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TH pada 14 Mei lalu.

TH turut mengumumkan peletakan jawatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai ahli lembaga pengarahnya. - 7 Jun 2018.

Inilah Bukti Kos Sebenar Perbelanjaan Agong Untuk 16 Bulan Ialah RM79,284,717.50 & Bukannya RM250 Juta Kata Penyokong Istana.

Friends Of Istana Negara mendedahkan kos sebenar perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai operasi Istana Negara dan Agong ialah sebanyak RM79,284,717.50 dan bukannya RM250 juta seperti yang didedahkan oleh bekas pengarang NSTP, A.Kadir Jasin sebelum ini.

Berikut dibawah ini adalah penjelasan mereka;

Oleh : Friends Of Istana Negara

Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara.




Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai.


Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana.




Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan.

Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.

Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong.

Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain.

Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. (sumber: https://www.reuters.com/.…/thailand-proposes-palace-budget-o...). Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand.

Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit. (sumber https://www.republic.org.uk/.../Royal-Expenses-Report-2017_0....
https://www.coventrytelegraph.net/.…/how-much-royal-family-c...)

Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

Daulat Tuanku

#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking

Perjanjian ECRL Tiada Klausa Penamatan, Perlu Bayar RM22 Billion 30 Hari Jika Dibatalkan Undang Kemarahan Netizens.

Pampasan pembatalan sebanyak RM22 billion banyaknya jika batalkan projek ECRL lapor The Malaysian Insight pada rabu.


Selain itu pampasan yang tinggi, perjanjian ECRL juga ditanda-tangani tanpa klausa penamatan yang memaksa Malaysia membayar gantirugi dalam masa 30 hari masa bekerja.

Perkara yang membinggungkan kerajaan baru ini juga antara yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri masih mengkaji langkah terbaik dalam projek ECRL.

Untuk rekod, ECRL fasa pertama telah siap sebanyak 20%. 

Netizens juga tidak ketinggalan mengulas hal tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Antaranya Fuad Omar yang berang apabila mengetahui hal itu menulis di Facebooknya, "Maklumat awal mengenai ECRL, Perjanjian yang dibuat dengan Exim Bank China adalah tanpa Exit Clause, atau dalam bahasa mudah Perjanjian Bulan Bintang. Perjanjian seumpama inilah yang menyebabkan Sultan Kedah kehilangan Pulau Pinang kepada Francis Light.

Kalau tadi saya katakan, berdasarkan Laporan JAN 1MDB dan Red File, Umno telah membogelkan orang Melayu, strip naked and expecting us to run on the street, kali ni bukan setakat bogel, siap dengan cukoq habih bulu and run...terima kasih banyak Umno, bukan sekat menjatuhkan maruah orang Melayu, malah oanrg Melayu akan dipariahkan, jika maklumat ini betul.????

My apology, terkasaq sikit, nawaitu aku nak bagi hangpa paham what it means by Agreement Without Exit Clause,"
katanya.


Oleh : The Malaysian Insight

HAMPIR 20% fasa satu Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang kontroversial sudah sempurna.

Justeru, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan projek itu, ia perlu mengeluarkan sejumlah pampasan dan penalti sebanyak RM22 bilion.

Landasan kereta api dari Kelantan ke Pelabuhan Klang itu menjadi tumpuan kritikan yang dianggap sebagai projek mega bernilai RM66 bilion yang tidak mampu dilaksanakan oleh Malaysia.

Dokumen yang dilihat oleh The Malaysian Insight menunjukkan pakej pampasan ini termasuk pembayaran kepada pembekal, kos rombakan, prinsipal pinjaman, caj faedah dan komitmen bekalan dan perkhidmatan.

Sebarang pertikaian mengenai jumlah pampasan mungkin diselesaikan melalui timbang tara, satu proses yang boleh mengambil masa beberapa tahun.

Malah lebih membebankan adalah kontrak yang ditandatangani bersama Exim Bank of China.

Pinjaman dengan institusi kewangan itu tidak mempunyai klausa penamatan dan sebarang penamatan kontrak hasil jika memungkir pinjaman perlu dibayar balik dalam tempoh 30 hari perniagaan.

Exim Bank menyediakan 85% pembiayaan pinjaman untuk projek ECRL dan selebihnya disediakan oleh bank tempatan melalui pembiayaan sukuk.

Kerajaan PH menyuarakan kebingungannya mengenai masalah infrastruktur yang ditandatangani antara kerajaan Najib Razak dan syarikat China.

Aduan utama mereka ialah harga yang melambung bagi semua projek ini dan kebergunaannya kepada Malaysia.

Suasana dalam pentadbiran Dr Mahathir Mohamad kini adalah untuk menamatkan sebanyak kontrak yang boleh.

Tetapi beberapa hari kebelakangan ini, pihak berpengaruh nampaknya lebih berhati-hati dalam membincangkan hal projek infrastruktur oleh syarikat China.

Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata kontrak perniagaan dengan China akan ditangani dengan cara diplomatik.

"China sangat penting untuk kita. Kami sangat menikmati hubungan rapat, tetapi malangnya di bawah pentadbiran terdahulu, banyak kontrak Cina dicemari, sukar difahami dan syaratnya hanya menyebelahi satu pihak," katanya kepada Star.

