Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 November 2016

Projek ECRL - Apa Yang Rakyat Perlu Tahu & Tentang Pinjaman 55 Billion.

Baru-baru neh kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

East Coast Rail Link ialah singkatan kepada ECRL. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur adalah dalam versi bahasa.

Apa itu projek ECRL?

Ia adalah projek pembinaan rel berkembar yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Bandar Tumpat di Kelantan.

Kenapa perlu projek ini?

Kerajaan mempunyai beberapa visi dalam projek ini. Ini adalah apa yang mereka rancangkan ;

i. Mengurangkan kos pengangkutan yang melibatkan laluan keretapi ECRL, dengan niat untuk mengurangkan harga barangan di Pantai Timur dan memendekkan masa perjalanan.

ii. Di samping menaiktarafkan kemudahan pengangkutan sedia ada.

iii. Dalam erti kata lain, memberikan variasi kepada pengguna untuk memilih lebih banyak jenis pengangkutan bagi menuju ke destinasi pilihan.

iv. Membangunkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam laluan keretapi ini.

Adakah ianya baik untuk rakyat?

Jika ia bertujuan untuk memudahkan rakyat dalam urusan pengangkutan, sudah tentu.

Lebih banyak pilihan pengangkutan yang kita ada, lebih baik sebenarnya.

Lebih banyak kawasan yang diliputi dengan pengangkutan awam yang effisien, ia lebih bagus.

Kita boleh bergerak dengan selesa. Ke tempat kerja. Melawat. Beriadah. Beli barang. Melancong. Belajar. Pengangkutan adalah perkara yang sangat penting untuk memudahkan pergerakan kita ke pelbagai destinasi.

Apatah lagi jika benar kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek laluan keretapi ini akan terbangun sekali. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Berapakah anggaran kos projek laluan keretapi ini?

55b setakat ini (5 November 2016)

Dari mana kerajaan dapat wang?

Export-Import Bank Of China. Ataupun lebih dikenali sebagai EXIM.

Mereka akan membiayai projek keretapi ini. Di mana kerajaan perlu membayar semula dalam tempoh 20 tahun. Manakala kontrak pembinaan pula diberikan kepada CCCC. Iaitu China Communication Construction Company Ltd. 

Baca : CCCC yang dapat projek bina laluan rel berkembar di blacklist World Bank.


Memetik laporan The Star pada 1 November lepas (sini) ;


- Selama 7 tahun. Malaysia akan dikecualikan daripada membayar apa-apa pinjaman pokok mahupun bunga kepada EXIM.

- Manakala tempoh pembayaran akan berlangsung selama 20 tahun.

- Bunga yang dikenakan juga 'below market price'. Iaitu lebih rendah dari paras semasa. 55b ini adalah soft loan (bunga pinjaman yang rendah).

- China juga akan lead (menyediakan) dalam urusan reka-bentuk, bahan-bahan, peralatan, kejuruteraan dan segala kaitan perincian tentang projek dan deliver kepada Malaysia.

Apa lagi tentang ECRL?

Projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan akan siap 5 tahun selepas itu. Projek ini dilaporkan ada 3 fasa utama.

Fasa pertama melibatkan laluan Pelabuhan Klang ke Kuantan.

Fasa kedua melibatkan laluan Kuantan ke Kuala Terengganu.

Fasa ketiga melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan Tumpat.

Tetapi kenapa projek ini menimbulkan kekecohan dan kritikan awam?

Kenapa kecoh-kecoh? Ini adalah sebab-sebabnya.

1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik' wang2 itu untuk membayar hutang.

Meskipun penulisan Sarawak Report agak tersasar iaitu kos projek ini bernilai 55b bukannya 60b namun masih berlaku kenaikan berbanding anggaran kos asal.

3. Rafizi juga mendakwa di mana projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini. Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawanya by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut. Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?

7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?

8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Kesimpulannya?

Bagi aku, projek ini ada manfaatnya. Sebab ia pengangkutan awam. Dan aku suka pengangkutan awam kita meliputi kesemua tempat. Tak tertumpu kepada bandar-bandar besar sahaja. Aku kurang gemar jika ada yang berpendapat pengangkutan awam hanya perlu kepada bandar atas tujuan keuntungan. Sebenarnya, menyediakan kemudahan pengangkutan awam juga merupakan perkara asas pada kehidupan zaman sekarang. Seperti rumah, rasa selamat, makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, jaringan pengangkutan awam juga merupakan satu keperluan yang tidak patut dinafikan mengikut jumlah majoriti - minoriti.

