Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Julai 2013

Mahathir Sound Mustapha Muhamad Dan Najib Razak.


Ini seriyus. Kes neh benar2 seriyus. Sebab itulah kita kena amek perhatian. Aku tahu. PKR dan DAP tidak sependapat dengan kita dalam hal neh. Mereka pro kepada perjanjian TPPA. Tetapi PAS bersedia memberikan respon sebaliknya.

Aku harap kita tak bergantung kepada mana2 partisan untuk membuat apa2 keputusan. Ingat geng. Bila harga ubat mahal yang kena ko dan aku.

Trut trutt trutt truttt..

Ya saya.

YB PKR/DAP/BN. Saya nak beli ubat. Harga ubat mahal disebabkan TPPA. Mohon YB bagi duit pada saya untuk saya beli ubat. Kan YB bersetuju jek dengan TPPA tue.

KEPALA HOTAK KAMU.

Mungkin itu jawapan yang korang akan terima. Dalam erti kata lain apa yang aku ingin sampaikan ialah berpijak la di dunia nyata geng. Terima la hakikat. Ini la realitinya. Bila kita susah hanya diri kita jek yang terpaksa berjongkat jongkit cari kayu untuk papah diri sendiri agar mampu terus berdiri.

Kita dah takde orang lain. kita hanya ada diri kita dan sekumpulan yang dinamakan rakyat biasa macam aku dan ko untuk saling tongkat menongkat. Kalau kita tak bersatu untuk bela diri kita sendiri maka siapa lagi yang kita nak harapkan untuk jaga hak dan kepentingan rakyat biasa macam kita?

Kita kena bersatu tolak TPPA meskipun pada akhirnya akan ada penyokong2 tegar dari PR dan BN terpaksa melawan pemimpin2 yang korang sanjungi.

Walaupun kita menerima maklumat tidak rasmi bahawa PAS mungkin memahami permasalahan kita dalam isu TPPA tetapi tidak la bermakna kita kena buat keputusan ikut apa yang parti putuskan. Kita dah buat keputusan dari awal lagi. TPPA meragukan. Dan apa2 benda yang meragukan wajar kita tolak. 

Selagi ;

1. Isi kandungan perjanjian tidak didedahkan sepenuhnya.

2. Dokumen perjanjian dirahsiakan.

3. Kesan kepada rakyat Malaysia tidak dikaji sepenuhnya.

4. Rakyat dalam keadaan blur2, tak faham, tidak tahu, tidak alert, tiada pendedahan dan sesi penerangan.

Kita tidak boleh sesekali membiarkan diri kita untuk setuju kepada TPPA. Tidak.  Jangan sesekali bersetuju dengan TPPA. Baca juga ulasan dari Prof Agus kat sini mengenai TPPA.

==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/pr-tidak-tolak-tpp-ubat-mahal-80-oke.html

Kat bawah neh pula ulasan Mahathir. Meskipun ada di antara korang tak suka dengan dia tapi aku kira hujah dia berkaitan TPPA ada kebenaran disitu. Harap Mahathir terus konsisten membantah TPPA dan tidak membuat pusingan Uturn sehingga terbukti ia benar2 tidak menjejaskan rakyat marhaen macam kami.

Baca bawah ;

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.
"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.
Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.
Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.
TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.
Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.
Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai

Kenapa Pasangan Lucah Ini Dilindungi Di Malaysia?

Korang tengok.

 
Ada atau tiada tindakan di ambil terhadap pasangan Alvin dan Vivian setelah kontroversi demi kontroversi mereka buat kat Malaysia neh?

Kerana mereka bukan orang politik? Atau kerana mereka penyokong BN?

Bayangkan Anwar yang bergambar dengan lelaki pun keluar masuk tv banyak kali. Orang sana sini minta siasat itu neh. Betul ke Anwar GAY atau sebaliknya.

Seorang lelaki dipenjarakan kerana memiliki klip lucah dalam handphone. Ia secara tertutup dan tersembunyi.

Ini pasangan yang sah2 separuh bogel, melakukan aksi tertentu, dedahkan secara terbuka di internet dan lakukan ia secara berulangan bahkan siap di promosikan dalam rancangan radio dan masuk paper banyak kali.

KENAPA PDRM tak amek tindakan?

Bukan kah mengedarkan bahan lucah merupakan satu kesalahan di Malaysia? Aku tak faham. Maaflah. Polis, aku memang tak faham dengan korang. Aku cuba juga. Paksa diri aku untuk faham. Tengok kot2 mana yang aku terlepas pandang. Tapi aku tak nampak. Dulu dan sekarang. Aku tak boleh nampak. Yang aku tahu pasangan neh ;

1. Melakukan aksi lucah.

2. Mengedarkan bahan lucah.

3. Melakukan secara terbuka

4. Dipromosikan di radio dan akhbar tempatan.

Tapi tiada tindakan sampai kini. Kenapa? Kerana mereka menyokong BN? Menjadikan Chua Soi Lek sebagai idola? Atau ada alasan lain? 

