Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Khalid Ibrahim Tetap MB Selangor - Respon Terkini TG Nik Aziz Selepas Khalid Dipecat!


Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini. "PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.

Sementara itu di SHAH ALAM, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.

Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya telah menjangka Abdul Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.


---------------------

Ini kali ketiga Tuan Guru Nik Aziz ulangi pendiriannya bahawa PAS berpegang kepada keputusan untuk menyokong Khalid sebagai MB meskipun terdapat pihak2 yang cuba manipulate kenyataan TGNA untuk kepentingan parti (penyokong2 PKR).

TGNA berpegang kepada keputusan majlis ulama syura PAS untuk mengekalkan kedudukan Khalid. TGNA menyokong keputusan majlis syura berkenaan hal tersebut 100%. Dan kenyataan di atas adalah yang terkini bagi mengulas isu pemecatan Khalid dari PKR. Andaikata Khalid diberikan peluang masuk PAS, adakah PKR akan CHECK MATE?

Dan, nampaknya antara PAS yang rata2 dari kita menghormati Tuan Guru Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim, pendirian siapa agaknya yang menjadi pilihan majoriti?

Ini Kenyataan Rasmi Khalid Ibrahim Berhubung Pemecatan Dari PKR.


Ini kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas isu pemecatannya.

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
9/8/2014

Kecoh - Khalid Dipecat Dari PKR, Pengguna Media Sosial Kutuk PKR KAW2!

Buat pertama kalinya dalam sejarah. MB Selangor bukan datang dari mana2 parti selepas dipecat serta merta sebagai ahli oleh PKR siang tadi (8/9).

Sedikit laporan berita mengenai hal tersebut ;

PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, menimbulkan persoalan sama ada masih wujud kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat jam 3 petang tadi memutuskan isu itu. Khalid tidak hadir memandangkan beliau bukan ahli badan pembuat keputusan tertinggi itu, tetapi terdahulu beliau cuba melalui peguamnya menghalang MPP daripada membincangkan kedudukannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menghantar surat tuntutan supaya PKR tidak membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor sehingga beliau diberi kesempatan mempertahankan dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti.
Pemecatannya bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen. -TMI-

Dan antara komen2 yang dipetik daripada pelbagai laman web mengulas mengenai respon pemecatan Khalid dari parti.








1. Tak larat nak baca. Bersepah2 komen kutuk dan kritik PKR di pelbagai page dan laman web yang mana boleh komen gunakan facebook.

2. Yang bekap pun ada. Sudah tentu geng2 PKR berbayar atau tidak, arahan atau tidak, yang pasti dorang sekarang tengah cuba serap persepsi bahawa pemecatan Khalid itu patut.

3. Tapi masalah sekarang, lawan dorang bukan UMNO bukan pula BN. Tapi rakyat sendiri. Dan rakyat ini pula bukannya terdiri dari geng2 BN yang berperanan melakukan provokasi semata2. Bahkan dari penyokong2 sendiri juga.

4. Reputasi PKR jatuh teruk. 

5. Yang bangangnya. Geng2 PKR neh sepatutnya focus kepada pencerahan. Okay. Operasi kau, kau kena fahamkan pengguna media sosial bahawa tindakan PKR neh betul dan tepat. Tapi apa yang sesetengah dari dorang neh buat pula ialah menyalahkan ataupun menghentam PAS tak semena2. Ini bukan sahaja tidak membantu membaikpulih imej PKR yang tercalar teruk dalam insiden tersebut bahkan membina permusuhan dengan ahli2 PAS. Buat apa? Focus la sikit. Tujuan kau nak clearkan isu. Tak payah meleret balon dan kaitkan PAS dalam konflik dalam PKR neh. Kau tak membantu meredakan tapi merosakkan lagi ada. BANGANG.