Namun, harapnya projek ini benar-benar memanfaatkan rakyat sepertimana yang kerajaan visikan. Tiada tujuan tersembunyi yang akan menyeksa rakyat di kemudian hari.

Jumaat, 4 November 2016

Malaysia Dalang Penculikan Di Perairan Sabah, KPN Nafi Dakwaan Misuari.

Baru-baru neh, Misuari dipetik sebagai berkata bahawanya Malaysia merupakan dalang penculikan yang berlaku di perairan Sabah.

Baca : Malaysia Dalang Penculikan Sebenarnya Dakwa Misuari.


Mengikut dakwaan Misuari, rakyat Malaysia yang terlibat sebagai dalang penculikan di Sipadan pada tahun 2000 ialah bertaraf pemimpin Malaysia. Maknanya bukanlah orang biasa-biasa.

Perkara ini didedahkan Misuari apabila ditanya tentang pertemuan dengan pemimpin Malaysia. Misuari menyatakan enggan bertemu dengan pemimpin Malaysia selepas orangnya dituduh melakukan perbuatan menculik dan dipergunakan.

Walaubagaimanapun, dakwaan Misuari itu dengan pantasnya dinafikan oleh Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, ia adalah sekadar dakwaan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, sambil menambah, masalah yang memberi kesan kepada Malaysia itu berpunca dari kumpulan berkenaan.
"Orang-orang dia (Misuari) yang menjadi penjenayah menculik orang-orang kita. Jadi, dia sepatutnya jaga orang dia.
"Kenapa pula kita dipersalahkan? Kita mangsa. Sudah tentu di pihak keluarga mangsa yang diculik itu akan melakukan apa sahaja bagi memastikan ahli keluarga mereka selamat.
"Jadi dialah patut jaga kumpulan dia, penyokong dia supaya jangan melakukan jenayah di kawasan kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak (NUR Alert) menerusi Facebook di Bukit Aman di sini, Jumaat, memetik laporan Mstar.

Dalam pendedahan tersebut, Misuari turut menyatakan mempunyai bukti di atas dakwaan tersebut dan tidak teragak-agak akan membawa ke mahkamah antarabangsa bagi menuntut keadilan.

Saya Menangis.. RM10 Sebulan.. Boleh Kah Kamu Derma..

Syabas ya Kuan Chee Heng. Syabas diucapkan kerana usaha berterusan sentiasa dilakukan untuk membantu mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan.. 

Kuan Chee Heng menulis..

Saya menangis. RM 10 sebulan.

Saya lihat bagaiman keadaan orang miskin yang ingin pergi hospital untuk mendapat rawatan. Yang cuci buah pinggang, yang cuci kaki, potong, yang sakit macam macam. Mereka tak berduit ke hospital. Temu janji di abaikan, di tinggalkan kerana tak ada duit ke hospital. 

Nak naik bas, tak ada direct bus. Nak naik LRT tak ada direct LRT. Teksi fare mahal. Semalam saya beritahu En Amin. Saya gajikan kamu RM1,400. 

Kamu bawa semua orang sakit ini ke hospital. Ikut keperluan. Minyak dan maintenance kereta kita beri. Ini membolehkan ramai yang miskin dapat pergi menerima rawatan. Terima kasih kepada anda semua. 

Ini boleh tercetus kerana kamu semua support page ini. Kerana kamu semua giler. Saya sekarang minta 200 orang dalam page ini untuk derma. 

RM 10 sebulan, Untuk kita bayar gaji dan duit maintenance kereta. Jom, siapa yang nak bersedekah, sila call saya di 012 2732148. Bagi nama. 

Kita kongsi ramai ramai dan jayakan program ini. MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MISKIN. JOM GILER. Only 200 person yang di perlukan.

-----------------------

Belum habis lagi.

Malahan ;


Projek Uber Kentang. Bayar 10 sen sahaja. Khusus untuk orang miskin yang perlu menerima rawatan di hospital tetapi tiada pengangkutan.

Point aku ialah, jom kita sokong projek ini. Dan hebahkan supaya mana2 orang miskin di sekeliling kita tahu tentang kewujudan Uber Kentang 10 sen dan boleh mula menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan rawatan di hospital. Alternatif dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. Jom, sokong.

