Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Rosmah Mansur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rosmah Mansur. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2017

Pengacara Kongsi Gambar-Gambar Rosmah Mansur Main Badminton Malangnya Netizens 'Bom' Dengan Kritikan & Paling Teruk Apabila Komen Memuji Datangnya Dari Fake Account

Langsung tak bagi peluang!

Itulah netizens apabila berbicara isu Rosmah Mansur. Seorang pengacara di Saluran RTM, Zamzarina Zambri yang juga isteri kepada pegawai khas Rosmah Mansur iaitu Rizal Mansor, telah memuatkan beberapa gambar-gambar Rosmah yang begitu aktif bersukan meskipun usianya telah mencecah 65 tahun.

"Umur dah 65 tapi stamina sukan power!" - Zamzarina Zambri.



Yeay, jom la main badminton.




Meskipun perkongsian tersebut bersifat apolitical namun netizens tidak melepaskan peluang untuk menghamburkan kata-kata kemarahan dan kritikan ke atas perkongsian gambar-gambar berkenaan.




Tidak hanya ada komen-komen yang negatif, masih ada komen-komen yang memuji juga. Komen-komen yang memuji ialah antara komen-komen yang terawal berada di post berkenaan.

Dan yang paling menarik di kalangan yang mengkritik Rosmah Mansur di post berkenaan adalah seseorang yang benar-benar rajin apabila sanggup klik satu demi satu profile fb yang memuji Rosmah Mansur!

Hasilnya, dia menemui ini ;

Klik Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas
FB puji Rosmah FB fake rupanya!

Terdapat beberapa fb fake yang memuji Rosmah di ruangan komen tersebut rupa-rupanya. Dan apabila pihak kami memeriksa beberapa profile fb di status berkenaan, selain dari id-id di atas, kami mendapati terdapat 3,4 id lain yang juga boleh diragui status 'ketulenannya'.

Apa sudah jadi? Sebenarnya tak perlu susah-susah nak create id palsu la! Banyak juga penyokong-penyokong BN dan Rosmah di media sosial neh sebetulnya. Pakat-pakat dalam 10-15 kawan-kawan FB untuk sama-sama puji status kawan-kawan pun boleh je. Sekurang-kurangnya tak la terkantoi dengan id palsu kan? Tak pasal-pasal je Rosmah terbabit sama.

Kah Kah Kah!

Isnin, 19 Ogos 2013

Bersyukurlah Negara Aman - Rosmah Mansur.

Akhirnya.

Wanita paling hebat dan berpengaruh di Malaysia telah pun bersuara. Takan tak reti2 lagi nak bersyukur?

Kah kah kah

Tak sangka. Setelah berbulan2 troll orang2 umno dengan ayat syukur negara aman kini Rosmah pula guna ayat tersebut. Ayat syukur negara aman neh tak silap aku mula2 sekali digunakan oleh Najib bagi mengambarkan betapa bagusnya BN mentadbir negara neh. Sebab tue kita aman. Jika dibandingkan dengan negara2 arab yang sedang bergolak.

Ooooooooooiiiiiiiiiiii

Lihat duniaaa..

Aman kan Malaysia nehhh..  Sapa yang tadbir? Bersyukurla oiii..

Lebih kurang gitu ah yang dia nak gambarkan. Walaupun dia tak sebut sebiji2 macam tue.

Hehe.

Setelah melihat ;

Kadar jenayah semakin meningkat,

Kes tembakan berleluasa,

Buang anak macam buang sampah,

Bunuh orang macam bunuh lalat,

Jurang miskin kaya melebar,

Defisit negara meningkat,

Ekonomi negara sakit,

Bangga buat maksiat secara berdepan,

Pemimpin ada skandal dan corruptted diberikan amanah,

Penyelewengan dana negara tanpa segan silu,

Projek gajah putih sentiasa berterusan,

Ketidakadilan dalam melaksanakan hukuman,

Gunakan Islam as makeup untuk tutup salahlaku sendiri,

Gunakan Islam as mask untuk raih simpati sokongan dan undi,

Dan macam2 lagi masalah2 lain yang belum lagi menemui penyelesaian yang muktamad dan berkesan.