6. Yang jeliknya. Kat twitter tadi. Aku nampak geng2 PKR p fitnah TSKI gunakan gambar UMNO BN. Hak ala. BANGANG NAK MAMPOS. Jangan babit atau heret perkara2 yang tiada kaitan dalam isu neh. Kena fahamkan betul2. Apa yang UMNO sebar ialah propaganda bertujuan manipulate. Korang nak kritik TSKI pastikan isu yang sahih dan yang korang benar2 tahu ia terbukti benar. Jangan gunakan modal UMNO yang semua dari kita tahu ia adalah fitnah sehingga terbukti sebaliknya.

7. Apa pun. Aku tak seronok tengok sesama korang berkelahi. Ini macam mengundang kepada bibit2 perpecahan.

8. Meskipun aku berpendapat kejatuhan atau perpecahan PR tiada kaitan dengan aku secara peribadi dan tidak akan menjejaskan kehidupan aku tetapi sedikit sebanyak ia akan membuatkan BN mendabik dada kerana berjaya meruntuhkan perpaduan antara PAS, PKR dan DAP selama ini.

9. Dan sedikit sebanyak juga, rakyat yang melawan polisi2 jahat dari BN akan terkesan disebabkan tiada kesatuan yang kuat untuk membawa suara2 mereka. Kat sini aku kena akui, ia memang menganggu la juga. Kena cakap yang fakta beb.

10. So aku sangat tidak favor kepada perpecahan PR. Aku harap itu tidak berlaku. Seperti mana aku tidak favor kepada kejatuhan Selangor kepada BN. 

Lue fikirlah sendiri.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Kena Ludah, Di Tendang, Kena Kutuk, Kereta Kena Pecah - Kempen Boikot Israel.

Sebelum tue.

MESEJ DITUJUKAN BUAT PAGE PENCURIK IDEA, PENCIPLAK GAMBAR TANPA KREDIT DAN SENGAJA CROP WATERMARK orang. PAGE FRIENDS OF BN. Kita orang perati aje perangai ko tue. Sedar la ek.

Tue jek nak bagitau.

HAHA.

------------------

Semalam ada 3 insiden yang berlaku. Angkara boikot barangan2 yang terkait dengan israel. Sebelum tue kes di Dungun. Mcdonalds sana kena serang. Asalnya niat baik. Buat demo depan mekdi. Untuk kumpul kesedaran. Sampai sini sudah la. Lepas tue ada orang share gambar. Bergambar depan mekdi dan tunjuk FUCK. Gambar tue viral. Ada yang SHARE sebab suka. Tapi ada juga yang rasa MELUAT. Ada juga yang rasa WHAT THE HELL. You talking about boycott kononnya ISLAMIK bagai then you are fucking2 thru gambar dude? You must be crazy kan.

Ada macam2 andaian. Komen. Luahan. Pendapat. Lantak kau la kan. Yang kena maki pun kau. Yang kena puji pun kau. Bukan aku. So, aku peduli hapa.

HA HA HA

Cuma. Bertitik tolak dari gambar itu, semakin diperlihatkan satu sindrome teruja dan cool jika dapat mengutuk dan mempersendakan geng2 yang terkait dengan barangan2 ataupun perkhidmatan dari israel.

Cool ke bila ludah orang?

 

Cool ke bila pecahkan cermin kereta orang?

 

Cool juga ke tendang motor orang?


Ohoii..

Nasib baik tak accident orang tue. Boikot punya pasal sanggup jadi penjenayah? Pembunuh? Pemecah kereta orang?

Kemon la.

Masing2 ada akai. Gunakanla ia. Jangan biarkan dia setakat menjadi aksesori pelengkap kepada ciri2 fizikal kau semata2. Ia perlu digunakan.

Tak cool pun korang serang pekerja2 mekdi neh. Juga tak cool pun korang suruh mereka berhenti kerja. Tak cool langsung korang bercakap macam korang tahu semua perkara dan memang tak cool bila korang jadi penghakim dan penghukum terhadap kakitangan2 yang bekerja di syarikat2 yang terkait dengan israel.

Yang diboikot tue product2 dan perkhidmatan2 yang terkait dengan israel. Tapi yang kena ludah, kereta kena pecah, kena serang, kena tendang motor dan kena maki tue rakyat Malaysia.

