Ahad, 9 Oktober 2016

Saya Berjanji 13 Mei Akan Berulang Dan Parang Terbang Akan Terjadi Jika #BERSIH 5 Tetap Mahu Berhimpun - Jamal Samseng.

Gila dah pakcik Jamal korang neh. 

Baca sat ;



Aku mulanya ingat account fake ke parody ke apa ke. So aku laju-laju p intai la page tu. Intai punya intai tak nampak macam fake pulak. Semua aktiviti Jamal ada dalam page tersebut. Aktiviti dia bersenam pun ada. Semata2 nak lawan pembangkang. So nak pastikan badan cergas. Dedikasi sungguh Jamal korang neh. Hahaha.

Posting yang dikeluarkan Jamal neh dah lama. Pada 21 September yang lepas. Sekarang 9 Oktober. Dah sebulan lebih dah pun. Tapi baru viral sekarang. Maksudnya time dia update orang2 yang baca tu tak amek port sangat sebab mungkin pemikiran sama macam dia kot. Saf2 bangang gak yang LIKE page tu gamaknya. Sekarang ia viral. Mungkin kerana ada geng BERSIH p cari account FB Jamal dan terjumpa ini kot. Agak je la. Aku pun bukan sure sangat.

Semalam geng BERSIH 5 kena belasah. Ramai juga pro GERAKAN MERAH terpedaya dengan penipuan Jamal. Kononnya yang dibelasah itu mengacau dan memprovokasi GERAKAN MERAH. Padan la kena belasah. Sebenarnya cerita sebenarnya bukan begitu. Pemuda tersebut sebenarnya baru sahaja selesai menyertai #KonvoiBersih 5. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah bersama sahabatnya. Dalam erti kata lain dia melalui jalan tersebut kerana jalan itu adalah jalan untuk pulang ke rumahnya. Takan orang tue nak balik rumah kau kata orang tue provok kau? Nak menipu pun tak beragak si Jamal neh. Lepas tu masa belasah dia ramai2, geng MERAH ramai2 jerit suruh dia BALIK, BALIK, BALIK. Bodohnya lahai. DIA MEMANG NAK BALIK RUMAH. KORANG YANG KACAU PERJALANAN BALIK DIA TU. FAHAM KE TAK FAHAM?

Sebenarnya GERAKAN MERAH memang ada PLANNING nak melakukan KEGANASAN dan KEKERASAN sejak dari awal lagi. AMARAN demi AMARAN yang JAMAL pernah suarakan ia dilaporkan berleluasa menerusi media massa. Kat bawah neh siap ada bukti bergambar lagi. Sanggup beli telur berpapan2 semata2 nak baling ke orang. Apa punya biadap la korang semua melayan rezeki. Kanak2 Somalia kalau tengok neh menangis depa.


Kalau kita perhatikan babak RIDER BERSIH 5 tu, dia dah dibelasah dan diteranjang oleh pemuda yang teranjang dia selepas itu. Ketika dia diteranjang dan dibelasah oleh pemuda misteri itu, kenapa geng MERAH tak halang atau pegang budak yang membelasah itu? Dia tutup muka. Bahkan ada beberapa individu yang lain tutup wajah juga. Kenapa? Tak boleh nak cakap TAK SEMPAT. Jika pemuda GANAS tu sempat luku kepala mamat rider tu dua, tiga kali pun, at least geng MERAH mesti ada usaha untuk memegang pemuda GANAS tu. Tapi dorang tak pegang dan biarkan dia berlalu laju2. Maksudnya apa? Rider tersebut diteranjang bukan satu tapi dua kali. Satu ketika dia nak bangun kerana jatuh terduduk. Kali kedua ketika dia dah pun bangun lepas tu kena teranjang tepat kat belakang leher. 


Geng MERAH sebenarnya dah taksub melebihi dari akal manusia yang waras. Taksub ini SYAITAN suka. Nabi tak suka. Allah dan Islam tak pernah ajar. Jika mereka kata mereka ABATA ia perlu diselaraskan dengan piawaian Islam, dan keduanya bangsa ketiganya negara. Tengok protokol tu. Pukul orang, Islam suruh ke? Kalau sekalipun ditindas dan dianiaya, jika perlu kepada tindakan mempertahankan diri, maka siapa? Rakyat biasa yang menyertai Konvoi ke atau terus kepada pemimpin yang melakukan binasa? Jangan lupa sepertimana geng MERAH, pemuda BERSIH itu juga manusia biasa, orang melayu dan muslim. Dia belasah dan diserang oleh melayu dan muslim yang lain atas nama kononnya nak mempertahankan hak muslim dan melayu. Tetapi nanti dulu. Ko baru aje membelasah orang melayu tadinya tu bang. Macam mana kau pertahankan melayu tu? Aneh bukan? Kenyataan tak selari dengan pendekatan.

Dalam konsep kebangsaan pula, memukul bukan ajuran mahupun ajaran melayu. Budaya melayu ialah sopan santun. Andai diusik mereka cenderung sabar kerana telah diresapi dengan elemen keislaman yang mendidik sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Cantik bukan? Kerana agamanya membantu kaumnya menjadi lebih baik dalam pemikirannya. 

Dalam konsep kenegaraan, undang2 menyatakan melakukan keganasan dan kekerasan terhadap orang lain adalah salah. Individu boleh disiasat dan didakwa atas tujuan dengan sengaja mendatangkan kecederaan. Nah, ABATA apa neh? Perjuangan ABATA yang bagaimana? Korang bukan ABATA. Korang biol ke sewel ke apa ke aku pun tatau. Pokoknya cara perjuangan yang bodoh ini akan membinasakan imej UMNO dan Najib sendiri. Directly atau indirectly. Aku nasihatkan, berhati2lah pada yang tutup muka bagai neh. Sengaja membiakkan semangat racism dilakukan oleh siapa atau untuk tujuan apa aku memilih untuk TIDAK AKAN SOKONG.

Yang perlu diketahui walaupun tidak bersetuju kita kena belajar meraikan kepelbagaian. BERSIH 5 seperti mana GERAKAN MERAH punya hak untuk berhimpun. Konvoi lawan konvoi. Demo lawan demo. Kempen lawan kempen. Mudah bukan. Sepertimana BERSIH, MERAH juga boleh menghasut orang ramai untuk menyokong perjuangan mereka namun ianya hanya harus membabitkan fakta. Jangan menipu dan merepek bukan-bukan. 

Perkara neh terpakai la atas semua. Yang pembangkang pun berlambak2 yang taksub dan tak pandai meraikan kepelbagaian. Buktinya sila ke page aku laju2 dan tengokla macam mana yang PKR, yang DAP, yang PAS, yang AMANAH maki aku dengan pelbagai gelaran semata2 aku berkongsikan hujah dan pendapat dari sudut pemikiran aku. Ketidakpandaian meraikan kepelbagaian dengan cara berhujah ini ada pada sikap manusia itu sendiri. Ia bukan masalah parti atau pandangan politik ia lebih kepada masalah sikap dan pemikiran individu. 

Sekali lagi aku nasihatkan. Jika sungguh mahu membantu masyarakat melayu khususnya mari cari isu2 yang menjejaskan kaum melayu buat masa ini. Jangan buat propaganda konon nak selamatkan melayu tetapi isu2 yang mencengkam kaum melayu bukannya dia buat kisah pun. Jahanam. Main kata-kata wayang sahaja.

Diharapnya pihak polis boleh menyiasat keterangan di atas dengan adil dan saksama. Silakan siasat. Account fake ke parody ke original ke sila siasat. Biar sama2 jelas dengan kebenarannya. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...