Baru2 neh pasangan lucah ini sekali lagi buat kontroversi. Apa yang mereka buat ;

1. Upload satu gambar dan tulis kenyataan ajak berbuka puasa dengan sup babi.

2. Ubah logo halal Jakim.

3. Bagitau di media tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk buat lawak jek.

Rujuk sini : http://sozcyili.blogspot.com/2013/07/penjelasan-alvin-kenapa-dia-ajak.html

Aku tak pasti la. Apakah gambar tersebut aku harus lihat sebagai lawak. Aku tengok gak gambar tue dalam 2,3 minit. Nak juga rasa apa agaknya lawak yang si Alvin neh cuba timbulkan. Paksa gak diri gelak

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

Tapi akhirnya aku rasa macam nak lempang diri. Lawak ke? Lawak ke benda macam neh? Aku patut gelak ke? Orang2 yang baca patut gelak ke? Apa lawak yang tersirat dalam gambar macam neh? Kalau aku buat lawak tukar muka ko kepada wajah babi ko rasa lawak ke tak lawak? Kalau aku upload gambar mak bapak korang dan tukarkan wajah masing2 kepada babi. Ko rasa lawak tak? 

Taknak.

Aku taknak tahu jawapan ko. Tapi jawapan aku ialah walaupun aku buat macam tue aku tetap tak rasa lawak. Itu kalau aku sendiri yang buat. Aku sendiri pun rasa tak lawak. Bukan cara aku menghina dan mempersendakan orang seperti itu. Aku lebih banyak rasa kesian dari rasa nak buat lawak kering macam tue.

Ada sesetengah perkara kalau kita buka diri kita untuk bertolenrasi dengan agama lain itu lebih baik. Mungkin Alvin nak menyindir umat islam Malaysia yang banyak kali sound dan perli2 dia pasal aksi seks terbuka tue. Tapi kalau tengok facebook dia, orang2 bukan beragama islam pun dok kutuk2 dan sound2 juga. Mereka bukan tuhan bukan pula nak jadi malaikat suci apa bagai.

Tapi memang logik tindakan mereka. Mempamerkan, mempromosikan, melakukan seks secara terbuka ia sesuatu yang menjijikkan. Takde ke keluarga Alvin, Vivian, adik beradik mereka, sedara mara mereka rasa malu dengan perbuatan seperti ini?

Kita terbuka. Kita mengikut arus kemodenan juga. Tapi tidak la sampai kita melakukan seks depan orang. Sapa nak tengok nafsu korang depan mata?

Sebab tue sampai sekarang aku heran. Kenapa POLIS tak amek tindakan ke atas pasangan neh? Kenapa blogger UMNO kurang menyerang pasangan neh? Kenapa tiada laporan polis dari NGO2 mesra BN ke atas pasangan neh? Mana PERKASA mana PEKIDA? Apa yang menjadikan mereka kebal dari segala tindakan undang2? Adakah kerana berlesenkan Chua Soi Lek?

Jumaat, 12 Julai 2013

Seorang Menteri Di Nasihatkan Mendapatkan Rawatan Di Hospital Sakit Jiwa Dengan Segera.

Oke. 


Ini memang sah2 merepek tak tentu hala. Sebagai seorang menteri, kot ye pun ko nak cakap benda tue tak boleh didedahkan sekalipun, boleh tak, boleh tak kalau ko bagi satu jawapan yang MUNASABAH untuk kami semua terima?

Boleh tak kalau ko anggap bahawa rakyat Malaysia bukan ;

1. Sekumpulan manusia yang BODOH yang terima bulat2 setiap apa yang ko sebut.

2. Manusia yang tak reti berfikir.

3. Manusia yang takde akal dalam kepala hotak masing2.


RAKYAT MALAYSIA = MANUSIA. BUKAN SPESIS MONYET la.


Tolong la wahai menteri2 Malaysia. Sampai bila korang nak anggap kami neh bebal2 belaka? Kalau la menteri2 neh anggap rakyat Malaysia jenis berfikir mesti mereka tak tergamak tau nak bagi jawapan macam kat bawah neh. Siyes. Sedih aku mengenangkan di Malaysia kita ada ramai pemimpin2 yang berstatus menteri, yang anggap kita neh bebal2 belaka sampai sanggup bagi jawapan macam neh dalam parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat, identiti pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum mesti dirahsiakan.

Perkara itu dibangkitkan semasa sesi penggulungan untuk Jabatan Perdana Menteri terhadap titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

Katanya, jika maklumat itu didedahkan, orang ramai akan beratur untuk mendapatkan dakwat itu daripada pembekal bagi mengganggu proses pilihan raya.

Situasi yang boleh berlaku, tambahnya, pihak itu akan mencelupkan dakwat di jari mereka dan beratur di pusat perjumlahan undi dan enggan mengemukakan kad pengenalan.

Berhubung pilihan warna dakwa yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, Shahidan berkata, rahsia itu hanya diketahui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Ini jawapan menteri. Tahu tak JAWAPAN MENTERI.