Beliau berkata sebarang pembatalan atau kajian semula projek akan dikendalikan melalui saluran diplomatik.

Daim memulakan saluran komunikasi dengan duta China, Bai Tian.

Di pihaknya, syarikat di sebalik ECRL sedang menyiapkan unjuran senario kes terbaik dan terburuk bagi kerajaan Malaysia.

Khamis, 7 Jun 2018

Mahathir Jumpa Hadi Tersenyum, Tapi Dengan Zahid Masam Mencuka, Apa Petandanya?

Oleh : Shahbudin Husin

Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.

Ini bermakna Zahid Hamidi menjadi pemimpin ketiga pembangkang yang datang bertemu Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Sebelum ini Presiden Pas, Hadi Awang bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar serta Mustaffa Ali dan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg juga turut mengunjungi Tun Mahathir.



Tidak dipastikan apa perbincangan antara rombongan Hadi Awang dengan Tun Mahathir, tetapi Abang Johari bertindak membawa keluar PBB meninggalkan BN selepas beberapa hari pertemuannya dengan Perdana Menteri itu.

Dalam hal berkaitan, apa Zahid Hamidi mahu bila beliau juga mengambil langkah mahu bertemu dengan Tun Mahathir?



Adakah Zahid Hamidi sekadar datang untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan dan kembalinya semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua?

Atau beliau datang untuk meminta maaf atas keterlanjuaran atau kebiadapan mulutnya menghina Tun Mahathir dengan mengatakan Perdana Menteri itu mempunyai nama sebenar dalam kad pengenalan biru sebagai “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” yang gagal dibuktikannya sehingga kini?



Mungkinkah juga kunjungan Zahid Hamidi untuk "minta nyawa" daripada Tun Mahathir terhadap kemungkinan kes-kes lama atau semasa beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri akan diselongkar oleh kerajaan baru Pakatan Harapan?

Adakah Zahid Hamidi datang untuk mendapat kepastian daripada Tun Mahathir sama ada namanya turut disenaraihitamkan untuk ke luar negara?

Tidak mustahilkah juga Zahid Hamidi datang untuk membawa sesuatu mesej daripada bekas bossnya, Najib Razak yang kini sedang disiasat polis dan SPRM serta bakal didakwa tidak berapa lama lagi?



Apa pun kemungkinan di sebalik kedatangan Zahid Hamidi bertemu Tun Mahathir ini, yang nyata cara Perdana Menteri menyambut bekas Timbalan Perdana Menteri itu berbeza dengan ketika beliau menerima kunjungan Hadi Awang.

Ketika menyambut Hadi Awang, Tun Mahathir berdiri di depan pintu, manakala ketika menerima Zahia Hamidi, beliau hanya berdiri di depan meja kerjanya saja.

Apa makna semua itu?

Lebih daripada itu, ketika bergambar dengan Hadi Awang, Perdana Menteri jelas nampak gembira dan tersenyum, tetapi wajahnya ketika bergambar dengan Zahid Hamidi tampak masam mencuka dan tidak ceria.

Aduhhhh....



Lebih malang lagi, berita dan gambar kunjungan Zahid Hamidi itu juga tidak dimasukkan dalam Facebook dan Twitter milik Tun Mahathir - sekurang-kurangnya setakat jam 5.09 petang ini - sebagai hebahan awam sebagaimana yang dilakukannya selepas bertemu dengan Hadi Awan sebelum ini.

Hanya Zahid Hamidi yang memuatkan gambar pertemuan itu dalam media sosial miliknya.

Lu fikirlah sendiri Zahid Hamidi..

Terima Kasih PM Bagi RM100K Kepada Pembangkang Meskipun Zaman BN Kami Tak Pernah Buat - KJ.

Kenyataan Media

Saya merujuk kepada sidang akhbar YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, terutamanya tentang dua pengumuman berikut:

1. Tarikh sidang Parlimen yang akan bermula pada 16 Julai 2018


2. Peruntukan untuk Ahli Dewan Rakyat




Institusi Parlimen bakal memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan iltizam rakyat atau 'will of the people' berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Bagi pihak Kerajaan, sudah pasti agenda perundangan berdasarkan kepada janji manifesto mereka akan diutamakan. YAB PM telah pun mengumumkan cadangan pihak Kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan memansuhkan Akta Berita Palsu yang merupakan antara janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Bagi pihak Barisan Nasional (BN), walaupun PRU-14 merupakan penolakan terhadap parti dan agenda kami, rakyat mahu BN memainkan peranan sebagai sebuah pembangkang berwibawa yang dapat menyemak dan mengimbangi Kerajaan PH. Antara mesej utama lain yang dihantar oleh pengundi juga adalah agar tiada lagi Kerajaan yang kebal daripada kehendak rakyat dan setiap langkah Kerajaan akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan pentadbiran yang cekap serta berintegriti.

