Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Julai 2013

Ini ucapan Najib Dan Ini Penipuan Yang Anda Kena Sebarkan [Akta Hasutan 1948]

Itu petikan berita beb. Mana boleh percaya. Kata penyokong2 UMNO bila melihat penyokong2 PR sebarkan keratan berita dari Sinar Harian.

Lihat bawah neh ;



Laporan akhbar tak semestinya tepat. Lebih2 lagi kalau sesiapa yang bukan proksi BN. Mereka boleh jadi menipu dan menokok tambah benda yang tiada. Sengaja mengada2kan benda yang tak betul.

BTW, Sinar Harian bukan nya proksi pembangkang. Mereka dikuasai oleh mereka2 yang PRO BN. Tapi oleh kerana rakan2 BN kita lebih mempercayai Utusan dan lebih mempercayai kata2 Najib, maka aku dah cari satu bukti yang nyata menunjukkan bahawa Najib pernah memberitahu akan memahsuhkan Akta Hasutan 1948. Perkara ini juga telah dilaporkan di berita2 sebenarnya. Cuma aku takde akses di TONTON. Kalau ada aku yakin boleh jek kita dapatkan rakaman video berkenaan berita tersebut.

Apa pun kita bagi dulu UTUSAN sebagai bukti utama bahawa Najib ialah PM yang PENIPU. Ucapan yang dimulakan dengan kata2 JANJI DITEPATI [KONON] tetapi sebenarnya PANDAI BERJANJI DAN PANDAI BUAT MUKA SLUMBER ketika menipu.

Lihat bawah ;


Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120712/re_01/Menggubal-Akta-Keharmonian-Nasional

Kat link tue ialah ucapan penuh Najib Razak. Boleh baca sendiri. Dan boleh nilaikan sendiri bagaimana seorang Perdana Menteri mengkhianati janji yang dibuatnya sendiri. Tiada sesiapa paksa dia buat apa2 janji pun. Dia sendiri yang pandai2 buat dan akhirnya dia sendiri yang mungkiri janji.

Kerajaan sebut dengan jelas. Akta Hasutan berambos. Digantikan dengan Akta Keharmonian Negara. Namun Zahid Hamidi cakap lain pula. Rujuk bawah ;



Rujukan : http://mynewshub.my/?p=174536

Dengar sini. Kita bukan tak meraikan pindaan. Tetapi jika pada awalnya ko janji nak mahsuh, maka ia bermaksud mahsuh. Itu yang kita faham sebab ko sendiri sebut mahsuh dan gantikan ia dengan akta baru. Ko tak sebut pindaan pun.

Ini la yang orang sebut ;



BN tahu sangat rakyat banyak kali mempersoalkan tindakan Akta Hasutan 1948 yang sering digunakan ke atas pemain2 politik tanahair. Sebab tue mereka mempamerkan kelakuan konon2nya dah insaf. Ubah itu neh. Buang itu ini. Gubal itu neh. Pinda itu neh. Transformasi konon. Minta maaf konon. Mengaku salah konon. Padahal semua itu adalah WAYANG. LAKONAN SEMATA2. Pergi balik pergi balik pun rakyat gak terkena dan tersepit sana sini.

Bayangkan.

Hari neh Najib slumber jek menipu akan benda yang dia sendiri sebut depan2 kita. Apatah lagi benda yang dia sorok2kan dari kita. Tah apa lagi la penipuan2 BN yang kita tidak tahu.

Fikir-fikirkan oke.

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...