Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Mac 2013

Gambar Lucah Lelaki Mirip Anwar Ibrahim Tersebar.

Menerusi satu blog yang baru diwujudkan. Blog tu terbitkan artikel pertama pada hari khamis, 14 mac 2013.

Artikel itu menceritakan tentang hubungan seks sambil memaparkan gambar dua orang lelaki yang melakukan aksi berpeluk dan bercium. Salah seorang lelaki tersebut mempunyai wajah mirip anwar ibrahim.

Gambar hitam putih. Rakaman dari dua sudut. Tak pasti siapa yang edarkan dan apa tujuan dia edarkan tetapi dipercayai ia ada kaitan dengan pru ke 13.

Susulan dengan penyebaran gambar tersebut, video seks mengenai rakaman tersebut juga mungkin akan didedahkan. Ikut dari gaya dorang la. Dulu pun depa edarkan gambar then edarkan video.

Apa yang perlu penyokong pr buat?

1. Keep clam. Tunggu penjelasan dulu.

2. Tak perlu bertekak gaduh pasal neh. Kalau betul itu dsai dakwa la ikut saluran undang2. Aku percaya rakyat lebih selesa kalau kes neh dibicarakan ikut saluran undang2. Itu lebih baik. At least tak memalukan umno yg asyik kena hadap persepsi suka sebar benda lucah. 

Lagipun rakyat malaysia tak suka seme2 benda neh. Kita tak suka mana2 pihak sekalipun dok sebarkan lucah sana lucah sini. Jika ya ada, bukti itu apa seme, sila dakwa dan proses ikut saluran undang2. Mahkamah ada, undang2 syariah pun ada, hah apa lagi. Gunakanlah benda tue. Bukan kah tujuan dia untuk digunakan? Adakah saluran undang2 itu hanyalah perhiasan jek?

3. With or without dsai perjuangan tawan putrajaya tetap diteruskan. Kita bukan sokong individu tapi idelogi. Jadi sebarkan apa2 lucah tak membawa kebaikan pun... kalau betul, itu dsai je la yang terkesan. Kalau tak betul lagi parah.. kena  curse pula dengan rakyat marhaen. Sebarkan fitnah.

4. Apapun jangan buat kesimpulan sehingga mendengar hujah dari kedua2 pihak. Dengarla penjelasan dari dsai dulu sebelum simpulkan sesuatu.

Ini antara gambar yang mereka sebarkan.



Blog yang dimaksudkan ;

http://rajagoyang360.blogspot.com/

Apa yang perlu DSAI buat?

1. Keluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Statement penafian.

2. Kalau boleh ikut saluran undang2. Desak mereka bawa kes neh ke mahkamah bagi membuktikan apa yang mereka sebarkan itu benar. Ikut proses undang2. Protokol sedia ada. Kalau dorang tak bawa kes ikut saluran undang2, itu bermaksud fitnah je la. Takut terkantoi editing. Pakar teknologi bersepah sekarang.

Boleh difikirkan tindakan selanjutnya jika kes ini akan menjadi seriyus pada masa akan datang. Apa pun kalau benda neh betul sekalipun, kalau ia kisah lama, dsai dah bertaubat aku no hal. Yang jadi hal kalau ia masih berterusan jek. Aku tak hadap pemimpin maksum bebas dosa, cukupla dia tak mengulangi dosa2 besar. Itu je la. Bai.  

Jumaat, 15 Mac 2013

BREAKING NEWS : P1 Bala Disahkan Mati.

Dalam perjalanan ke hospital.

Info yang aku terima melalui wassap ialah PI Bala baru saja disahkan telah mati akibat serangan jantung secara tiba2. Then check kat malaysiakini memang sahih mati. Baru je disahkah mati. Yang ditulis disitu ialah kena serangan jantung pada waktu pagi. Dalam perjalanan ke hospital dia mati.

Belum boleh buat apa2 kesimpulan, tuduhan dan sebagainya. Lepak. Tunggu laporan bedah siasat. Apa pun jika benar kematian ini insiden yang dirancang kita akan bongkar isu ini habis-habisan. Kalau memang benar ajalnya begitu, kita menerima saja apa yang telah ditetapkan. 