Apa ke logiknya ko nak boikot barangan israel tapi dalam waktu yang sama ko serang rakyat sewarganegara?

Cool ke?

Tak cool langsung.

Yang cool kalau hari neh korang tangkap gambar2 restoran mekdi yang kosong. Dan sebarkan kat aku. Pasti aku cool ketika menyebarkan ia kelak. Hari neh ialah hari tanpa mekdi. Walaupun kena kutuk tapi ia masih satu usaha yang baik untuk timbulkan kesedaran. Hari tanpa mekdi 24 jam neh bukan melibatkan orang2 muslim bahkan kali neh kita mahu melibatkan orang2 non muslim juga. So tak payah nak jugdementalisme sangat la. Apa jek nak boikot 24 jam la apa la blablabla.. orang punya aim nak timbulkan kesedaran. Jangan fikir jauh sangat dan jangan melalut sangat. Cool sudah. Dan inila cool yang bergaya. Cool yang tak kacau orang. Okay? Tapi kalau mekdi bagi burger free? Makan la dengan cool. Tanpa was2.

KAH KAH KAH

Kbai.

Surat Akuan Bersumpah 'PAKSA' Sokong Wan Azizah Sebagai MB Tersebar.

Di alam maya. Dan juga di wassap. Dimainkan oleh geng2 PR dan BN di twitter dan facebook.

Belum ada kesahihan yang pasti dari mana mereka dapat surat tersebut dan siapa yang sebar. Atas tujuan apa dan kenapa.

Surat tersebut merujuk kepada satu akuan yang bersumpah bahawa ADUN telah bersetuju dan menerima pakai bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah hilang kelayakkan untuk menjadi MB disebabkan hilang kepercayaan dari individu tersebut dan dia telah memilih Wan Azizah sebagai MB yang dia percaya mampu jalankan tugas.

Berikut adalah apa yang tersebar di laman2 sosial termasukla wassap.



Draf mungkin?

Bukan kah surat akuan bersumpah hanya boleh disediakan oleh pesuruhjaya sumpah?

Dan apa yang tersebar kat atas tak nampak macam dia ambil dari mana2 surat yang dah siap dan lengkap. Macam format PDF yang kena screenshot aje aku tengok.

Apa2 pun kalau pun kalau surat akuan di atas terbukti benar amaka ia hanya mengesahkan lagi persepsi bahawa PKR sedang dalam usaha memujuk ADUN2 untuk bersetuju dengan proses peralihan kuasa di Selangor. Yang paling penting PKR tak percaya adun2 ini akan bersetuju dengan rela ahti. Itu sebab wujudnya surat akuan bersumpah sebagai bukti di kemudian hari. Aku rasa la.. itupun, kalau surat di atas neh benar la kan.

Kbai.

Menurut kemaskini terbaru dari MSTAR. Adun dipaksa menandatangani surat akaun bersumpah tersebut.

Rujukan : sini.

Khamis, 7 Ogos 2014

Gambar Agung Mati Kemalangan - Istana Negara Lapor Polis!

Buat lagi.

Macam pelik la. Mula2 siri demi siri komen2 perkauman. Sekarang isu hina agong pula. Aku rasa benda neh fishy tapi blom dapat kaitan dengan apa2 lagi.



Istana Negara hari ini membuat laporan polis berhubung perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyentuh institusi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melalui laman sosial baru-baru ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata Istana Negara amat dukacita dengan perbuatan berkenaan. “Pihak Istana Negara telah membuat laporan polis pada pagi ini di Balai Polis Dang Wangi dan memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

 Laporan media menyebut seorang individu tidak bertanggungjawab telah sengaja menghina Tuanku Abdul Halim dengan memuat naik gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah baginda di laman Facebook.

Bekas Ketua Wanita Gerakan Kedah Antara Peserta Kelab Sukan Bogel - BN Kantoi Kaw2!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH


Kelakar nak mampos puak2 neh. Kemain lagi korang ek. Tetiba je cop Penang pusat sukan bogel la apa la. Akhbar pun kemain lagi provokasi sebab DAP tadbir Penang. Geng2 BN pun kemain lagi kaitkan ia dengan DAP. Kononnya pemerintahan DAP menghalalkan sukan bogel la apa la. Tetiba je kan?

