Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Oktober 2016

9 Tahun Minta Lesen MBSA Tak Pernah Bagi, Apakah Kerana Kami Bukan Anak Dara.

Apa yang dihebahkan oleh Encik Redza ;


Dan nampaknya memang benar ;



Luahnya lagi ;


Kami tak kacau orang ;


Anak yatim yang berhijrah cari makan ;



Selepas viral baru terhegeh-hegeh luluskan lesen. Itupun selepas ADUN masuk campur ;


Tapi sementara menunggu taktahu nak makan apa. Menitik airmata tengok wajah ahli keluarga ;



Rakyat nasihat contohila N9 ;


Semoga penguatkuasa-penguatkuasa seluruh negara boleh bertolenrasi terhadap penjaja kecil terutamanya pada mereka yang langsung tak pernah membuat masalah.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Apa Pendirian Najib Dalam #RUU355? Penyokong PAS Jangan Sibuk Nak Menyalahkan Orang Je Sampai Diperdaya Najib.





AMARAN! BACA DAN HADAM, TAK SETUJU JANGAN SERANG SAYA


(Paparan artikel ini dengan besertakan Peraturan Mesyuarat boleh didapati di http://rafiziramli.com/…/rang-undang-undang-355-dato-seri-…/)

Parlimen datang lagi. Maka akan riuh mengenai Najib Razak dan segala jenis panasnya. Namun ada segelintir yang sering mencemuh saya kerana kononnya bising mengenai segala macam perkara yang saya dedahkan, tetapi diam seribu bahasa mengenai #RUU355. Ada sebabnya. Sebabnya kerana usul #RUU355 adalah untuk merujuk kepada Najib Razak, akhirnya bola itu dikaki #pang5islam itu juga. Saya diam sebab saya mahu dengar dari Dato' Seri Najib dahulu.
Saya mohon sebarkan seluas-luasnya penulisan saya ini kerana ia boleh membantu meredakan kekeliruan, terutamanya dikalangan orang bukan Islam terhadap orang Islam.

14 OKTOBER 2016

RANG UNDANG-UNDANG 355: DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK MESTI ISYTIHAR PENDIRIAN PENTADBIRAN BELIAU
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula minggu depan akan dibayangi oleh satu usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS yang kini sering dirujuk sebagai RUU355.

Pelbagai pihak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul ini. Ia membawa kesan yang besar kepada negara dan rakyat sebelum ini apabila perbezaan pendapat yang (salah satunya) berpunca dari beberapa keputusan yang akhirnya dizahirkan menjadi usul RU355 ini, telah berjaya memecahkan Pakatan Rakyat.

Usul RUU355 ini tidak kurang panasnya kali ini.

Saya pasti pintu depan bangunan Dewan Rakyat akan dipenuhi dengan wartawan yang menunggu untuk menyerbu setiap seorang Ahli Parlimen untuk menanyakan sama ada mereka akan menyokong atau membangkang apabila diadakan pengundian.

Sebenarnya ramai yang salah sangka mengenai usul ini dan kesan pengundiannya jika ia dibenarkan dibentangkan di Parlimen kali ini. Salah sangka ini berpunca dari tiadanya pengetahuan mengenai Peraturan Mesyuarat yang menjadi undang-undang perbahasan dan tatacara Dewan Rakyat. Jika ramai Ahli Parlimen pun kurang mahir mengenai perkara ini (lalu tidak dapat memahami kesan pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang dan pengundiannya kelak), apatah lagi rakyat kebiasaan.

Begitu banyak peperangan Facebook berlaku dengan kata-kata yang kesat semata-mata kurangnya kefahaman mengenai Peraturan Mesyuarat ini. Begitu banyak yang prasangka terhadap orang Islam atau sesama Islam kerana tidak merujuk dahulu kepada Peraturan Mesyuarat.
Lalu apabila saya mengangkat tangan dalam satu mesyuarat minggu lalu dan merujuk perkara ini, ada yang melopong. Ada yang tepuk meja. Ada yang suruh saya diam dan duduk jauh-jauh kerana bimbang jika saya bercakap, ia boleh mengelirukan rakyat.