Pembekal boleh jek taknak jual kepada pembeli. Lagipun apa point pembeli nak beli dakwat untuk celup jari dan beratur di pusat pengundian dan sambil taknak tunjuk IC?

POLIS semua dah BERSARA ke?

PUPUS?

Kalau ada yang buat hal, tangkap je la. Nak heran apa dia?

Aku tak faham la dengan menteri2 di Malaysia neh. Baca jawapan dorang nampak sangat dorang pun main baca skrip jek. Aku rasa kalau dia baca dulu apa yang dia kena bacakan di parlimen mungkin dia pun tak TERGAMAK nak baca jawapan macam neh.

Jelas jawapan yang dibacakan itu merupakan satu jawapan yang sangat2 bodoh. Tak teruji langsung nak berdebat dan berbahas selepas membaca jawapan macam neh. Kot ye pun nak melindungi pembekal, bagi la jawapan yang logik dan diterima oleh akal manusia yang waras. Ini jawapan macam orang sakit jiwa. Dah buat checkup ke belum sebelum masuk parlimen Malaysia wahai menteri2 Malaysia?

Harga Rumah Semakin Mahal, Rakyat Terus Sengsara.


Gila ah.

RM1juta kos untuk membeli rumah pada tahun 2020? Kalau agak2 gaji tak cecah Rm12,000 sebulan, boleh pergi mampos ah nak beli rumah di kawasan bandar?

Bapak gile mahal.

Ini antara laporan dari Sinar Harian yang disiarkan semalam [9/7/2013] ;

Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Katanya, untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.

Jika perkara itu benar, Selangor sebagai yang berada dalam lingkungan Lembah Klang pastinya menerima kesan kenaikan mendadak harga rumah.

Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA.

Macam tak tepat.

Golongan yang berpendapatan rendah pun kalau takde kroni dan peluang mana dapat beli rumah. Berlambak2 gak golongan yang berpendapatan rendah takde rumah. Dah memang betul pun yang berpendapatan serdahana makin tersepit sekarang.

So situasi yang berpendapatan serdahana = rendah = berhadapan dengan satu situasi yang sama.

Macam mana nak atasi masalah neh? Sampai bila la kerajaan nak bagi rakyat rasa tak secure untuk beli rumah sendiri pun rasa susah neh?

Kerajaan yang adil dan baik ialah kerajaan yang membantu rakyat rasa secure. Secure tue bukan nya maksudnya bebas dari jenayah semata2 tau.

Secure tue rasa nya kita nak bekerja senang, belajar senang, beli rumah senang, beli kereta senang, bayar hutang senang..

Segala2nya senang melainkan kita jek yang buat ia jadi susah dengan menjadi MALAS BERUSAHA.

Situasi sekarang RAJIN BERUSAHA pun tak berguna, kerana adanya KRONI dan ganguan2 dari mereka2 yang TAMAK HALOBA/PENIPU/PEROMPAK/PENYAMUN/TAK JUJUR/TAK AMANAH.

Mereka berada di tengah2 laluan kita untuk mencapai sesuatu.

Contohnya polisi kerajaan. Oke BN buat satu polisi. Tapi sayang yang urus polisi tersebut orang tamak, maka sama la juga ia rosak di tengah jalan. Bukan sebab polisi tue teruk tapi tukang yang laksanakan polisi tue tak amanah.

Tapi masalah kita sekarang dengan BN2 sekali bersubahat untuk menekan rakyat. Kerajaan patutnya sudah mula memingkirkan langkah2 tertentu bagi membela nasib golongan2 yang takde rumah. Jangan fikir status sangat. Tak kira serdahana ka pendapatan rendah ka asalkan mereka takde rumah, bantu je la semua sama rata. Tak kira bangsa mahupun agama.

Kerajaan kita sepatutnya buat apa?

1. Kawal harga rumah.

2. Kawal harga bahan binaan. Jangan biarkan kapitalis amek kesempatan. Ka depa geng2 BN juga?

3. Stop semua kelulusan untuk bina rumah mahal. Ka pemaju2 neh seme geng2 BN juga?

4. Nak taknak pemaju nak hidup, nak berniaga, terpaksa la mereka buat juga rumah kos rendah dan serdahana.

5. Longgarkan syarat pinjaman.

6. Turunkan kadar faedah dan cuba cari ruang diskusi dengan BANK untuk memudahkan urusan pinjaman.

7. Spekulasi harga rumah semakin teruk. Tolong la bagi pengajaran kepada pemain2 spekulasi neh.

Dan aku juga berharap kerajaan negeri ka pusat ka tak kisah la BN ka PR ka mereka boleh buat 2 benda neh.

1. Buat skim simpanan. Setiap pekerja perlu menyimpan di bank tertentu bagi dijadikan modal permulaan untuk beli rumah. At least deposit dah tak payah nak pening2 kepala mencari sebab dah menyimpan at least selama 5 tahun bagi membeli rumah. Selagi ia tak digunakan untuk beli rumah, jangan bagi duit tue keluar.

