Rabu, 6 Jun 2018

Netizens Pertikaikan Agong Belanja RM250 Juta Setahun, Tunjuk Bukti Rekod Perbelanjaan Negara.

Senada dengan pendedahan blogger A.Kadir Jasin, seorang lagi blogger pro UMNO, Zaharin Mohd Yassin turut membuat pendedahan mengenai perbelanjaan YDPA di akaun Facebook malam tadi.


"Saya membaca terperinci akan Perbelanjaan DiRaja di Istana Negara, satu perkara yang perlu di berikan penjelasan oleh Istana Negara ialah soal mengubahsuai rumah yang khabar isteri kepada Yang Di Pertuan Agung.

Jika tidak benar Istana Negara kena membuat laporan Polis. Kerana khabar beritanya maklumat itu dari MOF.. 

Ini bukan soal yang boleh berlindung dibelakang 'penghinaan kepada raja' Ini adalah soal wang rakyat di belanjakan. Rakyat berhak tahu.. kenapa Perbelanjaan Istana Negara sehingga mencapai tahap melepasi RM250 juta dalam masa hanya hampir 17 bulan.


Jika ini benar..saya ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana mendedahkannya. Sebaliknya fitnah dan bertujuan jahat.. Ambil tindakan siasatan kepada mereka yang menyibarkan,"
katanya dalam kenyataan itu.


Bagaimanapun di ruangan komen, kebanyakkan netizens mempersoalkan kesahihan dokumen berkenaan dan ada yang mempertikaikan ia dengan menunjukkan bukti dari rekod perbendaharaan negara yang mana menunjukkan catatan perbelanjaan tahunan untuk Agong sekitar rm13.5juta sahaja. Jauh berbeza dari angka yang tersebar.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Rekod menunjukkan pada tahun 2017 dan 2018, perbelanjaan untuk Istana Negara termasuklah peruntukan untuk elaun, perkhidmatan, aset dan pemberian bayaran tetap dan pentadbiran am, dianggarkan pada RM13.5 juta setahun.

Sumber : http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/T.2.pdf;

http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/T.1.pdf

Zaharin juga memetik sumber MoF = Kementerian Kewangan didalam dakwaannya itu.

Tinjauan mendapati A.Kadir Jasin tidak menyebarkan sebarang dokumen di blognya untuk menyokong dakwaannya. 

Namun ada juga pihak yang beranggapan tidak mustahil peruntukan sebenar telah disorokkan sepertimana pendedahan Lim Guan Eng mengenai fail merah sebelum ini.

Perdana Menteri Malaysia pula, Tun Mahathir Mohammad ketika ditanyakan soalan mengenai peruntukan Agong yang dikatakan mencecah RM250 juta setahun berkata beliau perlu menyemak terlebih dahulu angka-angka yang dinyatakan dan kenyataan susulan akan diberikan selepas semakan dibuat. - 6 Jun 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...