Saya sedar bahawa BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah pembangkang yang berwibawa. Yang jelas dan nyata, defisit kepercayaan yang wujud di kalangan rakyat terhadap kami sangat luas. Sebahagian besar daripada kami juga mengambil tanggungjawab bersama atas segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan yang lepas. Ini termasuklah diri saya selaku bekas anggota Jemaah Menteri.

Namun demikian, tugas kami sebagai pembangkang mesti diteruskan. Biarpun ada defisit kepercayaan terhadap kami, BN mesti tampil untuk menyemak dan mengimbang Kerajaan PH, terutamanya di Parlimen demi mengukuhkan institusi demokrasi ulung yang dituntut dalam Malaysia baharu ini.

Oleh itu, saya mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama. Langkah pertama adalah untuk memisahkan tugas antara parti BN dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen. Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Malah, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula BN. Tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu oleh pendirian dan polisi yang ditentukan oleh parti BN itu sendiri.

Setelah Ketua Pembangkang dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen BN, satu Kabinet bayangan perlu dibentuk. Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa Menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas Menteri Kerajaan.

Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah, terutamanya BN. Justeru, saya harap Kerajaan dapat pertimbangkan beberapa langkah pembaharuan yang juga disebut dalam manifesto Pakatan Harapan antaranya kewujudan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau Parliamentary Select Committee untuk menyemak rang undang-undang, kewujudan Jawatankuasa Sementara, bantuan untuk mewujudkan perkumpulan tidak rasmi atau ‘Caucus', serta peruntukan masa semasa sidang Dewan Rakyat baik dalam membawa agenda pembangkang untuk perbahasan mahupun sesi khas seperti Soalan kepada Perdana Menteri.

BN juga wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak hanya ‘membangkang semata-mata kerana kita pembangkang’ (oppose for opposition’s sake). Perlu diingat, BN masih mempunyai majoriti dalam Dewan Negara. Sebarang rang undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini termasuklah cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan semula SST pada sesi Parlimen kali ini. Saya berpandangan, apabila ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara, ahli-ahli Dewan Negara BN wajib memberi kerjasama kepada agenda yang dibawa oleh Kerajaan. Sebagai contoh, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat tentang SST, ahli-ahli Dewan Negara BN perlu meluluskan rang undang-undang ini kerana tanpa SST, kutipan hasil Kerajaan akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Atas prinsip kepentingan negara dan ‘maslahah al-ammah’, BN mesti menyokong.

Berkenaan peruntukan RM100,000 yang diberi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB PM. Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari PH, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Saya harap di masa yang akan datang, Kerajaan dapat mempertimbangkan jumlah yang sama untuk wakil-wakil rakyat BN juga. Atas semangat Malaysia baharu, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya. Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada semua ahli Dewan Rakyat. Saya berharap YAB PM boleh mempertimbangkan perkara ini untuk kesejahteraan rakyat termasuk yang berada di kawasan yang diwakili oleh BN.

Khairy Jamaluddin,
Ahli Parlimen Rembau.

PAS Perlu Masa Untuk Tunaikan Manifesto, Beri Contoh PH Pun Belum Lunaskan Semua Janji..

Oleh : Berita Harian

PAS memerlukan tempoh untuk melunaskan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.




Beliau berkata, antara manifesto yang dijanjikan adalah penubuhan kolej wanita yang memerlukan proses dan prosedur yang teliti.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri ada melaksanakan beberapa perkara antaranya sumbangan kepada pengayuh beca, bantuan RM100 kepada murid menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan pengecualian cukai pintu sebelum PRU-14 lalu.

"Yang lain kena ambil masa, contohnya penubuhan kolej wanita, kena buat kertas kerja yang lengkap.

"Kita ada lima tahun...PH (Pakatan Harapan) pun belum buat lagi, cuma (penghapusan) GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) saja,"
katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kuih raya daripada kerajaan negeri kepada pasukan keselamatan di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sebanyak 13,200 paket kuih raya diserahkan kepada 16 agensi termasuk tentera, polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), bomba, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri turut berjanji menaik taraf skim perkhidmatan guru YIK sama ada yang berstatus tetap atau sandaran dan ia menjangka akan memakan masa setahun untuk proses itu.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, sumbangan tahunan kuih raya itu adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada pasukan penguat kuasa yang berkorban menjalankan tugas.

"Sumbangan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan dengan keselamatan serta keamanan negara sangat besar, malah tidak ternilai.

"Pengorbanan murni mereka perlu dihargai kerana perlu bertugas dalam apa juga situasi tanpa mengira masa dan ramai yang terpaksa berjauhan daripada keluarga ketika menyambut raya,"
katanya.

Sah Jamal Di Indonesia, Guna Laluan Tikus Untuk Keluar Malaysia - KPN.

Oleh : Bernama

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos dipercayai melarikan diri ke negara jiran menggunakan 'laluan tikus', kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.


Beliau berkata hasil risikan polis mendapati Jamal dipercayai berada di Indonesia dan usaha mengesan lokasi sebenar beliau sedang giat dilaksanakan.

Mohamad Fuzi berkata polis ketika ini telah mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mengesan Jamal.