2. Buat satu polisi, satu keluarga satu rumah. Tak kira la ko miskin ka kaya ka apa ka asalkan ko dah kahwin, ada anak tapi takde rumah maka kerajaan akan utamakan keluarga ko untuk beli rumah terlebih dahulu. Urusan untuk setiap pasangan samada ada anak ataupun tiada anak untuk beli rumah pada pertama kali haruslah dipermudahkan. Elok juga kerajaan tetapkan kuota tertentu untuk dipenuhi golongan seperti neh kepada pemaju2. Berdasarkan kepada pemohon yang first applies first serve.

Situasi sekarang ramai orang2 miskin dan berpendapatan rendah especially melayu2 ramai yang takde rumah sendiri. Kerajaan kata mereka bantu orang melayu. Bantu la sangat. Kalau bantu tak la ramai orang2 melayu duduk pinggir2 bandar jek sebab nak beli rumah kat bandar terlalu mahal. Kalau pun loan bank dipermudahkan, mampu ke bayar balik RM1,000 tiap2 bulan?

So yang efektifnya kawal harga rumah dan kawal kadar faedah supaya pembeli boleh beli dan mampu bayar tiap2 bulan. Baru rate harga RM400,000 pun rasa tercekik nak bayar. Inikan pula kalau harga sejuta? Melanguk la melayu2 dok kat kampung pula lepas neh. Fikir2kan la ek.

Khamis, 11 Julai 2013

Wajah-Wajah Perogol Pegawai Pengiring SUKMA.

Ketiga2 nama yang dinamakan sebagai suspect ialah orang melayu. Anak2 melayu neh minum arak yang mereka perolehi dari luar dan merogol mangsa dalam keadaan tidak sedar/waras sepenuhnya.

Dan percaya kah anda mereka masih lagi budak2 bawah umur?

20 tahun sorang.
19 tahun sorang.
18 tahun sorang.

Aduhai.

Muda2 lagi. Kesian la dorang terjebak dalam kes neh begini akibat pengaruh arak. Aku percaya masing2 tiada niat nak merogol.

 


Yang kena rogol tue depa kata berbangsa cina. Tak disebutkan dalam mana2 berita. Tetapi itulah spekulasi yang tersebar. 

Dan untuk pengetahuan korang, ketiga2 suspect mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol yang dikenakan terhadap mereka.

Baca bawah ;

Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) - Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan.

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.

Kalau betul merogol, elok mengaku bersalah dan bertaubat.

Tapi boleh jadi lepas merogol tak ingat bahawa dia dah merogol orang sebab tue tak boleh nak mengaku sebab tak ingat akibat pengaruh alkohol.

Apa2 pun kemungkinan pun boleh terjadi. Sebab tue kalau rasa2 diri tue muslim, jangan minum arak.

Dan aku berpendapat, sudah sampai masa nya untuk non muslim di didik agar minum arak takat yang ko mampu tahan. Nak minum arak tak perlu la sampai mabuk2 hilang kewarasan diri sampai nak melawan orang yang merogol pun takde kudrat. Pendidikan itu perlu, supaya kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Minum arak mungkin tradisi dan adat bagi bangsa tertentu. Tapi mabuk2? Aku percaya ia ditolak oleh semua bangsa di dunia neh.

Oke bai.

Pembangkang Pengacau - Menteri.


Menteri  Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa pembangkang menjadi pengacau yang ingin menimbulkan huru-hara dengan menyokong pemansuhan Akta Hasutan.

"Ini semua pengacau. Dan pengacau itu pembangkang kerana mereka seperti mahu keadaan negara menjadi huru-hara. Itu yang mereka mahu," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen ketika beliau sendiri ditanya mengenai pendiriannya berhubung pemansuhan akta berkenaan.

"Anda tahu apa nak jawab," katanya apabila ditanya lanjut sama ada beliau tidak menyokong pemansuhan itu. Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai hasil kajian badan pemantau rasuah Transparency International (TI-M), yang mendapati bahawa institusi paling korup di dalam negara ialah pasukan polis.

Mengulas perkara itu, Tengku Adnan berkata tidak adil sekiranya hanya pihak polis yang dipersalahkan dalam isu tersebut semata-mata. Tengku Adnan berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk menangani persepsi masyarakat ke atas rasuah, yang menurutnya boleh dibenteras sekiranya pemberi wang berhenti daripada memberi rasuah.

"Ini adalah persepsi. Kita sekarang sedang berlawan dengan perang persepsi. Kerajaan telah meletakkan segala usaha untuk memastikan gejala rasuah ini dibenteras. 

"Bila cakap mengenai rasuah, mesti ada pemberi... tak adil kalau kita nak kata polis lebih banyak menerima rasuah. Itu tak adil. Ini persepsi awak tahu? 

"Perkara utama ialah saya rasa tiada pemberi dan tiada menerima. Pemberi itu perlu berhenti," katanya lagi.