Sebenarnya seluruh negara terkeliru, sebab itu saya mahu menulis hari ini iaitu 2 hari sebelum sidang bermula.
Usul yang bakal dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang (jika ia dibenarkan) adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang (mengenai menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah) yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Marang tadi dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Perhatikan saya “bold” dan saya “gariskan” dua perkataan – “dirujuk” dan “dipertimbangkan”.

Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman).

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan.

Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian.

Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengundian, kerana jika ia diluluskan maka terlaksanalah hudud di Malaysia. Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri).

Sekiranya selepas dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, usul RUU355 itu diundi dan diluluskan – jauh lagi perjalanannya sebelum hukum hudud hatta menaiktaraf mahkamah syariah berlaku.

Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanyalah bertujuan untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang itu kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

Selagi menteri yang bertanggungjawab tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang.

Saya percaya ramai yang sudah mula memaki hamun saya bila sampai ke sini. Ini bukan rekacipta saya. Ini adalah Peraturan Mesyuarat yang mengawal tatacara apabila ada ahli yang bukan dari kerajaan berhajat untuk mencadangkan undang-undang yang boleh dipertimbangkan kerajaan.

Tatacara ini terkandung di dalam Peraturan Mesyuarat 49 yang dihuraikan secara mendalam di setiap langkah seperti berikut:

49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.

49. (2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.

49. (3) Apabila diperkenankan permohonan itu setelah dikemukakan kepada mesyuarat dan disetujukan usul itu, maka Rang Undang-undang itu akan disifatkan telah dibacakan kali yang pertama dan diperintahkan dicap; dan satu salinan Rang Undang-undang itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha.

Proses yang dibuat oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang setakat ini ialah menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) dan 49(2) iaitu menghantar rang undang-undang melalui usul dengan dikepilkan salinan rang undang-undang itu.
Jika usul itu dibenarkan dibacakan, dibahaskan dan diundi, prosesnya sampai ke peringkat Peraturan 49(3) iaitu dikira dibacakan kali pertama.

Peraturan Mesyuarat yang paling penting dalam mempertimbangkan kesan pengundian usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang ini ialah Peraturan 49(4) dan 49(5) iaitu:

49. (4) Dengan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 51, Rang Undang-undang itu hendaklah dicap dan dihantar kepada ahli-ahli dan dengan tidak dibahaskan, terserahlah Rang Undang-undang ini kepada Menteri yang berkenaan dengan perkara-perkara atau tugas-tugas yang terkandung dalam Rang Undang-undang itu atau, jika tiada Menteri yang berkenaan, maka terserahlah Rang Undang-undang itu kepada Menteri atau ahli yang dilantik oleh Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dijalankan apa-apa langkah atas Rang Undang-undang ini sehingga Majlis menerima penyata daripada Menteri atau ahli itu.

49. (5) Setelah diterima penyata yang disebutkan dalam perenggan yang lalu itu, maka Rang Undang-undang itu akan ditetapkan bagi dibacakan kali yang kedua pada hari yang dikehendaki oleh ahli yang menjaga Rang Undang-undang itu.

Jika pun usul itu dibenarkan untuk dibacakan, dibahaskan dan pengundian di Dewan Rakyat menyokongnya, undi itu setakat meluluskan rang undang-undang itu dirujuk kepada menteri yang berkenaan (dalam perkara ini Dato’ Seri Jamil Khir kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah portfolio beliau).

Peraturan Mesyuarat 49(4) dengan jelas menyatakan bahawa tidak boleh dijalankan apa-apa langkah ke atas rang undang-undang itu selagi Menteri berkenaan tidak kembali kepada Dewan Rakyat dengan satu penyata yang bakal dibentangkan sebagai rang undang-undang.

Peraturan Mesyuarat 49(5) juga jelas menyatakan bahawa hanya setelah menerima draf rang undang-undang dari menteri, barulah boleh ditetapkan untuk dibacakan dan dibahaskan bagi kali kedua. Hanya selepas pengundian di peringkat kali kedua sesuatu undang-undang itu diangkat menjadi akta dan boleh melalui proses seterusnya di Dewan Negara dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong.

