Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Disember 2013

Koleksi Kenyataan2 Politik Yang Bangang Sepanjang Tahun 2013.


Susunan 1,2 3 dan blablabla itu bukan bermaksud 1 paling bangang dan nombor terakhir ialah kenyataan yang paling tak berapa bangang. Semua kenyataan2 itu bangang2 belaka. Susunan itu sekadar memudahkan pembacaan. Tak lebih dan tak kurang. Yang pasti kenyataan bangang tetapla bangang. Itu je.

KAH KAH KAH

Kita mula kan sekarang.


1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.

2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz

** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing.

3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien

** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu.

4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol.

5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.

** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.


6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.

** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.

7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara

** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.

8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari

** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..

9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.

** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.

10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak

** Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan Rosmah Mansur.

11. Dedahkan pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal - Shahidan Kassim.

** Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal didedahkan.

12. Memang pembohongan. Memang bangsat betul kenyataan itu.. - Shahrizat Jalil.

** Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba ke lokasi mangsa banjir.


13. Bekal khemah kepada mangsa banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah sejam saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit (Jepun) - Shabery Cheek.

** Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan penyediaan khemah bagi ibu2 dan wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk secara terbuka bercampur lelaki perempuan.

14. Israel ciplak slogan dari Malaysia - Shahidan Kassim.

** Mengulas isu slogan Endless Possibilities.

15. Harga petrol tak naik tetapi hanya subsidi aje dikurangkan - Najib Razak.

** Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.

16. Keluar negara jika tak gembira dengan sistem politik di negara neh - Zahid Hamidi

** Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo selepas gagal menawan Putrajaya.


17. Jangan makan gula, hidup lebih lama - Dr. Subramaniam.

** Mengulas pendirian kerajaan yang ber-ura2 memansuhkan subsidi gula ketika itu.


18.  Kurangkan gula, lebih baik untuk kehidupan seks anda - Najib

** Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.



19.  Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan - Hasan Malek.

** Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu program bantuan back to school.

BTW, aku rasa inila statement menteri paling bangang untuk tahun 2013. Dia berjaya pintas kedudukan Shahidan Kasim yang sepatutnya no 1 dalam senarai menteri bangang, tahniah. Last2 minit buat kenyataan yang bersesuai untuk meletakkan dia di kedudukan no 1. Artikel itu akan keluar soon. 


20. Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan

** Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh kerana keluarkan kenyataan penggunaan minyak ikut tangga gaji.


21. Gaji RM3,000 ke bawah guna petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan. - Ahmad Maslan.

** Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol membebankan pengguna jalanraya.

22. BN kerajaan terbaik di dunia - Ahmad Maslan

** Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh.

23. Jangan beli rumah kalau harga rumah mahal - Ku Nan

** Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal.

24. Naikkan kadar parking kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas. - Cadangan oleh Khairiah Mohd Talha.

** Memberikan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.


25. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah Mansur - Shahidan Kassim

** Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah Mansur.



26. Keputusan jemput artis K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012 - Shabery Cheek.

** Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop sebanyak RM1.6juta


27. Jangan beri BRIM kepada penyokong pembangkang - Perwakilan UMNO.


** Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan.


28. Yang tak suka kerajaan BN keluar Malaysia - Wanita UMNO Kuantan.


** Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec protes kenaikan harga barang.



29. Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada yang tiada kereta. - Bung Moktar Radin.

** Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol.


30. Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, susah - Haji Sairin Karno

** Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

31. Kerajaan akan kaji cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan mahsuhkan cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. Yeay. - Hishammuddin Hussein

** Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan dimahsuhkan oleh kerajaan juga... errr?

32. BN berhak naikkan harga barang kerana menang pilihanraya - PERKASA.

** Mengulas sikap rakyat yang mengkritik tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas PRU tamat..

33. Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan UMNO - Isa Samad

** Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos sara hidup. 

Errr pemimpin negara bukan dari parti UMNO ke? Hehe..

Sebenarnya. Ada banyak lagi statement2 yang tak dapat dimasukkan dalam list neh. Ini berlaku kerana terlalu banyaknya kenyataan2 bodoh yang dikeluarkan oleh mereka semata2 tak mampu menjawab persoalan2 rakyat. Masih ingat kenyataan bertukar la kepada kereta yang lebih kecil? UMNO pilihan Allah? Dan banyak lagi. Itu sepanjang tahun 2013 aje. Tak masuk tahun 2012, 2011 atau tahun2 sebelumnya. Takpela. Cukupla setakat neh yang aku rajin nak tulis. Selebihnya pandai2 la lue tambah sendiri.