Merepek sangat.

Yang berjanji nak mahsuhkan tue PM. Kenapa dia tak kaji dulu kenapa PM membuat keputusan untuk memansuhkan akta tersebut dan gantikan ia dengan akta perpaduan nasional? Dorang neh suka bercakap tanpa melihat fakta terlebih dahulu.

Pembangkang telah menyeru kerajaan banyak kali agar menggunakan akta hasutan yang kena pada tempatnya. Ini kerana akta hasutan telah disalahgunakan ke atas mereka secara membuta tuli. Apa2 benda yang mereka sebut dan luahkan bila ia berkaitan dengan BN bahkan terbukti benar, tetiba kerajaan gunakan akta hasutan untuk tutup mulut mereka. 

Ini je motif kenapa pembangkang bersikap negatif terhadap akta tersebut. Bukan sebab pembangkang nak membuat kekacauan di dalam negara neh. Kalau Malaysia huru hara apa ko ingat pembangkang tak terjejas ke?

Pembangkang takde keluarga? Takde keperluan untuk mencari rezeki? Menyara anak2? Tak perlu bayar itu neh? Tak perlu belajar dan sebagainya? Sudah semestinya pembangkang juga sama seperti rakyat marhaen yang lain. Tidak mahu negara ini huru hara sebab apa2 pun ini negara kami juga. Agak bodoh la kita nak huru hara kan tempat tinggal kita sendiri. Bercakap tue tolong la fikir2 sama bab logik keadaan.

Bab rasuah PDRM.

Nak salahkan PDRM aje? Tak logik? Eh memang logik salahkan PDRM aje pun. Kalau dah perasuah beri rasuah depan mata, apa PDRM nak tengok aje? Tangkap dan dakwa la. Lapor kes ke SPRM. Ini sekian2 hari pada tarikh2 tertentu cuba melakukan sogokan ke atas diri saya. Saya tangkap dia on the spot dan ini pertuduhan ke atasnya.

Simple ma.

PDRM = Agensi penguatkuasa.

Boleh amek tindakan.

Apa la menteri bagi jawapan macam neh?

MEMALUKAN la oi.

MEMALUKAN. 

Sehebat mana pun si pemberi melakukan rasuah, tukang terima boleh memilih untuk terima atau tolak. Ingat, dia tak paksa ko terima rasuah. So tak faham2 lagi kenapa persepsi yang menerima tue lebih di anggap teruk dari yang memberi.

Haizh. Menteri2. Patut dah season macam neh berehat la kat rumah elok2. Kalau yang jenis cerdik takpe juga. Kalau jenis macam neh elok la rehat kat rumah elok2. Jangan susahkan rakyat jelata. Oke. Thanks.

Rabu, 10 Julai 2013

Zahid Hamidi Berperang Dengan Gobind Singh Di Parlimen. [Video Inside].

Zahid Hamidi out. Maksud aku alasan yang dia gunapakai. Out. Ada ke patut dia cakap Gobind ada kepentingan dalam kes keganasan yang melibatkan Zahid Hamidi pada tahun 2006 sebab Gobind jadi peguambela kepada mangsa tersebut.

Memang la seorang peguam bela kena bekap mangsa. Itu logik. Dah mangsa melantik Gobind supaya mendesak Zahid Hamidi agar bertanggungjawab atas apa yang berlaku ke atas mangsa. 

Kes tersebut meskipun telah dibuat laporan polis, tetapi tiada tindakan yang dibuat ke atas Zahid Hamidi. Maksudnya, siasatan ke apa ke langsung takde. So mangsa rasa teraniaya la. Meskipun ia melibatkan percintaan yang mendapat halangan dari Zahid selaku bapa kepada wanita yang ada skandal dengan mangsa yang dipukul oleh Zahid Hamidi, still PDRM patut siasat juga. Kalau siasatan dijalankan dengan telus, takde la mangsa rasa teraniaya kat sini.

Apa pun quote menarik dari Zahid Hamidi ;

" Karektor dia dan karektor saya, dia lebih hebat kaki pukul dari saya ".

Merujuk kepada Gobind Singh. Yang menyebabkan Gobind Singh mencabar Zahid ulang semula kenyataan tersebut di luar parlimen agar Gobind Singh boleh menyaman Zahid Hamidi. Secara tak langsung Zahid Hamidi dah termengaku bahawa dia memang kaki pukul.

KAH KAH KAH 

Parlimen huru hara disebabkan sikap Gobind Singh yang melakukan provokasi ala peguam terhadap Zahid Hamidi. Sebenarnya tindakan dia tue ada sebab tersendiri. Bila dah desak2 dan provok2 macam tue, kemungkinan besar Zahid Hamidi akan rasa tertekan dan mula la keluarkan macam2 hujah untuk bela diri. Silap2 hujah2 merapu semua ada. Itu yang sampai tersebut perkara di atas tue. Tertekan. Dek kena provoke. Skill biasa yang wujud pada kebanyakkan peguam. Peguam syariah mungkin tak la. 