Aku was2 untuk tidak rasa bersyukur. Aman sangat. Meleleh2 airmata aku ucapkan kesyukuran neh. Siyes.

Kah kah kah

Rabu, 24 April 2013

Rosmah Mansur Juga Bantah AES.

Ya, Rosmah idola aku juga bantah AES. Apatah lagi rakyat Malaysia? Masakan kita bisa melangkaui orang paling popular ? Jika dia bantah AES, rakyat malaysia lebih2 lagi.

KAH KAH KAH

Telah dimaklumkan oleh portal HarakahDaily bahawa Rosmah kesayangan rakyat Malaysia tak bayar saman AES. Tak bayar langsung saman walaupun dah dua kali kena. Sedangkan Rosmah ialah isteri Najib, isteri kepada manusia yang mana parti nya itula yang melaksanakan AES. Beria2 sangat konon atas dasar keselamatan. Bukan sebab nak duit ekpress.

Rujukan berita disini ==>  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18619-aes-saman-tertunggak-rosmah-apa-kata-najib



Boleh jadi surat tak sampai. Dari bulan satu sampai bulan april. Tapi boleh jadi surat sampai tapi rosmah bantah AES. 

PERGI MAMPOSLA SAMA AES. MACAM AKU NAK HERAN.

Rosmah mungkin mengamok. Aku ingat ini paling tepat. Dengan ini kita mengalu2kan Datin tersohor kita Rosmah Mansur untuk menjadi ikon pembantahan AES.

Terima kasih mem. Akhirnya mem juga bersama2 kami untuk membantah kekejaman BN. Tahniah, terbaek. Rosmah memahami aspirasi rakyat. Jom raikan ahli baru.

KAH KAH KAH  

 

Isnin, 11 Februari 2013

Najib Razak dimalukan di konsert PSY [Video Inside]

Suara rosmah mansur memang sedap. Patut dah lama dah jadi penyanyi. Rugi woo. Bakat terpendam tue.

Hehe.

 

Rosmah Mansur menyanyi sempena majlis sambutan tahun baru cina di penang yang mana dianjurkan oleh BN penang. PSY antara artis antarabangsa yang dijemput untuk menjayakan sambutan tersebut. Beberapa info yang aku berjaya collect ialah ;


1. PSY bergegas kembali ke tanah air dia selepas habis pertunjukkan.

2. Persembahan PSY yang berapa minit tah mencecah jutaan ringgit. Ingatkan dalam 2 jam ada kot. Mana ada. HARAM. Dah la BAYAR MAHAL NAK MAMPOS.

3. Ada news cakap jumlah hadirin ialah 30k, ada pula yang cakap 50k, tak sure mana satu betul. 

4. Tetapi ada kumpulan2 yang hadir memakai baju kuning dan hijau. Lihat bawah ;

5. Menurut ASD, dia cakap ;









Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"

Jawab yang hadir.."READY!!!"

Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"

Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"

Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..

Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"     



WOw..

Sekali terkena la plak. Kalau sesiapa rakamkan perkara tersebut, mohon share. Aku nak tengok suasana dia.. especially muka PM kita bila terima NOOOOOO as return. 

KAH KAH KAH

Info selanjutnya akan dikemaskini selepas ini. 

Nah, video yang dinyatakan. Mujur ada rakaman dari facebookers. Kali neh secara RASMINYA suara2 mereka yang mengatakan NO kepada BN itu mewakili suara aku juga. Najib tanya dan kami telahpun nyatakan pendapat kami.

BIG NO TO BN, OKE? BIG NO. FACE IT LA NAJIB.