"Tolong Kami Pertahankan Hak Tuanku", Surat Terbuka Syed Saddiq Kepada Sultan Johor Yang Mengatakan Demonstrasi Jalanan Budaya Sesat.

Open letter to DYMM Tuanku Sultan Johor-
Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor
Patik memohon ampun limpah perkenan Tuanku untuk bercemar duli membaca warkah ringkas, ikhlas dari hati seorang rakyat.
DYMM Tuanku,
Sebagai salah seorang Bangsa Johor, patik berbangga apabila Tuanku lantang bersuara menentang rasuah, semangat perkauman & salah guna kuasa.
Ini jelas menunjukkan bahawa Tuanku mengambil perhatian tentang keluh kesah rakyat Malaysia. Patik juga gembira melihat Tuanku banyak menolong mangsa & keluarga tragedi Hospital Sultanah Aminah.
Berkenaan isu "pengharaman Demonstrasi jalanan" yang aman, patik dengan rendah diri ingin merafak sembah bahawa patik melihat isu berkenaan dari sudut yang berbeza.
Tuanku,
Hak untuk berdemonstrasi dengan aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak ini diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.
Patik faham akan keperluan untuk mengawal selia hak ini seperti apa yang diketengahkan dalam Akta Perhimpunan Awam.
Jika kita mengikut keputusan mahkamah rayuan Malaysia, hak untuk demonstrasi jelas berlandaskan perlembagaan persekutuaan Malaysia (Kes Nik Nazmi-2012 & kes Yuneswaran-2015). Perbezaannya hanya datang daripada keperluan untuk memberi notis kepada OCPD 10 hari sebelum perhimpunan awam tersebut. However in both cases, the right to peacefully assembly is well guarded.
Tuanku,
Memang patik tak nafikan bahawa rakyat Malaysia boleh mengundi keluar ahli politik yang mengkhinati kehendak rakyat, tetapi demokrasi merupakan sistem yang hidup setiap hari, bukan sahaja bila tibanya pilihanraya setiap 5 tahun.
Hak berdemonstrasi merupakan salah satu tiang demokrasi, sama seperti hak untuk mengundi. Kita tak boleh pisahkan tiang tiang demokrasi yang mencorakkan tanah air tercinta.
Tuanku,
Sejarah Malaya/Malaysia banyak diwarnakan dengan demonstrasi jalanan yang awam. From the rallies against Malayan union to the strikes declared by aggrieved employees.
Selagi keganasan tidak dibudayakan, perhimpunan aman ini sentiasa berjalan dengan lancar.
Malaysia pada hari ini diserang bertubi-tubi dengan skandal rasuah berskala besar & salah guna kuasa yang menindas suara rakyat. Demonstrasi jalanan merupakan jalan demokrasi untuk kami mengekspresikan pandangan kami, terutamanya apabila tarikh pilihan raya belum ditentukan.
Apabila rakyat diasak oleh pemerintah negara, tolongalah jangan mengharamkan salah satu senjata demokrasi kami.
Rakyat & Raja berpisah tiada. Tolong pertahankan hak kami Tuanku.
Patik yang berdatang sembah,
Syed Saddiq

Kali Ini 22 Juta Pula Disahkan Hilang..

Selepas diasak akhirnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mengakui projek Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Selangor merupakan projek gajah putih peninggalan Barisan Nasional (BN).

Projek yang menyebabkan pembaziran RM22 juta itu diklasfikasikan projek gajah putih apabila projek itu didapati tidak selamat dijadikan tempat pendaratan ikan oleh nelayan.
“Itu kerja pemimpin terdahulu, janganlah dibangkitkan lagi,” kata Kamarol Zaki ketika membahaskan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas diasak oleh ADN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Terdahulu beliau menyatakan kebimbangan terhadap satu skim yang dilancarkan pada 2017 daripada menjadi projek gajah putih.

Kenyataan Kamarol Zaki itu menarik minat Suee Lim untuk mencelah dan bertanya adakah projek gajah putih yang dimaksudkan sama seperti yang dialami projek jeti pendaratan ikan LKIM Kuala Selangor.

Kata Suee Lim, projek bernilai RM22 juta itu tidak berbaloi apabila hanya sebahagian kecilnya sahaja boleh dimanfaatkan dengan dijadikan ‘Restoren Steamboat’.

