Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Mac 2011

PANAS!! Bukti PREMIS JUDI di kelantan MILIK BN!

Alhamdullilah. Thank You Allah swt. Akhirnya Allah swt tunjukkan kebenaran kepada kami meskipun ia memakan masa. Akhirnya Allah swt memakbulkan permintaan kami meskipun selama neh kami teruk diherdik bertubi-tubi. Siapalah kami tanpa Allah swt. Apalah erti kesabaran kami kalau bukan kerana Allah swt nak memberikan hikmah. Kali neh terbukti di depan mata. Tepat, sahih, dan benar. Saksilah kebenaran nya di depan mata. Kenapa PREMIS judi WUJUD di kelantan. 

Ingat kenyataan ini TIDAK keluar dari MULUT ;

1. Tuan guru nik aziz

2. Tuan guru hadi awang

3. Semua KETUA dewan tertinggi PAS

Ia keluar dari MULUT orang yang UMNO paling SAYANG iaitu MCA.

LESEN JUDI di kelantan dikeluarkan, diberikan, disahkan oleh ;

KERAJAAN PUSAT YANG BERNAMA BARISAN NASIONAL

YANG DIKETUAI OLEH UMNO

YANG MENGAKUI MEREKA ISLAM

YANG MENGHINA PAS SEBAGAI SESAT

Inilah orang yang mengherdik saudara se-agamanya sendiri ble PAS mementingkan islam

Inilah orang yang menikam saudara se-agamanya sendiri ble PAS mementingkan akidah umat islam

Inilah orang yang mengagalkan setiap rancangan dakwah PAS ble PAS berdakwah kerana Allah swt...

Inilah dia.. 

Dan inikah yang anda sokong? Anda undi anda dapat. Allah swt tanya, anda jawab!

Ameno : Lue bagi lesen premis arak di kelantan. Lue bagi lesen premis judi di kelantan. Lepas tue lue CABAR pas tutup? Ble pas serbu lue kata PAS tak adil.. ? WAKLue!!

Santan kotak naik harga!



WOW.. korang pernah beli santan tak? Bukan santan timbang. Tapi santan kotak. Tadi aku pergi kedai. Aku beli santan kotak. Jenama ayam brand. Dia sebenarnya ada dua jenama kat kedai tue. Satu lagi brand apa ya aku lupa tapi warna kotak hijau + putih. Aku suka beli yang itu tetapi tadi takde pula. Dah habis. Masa aku nak bayar santan kotak tue aku tanya tokey kedai. 

"Berapa neh?"

"rm.2.40"

"Apa? 2.40? aik bukan ke 1.80 je? ble plak naik?"

"1.80 harga 2 bulan lepas. bulan lepas sudah 2.00. Ini sekarang stok baru semua 2.40."

"worrr"

Hah. Mampus aku. Aku mengaku aku jarang beli santan kotak. Aku sket beli kelapa dan perah sendiri nak jimat punya pasal. Tapi kelapa takde plak kat kedai tue. Santan timbang plak kat pasar je ada tapi lagi mahal. Isi dia lagi sikit dari santan kotak tue tapi harga dia lagi mahal.

Ble santan neh naik dan kenapa ia naik secara terperinci aku taktahu. Tapi aku rasa kalau perkara ini berterusan silap-silap esok ayam pun aku tak mampu beli. Ikan? Hah.. aku jarang makan ikan sebab aku memang tak suka ikan. Tapi dalam kes lain ikan sebenarnya lagi mahal dari ayam. Kalau ikan cencaru, talapia laut, sardin, kembung, tenggiri dan pari aku layan. Tapi neh kategori ikan mahal. Tahu tak baru-baru neh kat pasaraya aku tengok harga ikan selar kuning [besar] sekilo rm14. Mahal nak mampos. Takde sapa beli berebut-rebut. Tapi ikan cencaru [besar] yang agak lama dijual sekilo rm4.90. Dan agak berebut-rebut orang beli. So bukan aku sorang je terdesak dan sengsara ble barang naik. Orang lain pun rasa apa yang aku rasa..

