Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Januari 2013

Rosmah mansur cute berposing jadi model cuci rumah.

Memang sahih la dia ialah tokoh serba boleh. Padan la dia dapat macam2 anugerah. Tabik dan salute gile aku kat rosmah mansur sorang neh. Tetiba rasa nak belajar macam mana agaknya dia menguruskan karier dia sampai tahap neh. Kalau la dia kongsi tips mungkin aku pun akan secemerlang dia.

Pehhhhh

kah kah kah

Baru2 ini rosmah mansur kita telah berposing sakan dalam satu paper akhbar cina. Tak pula aku tahu akhbar apa. Tak dinamakan oleh sumber yang sebarkan gambar ini. Rujuk sini.


Dia punya posing tue pehhhhh maut siot. Kalau la rosmah mansur masih anak dara mao tergolek lelaki2 semalaysia. Terpikat la katakan. Sudah la cantik comel pula tue. Ko ada? Aku takde beb.

kah kah kah

Apa pun rosmah mansur terima kasih la tunjukkan keprihatinan anda terhadap mangsa2 banjir. Good job. Harap2 lain kali rosmah mansur boleh berposing dengan stail lain plak lepas neh. Confirm meletup kaw. Terbaek la katakan.

kah kah kah

Kalau takde duit, buat cara takde duit, dasar si miskin !!!



Assalamualaikum,

Aku tertarik dengan entry kau yang bertajuk Amaran keras untuk orang miskin Malaysia : JANGAN JATUH SAKIT.

Aku ada satu cerita nak share.

Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak mengambil exam microsoft certification, kena langgar dengan kereta dari belakang. Aku pengsan masa tu dan bila sedar dah berada kat hospital dengan segala wayar bagai. Aku mengalami pendarahan dalam kepala dan tengkorak aku retak dibahagian kanan dan kiri. Darah dari dalam kepala banyak keluar melalui kesan retakan dibahagian telinga.

Untuk makluman kau, satu HARAM aku tak ingat apa yang berlaku kat hospital (short term memory lost), apa yang cerita ni semua hasil siasatan polis, cerita dari kawan2 dan family.

Cerita bermula bila aku dihantar ke hospital ****, aku accident lebih kurang pukul 9:30 pagi bulan september tahun lepas. HR company aku call abang aku tapi masa tu abang aku sedang bercuti di pangkor, so abang aku wakilkan tunang aku. Masa dekat hospital, pihak hospital suruh tunggu sebab katil di wad neurologi tak cukup. Sampai la ke petang tunggu pastu diorang cakap kena wayar duit pendahuluan terlebih dahulu sebanyak RM500 baru boleh pergi keperingkat seterusnya. Tunang aku pun bayar dan secara magiknya katil-katil di wad neurologi banyak yang kosong. Benda ni semua tunang aku tak cerita pun kat family aku, takut jadi benda lain pula dan aku pun tahu pasal ni 3 bulan lepas tu.

Masa di wad neurologi tu, tunang aku ada bertanya tentang keadaan kepala aku. Doktor kata kena monitor dulu dalam masa 24 jam kalau darah tu masih keluar mungkin aku akan hilang ingatan. Masa aku sedar doktor tu tanya aku "Kenal tak siapa ni?"sambil tunjuk kearah tunang aku dan aku cakap kenal dan bagitau nama tunang aku (yang ni aku lansung tak ingat). Tunang aku juga tak dibenarkan berada disamping aku masa doktor buat pemeriksaan sebab jantung aku berdegup laju bila tengok tunang aku.

Lepas tunang aku cerita semua ni, tetiba aku rasa bengang yang amat. Ya la, masa tu aku sakit tahap kritikal korang boleh main politik duit lak. Doktor tu pun kata tahap aku kritikal dan kena monitor. Senang je korang cakap suruh tunggu atas sebab katil tak cukup. Tak ke BANGANG tu. Aku tak hairan la duit RM500 tu, aku boleh bayar!, yang penting korang selamatkan nyawa aku. Kalau korang nak sangat duit cakap je terus terang masa sampai kat hospital pagi tu. Kau ingat aku ni binatang ke apa?