Ia berbanding objektif sebenar tempat pendaratan bot nelayan kelas visel B dan A untuk menaikkan hasil tangkapan masing-masing.

Beliau yang pada mulanya cuba mengelak daripada menyentuh isu jeti yang pernah didedahkan SelangorKini pada 2012 lalu, akhirnya mengakui projek itu merupakan kesilapan dilakukan pemimpin BN terdahulu.

Pada 2012, SelangorKini mendedahkan projek itu gagal memperolehi kelulusan plan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) selepas MDKL mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan pelbagai agensi terlibat ekoran tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Antara agensi yang perlu menilai sebelum kelulusan boleh diberi adalah Jabatan Alam sekitar (JAS), Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Maritim dan lain-lain apabila kesemuanya lebih kurang 19 pihak perlu meneliti projek terbabit.

Walaupun gagal mendapatkan kelulusan agensi terlibat tetapi BN mengambil keputusan meneruskannya hinggalah projek itu akhirnya gagal memperolehi sijil menduduki (CF) kerana diklasfikasikan sebagai tidak selamat. 


Laporan di atas dipetik dari The Malaysian Mirror. 

Namun.


Faham?

Mampos korang la nak kutuk ke meroyan ke mengkritik ke apa ke. 

KAHKAHKAHKAH!

Khamis, 3 November 2016

BERNAMA Edit Berita Najib Jumpa Komunis, Zahid Gelak2 Bila Ditanya Tentang Riza & Jho Low, Senarai Delegasi Ke China Tersebar.

Ringkasan.

Pertama.Kisah siang tadi. Bernama telah menyunting salah satu berita berkaitan Najib yang bertemu dengan pimpinan komunis.

Sebelum.


Selepas.


Perkataan yang disunting ialah kunjungan hormat. Ia ditukar kepada pertemuan. Sebenarnya ia bukanlah isu apa sangat pun tetapi oleh kerana baru-baru ini salah seorang wartawan BERNAMA telah digantung tugas kerana menyiarkan kritikan terhadap Najib makanya kita tertanya-tanya juga apakah suntingan tersebut diarahkan seseorang dari UMNO? Ini kerana wartawan yang digantung tugas itu juga berpunca dari arahan seseorang dari UMNO. Rujuk sini untuk lebih jelas cerita tentang itu.

Kedua.Aku menonton satu rakaman video sidang parlimen tentang kelakuan Zahid dalam menjawab soalan ahli parlimen Puchong dan Taiping tentang dua persoalan iaitu ;

1. Kenapa Riza Aziz terlibat dalam lawatan rasmi Najib ke China.

2. Apakah tindakan PDRM dalam usaha mengesani Jho Low memandangkan individu itu terlibat dalam aktiviti penyelewengan yang membabitkan dana #1MDB.

Rujuk sini untuk video tersebut.

Yang aku nak sentuh sekarang neh ialah, kenapa si Zahid neh gelak-gelak dalam menjawab (actually tak bagi jawapan apa pun sebaliknya mengelak dari menjawab) persoalan tersebut? Apakah ini cerita kelakar?


Mungkin Zahid seronok kerana Najib teruk dikritik berikutan penyertaan Riza ke China? Ada peluang besar nak duduk kerusi no 1 ke?

Atau mungkin Zahid berasa soalan itu kelakar. Soalan tentang intergriti, kredibliti dan ketelusan sesebuah organisasi kerajaan dalam menguruskan isu penyelewengan dijawab dengan nada seperti mengejek orang.

Kalau pun Zahid takde jawapan tentang Riza Aziz. Sekurang2nya Zahid patut ada jawapan tentang Jho Low. Jho Low ini individu penting yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit dalam #1MDB tau. Ada juga orang2 UMNO yang beranggapan bahawanya Najib ditipu Jho Low (aku tak fikir begitu). So aku percaya kita semua nak tahu apa usaha yang telah dilakukan oleh PDRM dalam mengesan Jho Low supaya PDRM boleh bertanya secara terus kepada individu ini tentang kerugian 1MDB. Kelakar ke bila tanya soalan macam neh? Atau PDRM langsung tak pernah ada usaha untuk kesan Jho Low? Jika tiada, kenapa? Tidak kah PDRM mahu tahu tentang kebenarannya ataupun kebenarannya ialah PDRM tidak perlu siasat tentang skandal 1MDB kerana patuh arahan orang politik? Kali terakhir aku semak dalam undang2 negara, penyelewengan merupakan satu jenayah. Apakah itu sudah berubah?

