Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 November 2012

Trak kempen DAP hilang.

Gila la.

Ingatkan nak simbah cat merah. Agaknya cat merah dah naik harga kot. Tak pun dah tak seronok main simbah2 cat. So curi arh terus. Permainan baru plak. Macam best jek. Sebab boleh gempakkan dap. Betul tak?

kah kah kah


Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau.
Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri.

"Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya.

Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut.

Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas.

Tunggu siasatan polis. Dap dah buat laporan polis, once trak tue berjaya dijejaki kita akan tahu samada ia bermotifkan politik ataupun sebaliknya. Harap2 jumpa lah lepas neh. Kalau tak jumpa dah rugi duit jek. 

Bukan murah beb beli trak apa seme tue. Kalau sungguh bermotifkan politik mohon pihak2 yang terlibat tak payah arh kenakan orang sampai macam neh sekali. Lawan depan2 sudey. Belakang2 tue kerja orang pengecut dan takde fakta jek. Lue fikirlah sendiri.

Sumber : sini

Gambar-gambar terkini sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat [Video Inside]






























Belum lagi kedengaran terdapat provokasi dan gangguan dari mereka2 yang membantah karnival di atas. Main wayang jek kot. Gertak je lebey. Sebijik cam perkasa siot.

kah kah kah


Apa pun kita doakan juga perhimpunan neh berlangsung secara aman. Rekod, perhimpunan kebangkitan rakyat adalah gabungan beberapa cause yang menuntut perubahan dan tindakan dari kerajaan semasa [BN] iaitu ;


1. Pilihanraya yang bebas dan adil = BERSIH


2. TOLAK LYNAS, SAVE KUANTAN = Himpunan hijau.


3. Pulangkan hak milik kelantan = ROYALTI.


4. Selamatkan felda = Himpunan OREN.


5. Kempen anti saman ekor = KASE 

Aku sebenarnya tertarik dengan karnival ini berbanding himpunan biasa2. Siyes. Bagi aku karnival seperti neh boleh diadakan terus ke 14 negeri di seluruh malaysia. 

Ketika mengadakan karnival neh boleh la PR berkempen sekali dengan turun padang menjelaskan apa sebenarnya misi 4 cause di atas. Satu perubahan yang baik. Bukan sekadar berhimpun dan berkumpul bahkan kita boleh berpadu tenaga saling jelas memperjelaskan apa sebenarnya misi PR kepada rakyat. Well done. Yang neh aku puji.

Kat atas adalah antara gambar2 yang aku dapat di pelbagai wall facebook. Ada Aishah. Ada A.Samad Said. Walaupun hujan tetapi still mendapat sambutan. Acara kemuncak pada malam karang. Gerai TYB pun ada. Original, bukan cetak rompak. Bersama2 gerai TYB, ada juga 2 gerai lain termasuk la gerai aduka taruna.


Kalau korang nak beli tshirt murah ini la masa nya sebab dorang terus jual kat korang. Takyah post2 lagi dah. Dapat special price. Tak silap aku TYB jual sehelai rm25 kot. Kecuali tshirt ABU = asal bukan umno. Yang lain2 dalam offer price. 


Hopefully cuaca malam karang tak hujan. So lebih ramai lagi yang akan keluar. Nanti ada gambar aku update kat sini oke. Bai. 


Versi live dari selangorku ;  
 


Untuk live dari u-stream tengok kat bawah neh oke.. 





Ini pula versi rakaman dari SAMM ;



Video streaming by Ustream  
Psttt.. nak bisik sket kat kekawan umno.. ini bukan jom heboh tau. KPOP takde. Artis terkenal pun takde. Pengiklanan havoc dalam media massa pun takde. Tapi still gempak wa cakap sama lue..

kah kah kah


Artikel ini telah dikemaskini.

1. Tiada sebarangan kekacauan yang ditimbulkan oleh 15 NGO yang menentang karnival ini semalam .

2. Program ini berjaya menghimpunkan 30,000 dalam satu2 masa terutamanya ketika acara kemuncak di waktu malam. Ceramah oleh 3 pemimpin tertinggi parti pakatan rakyat.

