Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Jun 2018

Selepas Dikritik Guna Rumah Rasmi Untuk Urusan Parti, Nurul Izzah Akhirnya Tukar Lokasi Perjumpaan Dengan Wakil PKR.

Nampaknya Nurul Izzah sedaya upaya untuk tidak mencemarkan imej kerajaan baru dengan tindak tanduk yang boleh dipertikaikan dan diragui oleh orang awam.

Terbaru, selepas dikritik dalam isu mengadakan perjumpaan parti di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah akhirnya menukarkan lokasi pertemuan di salah sebuah hotel tempatan, disini.


Semalam, PKR dikritik teruk netizens yang mempertikaikan kewajaran mengadakan majlis parti di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, kerana menurut mereka perkara itu salah atas sebab membabitkan wang pembayar cukai misalnya dalam perkhidmatan elektrik, air dan kemudahan yang tersedia di kediaman itu.

Kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri seharusnya digunakan untuk mengadakan program rasmi yang membabitkan isu negara dan kepimpinan dan perjumpaan dengan wakil parti bukanlah program rasmi sebaliknya program peribadi, kata netizens lagi.

"Terima kasih atas kebimbangan yang dibangkitkan.  

Kebimbangan mengenai peranan berkembar presiden parti dan penjawat timbalan perdana menteri diberikan perhatian sewajarnya dan JPRP (Jabatan Pilihan Raya PKR) menetapkan mesyuarat pada Rabu ini diadakan di One World Hotel, Selangor," kata Nurul Izzah dalam satu respon balas kepada netizens yang membangkitkan hal tersebut di Twitternya semalam.

Selain isu lokasi yang dipertikaikan, terdapat beberapa spekulasi liar mengenai perjumpaan itu turut disebarkan.




Surat jemputan rasmi juga dikritik oleh sesetengah netizens pro kem tertentu dalam Pakatan Harapan kerana menggunakan ayat seperti : "KEADILAN kini mempunyai jumlah ahli parlimen yang terbanyak, sebanyak 49 orang atau 42% daripada jumlah keseluruhan ahli parlimen PH. 

KEADILAN juga kini mempunyai seramai 67 orang ADUN mewakili di kesemua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu".

Tidak dapat dipastikan kenapa penggunaan ayat itu dipandang negatif oleh pihak tertentu tetapi dipercayai ianya ada kaitan dengan tuduhan liar yang tersebar sepanjang minggu lepas kononnya Anwar mahu membawa PKR keluar dari PH untuk bersama BN dan PAS. - 4 Jun 2018. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...