“Kami percaya dia menggunakan 'laluan tikus' untuk keluar dari negara ini selepas pihak Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod menunjukkan dia (Jamal) keluar dari negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di pusat konvensyen Telekom Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Jamal dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal, 48, didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt lepas.

Rabu, 6 Jun 2018

Netizens Pertikaikan Agong Belanja RM250 Juta Setahun, Tunjuk Bukti Rekod Perbelanjaan Negara.

Senada dengan pendedahan blogger A.Kadir Jasin, seorang lagi blogger pro UMNO, Zaharin Mohd Yassin turut membuat pendedahan mengenai perbelanjaan YDPA di akaun Facebook malam tadi.


"Saya membaca terperinci akan Perbelanjaan DiRaja di Istana Negara, satu perkara yang perlu di berikan penjelasan oleh Istana Negara ialah soal mengubahsuai rumah yang khabar isteri kepada Yang Di Pertuan Agung.

Jika tidak benar Istana Negara kena membuat laporan Polis. Kerana khabar beritanya maklumat itu dari MOF.. 

Ini bukan soal yang boleh berlindung dibelakang 'penghinaan kepada raja' Ini adalah soal wang rakyat di belanjakan. Rakyat berhak tahu.. kenapa Perbelanjaan Istana Negara sehingga mencapai tahap melepasi RM250 juta dalam masa hanya hampir 17 bulan.


Jika ini benar..saya ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana mendedahkannya. Sebaliknya fitnah dan bertujuan jahat.. Ambil tindakan siasatan kepada mereka yang menyibarkan,"
katanya dalam kenyataan itu.


Bagaimanapun di ruangan komen, kebanyakkan netizens mempersoalkan kesahihan dokumen berkenaan dan ada yang mempertikaikan ia dengan menunjukkan bukti dari rekod perbendaharaan negara yang mana menunjukkan catatan perbelanjaan tahunan untuk Agong sekitar rm13.5juta sahaja. Jauh berbeza dari angka yang tersebar.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Rekod menunjukkan pada tahun 2017 dan 2018, perbelanjaan untuk Istana Negara termasuklah peruntukan untuk elaun, perkhidmatan, aset dan pemberian bayaran tetap dan pentadbiran am, dianggarkan pada RM13.5 juta setahun.

Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/T.2.pdf;

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/T.1.pdf

Zaharin juga memetik sumber MoF = Kementerian Kewangan didalam dakwaannya itu.

Tinjauan mendapati A.Kadir Jasin tidak menyebarkan sebarang dokumen di blognya untuk menyokong dakwaannya. 

Namun ada juga pihak yang beranggapan tidak mustahil peruntukan sebenar telah disorokkan sepertimana pendedahan Lim Guan Eng mengenai fail merah sebelum ini.

Perdana Menteri Malaysia pula, Tun Mahathir Mohammad ketika ditanyakan soalan mengenai peruntukan Agong yang dikatakan mencecah RM250 juta setahun berkata beliau perlu menyemak terlebih dahulu angka-angka yang dinyatakan dan kenyataan susulan akan diberikan selepas semakan dibuat. - 6 Jun 2018.

Tommy Thomas Boss Terbaik Saya, Selalu Belanja Pekerja Kat Tempat Mahal, Bawa Kami Bercuti.

Oleh : Sinar Harian

Seorang bekas pekerja di firma guaman Tommy Thomas berkongsi cerita bagi mendedahkan siapa sebenarnya individu yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara itu.

Ashikin Rahim yang berkongsi di laman Facebooknya berkata, perkongsian cerita itu dibuat kerana mahu menceritakan siapa sebenarnya TT, gelaran yang diberikan kepada Thomas, berbanding menilainya berdasarkan agama atau penulisan yang dianggap berat sebelah sebelum ini.

Memulakan cerita, Ashikin berkata, dia menyertai firma guaman pada 2009 dan ketika itu dia tidak tahu firma tersebut milik Thomas.




“Saya ingatkan dia Cina. Jadi anda dapat bayangkan macam mana saya terkejut ketika melangkah masuk ke bilik mesyuarat.

“Saya memohon kerja sebab kebanyakan senior saya beritahu bahawa dia merupakan pengamal litigasi terbaik dalam negara. Jadi bermula daripada itu saya bersemangat untuk litigasi ini,”
tulisnya hari ini.

Menurutnya, ketegasan Thomas dapat dilihat di mana beliau tidak akan membiarkan telefonnya berbunyi tiga kali dan beliau akan sentiasa memberi perkembangan kepada pelanggan sebelum kes mahkamah dijadualkan.

Katanya, Thomas juga merupakan seorang yang tegas, berprinsip, menepati masa, pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap pekerja bawahannya.

“Secara peribadi beliau merupakan bos terbaik sepanjang saya bekerja di lima firma guaman sebelum itu. Dia tidak hirau mengeluarkan duit buat pekerjanya. Dia selalu beli makanan buat kami di tempat mahal. Membawa kami bercuti dan memberikan wang saku, duit raya dan duit dapat anak.

“Saya juga dapat duit untuk majlis perkahwinan. Dapat bonus di tahun terakhir walaupun saya akan berhenti pada April untuk memberi tumpuan kepada bayi yang baru lahir,”
katanya.