Oleh yang demikian, rakyat keseluruhannya perlu faham bahawa sekiranya pun pengundian berlaku susulan pembentangan usul Ahli Parlimen Marang itu, ia kembali kepada keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana cadangan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu hanya ada peluang untuk dilaksanakan sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan Dato’ Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.

Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan. Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan.

Sebab itu saya menasihati seluruh rakyat yang baik-baik belaka supaya jangan kita bercakaran sedangkan satu-satunya batang tubuh yang mempunyai kunci untuk menentukan sama ada pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang itu berhasil atau tidak (iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak) diam seribu bahasa.

Malah saya berani meneka beliau terhibur dengan segala hiruk pikuk mengenai perkara ini. Ia menyebabkan parti-parti pembangkang bertegang leher. Ia menyebabkan orang bukan Islam runsing dan memberi tekanan kepada ahli parlimen bukan Islam. Sedangkan seperti mana Dato’ Seri Najib Tun Razak memegang kunci kepada misteri wang 1MDB, begitu jugalah beliau memegang kunci kepada persoalan “apa maknanya jika usul Ahli Parlimen Marang diluluskan minggu depan?”

Tidak seperti ramai orang lain yang gundah gulana dan bertegang urat, saya agak tenang dalam hal ini kerana saya tahu kesan mengundinya tidak lebih dari menyepak kembali bola ini ke kaki Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Yang lebih utama ialah menumpukan segala tekanan, hujahan, desakan dan pertanyaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai pendirian beliau sendiri dalam hal ini, iaitu:

1. Adakah Dato’ Seri Najib akan membenarkan usul Ahli Parlimen Marang ini didahulukan berbanding usul-usul kerajaan lain lalu dibahas dan diundi dalam sidang ini?

2. Jika Dato’ Seri Najib membenarkan (1), adakah beliau akan mengarahkan Dato’ Seri Jamil Khir menggubal satu akta kerajaan (yang mengambil kira cadangan Ahli Parlimen Marang itu) untuk dibentangkan kembali ke Dewan Rakyat dan diundi dan dikuatkuasakan?

Selagi Dato’ Seri Najib diam seribu bahasa seperti mana beliau diam dalam hal 1MDB, maka kita juga tidak usahlah bergaduh, bertegang leher dalam hal pembentangan usul Ahli Parlimen Marang itu.

Jika semua ini difahami, mudahlah semua pihak membuat keputusan kerana ia akan menjurus kepada satu perkara sahaja – mendesak Dato’ Seri Najib mengisytiharkan pendirian beliau sendiri.

Saya akan terus desak perkara ini sehinggalah ada jawapan dari Umno/Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

Pegawai Khas Najib Diberikan Projek Bangunkan Aplikasi 'Najib Razak' - Eh, Boleh Ke?



RESONATE DIGITAL. Ini ialah syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya membangunkan aplikasi 'Najib Razak' yang baru dilancarkan beberapa hari lepas. Aplikasi tersebut mendapat sambutan negatif rata-rata netizens atas pelbagai sebab namun kebanyakkannya bersetuju bahawa aplikasi tersebut mungkin bertujuan mencuri maklumat dan kerahsiaan pengguna.


Bagi mereka yang mahu memuat-turun aplikasi 'Najib Razak', pengguna perlu bersetuju untuk membenarkan aplikasi tersebut mengakses pangkalan galeri (gambar), media dan fail yang terdapat dalam telefon pengguna. Pengguna turut dimaklumkan bahawanya semua maklumat yang dibenar akses hanya akan dikongsikan bersama para pekerja dan vendors yang bekerjasama bagi membangunkan aplikasi tersebut.

Ia berupaya mengesan IP dan lokasi pengguna tetapi tidak akan menyimpan data peribadi pengguna menurut maklumat yang terdapat dalam polisi aplikasi tersebut.

Menerusi laporan Malaysiakini, tinjauan yang dilakukan oleh wartawan mereka ke atas syarikat RESONATE DIGITAL menemukan beberapa perkara. Perkara-perkara tersebut ialah ;

1. RESONATE DIGITAL ialah syarikat yang ditubuhkan pada Januari 2014.

2. Core Bussiness RESONATE DIGITAL dipaparkan sebagai pengurusan, pentadbiran, pembangunan, kawalan, memantau dan pemasaran aplikasi serta penyelesaian strategi komunikasi.

