Aku rasa ramai kot yang tahu advertlets tue apa. Advertlets neh macam innity dengan nuffang gak. Pengiklan yang menyediakan iklan di belog-belog. Tapi dari segi perkhidmatan customer service advertlets agak keterbelakang berbanding innity dan nuffang. Bukan setapak kebelakang tetapi bertapak-tapak dan aku memang sangat heran.
Kalau korang search keyword "payment advertlets" ataupun "advertlets tidak bayar" korang akan perhatikan banyak belog mengeluh atas insiden tersebut. Apa yang menariknya insiden itu bukan insiden lama.Ada yang masih baru dan aku memang sangat heran.
Namun insiden baru itu cepat-cepat diubati oleh advertlets dengan membayar earning blogger's tersebut. Dibayar selepas blogger's tersebut mengumpat adverlets di belog. Itupun blogger's tersebut sempat menasihatkan sila mengata advertlets dengan penuh sopan.
Isu dia macam neh. 2 bulan lebih lepas aku cash out advertlets. Aku cash 4 empat kali. Ada jarak hari antara 3,4 hari untuk setiap cashout. Saja aku cashout sedikit - sedikit supaya duit tue aku leh fikir-fikir nak buat apa sebelum aku jahanamkan kesemuanya ke atas jalan yang sia-sia.
2 bulan dah berlalu. Aku pun tak check-check apa yang berlaku. Lupa pun ada juga. Then 2 minggu lepas adalah aku terbaca kat satu belog pasal pendapatan advertlets dia. Dia citer lah yang advertlets tak bayar dia then dah bayar dia lepas dia siarkan aduan tersebut menerusi belog dia.
Aku pula mempunyai sifat ingin tahu. So aku dig lah info pasal neh. Sekali berlambak-lambak rupanya kes advertlets tak bayar bloggers. Cis. Memang kebanyakkan kes tersebut kes lama tapi banyak yang dah settled [dah dibayar lah] tetapi ada juga yang aku baca advertlets tak bayar-bayar mereka sampai sekarang. Lebih kurang ada 3 bloggers macam tue. Kenapa? Mana aku tahu. Agaknya dorang tipu kot.
So kat situ aku dah curious. Better aku check advertlets aku. Ceh. Rupanya aku nya pun dia tak proses lagi. Aku pun pergi lah email dia. Tak balas. Dah tunggu 3 hari tak balas. Aku call. Dia jawab. Bagi email. So aku email butiran. Aku dah tapi email tersebut salah. Samada aku salah dengar atau dia salah bagi. Aku malas nak call aku search email lain. Dapat, aku sent email lagi. Balas. Lambat. Takpe. Pada aku lebih baik balas daripada diam-diam je. At least ada respon. Tapi dia tak menjawab pertanyaan aku. Lain aku tanya lain dia jawab.
2-3 aku dok ulang tanya. Then dia tak jawab. Sekarang diam je. Apa citer? Mana aku tahu. Dalam pada aku tengah tunggu respon dari advertlets, tiba-tiba aku dapat mesej yang income innity aku dah masuk. Haizh apa citer neh? Yang aku tunggu tak masuk, yang aku tak tunggu dah masuk pula. So macam mana advertlets nak bayar ke tidak? Kalau taknak aku nak remove seme iklan kat belog aku.
Jangan salah faham aku bukan nak desak. Aku cuma nak kan kepastian. Apatah lagi aku tak suka dibuat macam peminta sedekah. Dan sebelum tulis neh pun aku siap mesej advertlets lagi. Bukan tak diberitahu. Dah diberitahu. Lainlah kalau aku buat keputusan ikut suka hotak aku, bolehlah nak marah aku.
Namun aku ada beberapa persoalan sebenarnya. Iaitu ;
1. Adakah team advertlets sengaja menunggu sehingga blogger menulis di dalam belog mereka mengenai bayaran advertlets?
2. Lepas tue nanti team advertlets akan muncul kemudian bayar blogger tersebut?
3. Lepas tue blogger tersebut akan buat artikel pasal advertlets bayar mereka dan dah terbuktilah advertlets memang bayar?
4. Untuk membina semula imej yang dah tercalar?
5. Ataupun memang advertlets nak tunggu blogger komplain baru dia nak bayar?
Aku tak peduli lah apa sebabnya pun. Tapi kalau inilah protokolnya aku memang tak larat nak layan. Bayangkan kalau untuk satu earning satu artikel. Lepas tue artikel balas ble advertlets dah bayar. Then kalau 10 earning? 10 artikel minta tuntutan agar dibayar? Gila weh..
