Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Julai 2013

Bantuan Tipu Satu Malaysia Mengundang Rasa Marah Rakyat Terhadap BN.



Cis.

Aku beria2 la suruh orang g daftar. Harap2 la takde sesiapa yang membaca seruan aku tue betul2 pergi daftar dan tertipu dengan BL1M = Bantuan Lesen 1Malaysia. Masa tue pun aku tak expect depa akan menipu. Aku anggap macam BRIM je la. Mana la aku tahu bahawa ada pihak2 terbabit akan mengenakan pemohon2 yang memohon bantuan tersebut. Siap bayar duit lagi.

Aduhai..

Masak2..

Baca bawah ;
Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.

Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.

Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.

“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.

“Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran,” katanya.

Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.

Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.

“Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya.

Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/politik/bl1m-hanya-gula-gula-pru-1.180205

Skim2 bantuan neh takde masalah kalau diperkenalkan oleh sesiapa sekalipun. Cuma kalau dah perkenalkan skim itu neh, biarlah ia betul2 berjalan sepertimana yang dicanang2kan. Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ia skim2 bantuan neh melingkup tengah jalan. 

Sekaligus menyebabkan orang jadi marah pada BN. Bila ko lantik orang yang tak amanah buat kerja, ia memang salah ko sendiri. Buat la berjuta2 skim sekalipun sekali yang pegang dan urus tue ialah mereka2 yang tak amanah sampai ke mampos la kita teraniaya.

Keyword kat sini ialah lantik dulu mereka yang amanah + jujur dalam menjalankan tugas = di ikuti dengan skim + bantuan yang betul pada individu yang betul. 

Nampaknya perkara ini terlalu sukar di fahami oleh pemilik akal biasa = BARISAN NASIONAL.

Adui.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...