Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Jun 2018

Sah Jamal Di Indonesia, Guna Laluan Tikus Untuk Keluar Malaysia - KPN.

Oleh : Bernama

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos dipercayai melarikan diri ke negara jiran menggunakan 'laluan tikus', kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.


Beliau berkata hasil risikan polis mendapati Jamal dipercayai berada di Indonesia dan usaha mengesan lokasi sebenar beliau sedang giat dilaksanakan.

Mohamad Fuzi berkata polis ketika ini telah mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mengesan Jamal.

“Kami percaya dia menggunakan 'laluan tikus' untuk keluar dari negara ini selepas pihak Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod menunjukkan dia (Jamal) keluar dari negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di pusat konvensyen Telekom Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Jamal dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal, 48, didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt lepas.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...