3. Acara di akhiri dengan ucapan penutup oleh dsai.

4. PR meletakkan harapan bahawa mereka akan menurunkan harga minyak, mengkaji AES, PTPTN dan memberikan pendidikan percuma untuk anak muda. Di samping itu menurunkan cukai kereta dan membantu meringankan beban rakyat setelah memerintah kelak.

5. Acara tetap berlangsung meskipun hujan sekejap2 turun.

6. Perhimpunan ini akan diteruskan di kelantan pada 16 nov dan seterusnya akan menjelajah beberapa buah negeri sebelum berakhir di bukit jalil. Antara negeri yang akan dijelajah ialah perak, pahang, kedah dan johor.      

Hot : Individu ditahan kerana didakwa hina Sultan Johor.


Maklumat dari sahabat facebook admin:-

Anas Abd Jalil
----------------
My brother is being detained by the Police for criticising the King. The police datained him on Friday, because of the magistrate court is close tomorrow, and this give the police two full days with him . . . 

Anas Abd Jalil
-----------------
Ok haramjadah apa ni;
Hp line adik saya Abas dipotong secara tiba-tiba kerana Abas lah orang perama yang dicontact oleh Ahmad (yang ditahan)
line internet Unifi dan fixed line rumah mak saya baru dipotong secara tiba-tiba . . .
Semua akibat tuduhan menghina Sultan . . .

Asiah Abd Jalil;
-----------------
"Polis Johor dah ready nak bawa adik saya (Ahmad Abd Jalil) dari Balai Polis Wangsa Maju ke Skudai. Tak tunggu kehadiran lawyer, walaupun lawyer sudah hampir tiba. Mereka tak patuh pada Criminal Procedure Code. Mereka sengaja tahan adik saya pada jam 8 malam hari Jumaat, kerana esok public holiday."

Sumber : sini


Aku pun tengah kumpul maklumat berkaitan. Kalau ada info nanti aku share sini. Aku tak faham apa yang si ahmad tulis di facebook sehingga menyebabkan dia ditahan. Aku pun tatau sapa yang report polis sehingga menyebabkan dia ditahan.

Dari apa yang aku faham kita boleh tulis macam2 tapi kalau ada orang yang printscreen kata2 kita then bawa ke balai, baru la polis akan bertindak kot. Selagi apa yang kita tulis takde sesiapa report kat polis, polis memang takan bertindak. Dorang pun banyak kerja lain lagi nak buat. Contohnya jaga ceramah pakatan rakyat dan halang wakil pakatan rakyat hantar bantuan kepada penduduk.


kah kah kah


Apa2pun aku akan update lanjut kat sini. Buat masa sekarang aku taktau sapa yang report polis dan apa kenyataan yang dia tulis tue sehingga menyebabkan orang rasa marah yang amat.  

Jumaat, 2 November 2012

Islamic Fashion Show - Rezza Shah sound AmenoWorld.

Owhh oke. 

Rezza Shah cakap model yang pakai baju nampak ketiak tue takde kaitan dengan rosmah mansur dan dia. Lihat gambar kat bawah neh sat ;


Dia cakap kan, purposely tujukan kat aku dan seme blogger pembangkang yang menyiarkan gambar di atas dalam blog masing2 ;

1. Rosmah mansor takde kaitan dengan penyebaran gambar di atas. Walaupun rosmah mansur penaung tetapi rosmah tidak tahu semua aktiviti dan perjalanan IFF berbanding diri dia selaku pengasas dan pengerusi IFF.

Aku boleh terima rosmah tatau penyebaran gambar di atas. Aku pun boleh terima alasan bahawa rosmah mungkin tidak mengetahui mengenai aktiviti di atas. Tetapi bila rosmah mansur dah bersedia untuk jadi penaung itu bererti officially dia promotes diri dia selaku individu yang ada direct link dengan IFF. So apa2 kepincangan yang dilakukan oleh IFF, suka tak suka orang akan relate juga dengan rosmah.

Kalau rosmah tak boleh terima, sila tarik diri ataupun IFF ubah format selaras dengan nama pangkal dia ==> ISLAMIC fashion show. Kalau taknak buat dua2 neh juga, fine, buang aje pangkal nama ISLAMIC tue. Kita pun takan kait2kan IFF dengan rosmah lagi. 