Ashikin berkata, Thomas bukanlah seorang peguam yang mengejar keuntungan dan kemasyhuran semata-mata malah beliau juga sanggup ‘kutip’ kes yang tidak mendatangkan keuntungan selain mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai anak guamnya.

“Apa yang paling penting ialah, dia pasti memberi perhatian berat kepada litigasi kepentingan awam. Saya banyak ditugaskan untuk kes seperti itu. Kami buatnya secara percuma.

“Kami berjuang untuk hak persatuan penduduk, negeri yang dipimpin kerajaan pembangkang (sebelum ini) dan orang miskin yang tertindas oleh keputusan kerajaan, orang miskin yang tertipu dalam pelaburan. TT memberitahu seseorang perlu berjuang untuk semua itu,”
katanya.

Jadi menurutnya, dia mengerti mengapa bekas majikannya itu dipilih menjadi Peguam Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir dengan pelantikan Thomas ini kerana tidak akan ada apa-apa yang terjejas terutamanya berkaitan Islam di negara ini.

“Dalam hal ini, sudah pasti Peguam Negara akan terlibat dalam merangka segala undang-undang, tetapi peranannya terhad kerana undang-undang di negara ini mempunyai unit khas untuk menggubal Undang-Undang Syariah. Maka itu, beliau tidak mengawal undang-undang Islam di negara ini.

“Bagi permasalahan yang tidak biasa diuruskannya, terdapat ramai pakar dalam Pejabat Peguam Negara yang boleh menasihatkannya. Bukan semua orang tahu semua benda. Bukan sahaja kita. Perdana Menteri juga begitu,”
katanya.

Menurutnya, pada ketika ini orang ramai tidak harus mempertikaikan terhadap apa yang sudah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara

“Jadi sejak kita tidak boleh membuat apa-apa yang sudah diputuskan oleh Istana, mari kita terimanya dengan persefahaman dan minda terbuka. Mengapa cuba menimbulkan huru-hara terhadap sesuatu yang belum terbukti akan berlaku.

“Untuk orang Islam, ingatlah, semuanya adalah ketentuan ALLAH. Mari menjaga keamanan negara bersama-sama,”
katanya.

Lim Guan Eng Dipuji Netizen Hentikan Sidang Media, Beri Laluan Pada Azan.

Tular di sosial media kenyataan Pegawai Media Menteri kewangan Negara, Lim Guan Eng yang memuji sikap Lim Guan Eng kerana menghentikan sidang media bagi menghormati waktu azan.

Kenyataan yang ditulis oleh Rahmah Ghazali mendapat pujian ramai warga internet sejak semalam.

Dalam kenyataan itu Rahmah berkata ketika beliau dalam keadaan kelam kabut mahu memperlahankan azan supaya tidak menjejaskan sidang media Lim Guan Eng, beliau akhirnya termalu sendiri apabila Menteri Kewangan itu terlebih dahulu berkompromi dengan waktu azan apabila menghentikan (merehatkan) sebentar sesi sidang media.

Berikut adalah yang ditulis oleh Rahmah Ghazali;

"Minggu ni minggu kedua aku bekerja sebagai pegawai media kepada Lim Guan Eng. Jadi kerja aku adalah handle kawan-kawan media, berurusan dengan unit komunikasi korporat, dan salah satunya arrange press conference. 

Tapi hari ni lain daripada hari-hari presser lain. Presser kali ni lewat sikit dan kebetulan azan zohor berkumandang ketika beliau memberikan kenyataan media (sebab surau ada tazkirah hari ni so diorang guna loud speaker). 

Aku yang dalam bilik tu dah panik, sebab sebarang hiccup aku yang kena tanggung. Terus berlari keluar kasitau pengawal kalau boleh perlahankan sedikit suara azan tu, (sebab panik la jangan marah). 

Pastu tengah masuk balik bilik PC, semua orang, termasuk Lim Guan Eng, tengah senyap tanda menghormati azan. Aku terus terkedu. 

Aku yang dikatakan Melayu Islam ni nak perlahankan azan tapi yang orang kafir ni pulak hormat. So ya a slap in the face for me. ๐Ÿ˜…," katanya dalam kenyataan itu. 

Pihak kami juga telah mendapatkan respon dari sumber terdekat DAP. Dan mendapati perkara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu bukanlah sebagai propaganda untuk meraih sokongan dan pujian orang awam sebaliknya itu sememangnya diamalkan oleh beliau sejak dari dahulu lagi.

Sesetengah dari kalangan pro DAP juga dikatakan bimbang dengan sikap moderasi yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng akan membuatkan bukan muslims dilayan sebagai warga kelas kedua - seperti disuruh makan dalam tandas, kerana bagi mereka budaya-budaya bertolenrasi ini ada had dan batasannya.

Namun bagaimanapun kerajaan baru dikatakan akan cuba mengamalkan sikap tolenran yang menghormati kesemua pihak yang berbeza agama dan bangsa tanpa menjejaskan atau menindas mana-mana pihak. - 6 Jun 2018.
 