3. Ia terdapat 2 pengarah iaitu Har Kok Kit berusia 47, bekas ekskutif senior di Astro dan seorang lagi Amhari Efendi Nazaruddin berusia 40 tahun yang juga berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Najib Razak di bahagian 'Public Relation' di JPM (rujuk).

4. Syarikat tersebut memiliki aset tunai RM8,920 dan tanggungan liabliti sebanyak RM8,839.

Wartawan kemudiannya pergi ke pejabat bagi mendapatkan maklum balas susulan. Pejabat RESONATE DIGITAL terletak di PJ Trade Centre, Damansara Perdana berhadapan Lebuhraya Damansara-Punchong.

Walaubagaimanapun, kakitangan yang bertugas enggan ditemubual. Bahkan pihak yang bertanggungjawab juga enggan menjawab kepada beberapa persoalan oleh wartawan Malaysiakini. Soalan yang ditanyakan oleh wartawan ialah, berapakah kos untuk membangunkan aplikasi Najib Razak dan berapa ramaikah sudah mendownload aplikasi berkenaan. Pihak syarikat tidak mahu memberikan respon atas alasan ia adalah maklumat dalaman.

Dan ketika ditanya apakah wajar Pegawai Khas Najib diberikan tender bagi membangunkan aplikasi Najib Razak, individu berkenaan memberikan respon, ini ialah aplikasi peribadi Perdana Menteri. Individu tersebut turut menyatakan Amhari tidak berpengkalan di pejabat tersebut.

Wartawan juga dihalang dari menangkap gambar hadapan pejabat RESONATE DIGITAL atas alasan enggan digangu oleh orang luar yang berkemungkinan datang jika menyiarkan gambar tersebut.

Pada tahun 2011, aplikasi yang lebih kurang serupa turut dibangunkan. Yang diberikan nama Najib Razak 1Malaysia. Walaubagaimanapun ia tidak lagi tersedia untuk dimuat-turun. 

-------------------------------

Ini adalah laporan yang diubahsuai dari kandungan asal laporan Malaysiakini yang bertajuk Who Is The Delevepor Of Najib's New App? yang disiarkan dalam bahasa English. Laporan diedit dan dialih bahasa bagi tujuan penyebaran di blog Ameno World.

Jadi maklumat yang kita ada ;

1. Apps neh dibuat oleh orang khas Najib.

2. Kita tak dinyatakan tentang kos. Kita juga tak dinyatakan tentang tender. Terbuka ke tertutup ke rundingan terus ke apa ke semua zero information. Bukan kita tak tanya tetapi walaupun kita dah tanya maklumat tersebut tak tersedia untuk pengetahuan kita.

3. Tetapi sekarang kita tahu tujuannya. Aplikasi ini adalah satu aplikasi yang kononnya memudahkan pengguna untuk amek tahu serba serbi tentang hal-hal perdana menteri. 

4. Najib bukannya artis. Sapa pula nak stalk life dia. Kemon la. Kita hanya nak mencari masalah dan kelemahan dia je.

5. Tak cukup dengan Twitter, Facebook, Blog, TV3, media arus perdana paparkan life Najib 24 jam, kau tambahkan aplikasi macam neh buat apa.

6. Sepatutnya Najib bangunkan APS adu apa sahaja direct kepada piem anda. Baru la tercerah sikit pemikiran dia bilamana dia ada akses direct untuk mendengar keluh kesah rakyat marhaen. Dah kenapa nak takut berinteraksi dengan rakyat kau tadbir, Najib? Direct kita komunikasi. Kan lebih baik untuk saling memahami. Taknak? Tak mau tentang perasaan rakyat mengenai corak pemerintahan kamu? Tak sudi nak peduli tentang aduan-aduan kami? 

7. Menurut respon yang diterima oleh wartawan, aplikasi ini dibayangkan sebagai aplikasi peribadi PM. Aplikasi peribadi apa neh? Aplikasi peribadi bermaksud kau buat guna duit sendiri. Bila kau bangunkan aplikasi ntah guna duit sapa (suspect duit pembayar cukai) dan enggan dedahkan pula tentang keseluruhan kos yang terlibat, ia bukan peribadi lagi dah.