Aku dah google kecenderaan aku based on report doktor. Kategori kecenderaan aku ni kalau tak dirawat dengan cepat boleh membawa maut. Rawatannya ialah BEDAH dengan kadar segera untuk membuang darah dari dalam kepala dan aku tersangat2 bernasib baik sebab darah tu keluar melalui retakan dibahagian telinga kiri aku. Retakan yang menyelamatkan nyawa aku.

Mentang2 aku ni accident motorsikal kau layan aku lebih kurang je, sarjan polis yang handle kes aku siap backup lagi sebab dia tau hal yang sebenar. Masa aku buat report sebulan lepas tu, sarjan tu siap call lagi orang yang langgar aku supaya datang kebalai untuk ambil surat saman. Dia kata nak saman orang tu depan aku supaya aku puas hati. Ada juga 4,5 kerat polis yang cakap kurang ajar. Ingat aku mat rempit ke apa, kalau tak tau cerita sebenar diam sudahlah atau bertanya.

Macam ni ke perkhidmatan, selagi tak kena kat family sendiri boleh la buat muka selamba. Cuba kalau ni benda ni berlaku kat family sendiri, mesti marah gila. Sebab duit punya pasal, nyawa orang sekarang ni boleh buat main2 macam tu je.

Masalah yang dikenalpasti.

1. Di malaysia kita dapati perubatan, kesihatan telah dijadikan alat untuk seseorang menjana pendapatan/keuntungan/kekayaan.

2. Masalah ini langsung tak diambil berat oleh kerajaan kita,

3. Jurang ekonomi antara miskin kaya semakin melebar disebabkan kek ekonomi yang tidak seimbang.

4. Suatu hari nanti mungkin orang miskin akan mati begitu sahaja disebabkan tiada wang untuk mengubati penyakit.

5. Apatah lagi mereka kini menggunakan kad2 insurans [gunakan insurans untuk bina kekayaan melalui perubatan] kekonon nya ini savings untuk berubat dan etc2. Sedangkan insurans ini kita pun tak pasti hukum dia macam mana. Halal ka, haram ka. Adakah jika kita tak sakit duit2 tersebut akan dipulangkan ka, lebur ka. Syarikat2 insurans pula menjadikan kesihatan sebagai alat jual beli.

6. Dan ini muncul pula idea dasar penswastaan ubat-ubatan di malaysia.

7. Idea ini muncul bagi mengurangkan kos kerajaan dalam membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit di hospital kerajaan.

8. Persoalan nya disini ialah kenapa hanya rakyat je diseru berjimat cermat dan bukan di pihak yang melakukan pembaziran? 

Adakah rakyat di pihak yang membazir yang sampai kerajaan arah2kan kita jimat cermat? Adakah rakyat yang terkantoi membeli kapal selam yang tak boleh selam? Adakah rakyat yang terkantoi membeli helikopter yang tidak boleh dikendalikan akibat kekurangan pakar? Atau adakah rakyat yang terkantoi membeli teropong paling mahal di dunia?

TIDAK.

Yang terlibat itu agensi kerajaan. Jadi yang melakukan pembaziran = diseru berjimat cermat = tindakan dan nasihat yang kena pada tempatnya. 

Jika ko suruh orang yang tak membazir = berjimat cermat = itu BODOH nama nya.

Nasihat bukan saja perlu betul, bahkan ia harus disampaikan kepada orang yang betul juga.

Di sini nasihat jimat cermat itu betul tetapi sayangnya bukan rakyat yang kena jimat cermat tetapi kerajaan itu sendiri yang perlu berjimat cermat.

9. Ambil contoh kes di atas. Bayangkan jika mereka tiada wang sebanyak rm500? Bayangkan tiada pula kad medik insurans apa bagai? Adakah dia akan pergi disebabkan gagal membayar rm500 on the spot?

10. Dan bayangkan pula jika dasar penswastaan ubat-ubatan itu dilaksanakan kelak.. apakah tiada kemungkinan ada orang akan mati kerana tiada wang untuk membeli ubat?

11. Kita faham polisi tersebut belum dilaksanakan, ia baru diperingkat cadangan dan akan dilaksanakan selepas selesai semua perkara berkaitan, namun disini kita seru dan minta jasa baik kerajaan jangan buat polisi ini sehinggalah rakyat dibebaskan dari masalah kemiskinan.