KAH KAH KAH 

  

Sabtu, 5 Januari 2013

Rosmah mansur cute berposing jadi model cuci rumah.

Memang sahih la dia ialah tokoh serba boleh. Padan la dia dapat macam2 anugerah. Tabik dan salute gile aku kat rosmah mansur sorang neh. Tetiba rasa nak belajar macam mana agaknya dia menguruskan karier dia sampai tahap neh. Kalau la dia kongsi tips mungkin aku pun akan secemerlang dia.

Pehhhhh

kah kah kah

Baru2 ini rosmah mansur kita telah berposing sakan dalam satu paper akhbar cina. Tak pula aku tahu akhbar apa. Tak dinamakan oleh sumber yang sebarkan gambar ini. Rujuk sini.


Dia punya posing tue pehhhhh maut siot. Kalau la rosmah mansur masih anak dara mao tergolek lelaki2 semalaysia. Terpikat la katakan. Sudah la cantik comel pula tue. Ko ada? Aku takde beb.

kah kah kah

Apa pun rosmah mansur terima kasih la tunjukkan keprihatinan anda terhadap mangsa2 banjir. Good job. Harap2 lain kali rosmah mansur boleh berposing dengan stail lain plak lepas neh. Confirm meletup kaw. Terbaek la katakan.

kah kah kah

Selasa, 11 Disember 2012

Rosmah, ko meh sini kejap.

Rosmah mansur ada lagu. Nama lagu tue wanita perdana. Lagu tu dinyanyikan oleh misha omar.

Wow..

Apa agaknya lirik lagu nyanyian misha omar tue ek? Adakah memuji2 mem? Sebenarnya isteri mahathir tue pun tak pernah lagi aku tahu ada lagu. 22 tahun tue. Isteri kepada pm. Usah kata lagu, nak keluar tv pun jarang sekali. 

KAH KAH KAH

Apa pun sekarang bukan nak citer pasal lagu. Itu side dish je tue. Yang sebenarnya nak citer pasal rosmah dan buku rosmah. Semalam [10/12] rosmah telah melancarkan satu buku biografi. Buku tue berharga rm150. Buku tue ada menceritakan beberapa perkara mengenai rosmah dan menjawab balik fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atas rosmah mansur. Itu menurut pendapat mereka la kan. 

Segala apa benda yang dilemparkan kalau bn tak mampu tangkis dengan hujah maka ia dicop fitnah. Segala apa benda bukti yang diberikan kalau bn tak mampu sangkal dengan fakta lalu ia menjadi tohmahan. 

Pfttt.

 
Oke rosmah. 

Meh sini aku nak ulas sikit mengenai langkah terbaru mem. Aku nak offer diri aku jadi penasihat mem pun tak boleh. Sebab aku dah offer diri aku jadi penasihat najib. Aku malas nak tukar2. Mem boleh try cari orang lain. Admin malaysiangags pun oke. Dia admire mem melebihi dari aku mengadmire mem, siyes. Tak caya pergi arh buka page dia.

Wakaka.

Mem dan team mem menerbitkan buku tersebut untuk menangkis fitnah dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan terhadap mem selama neh. Buku tue pula dijual oke, dijual. Bukan free.

Selama neh dalam utusan dan seme media arus perdana termasuk la blog bn sendiri dah menjawab bermacam persoalan mengenai mem. Benda tue seme boleh dicapai secara percuma asalkan lue ada internet dan akses kepada siaran tv.

Kita tak perlukan rm150 pun untuk mendengar penafian dan respon mem terhadap satu2 isu. Kita juga tak perlukan rm150 untuk mendengar kisah hidup mem. Direct je ia dipaparkan menerusi berita oke. Bahkan siap ada program khas lagi. 

Pfttt. 

So apa relevantnya team mem mengeluarkan buku ini kalau bukan semata2 nak menambahkan kutukan ke atas mem? Sesungguhnya team mem sedang bergabung tenaga untuk menjatuhkan mem dari dalam. Mem tak sedar. Tapi itulah yang berlaku.