Hehe. 

Tonton video kat bawah neh. Sampai tercabut anak tekak Zahid Hamidi suruh Gobind diam.

KAH KAH KAH


Selasa, 9 Julai 2013

Utusan Timbulkan Kontroversi Lagi, Sekali Lagi Memburukkan Imej Ikhwanul Muslimin.


Kenyataan ini adalah untuk sebaran umum bagi menangkis persepsi seolah2 IK berniat melakukan pemberontakkan dan kerosakkan di bumi Mesir. Mohon rakyat Malaysia yang terjebak dengan persepsi yang ingin digambarkan oleh Utusan tidak termakan hasutan dan corak penulisan mereka. Kenyataan ini digalakkan untuk disebarkan secara meluas di laman twitter, facebook, forum dan blog bagi menepis penulisan yang kurang tepat oleh akhbar arus perdana Malaysia mengenai tindakan2 IK.

Terima kasih.

Baca bawah ;

Merujuk kepada kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 9 Julai 2013(gambar) yang menyatakan "Ikhwanul Muslimin gesa pemberontakan diadakan", berdasarkan kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan di Kaherah oleh pihak Ikhwanul Muslimin sejak bermulanya kebangkitan rakyat Mesir selepas pihak kepimpinan Tentera merampas kuasa pada 30 Jun 2013 dengan memecat Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat Mesir, Muhammad Mursi, kami ingin menyatakan bahawa : 

1. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak datang dari sumber Ikhwanul Muslimin sendiri. Ianya mungkin dirujuk daripada sumber- sumber lain khasnya media propaganda pihak pembangkang Presiden Muhammad Mursi atau media- media lain.

2. Menurut kenyataan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammad Badi', Ikhwan menentang penggulingan kuasa oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah As Sisi ini kerana ianya adalah satu pencabulan hak rakyat yang telah membuat pemilihan terhadap presiden mereka melalui sistem demokrasi dan proses pilihanraya yang bersih (buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir) yang diiktiraf oleh rakyat dan juga negara- negara luar.

3. Ikhwan Muslimin bersama berbagai kelompok rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan, menentang keras tindakan jahat dan kotor ini melalui perhimpunan aman di seluruh negara Mesir. Perhimpunan aman dan "I'tisom" ( berpiket secara berterusan/ tidak keluar daripada tempat berpiket) akan tetap diteruskan sehinggalah Presiden Dr Muhammad Mursi dikembalikan semula ke tampuk jawatannya sebagai presiden Mesir yang sah dan dipilih oleh rakyat melalui lunas demokrasi yang luhur. 

4. Tindakan berhimpun secara aman dan tidak menggunakan sebarang unsur kekerasan akan tetap diteruskan sehinggalah presiden mesir dikembalikan semula. Mereka menegaskan perhimpunan aman ini adalah hak rakyat dan dijamin oleh perlembagaan Mesir (yang juga telah digantung perlaksanaannya oleh as Sisi) dan dijamin oleh PBB.

5. Tragedi berdarah yang berlaku semalam merupakan tindakan durjana pihak kepimpinan tentera yang telah menggunakan tindakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan aman ini. Mereka yang berhimpun waktu itu sedang solat subuh dan mereka dihujani dengan tembakan gas pemedih mata dan tembakan dengan peluru hidup tatkala mereka masih solat (rakaat kedua). Tohmahan adanya tindakan golongan pelampau yang menyerang tentera telah dinafikan sekeras- kerasnya oleh pihak penyokong Dr Muhammad Mursi. Semua bukti yang dikemukan oleh jurucakap Tentera dalam kenyataannya semalam adalah bukti video yang dimanipulasi dari rakaman insiden lain yang berlaku di tempat lain dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku dalam tragedi berdarah awal pagi semalam.


Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=203261753165429&set=a.202146149943656.1073741828.202121649946106&type=1&ref=nf

Ini Senarai Barangan Cina Yang Penyokong UMNO Boikot.

Kelakar dowh dorang. 

Tengok bawah neh hah ;

 
Aku terima satu inbox. Budak tue bagi aku gambar list yang menyeru boikot barangan cina DAP.

Aku tanya dia kenapa dia bagi aku.

Dia cakap untuk aku boikot. Aku tanya lagi. Apa keperluan untuk aku boikot? Dia kata aku patut pandang dari sudut ekonomi Islam. Jangan dok pandang dari sudut politik jek. Banyak sebab untuk boikot. Selain dari membantu menaikkan ekonomi orang Islam kita juga dapat membantu usahawan bumiputera. Dan dia juga sempat sound aku. Katanya time boikot sekichan beria2 aku boikot. Time kutuk Mokthar AlBukhari beria2. Boikot gardeniar apa bagai la. Tapi bila ia babitkan barangan DAP mula la korang semua jadi parasit. Sanggup pertahankan cina.

Well, jika ia berkaitan MCA adakah korang akan boikot juga?

Ya. Itu jawapan dia.