RM16 Juta Sebulan Untuk Tanggung Agung Kata A.Kadir Jasin.

Oleh : Free Malaysia Today

Kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, menurut seorang ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan.




Menerusi catatan dalam blog peribadinya yang menurutnya tidak mewakili pandangan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotainya, Datuk A Kadir Jasin berkata, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

Ini susulan kenyataan bakal perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertemuan dengan beberapa sultan baru-baru ini bertujuan meyakinkan mereka mengenai komitmen PH untuk mempertahankan institusi raja.

“Saya tidak berani kata raja-raja tidak begitu yakin dengan kedudukan mereka sehingga mereka perlu diberikan jaminan dan ditenangkan,” tulis Kadir yang pernah mengetuai media utama kerajaan terdahulu, New Straits Times Press.

“Sebaliknya, saya rasa raja-raja yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka!”



Sejurus dibebaskan dari penjara bulan lalu, Anwar mengadakan satu siri perjumpaan dengan raja Melayu.

Dalam satu wawancara dengan badan pemikir dikaitkan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata, pertemuan itu ialah sebahagian usaha untuk memperkukuhkan hubungan kerajaan baru dan raja.

“Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” kata Anwar.

Tetapi Kadir, merujuk kenyataan Anwar baru-baru ini bagi menjelaskan pertemuannya dengan sultan, berkata Anwar nampaknya “bertindak seperti seorang komisar politik”.

“Dalam sistem komunis, komisar politik lebih berkuasa daripada satu batalion tentera.”


Kadir berkata, walaupun penghapusan imuniti undang-undang dalam kapasiti peribadi mereka, raja masih dihormati, dengan sebuah mahkamah khas ditubuhkan untuk mendengar dakwaan salah laku kerabat diraja.

“Kesimpulannya, raja berperlembagaan kita tidak perlu takut jika mereka memahami kedudukan istimewa mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka seperti diperuntukkan Perlembagaan.

“Rakyat harap mereka mewakili semua perkara baik dan suci.”

"Alhamdullilah," Kata Apandi Selepas Dipecat.

Oleh : Bernama
Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara.

“Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah. Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya pagi ini.




Dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun yang dikeluarkan Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penamatan perkhidmatan Apandi selaku peguam negara.

Dahlan berkata, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara mengikut Artikel 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mencadangkan peguam terkemuka itu sebagai calon peguam negara untuk menggantikan Apandi, 68, yang diberikan cuti tanpa rekod 30 hari sejak 15 Mei lalu.

Pada 14 Mei lalu, Dr Mahathir berkata, Apandi diarahkan bercuti dan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek mengambil alih tugasnya, berkuat kuasa serta merta.

Apandi, anak kelahiran Kelantan dilantik sebagai peguam negara pada 27 Julai 2015, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.

M.Kulasegaran Hapuskan SOP Rujuk Menteri Untuk Kes Buruh Dianiaya Majikan..

Oleh : Bernama
 
Kuasa menteri sebagai rujukan dan tapisan sebelum sesuatu kes dibawa ke Mahkamah Perusahaan akan dibatalkan, bagi membolehkan penyelesaian kes antara majikan serta pekerja dipercepatkan.




Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran berkata setakat ini, kira-kira 1,300 kes tertunggak yang memerlukan rujukan dan keputusan menteri untuk dibawa ke Mahkamah Perusahaan.

“Yang menjadi rumit…contohnya, seseorang pekerja dibuang kerja dan dia merujuk perkara ini ke Jabatan Perhubungan Perusahaan yang mana majikan akan dipanggil untuk penyelesaian.

“Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian, kes ini akan dirujuk kepada menteri dan menteri akan membuat keputusan sama ada untuk dibawa ke Mahkamah Perusahaan atau tidak.

“Saya (seorang menteri) menjadi proses untuk tapisan. Saya rasa tidak perlu wujudnya kuasa tersebut. Jika sesiapa mahu merujuk kepada Mahkamah Perusahaan, dia harus terus pergi (mahkamah), tidak perlu rujuk menteri,”
katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif, di sini.

Katanya, beliau akan membawa cadangan pembatalan kuasa menteri itu ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat sebelum dibentangkan di Parlimen.

Dalam pada itu, Kulasegaran mengarahkan pegawai dan kakitangan kementeriannya menyelesaikan 1,300 kes tertunggak itu dalam tempoh 31 hari, bermula Khamis lalu (31 Mei).

“Saya beri masa 31 hari untuk selesaikan kes yang ada di sini (kementerian). Kalau mereka perlu kerja malam, Sabtu atau Ahad pun kerjalah. Kalau perlu, saya pun akan sama-sama bekerja lebih masa. Janji selesaikan kes tertunggak itu dalam 31 hari.”


Katanya, kebanyakan kes tertunggak itu melibatkan pekerja tempatan yang dipaksa berhenti kerja oleh majikan.

Dalam pada itu, Kulasegaran yang mempunyai pengalaman sebagai peguam lebih 30 tahun berkata, pihaknya sedang mencari mekanisme terbaik bagi mengurangkan kos yuran guaman di Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh.