Lagi yang tambah tak logik. Benda free pun penyokong2 pr tak boleh terima penafian mem. Inikan pula benda berbayar? Adakah mem fikir bahawa akan ada penyokong2 pr dan atas pagar yang sanggup keluarkan duit rm150 untuk beli maklumat yang boleh didapati secara percuma di dunia internet?

Beli makanan lagi bagus dari beli buku mem.

Dia sapa yang aku nak baca pasal dia?

Buang masa. Buka je internet bersepah ada.

Itulah kata2 mereka terhadap penghasilan buku mem.

Sudah tentulah sasaran mem ialah penyokong2 yang tak sokong mem kan? Bukan la penyokong2 mem yang dah sedia sokong mem kan? Mereka yang dah sokong takan terpedaya kan? So apa kelogiknya mereka nak beli buku menjawab tohmahan ke atas tohmahan yang mereka tak percaya langsung?

Sasaran tak betul.

Strategi marketing pun hancur.

Isi kandungan pun mengenai perkara yang boleh didapati secara percuma di alam maya dan pemberitaan.

Harga pula mahal.

Inilah quick review dari amenoworld untuk mem. Buku ini tidak akan hits. Anggap la mem memiliki pengkritik tetap macam dalam AF oke.

kah kah kah

Nota : Jangan pula ada yang komen bukan suruh lue beli ke apa ke.. itu dan blalabla.. aku pengkritik buku dan isi kandungan macam pengkritik filem tue. Tatau dediam sudah la. Hehe.

Ahad, 9 Disember 2012

Hari ini Najib makan kat kedai tepi jalan oke.

Wow.

Cantik. 

Aku lebih sukakan wajah rosmah mansur yang ikat rambut berbanding tak ikat rambut. Rambut keras macam batu tue tak sesuai dipadankan dengan rosmah mansur. Selama neh dok tertanya2 juga betul ka rambut rosmah mansur keras? Nampaknya persoalan tue dah terjawab.

Bila dia p tempat yang berangin dan terbuka, rambut dia yang konon nya keras tue, takla sekeras yang selalu kita lihat di kaca tv. Hehehe.

So? Blog aku, aku punya pasal la nak citer pasal rambut rosmah mansur pun.

Aku tengah bercakap dengan rosmahsians. Confirm geng2 rosmah bengang aku citer pasal rambut dia. Tah pape. Bukan aku kutuk pun. Just nak bagitau yang rambut dia takde la keras .. dan boleh di ikat2. Tue je.

kah kah kah

Apa pun sekarang neh tersebar gambar2 yang rosmah mansur dan najib razak makan tepi jalan. Owh oke. Meh la aku tolong sebarkan lagi. Lepas neh masuk buletin utama tak? Aku syak mesti masuk betul tak? Aku akan tengok kejap lagi oke. Untuk pastikan. Nak aku pujikan sekali ke? Oke. Jangan harap.

kah kah kah




Sumber dan lain2 gambar berkaitan : sini

Khamis, 15 November 2012

Video rosmah berjoget tersebar.

Wowww..

Mak angkat aku berjoget la. Gempak siot. Aku suka. Lagu hindustan lagi. Ko ada? Aku takde beb.


kah kah kah



 


Masih kaku lagi tue mem. Badan mem masih tak flexible lagi. Tak boleh dilentur. Mungkin pasal jarang2 mengerakkan tubuh badan. So pergerakkan tue agak keras dan kaku. Berapa lama practise neh mem?  

Faktor badan besar tue bukanlah kelemahan terbesar tapi tak dapat dinafikan ia mungkin mempengaruhi disebabkan masa latihan yang agak terhad. Orang yang dah biasa menari tak kisah la dia kecik or besar still boleh menari dengan baik jika dah berlatih selalu. Apa pun satu usaha yang bagus dari mem. Boleh dipuji walaupun tarian agak berterabur dan hanya tahu mengoyang2kan punggung jek. Sila cuba lagi. Harap2 mem masih disini dan tidak di undi keluar pada episode minggu depan.. 

kah kah kah

Jumaat, 2 November 2012

Islamic Fashion Show - Rezza Shah sound AmenoWorld.