KAH KAH KAH

Apa pun kenyaan epik sepanjang zaman ialah tiap2 tahun kerajaan kita memang ada pelbagai jenis formula untuk selesaikan masalah rakyat namun masalah2 rakyat tetap tak dapat diselesaikan walaupun formula demi formula diperkatakan oleh pemimpin2 negara kita. Apa kes?

Kepada bloggers BN boleh la korang tulis pula kenyataan2 bangang pemimpin politik PR. Lepas tue paste sini aku nak baca. Kot2 ada la. Kalau takde takpe la. Tapi kalau aku yang tulis confirm ada. Cuma aku malas nak campur aduk kat thread neh aje.

KAH KAH KAH

Dan kenyataan paling bijak untuk tahun ini pula ialah kenyataan Mahathir seperti di bawah ini. Ia bijak sepanjang zaman. Kekal relevant selagi UMNO wujud.

KAH KAH KAH

Hot : Menteri Larang Sertai Perhimpunan, Polis Kata Peserta Mungkin Bawa BOM!!!!

Sebentar tadi menerusi berita. Timbalan menteri dah keluarkan statement yang jelas. Semua mahasiswa, di ulangi semua mahasiswa yang di negara ini, dilarang sekeras-kerasnya daripada melibatkan diri dalam aktiviti perhimpunan yang akan dijadualkan berlangsung pada malam 31 Dec nanti.

Rujuk ;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan mahasiswa yang sedang bercuti semester supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan guling kerajaan pada malam sambutan tahun baharu.

Dan kenyataan polis pula ;


Apa neh polis? Amboi amboii amboiii.....

==> Beliau berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Antara screenshot dari berita di tv tadi ;



Polis kata ;

1. Beberapa nama kumpulan NGO yang dikenalpasti terlibat dalam penganjuran perhimpunan aman telah dikenalpasti.

2. Polis akan ambil tindakan tegas terhadap mereka2 yang menimbulkan huru hara. Yang neh aku tak nafikan la betul. Tetapi keadaan sekarang neh buat aku terfikir. Benda neh takde huru hara apa pun. Tetapi cara polis gambarkan pula, seolah2 perhimpunan itu sendiri merupakan huru hara. Dah kenapa?

3. Aik? Dipercayai ahli NGO tertentu akan bawa senjata? Bom? Agak2 la weh polis. Mana dapat info tue? Dari email yang aku update semalam ka? Korang jangan weh polis. Jangan buat lawak oiii..

KAH KAH KAH

Rujuk sini ==>  http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/rancangan-letupan-bom-di-himpunan-aman.html

Disarankan polis dedahkan sumber. At least hujah sokongan mana mereka dapat citer di atas. Aku tak sabar2 nak gelak guling2 bila dengar jawapan PDRM nanti..

4. Polis juga bagitau kepada orang ramai bahawa anda dinasihatkan jangan menyertai ataupun menyokong perhimpunan tersebut kerana ia menyalahi undang2. Yeke? Aku sokong je perhimpunan tue. So macam mana? Apa kesalahan jenayah yang aku dah buat neh? Ce citer..

BTW, polis juga sampai sekarang gagal membuktikan yang perhimpunan itu sendiri merupakan satu kesalahan. Setakat cakap aku pun boleh cakap. Itu salah, ini salah, semua salah. Tapi apa yang salahnya? Mana bukti2 kesalahan? Apa hujah yang mengatakan perhimpunan itu salah? Hah, takde? Guna modal air liur + ugutan + undang2 + media aje?

Apa pun tak boleh la PDRM neh..

KAH KAH KAH

Kalau nak tahu. Semalam juga di berita Awani. Geng2 PEKIDA report polis. Minta polis halang perhimpunan tersebut dari diadakan. Tah dari pihak mana tah pemberita bagitau yang gambar Rafizi turut dibakar dalam pada mereka marah pongpang2 pasal perhimpunan PROTES BARANG NAIK. Siap report semua bloggers yang dok promosi dan tulis pasal perhimpunan rakyat.  

HAHAHAHAHA

Takutnya i.

Perhimpunan neh sebenarnya aman dan akan tetap aman tetapi dengan penglibatan dan campur tangan semua pihak tak pasal2 kang ada orang anggap ia perhimpunan untuk huru hara kan keadaan pula.

Tah pape. 

BTW, kalau geng2 BN nak himpun pun takde masalah. Macam idea kat bawah neh ;




Kalau nak ikut serta pun takde masalah. Ini perhimpunan mengenai protes kenaikan kos sara hidup + sambut tahun barang naik 2014. Sesiapa yang rasa terkesan dengan kenaikan kos sara hidup boleh turut serta bersama2 dalam perhimpunan tersebut untuk nyatakan bantahan dan protes secara aman plus berhemah.Confirm takde bom punya. Komrad rakyat takan bawa bom. Ini sahih.