Menteri nak naikkan harga itu ini aku takde kesah sangat. Tapi masalahnya tengoklah situasi dan keadaan semasa. Naikkan harga barang makanan kena naikkan gaji gak. Buatlah gaji minima untuk pekerja swasta sebab sekarang neh pekerja swasta menerima tamparan yang paling hebat dek kenaikan kos sara hidup. 

Tetapi tidak pula aku kata pekerja kerajaan hidup dengan baik. Yelah semua orang sedang tertekan berikutan peningkatan kos sara hidup. Aku, ko, dan kita semua. Masing-masing pecah otak untuk tambahkan kemahiran diri [macam aku] supaya boleh terus survive di malaysia neh. Tapi masalahnya sampai ble? Sampai ble kenaikan ini akan berhenti mengangu kita? Kalau terus naik dan naik.. kita akan makin terhimpit.. Kerajaan dari sekarang kena buat pelan. Pelan untuk mengeluarkan kita rakyat malaysia dari masalah seperti ini. Rakyat dah habis iktiyar sebenarnya. Kena kerja keras? Kami dah buat. Kena kerja lebih masa? Pun kami dah buat. Kena tambah kemahiran diri? Pun kami buat. Kena pelbagaikan punca rezeki? Pun kami dah buat. So apa lagi? Takan nak desak kami semua ke jalan mati sedangkan kerajaan sendiri tak berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup boros?

Kerajaan patut lebih tahu yang mereka memang tak telus dan amanah dalam membelanjakan wang rakyat. Kalau ini mereka tak ubah, maka kita akan terseksa sampai bila-bila. Kesabaran manusia ada hadnya. Kalau pada hari ini kami mungkin boleh bersabar tetapi jangan fikir esok lusa fikiran kami akan kekal. Jika kami tersiksa dan didesak secara berterusan.. jangan fikir kami akan diam.


Ameno : Modal nak buat nasi lemak untuk 4 orang makan. santan kotak rm2.40. Telur rm3. Ikan bilis 50g rm1.30sen. Itupun dah habis jimat.

Tutorial : Nak ringankan blog / cepatkan loading blog

Daftar churp-churp dan dapatkan peluang menarik!

Korang perasan tak aku dah tukar template belog sebanyak 2 kali dalam seminggu dua neh? Aku tukar ada sebab. Meh lhar aku citer kat korang kenapa aku tukar walaupun aku tahu tak semua orang berminat nak tahu kenapa. Anggaplah kita sedang berborak-borak untuk merapatkan perhubungan online kita.

Citernya macam neh. Aku sebenarnya suka template belog yang plain sebab aku nak memudahkan diri aku baca apa yang aku dah tulis. Aku tak boleh terima template belog yang berwarna gelap. Aku pernah buat dulu. Aku fikir dulu aku suka template belog yang berwarna gelap. Sebab apa ble aku pergi belog yang menggunakan template belog seperti itu aku rasa "ehh lawa lah belog dia" dan aku tertarik. Aku memang tertarik pada blog yang menggunakan warna-warna gelap seperti coklat dan hitam. So ble aku memikirkan konsep template aku akan cari warna-warna macam neh. Aku pun download lah template warna hitam ble mula-mula berblog. Tetapi rupanya apa yang aku suka tengok pada belog orang lain tidak pula aku suka tengok pada belog aku sendiri. Enh macam mana tue? Entah. Aku rasa berserabut nak mampos. Nampak sangat aku ikut-ikutan. Itu belum lagi macam-macam widget yang aku letak. Almaklumlah baru belajar berblog masa tue [konon dah expert lhar sekarang]. Last-last aku pening.