Owhh oke. 

Rezza Shah cakap model yang pakai baju nampak ketiak tue takde kaitan dengan rosmah mansur dan dia. Lihat gambar kat bawah neh sat ;


Dia cakap kan, purposely tujukan kat aku dan seme blogger pembangkang yang menyiarkan gambar di atas dalam blog masing2 ;

1. Rosmah mansor takde kaitan dengan penyebaran gambar di atas. Walaupun rosmah mansur penaung tetapi rosmah tidak tahu semua aktiviti dan perjalanan IFF berbanding diri dia selaku pengasas dan pengerusi IFF.

Aku boleh terima rosmah tatau penyebaran gambar di atas. Aku pun boleh terima alasan bahawa rosmah mungkin tidak mengetahui mengenai aktiviti di atas. Tetapi bila rosmah mansur dah bersedia untuk jadi penaung itu bererti officially dia promotes diri dia selaku individu yang ada direct link dengan IFF. So apa2 kepincangan yang dilakukan oleh IFF, suka tak suka orang akan relate juga dengan rosmah.

Kalau rosmah tak boleh terima, sila tarik diri ataupun IFF ubah format selaras dengan nama pangkal dia ==> ISLAMIC fashion show. Kalau taknak buat dua2 neh juga, fine, buang aje pangkal nama ISLAMIC tue. Kita pun takan kait2kan IFF dengan rosmah lagi. 

2. Model wanita yang pakai baju nampak ketiak tue memang model IFF. Tetapi bukan under rezza shah. Model tue akan memperagakan selendang ketika IFF nanti. Model tue under NGO yang diberikan nama persatuan bencana negeri kedah. NGO tue antara NGO yang akan mengutip dana ketika IFF berlangsung. Rezza  Shah dan Rosmah Mansur tak patut dikaitkan dengan kehadiran dia disitu pada hari tersebut.

So? Still model IFF gak. Tak kira la tujuan dia apa sekalipun still model IFF. Susah sangat ke nak hormati tema islamik tue kalau ye sekalipun di alam realiti pakai seksi apa bagai tak boleh ke jadi hipokrit sekejap kat event tue semata2 nak menghormati tema IFF? Apa punya alasan tahhhhh

Lagi satu kita tak berapa focus bab mengaitkan rosmah dengan model tue ke apa ke. Kita lebih focuskan bab kenapa nama fashion show tue islamic fashion show tapi tak islamic pun? Then, bukan model nampak ketiak jek kita persoalkan oke. Yang nampak leher dan rambut tue pe citer plak? Islamic ke tue?

Isu neh sebenarnya simple jek. 3 benda yang rezza shah kena faham. Taknak faham pun takpe tapi still harap2 dia boleh terai faham kenapa kita marahkan sangat. 

1. IFF tak ditolak kerana rosmah mansur sebagai penaung. Rosmah mansur atau sapa sahaja yang jadi penaung IFF yang sepatutnya islamic tapi tak islamic memang akan kena balon. Suka tak suka tue lue punya pasal. Yang lue pandai2 letak nama islamic pada benda yang tak menepati syariat sapa suruh? Memang la orang bengang sebab menimbulkan persepsi serong terhadap islam.

2. Lue boleh slow2 ubah IFF supaya memenuhi tuntutan syariat. Takde masalah. Janji lue ada usaha ke arah itu. Dalam masa yang sama terbuka la dengan kritikan. Tak perlu kot nak menganggap seme orang yang menegur lue tue menfitnah lue padahal lue sendiri yang jemput media untuk hadiri majlis lue kan? So takan media plak salah sebab siarkan gambar2 model tue? Dah media siarkan takan blogger plak salah kalau mainkan gambar yang terang2 tak islamic nya tue? 