Ketiga.Ada sebaran tentang maklumat delegasi ke China. Nama beberapa individu yang menyertai rombongan tersebut didedahkan. 


Jika gambar ini benar (abaikan andai fitnah), maka betul la kenyataan bahawanya keluarga Najib dijemput. Senarai delegasi ini membuktikan bahawanya ahli keluarga Najib telah tersenarai antara tetamu rasmi yang akan ditanggung secara rasmi oleh pembayar cukai sepanjang mereka menyertai rombongan rasmi kerajaan ke China.

Ia juga membayangkan Riza berada di Malaysia untuk mereka bersama-sama ke China.

Point aku ialah, tak boleh juga kita nak marah kepada Riza dan Ashman kerana yang buat keputusan seperti ini ialah tentunya individu yang berkuasa menentukan senarai tetamu rasmi yang akan dibawa ke China.

Persoalannya ialah kenapa Najib bawa mereka berdua? Mereka mesti ada sesuatu peranan. Dan apakah peranan mereka itu? Rakyat berhak tahu memandangkan kos perjalanan mereka dibiayai oleh pembayar cukai. 

Dalam pada itu, Twitter rasmi Najib telah mengcrop / sunting gambar-gambar rasmi Najib ketika tiba di China. Gambar asal ada memaparkan kelibat Riza namun gambar kedua, versi disunting, kelibat Riza ditiadakan. Kenapa Najib nak buat macam neh? Mula-mula padamkan. Kemudian, upload versi yang telah disunting. Nak control damage ke? Boleh ke? Sedangkan ramai orang dah copy, screenshot malahan siap ada bukti gambar dari siaran berita TV1 lagi. Nak lari macam mana? Semua tahu Riza ikut serta. Ada dua keadaan yang Najib perlu faham. 

i. Akui je yang kita orang dah tahu Riza ikut ke sana. Tak payah nak control damage apa kebenda lagi.

ii. Jelaskan peranan Riza. Kenapa perlu dia ikut serta. Terus terang aje. 

Dengan usaha Najib yang sedaya upaya cuba 'baiki kerosakan' dalam isu Riza, membayangkan Najib akui yang dia telah melakukan kesalahan apabila membawa Riza ke China.

Tak perlu susah-susah kita nak cakap eh Najib salah. Tindakan Najib sendiri membuktikan Najib akui dia memang salah. Nampak? So, aku harap Najib lebih baik jadi terbuka. Jelaskan kenapa perlu ada Riza disitu. Lagi ditutup lagi kita akan fikir bukan2. Bila kita ada usaha nak tanya itu maksudnya kita cuba nak faham. Bagi la peluang. 

Khidmat Pembantu Rumah & Tukang Masak Mahathir Ditamatkan Kontrak, Netizens Sindir Mahathir Mampu Bayar Kerana Kaya-Raya.

Sebelum ini blogger A.Kadir Jasin (bekas ketua pengarang NSTP) ada menulis betapa kasihannya Mahathir yang kini terpaksa membayar sendiri perkhidmatan sewa pesawat peribadi untuk terbang ke sana sini.

Baca : Luahan Sedih, Mahathir Perlu Bayar Sewa Sendiri Untuk Naik Pesawat Peribadi.

Dan beberapa hari lepas, admin SSTDM ada berkongsikan satu cerita yang tak kurang 'sedihnya' dari kisah di atas.


Khidmat tukang masak dan pembantu rumah Tun Mahathir yang disediakan secara lantikan kontrak oleh kerajaan telah pun ditamatkan.

Ini berkemungkinan berkait-rapat dengan tindakan Mahathir yang terlalu lantang mengkritik pentadbiran Najib. Tambahan pula, Mahathir kini berada dalam parti pembangkang. Oleh kerana itu dipercayai tindakan tersebut telah mendorong kepada kerajaan untuk menghentikan secara berperingkat keistimewaan demi keistimewaan yang diberikan kepada Mahathir selaku bekas pemimpin negara kerana Tun Mahathir kini tidak lagi bersama dengan dasar-dasar kerajaan sedia ada.

Ketika dikongsikan kisah berkenaan, kebanyakan penyokong Mahathir berasa simpati dengan perkara tersebut namun ada juga yang tampil memberikan respon yang sebaliknya.