So aku tukarlah template lain. Aku cari macam-macam template then aku terai download. Ada template yang aku minat tetapi masa loading pula lambat nak mampos. Sampailah aku jumpa template biru + putih yang aku pakai sebelum neh. Lama gak aku guna template tue. Ada kot 3 bulan. Ade ke? Entah pepandailah korang calculate ada ke takde. Then ble aku tengok member belog aku milo suam tukar template baru aku pun mula lah menyemak nak tukar gak. Nampak sangat gak aku ikut-ikutan tapi aku peduli apa. Aku suka template milo suam simple dan tak menyerabutkan otak aku. 

Cari-cari punya cari aku jumpa lah template neh. Template yang aku guna sekarang neh. So aku pun terai lah template neh kat belog sample aku dulu. Saja nak test kelajuan loading. Ceh. Lambat nak mampos. Geram aku. Disebabkan ia lambat lah aku tukar template yang aku dah pakai 5,6 hari lepas. Template tue pun lemau gak. Lambat gak loading. Nak-nak aku guna broadband. Lagi lah sengsara nak tunggu. Memang template tue lebih tersusun daripada template neh. Lebih-lebih lagi ruangan komen template tue yang kemas. 

Tapi macam aku kata disebabkan warna template itu tidak kena dengan selera mata aku. Aku tukar balik. Aku pakai gak template neh. Template neh lagi lambat loading dari template tue. So aku kena cari solution untuk overcome benda neh.

Entah apa yang aku taip kat google, belek punya belek dari satu belog ke satu belog akhirnya aku dah dapat jawapan untuk cepatkan loading page kat belog aku. Tapi ada satu masalah ble aku tak dapat cari balik belog tersebut. Aku pergi clean kan seme maklumat google aku pagi tadi sebab lambat response dan hang. Asalnya aku nak re-install chrome kat laptop aku tapi tetiba aku rasa bek aku clear kan cache, history ke apa-apa dalam chrome aku. Sudahnya seme maklumat hilanglah. Aku terai search balik tetapi tak jumpa. Sebab aku pun lupa keyword apa yang aku taip sampai aku terjumpa info menarik neh.

Aku rasa korang mesti dah tahu yang ;

1. kurangkan widget yang tak perlu

2. pilih template yang ringan

antara tips yang popular pernah korang baca ble mencari info mengenai neh. So sekarang aku takmo kasi benda alah kat atas neh. Benda alah kat atas neh terkandung hampir ke semua belog yang aku masuk dan ia tak menyelesaikan masalah orang macam aku. Kalau ko dah ada template yang ko suka takan ko kena tukar template len pula? Dah tue kalau widget ko memang kurang [sebenarnya cakap pasal aku], ko nak kurangkan apa lagi plak? Sebenarnya aku bercadang nak tambah 2,3 widget lagi lah ada.

So bagi korang yang ada masalah cam aku elok korang copy code kat bawah neh ;

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4nNpV5W2yw18TnQwKDj-IKWGPwW1ZQcbX6MGXRGcOylFBJSeZ3hsz9R5JFwGHsP1zVgWcBQuDHD-HQtcDGZBUbhKFsYSUhxhZDnZ3tchqv-ByXhcjEdKZP-QmeG1H08KuU9JJfHthclI/s1600/grey.gif"
});
});</script>
Pergi dashboard - design - add new gadget - add html - copy paste code di atas - klik save - done. 

Aku cakap terus terang aku taktahu macam mana nak baca code kat atas tue. Tapi apa yang aku tahu selepas aku paste kan code tersebut dalam belog aku, memang ada perubahan. Belog aku memang cepat loading terutamanya bahagian body. Dan ia berbaloi untuk aku sebab itulah bahagian yang aku paling pentingkan. Aku taktahu samada benda neh sesuai untuk wordpress atau tidak. Aku tak test kat belog wordpress aku sebab wordpress aku memang cepat load.