Sepatutnya lue sebagai tukang yang menetapkan tema boleh je keluarkan notice untuk mereka2 yang terlibat dalam IFF mengikuti tema yang disepakati. Kat sini lue seme sepakat tema islamik so buat la ikut garisan panduan tersebut. Bukan gua yang pandai2 cakap islamik then gua taknak buat. Lue sendiri yang sepakat so bila dah tersebar gini mana lue boleh bengang2 bila kita seme tegur lue. Suka2 jek nak cakap orang fitnah. Macam la aku reka sendiri gambar kat atas neh. 

3. Gugurkan nama islamik. Ini tindakan terakhir lue boleh buat kalau lue taknak kontroversi. Sebenarnya ada banyak je fashion2 show kat malaysia neh yang memang tak islamik langsung. Bukan lue jek. 

Tapi kenapa kita tak attack mereka? Mudah. Mereka terang2 mengaku mereka bukan islamic fashion show, so? Tapi dengan lue berbeza sikit. Lue boh nama islamic tapi yang sebenarnya tak islamic langsung so orang jadi bengang. Kalau lue boleh faham yang neh selesai sudah masalah antara kita. Tak payah nak bengkek sangat la... bukan sapa2 yang cari. Lue sendiri yang gak tempah.. 

Berita penuh : sini 

Isnin, 23 Julai 2012

PANAS : Pengakuan Farid Ismeth berhubung isu ROSMAH MANSUR.

Kini dalam bentuk video geng.

Dasat siot!

KORANG tengok jap VIDEO kat bawah neh ;

 

PEHHhhh..

Bukan ex husband rosmah mansur pun. So dari mana gosip neh timbul geng? Aku siap percaya lagi. Tak boleh blah betul. Adoiiiiii tak pasal2 aku dah terbuat dosa kat rosmah mansur. Adehhhh tak pasal2 kena minta maaf pula kat rosmah mansur.

Wahai cik rosmah mansur yang comel dan cantik molek, maafkan lah saya kerana tersangka bahawa mem dan encik farid adalah bekas suami isteri. 

Ampunnnnnnn rosmah.. ampunnn

Sempena bulan ramadhan neh jangan simpan dendam oke. Ingat rosmah, i anak angkat U. I bukan orang asing oke. So maafkanlah i oke.

kah kah kah

Dalam masa yang sama, wikipedia tue kena diperbetulkan gak beb. Bayangkan berapa ramai yang percayakan hal neh?

Sapa lak yang pandai2 kenakan rosmah dan najib sampai dengan aku2 sekali terkena. Dem..   

Rabu, 11 Julai 2012

Rosmah Mansur umum dasar baru taska negara.


Wowwww...

Rosmah mansur neh sapa? Menteri ka? PM ka? Siapa dia? Apa jawatan dia dalam kabinet? Apa kuasa dia dalam kabinet? Dia sapaaaaaaa? Sapaaaaaa? Apsal dia buat arahan kat bawah neh oiiiii ;

Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Puiiiiiiiiiiiiiii.. bagus sangat ka korikulum permata tue? Aku bukan nak kutuk2 oke. Aku hormat je dasar pendidikan negara walaupun terdapat banyak kelemahan yang boleh diperbaiki. Tapi you see, korikulum permata amatlah sampah. Tak sesuai untuk budak2 zaman sekarang. Kalau setakat berjoget, menyanyi tak payah nak tunggu ko ajar. Buka aje tv bersepah depa mengajar benda tue. Tanya jek aznil. Dia lagi expert dari ko larh weh.



Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka.

"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata,"

Puiiiiiiiiiiii. Jangan ko babitkan PASTI pula. Tak kuasa aku dengan korikulum permata yang mana slogan mereka ialah hiburan melalaikan adalah hak milik setiap insan dunia dan akhirat. Buang masa dowh. 

Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu.

Puiiiiiiiiiiii....... dalam negara neh ko dan laki ko jek yang penting. Sorang laksanakan permintaan isteri, sorang laksanakan permintaan suami. Kita orang pula tengok korang bedua main cintan sambil mentadbir negara neh.  Apa benda tah yang kita orang dapat. Aku pun tatau larh der. Aku dapat ludah aje kot.

Puiiiiiiiiiiiiiiiii


kah kah kah


Berita penuh : disini

Isnin, 9 Julai 2012

Gambar Rosmah Mansur makan guna bekas polystyrene tersebar.




Aku sesungguhnya tak nampak pun dia makan dalam bekas polistrin. Yang aku nampak dia main henpon. Dan aku juga nampak pinggan dan sudu di depan dia. So aku memang tak faham apa haramjadah yang cuba diketengahkan oleh penulis klpos. Ka dia saja nak perli2? Kalau ye aku rasa memang kena larh dengan tajuk dan gambar yang depa siarkan di website tersebut.

kah kah kah


KUALA LUMPUR 8 Julai - Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor 'lupa diri' dengan kekayaan yang dimilikinya kini ternyata berbeza realiti sebenar.

Situasi ini dapat dibuktikan pada Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.


Beliau (Rosmah) berkeras untuk makan menggunakan bekas makanan polistren walaupun urusetia ingin memberikan pinggan kepadanya.


Beliau makan dalam bekas polistren sama seperti dengan tetamu lain yang hadir pada program tersebut.


Selain itu, beliau juga kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan kaum wanita yang hadir dan kelihatan begitu mesra melayani mereka.


Sehubungan itu, bukti ini jelas menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang sering menyebarkan perkara yang tidak elok mengenai beliau.... -KLPOS-


Kalau nak ampu pun siarkanlah gambar yang dia betul2 tengah makan dalam bekas tue der. Apa cer siarkan gambar dia tengah main dengan henpon. Adoiiiii failed lah beb. Failed.

kah kah kah

Sabtu, 7 Julai 2012

Jentera media MCA pun ejek Rosmah Mansur.


Big mama.

Maaf, aku dah berkurun lama tak panggil 'rosmah mansur aku' dengan nama panggilan tersebut. 

kah kah kah

Tapi kali neh macam tak percaya pula yang wartawan the star = paper milik mca sendiri telah mengelarkan rosmah mansur dengan nama panggilan big mama. Aik? Tak takut ka kena hilang kerja? Tak takut ka kena sound dan buat permohonan maaf kepada rosmah mansur?

Taktau ka rosmah mansur tue sapa? Itu suami najib oke. Err tersilap. Bini najib oke. Taktahu ka najib tue sapa? Najib = suami kepada perdana menteri malaysia oke. Err tersilap lagi. Saja buat2. 

kah kah kah

Najib = perdana menteri malaysia oke. So tak takut ka apa bila wartawan the star yang juga pengerusi NUJ the star mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap rosmah mansur?




Adakah ini bermakna bahawa the star = paper milik mca sendiri telah berpaling tadah daripada menyokong mca dan bn kepada menyokong dap = pakatan rakyat pula? Jika ya, welcome on the board geng. We are all in one team now. 

kah kah kah

Khamis, 5 Julai 2012

Hot : Pengakuan berita tv3 isu rosmah mansur sebagai PM.


Tiada apa lagi yang boleh dikatakan. Sejak semalam pelbagai tv telah tampil membuat pengakuan. Akhirnya.. kini giliran berita pula mengambil alih peranan mereka. Dan seperti sangkaan kita selama neh.. akhirnya seme telah terbukti sudah. Siapakah sebenarnya PM kita.

kah kah kah

Mampuihhhhhh 

Errrr tolong mengadu domba kat bloggers umno oke. Aku tunggu bloggers umno buat posting penafian.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Lawak gila babii

Rabu, 4 Julai 2012

Hot : RTM sahkan ROSMAH MANSUR PM Malaysia. Part II.


