Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Ogos 2014

PR Pilih Azmin Ali Sebagai MB Baru Selangor Pula Dah.


Mesyuarat Biro Politik Khas PKR yang berlangsung pada malam Ahad di Ibu Pejabat PKR difahamkan menjadi pertemuan pemutus isu pengganti Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat 'berdegil' untuk melepaskan jawatan.

Permintaan Abdul Khalid yang dikatakan hanya akan mengundur diri sekiranya digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini hanya menimbulkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat (PR) terutama penolakan daripada PAS.

Menurut sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menolak pencalonan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali kini terpaksa berfikir dua kali untuk menamakan 'anak didiknya' sebagai MB Selangor demi menjernihkan kemelut dalaman PR sendiri.

"Anwar sebelum ini telah terpaksa menolak cadangan menamakan Azmin sebagai MB atas permintaan Khalid. Akan tetapi apabila keadaan celaru  begini, Anwar memerlukan Azmin," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Sumber itu mengulas isu pertukaran Abdul Khalid dengan Wan Azizah yang dijangka berlaku bulan ini.

PAS sebelum ini menyatakan pendirian mahu Abdul Khalid kekal menerajui Selangor selain DAP dilihat mengambil pendirian senyap dan memerhati sahaja.

Bagaimanapun, isu ini menimbulkan pergolakan di dalam PR selepas beberapa pemimpin PAS dan DAP menyatakan pandangan masing-masing yang bersifat kontra dengan keputusan pertukaran jawatan MB itu.

Ia juga dilihat semakin kronik selepas mesej kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Jelas sumber itu lagi, Azmin yang baru pulang daripada umrah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dikatakan bakal menjadi calon alternatif MB Selangor biarpun tanpa persetujuan Khalid.

"Pemilihan Azmin ini dikatakan setelah mendapat 'lampu hijau' daripada DAP dan juga memenuhi kehendak PAS untuk calon MB selain daripada wanita. Azmin juga menerima sokongan majoriti Pengerusi - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR yang telah disampaikan kepada Anwar.

"Antara negeri yang dikatakan memberikan sokongan penuh kepada Azmin sebagai calon MB adalah Pengerusi MPN Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak," ujarnya.

Kata sumber itu, dalam mesyuarat MPP yang lalu, keputusan memilih Wan Azizah dibuat tanpa proses undian setelah cadangan mencalonkannya dicadangkan Anwar.

"Anwar sendiri tidak mahu menerima cadangan nama lain termasuk‎ cadangan daripada MPN Selangor yang mencalonkan Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali," katanya.

Ujar sumber itu, Azmin yang mendapat sokongan majoriti pimpinan MPP dalam mesyuarat tersebut tidak dibenarkan untuk bersuara dan menyatakan sokongan.

Cara baca berita dengan betul.

1. Mula2 baca isi artikel sampai habis secara rambang.

2. Kemudian tengok pada tajuk.

3. Then tengok nama wartawan.

4. Kemudian tengok nama agensi berita.

5. Kemudian baca siapa yang melaporkan hal tersebut kepada wartawan.

6. Kalau ada nama maka 50% daripada apa yang disampaikan oleh wartawan boleh dipercayai. Bukan kandungan artikel tetapi bahawa wartawan tersebut benar2 mendapatkan maklumat itu dari nama yang dia nyatakan.

7. Kalau tiada nama, seperti merujuk kepada sumber, sumber tanpa dinamakan, dan blablabla.. maka ada dua perkara yang korang kena fikirkan ;

- Sumber takut nak dedahkan identiti kerana bimbang orang akan kesan siapa pembocor maklumat.

- Sumber memang tak wujud langsung. Sebaliknya itu adalah propaganda wartawan dengan pihak yang mahu berita tersebut disiarkan atas sesuatu tujuan.

8. Kemudian baca lagi sekali artikel tersebut secara berhati2.

9. Kesan siapa yang dia burukkan.

10. Siapa yang dia naikkan.

11. Siapa yang mendapat manfaat paling besar.

12. Siapa yang mendapat kerugian paling banyak.

Tajuk artikel : PR mahu Azmin jadi MB.

PR merujuk kepada ;

PAS. DAP. PKR.

Mana PR? Apsal diam? Diam tanda setuju? Berita tersebut benar? Betul? Tepat?

Apa pula pendapat mereka mengenai penyebaran berita tersebut? Betul kah PR mahu Azmin jadi MB? Bukan kah semua sepakat tunggu mesyuarat 10 OGOS dulu SETANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!

Eh, tak betul ke kata2 aku neh?

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...