Aku nak bagitau la. Aku tak pernah seru boikot restoran Sekichan. Aku tak pernah makan pun kat situ. Boikot ke tak boikot ke pada aku sama jek. Sebab aku memang tak pernah jejak restoran tue. Tapi tindakan rakan2 PR yang boikot restoran Sekichan tue bukan la kerana perbezaan pendapat dalam isu politik. Jangan salah faham.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/kasihani-lah-kami-jangan-boikot-kami.html

Ini sebab2 kenapa mereka boikot.

Jangan main tuduh2 jek.

Bab Gardeniar pula. Dari awal lagi aku memang tak pernah boikot kerana aku ialah pembeli setia Gardeniar, apatah lagi kutuk2 Mokthar Albukhari tue. Dia antara usahawan yang aku suka dan aku hormati. Aku peduli apa ramai penyokong2 PR benci dia sekalipun. Aku tak benci dia. Dia ada talent dan ada benda yang aku suka untuk aku tiru dan contohi.

Tapi sesiapa yang nak boikot apa2 sekalipun aku terima dan hormat je sudah la. Cuma nya bila orang taknak boikot apa yang ko boikot, tak perlu la label dan tuduh orang bukan2.

Sama macam isu mekdi. Ko nak boikot mekdi, ko boikot la. Kalau ada yang taknak boikot, itu bukan hak ko untuk meletakkan label tertentu kepadanya. 

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/saya-makan-burger-mekdi-free-dan-saya.html

Label. Hukuman. Tindakan dan kata2 yang keras.

Kita tak perlu tiru dan ikut.

Berbalik kepada senarai yang dia bagi aku tadi. Aku nak bagitau. Yang aku memang beli minyak masak brand Sri Murni. Aku memang beli Beras Cap Rambutan dan aku selalu beli sardin cap Ayam BRAND. Boikot? Aku takan buat. Boikot la korang ikut korang suka. Aku harap ia konsisten dan berterusan la ek.

KAH KAH KAH

Isnin, 8 Julai 2013

KJ Tertekan, Isu Rogol Terus Jadi Perbualan.

3 isu dalam satu hari.

Kes rogol.
Kes arak.
Kes langgar lari.

Kes langgar lari kita boleh anggap ia kesilapan si pemandu yang cuai. Lepas langgar, lari pula. Bukan seorang yang menjadi mangsa tetapi 3 orang. Takde sivik punya pemandu. Lepas langgar tue berhenti la. Tengok keadaan. Nak buat macam mana. Memang la kena tanggung kesalahan sebab dah buat salah. Normal la tue. Yang tak normal ialah ;

1. Bila buat salah taknak tanggung kesalahan.

2. Bila tak buat salah, dipersalahkan seolah2 macam buat salah.

Ini baru tak normal. Kalau terima kesalahan itu maksudnya normal = akal ko waras.

Selepas itu kes rogol menjadi kontroversi di media sosial. Ini berlaku berikutan ada akhbar yang melaporkan kejadian tersebut. Maka pengguna media sosial bercerita mengenal hal tersebut. Maaf, lebih tepat, kebanyakkan nya memilih MENGECAM akan kejadian tersebut dengan MENGECAM MANGSA.


Aku takmo cakap / sebut pasal bangsa / agama pada awalnya. Bagi aku kalau dah merogol tetap la merogol. Peduli hapa dengan bangsa dan agama ko sekalipun. Tetapi aku terguris baca komen2 yang mengherdik mangsa rogol.

Padan muka kena rogol sebab minum arak.
Yang pandai2 minum arak sapa suruh kan dah kena rogol.
Kalau kalah baca la Alquran apa bagai.
Arak punca masalah, dah tahu salah pergi minum apa? Sekarang rasakan.

Lebih banyak yang menyalahkan si mangsa yang minum arak. Ya ya mereka akan bagi ko jawapan seperti berikut ;

Wehh kita orang tahu la ROGOL tue salah, tapi kita orang nak TEKAN KAN isu ARAK sebab memang si mangsa tue BERDOSA BESAR sebab kerana minum arak.

Aku tak sure bab dosa besar. Sebab tak disebut pasal bangsa/agama si mangsa pun. Tapi ada orang mesej aku bagitau bahawa ;

Mangsa rogol = remaja perempuan = cina.

Perogol = Melayu dan India.

Ini bukan bermaksud bila sesiapa selain muslim, bila ia mabuk, ia dihalalkan. Jangan salah faham. Minum arak dan mabuk disebabkan arak ia adalah dua situasi yang berbeza. Bukan semua yang minum arak akan mabuk. Tetapi setakat neh kebanyakkan yang mabuk, adalah angkara arak. 