Aku nak kreditkan benda alah neh pada satu belog kaler pink. Belog tue aku taktahu apa nama dia tapi template dia menarik dan tak banyak widget. Tak silap aku lhar belog tue ada kreditkan kat nescafe ke kopi ke sapa ke.. pasal benda neh. So kepada mereka yang menyumbangkan perkara neh aku ucapkan timer kasih lah dan maafkanlah aku sebab aku tak letak link belog ko dalam neh. Aku dah terhilangkan maklumat pasal ko dan jangan kecik ahti key.

Ameno : Neh tutorial ke?

Ali Rustam bersolat penuh bangga.

Ali Rustam neh berbeza dengan ketua menteri [menteri besar] yang lain di malaysia neh. Sangat mesra rakyat dan sentiasa update perkembangan terbaru menerusi facebook. Terbaru ali rustam menayangkan gambar dia bersolat di salah sebuah masjid ketika berkempen di merlimau siang tadi. Sila lihat bawah ;


Susah aku nak jumpa menteri umno yang beria-ria tangkap gambar semasa nak bersolat. Ini membuktikan yang ali rustam memang spesis bersolat. Heh

Teringat kes saiful bukhari azlan yang siap rakam aksi dia bersolat jumaat.. okeylah tue.. dalam umno memang ada macam-macam..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : lawak pula aku rasa km melaka neh..

Jumaat, 4 Mac 2011

Anwar kena baling batu.

TEMERLOH, 4 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dengan mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Datuk seri Anwar Ibrahim semalam.

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan.

"Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.
"Kami mengecam perbuatan biadap dan tidak bertamadun penyokong Umno BN tersebut yang jelas bukan sahaja melanggar tatasusila bangsa malah bersalahan dengan undang-undang.

"Pilihanraya sewajarnya diraikan sebagai pesta demokrasi namun Umno kelihatannya tidak menjadi matang dan meletakkan diri di tingkat paling bawah," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, walau apa sekalipun provokasi yang dibuat pihak lawan, petugas Pakatan Rakyat tetap tidak akan termakan.

Belaiu turut berterima ekoran tindakan pantas pihak polis menyuraikan para penyokong BN yang menunggu rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim keluar dari jengka 22.

Maafkan aku warga pahang. Menteri korang memang memalukan. Disebabkan dia habis dah kebanyakkan anak-anak pahang kini gemar melucah [tengok berita di atas]. Itupun dibuat secara berdepan. Kah kah kah..

Aku ada bukti taw. Tak percaya? Hah tengok sini beb.


Apa? Gambar super impose? Waklue!! Tengok video live punya lah kalau tak percaya cakap aku!




Hah dah tengok? Dah puas ahti? Kah kah kah..

Yang paling best kan tpm baru2 neh ada berucap kat tv takan guna taktik kotor dan provokasi ketika berkempen di merlimau dan kerdau. Tapi kan yang pelik kan kita tengok kan mereka kan buat macam2 taw..

contohnya kan.. tabur paku atas jalan

baling batu kat kereta pemimpin pembangkang

buat poster provokasi

buat video dan sebarkan di facebook dan tv

buat artikel fitnah kata pas serang peribadi calon

macam2 lah taktik 'tak kotor' mereka tue.. ke kami yang salah faham? Adakah yang dimaksudkan oleh tpm ialah tpm tak buat taktik kotor tetapi tak semestinya tpm tak boleh arahkan orang len wat taktik kotor? WOW.. ini dasat.. kami trapped! 

Apa pun terima kasih lah bn dan umno. Anda sebenarnya menambahkan lagi rasa benci kami terhadap anda. Teruskan lagi kerana sikap itulah yang akan menjatuhkan anda dengan mudah. Kah kah kah..

Ameno : Taktik kotor bagi bn ialah dedahkan rasuah, penyelewengan dan korupsi mereka. Kalau taktik bersih pula taburkan paku, baling batu dan wat isyarat lucah! WOW.

HOT! PAS suruh ahli serang UMNO!

KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata."Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.
Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Berita kat atas di petik dari laman berita utusan. Berita di atas ialah berita yang sangat kelakar. Marilah saya huraikan kenapa saya mengatakan ia kelakar sangat. 

1. Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO

Ameno : Siapakah ini rashid  wahad? kasi tunjuk muka pun lagi bagus. tak pernah tahu pula pas pernah suruh kami serang umno. enh kekawan yang ahli pas pernah ke pemimpin pas suruh berbuat demikian? meh share2 sini. yang saya tahu cuma fru dan polis yang selalu angkat senjata seperti cota dan water cannon membelasah rakyat adalah..

2. "Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata."Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Ameno : bersyukurlah rashid.. nasib baik ko kena tahan je tue pun sebab senjata je yg ko bawa.. bukan kesalahan besar.. lainlah arwah aminulrashid.. dia bawa kereta sebab tue kena tembak. kan lagi dasat tue? tp sapa la yang bingai2 paksa ko bawa senjata dan bingai2 pergi lalu depan polis sampai kena tahan. bingai betul org tue kan?

3. Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Ameno  : Alhamdullilah aku lebih cerdik dari rashid. setelah membaca amanat hadi awang aku tak pernah kafirkan ahli umno. Itu lah beza org cerdik dengan org bodoh.  heh


4. Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu. Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

Ameno : Aku taktahu pun pas pernah perintah malaysia.. korang tahu ke? ha ha ha..

5. "Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Ameno : Neh lagi lawak.. ha ha ha aku nak gelak dulu.. ha ha ha.. dia lupa ke mahathir cakap no hudud2 di malaysia? mahathir siap gubal undang2 negeri yang mana undang2 negeri kena tertakluk kepada peraturan undang2 kerajaan pusat. ha ha ha.. adoiiyaii.. lawak siot!

6. "Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru."Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Ameno : Alhamdullilah nasib baik pas 'guna' islam dalam kehidupan. kalau tinggal atau 'tak pakai' alamatnya jadilah macam umno. ha ha ha.. walaupun aku belum cukup 22 tahun bersama pas ttp aku faham sangat dah pas ialah parti politik berlandaskan perlembagaan islam manakala islam ialah cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt. Dah mmg berbeza sangat. Kesian rashid selepas 22 tahun baru dia tahu. Sebab tue aku cakap org bodoh dan org cerdik mmg ada beza yang ketara. Heh

Ameno : Macam ini suruh PAS-UMNO bergabung? Heh.. mamposlah jawabnya..

Terkini : Susu tin naik harga!

Cerita neh taktahu ada keluar berita ke takde. Aku dah check berita online belum keluar lagi. Mungkin berita tadi ada kot tp aku tak dapat tengok berita tadi. Atau mungkin lagi beberapa hari kot baru keluar berita. Ataupun mungkin tak keluar berita langsung. Lantaklah. Yang penting keluar berita ke tak keluar berita ke barang tetap dah naik.

Barang yang naik kali ini ialah susu tin brand f&n. Tengok bawah neh ;


Neh lah brand bagi susu tin tersebut. Aku dapat info tue kat sini. Tengok bawah neh plak ;


Aku petik kat sini. Kat tempat ramai orang share info pasal kenaikan harga barang kat malaysia neh terutamanya harga barang makanan. Kemalrin sampai ke hari ini ramai orang dah perasan berlaku kenaikan 'sorok2' terhadap susu tin dan susu tepung. Tadi ada keluarga aku beli susu tin. Aku tanya dia harga berapa? Dia cakap rm2.60. Aku tanya lagi memang normal ke rm2.60 tue? Dia cakap tak perasan tapi rasa cam dah mahal pula. Dulu dia rasa rm2.30 je. Ntah betul ntah tidak aku pun not sure lhar.

No wonder lhar kenapa milo ais dan teh tarik makin mahal kat kedai makan. Sebab kos untuk membuat minuman pun dah meningkat. Nak salahkan peniaga makan pun susah. Dorang pun peniaga kecil kecilan je. Bagi yang peniaga besar biasa beli sekali borong banyak-banyak leh dapat murah tapi dorang pun sibuk nak naikkan rega gak. Heran juga aku kenapa..