Bukan provokasi mengarut macam kat bawah neh oke. 



KAH KAH KAH

Oke bai.

Jumaat, 27 Disember 2013

Rancangan Letupan Bom Di Himpunan Aman Rakyat 31 Dec Didedahkan Oleh Bloggers UMNO!

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.
Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.

sumber theunspinners





Sumber : http://bela-13.blogspot.com/2013/12/letupan-bom-malam-himpunan-didalangi.html

Respon aku.

1. Tak sangka dorang secara seriyus plus berdedikasi sungguh mengaitkan himpunan rakyat ini dengan letupan2 bom.

2. Padahal penegasan sudah dilakukan berkali2. Ini himpunan aman. Himpunan protes tentang kos sara hidup yang tinggi. Rasanya semua faham ini himpunan aman. Bukan himpunan nak pergi bunuh diri.

3. Aku tahu rakan2 seperjuangan, komrad rakyat marhaen takan tergamak nak bom sesama sendiri. Pengalaman turun berdemo dengan komrad rakyat membuatkan sesama kami saling memahami sesama sendiri. Komrad rakyat marhaen hanya anti kezaliman kerajaan tetapi tidak la sampai nak membunuh bagai.

4. Nampaknya ada sesetengah pihak beria2 juga mengaitkan perhimpunan rakyat ialah perhimpunan bom membom sesama sendiri. Ada motif tersembunyi ke?

5. Jika tiada apa2 letupan bom pada hari itu nanti mereka nak cakap apa?

6. Jika ada letupan bom sekalipun, betul ke ini angkara komrad rakyat ataupun satu konspirasi nak memburukkan situasi?

7. Email ini ada kaitan dengan Rafizi?

8. Sila buat report polis. Rafizi Ramli juga bukan begitu bodoh nak membiarkan diri di fitnah.

9. Tanpa perlu bertanya kepada Rafizi ataupun pihak2 tertentu sekali baca aje aku dah tahu benda neh fitnah. Agak2 la wey. Jangan menulis macam kita neh lupa Allah tue wujud ma. 

Lambat laun akan tahu punya la. Sapa menipu dan sapa yang tidak. Sekali lagi ditegaskan tiada mana2 pihak rakyat yang berhimpun pada malam itu akan bawa apa2 bahan letupan. Kalau bunga api itu lain citer oke. Dah sambutan tahun baru kan. Memang la ada orang main mercun bhai.

HAHAHAHAHAHA.

Anak Rosmah Beli Kondo Mewah Lapor Sarawak Report.

Tolong la siasat.

Jika betul dakwaan ini tolong la siasat. Dari mana anak sulung Rosmah Mansur dapat duit juta2 beli kondo mewah. USD 33.5juta. Dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM110juta. Apa kerja dia sampai mampu beli kondo bernilai jutaan ringgit. Kondo tue. Kondo.

Gila mewah!!!!

Rujuk ;


Laporan oleh Mkini.

1. Anak tiri Najib = anak sulung Rosmah Mansur 

2. Umur dah 36. Mama Rosmah lawa je. Betul ke dia dah 60 an? Apa rahsia dia hah. Err lari topic plak.

Haha

3. Riza Shahrir Abdul Aziz. Nama anak Rosmah.

4. Dilaporkan telah membeli kondo bernilai 33.5 juta USD. Convert ke matawang negara lebih kurang RM 110 juta.

Aku ada google2. Memang kalau kondo juta2 dikategorikan mewah beb. Lebih2 lokasi dia di New York. Lagi dasat kau.

Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dakwaan ini. Tolong sahkan jika pendedahan oleh Sarawak Report adalah benar ataupun sebaliknya. Dan lepas tue minta tolong sekali dedahkan hasil siasatan. Rakyat berhak tahu.

Terima kasih.







Ko ingat Aku Heran Najib Pergi Umrah Atau Haji 1000 Kali Pun?

Kejap lagi kang ada la yang meroyan marah aku. Tak caya korang tengok la.

HAHAHAHAH..

Mula nya aku tak heran. Aku push diri aku sangka baik je. Relax sudah. Buka internet gambar2 dia menunaikan umrah. Then member2 post gambar rosmah apa semua. Aku tetap berlagak steady dan cool. Aku taknak masuk campur. Buka portal berita pun ada gambar2 Najib ditayangkan. 

Takpe. Aku kata kat diri aku. Dia neh PM. Memang media gila babi nak promo dia kaw2. Konon nya alim gila ah. Itu normal bhai. Kalau aku PM pun aku pasti terima layanan yang sama melainkan aku melarang media dari UP isu2 peribadi aku. Tapi bila aku memilih tak melarang bahkan siap bawa team media sekali apa lagi yang media boleh buat selain dari mempromosikan kealiman aku di mata public kan? Aku perlu terlihat suci dan ternampak alim untuk mempermainkan jiwa majoriti muslim2 yang sememangnya lebih tertarik kepada penampilan luaran seseorang.