Apa pun Bala tidak dapat bersama2 kita untuk berkempen bagi memenangkan pakatan dalam PRU ke 13 ini.. kita berharap keluarga mereka tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. 

R.I.P.

Kemaskini ;

Menurut R.Sivarasa Bala telah pun mendapatkan rawatan berhubung masalah jantung di hospital dan doktor sahkan dia oke pagi tadi. Tetapi jam 1.30 tiba2 dia mengadu mengalami kesesakan nafas yang membawa kepada punca kematian dia.

P.I Balasubramaniam selama ini pun memang sedang menjalani rawatan bagi masalah jantung. Dia dijadual menjalani rawatan susulan dalam masa 3 minggu. Tetapi nampaknya dia telah pergi sebelum itu, ketentuan Allah.

Apa pun sekarang bloggers umno dok perlekehkan kematian Bala sebab dia bersumpah guna kitab hindu. Pertama dorang kutuk kematian dia. Kedua dorang kutuk2 agama hindu. Aku pun tak faham ah dorang. Walaupun orang yang mati tue orang yang ko benci, apa logik ko nak kutuk2 dia dan agama dia sedangkan dia dah tak boleh nak bangun untuk bersoal jawab dengan ko? Adakah korang nak lawan dengan orang mati since korang tak boleh menang bila berlawan dengan orang hidup plak?

Tah pape.  

Kemaskini dari TMI ;

Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini. “Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk kepada The Malaysian Insider. Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.
Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: “Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah”. “Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh,” katanya. Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.
Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik. “Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita pernah miliki,” kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku.
“Saya dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah,” kata Deepak Jaikishan dalam reaksi segeranya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
  






Video Orang Awam Marah Pegawai Polis Tersebar.

Semua neh berlaku semalam. Dalam kes Tian Chua. Mungkin ada yang belum tahu. Semalam ada sedikit kekecohan yang berlaku ketika Tian Chua di dakwa di bawah Akta Hasutan.

Yang aku pelik. Akta hasutan? Bukan kan ini antara dari 3 akta yang PM Najib umumkan untuk dimahsuhkan dalam pembentangan khas tahun lepas? Di tv kan. Aku salah dengar atau ia bukan akta ini? Tak silap aku memang aku pasti akta hasutan. Nanti aku terai check balik. Pasal aku definitely sure antara akta yang dimahsuhkan ialah akta hasutan. 

Berbalik kepada tajuk asal. Seorang lelaki marahkan seorang pegawai polis sebab menahan tian chua. Dalam video di bawah, UMNO salahkan Lateefa sebab berikan info yang serong sehingga menyebabkan seseorang mengamok di court. Tetapi kalau diperhatikan Lateefa as lawyer berhak persoalkan tindakan polis tersebut. Dia ialah peguam kepada kes ini. 

Dia mempersoalkan apa sebab anak guam dia ditahan sementara sebelum perbicaraan sedangkan PDRM tidak pernah melakukan perkara yang serupa terhadap mana2 VVIP umno ketika mereka datang ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan dan sebagainya.

Namun apakah kita patut mempersalahkan tindakan lelaki yang mengamok itu? Ataupun salahkan PDRM yang menjalankan tugas kerana diberikan arahan? Yang sebenarnya aku nak memetik kata2 Dr.Zakir Naik. Dia pernah berkata dalam dunia ini masyarakat bergaduh kerana ketidakadilan. Apabila seseorang di aniya, dia secara tidak langsung akan ter-aniya orang lain bagi membela penganiayaan yang berlaku ke atasnya.

Dalam kes neh kita boleh gunapakai situasi yang sama. BN menganiaya. Bermula dari tindakan yang pertama ia mencetuskan tindakan2 kecil yang lain. 

Pegawai polis  itu pun cool je. Dia jalankan tugas. Itu tanggungjawab dia. Moga kita pun jangan la simply mengamok since kita pun tak tahu ke dalam ahti polis neh macam mana. Dan lelaki yang mengamok itu pun agaknya dah fedap dengan senario politik di malaysia. Takmo aku nilai sesiapa.

Bayangkan, dalam banyak2 kes penyelewengan yang berlaku, kes penghinaan yang berlaku, kenapa isu Tian Chua yang di pandang berat sedangkan kes yang lebih berat dan penting tidak diselesaikan lagi? Kenapa bukan Ibrahim Ali? 