Aku ada gak buka website f&n neh tetapi belum ada berita ataupun isu mengenai kenaikan tersebut walaupun barang2 tersebut telah pun naik. Selain dari susu tin, susu tepung pun turut naik. Kenaikan yanga aku confirm kerajaan akan cakap tak membebankan pengguna di malaysia. Heh.

Bab kenaikan minuman berkarbonat tue aku takde lah terasa sangat sebab jarang minum benda gas2 neh kecuali 100plus. Dan hundred plus termasuk sebagai salah satu product f&n. 100plus neh plak minuman yang aku memang selalu minum. Hah mampos lepas neh rega dia dah naik 13% jadi berapa lhar plak.. aisehmen.. 






Gambar-gambar kat atas neh antara susu tin keluaran f&n. Rupanya f&n neh conquer kebanyakkan brand susu tin. Cis. Nampaknya hampir kesemua susu tin yang berada di pasaran neh dah naik harga lah jawabnya. Hah mampos nak pilih yang murah pun tak bleh sebab seme dia punya product dan dia telah naikkan harga untuk seme jenis product plak tue. 

Pecah otak aku memikirkan kenaikan harga barang neh. Kalau tak tahan sangat aku fikir nak pecahkan pentadbiran negara pula. Amacam nak join ke?

Updated ; 4 march 2011

Lihat bawah neh, keluhan peniaga berikutan kos makanan yang semakin naik..

KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini. Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.
“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Ameno : BN stand for barang naik ke?

Khamis, 3 Mac 2011

PANAS! MIC-UMNO bertelagah.

Menteri kat malaysia neh kalau bercakap mesti flipflop. Hari neh cakap len. Esok cakap len. Tulat cakap len. Tak pernah nya konsisten. Heran aku. Terbaru isu kemasukkan pekerja asing dari india. Korang tengok petikan berita kat bawah neh dulu ;




1. Menteri sumber manusia cakap nak bawa masuk 45000 buruh asing dari india.

2. Salah ke? Tak salah. Tapi perlu ke? Rakyat malaysia pun dah tak cukup kerja. Nak salahkan rakyat pilih kerja plak. Dah tue yang bergantung kepada tenaga asing buat apa? Cuba jangan bagi mereka masuk. Majikan sudah tentu akan terpaksa naikkan tangga gaji jika nak pakai pekerja kan. So ini tentulah akan membantu pekerja tempatan meraih keuntungan. Kebanyakkan majikan nak bayar gaji pekerja ciput tapi kerah tenaga melampau-lampau. Nak buat macam tue kat warga tempatan tak ley sebab mereka menentang. So gunakan buruh asing. Kerajaan lak lemau bagi muka. Bodoh betul. Stop jangan kasi masuk dah.

2. Konon nya kalau pekerja asing tak masuk bekerja beberapa sektor akan terjejas. Aku tengok negara lain elok je tak terjejas. Apsal plak malaysia tak boleh? Cuba lah cari alternatif yang elok sket untuk membantu rakyat malaysia. Bukan tutup tawaran mengguna pekerja asing terus tetapi tawaran tue biarlah limited. Macam-macam kes jenayah timbul kat malaysia neh. Kadangkala kalau berjalan kat key ell time cuti aku sampai terlupa yang itu key ell ataupun key indon.. pemandangan sangat berbeza.. 

3. Peh tue hishamuddin tarikbalik kenyataan subramaniam tue. Mmg patut pun. Dulu kata nak naikkan gaji pengawal keselamatan last-last terbatal macam tue. Macam tue juga bila nak tentukan gaji minimun pekerja swasta. Last-last apa jadi? Kerajaan kata dibatalkan. Ceh.