Then aku masih lagi mampu bersabar, bertenang dan berfikir dengan positif seperti saranan Prof Muhaya bila nampak berita2 di tv pun kemain lagi kaw. Amboi. Macam piem sorang aje pernah pergi umrah di dunia neh. 

Tapi tadi.


Ya tuhan.

Dan lagi ;


Dan lagi ;



Disebarkan secara meluas. TV pun ada masuk orang kata. Yang tue aku tak tengok. Paper taktau la ade ke takde. Tapi mungkin dalam utusan ada kot. Then dengan kata2 yang menyucikan kedua2 individu di atas. Nak bagi gambaran bukan calang2 orang boleh cium batu Hajar Aswad.

Yeke?

Ada bodyguard tak masa tue? Ada orang jaga kiri kanan ke tak masa tue? Wow. Tukang amek gambar kemain dapat shot terbaik lagi. Bawa media sekali ke weh Najib? 

Aku tak sure la ingatan aku neh betul ke tidak. Kalau salah betulkan la ek. Dulu pernah dengar ceramah. Batu tue asalnya warna putih. Tukar jadi kaler hitam sebab manusia2 yang cium tue banyak buat dosa. So sesiapa tolong sahkan info neh. Betul ke macam tue? Jika yang cium tue banyak dosa, aku pun banyak dosa gak. Tapi dosa2 aku tak la sampai membabitkan dosa aku dengan orang kebanyakkan. Aku dosa dengan tuhan. Yang dua orang dalam gambar di atas mungkin di ampunkan oleh Allah kalau berdosa dengan Allah, tetapi berdosa dengan rakyat kena minta ampun dengan rakyat dulu. 

Yang aku pelik nak mampos tue. Penyokong2 belah sana kemain lagi puji melambung. Nak kata ko mampu pergi haji dan umrah pun belum tentu. Tapi bodek kemain. Jangan2 disebabkan kos sara hidup yang tinggi, silap2 nak pergi umrah pun susah.

Suka aku nak bagitau. Walaupun lepas neh mungkin islamis2 politik akan membalon aku. 

HAHAHA..

Aku tak heran la Najib pergi umrah 1000 kali sekalipun. Tunai haji tiap2 tahun sekalipun. Urusan dia dengan tuhan itu citer lain. Itu citer peribadi dia. Urusan dia dengan rakyat citer lain. Ini citer pentadbiran dan sistem pemerintahan.

Macam la kalau pergi umrah + haji tue confirm bagus la manusia tue. Kalau confirm bagus pasai apa syiah kena ketuk? Geng2 syiah pun ramai keluar masuk mekah pun ramai dok kata sesat. Kenapa?

Perkara yang sama juga aku tertanya2. Apakah confirm orang2 yang tunai haji atau umrah akan Allah tunjukkan balasan on the spot? Tak semesti nampaknya. Buktinya ramai aje orang2 yang tah hapa2 pergi tunai haji atau umrah dan masih relax2 aje selepas pulang dari menunaikan amal tersebut. Kenapa?

Jadi aku belajar sesuatu la disitu. Yang keluar masuk ke mekah ke pergi umrah 1,000 kali ke pergi haji tiap2 tahun ke itu tak membuktikan dia confirm syurga atau alim atau sewaktu dengan nya.  Dan balasan dari Allah akan hadir bila Allah berkehendak. Bukan bila manusia berkehendak. Jadi bila tiada balasan untuk orang2 yang berbuat zalim bukan la bermaksud dia tidak zalim sebaliknya bermaksud Allah belum lagi membalas perbuatan tersebut. Urusan kita bukan pula sibuk bila Allah nak membalas kezaliman pemerintah sebaliknya urusan kita ialah bila pula kita nak repair amal kita supaya doa2 kita sampai kepada Allah.

Puas juga aku selidik dan teliti. Kot2 Allah hanya masukkan orang2 yang dah pergi haji dan umrah aje ke dalam syurga. Ada ke firman Allah macam tue? Rupa2nya tak ada. Jadi tak mungkin la aku neh teruk sangat perangainya kalau dok pertikaikan kezaliman pemimpin aku samada dia dah p tunai haji ataupun belum kan. 

Jadi cadangan aku kepada Najib. Dah pergi tunai umrah tue jangan setakat berhenti disitu aje. Jangan gunakan Islam sebagai perisai supaya rakyat kendurkan kemarahan. Selesaikan masalah rakyat. Kalau betul ko tue alim bagai. Jangan time p mekah aje ko tunjukkan diri ko tue alim. Tapi bila babitkan masalah rakyat haram ko nak tunjukkan ko tue alim seperti khalifah2 islam yang terdahulu. Baik tak payah.