Bukan nak direct p tibai kelab gila tue. Ini p tibai DAP. Lari tajuk kot. DAP dah serah isu pada PDRM. Biarlah PDRM siasat. Yang korang merepek tuduh DAP tue pasal apa pula setannnnnnn.

Alih2 sekarang dah kantoi. Bukan sahaja takde kaitan dengan DAP bahkan terkantoi kat muka sendiri. Setempek kena kaw.

Ada BEBERAPA POINT penting kat sini.

Pertama. Bekas ketua wanita GERAKAN Kedah antara yang terlihat dalam klip video tersebut. Jawatan terkini dia tatau apa. Tapi GERAKAN punya orang.

Kedua. Chalet yang terlihat dalam paparan klip video tersebut (yang digunakan oleh peserta) ialah chalet yang diwartakan untuk kegunaan kakitangan awam semata2. Diwartakan oleh kerajaan pusat. Yang neh kena selidik lagi. Tapi yang confirm ianya memang untuk penjawat awam semata2. Maksudnya lue penjawat awam? Lue boleh guna chalet tersebut. 

Ketiga. Menurut MYWATCH, renjer telah memberikan keizinan kepada para peserta untuk melakukan aktiviti tersebut. Tue dia.

Orang lain yang bagi izin. Orang lain yang kena maki. Actually. Ia bukan apa sangat pun. Isu kecoh. Meletup. P la bagi PDRM siasat. Yang sibuk dok tokok tambah dalil buat apa. Sibuk dok heret DAP la apa la. Isu2 yang tak berkaitan. Sekarang lue yang kantoi. Takde kaitan dengan DAP tapi ada kaitan dengan kerajaan yang lue sokong. Kan. Lainkali relax sudahla. Bukan orang nak heran sangat dia ex GERAKAN ke apa. Tapi sebab nak tampar mulut korang la. Merepek sangat ulas isu sampai lari topic. Kan dah mendapat. AMEK KAW.

HA HA HA

Minta Maaf Atau Saman - Guan Eng Kepada Nasruddin Tantawi.

Ini semua gara2 kenyataan Nasruddin yang menuduh LGE mengamalkan sikap tidak telus dalam pengagihan kontrak pembinaan terowong. Actually. Isu yang sebenarnya ialah kos. Dan juga alam sekitar. Isu2 yang rakyat balon. Juga babitkan tempoh konsesi pembinaan dan impaknya ke atas rakyat. Mereka bimbang jika dikenakan bayaran untuk mengaksesnya kelak. Ini yang aku selalu nampak geng2 berbangsa cina update di wall fb. Untuk rekod, orang2 cina yang selalu lawan LGE dalam isu pembinaan terowong. Bahkan orang2 PR juga. Piaw DAP pun ada. Bukan orang2 PAS pun. Haha. Dan sama sekali tiada kaitan dengan pengagihan kontrak kerja. Bukan isu tender. Olahan Nasruddin tue lari dari tajuk utama. Dan sekarang LGE sudah bengang.

Apa yang Nasruddin sebut? Baca sini.

Apa pula respon LGE?

Rujuk bawah.

Sedutan je pun.

 
Dan diakhiri dengan sindiran tajam.
Katanya, jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya - LIM GUAN ENG.

Korang tengok ek.

Sesama PR sendiri tak well-explained or diberikan apa2 briefing untuk memahami satu2 projek, tender, isu yang berlegar2 di kalangan mereka. Itu sesama pimpinan tue. Nak harapkan rakyat faham? Penyokong2 mereka faham? Tak la kan. Kalau ko tak rajin p godek info. Buat survey. Tanya sana sini. Google sampai mampos kena tipu. Ye tak?