Seperti ini ;


Dan juga ini ;


Dan ini juga ;


Malahan ini ; 


Tak perlu berdrama. Penamatan khidmat tukang masak dan pembantu rumah hanyalah halangan kecil yang dilalui Mahathir. Rakyat lalui lebih teruk dari itu selama ini. Mahathir pula lebih dari mampu untuk bayar khidmat mereka tanpa banyak bunyi.

Ketika zaman Mahathir memerintah, SAR dihalang dari menerima peruntukan sehingga ada yang terpaksa ditutup.

Masih ingat?

Polisi yang memaksa rakyat untuk membayar kereta-kereta (kerana cukai) mahal semata-mata nak lindungi industri automobil tempatan. Ini pun dasar Mahathir. Dan berlambak-lambak lagi polisi-polisi yang tak mesra kepada rakyat dilaksanakan Mahathir.

Bagaimana?

Rasa perit?
Sedih?
Marah?
Sakit ahti?
Kecewa?

Itulah yang dirasai oleh rakyat apabila mereka dibuang sekolah, dibuang universiti, ditahan dalam ISA, dipenjarakan, dinafikan hak bersuara dan pelbagai lagi yang dilalui semata-mata mengkritik kepimpinan Mahathir Mohamed.

Lupa?

Najib dan Mahathir hanya berbeza nama dan rupa. Tetapi apabila kuasa ada ditangan mereka, mereka adalah kembar seiras dari segi perangai dan kelakuan.

Apa yang kita dapat. Adalah apa yang kita pernah buat. Tepuk dada. Apakah tiada satu pun rakyat yang terseksa di bawah pentadbiran Mahathir? Jangan nak berdrama sangat tentang penamatan khidmat tukang masak dan pembantu rumah. Sedangkan Mahathir ada kemampuan nak bayar sewa kos jet sendiri. Dia berhak terima kelebihan kerana dia PM 22 tahun yang paling berjaya? Siapa kata? Apa kayu pengukur yang digunakan untuk buktikan dia menjalankan tanggungjawab dengan effisen? Penyokong2 dia? Pujian ke atas diri sendiri? Yang patut bercakap tentang ini ialah rakyat. Kita adalah penanda aras. Kita yang patut bagi 'report card' atas prestasi Mahathir. Bukan main pandai2 karang berdasarkan kepada pemikiran sendiri. 

Sebenarnya. Walaupun manusia berubah. Walaupun manusia patut diberi peluang kedua. Walaupun manusia patut diraikan apabila mereka bertaubat. Walaupun manusia patut menerima secara terbuka apabila seseorang insaf. Bukanlah bermaksud dia boleh lari dari kesalahan2 silam. Setiap dari kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang pernah kita buat. Jalani hukuman atas kesalahan lampau. Ini je cara untuk cuci dosa Mahathir. Menjadi pembangkang bukan bermaksud Mahathir ialah kain putih bebas dari noda. Kerana pembangkang pun haprak dua kali lima. Dan seperti biasa. Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk tersepit ditengah-tengah. Gajah ialah ahli politik. Pelanduk ialah penyokong2 ahli2 politik. Kami yang kecil bagai semut, maaf cakap dah lari laju2 kerana menjadi pemerhati suatu kebodohan lebih baik dari terlibat dalam kebodohan itu sendiri. Ekekekek. 

Ini Jawapan Kepada Ahmad Maslan, Kenapa Kami Rakyat Malaysia Mahu Dia Mengulas Tentang Kenaikan Harga Barang.

Bukan bidang kuasa saya lagi. Saya kini di MITI. Sedangkan isu kenaikan minyak masak dan petrol adalah di bawah seliaan KPDNKK.

Itulah yang cuba disampaikan oleh Ahmad Maslan menerusi kemaskini di laman Twitternya selepas ditertawakan dan diejek oleh netizens kerana lari dari menjawab soalan pemberita mengenai kenaikan harga barang.

Ini alasan Ahmad Maslan yang dipetik menerusi Twitternya pada semalam ;



Ia adalah merujuk kepada tindakan ini ;

 
Ahmad Maslan lari. Sebelum lari dia bertindak menyalami beberapa anggota keselamatan yang berada berhampiran. Mungkin dengan niat mahu mengelirukan ataupun sekadar mencari helah bagi melarikan diri. Selepas bersalaman (sampai tersalam 2 kali) dia kemudiannya mencabutkan dirinya selaju yang mungkin dari para pemberita. Kumpulan wartawan itu kemudiannya mentertawakan tingkah laku Ahmad Maslan. Rakaman video itu kemudiannya tersebar luas di laman sosial dan Ahmad Maslan menjadi ejekan orang ramai.