2. Model wanita yang pakai baju nampak ketiak tue memang model IFF. Tetapi bukan under rezza shah. Model tue akan memperagakan selendang ketika IFF nanti. Model tue under NGO yang diberikan nama persatuan bencana negeri kedah. NGO tue antara NGO yang akan mengutip dana ketika IFF berlangsung. Rezza  Shah dan Rosmah Mansur tak patut dikaitkan dengan kehadiran dia disitu pada hari tersebut.

So? Still model IFF gak. Tak kira la tujuan dia apa sekalipun still model IFF. Susah sangat ke nak hormati tema islamik tue kalau ye sekalipun di alam realiti pakai seksi apa bagai tak boleh ke jadi hipokrit sekejap kat event tue semata2 nak menghormati tema IFF? Apa punya alasan tahhhhh

Lagi satu kita tak berapa focus bab mengaitkan rosmah dengan model tue ke apa ke. Kita lebih focuskan bab kenapa nama fashion show tue islamic fashion show tapi tak islamic pun? Then, bukan model nampak ketiak jek kita persoalkan oke. Yang nampak leher dan rambut tue pe citer plak? Islamic ke tue?

Isu neh sebenarnya simple jek. 3 benda yang rezza shah kena faham. Taknak faham pun takpe tapi still harap2 dia boleh terai faham kenapa kita marahkan sangat. 

1. IFF tak ditolak kerana rosmah mansur sebagai penaung. Rosmah mansur atau sapa sahaja yang jadi penaung IFF yang sepatutnya islamic tapi tak islamic memang akan kena balon. Suka tak suka tue lue punya pasal. Yang lue pandai2 letak nama islamic pada benda yang tak menepati syariat sapa suruh? Memang la orang bengang sebab menimbulkan persepsi serong terhadap islam.

2. Lue boleh slow2 ubah IFF supaya memenuhi tuntutan syariat. Takde masalah. Janji lue ada usaha ke arah itu. Dalam masa yang sama terbuka la dengan kritikan. Tak perlu kot nak menganggap seme orang yang menegur lue tue menfitnah lue padahal lue sendiri yang jemput media untuk hadiri majlis lue kan? So takan media plak salah sebab siarkan gambar2 model tue? Dah media siarkan takan blogger plak salah kalau mainkan gambar yang terang2 tak islamic nya tue? 

Sepatutnya lue sebagai tukang yang menetapkan tema boleh je keluarkan notice untuk mereka2 yang terlibat dalam IFF mengikuti tema yang disepakati. Kat sini lue seme sepakat tema islamik so buat la ikut garisan panduan tersebut. Bukan gua yang pandai2 cakap islamik then gua taknak buat. Lue sendiri yang sepakat so bila dah tersebar gini mana lue boleh bengang2 bila kita seme tegur lue. Suka2 jek nak cakap orang fitnah. Macam la aku reka sendiri gambar kat atas neh. 

3. Gugurkan nama islamik. Ini tindakan terakhir lue boleh buat kalau lue taknak kontroversi. Sebenarnya ada banyak je fashion2 show kat malaysia neh yang memang tak islamik langsung. Bukan lue jek. 

Tapi kenapa kita tak attack mereka? Mudah. Mereka terang2 mengaku mereka bukan islamic fashion show, so? Tapi dengan lue berbeza sikit. Lue boh nama islamic tapi yang sebenarnya tak islamic langsung so orang jadi bengang. Kalau lue boleh faham yang neh selesai sudah masalah antara kita. Tak payah nak bengkek sangat la... bukan sapa2 yang cari. Lue sendiri yang gak tempah.. 

Berita penuh : sini 

Hot : PR disekat dari hantar bantuan kepada mangsa ribut.


Dapat satu info. Benda neh berlaku semalam beb.  Baca bawah sat ;
MPHTJ menghalang proses menyampai bantuan oleh PAKATAN RAKYAT ( wakil Rakyat DAP ) kepada mangsa ribut di Taman Air Keroh, Melaka SEKARANG. MPHTJ memberi tempoh 1Jam untuk mengemas barang atau akan di ambil tindakkan Meroboh khemah yang di dirikan
Sumber :  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=548678768479279&set=o.398291856889040&type=1&permPage=1

Kalau ini betul, ini membuktikan kerajaan negeri melaka memang super duper bangang. Selama neh depa bangang jek. Kali neh mereka super duper bangang. 