Sudah sampai masanya untuk PR setup satu pergerakkan. Yela. Kalau BN boleh buat FRIENDS of BN pe kata PR pula buat FRIENDS of PR. Sudah2 la bertekak. Isu MB isu juga. Tapi sekarang korang dah kehilangan penguasaan di media sosial dan blog. Sedar ke tak sedar neh? Kot2 dah kalah semua negeri baru nak sedar tak guna juga.

Masa tue menyesal la kau sampai mampos.

KAH KAH KAH

Nik Aziz Ulangi Pendirian - Khalid Ibrahim Perlu Kekal Sebagai MB Selangor.

Jangan maki TGNA. Jangan nak sindir2 TGNA semata2 dia tak sokong Anwar apa semua. Lepas tue jangan nak pandai2 babitkan TGNA dengan UG. Seriyus, SAMPAH!

Pendapat aku, TGNA buat keputusan setelah meneliti hujah dari kesemua pihak. Taknak setuju takde hal. Hormati sudah. Raikan kepelbagaian. PKR dan DAP boleh berhenti tuduh PAS punca utama PR Selangor jatuh. Baik cermin cara korang buat kerja. Asyik nak salahkan orang je tak henti2.

SEMAK!

Berikut pendirian TGNA dalam isu MB Selangor.


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
    
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
    
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
    
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.  
    
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
    
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
    
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
    
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.  
    
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.
    
-Bernama

Rabu, 6 Ogos 2014

Sidang Media PKR Huru Hara, Kecoh Mahu Azmin Diangkat Sebagai Calon MB Selangor!

Malas citer banyak. Korang pun dah tahu apa yang aku fikirkan. Korang baca la sendiri. Penat kot nak ulang2 cakap.

KAH KAH KAH

Sidang media PKR Selangor hari ini kecoh apabila media menerima dua kenyataan akhbar berbeza mengenai nama calon menteri besar yang dipersetujui mereka. Kenyataan pertama menyatakan sokongan penuh terhadap presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, semasa sidang media berlangsung, seorang individu yang tidak dikenali menarik balik kenyataan itu dan menggantikannya dengan kenyataan baru yang mencadangkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Pada sidang media itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mengumumkan senarai nama cabang parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen yang menyatakan persetujuan menyokong Dr Wan Azizah. "Kita menyeru semua ahli parti menyokong presiden kita sebagai menteri besar Selangor.

"Menjadi harapan kita dengan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, krisis yang berlaku sekarang dapat diselesaikan dan agenda perubahan dan semangat transformasi dapat diteruskan," katanya di ibu pejabat PKR.

Apabila kenyataan kedua tersebar, keadaan mula menjadi kecoh apabila pemimpin PKR Selangor yang hadir enggan menjelaskan kepada media situasi sebenar yang berlaku Kenyataan akhbar kedua itu mendakwa selain Dr Wan Azizah, pencalonan Azmin turut disokong Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di mana Azmin merupakan pengerusinya dan Zuraida timbalan.

Kenyataan tersebut berkata meskipun bersetuju Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar, mereka merasakan Azmin juga layak untuk dicalonkan bersama. "Kami berpendirian pimpinan PKR harus membenarkan seorang lagi nama diangkat dan dibentangkan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sebagai calon menteri besar Selangor berdasarkan sokongan diterima daripada sebahagian besar pimpinan kanan," memetik kenyataan itu.

Ia juga menyebut Azmin sebagai pemimpin yang diyakini daya tahan dan daya juang berdepan dengan asakan Umno dan Barisan Nasional (BN). "Azmin diyakini mampu mencorakkan hala tuju Pakatan Rakyat, menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh pentadbiran Pakatan berteraskan tatakelola yang baik dan peduli rakyat," katanya.

Bagaimanapun, Zuraida yang kemudiannya bersetuju menjelaskan kekeliruan tersebut mendakwa tidak mengenali individu yang mengedarkan kenyataan berkenaan walaupun lelaki itu memakai baju rasmi Pakatan.

"Kita tidak tahu siapa yang mengedarkan, itu bukan kerja kita," katanya kepada media di depan ibu pejabat PKR. Zuraida kemudiannya meminta media merujuk kenyataan media yang pertama diedarkan. "Kita tidak tahu mengenai kenyataan itu, kita hanya edarkan sokongan kita kepada Dr Wan Azizah. Itu yang sah," katanya.