Laporan polis juga dibuat ke atas Ibrahim Ali.. apakah ada tindakan sehingga kini? Adakah kerana dia melayu, dia menghina PR dan menghina CINA maka dia dikecualikan? Adakah kerana Tian Chua ini cina, dan dia memperkatakan tentang UMNO maka ia diambilkira? Ini ka kita anggap undang2? Keadilan? Di Malaysia yang konon nya negara islam? Islam bukan mengenai bangsa. Ia mengenai keadilan. Simple ma.

Video di bawah ;

 

Guru Kutuk PDRM Ditahan.

Seorang cikgu yang mencetuskan kontroversi baru2 ini. Yang dok label2 PDRM doggie telah pun ditahan. Yang sebenarnya lebih tepat dia label PDRM = doggie sebab PDRM selalu dipergunakan oleh BN untuk tutup kerja2 'jahat' dorang.

Tapi silapnya dia kat sini dia generalisekan seme PDRM as doggie. Aku tak blame dia 100%. 50% benda neh berpunca dari mereka yang pegang PDRM dan BN. Kalau mereka tak mempergunakan PDRM untuk kerja2 politik aku ingat cikgu tue pun takan berdendam. Tapi disebabkan cikgu tue pun dah bengang plus berdendam plus menyampah kat BN plus melihat lahad datu dipolitikkan dan disandiwarakan oleh BN seolah2 ia rancangan jahat DSAI kekonon nak rampas SABAH maka cikgu tue pun label PDRM doggie.

Di pihak kita, usah kita tambah tension kepada ahli2 keluarga cikgu yang di tahan itu. Di pihak kita walaupun kita tak bersetuju dengan label dan gelaran itu disebabkan dalam PDRM pun ramai je yang sokong PR tetapi janganlah kita dok tekan2 cikgu tu. 

Cukupla dengan apa yang dia terpaksa hadapi sekarang. Moga2 cikgu tue akan dibebaskan kelak. Kalau PDRM nak dakwa pun atas tujuan pengajaran, dakwa je la. Cuma janganla sampai dia diberhentikan kerja.. 

Dalam pada itu aku juga menyeru polis tahan pemilik blog suarapakatanrakyat kerana menghina PDRM. Aku tunggu neh. Atau ko nak aku tulis apa yang blog suarapakatanrakyat tulis disini? Aku boleh jek buat sebagai nak menguji bahawa blog tue milik bn... nak aku buat ke?

Heh.

Baca bawah ; 

Polis telah menangkap seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini. Guru itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, ditangkap ketika bersembunyi di kampungnya di Pasir Putih kira-kira pukul 7 malam ini.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

"Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130315/je_01/Guru-diberkas#ixzz2NZHkJoBO 

Khamis, 14 Mac 2013

Lahad Datu - Anwar Bakal Ditangkap ?

Bunga2 sudah ada. Bunga2 ke arah itu sedang hangat dirancang. Pertemuan AG dan KPN bukan benda rahsia. Ia telah terdedah di akhbar bahawa mereka akan berbincang untuk membawa kes lahad datu ke peringkat perundangan.

Adakah ini salah? Tidak. Baguslah bawa kes ini ke peringkat keadilan. Mereka2 yang terkorban harus diberikan pembelaan. Mereka2 yang membunuh dan bersetongkol haruslah dihukum, setimpal dengan kesalahan mereka. Untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak yang terlibat. Ini termasuklah kes projek ic. Yang mana antara punca bn menutup insiden lahad datu di peringkat awalnya.

Jika korang baca petikan ini ;


  
Kenyataan Hishammudin. Jangan tengok tajuk. Tengok isi artikel.

1. Spekulasi media asing = tidak bertanggungjawab.

2. Amek berita dari media asing yang berspekulasi pasal pembabitan dsai =  bertanggungjawab?

Ya. Jika ia berita yang menyebelahi ko maka ia tidak betul, palsu, jahat, berniat jahat plus tidak bertanggungjawab. Tetapi ia akan jadi sebaliknya jika berita itu berpihak kepada ko? Itu sebab aku tak percaya apa2 berita yang diterbitkan oleh media manila. Time depa kaitkan dengan dsai mahupun najib itu seme aku anggap SAMPAH.