4. Sebenarnya korang rasa tak apa yang aku rasa? Aku neh ada sedikit minda jahat. Meh aku sharekan ngan korang. Jangan-jangan subramaniam sahaja bawa masuk 45000 ribu pekerja dari india. Peh tue bagi kerakyatan malaysia. Peh tue soh undi mic. Peh tue bn kekal berkuasa lagi. Amacam? Boleh jadi idea tue?

5. Peh tue nanti seme india-india kat malaysia tak reti bercakap melayu.. tapi tengok IC orang malaysia.. what de hell is this. Heh

6. Aku dulu pernah pergi kedai mamak tiga tahun lepas. Dah lama tak pergi. Kat area-area cheras. Ble time nak order kan punyalah tak faham bahasa tukang yang amek order tue. Sebab tue aku malas nak pergi kedai mamak lagi. Patut tukar jadi kedai warga asing tapi di bumi malaysia. Heh

7.Tapi sekarang kedai mamak mmg takley pergi. Nak2 ble kecoh depa mengaku mamak padahal india tulen youu.. islam pun bukan youu.. hah mampos. Entah halal entah tidak makanan yang aku makan kat kedai tue dulu. Heh

8. Kesimpulannya aku tengok si subramaniam neh mmg tak boleh pakai. Aku tengok india2 kat kawasan kampung neh ramai yang tercicir tak dapat bersekolah sebab tak berduit. Daripada dia sibuk cari pekerja asing dari india sana elok dia kumpul org2 india yang miskin kat malaysia neh dan tempatkan mereka bekerja di sektor2 tertentu bagi menampung kekurangan tue. 

9. Kadangkala kita hidup tempat len tapi tawaran kerja tempat len. Nak pergi sana tak berduit plak. So better kerajaan wujudkan satu mekanisme yang bersesuaian untuk bantu india-india yang miskin kat malaysia neh. Bukan india-india je BANTU lah semua yang miskin. Termasuklah yg kat sabah dan sarawak tue.

Ameno :  Nak bawa masuk sampai 45,000.. bangang punya menteri... tercekik tulang ayam aku baca.

WOW! Air kosong 0.40 sen segelas!



Apa perasan korang ble dapat tahu harga air kosong 40sen segelas? Gila biar betik. Air kosong pun 40sen segelas kalah yuran masuk toilet yang baru 30sen [kat tempat aku larh]. Heh

Tapi itulah yang dikatakan oleh persatuan pengguna pulau pinang baru2 neh. Berikut antara point2 menarik yang di utarakan oleh mereka ;

1. Harga makanan melonjak naik antara 20% - 167% sejak bulan lepas. Tinggi tue beb. Bukan sedikit kenaikan nya. Bayangkan kalau 20% untuk makanan yang berharga rm2 jadi 2.20sen. Kalau 100% jadi rm4. Kalau 167% plak? Hah korang kira sendiri. Heh

2. Sebab tue lah pengguna komplen sangat. rega barang makanan sekarang mahal beb. Aku beli bawang putih 7 biji [bukan ulas] tak pepasal rm3.17sen baru2 neh. Mahal betul. Itupun kat pasaraya. Kalau kat kedai runcit biasa tak dapat rega tue. Tak beli tak menjadi plak masakan aku. Camne?
3. Kata pegawai cap [persatuan pengguna pp] sebab2 peningkatan harga makanan kat restoran2 di malaysia neh disebabkan kos makanan import/tempatan yang meningkat naik seperti ;

- bawang putih
- kacang dal
- bawang besar
- rempah
- ayam
- daging
- daging kambing
- udang
- sayuran
- tepung beras
- telur
- susu pekat manis
- biji kopi
- serbuk teh

selain dari itu faktor kenaikan 
- gas
- petrol

juga menyumbang kepada kenaikan harga makanan di malaysia.