Jangan bagi alasan, sapa suruh sakit la, jaga la kesihatan la, beli insurans la ko ingat orang miskin mampu beli insurans ke? TONGONG. Lepas tue bagi alasan rakyat semakin banyak la apa la. Ingat, rakyat semakin banyak = jumlah kutipan cukai juga semakin banyak = so jumlah tanggungan meningkat = tiada isu beb. Garisan disini bukan turun naik tetapi selari.

Tiada sebab untuk kerajaan teruskan polisi ini jika kerajaan pandai berbelanja dengan berhemah. Kita tidak mahu nanti orang memandang bahawa ko sakit, ko miskin, tak mampu berubat padan la muka. Di manakah nilai2 kemanusiaan kita sehinggakan sakit, iman dan sebagainya perlu di ukur dengan seberapa banyak jumlah duit yang kita miliki?

Adakah duit2 tersebut sangat penting sehingga kita ketepikan sikap prihatin dan kasih sayang sesama manusia? Kita belum terlalu jauh untuk berpatah semula kepada Allah swt oke. Fikirkan. 

Jumaat, 4 Januari 2013

Rais Yatim, ko meh sini kejap.


Thui.

Celake betul. 

Malam tadi baru je berlangsung forum bincang amanat haji hadi tanpa haji hadi sekali lagi. Kali neh ajuran RTM plak tue. RTM weh RTM. Bukan RTM ka yang cakap nak anjurkan forum perbincangan tersebut dan seme nya dalam persiapan namun tetiba batal last minit akibat keputusan yang pernah majlis fatwa amek suatu ketika dulu berhubung perkara di atas? 

Slumber mat rock jek si rais yatim menipu terang-terangan semalam. Aku ingatkan dia dah insaf. Yelah tetiba menteri nak follow keputusan majlis fatwa kan. Selalunya menteri2 UMNO lah yang terer bab langgar keputusan muzakarah oleh majlis fatwa dan hukum Allah swt walaupun selepas itu dorang akan slumber gila babi berceramah dan bersyarah depan orang kekonon cam suci yang amat. 

Geli wehhhhh.

Rasa nak meludah jek. 

Thui.

Sebelum itu disini si rais yatim cakap tiada forum yang akan diadakan untuk membincangkan isu amanat haji hadi. Owh oke. Alasan dia ialah majlis fatwa cakap tak boleh. Majlis fatwa dah beri satu keputusan mengenai hal tersebut. 

Owh oke sekali lagi. Lantak lue la nak surrender sebelum berperang kan. Gua no hal. Gua bukan di posisi yang nak up amanat tersebut sebab bagi gua amanat tue langsung tak relevant masa kini sebab pas sudah berubah dan maju ke depan.

Gua tak peduli dengan hujah2 dorang konon nya pas tak bagi perempuan tertanding la apa la dulu sekarang banyak kaum wanita apa seme. Bagi gua tue seme hujah2 bodoh plus sampah dan tah hapa2. Baik lue cakap time kecik2 dulu lue bogel sana sini. Awat lue tak ungkit sampai sekarang? Bagitau la satu dunia aku suka berbogel sebab time kecik2 aku berbogel.

Tak sama meh metafora nya? Adnan Yaakob mesti pandai sebab dia expert bab metafora. Gua pun belajar dari dia beb.

kah kah kah

Tetapi sebab umno nak mengungkit2 kisah silam dan berlakon sebagai mangsa kat sini nak gak gua tengok TGHH berhujah menghadapi dorang.

Nak juga gua melihat depan mata bagaimana skill TGHH berdebat dan membidas pendapat dorang mengenai amanat tersebut.

Tapi nampaknya harapan gua tak kesampaian. Kecewa gak tapi takde la kecewa sampai nak bunuh diri. Kecewa sebab tak dapat melihat TGHH mencatatkan sejarah muncul di tv1 secara live.

Bagi gua kalau itu berlaku confirm rakyat malaysia pada ketika itu akan terarah dan focus kepada forum tersebut. Yang tak minat forum pun tetiba akan menonton. Sebab ia sejarah beb. Macam sejarah tercipta debat Anwar Ibrahim Vs Shabery Cheek yang mana mencatatkan jumlah penonton yang sangat tinggi bahkan tv3 juga terkejut bila melihat rating program tersebut ketika itu.