Kerja sia-sia macam neh aku kena tinggal. Aku tak kesah kalau dibayar lambat. Tidak aku peduli pun kalau lepas 3 bulan baru advetlets bayar. Yelah mungkin pihak pengiklan bayar lambat kat advertlets so advertlets pun bayar lambat kat aku. Takpe. Aku leh sabar dan terima. Yang aku tak leh terima ble takde respon. Aku mesti marah. Kata putus mesti ada. Apatah lagi aku bukan men tipu klik-klik iklan sendiri.
So, dengan ini aku meminta team advertlets masuk sini untuk menjawab. Aku bukan minta apa. Aku cuma nak team advertlets menjawab semua pertanyaan di atas. Kalau boleh advertlets kena buat beberapa garis panduan. Neh nak mengelakkan advertlets daripada mendapat imej buruk. Ini cadangan aku ;
1. Hadkan bloggers yang boleh berdaftar dengan advertlets.
2. Hadkan impression dan visitor yang boleh berdaftar dengan advertlets.
3. Tentukan kriteria tertentu agar belog tertentu je leh letak iklan advertlets.
Kenapa advertlets kena wat cam tue? Sebab advertlets ada masalah duit. Advertlets takley bayar blogger on time. So, hadkan jumlah belog supaya masalah yang berbangkit boleh dikurangkan.
Jangan lupa tingkatkan mutu customer service anda. Punyalah teruk. Aku nak tulis cara baik macam mana kalau perkhidmatan tue teruk? Bukan satu, dua atau tiga individu yang menasihatkan advertlets di atas kecikaian mutu perkhidmatan pelanggan mereka tetapi nampaknya advertlets tak amek iktibar. Kenapa?
So advertlets fikirlah. Kalau takley cover benda neh usahlah jadi pihak pengendali iklan. Syarikat yang nak beriklan dengan advertlets pun akan rasa was-was. Yelah macam mana tak was-was, kalau dah ramai belog tak dibayar sudah tentulah ramai blogger akan angkat keluar iklan mereka dari advertlets kan? Lepas tue sudah tentulah iklan yang disiarkan oleh advertlets tak menyeluruh macam pihak pengendali iklan yang lain kan? So akhir sekali yang rugi sapa? Yang dapat imej buruk sapa?
Masalah kami para blogger akan selesai juga. Kalau tak dapat income dengan advertlets kami ada income dengan nuffang, innity dan terbaru churp-churp. Namun tak dapat dinafikan memang akan wujud ketidakpuasan ahti disebabkan penipuan advertlets. Atau lebih tepat kecuaian.
Tiada kata seindah bahasa. Bahasa aku tidak mendapat bayaran sudah aku habiskan. Bahasa advertlets nak menjawab aku tunggu.
Ameno : rasa cam org bodoh.
Hai aminoworld, pasal advertlets ni, dia memang bayar, encik bom punya cashout pun dah habis gi joli, cuma kena sabar je la, sebab advertlets ni akan teliti pada blog2 tertentu, kena pada masa diorang akan bayar. tapi jgn la buat entri kutuk2 advertlets, kita bincang je dgn adverlets pasal payment, untuk lebih senang pergi ke ofis advertlets dan bincang, insyaAllah dapat
BalasPadamTiada niat nak kutuk ataupun hentam advertlets.. aku terpaksa tanya setelah tiada respon.. kesemua di atas ialah pertanyaan..
BalasPadamtu laa .. sampai laanie.aq punye pown die x byr laa gi..
BalasPadamHi saudara,
BalasPadamKami rasa ada salah faham berkait terma bayaran. Terma pembayaran adalah 30-45 hari dari akhir bulan blogger melakukan cashout. Oleh itu, belum sampai tempoh lagi sehingga 15 Mac.
Hi saudara,
BalasPadamKami rasa ada salah faham berkait terma bayaran. Terma pembayaran adalah 30-45 hari dari akhir bulan blogger melakukan cashout. Oleh itu, belum sampai tempoh lagi sehingga 15 Mac.
tu laa .. sampai laanie.aq punye pown die x byr laa gi..
BalasPadamlet try www.nufftag.com
BalasPadam