Aku tak perlukan pemimpin yang asyik pergi haji dan umrah tapi masalah rakyat langsung tak selesai2. Bahkan tambah masalah lagi ada. Lebih baik selesaikan masalah rakyat dari sibuk tunjukkan diri ko alim dengan asyik pergi haji dan umrah aje. Itupun gunakan duit rakyat agaknya. Ini ayat mengundang orang balon aku neh. Mampos.

HAHAHAHAHAHA..


Untuk rekod aku belom pergi ke Mekah lagi. Ah apa lagi. Sesama rakyat marila tikam sesama kita semata2 nak angkat pemimpin2 zalim kita besar besaran.. bukan itu ke sikap  rakyat2 tertentu di negara neh?

Heh.. 

Lokasi Perhimpunan Rakyat Malam 31 Dec 2013 Tersebar..

Wowww

Apa je yang aku baca di wassap neh geng. Jika semalam beberapa pimpinan tertinggi steady aje ajak rakyat turun berhimpun.. sekarang neh depa steady aje pergi umumkan lokasi berkumpul sebelum perhimpunan malam 31 Dec 2013 pula..

Yang tak steady geng2 UMNO je.. dari hari ke hari asyik ada aje orang2 yang buat  report polis. Semalam yang terkini dari Pahang. Hari neh dari negeri mana pula nak buat report? Dari negeri mana plak yang nak cakap perhimpunan aman tersebut akan bawa bom la pistol la senapang la peluru la meriam la kapal perang la kapal selam la c4 la apa bagai? Ada?
 

Report la. Kalau boleh ko tokok tambah ceritanya begini. 

Saya penama blablabla.. nak buat report disebabkan ada pihak tertentu nak buat perhimpunan guling kerajaan pada sekian tarikh blablabla .. dan bersama2 mereka, mereka akan membawa 1,000 batalion tentera terlatih dari USA dan ISRAEL bagi mengulingkan kerajaan sedia ada. Saya juga dapat maklumat pada malam itu nanti 1,000 kapal perang akan berlabuh di pelabuhan Malaysia untuk melakukan serangan darat dan kapal perang udara akan mula melancarkan serangan bom dari udara bagi melengkapkan misi mengulingkan kerajaan. Dengan ini saya menyeru PDRM menyiasat semua pihak2 yang terlibat dan bersubahat dalam perhimpunan guling kerajaan.

Oke tak?

KAH KAH KAH

Apa pun yang aku baca di wassap.

Geng2 TURUN dan bersama NGO2 lain akan berkumpul di 3 lokasi.

Pertama - SOGO
Kedua - Central Market
Ketiga - Masjid Jamek

Ketiga2 kumpulan akan berjalan. Menuju ke destinasi akhir di Dataran Merdeka. Start berkumpul pukul 9 malam. Start mula berjalan dan bersatu pukul 10 malam. Ini bermaksud akan datang dari 3 arah. Banyak NGO akan turun serta selain dari TURUN kita ada SAMM, SMM, ROYALTI, APBM, Geng Kotak, Jingga 13, geng2 sosialis dan geng2 dari partisan juga.

Menurut kenyataan yang disebarkan oleh Rafizi Ramli pula. Rakyat tidak perlu takut untuk hadir dalam perhimpunan tersebut kerana rakyat dijamin dalam peruntukkan perlembagaan dalam akta yang tersebut dalam gambar di bawah neh ;

 

Apa yang jelas, rakyat ingin pihak penguatkuasa faham bahawa ;

1. Perhimpunan ini belum berlangsung lagi. Jadi tidak adil menganggap perhimpunan ini perhimpunan keganasan sehinggala ia terbukti sebaliknya. Sepatutnya penguatkuasa nak tuduh2 pun biarlah tampilkan bukti yang berasas.

2. Perhimpunan neh juga ialah perhimpunan aman. Ini janji mereka2 yang turun berhimpun. Sepatutnya bagi mereka ruang dan peluang untuk turun berhimpun dulu. 

3. Mereka  takan bawa senjata ataupun bom. Jika benar ada sesiapa yang rasa rakyat nak bawa bom bagai, tunjukkanla bukti. Air liur bukan bukti solid ma.

4. Maka hentikanla provokasi demi provokasi, tuduhan demi tuduhan, fitnah demi fitnah ke atas perhimpunan neh.

5. Perhimpunan aman ini membawa satu mesej yang sangat jelas. Rakyat mahu sambut kehadiran tahun barang naik 2014 dan lakukan protes aman mengenai kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tak lebih tak kurang.

Tolong faham.

Oke bai. 