Mana mungkin program debat menjadi perhatian masyarakat tetapi kemunculan pemimpin pembangkang di kaca tv memang mencatatkan sejarah sebab mereka hampir tiada peluang untuk muncul berhujah di mana2 media arus perdana. Lainla untuk difitnah. Memang 24 jam korang nampak beb.

Yang gua tak boleh blah bila Hasan Ali bercakap berapi2 bab akidah. Pehhhh. Terbakar ke tak terbakar ahti presiden pas saat itu gua tatau la nak cakap. Semua impian kita bersama sudah musnah. Semua cita2 kita sudah tidak kesampaian. Kita bukan sahaja berpecah bahkan kita kini bermusuh. Pehhhhhhhh.

Ayat tak boleh blah beb.

kah kah kah

Tapi yang gua heran si hasan ali neh merepek bab amanat time keluar parti. Kalau benda tue masih berterusan dan sentiasa berpanjangan awat masa dalam pas dia tak rebel? Aik time benda lain dia bleh rebel masa dalam pas? Awat yang neh tak boleh? 

Arh stop2. 

Alasan sampah lue gua tak mo dengar. Kalau gua dengar juga gua bimbang maki yang lue dapat. Gua pun reti marah oke kalau kena tipu je sentiasa. Video murtad lue pun tak siap2 lagi ada ahti nak tambah isu baru? Thui la weh, thui.

Apa pun gua salute pada 2 awek terakhir tadi. Dalam ertinya soalan mereka. Gua dapat singkap sesuatu melalui raut wajah dorang. Sudah la cun reti pula bagi soalan double meaning. Sapa la yang bertuah dapat minah2 cun tue. Hehe.

Dan kepada rais yatim, lue memang gampang. Lue boleh terima ka tak boleh terima ka tue lue punya pasal. Gua rasa tertipu dan gua berhak marah lue sebab lue menipu gua. Faham? Bai.  

Sumber gambar : Kak Zaleha.

Amaran keras untuk orang miskin Malaysia : JANGAN JATUH SAKIT.

Yup.

Jangan jatuh sakit geng. Jangan sesekali. 

Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

Takde duit untuk ubat-ubatan. Tapi ada duit untuk rebet telefon?

Contoh. Gaji rm1,000 sebulan.

Kena bayar internet rm89 sebulan.

Bil elektrik 70 sebulan.

Bil air 20 dua bulan. [kalau dok selangor sah2 free, demm]

Bayar hutang orang sana sini, kereta, motor, etc2,  rm500 sebulan.

Baki bayar kos minyak dan perbelanjaan am. Anggaran rm300 sebulan.

Agak2 ko, dengan keadaan yang begitu tersepit dan terhimpit neh adakah individu di atas akan BANGANG2 dermakan rm500 untuk beli tiket konsert sebab dia minat BigBag? Of course not. Dia bukan begitu bodoh sampai sanggup tak makan demi bigbag. Nak taknak terpaksa la dia tak pergi ke konsert, layan percuma depan tv la kalau ada suatu hari nanti.

Bagaimana pula kalau individu di atas neh bertukar menjadi mana2 pemimpin bn? Apakah langkah yang mereka akan amek? Langkah2 yang diambil oleh bn ialah  ;

Bagi rebet telefon berjuta2.

Potong subsidi gula sebab nak kurangkan pesakit diabetes.

Disablekan pemberian ubat-ubatan percuma sebab kos semakin tinggi.

Ini ialah langkah2 yang pemimpin haprak dari bn amek. Kalau aku jadi pemimpin bn instead of rebet telefon baik aku salurkan duit tersebut untuk pembayaran ubat-ubatan bagi memastikan ia kekal murah dan percuma untuk kebajikan rakyat jelata. Betul tak?

Tapi masalahnya dekat sini ialah aku bukan pemimpin bn. Bahkan takan jadi mana2 pemimpin sekalipun. Aku belum lagi berhasrat nak letakkan kedua2 belah kaki kat alam neraka. Sekarang dah sebelah kaki, separuh badan. Pemikiran aku ialah, jadi pemimpin di dunia ini, di zaman sekarang umpama ko meletakkan diri ko di alam neraka. Tinggal lagi macam mana ko nak berambos dari alam neraka je.