Setelah didesak, Zuraida juga menjamin PKR akan mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan kenyataan media berkenaan. "Kita akan siasat perkara ini, kerana di ibu pejabat ini siapa pun boleh masuk, jadi banyak kemungkinan.

"Ia boleh jadi sabotaj. Tapi kita tidak tahu lagi. Kita akan lihat melalui kamera litar tertutup (CCTV)," katanya. Ditanya adakah penyebaran kenyataan media itu sengaja dilakukan sebagai agenda mengangkat Azmin sebagai menteri besar, Zuraida menafikannya. "Tidak ada. Ia bukan strategi naikkan Azmin sebagai menteri besar. Apa pun, pendirian kita adalah seperti kenyataan pertama," katanya. Keadaan juga sedikit kecoh apabila Ketua Cabang Tanjung Karang Selangor Mohd Yahya Saari menuduh media yang menyebarkan kenyataan itu.

"Kita tidak tahu siapa yang edarkan. Kita berada di depan. Anda duduk di belakang. Boleh jadi media yang edarkan," katanya. Tuduhannya itu menyebabkan kumpulan media naik berang dan mendesaknya menarik balik dakwaannya.

Situasi itu kemudiannya ditenangkan oleh Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin yang mengakui tuduhan itu tidak berasas. Yahya juga kemudiannya turut menarik balik tuduhannya dan meminta maaf kepada media dengan menyatakan dia hanya bergurau.

Terdahulu, pada sidang media, Zuraida mengumumkan 12 Adun Selangor menyatakan persetujuan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. Katanya, 12 Adun itu tidak termasuk Khalid dan Azmin.

"Setelah melalui beberapa proses rundingan, ketua cabang, exco dan Adun menyatakan persetujuan secara bertulis akan sokongan itu," katanya. Ketika ditanya mengapa Azmin dikecualikan daripada menyatakan sokongannya, Zuraida berkata ia kerana Azmin merupakan timbalan presiden parti.

"Kita kecualikan beliau kerana Azmin adalah timbalan presiden. Sudah tentu beliau ada pandangan tersendiri. Selain itu, pemilihan PKR juga masih belum berakhir," katanya. – TMI -

Singapore Kantoi Kaw2 - Halang Siaran RTM Siar Kekejaman Zionis!

Laporan dari laman facebook Air Times ;

SINGAPURA - Sebelum ini, kita digemparkan dengan "kesedihan" kerajaan Singapura apabila Israel terkena serpihan bom Hamas. Apabila warga Singapura beragama Islam bangkit mengecam pelakuan stesyen TV tempatan yang dikawal kerajaan, ditambah pula dengan kecaman rakyat dari negara jiran melalui media sosial, Singapura tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang kononnya mereka turut bersimpati dengan rakyat Palestin.

Walau bagaimana pun, apabila Malaysia bersungguh memaparkan berita kekejaman Zionis, saluran satelit negara itu bertindak menyekat siaran yang diterima (RTM 1) terutama ketika slot Berita Perdana. 

Ini adalah "screen shoot" yang dikirimkan oleh warga Singapura yang marah dengan tindakan Kerajaan Singapura yang bertindak menyokong Rejim Zionis sehingga menolak kebenaran yang berlaku.

Terima kasih kepada yang sudi menghantar berita ini.


Gambar2 berkaitan ;



Jadi kisah yang AIR TIMES sampaikan ialah ;

1. Station tv Singapore ada mendapat siaran dari RTM.

2. Mungkin untuk lebih pilihan kepada rakyat mereka.

3. Namun berita2 berkaitan kekejaman zionist telah dihalang dari disiarkan melalui kaca tv.

4. Mereka sampai buat ganguan pada siaran satelit semata2 nak halang penyebaran maklumat tersebut.

Haha.

Kesian.

Terdesak. Dan SG. Kau neh bangang la. Ini zaman internet kot. Ko halang macam mana pun bila orang buka internet orang boleh akses juga maklumat2 yang ko sekat tadinya tue...