Perhimpunan Rakyat Malam 31 - Poster Fitnah MB Kelantan Tersebar!!!

Gila babi mana la punya kerja. Dok fitnah sana sini. Sejak semalam lagi aku dok peratikan. Sebab semalam dah ada orang start sebarkan kat page yang aku admin. Tapi aku relax aje sebab aku percaya takan la orang PAS dan PR bodoh2 nak percaya kat benda2 begini. Tapi rupa2nya memang ada orang2 yang tak sokong BN bodoh2 pergi percaya weh. BTW, tatau la dia menyamar ke apa kat ruangan komen tue..

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

TURUN tue terang2 kot NGO pro PAS. PAS friendly. Apa jadahnya PAS Kelantan aka MB Kelantan nak sabotaj pergerakkan yang friendly dorang pula? Tambahan pula mostly geng2 PAS dah promote kaw2 TURUN dan perhimpunan aman pada malam 31 nanti?

Poster yang disebarkan. Ada dua versi. Setakat yang aku nampak mangkok ayun kat bawah neh antara tukang sebar. Geng UMNO. Itupun sebab ada member bagi via wassap. Kalau tak memang aku tatau. Tapi yang dok upload kat ruangan komen page tue geng2 sendiri. Geng2 PR tau.

Rujuk ;



Dasar mangkok ayun. Lain yang Mb Kelantan sebut, lain yang depa faham.

Yang sebenarnya apa? Baca bawah neh dulu ;

Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.
 
Ini rujukan sahih. Lihat ==> http://www.sinarharian.com.my/mb-kelantan-akan-sokong-turun-31-disember-ini-1.234447

Sekarang yang geng2 mangkok ayun dok sebarkan cakap MB Kelantan cakap jangan turun mana, mana? Ada ke takde sumber sahih nya? Hah takde? Memang anak hantu betul. Buat fitnah tak kira hari, masa dan tempat. Kot ye pun nak berpropaganda bagai biarlah dengan tujuan yang betul. Ini semata2 nak mempertahankan kezaliman. Nampak sangat bangangnya disitu weh..

BENGOK!

Khamis, 26 Disember 2013

Pengakuan Maut - PERKASA Akui Dibiayai Agensi Kerajaan.

Pengakuan berani mati dari PERKASA sendiri. 

What the hell. Pongpang2 kutuk rakyat. Pongpang2 beria2 bekap kerajaan. Ingatkan atas nama perjuangan. Rupa2nya dapat upah di sebaliknya. Maka siapa yang cakap perjuangan PERKASA itu adalah IKHLAS ialah PEMBOHONG SEMATA2.

GAMPANG!!!!

Bukan pasal PERKASA tue pembohong. Bab tue kami dah lama tahu dah. Tadi saja je buat tambah modal nak mengutuk beb. Aku cakap PERKASA GAMPANG pasal rupa2nya, agensi kerajaan membiayai pergerakkan PERKASA. 

Sudah tentula ia bermaksud mereka menggunakan dana awam. Ini betul2 melampau neh. Di satu saat kerajaan laung satu Malaysia. Di satu saat yang lain pula kerajaan biaya pergerakkan PERKASA untuk pecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Dah sewel ke apa otak2 pemimpin di negara neh?

Rujuk ;


Nampak tue, nampak?

Gila ahhhh..

Aku tak heran sangat PERKASA nak buat apa2 pun. Perjuangan dorang bukan dapat sambutan pun. Lebih kepada syok sendiri. Tapi aku sentap la juga bila ada agensi kerajaan salur dana kepada PERKASA. Dari buat kerja takde faedah macam tue, membazirkan wang aje baik ko bantu rakyat yang rata2  tengah tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi neh. Kerajaan jadikan duit dana awam macam duit dorang sendiri pula. Chelake betul. 

Orang Miskin Malas? Tak Bersolat? - Jawapan Kepada Prof Muhaya Mohammad.

Prof Muhaya Mohammad = pandai.

Belajar tinggi. Tengok dari usia, mesti ada pengalaman hidup yang banyak. Jarak usia macam ibu dan anak. Memang hujah2 Prof Muhaya agak berat sebelah, tidak adil dan bersifat negatif walaupun dalam waktu yang sama dia menyeru orang ramai agar bersikap positif terhadap kenaikan kos sara hidup yang tinggi melaut. 

Sebelum itu. Jangan tidak menerima kritikan negatif terhadap anda ya, PROF. Sebaliknya nilai isi kritikan terhadap anda dan tanggani ia dengan seposifnya yang mungkin okey.