Dan melibatkan diri dalam politik pula seumpama ko telah meletakkan separuh dari diri ko di alam neraka. Tinggal lagi macam mana ko nak heret badan ko berambos keluar dari neraka jek. Itu persepsi aku. Ia terlalu sukar nak katakan bahawa dunia yang aku terlibat neh adalah begitu bagus kerana aku jumpa begitu banyak yang tak bagus dari bagus akibat sikap sesetengah orang itu sendiri yang mencemarkan insitusi kepolitikkan.

Apa yang aku merepek neh hah? Macam gampang jek. Abaikan.

kah kah kah

Sambung balik bab pemahsuhan kos ubat-ubatan yang akan dilaksanakan oleh bn. Harus diingat ia hanyalah di peringkat cadangan. Mungkin ia dah diluluskan untuk dilaksanakan. Tetapi ia belum lagi dilaksanakan. So masa untuk kita protes dan bantah masih ada.

Harus juga bn fikirkan ;

1. Orang tua dan orang2 miskin. Bagi kita setakat rm20-30 apa la sangat. Tapi bagi mereka dengan rm20,30 tue la mereka bergantung hidup oke. Bukan seme anak2 mampu jaga orang tua mereka. Atas sebab2 tertentu orang2 tua ini juga perlukan duit untuk tanggung kehidupan mereka. Same goes to orang2 miskin.

2. Keluarga yang ada anak ramai2. Yeah. Kita boleh cakap dah tahu miskin kenapa beranak? Kita letakkan diri kita seolah2 seme mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan seperti kita. Aku dulu ada pemikiran yang sama sebijik serupa. Siyes. 

Tetapi bila dah masuk kampung2, dengar, bergaul akhirnya aku tampar diri aku balik. Bullshit dowh. Aku tak sepatutnya ada pemikiran seperti itu. Bagi orang miskin, anak merupakan kebahagian setelah takde duit. Bahkan ada yang miskin secara tiba2 akibat kematian ketua keluarga, individu yang berperanan mencari rezeki. Ada yang berlaku perceraian. Ada yang hilang. Ada yang sakit. Ada macam2 punca yang menyebabkan mereka tetiba miskin. Bukan suka2 nak miskin.

Itu tak masuk lagi bab yang tatau merancang keluarga. Mereka bukan semuanya tahu. Kita boleh marah, kutuk, sindir, sinis dan perli tetapi selagi kita tatau punca, cakap2 kita akan di anggap menghina mereka jek.

3. Keluarga yang ada pesakit kronik. Penyakit berulangan. Yup. Kita boleh cakap alah setakat demam pun lue nak hadap kerajaan ka? Owh oke. Bagaimana pula kalau bukan setakat demam sahaja? Bagaimana pula dengan ubat-ubatan untuk bayi? Bagaimana pula dengan orang tua? Apakah akan ada farmasi built-in dalam hospital kerajaan yang mana dimiliki oleh swasta ataupun mereka kena keluar mencari farmasi pula?

4. Itu tak masuk lagi bab family yang banyak tanggungan. Apakah akan ada family yang hanya akan berubat di awal bulan sebab takde duit nak bayar ubat jika anak2 sakit di tengah bulan? Bagaimana jika anak2 yang sakit lebih dari seorang?

Ada banyak perkara yang perlu kerajaan fikirkan. Jangan laksanakan polisi ini. Masyarakat kita bukan tak boleh bebas dari kepompong kemiskinan, boleh tetapi kena ada polisi dan pelan yang menyeluruh. Pelan yang mana effectnya dirasai oleh semua peringkat bukan hanya sebilangan mereka yang kabel bn jek beb.

Ini aku cakap betul2 dengan bien. Aku cuba TIDAK cakap dorang BODOH dalam beberapa minit mendatang neh. Aku nak try cakap baik2. 

Mohon bn fahami ;

Di malaysia ada banyak jabatan kerajaan yang mana kerja mereka bertindih antara satu sama lagi. Agensi kerajaan bersepah tetapi pelaksanaan tak sampai ke golongan sasaran.

Agensi tue, agensi neh, pelbagai agensi, tetapi fungsi sama. Ini melibatkan pembaziran dana kerajaan kerana penggunaan tenaga kerja yang boleh di anggap sebagai tidak effisen.