SADIS punya kerajaan.

Sokong kezaliman punya pasal. Buat kerja gila pun gila la.

KAH KAH KAH

Selasa, 5 Ogos 2014

Menjawab Apa Itu VEP, Kenaikan Tol Dan Penipuan FOBN Yang Anda Perlu Tahu.

Apa itu VEP?

Kadar caj permit kenderaan asing.

Singapore antara negara yang melaksanakan VEP. Singapore mengenakan VEP kepada semua jenis pemilik2 kenderaan asing yang memasuki negara mereka.

Bagaimana VEP beroperasi?

Di Singapore, VEP bertujuan untuk menghadkan kemasukkan berpusu2 kenderaan asing ke dalam negara mereka. Oleh kerana negara mereka kecil, maka untuk mengelakkan kesesakan mereka memperkenalkan VEP. Sebelum ini kadar VEP ialah SG20 dan telah dinaikkan kepada SG35. Kadar baru berkuatkuasa pada 1 Ogos. Kalau convert ke matawang Malaysia maka RM90. Sebelum ini ialah RM51. Kenaikan ini memang tinggi dan sudah tentu kenderaan Malaysia akan terasa bebannya.

Jurucakap kepada kementerian pengangkutan SG memaklumkan ;

- Setiap hari 13,000 kenderaan asing berdaftar masuk ke Singapore.

- Ada dua jenis caj yang dikenakan.

- VEP mensasarkan kepada kenderaan asing yang memasuki Singapore.

- GVP untuk kenderaan asing yang mengangkut barangan masuk ke Singapore.

- Untuk VEP kadarnya ialah SG35 = RM90 bagi kereta setiap hari manakala untuk kenderaan barangan (GVP) pula bermula pada kadar di antara SG10 = RM25.6 dan SG40 = RM103 setiap bulan.

VEP di Singapore tertakluk kepada hari bebas VEP iaitu pada ;

-  Hari sabtu, ahad dan cuti umum Singapore.

- Setiap kenderaan diberikan percuma 10 hari setiap tahun bagi kemasukkan pada hari bekerja.

- Jika kenderaan asing masuk SG selepas 5 petang hingga 2 pagi pada hari biasa mereka dikecualikan VEP.

- Tambahan. Pada setiap musim cuti persekolahan pada bulan Jun dan Disember setiap tahun mulai 12 tengahari sampai ke jam 2 pagi dikecualikan dari bayaran VEP.

Kementerian pengangkutan SG memaklumkan 10% kenderaan dari Malaysia akan terjejas dengan kenaikan tersebut.

Sekarang dah faham apa itu VEP kan? Info tambahan. Kerajaan kita akan melaksanakan VEP seperti yang dilaksanakan oleh SG juga. Caj permulaan dicadangkan pada kadar RM20. Rakyat Malaysia sama sekali tidak akan terkesan dengan pengenalan VEP ini. Cuma kenderaan asing seperti dari SG, Indonesia, China, Brunei, Thailand, Myammar, LAOS dan sewaktu dengannya sahaja akan terkesan dengan pengenalan VEP ini.

Dan. Apa pula kenaikan tol yang baru2 neh berlaku di Johor? 

Lihat. Apa yang disebarkan oleh page BARISAN NASIONAL.


10% rakyat Malaysia yang terjejas ialah bermaksud tak boleh TIDAK mereka terpaksa memasuki SG pada waktu VEP dikuasakan dan tak boleh TIDAK mereka terpaksa memasuki VEP menggunakan kenderaan sendiri. Contohnya kenderaan penghantar barang.


CAJ GVP yang paling tinggi ialah RM103. Bukannya RM129. Rujukan akan disertakan pada akhir artikel harap maklum.

Apa maksud perbandingan gambar di atas? Gambar di atas merujuk kepada perbandingan VEP dengan kenaikan kadar tol. Untuk rekod, aku belum jumpa mana-mana artikel yang menyatakan bahawa DAP kata BAGUS, SG naikkan caj VEP. 