Hujah Prof ;

1. Simpati terhadap kenaikan kos sara hidup.

2. Konsep dunia tiada situasi harga barang akan turun. Semua harga barang akan naik.

3. Jangan fikir pasal kenaikan harga barang. Sebaliknya fikir macam mana nak tanggani kenaikan harga barang.

4. Formula = fikir positif = respon positif. Jika fikir negatif maka respon kita mesti negatif. Fikirlah sebaliknya.

5. Tanya kan pada diri sendiri macam mana nak mampu beli barang itu berbanding aku tidak mampu beli barang itu.

6. Tingkatkan pendapatan dengan benda yang berkat. Orang lelaki kena kerja lebih. Wanita yang ada bakat, push kepada bakat yang dia ada. Merokok bakar wang. Kenapa nak merokok juga? Contohnya, pergi supermarket beli ais gas. Aiskrim, ais gas jangan beli. Benda2 takde nutrisi. Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Minum air yang bersih. Makanan yang sihat. Kalau ada rumah, tanam sendiri. Tingkatkan pendapatan. 

7. Kenapa saya tak cukup duit? Manusia dinilai berdasarkan kepada nilai kerja yang dia lakukan selama neh.

8. Manusia sibuk mengejar benda yang Allah dah janji, iaitu rezeki.

9. Adakah kita dah buat semua2 benda yang Allah dah suruh selama neh? Allah dah tetapkan rezeki, jangan sibuk dengan perkara yang Allah dah jamin. Jaga urusan Allah, maka urusan kita dah tersedia terjaga.

10. Kalau kita tak buat apa yang Allah suruh macam mana Allah nak jaga kita. Jangan sibuk cari rezeki sampai terlupa tanggungjawab kita dengan Allah. Rezeki tak berkat. Duit hilang, anak sakit, kereta rosak. Siapa yang menentukan semua ini. Sapa menentukan duit kena curi, anak sakit, kereta rosak? Semuanya Allah SWT. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita.

11. Orang yang tertekan (kos sara hidup) ialah orang yang ego kerana mereka lebih yakin dengan manusia, dengan diri mereka berbanding Allah. 

12. Ehh aku takde duit pun aku boleh bernafas, tapi aku takde duit neh. Orang yang kurang tenang ialah orang yang kurang syukur. Kurang syukur = kurang sifat taqwa = takde sifat ehsan = tak beriman kepada rukun iman.

13. Kalau kita sentiasa bersyukur, aura positif, magnet positif.

14. Orang yang berjaya sentiasa bermulut baik.

15. Orang negatif, orang susah sentiasa bersikap negatif, tamak, dengki, dendam, suka sakit ahti.

16. Orang yang genius dia dah siapkan semua benda2 yang perlu dipersiapkan. Sebelum kahwin dah siap sedia semua. Sebelum anak beranak dah siapkan semua tabung pendidikan anak2..

17. Betulkan diri sebelum sibuk betulkan orang lain. Selamat tinggal kepada alasan. Orang berjaya = buat pilihan, orang tidak berjaya = buat alasan.

18. Jangan ada emosi marah, menyalahkan orang, dendam, sakit ahti = fikir negatif, bertindak negatif, hasil negatif.

19. Sila bersyukur, murah ahti, tolong orang. Jangan kutuk orang yang buat salah. Jangan ada dalam ahti benci orang sebab tak sempurna iman.

20. Jaga ibadah kita, jaga akhlak kita, kita akan bahagia dunia dan akhirat.

Rujuk video.

Kalau aku minta rawatan mata percuma? Rabun makin teruk neh. Boleh Prof tolong orang macam yang prof nasihatkan tue? Atau sekadar nasihat pongpang2 depan wartawan untuk tunjuk hebat dan cool?

Haha.

Sebenarnya PROF MUHAYA neh cenderung untuk salah faham dan bersikap negatif terhadap mereka2 yang merungut akan kenaikan kos sara hidup. Tak salah nak nasihatkan orang tapi sebelum kita sibuk nasihatkan orang amek tahu dulu jalan cerita. Jangan main masuk tanpa usul periksa. Main masuk tanpa usul periksa itu negatif ataupun positif?

Cuba ko bayangkan. Ada dua orang bergaduh bagai nak pasal sesuatu. Tahu2 aje PROF MUHAYA masuk campur dan mulakan sesi ceramah agar marila kita bersikap positif. Jangan fikir negatif. Nilai diri sendiri dulu. Jangan kecoh pasal apa yang menyebabkan mereka bergaduh sebaliknya respon la kepada pergaduhan tersebut. Tak rasa lawak ke?

Jawapan.

1. Rakyat sangat responsif bahkan secara menyeluruh dengan kenaikan kos sara hidup.

2. Jangan bercakap bahawa seolah2 asalkan mereka miskin  = malas. Yang berjaya = rajin.

3. Dalam dunia neh ramai aje yang malas tetapi berjaya. Yang rajin pun ramai aje yang miskin. PROF bercakap bukan saja perlu objektif bahkan perlu realistik. Realistik bermaksud fakta yang sahih lagi jelas. Bukan berdasarkan kepada persepsi ataupun tanggapan diri sendiri.