3. Tuntutan. Perkataan tuntutan ditulis disitu. Mereka menuntut sesuatu. 

Jadi ini ialah susulan dari rundingan demi rundingan yang telah berlaku selama beberapa tahun. Isi tuntutan ialah ;

1. IC

2. Tanah

3. Penglibatan dalam projek minyak di Mindanao.

Betul tak?

Hehe.

Baiklah apa yang ingin ditonjolkan disini ialah jika menteri sendiri marah petik berita luar maka apa sebab menteri dan orang2 dia boleh mengaitkan dsai dengan pencerobohan di lahad datu berpandukan kepada berita2 luar negara? Itupun lain yang dorang nyatakan, lain yang korang sampaikan. Adakah itu bukti yang boleh mengheret dsai ke dalam penjara selama beberapa hari dalam tempoh berkempen?

Kemungkinan besar dsai = ke kurungan = dalam tempoh pembubaran parlimen = dilarang berkempen.

Itu sebab imej dia diserang kaw2. Lahad datu dan liwat III. Supaya orang tidak akan beria2 berdemo di atas jalanraya. Apatah lagi itu tempoh untuk berkempen. Sanggup ke ko bergolek atas jalan berdemo agar dsai dibebaskan? Aku tak sanggup. Minta maaf, aku memang tak sanggup. Bergolek la kalau korang sanggup, masing2 ada cara masing2. Cara aku bukan bergolek2.

Oleh kerana DSAI sudah mengambil tindakan SAMAN maka automatik kenyataan akhbar manila tidak boleh dijadikan bukti ataupun hujah bagi KPN dan IGP untuk mengheret dsai dalam isu ini. Apa yang tinggal ialah gambar2 DSAI bersama Nor Misuari dan pertemuan DSAI dan orang2 nya dengan Nor Misuari.

Seperti yang kita sedia maklum pada awal pemberitaan nama MNLF langsung tak disebut2. Tetapi bagi memastikan ia dikaitkan dengan DSAI maka nama MNLF tetiba naik. Ini memberikan gambaran bahawa

Tentera sulu = orang kiram = kiram sahabat baik MNLF nor misuari = nor misuari berkawan dengan dsai ketika dsai berkhidmat dalam bn = dsai ialah pembangkang = dalang lahad datu = hilang undi / kepercayaan masyarakat malaysia.

Dalam kisah2 di atas neh ada pecahan masing2. Ada kronologi yang tersusun. Susah nak terangkan satu persatu. Cukupla kalau korang tahu bahawa insiden di lahad datu tue memang ialah pencerobohan yang nyata. Dan ia telah didivert kepada isu asal iaitu dari isu tuntutan kepada isu ia adalah kerja dsai untuk merampas sabah.

Umno lihat isu neh bn boleh pergi. Sebab ramai rakyat malaysia marah, marah anggota keselamatan kita dibunuh, diseksa dan marah tanahair kita diceroboh.

Pada awalnya isu neh ialah isu kesilapan bn dalam menggunakan taktikal tertentu untuk memastikan kes neh diselesaikan ikut perancangan. Campurtangan menteri dalam urusan2 keselamatan ini juga tidak menyenangkan pasukan keselamatan negara. Tapi apa boleh buat, menteri perasan dia pernah duduk dalam polis dalam tentera tue yang perasan bagus dengan teropong dia tue. Last2 dah jadi teruk. Tak pasal2 anggota kita terkorban. Pasukan keselamatan negara kita bagus yang tak bagus tue menteri kita oke.

Then tetiba bn lihat bahawa kesilapan mereka boleh ditebus dengan divert perkara ini atas bahu dsai. Ini antara bunga2 yang mengambarkan dsai akan MUNGKIN DITAHAN dalam masa terdekat.  

Lihat bawah ;


Ini ialah bunga2. Ini ialah perancangan yang mahu menyekat kebebasan dsai berkempen dalam pru-13. Lebih2 lagi bila parlimen dibubarkan. Meletakkan dsai dalam satu kurungan itu adalah benda yang bn memang nak sangat buat. Cuma tatau cara mana untuk memastikan rakyat tak protes samada melalui undi mahupun tindakan.