8. Oleh kerana pegawai khas Najib ialah pengarah syarikat ini lagi la layak ia dipersoalkan.

9. Kau bangunkan satu aplikasi yang takde faedah kepada rakyat (kau rasa kita perlu ke nak download aplikasi ini semata2 nak menonton life Najib? Macam orang Malaysia neh hilang akal pula) membayangkan ia satu projek yang sengaja dibuat untuk mengalirkan dana kepada syarikat.

10. Aku teringat Ismail Sabri pun ada buat aplikasi bandingkan harga barang. Apa dah jadi dengan aplikasi tersebut? Dah mati ke? Duit yang terkorban bagaimana? Mati syahid ke?

11. Bila rakyat komplen kenapa tak selenggara sekolah, kenapa tak upgrade fasiliti sekolah, kenapa potong bajet KKM, pandai pula nak jawab takde duit. Rakyat pun faham la sikit dengan masalah kerajaan. 

12. Tapi buat benda bangang sakai takde otak bebal mengarut merepek merapu jahanam ada duit pula kan. 

13. Lepas tu pongpang2 di media sosial mengata kenapa kita tak sokong BN. Kita neh jahat la mahkluk paling kejam la keji la teruk la dasar tak bersyukur la dan macam-macam lagi dikatanya pada yang membangkang. Tengok perangai korang sendiri. Perangai merapu macam neh macam mana nak sokong. 

Aku teringat satu komen yang aku baca. Mengulas tentang penipuan Azizan Osman. Katanya begini. Sebab tu Nabi datang beri amaran tentang Dajjal. Nabi memahami sikap manusia itu bagaimana. Bayangkan si Azizan neh menipu terang2an pun orang masih percaya, puja dan sokong. Bukti ada depan mata. Pun masih ramai yang sokong buta. Bayangkan pula benda macam Dajjal yang kita tatau di mana, bagaimana, apa dan macam mana. Kita dapat la hint serba sedikit berdasarkan agakan itu ini secara sahih dan tepatnya kita pun masih tertanya2 meneliti menganalisa dan memahami. At least kita boleh sandar pada hujah Nabi jika wujudnya pertikaian. Sebab tu Nabi bagi kita petunjuk. Nak bantu bangsa manusia di masa hadapan neh hah.

Btw, kau bagi clue/bukti/hujah direct ke kau tak bagi direct ke akan tetap ada sekumpulan gila yang menyokong perkara bangang. Hah sama la dengan cerita neh. Bagitau direct aplikasi neh bangang pun akan tetap ada yang menyokong.

Kbai.

Subsidi Minyak Masak Hapus - Lagi Banyak Bayar GST Lagi Banyak Subsidi Hapus!

Ini info yang kami terima dari Chegu Bard (CB selepas ini).



Mengikut kata CB, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat KPDNKK. Ia adalah sesi penerangan bagi memaklumkan tentang penghapusan subsidi minyak masak yang berkuatkuasa mulai Nov 2016.  Jika kita rujuk kepada gambar yang disebarkan oleh CB makanya ;


Subsidi minyak masak untuk minyak 1kg & 5kg masih dikekalkan dengan 70 kuota subsidi akan pergi ke minyak masak 1kg manakala selebihnya untuk minyak masak 5kg. Untuk rekod, packaging minyak masak di Malaysia ada dalam bentuk 1kg, 2kg, 3kg & 5kg. Pun begitu kami masih lagi menunggu respon lanjut dari KPDNKK bagi mengesahkan sebaran. Tunggu penjelasan lanjut dari mereka. Lepas tu baru fikir nak maki ka atau nak bersyukur. 

Kahkahkahkah!

Menteri Diserang Kaw-Kaw Kerana Gelar Team Media Siber UMNO Sebagai MyDedak - Aih, Terasa Kew Tew?

Hari ini nak tulis gosip kejap. Sesi mengumpat team media cybertroopers UMNO. Semalam dah mengumpat dengan member. Hari ini mengumpat dengan korang pula. Haha.

Lagipun isu-isu politik hari neh macam bosan. Kisah Anak Mahathir letak jawatan bagi aku tak menarik. Orang kaya punya pergaduhan demi politik neh buang masa je kalau kau ikut campur semata2 nak taking side. Mampos dorang la.

