Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mac 2013

PDRM Buru Individu Hina POLIS.

Doggie.

Individu tersebut yang juga seorang guru telah menghentam pasukan keselamatan negara kaw2. Aku yang baca wall dia pun rasa semacam. What happened to you bro? I know you support pakatan but why you have to do such thing bro? Itulah first benda yang bermain galah panjang dalam otak aku.

Apa2 benda yang dia taip pasal polis dia mesti bahasakan as doggie. Kejap2 doggie. Kejap2 doggie. Generalisekan doggie kepada semua unit kepolisan itu err aku terpaksa la mengatakan aku tak setuju since polis2 yang sokong PR pun bersepah. Antara boleh tunjuk dengan tak boleh tunjuk jek.

Pun begitu aku rasa dia ada sebab tersendiri kenapa bahasakan polis as doggie. Samada dia benar2 nak memaksudkan polis as doggie ataupun kerana dia nak kata ketua polis negara itu doggie aku kurang sure. Ayat dia boleh mengambarkan beberapa maksud. Kalau korang tengok facebook dia la. Dan dia dicari oleh polis setelah ramai orang paneh ahti dengan dia di facebook. Depa mengadu dekat PDRM dan PDRM pun menjalankan siasatan untuk diambil tindakan selanjutnya. 

Kat bawah neh press statement PDRM atas isu tersebut ;

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.

NONE"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.

"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.   


Pendapat aku janganla kita doggie2kan orang. Since kita nak kan peralihan kuasa yang aman. Kita juga mahu polis sokong kita. Kalau kita dok doggie2kan orang agak2 ko polis nak ke sokong kita?

SIALLLLL

MACAM MANA AKU NAK SOKONG PR. HANYA SEMATA2 AKU SEBAHAGIAN DARI PDRM TERUS COP AKU DOGGIE. BULLSHIT INI SEMUA BULLSHIT.

Beginila pandangan polis.

Kalau yang tegar PR pula? Mesti kecik ahti depa. Haizhhhhh aku dah la sokong PR. Bukan sokong BN. Aku memang la POLIS. Tapi bukan doggie.

Nampak tak? Generalisekan itu tak bagus. Pengkhususan sket la der.  Kalau bengang kat leader, sound leader sudah la. Anak buah tak semua salah. Apa pun hopefully cikgu tu boleh la berlapang dada dengan tidak keras sangat terhadap uniform biru. Ingatla, uniform mungkin biru tetapi ahti belum tentu biru ma. Polis pun bukan semua nya bodoh2 belaka. THINK!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...