Bila baca berita di atas, konklusi yang aku dapat ;

1. Mangsa mungkin bawah umur yang dibenarkan untuk consume alkohol. Betulkan kalau salah. Bukan 21 tahun ke atas ka?

2. Minum di kawasan terbuka = gelangang bola kerajang.

3. Minum sehingga hilang kewarasan.

4. Mengakibatkan dia tiada daya untuk melawan ketika dirogol dalam keadaan separuh sedar.

Jadi ini MUNGKIN kes minum arak bawah umur, di kawasan terbuka dan melebihi dari apa yang dia mampu consume. Ini bukan kes padan muka, andai korang tetap perlu menyalahkan mangsa.

Mangsa tension sebab kalah perlawanan. Maka dia minum arak. Dan dia terlebih consume dari apa yang dia mampu consume. Minum arak bagi orang bukan Islam bagi aku tiada masalah. Tetapi haruslah dalam kemampuan dia. Maksudnya takat mana badan dia boleh terima/tolerate dengan alkohol. Jangan minum melebihi dari apa yang badan ko mampu terima. Sebab itu la ko sampai mabuk dan hilang kewarasan. Itu pemahaman aku yang tolerate dengan cara hidup orang bukan Islam. Dan, kalau ko perlu sekalipun untuk mabuk2, maka lakukan dalam rumah sendiri. Jauh dari masyarakat supaya tak mengacau orang awam.

Bawa arak masuk dalam kawasan larangan, minum di tempat terbuka = gelangang bola keranjang ini membuktikan aspek keselamatan tidak ditekankan dalam kejohanan SUKMA kali neh. Takde rondaan, takde pemantauan dan pemeriksaan. Silap2 senjata pun boleh dibawa masuk. Kalau ada orang nak bawa masuk c4 pun mungkin boleh. Kawalan keselamatan yang longgar memungkinkan para atlet mengambil kesempatan.

Yang neh penganjuran SUKMA harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Yang neh menteri KBS harus memainkan peranan supaya kes seperti ini tidak berulangan lagi. 

Di Malaysia had minum arak mungkin 21 tahun. Tak silap aku. Atau mungkin 18 tahun. Aku tak sure yang mana satu.

Tapi setelah mengabungkan semua konklusi neh apakah pendekatan kita menyalahkan mangsa itu betul? Kalau aku, aku akan cakap ia tak betul langsung. Ya, dia melakukan satu kesalahan. Tetapi itu tak bermaksud ia mewajarkan kesalahan yang dilakukan ke atasnya. Maksud aku kat sini bilamana kita melihat ada mangsa yang dirogol dalam keadaan dia mabuk = maka kita kena tekankan jenayah rogol ke atasnya bukan jenayah dia mabuk, meskipun jenayah mabuk mempengaruhi. Jika ia perlu, maka kita tekankan tang mana salahnya dia supaya dia belajar dan tidak ulangi kesilapan. Menghina dan me- padanmuka - kan mangsa bukan tindakan yang tepat. Kita bercakap pasal rogol yang bukan dalam kerelaan sendiri. Kita bukan citer pasal Saiful yang rela tukar seluar dan salin ke tuala untuk diliwat.

Kita boleh memilih untuk menjadi masyarakat yang pengasih dengan mendidik dia. Dengan memberikan dia satu teguran yang tidak menguris perasaan mangsa. Tetapi kita memilih untuk memaki hamun dia. Ini bukan cara yang betul. Biarpun mangsa itu muslim sekalipun ia bukan cara yang betul. Mangsa rogol adalah mangsa rogol, samada dia sedar mahupun tidak. Sekian.

Bantuan Tipu Satu Malaysia Mengundang Rasa Marah Rakyat Terhadap BN.



Cis.

Aku beria2 la suruh orang g daftar. Harap2 la takde sesiapa yang membaca seruan aku tue betul2 pergi daftar dan tertipu dengan BL1M = Bantuan Lesen 1Malaysia. Masa tue pun aku tak expect depa akan menipu. Aku anggap macam BRIM je la. Mana la aku tahu bahawa ada pihak2 terbabit akan mengenakan pemohon2 yang memohon bantuan tersebut. Siap bayar duit lagi.

Aduhai..

Masak2..

Baca bawah ;
Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.

Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.

Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.

“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.

“Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran,” katanya.

Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.

Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.

“Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya.

Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/politik/bl1m-hanya-gula-gula-pru-1.180205

Skim2 bantuan neh takde masalah kalau diperkenalkan oleh sesiapa sekalipun. Cuma kalau dah perkenalkan skim itu neh, biarlah ia betul2 berjalan sepertimana yang dicanang2kan. Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ia skim2 bantuan neh melingkup tengah jalan. 

Sekaligus menyebabkan orang jadi marah pada BN. Bila ko lantik orang yang tak amanah buat kerja, ia memang salah ko sendiri. Buat la berjuta2 skim sekalipun sekali yang pegang dan urus tue ialah mereka2 yang tak amanah sampai ke mampos la kita teraniaya.

Keyword kat sini ialah lantik dulu mereka yang amanah + jujur dalam menjalankan tugas = di ikuti dengan skim + bantuan yang betul pada individu yang betul. 

Nampaknya perkara ini terlalu sukar di fahami oleh pemilik akal biasa = BARISAN NASIONAL.

Adui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...