Kalau korang rujuk di atas PM buka siasatan selepas akhbar manila melaporkan hal tersebut. Aik. Hishammudin cakap jangan dengar spekulasi media luar. Yang kat bawah neh pun benda yang lebih kurang sama yang menteri luar sebutkan ;

 
Hish.

Tapi PM kau arah siasat dsai. Dia suruh risikan tempatan siasat. Based paper je bhai. Dan hasil risikan itu la nanti akan digunakan untuk heret dsai. Perlukan bukti yang lebih kredibel agar penahanan dsai tidak dipersoalkan. Inilah taktik mereka. Samada mereka akan proceed dengan plan ini ataupun plan lain. Selagi najib takde solid plan untuk kenakan dsai selagi itu dia berkira2 untuk umumkan tarikh pru. Ini je sebabnya. Kajian dia seme syok sendiri. Kononnya bn berjaya mengembalikan keyakinan rakyat la seme jadah la itu seme BULLSHIT.

Sekarang katakan saja kalau dsai bakal ditangkap ataupun didakwa, apa yang perlu kita buat? Rileks. Jangan bertindak melulu dengan pergi lakukan vandalisme plak. Kita akan fikirkan apa yang perlu kita buat andai dsai benar2 ditahan ketika itu. Buat masa sekarang cukupla korang seme sedar dan maklum bahawa bunga2 untuk memastikan dsai ke dalam sedang dijalankan dengan rapi, terperinci. Itu je. Bai.

Lain yang Wikileaks Dedah, Lain Yang Buletin Utama Sebar..

Aku tonton BU. Mereka ada siarkan isu wikileaks tue. Kelakar beb, kelakar. Punyala nak kaitkan juga depa buat citer kat bawah neh hah ;




Depa cakap Wikileaks dedahkan DSAI ada kaitan dengan pencerobohan di sabah. Dan itula yang depa dok berulang kali jaja. Dan bagi mereka yang faham english mungkin akan terpedaya. Tetapi bagi kita yang faham akan cakap

WHAT THE HELL IS THAT? SO THIS A THING THAT U NAMED IT AS A PROOF? GET A LIFE LA BRO. EAT BURGER KAW2 LA DUDE. WALAWEI.

Itu bukan bukti. Bukan. Aku tak berapa nak layan isu bodoh di atas neh. So memang la aku malas nak update. Sah2 ia merepek gile. Tapi nampaknya ada juga yang percaya kat bloggers umno. Walhal aku dah cakap banyak kali. Apa2 benda yang bloggers umno sampaikan ingat macam neh jek

Ia adalah fitnah sehingga terbukti benar.

Maksudnya asal dorang update conform fitnah. Ia terpakai untuk bloggers bm la. Yang english version ada hujah. Tapi bukan semua artikel. Kena pandai tengok dan telek.

Yang sebenarnya apa yang Wikileaks dedahkan tue?

Yang depa dedahkan ialah ;

1. Kandungan surat yang diklasifikasikan sebagai sulit mengenai pergerakkan nor misuari. Ia diselidiki oleh amerika.

2. Rupanya amerika memerhatikan pergerakkan nor misuari. 

3. Dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa nor misuari telah berjumpa dengan dsai. Sabahat lama.

4. **Nor misuari juga telah berjumpa dengan pemimpin2 dari bn. Ini termasuklah menjadi tetamu rasmi beberapa kali, bagi kerajaan bn juga. Antara yang menjadi topik dalam perjumpaan tersebut ialah melarang misuari campur tangan dalam urusan politik di malaysia. Ini adalah lanjutan dari perjumpaan misuari dengan anwar ibrahim. Ia boleh dirujuk dari statement malaysia isn't only concerned blabla.. Dan misuari cakap dia tidak mahu campur dalam urusan politik malaysia pun.

5. Dalam kenyataan itu juga mengatakan baahwa misuari mampu tawan sabah. 2 jam je. Dia masih bengang kerajaan malaysia serahkan dia kepada kerajaan philippines suatu ketika dulu. Semua ini dia luahkan kepada seseorang yang dikenali dengan nama MG Dolortino.