“Sebagai peguam yang banyak mengendalikan kes-kes di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan, saya dapati ada situasi yuran guaman melebihi jumlah dituntut di mahkamah.

“Contohnya terdapat kes Mahkamah Buruh yang tuntutan hanya RM2,000 tetapi yuran guaman lebih RM2,000. Jadi, kita akan cari jalan bagaimana kita boleh kurangkan kos yuran guaman.”

Kenapa Menteri Asas Tani Lantik 'Fake Expert' Najib Asaddok Sebagai Penasihat Soal Netizens.

Bagi dunia anti scammer, nama seperti Azizan Osman dan Najib Assadok adalah sosok biasa yang sering dikritik kerana didakwa melakukan penipuan dan manipulasi.

Terbaru, Najib Asaddok seperti yang dilaporkan oleh media tempatan telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara.


Perkara itu kemudiannya menimbulkan ketidakpuasan hati netizens yang mempertikaikan kelayakan Najib Asaddok. Timbul beberapa spekulasi dan cakap-cakap di media sosial di ruangan komen PW kononnya Najib adalah bekas ahli PAS yang kini bersama Amanah Johor dan disebabkan 'hubungkait' seperti itulah memudahkan beliau terpilih. Bagaimanapun dakwaan itu tidak dapat disahkan.

Halaman terkenal anti scam - PW Community turut mempertikaikan perihal lantikan tersebut.

Berikut kenyataan mereka;

"Najib Asaddok Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara?

What a joke.

Nampaknya penyakit tak reti beza real experts dengan fake experts telah menjangkiti kerajaan baru.

Macam pokok baru nak tumbuh tiba-tiba ada satu penyakit ditambah kepada pokok tu kononnya nak bagi pokok tu sihat dan produktif.

Argumen PW:

1. Najib Asaddok tak akan mengaku Azizan Osman guna PhD palsu sedangkan Azizan Osman ialah mentornya.

2. Najib Asaddok sendiri self-appointed self-proclaimed kononnya pakar pemasaran internet. Jenis berguru dengan Azizan Osman ni tekniknya akan mengaku apa sahaja yang hebat-hebat walaupun tak ada bukti. Janji audiens percaya.

3. Najib Asaddok tak releven dalam isu pertanian jika hal ehwal pemasaran internet sekalipun. Najib Asaddok sendiri hari-hari iklan dalam radio.

4. Ramai lagi akademia serantau yang boleh beri sumbangan kalau setakat nak bagi nasihat kepada Kementerian Pertanian.

Benda macam ni pernah terjadi sewaktu Annuar Musa selaku Pengerusi MARA rekomen kepada UniKL supaya melantik Hasmiza Othman sebagai Professor Adjung di UniKL Business School.

Umum mengetahui Hasmiza Othman juga terkenal sebagai seorang pengguna fake credentials dengan PhD palsu.

Kenapa kena lantik fake experts dengan "kepakaran" self-appointed syok-sendiri macam Najib Asaddok?

Tak ada mereka dengan bakat dan kepakaran yang genuine lain kah di Malaysia ni?,"
kata PW dalam satu kenyataan di Facebook pada selasa. 


Kaitan Najib Asaddok dengan Azizan Osman


Dalam pada itu netizens turut menyebarkan beberapa tangkaplayar yang menunjukkan hubungan baik antara Azizan Osman dan Najib Asaddok. Najib Asaddok ialah anak murid kepada Azizan Osman.

Respon netizens


Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens tidak bersetuju dengan perlantikan Najib Asaddok sebagai Ahli Majlis Penasihat Negara.

Abu Bakar Mohd Rashid : "Antara ajaran Azizan Osman ialah kau kena position diri kau sebagai pakar - berbohong sebagai pakar walaupun bangang. Ramai "students" dia cerita tentang ajaran sesat tu. Dan, itu la yang Najib Assadok buat - play expert".

Eddy Gordon Zul
: "Satu benda yang gagal teruk dalam Kementerian Pertanian selama ni ialah style management Top Down depa. Wa tak pernah nampak suara petani, nelayan dan peladang betul-betul di angkat untuk menyusun polisi pertanian malaysia.

Yang boss atas pegang tanah pon tak pernah main hentam saja buat benda bukan-bukan.Takat lantikan SPA tapi sembang macam bertani pengalaman 20 tahun. Sebab tu tak pernah maju.

Tetiba Sallahuddin pon dok ulang polisi top down ni. Tak payah susah-susah nak Najib Assadok sangat la. Bagi ja peladang yang dapat anugerah Peladang Malaysia jadi penasihat. Yang muda-muda pon banyak. Angkat individu yang betul-betul into the business. Baru la bottom up bai.

Takat expertise online business lu pi cari consultance je.Dan benda ni bersepah je pon. Hire the expert bukan peniaga air liur".


Kebanyakan dari netizens mahu Menteri Asas Tani, Sallahuddin Ayub mempertimbangkan semula perlantikan itu yang menurut mereka adalah sesuatu tidak sepatutnya berlaku. - 6 Jun 2018.

Selasa, 5 Jun 2018

Netizens Muslims Berang Siti Kassim Muncul Di Bernama, Dakwa Guna Kabel Menteri.

