Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Khalid Ibrahim Tetap MB Selangor - Respon Terkini TG Nik Aziz Selepas Khalid Dipecat!


Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini. "PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.

Sementara itu di SHAH ALAM, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.

Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya telah menjangka Abdul Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.


---------------------

Ini kali ketiga Tuan Guru Nik Aziz ulangi pendiriannya bahawa PAS berpegang kepada keputusan untuk menyokong Khalid sebagai MB meskipun terdapat pihak2 yang cuba manipulate kenyataan TGNA untuk kepentingan parti (penyokong2 PKR).

TGNA berpegang kepada keputusan majlis ulama syura PAS untuk mengekalkan kedudukan Khalid. TGNA menyokong keputusan majlis syura berkenaan hal tersebut 100%. Dan kenyataan di atas adalah yang terkini bagi mengulas isu pemecatan Khalid dari PKR. Andaikata Khalid diberikan peluang masuk PAS, adakah PKR akan CHECK MATE?

Dan, nampaknya antara PAS yang rata2 dari kita menghormati Tuan Guru Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim, pendirian siapa agaknya yang menjadi pilihan majoriti?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...