Agak2la orang nak hantar bantuan pun ko nak sekat. Kalau dorang nak buat kerosakkan ko boleh marah, halau dan hukum. Tapi ini hantar bantuan beb. Nak membantu. Nak menjalankan tanggungjawab sebagai wakil penduduk. Takan itu pun nak halang gak?

Lepas tue mula la media2 korang merepek cakap wakil pr tak buat kerja la blablabla.. begitu la babalbla.. pemalas la.. tak amek tahu hal rakyat bblablanlanal.. bila orang nak hantar bantuan ko halang plak. Bila bantuan tak dapat dihantar pr juga kena ketuk. Demm.. 

Ini la kot yang orang kata memang betul2 BODOH nak MAMPOS. Kan aku dah terjujur neh.

KAH KAH KAH

Psttt.. jom sebarkan kebahlolan kepimpinan ali rustam.. hehehe.. 

15 NGO dengki ugut ribuan penyokong pakatan rakyat.


Gila arh kaw.

Dasat siot. Harap polis boleh bertindak menyiasat kes ugutan yang dilaporkan dan disiarkan secara terbuka oleh paper sinar harian sebentar tadi.

Ugutan dilakukan oleh 15 NGO. Aku ingatkan 15 orang tadi. Rupanya 15 NGO. Apasal sikit sangat yang hadir? 1 ngo 1 ahli ke apa?

Kah kah kah

Kes ugutan ini harus dipandang seriyus. Silap2 ada yang mati lagi disebabkan tindakan bodoh mereka. Baca ugutan terbuka mereka kat bawah neh geng ;


Terang2 dorang cakap ;

1. Akan halang himpunan neh sebab ia akan timbulkan huru hara.

2. Kalau polis tak halang dorang akan amek tindakan sendiri.

3. Takan bertanggungjawab kalau berlaku apa2.

4. Ini n9, bukan negeri pr. Pftt. Bodoh gak ek dorang. N9 ke N8 ke N7 sekalipun kalau pr nak berhimpun kat mana2 bukan ada masalah. Even depan pwtc pun boleh jek. Bukan negeri2 ko juga untuk ko halang2 orang. BODOH.

Ini memang ugutan. Mengaku depan2 nak buat kacau. Kalau dorang tak buat kacau mana nak huru hara. Disebabkan dorang mai nak buat kacau baru jadi huru hara. Lepas da huru hara masyarakat bukan nak sangat kaji sebab2 kepada kejadian tue. Dorang lebih kepada menilai apa yang telah berlaku. Last2 pr juga kena blame dalam media hari2. 

So untuk langkah berjaga2, penganjur iaitu pr kena report polis. Kalau berlaku huru hara jangan nak salahkan penganjur. Sila salahkan mereka yang nak buat kacau tue. Bukti da ada. Mereka siap buat pengakuan terbuka tue. So apa lagi.. bertindaklah..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kami menentang demo jalanan dengan berdemo jalanan - NGO Pro UMNO.

Aku dah pusing satu blog umno. Lepas tue aku pusing umno-online. Takde. Terai buka bh-online. Pun takde. Kat utusan jek ada. Itupun gambar jek. Apsal takde yang tulis pasal neh? Sebab memalukan diri sendiri ke apa?

kah kah kah



Kelakar siot.

Ini jek satu2nya gambar yang aku dapat dari utusan. Satu jek ke? Cukup la tue. Ada 15 orang jek pun. Nak letak banyak2 buat apa? Pusing2 muka orang tue juga. Bukan muka orang lain pun. Wakaka..

Hari tue ada baca perkasa nak buat perhimpunan bantah perhimpunan besar-besaran oleh pr di seremban. Ini ke perhimpunan yang dimaksudkan? Ini ke geng2 perkasa? Kenapa letak nama NGO je? 

Letak la terus nama perkasa kalau seriyus perhimpunan kat atas tue dibuat oleh ahli2 perkasa. Jangan la malu. 15 orang pun tetap orang kan. Bukan batu. Buat apa nak malu2. Siap tunjuk 1malaysia lagi tue. Confirm la mesra umno. Yang paling suka memalukan diri sendiri tue perkasa. Mana ada orang lain paling tak malu macam perkasa di malaysia neh.

kah kah kah

Apa pun aku percaya pr akan memahami kehendak korang. Tapi setakat faham je la. Bukan mengikut kehendak korang. Perhimpunan besar-besaran tetap on juga. Korang boleh terus memperbodohkan diri lagi dan lagi dan lagi. Setakat 15 orang ekekeke.. kelakar la.. takde semangat aku nak kutuk lebih2..  

kah kah kah

Konsert raikan Abuya.