6. Kalau diperhatikan pergerakkan misuari, jelas ia mendedahkan hubungan misuari dengan bn juga sebenarnya. Siapa agaknya misuari ini sehingga bn melayan dia? ** Mereka nak larang dia ceroboh sabah, larang dia masuk campur dalam urusan politik, mereka sanggup berjumpa dan berunding dengan dia beberapa kali. 

7. Kalau kita berkuasa penuh dalam satu2 hal kita tak perlu gunakan kuasa rundingan.  Kalau kita nak larang misuari ceroboh, kita larang saja. Kalau dia lakukan apa2 pergerakkan yang menimbulkan syak wasangka kita tangkap saja. Tetapi BN tidak memilih untuk bertindak seperti itu. Mereka memilih pintu rundingan. Mungkin misuari ada pegang rahsia. Yang kita tidak tahu. Jangan2 ada sesuatu dengan misuari disebabkan itu la dia mendapat layanan baik.

8. Jika gunakan hujah dsai pernah berjumpa misuari = maka dsai ialah dalang. Benda yang sama aku boleh campakkan kepada bn. Adakah bn plan dengan misuari untuk jalankan satu konspirasi? **BN juga beberapa kali pernah berjumpa dengan misuari. Bahkan selepas 2007 pun pernah. Ia boleh diperolehi dengan mudah kalau perhatikan pergerakkan misuari. 

9. Misuari neh aku tak percaya. Dia ialah pemimpin corrupted. Disebabkan itulah MILF wujud. Disebabkan dia taknak lepaskan jawatan walaupun terbukti tidak amanah. Lari dari perjuangan asal. Jangan2 dia jenis talam bermuka2. Dengan dsai dia cakap baiklah saya akan berkempen bagi pr, bawa undi2 orang sulu akan pangkah pr. Dan dengan bn dia cakap baiklah saya akan memperlakukan seolah2 saya menyokong penuh dsai, menyokong penuh pencerobohan itu, supaya mereka boleh kaitkan dsai sebagai dalang.

Kita tidak tahu. Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu kenyataan wikileaks bukan bukti. Jauh sekali hujah. Dakwa DSAI jika kau mahu. Tapi kemukakan bukti terlebih dahulu. Dan bila aku cakap bukti ia bermaksud bukti. Bukan fitnah. Tuduhan rambang yang merepek. Atau kebencian melulu. 

Tiada sesiapa disini taksub dsai. Yang orang persoalkan, yang aku persoalkan, ialah kaedah yang digunakan untuk jatuhkan lawan. Jika sampai sesuatu kepada kamu, yang kita tahu ia adalah fitnah, adakah aku akan hihi haha dan biarkan saja sebab taknak orang sangka aku taksub dsai? No. Sangka apa yang ko mahu sangka. Lakukan ia dengan sesuka ahti. Ia jiwa kau. Sangkaan kau. Ia tidak mewakili aku. Jauh sekali mengambarkan kebenaran. Apa nak heran? 

Nota.

** BN sudah lama mengetahui rancangan misuari [puak2 bersekutu] terhadap sabah.

** Ini bermaksud pencerobohan ini dalam pengetahuan mereka.

** Ini juga bermaksud mereka sudah sedia maklum pencerobohan ini bukan ada kaitan dengan dsai since mereka [puak2 bersekutu] sudah lama merancang.

** Sebab itulah Hishammuddin Hussien nafikan pencerobohan itu pada awalnya.

** Untuk memberikan gambaran bahawa pencerobohan itu dalam kawalan mereka. Pada hakikatnya untuk menutup cerita lain.

** Untuk alihkan perhatian masyarakat maka mereka sebarkan agenda bahawa dsai ada kaitan dengan pencerobohan tersebut. 

** Pada hakikatnya mereka telah berunding banyak kali, dalam beberapa pertemuan di beberapa tempat, dalam beberapa tahun dan Lahad Datu adalah kemuncak kepada satu keputusan. Ia mungkin mahu menunjukkan kepada bn bahawa mereka keras dengan tuntutan tidak berasas mereka. 

** Tindakan bn mempertahankan pendirian mereka terhadap tuntutan penceroboh tidak dipersoalkan. Tetapi tindakan bn menggunakan isu neh untuk mengenakan lawan, dipersoalkan. 