Seorang menteri, melarikan diri dari pihak media?

Kenapa?

Ada melakukan kesalahan ke?

Imbas kembali. Kenangan masa silam. Ini adalah sebab kenapa kami rakyat Malaysia mahu mendengar respon Ahmad Maslan tentang isu kenaikan harga barang. Just in case Ahmad Maslan mungkin lupa. Mari kita hayati gambar dan rakaman video di bawah neh. Mungkin flashback ini mampu mengembalikan memori Ahmad Maslan yang hilang.






 

Bagaimana Datuk Seri Ahmad Maslan? Sudahkah anda mampu mengingatinya kembali, kenapa kami rakyat Malaysia mahu anda menjawab tentang isu kenaikan harga barang? Heh.

Rabu, 2 November 2016

Syarikat China Yang Biayai Projek ECRL Disenaraihitam Kerana Terkait Rasuah - Apa Kata Najib?

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer (km) menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) akan dibina dan dibiayai oleh China. 

Kontrak pembinaan dianugerahkan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM). 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata Malaysia mendapat pinjaman kewangan kompetitif dari China yang jauh lebih rendah berbanding pasaran antarabangsa.

Ini adalah petikan laporan yang dipetik menerusi portal Berita Harian

Point dia ialah kita nak mengesahkan bahawanya menerusi laporan tersebut kita dapat tahu dua perkara. 

Pertama. Syarikat yang dapat tender projek ECRL.

Kedua. Syarikat yang bakal biayai kewangan pembinaan projek berkenaan.

Apabila digoogle tentang syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC), ini adalah antara maklumat yang ditemui.

http://www.monitor.co.ug/News/National/World-Bank-blacklisted-company-hired-to-build-Entebbe-Highway/688334-1723822-iixibez/index.html

http://themaharlikan.info/news/chinese-firms-who-will-build-ph-railway-is-currently-under-blacklist-for-corruption/

http://www.worldbank.org/en/news/press-release/2011/07/29/world-bank-applies-2009-debarment-to-china-communications-construction-company-limited-for-fraud-in-philippines-roads-project

Apakah itu?

Secara ringkasannya begini. Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak-anak syarikatnya dari dibenarkan untuk mendapatkan sebarang bentuk pinjaman menerusi Bank Dunia mahupun agensi berkaitan Bank Dunia kerana amalan penipuan yang ditemui dalam projek berskala besar iaitu Fasa 1 : Penambahbaik & Pengurusan Projek Lebuhraya Nasional, Filipina.

Sekatan itu berkuatkuasa sehingga 12 Januari 2017. Iaitu lagi beberapa bulan dari sekarang sekatan itu akan dimahsuhkan. 

Dalam satu lagi berita berkaitan, syarikat yang sama turut mendapat projek pembinaan Lebuhraya Entebbe-Kampala, di Uganda. Ia mula menjadi topik pada 2013 apabila didedahkan syarikat itu disenaraihitamkan oleh Bank Dunia atas amalan korupsi. Sungguhpun menjadi sasaran kritikan, kerajaan Uganda mempertahankan projek tersebut atas alasan senaraihitam itu tiada impak dan kesan ke atas projek yang telah dirancang.

Dan, pada tahun 2016, kerajaan Pilipin sekali lagi menganugerahkan projek bernilai 24b kepada syarikat CCCC untuk projek keretapi yang mencetuskan polemik disebabkan syarikat tersebut pernah terlibat dalam skandal korupsi di negara berkenaan.



Selain dari bakal terlibat dalam projek ECRL, anak syarikat CCCC juga telah diberikan lesen kewangan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini. Tindakan itu kemudiannya menjadi sasaran kritikan di laman sosial. Menteri dipersoalkan kerana berkemungkinan membuat keputusan berdasarkan amalan favoritism.



Pun begitu, apakah kerajaan kita patut yakin dan percaya pada syarikat yang pernah terkait dengan amalan rasuah sehingga disenaraihitamkan oleh Bank Dunia untuk membiayai dan membina projek ECRL? Tak takut ka akan berbalik semula kepada kita kerana mempercayai syarikat yang layak dipersoalkan kredibliti dan reputasinya? Fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...