Cam kelakar jek aku tengok. First time aku dengar orang islam buat konsert untuk raikan pemimpin yang mereka anggap agung dan berstatus ulama. Konsert tue beb, konsert. Bukan majlis tahlil. Biasa benda2 gini artis jek suka buat. Konsert mengenang sudirman la itu la ini la.. 


Aku sharekan sedikit petikan berita yang aku baca tadi ;

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan ‘Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib’ itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Huitttttt....

Pemimpin PKR pun hadoo.. aku takmo ulas la kehadiran dia kat situ. Harap2 dia pun tak claim dia pemimpin ghaib pas neh. Almaklumlah member ada ilmu kebal kena hentak dengan 20 lelaki tapi tak cedera langsung sampai tersumbat dalam bilik hotel yang boleh kena kunci dari luar tue.. hehehe..

Yang aku nak ulas bab title konsert tue jek. Abuya terus memimpin walaupun ghaib? Kesesatan ke tue? Hish. Berat sangat tuduhan neh. Mana boleh tuduh2 orang sesat, kafir dan segala apa bagai tanpa bukti beb.. 

Aku tatau la kenapa ada di antara mereka masih beranggapan abuya tue masih hidup. Siap ada yang claimed boleh bersama abuya secara roh. Bini dia yang mana tah. Hehehe..

Tetapi pengikut2 ektremis macam neh ada 2 jek yang aku nampak pada mereka. 

1. Mereka tak faham yang abuya benar2 dah takde di dunia neh. 

2. Mereka saja2 gunakan nama abuya atas sesuatu tujuan.

So kat sini jabatan penguatkuasa agama kena mainkan peranan. P la tahan mereka2 yang dikatakan terlibat dalam ajaran yang kerajaan cakap sesat tue dan bicara dorang dengan seadil-adilnya. Kalau sesat, maka proses pemulihan perlu dijalankan. Kalau tak sesat, lepaskan cara baik dan bersihkan persepsi negatif ke atas mereka.

Tapi siyes aku cakap, mana2 manusia normal pun takan mahu dipimpin oleh manusia yang telah tiada. Wakaka..      

Rujukan ; http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121102/dn_01/Cubaan-hidupkan-Al-Arqam

Apsal harga sawit turun mendadak sangat neh?




ANAK telah menerima banyak aduan daripada peneroka mengenai pendapatan mereka yang semakin teruk. Ia ada kaitan dengan kejatuhan harga komoditi secara mendadak dan musim melawas yang berpanjangan.


Saya lampirkan salah satu paysheet peneroka yang kemudiannya dibuat pemotongan lagi oleh Ketua Blok. Hanya tinggal tidak sampai RM400 sebulan. ANAK sedang mengumpul lebih banyak bukti dari Felda2 seluru
h negara mengenai situasi ini. Ada khabar terbaru di sebelah Felda Raja Alias, ada peneroka berbaki RM60 sahaja. Kami akan siasat.


Dua kali temujanji ANAK dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok gagal. Hanya dapat berjumpa dengan Setpolnya sahaja. Tujuan pertemuan adalah untuk mendapat gambaran langsung dari Kerajaan punca sebenar kejatuhan harga komoditi sawit khususnya dan apakah langkah2 segera yang dilakukan. 


Kejatuhan mendadak harga komoditi memberi kesan kepada berjuta pekebun kecil luar bandar samada di kampung2, peneroka Felda dan peserta Felcra. Alasan persaingan minyak sawit Indonesia dan penghasilan kacang soya semata2 adalah tidak memadai. Ia skrip yang sama sejak dulu.


Kesian peneroka Felda, saham FGVH jatuh, harga komoditi pun jatuh......

Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh bantu?


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=291703644280623&set=pb.100003229707933.-2207520000.1351820937&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F57349_291703644280623_1225829226_o.jpg&smallsrc=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F155324_291703644280623_1225829226_n.jpg&size=1024%2C768
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...