Yang neh kerajaan atasi, ia dapat jimatkan banyak kos. Lepas tue cuba tengok balik majlis2 kerajaan. Yang mana tidak perlu dan disifatkan tah hapa2 jangan diteruskan langsung.

Analisa juga cara sesetengah kakitangan kerajaan/ketua/pemimpin berbelanja wang peruntukkan. Adakah ia benar2 telus ataupun wang terbazir begitu sahaja?

Ubah ini. Jangan sikit2 ada masalah campak ke rakyat.

Walaupun rakyat semakin meningkat di malaysia dan menyebabkan perbelanjaan kerajaan turut meningkat namun dalam masa yang sama effect positivenya ada. Rakyat meningkat = jumlah kutipan cukai juga meningkat. So sekarang garisan linear bukan turun naik tetapi senada jek.

Yang turun naik ialah wang masuk dan keluar je. Jika kerajaan gagal berbelanja dengan cekap, rakyat jelata akan jadi mangsa keadaan. Bila rakyat jelata jadi mangsa keadaan kita pasti akan memberontak. Sebab tue wujud demo sana sini. Jangan disalahkan demo itu sebaliknya salahkan diri sendiri, di mana silap aku sehingga rakyat melawan? Fikir oke, fikir.

#KL112 jangan lupa.

Bai.

Khamis, 3 Januari 2013

Rais Yatim buat U-turn.

Dari ahli sampai ke pemimpin atasan. Tak boleh blah betul. Korang memang suka buat u turn ke apa weh?



kah kah kah

Alasan KELAKAR NAK MAMPOS.
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam.

Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Jelasnya, fatwa berkenaan melarang orang Islam menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut selain menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memilikinya.
''Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

''Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Abdul Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Rais Yatim kata tak jadi. Alasannya majlis fatwa dah buat keputusan. Ceh. Ini juga la yang aku dok laung2kan sebelum korang pongpang2 bab forum. Alih2 tetiba lue kata tak boleh sebab majlis fatwa cakap tak boleh sebarkan dan sebagainya.

Pandai pula ko ikut bab neh ek. Bab lain aku tengok yang terang - terangan haram tanpa perlukan fatwa bahkan jelas tertulis dalam  Alquran pun main langgar lari jek. Korang neh betul2 buat lawak bangang. 

kah kah kah

Yang penting sekarang korang dah mengaku kalah secara tidak langsung. Belum berforum dah tarik diri. Itu satu. Lepas tue siap cakap bahawa forum boleh diteruskan jika TGHH tarik balik amanat. Wooo dari situ je dah membuktikan bahawa ko sebenarnya tak bersedia jika TGHH pertahankan amanat dia. Kalau TGHH surrender or mengaku salah dan kalah ko akan bagi dia ruang untuk muncul di tv. 

Owh oke.

Jadi maksudnya apa? Maksudnya.. tak berani untuk berdebat sebab takut kalah namun jika mahu berdebat juga kena pastikan lawan mengaku kalah terlebih dahulu then baru boleh berdebat.

Betul tak?

Ko memang gile. Tue jek aku nak cakap.

kah kah kah    

Presiden NUTP BODOH.

Sorry.

Kalau ia directly menyentuh emosi korang aku say sorry. Maafkan aku kalau tidak ko bukan muslim yang baik oke. Ingat tue. Heh.

Kenapa tiba2 NUTP dikatakan BODOH? Ianya kerana perkara di bawah. Jika utusan fitnah NUTP maka sila jawab kepada utusan, bukan kepada aku oke.

Tadi aku buka utusan. Dapat tahu si Nasha melakukan lagi repekan melalui utusan. Ya, ya dia ialah tegar pas tetapi dia takan kempen untuk PAS. Dia akan kempen untuk BN sebab dia tegar pas yang baik orangnya.

Lepas tue aku terjumpa benda kat bawah neh ;


 Owwhh ek?

Hadi perlekehkan profesion guru? How far you sure?

Tengok video neh sendiri ;




Tuan guru kata apa?

1. Beri saya peluang satu jam biar saya bercakap..

2. DIA cikgu sekolah melayu je.. sekolah rendah.. ajar ABC je..

Sebelum neh DIA = bekas ahli pas =  C.N AL Afghani menulis sebuah buku. Tajuk buku tue ialah kafirkah aku. Ia mengulas mengenai isu amanat haji hadi. Bagi aku kewujudan buku itu tiada masalah. Sesiapa boleh luahkan apa2, berdasarkan apa yang dia rasa janji dia tak buat fitnah cukup la.