KAHKAHKAHKAH! 

Dalam seminggu dua neh efbi dipenuhi dengan riuh rendah pergaduhan yang membabitkan team media siber Najib vs Zahrain. Zahrain neh ahli UMNO Bandar Tun Razak. Ada pangkat juga. Bekerja dengan KuNan. Kadang-kadang bekap Najib kritik Mahathir. Kadang2 bekap Anwar kritik Najib. Kadang2 kritik pembangkang bela UMNO. Dan sebagainya. Nak tahu p la follow efbi dia laju-laju.

Sebelum neh entah apa isunya aku tak jelas, Zahrain bergaduh dengan team Mykmu dan JASA (Tun Faisal, Lokman Nor Adam orang2 JASA). Ada la beberapa kali secara konsisten mengkritik kedua-dua team media siber berkenaan. Kemudiannya apa yang membuatkan pergaduhan ini semakin kecoh dan membara apabila Zahrain membongkarkan insiden Najib dilempang oleh Rosmah Mansur dalam satu perjumpaan bersama team media PMO. Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Rizal Mansor. 

Baca : Rosmah Lempang Najib, Kesiannya, Wartawan Pakat Hebohkan Cerita Memalukan Itu!  

(Untuk rekod, Zahrain kata isu tersebut sebenarnya propaganda nak membuktikan orang2 di sebalik MYKMU dan JASA tu bodoh. Baca sini.)

Namun perkara tersebut menyebabkan team media siber (propaganda) UMNO jadi bengang. Dorang isytihar perang di FB. Maka bermula la episode serang menyerang membabitkan isu peribadi dan karut marut. Edit gambar, post lucah dan sebagainya. Sesuainya dengan perangai dorang tu. Jenis post merapu-rapu. Takda fakta nak serang peribadi orang tua.


Namun Zahrain pun ada silapnya. Dia pun melayan post benda merapu2. Sampai dikatanya exco Puteri UMNO, GRO. Apa lagi melantun marah la kakak kita. Sampai report polis kerana geram. Silap pada Zahrain. Kenapa nak post benda merepek. Emosi. Sesiapa yang mengkritik kalau dari kalangan MYKMU dan JASA dia block. Seriyus marah pakcik kita neh. Hahaha.

(Dorang punya hashtag. #tibaipmkamitibaibalik. Karut gila. Tapi payah juga nak mengata. Dorang makan gaji. Kena ikut prinsip boss. Kalau boss prefer jadi bangang terpaksa juga dorang membangangkan diri. Ye tak)

Apa yang membuatkan perang neh naik selevel lagi ialah bilamana ia membabitkan menteri. Asalnya sesama cybertroopers bergaduh dengan Zahrain je. Tetapi Shahidan Kassim masuk campur. Shahidan dan Zahrain berkawan. Melihatkan pergaduhan team media siber UMNO dengan Zahrain kian memuncak sehingga kita neh sebagai pembangkang dok perati je tunggu depa bocorkan rahsia masing2 nanti boleh la buat isu, maka mungkin Shahidan berniat menghentikan ia sebelum parah. Satu benda yang aku belajar dari pergaduhan dorang neh ialah aku sekarang dah tahu nama2 dalam team dorang dan media propaganda dorang yang berkaitan. Haha. Terima kasih eh.

Lalu satu pertemuan diaturkan. Rujuk gambar.


Dorang berjumpa, berbincang dan mencapai persefahaman. Kononnya la. Gencatan senjata dua minggu katanya.

Tetapi bukan itu yang berlaku!

Sebaliknya team media siber Mykmu dan JASA semakin marah dan bengang. Dorang serang Shahidan Kassim macam-macam di ruangan komen atas post tersebut.

Semua neh berpunca dari istilah yang digunakan Shahidan. Iaitu Mydedak. Melabel team siber UMNO sebagai mydedak ialah penghinaan. Entah kenapa team media siber UMNO terasa sangat. Orang tu tak sebut nama. Dorang pun marah melantun-lantun kot. Sampai terpaksala Shahidan delete post tersebut. Rugi la korang tak dapat baca. Aku lak tak screenshot. Dapat pun dari member. 