Semalam kat group saya benci harga barang naik pun ada mengulas kenaikan susu tin pekat. Kalau nak tahu kat tempat aku neh ada ibu yang bagi anak susu [bayi 2 tahun ke bawah] guna susu tin sebab takde duit nak beli susu tepung. Bantuan jkm dan zakat plak takde. Usaha bantuan dah dibuat cuma dalam proses kelulusan. Lulus tak lulus taktahu larh aku. Memandangkan susu tin dah naik rega taktahu lah kalau aku dia mampu beli ke tidak. 

4. Kenaikan harga makanan bukan hanya brlaku di restoran2 org islam. Restoran cina dan india turut menaikkan harga jualan makanan mereka.

5. Tengok petikan kat bawah neh ;

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan. "Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya. Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh lebih enam bulan lalu.

6. Kalau kat tempat aku milo ais rm2 kalau beli bungkus. Minum situ rm1.80. Tapi air sikit air batu je besar. Geram betul aku. Nak dimarahkan tokey.. rasa cam simpati so jalan terbaik tak payah minum kat kedai larh. Pandai2 lah beli milo + susu tin = buat milo sendiri. Nak jimat punya pasal. Heh

7. Kalau milo kat restoran pp masih rm1.30 segelas aku rasa okey kot. Sebab sebelum neh kat tempat aku rm1.50 sebelum naik dan terus naik.. rm1.30 tue teh ais kat tempat aku zaman dulu. Sekarang teh ais sebungkus dah cecah rm1.50.

8. Tapi gaji plak? Kat perak neh ada yang dapat rm350 sebulan. Macam mana dorang hidup aku pun taktahu. Rm350 belanja sebulan lepas bayar bill + petrol je kot aku rasa. Nak makan pun tak lepas. Murah kan gaji mereka? Kalau gaji yang paling mahal pun untuk budak2 lepasan sekolah rm450. Itupun kena kerja 10pagi-10malam. Nasib ada mak bapak tanggung makan. 

9. Kenaikan harga makanan telah menjadikan rakyat malaysia kedekut dan berkira. Aku pun rasa sejak-sejak harga beras dan gas memasak naik aku semakin kedekut. Kalau ada lori beras terbalik kat tempat aku mao aku rembat beras-beras tue. Beras free larh katakan. Peduli hapa aku dengan pandangan org lain. Orang yang jual beras tue pun halalkan aku rasa. Dia faham rakyat malaysia memang dah terdesak. So bagi mereka yang hanya tahu caci maki rakyat malaysia yang kutip wang syiling ke beras ke sayur ke ble ada accident patut cermin muka dulu. Nak selamatkan org macam mana kalau keadaan sendiri pun lebih kurang je. Heh

Kenaikan harga makanan effect kat seme rakyat malaysia tak kira bangsa atau agama dah. Kalau aku beli makanan mahal ko pun sama beli makanan dengan rega yang mahal gak. So nak jimat tang mana lagi? Kalau yang boleh memasak memanglah akan masak di rumah. Tapi yang tak boleh? Parah juga nak makan luar hari2. Mao tak bankrupt kalau dah rega segelas air kosong pun cecah 40sen segelas. Yang memasak pun bukan dapat jimat banyak mana beb.

Kerajaan daripada sibuk buat kempen jimat cermat eloklah jimatkan duit pengiklanan tue dan salurkan ke tempat yang lebih memerlukan. Golongan student pun ramai yang ikat perut ble pergi belajar. Ada sorang kat tempat aku tue belajar kat ukm sebelum pergi gemuk lepas pergi kurus. Ble aku tanya ko kurus kenapa? diet ke? Bukan diet tapi terpaksa diet sebab tak cukup duit nak makan. Dah nama student, makan pulak tak mampu kesian juga aku dengar. Macam mana lah nak cari grade cemerlang kalau makan pun tak terjaga. 

HITZfm doing a contest, wanna grab some cool prizes? click here ! 
Free aircond from MYfm! 

Ameno : Harga makanan utk 3 hari bg keluarga aku lagi mahal dari bill broadband aku.. apa hal?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...