PDRM siasat Tian Chua.


Tadi di tv3. Nak tergelak aku tengok.

Punyalah lama polis amek masa untuk buka kertas siasatan dan dakwa kes neh di mahkamah. Ini mesti gara2 PDRM = ketua polis negara geram sebab kena perli sakan kan? Itupun sebab orang2 UMNO dok desak kenapa tak siasat padahal laporan dah berlambak2.

Almaklumla setakat report polis berlambak2. Orang dah boring dengan taktik dorang. Jemu. Menyampah. Seme cukup.

Kisah bermula begini.

Tian chua keluarkan satu statement. Katanya umno main sandiwara di lahad datu. Yang disebut bn. In fact pdrm dan atm tak patut la terasa since bn = bn. Bukanla bermaksud bn = atm atau pdrm.

Selepas beberapa hari berlaku agaknya. Tetiba2 umno pick kenyataan tersebut. Konon nya nak mengatakan tian chua mengutuk mangsa2 korban di lahad datu. Aik. Lain dia cakap lain plak yang korang faham. Owh aku tahu. Ini la namanya taktik divert, spin dan fitnah. Rileks. Rileks. Jangan mengaku kat aku. Aku pun tak hadap pengakuan korang. Kiri kanan malaikat ada ma. Allah pun ada. Rileks sudah la. Dengan Allah yang korang kena jawab. Bukan aku.

Then laporan demi laporan polis dibuat. Mak ai.

Kita rasa kelakar tue beb. Kelakar. Kita tahu la orang2 sekarang kalau sebut utusan, sebut buletin utama, confirm benda yang terlintas dalam kepala 

OWHH MEDIA FITNAH neh? Apa lagi la benda yang mereka nak JAJA lagi ek.. majoriti sedar fitnah korang. Antara korang sanggup hadap dengan tak sanggup hadap je la.     

Then kita persoalkanlah. Kalau salah dah lama dah Tian Chua ke dalam oi. Apasal dia bebas lagi. Rileks2.

Terkesan dengan kata2 kita, terkesan dengan kenyataan itu, maka UMNO mula rasa sentap. PDRM lebih tepat KPN sekali lagi memalukan PDRM dengan melakukan tindakan BODOH. Alahai. Heret PDRM sana sini macam PDRM takde maruah plak. Berapa ramai la polis2 rasa terhina dengan tindakan KPN neh aku pun tatau la. Kalau la mereka ini bebas menyatakan pendapat dah lama dah KPN kena maki. Confirm. Mereka pun manusia ma. Polis ma. Mereka bukan bodoh beb. Mereka juga sedar ini permainan politik je beb.

Lalu leader announce kat tv tadi. Siasat. Buka kertas pendakwaan. Dakwa Tian Chua. Lusa. Kes berjalan. Pehhh

HAHAHAHA.

Oit, lue ingat agensi kerajaan tue bermaksud agensi mak bapak lue? 

Suka2 gunakan agensi kerajaan untuk lampiaskan nafsu fitnah. Hey tolong la. Tolong la untuk kali neh pergi amek wudhu. Amek dan duduk depan Alquran. Buka dan baca. Jangan fikir pasal cina kaya ke cina nak rampas malaysia ke dsai jahat ke pr babi ke sial ke politik umno mesti menang ke apa ke, jangan. 

Untuk beberapa minit rest dan lepak elok2. Tanya diri sendiri. Tanya elok2. Sejauh mana aku sanggup pergi untuk menfitnah orang? Apakah aku lupa bahawa Allah swt itu Maha Melihat? Bukan suruh sokong pr. Rileks. Just minta jangan sokong fitnah je. Cukupla. Dengan apa yang kita paparkan selama neh, islam cara umno neh, cukupla. Jangan la kamu melampaui batas. Walaupun terhadap musuh kamu sendiri. Fikirkan. Bai.       

Selasa, 12 Mac 2013

PDRM Panggil Azlan Lazim Mengadap.

Kejap.

PDRM cakap tidak akan buka kertas siasatan. So apa2 jua yang dia nak bebelkan kat luar sana pongpang2 ke apa ke itu dia punya pasal la.