Antara yang terasew ;

 
Doktor pro Najib pun terasa tau. Kenapa Shahidan gunakan perkataan mydedak. Penat je doktor kita karang ayat pagi petang siang malam bekap Najib. Tak beragak langsung nak jaga ahti dan perasaan kita. Menteri jahat!

Alasan Shahidan kenapa delete.

  
 
HAHAHAHA.

Menteri pun cuak. Disebabkan post yang itu sekarang neh geng2 media siber side Mykmu dan JASA tengah sebarkan cerita2 yang membabitkan kelemahan Shahidan Kassim. Takpa. Bagi duit tahu la mereka berhenti. Hihihi.

Dorang punya sakit ahti. Sampai babitkan Salleh Keruak.


Zahrain dok mengkritik aplikasi Najib yang dilancarkan semalam. Yang aku tak boleh buka tu. Aku siap bagitau kat team siber UMNO aku tak boleh buka aplikasi tu masa nak buat review. Dorang bukannya nak take note kritikan jujur aku. Ditibainya balik aku. Tuduh merepek2. Kita bangunkan satu aplikasi. Aplikasi ini menjalin hubungan dengan awam. Awam yang interact dengan aplikasi itu berhak la bagi pendapat mengikut pengalaman masing2 kan. Sebagai developer, kalau kita fikir panjang berbanding bengang pada si pengreview, kita patut take note la untuk tambahbaikan. Betul tak? Ini tidak. Dorang negatif gila. Aku tak suka Najib satu bab. Aplikasi tu aplikasi bangang bab lain pula. Pergi campur-aduk sampai tak reti beza. Payah orang fikir macam neh. Jenis pukul rata.

Sambung balik kisah peperangan dorang. Mengikut Zahrain, team media siber UMNO akan membawa pergaduhan dorang neh ke satu peringkat yang membabitkan undang2 parti. Iaitu adukan tindakan Zahrain kepada Lembaga Disiplin supaya diambil tindakan sepatutnya. 

Zahrain sejak kebelakangan ini keterlaluan sangat dalam membuat status sampai mencemarkan maruah UMNO, Najib dan Rosmah secara langsung mahupun tidak langsung. Ini sebab utama kenapa dorang mahu mengadukan kepada Lembaga Disiplin parti.

Aku takde apa2 pandangan tentang tindakan dorang. Lantak korang la nak bergaduh tunggang terbalik ribut pecah periuk ke apa ke.  

Cuma, suka yang aku kongsikan disini ialah. Dari awal sampai akhir si Zahrain neh dok cakap MYKMU dan JASA asyik makan duit, makan dedak, makan duit, makan dedak, saja2 buat isu, lepas tu nanti jumpa menteri hantar propasal untuk bekap imej menteri, lulus dapat duit lagi, saja2 bagi isu-modal kepada geng pembangkang untuk mencalarkan imej menteri, organisasi, nanti buat proposal minta duit bagi membekap imej menteri, then lulus peruntukan lagi. Nampak tak?

Menteri ditipu dan dipermainkan oleh mereka dengan begitu mudah.

Point aku ialah. Menteri kau bangang sangat. Bila mereka bangang. Maka dorang tak reti la nak uruskan duit kita elok-elok. Patutlah banyak projek gajah mampos. Duit kena seleweng, rasuah, cuai semua cukup.

Dan team siber neh pula memang suka menteri bangang. Kalau tak bangang macam mana nak pow kan. Dorang sikit pun tak nafi yang dorang tak makan dedak, tak makan duit, tak buat benda2 yang Zahrain tulis tu. So? 

Menteri perlu bangang > untuk memudahkan kami pow duit > dah pow duit kena la buat kerja2 propaganda sikit > masyarakat melihat propaganda yang memperbodohkan umat > umat bangang vs umat bijak bergaduh demi parti dan politik > kemudiannya akan membiakkan agenda, matlamat > then, bila ada isu maka adanya plan projek buat duit lagi > ulang balik dari awal.

Woah. Kewujudan aku dan geng2 pembangkang sendiri pun boleh merancakkan cari makan dorang kan. Lepas tu dorang maki kita macam2. What the fack la wei. Tak reti bersyukur ke. Heh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...