VEP haruslah dibandingkan dengan VEP.

TOL pula kena banding dengan TOL la. Baru fair and square.


Jangan perbodohkan orang. Tapi kan, ia memerlukan orang yang BODOH untuk diperbodohkan tau. So, kalau pun penyokong2 BN diperbodohkan oleh page BN. Ini bermaksud penyokong2 BN itu sendiri memang BODOH kan?

Haha.

Apa itu kenaikan kadar tol di kompleks CIQ?

Kompleks CIQ = Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin.

Kerajaan baru2 ini telah menaikkan kadar tol arah masuk dan arah keluar sehingga mencecah RM16.50 untuk kegunaan setiap hari.

Apa itu tol?

Tol adalah bayaran yang dikenakan kepada semua kenderaan samada kenderaan Malaysia dan juga kenderaan negara asing. 

Siapa yang akan terjejas dengan kenaikan tol?

RAKYAT MALAYSIA DAN RAKYAT SINGAPORE yang menggunakan laluan keluar masuk. Dengan kenaikan VEP pada 1 Ogos oleh kerajaan SG, cara kerajaan kau neh membantu melegakan rakyat Malaysia ialah dengan MENAIKKAN KADAR TOL di MALAYSIA. 

Dan info tambahan, mengikut perjanjian pakej tol, MALAYSIA dan SINGAPORE ada terma yang menyatakan bahawa BAYARAN TOL YANG DIKENAKAN OLEH SINGAPURA IALAH MENGIKUTI BAYARAN TOL YANG DIKENAKAN OLEH MALAYSIA.

YAKNI BERMAKSUD. Jika Malaysia menaikkan kadar tol maka SINGAPORE juga akan menaikkan kadar tol mereka. Untuk pakej keluar masuk SINGAPORE, bayaran TOL bagi Malaysia ialah RM16.50.

Dan jika SINGAPORE follow up dengan tindakan terkini Malaysia maka ;

16.50 untuk Malaysia.
16.50 untuk Singapore.

Penyudahnya tambahan 33.00 keluar masuk Singapore.

SETIAP HARI.

Kau sanggup nak bayar amount neh?

So faham tak kenapa Lim Kit Siang dari DAP, Nur Jazlan, Shahrir Samad dan Tan Sri Dr. James Masing (menteri Sarawak) dari BN berkata kenaikan tol itu membebankan rakyat Malaysia?

Ini kerana rakyat Malaysia la yang paling banyak terjejas dengan kenaikan tersebut. Samada VEP mahupun kadar tol. Kerja penat2. Kerja sana kerja sini. Sudahnya wang gaji dihabiskan untuk tol. VEP itu ialah sesuatu yang kita tak boleh nak marahkan BN. Ia polisi kerajaan luar. Tapi isu tol, ia polisi kerajaan sendiri. Kalau tak marahkan kerajaan kau nak marahkan sapa? Kucing jiran sebelah rumah kau ke?


So fikir2kan kenapa BN neh GAMPANG.

HA HA HA

Sebarkan perkara ini. Rakyat Malaysia yang bangang perlu tahu perbezaan kenaikan VEP dan TOL. Kesian aku tengok. Google ada. Berita ada. Main facebook reti. Korek info taktau. 

Kah Kah Kah

Kbai.

Rujukan : https://sg.news.yahoo.com/putrajaya-salah-strategi-isu-kenaikan-tol-tambak-johor-231359849.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenaikan-tol-tambak-johor-kurang-bijak-kata-menteri-sarawak

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenaikan-tol-480-di-ciq-johor-burukkan-nama-najib-kata-dap

http://sozcyili.blogspot.com/2014/08/kadar-tol-naik-400-gambar2-bas-kilang.html

http://liewchintong.com/my/2014/08/kenaikan-bayaran-tol-di-kompleks-kastam-imigresen-dan-kuarantin-kik-bangunan-sultan-iskandar/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/siapa-terkesan-vep-singapura-1.301367

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenderaan-singapura-pemuda-cadang-kenakan-caj-1.299908

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...