Netizens muslim hari ini menunjukkan rasa protes dan marah di laman sosial apabila Siti Kassim diberikan ruang untuk muncul di kaca TV selepas campurtangan oleh Menteri Komunikasi yang baru, Gobind Deo Singh pada semalam.


Terdahulu Siti Kassim meluahkan kekecewaannya selepas programnya bersama BERNAMA dibatalkan secara tiba-tiba tanpa diberikan sebarang alasan.

"Bernama TV - Dibatalkan!

Kepada kawan, dengan kesalnya ingin memaklumkan program di Bernama dibatalkan tanpa diberitahu alasannya.

Saya tidak tahu siapa yang menarik semula program temubual itu. Inilah dia cabaran yang masih dihadapi oleh kita semua. Saya jangkakan pihak itu ada jawatan yang tinggi di Bernama atau Kementerian Komunikasi - bahagian editorial telah dicemari.

Adakah mereka yang berkaitan BN masih lagi berjawatan? Adakah kita patut melawan ektremisma dan rasis di dalam agensi kerajaan baru ini? Nampaknya ya.

Daripada membenarkan rakyat bersuara menyatakan pendapat masing-masing, sesetengah dari mereka lebih rela memainkan naratif yang telah dirancangkan ke atas sesetengah pihak.

Pada saya, Malaysia baru ini adalah sesuatu yang belum berubah. Suara progresif masih perlu cari ruang lain untuk didengari.

Saya tidak akan berdiam diri. Saya akan sentiasa menjadi suara anda untuk menyatakan sesuatu.

Siti Kasim," tulisnya pada isnin.

Beliau juga berkongsikan beberapa gambar tangkaplayar yang memaparkan kritikan terhadap program Bernama yang sepatutnya beliau hadiri.






Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Deo Singh kemudiannya memberikan respon segeranya mengenai hal itu di Twitternya petang semalam.


"BERNAMA perlu mengeluarkan satu kenyataan dengan segera memberikan penjelasan berkenaan dengan perkara ini dengan alasan alasan kenapa temubual itu dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan. 




Dan selepas itu Bernama kemudiannya memaklumkan program itu tidak dibatalkan sebaliknya ditunda ke satu tarikh baru.


Keputusan baru itu kemudiannya menimbulkan perasaan tidakpuasan hati netizens muslim di laman sosial.

Antaranya halaman Gerakan Pengundi Sedar.

Pentadbir halaman menulis;

"PANTAS MENTERI BUAT KERJA!

Sekali menteri bersuara untuk Siti Kasim, terus Bernama tarik balik pembatalan program dengan Siti Kasim.

Pada awalnya,

1. Siti Kasim muat naik 1 poster program temubual beliau di Bernama

2. Majoriti rakyat memberikan respon negatif sebagai bantahan kerana beliau cukup terkenal melakukan provokasi kepada agama Islam.

3. Salah seorang kakitangan Bernama memberikan satu kenyataan bahawa program ini sebenarnya tidak dalam perancangan Bernama dan tidak pernah mendapat kelulusan.

4. Siti Kasim melahirkan rasa kecewa beliau di laman sosial.

5. Pantas Menteri baru, Gobind Singh bersuara untuk Siti Kasim dan meminta "pencerahan" daripada Bernama kenapa program ini dibatalkan.

6. Terus Bernama membuat satu kenyataan di Twitter rasmi pada jam 10.58 malam bahawa program siaran bersama Siti Kasim tidak dibatalkan.

Cukup Siti Kasim berdehem sahaja, terus Menteri bertindak pantas.

Apa pandangan anda tentang wajah Malaysia Baru ini?,"
katanya. 



Post itu mendapat sekurang-kurangnya 1,600 perkongsian setakat ini.




Di ruangan komen, netizens menunjukkan respon yang pelbagai. Ada yang bersetuju tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh halaman itu.



"Biarlah mangkuk ayun tu nak muncul kat TV. Masa ni la nak tengok perangai bangang dia secara LIVE dan bolehlah kita kutuk dia beramai-ramai," tulis Nurul.



"Dia bukan Tuhan pun nak takut pasal apa dengan makcik beruk ni," tulis Jon pula.



"Kenapa begitu power dia ni," soal Yusri.



"Belum lagi LGBT masuk TV," sindir Nordin pula.



"Mufti-mufti pun pelik, senyap je. Ratu cantik diharamkan, berani," kata Mohd Nasrul.



Siti Kassim mula menjadi polemik dan rata-rata orang Islam kurang mengemarinya selepas beliau dilaporkan berkata Tuhan Getaran (Tuhan itu bergetar) oleh portal Menara suatu ketika dahulu. Tidak dapat dipastikan samada laporan itu fitnah ataupun sebaliknya.



Sebelum ini beliau juga dilaporkan hebat menentang perlaksanaan #RUU355 dan sering mempersoalkan perkara-perkara berkaitan akidah dan Islam secara ektremisma.


Sesetengah penganut muslim beranggapan Siti Kassim ialah ektremisma anti muslim sepertimana ektremisma anti non muslims. - 5 Jun 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...