Ini betul2 kelakar bhai. Aku dah tak boleh tahan. Kelakar habis.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Korang bayangkan ek, sanggup dorang buat gini untuk layan isu perli aku terhadap RTM? 

KAH KAH KAH

LAWAK NAK MAMPOS.

TERGOLEK AKU. 

Baca bawah ;


#UNDIBNPRU13 #BNJanjiDiTepati Datin Seri Rosmah terus menjadi sasaran fitnah dan tohmahan pemimpin dan pencacai-pencacai pembangkang...

Isteri PM terus menjadi sasaran fitnah dan tohmahan pemimpin dan pencacai-pencacai pembangkang. Menjelang PRU tidak lama lagi, anda semua percayalah cakap saya serangan terhadap DS Rosmah akan menjadi-jadi. Mereka akan reka-reka apa sahaja cerita atau fitnah untuk menjayakan misi mereka.

Nampaknya kini DS Najib, UMNO dan BN bukan lagi ancaman kepada pembangkang. Sebaliknya DS Rosmah yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan yang tidak akan bertanding dalam pilihanraya menjadi individu yang paling pembangkang takuti. 

Hari ada sebuah blog pro pembangkang yang mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Hot: RTM Sahkan Rosmah Mansur PM Malaysia.
Blogger tersebut menulis berdasarkan kemunculan DS Rosmah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM semalam yang mana dibahagian bawahnya tertulis EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI. 

Hanya kerana perkataan itu dan gambar yang memaparkan wajah DS Rosmah, dia terus kata RTM sahkan Rosmah PM. 

Pada hari Sabtu ini (7.7.2012) akan diadakan satu program yang dinamakan EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di Stadium Negara yang melibatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Datuk Seri Najib selaku PM akan hadir dalam program yang agak besar itu. 

Kemunculan Datin Seri Rosmah di TV1 semalam yang mana beliau merupakan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, adalah untuk bercakap mengenai matlamat dan tujuan perhimpunan antara remaja-remaja yang menganggotai Pandu Puteri dengan PM yang akan diadakan Sabtu ini.

RTM yang jemput beliau selaku YDP untuk bercakap tentang perhimpunan bersama PM yang akan diadakan itu. Topik yang dibincangkan adalah topik perhimpunan yang bakal diadakan itu dan akan dihadiri oleh PM dan RTM pun letaklah tajuk begitu kerana itu topiknya. 

Tak kan nak bincang pasal perhimpunan remaja bersama PM kemudiannya nak letak tajuk masak-masak....

Orang jadi blogger dia pun nak jadi blogger tapi bodohnya boleh tahan jugalah. Kasihan pembaca-pembacanya yang saban hari ditipu. - RBF

Pertama, seme orang tahu itu hanya sindiran jek. Kedua, kita orang buat lawak atas typo rtm. Sebab? Benda tue kelakar. Kebetulan memang itu lah persepsi kita. Itu jek. Tapi macam mana korang boleh beria2 anggap isu neh satu isu yang serius?

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Semalam bloggers umno beria2 layan isu sindiran hairie othman, kali neh depa beria2 layan isu sindiran rosmah mansur. Besar sangat kah isu sindiran neh weh sampai perlu buat penjelasan bagai? Semua orang tahu itu hanya perli tapi well mungkin orang umno taktau. 

Maafkanlah aku. Aku terlupa level otak kita berbeza2. Aku terlalu bersangka baik dengan semua penyokong2 umno. Aku tak sengaja oke. Aku minta maaf banyak2. Bianne. Sorry. Insya-Allah lainkali aku akan ingat korang seme memang tak berapa cerdik. Baii..

kah kah kah

Ameno : Sindir pun tak faham.. lagi nak cakap orang bodoh? Eekekek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...