Bukan polis nak siasat pun.

Polis tak perlu amek tahu pun.

Polis ada banyak kerja2 yang perlu dibuat.

Kalau setakat nak sembang kedai kopi tak payah la nak panggil bapa SBA tue ke PDRM. Just calling2 ajak lepak kat mana2 kopitiam dah cukup. Bila polis panggil bapa SBA ia seolah2 POLIS ada niat lain yang ingin disampaikan.

Lagipun Azlan Lazim minta maaf kepada DSAI. Dia kata anak dia dipergunakan. Dia dah insaf. Dia tak babitkan PDRM pun.

Jika PDRM tanpa sebab memanggil dia semata2 nak tahu apa dia cakap rujuk bawah, itu kelakar. Sejak bila PDRM kita dah mula ada kuasa untuk amek tahu apa2 yang orang nak cakap pula sekarang neh?

 Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya hanya akan "menemuduga" bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dan tidak akan membuka semula siasatan ke atas kes Liwat II.

Katanya, kenyataan Azlan tiada kena mengena dengan kes Liwat II, yang menurutnya sudah selesai.

"(Kenyataan Azlan) tidak ada kena mengena dengan kes itu, cuma kita panggil dia nak tahu apa dia cakap. Itu saja," katanya dalam satu sidang media hari ini. -MKINI-
 
Dari ko panggil bapa SBA tue lebih bagus ko panggil aku. Aku teringin nak bagitau ko apa benda yang aku cakapkan di blog ini. Lebih ada faedahnya disitu. Manala tahu lepas neh ahti ko terbuka nak siasat ke apa2 benda yang aku complainkan selama neh. Ada gak untungnya disitu.

KAH KAH KAH

PDRM Buru Individu Hina POLIS.

Doggie.

Individu tersebut yang juga seorang guru telah menghentam pasukan keselamatan negara kaw2. Aku yang baca wall dia pun rasa semacam. What happened to you bro? I know you support pakatan but why you have to do such thing bro? Itulah first benda yang bermain galah panjang dalam otak aku.

Apa2 benda yang dia taip pasal polis dia mesti bahasakan as doggie. Kejap2 doggie. Kejap2 doggie. Generalisekan doggie kepada semua unit kepolisan itu err aku terpaksa la mengatakan aku tak setuju since polis2 yang sokong PR pun bersepah. Antara boleh tunjuk dengan tak boleh tunjuk jek.

Pun begitu aku rasa dia ada sebab tersendiri kenapa bahasakan polis as doggie. Samada dia benar2 nak memaksudkan polis as doggie ataupun kerana dia nak kata ketua polis negara itu doggie aku kurang sure. Ayat dia boleh mengambarkan beberapa maksud. Kalau korang tengok facebook dia la. Dan dia dicari oleh polis setelah ramai orang paneh ahti dengan dia di facebook. Depa mengadu dekat PDRM dan PDRM pun menjalankan siasatan untuk diambil tindakan selanjutnya. 

Kat bawah neh press statement PDRM atas isu tersebut ;

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.

NONE"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.

"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.   


Pendapat aku janganla kita doggie2kan orang. Since kita nak kan peralihan kuasa yang aman. Kita juga mahu polis sokong kita. Kalau kita dok doggie2kan orang agak2 ko polis nak ke sokong kita?

SIALLLLL

MACAM MANA AKU NAK SOKONG PR. HANYA SEMATA2 AKU SEBAHAGIAN DARI PDRM TERUS COP AKU DOGGIE. BULLSHIT INI SEMUA BULLSHIT.

Beginila pandangan polis.

Kalau yang tegar PR pula? Mesti kecik ahti depa. Haizhhhhh aku dah la sokong PR. Bukan sokong BN. Aku memang la POLIS. Tapi bukan doggie.

Nampak tak? Generalisekan itu tak bagus. Pengkhususan sket la der.  Kalau bengang kat leader, sound leader sudah la. Anak buah tak semua salah. Apa pun hopefully cikgu tu boleh la berlapang dada dengan tidak keras sangat terhadap uniform biru. Ingatla, uniform mungkin biru tetapi ahti belum tentu biru ma. Polis pun bukan semua nya bodoh2 belaka. THINK!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...