4. Kenaikan sara hidup yang tinggi di negara ini berpunca dari kecuaian pentadbiran negara. Ini benda negatif. Benda negatif macam neh macam mana nak pandang positif? Owh pemimpin mencuri kerana ketentuan Allah. Pemimpin menyeleweng kerana Allah beri peluang untuk mereka menyeleweng. Mesti ada sebab kenapa Allah runtuhkan bangunan2 yang kroni BN selalu bina. Mesti ada sebab kenapa pemimpin2 BN sibuk naikkan harga barang. Ini ketentuan Allah. Kita jangan sibuk fikir lawan kezaliman. Sebaliknya kita sibuk fikir macam mana nak compromise dengan kezaliman itu. Macam itu ka? Orang bukan bising pasal harga barang. Orang bising pasal KEZALIMAN menyebabkan rakyat terjejas. Salah satu effect negatifnya ialah kenaikan kos sara hidup yang tinggi tanpa memikirkan situasi semasa rakyat.

5. Bukan semua kenaikan kos sara hidup yang tinggi itu negatif. Ada yang positif. Kos sara hidup juga tinggi di negara2 maju. Tetapi positifnya di negara2 tersebut disebabkan keadaan ekonomi mereka. Maksudnya disini ia adalah logik untuk mereka menjalani kehidupan kos sara hidup yang tinggi bila ko tengok tangga gaji mereka, kadar inflasi, kadar penganguran, tahap pendidikan, kemajuan, pembangunan, kebajikan sosial, sistem kehakiman, harga rumah, harga kereta dan blabblabnal yang mana budak2 ekonomi boleh elobrate lebih baik dari aku since aku bukan pandai ekonomi macam dorang pun.

6. Rakyat bukan bodoh. Tak perlu di ajar satu persatu. Pada saat kerajaan menyebabkan satu harga barang naik, dorang dah start fikir macam mana nak cari duit tambahan. Atau nak menjimatkan perbelanjaan. Di samping itu dorang lakukan protes. Yang protes itu Prof nampak sebab ia terpapar di media. Yang bab kerja lebih masa, cari sumber pendapatan lain, jimatkan perbelanjaan Prof tak nampak sebab ia tak dipaparkan di media. Takan benda macam neh pun orang nak bagitau satu persatu? Perlu maklumkan pada Prof Muhaya ke? Yang dia fikir negatif pada luahan dan rungutan rakyat yang terjejas takpe pula? Takde masalah pula untuk dia bersangka buruk pada mereka yang bersuara tak mampu mengejar kenaikan kos yang tinggi di sana sini? Itu bukan aura negatif ke?

7. Betul juga nasihat agar kita jangan abaikan tanggungjawab terhadap Allah. Tetapi bukan pula salah bila rakyat bersuara kepada pemimpin tidak menjalankan amanah seperti yang digariskan dalam Islam. 

8. Prof tak boleh buat penilaian tidak adil disini. Yang bersuara tak boleh di anggap tidak bersyukur. Kenapa pula tidak = yang bersuara kenaikan kos sara hidup yang tinggi = mengulas mengenai penyelewengan kerajaan = menyebabkan kualiti kehidupan rakyat terjejas = maka ia menganggu kehidupan rakyat marhaen = lalu rakyat bersuara supaya pemimpin berhenti menyusahkan hidup rakyat.

Ini situasi dia. Ini gambaran sebenar dia. Bukan rakyat merungut kerana tak mampu tanggani kos kenaikan sara hidup. Rakyat marah kerana kenaikan kos sara hidup bertitik tolak kepada maha pemborosan dan maha penyelewengan yang dilakukan secara berterusan oleh pemimpin2 negara.

Jika kenaikan kos sara hidup berlaku bersesuaian dengan kemampuan rakyat atas nama kemajuan, ia bukanla sesuatu yang membebankan bahkah ia diraikan kerana kualiti hidup juga meningkat, kebajikan terjaga, tangga gaji naik.

Jadi PROF MUHAYA, amek tahu PUNCA terlebih dahulu. Sebelum nasihat orang tak tentu arah tanpa tahu jalan cerita sebenar.

Dalam erti kata lain, jangan mengulas sesuatu sehinggala kita benar2 memahami keadaan sebenar. Kadang2 kita bercakap memang sedap. Tetapi bila kita sendiri duduk dalam situasi tersebut, segala kata2 kita mungkin sekadar tinggal kata2 aje, bukan untuk pelaksanaan. Oke terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...