Buku tue aku tak baca lagi. So aku tatau nak komen apa. Kalau ada isi kandungan dia sikit2 boleh la aku predict apa yang dia cuba nak sampaikan. Tapi aku no clue, taktau apa2 so aku takmo ulas buat masa kini. 

Yang aku tahu dia ulas bab TGHH menerusi paper sampai seru2 orang bertaubat bagai. Konon nya berdosa besar. Dia sentuh bab akidah.

Kewujudan buku itu merupakan provokasi awal kepada Tuan Guru Haji Hadi sendiri. Dia sedang bercakap / menulis perkara yang 'bukan enak' mengenai TGHH dalam buku tersebut. Dan selepas itu isu amanat haji hadi meletus. 

Ko cuit emosi orang. Lepas tue ko expect orang tue senyum2 dan puji ko, wehh bagus la dia tue. Sila la kutuk2 aku lagi dalam buku. I loikeee. 

Gila ke kau?

So respon TGHH itu boleh difahami bersandarkan kepada situasi dia.

Dia respon merujuk kepada individu tersebut. Bukan dia perlecehkan guru2 malaysia, sebaliknya dia perlekehkan C.N AL Afghani itu sendiri. Ko tue cikgu sekolah rendah tetapi ko komen aku bab akidah apa seme ko sentuh. Ko sapa? Apa hak kau? Apakah ko ada apa2 kelulusan untuk menilai akidah aku? Ko takde.  Jadi diam la wehh.

Benda yang C.N AL afghani buat, JAKIM juga mahu buat. Tetapi JAKIM tak buat seteruk CN AL Afghani buat. At least JAKIM panggil dan memberitahu bahawa dia mahu soalsiasat TGHH. Jadi TGHH boleh terima respon tersebut. Owh oke ko nak panggil aku? Nak siasat? Oke aku pergi dan sudi disiasat. Lai2.

Tetapi apa yang CN AL Afghani buat? Dia tak panggil TGHH pun. Buat buku dulu, debat kemudian? Kutuk dulu, tanya kemudian?

Orang gila pun melenting kalau diperlakukan seperti itu. Apatah lagi orang normal. TGHH bukan takde emosi. Dia ulama, so? Ulama tak boleh ada emosi? Owh oke aku marah, aku rasa sedih dan tak suka dengan penulis buku tu tapi rilex2 sudah sebab aku kena berlagak aku sempurna di hadapan umum?

Ko memang BODOH kalau itu pemikiran yang ko pegang. 

Dia ulama, tetapi dia bukan manusia hati batu. Ulama hanya satu kedudukan after all dia masih sama seperti kita, iaitu manusia yang ada emosi. Tahu marah, sedih, kecewa, happy dan sebagainya. Cuma yang membezakan ialah sesetengah manusia suka marah keterlaluan, tetapi sebab dia ulama dia mungkin marah dalam keadaan terkawal. Sebab tue dia masih senyum2 lagi ketika perli C.N AL Afghani. Itu la sikap dia.

Bukan isu pun.

Yang aku pelik. Dan suka pelik. Bahkan mungkin terus terusan pelik. Kenapa masih wujud manusia yang suka mendengar cakap sesetengah orang tanpa tonton dan analisis dulu apa yang telah berlaku dengan akal sendiri?

Dalam video di atas, terang-terangan TGHH refer kat dia = penulis buku tersebut. Bukan refer kepada semua guru2 pun. Memang bukan bidang ko nak tentukan akidah orang macam mana.. tetapi kenapa ko bercakap seolah2 ko ada ilmu nak tentukan akidah seseorang?

Kalau aku dok kutuk2 cara doktor bedah pesakit aku pun kena sembur. Ko sapa amenoworld? Blogger politik jek? Ko doktor kah? Ko takde apa. Sedar diri tue wehhh.

So ini apa? Ini di anggap mengutuk semua orang yang ada blog kah?

Tolong la. Tolong la belajar untuk cari tahu apa yang anda dengar. Seterusnya jika ko nak teruskan juga dengan pendapat seperti itu [actually takan kalau dah tahu kebenaran-nya] itu hak masing2. Tetapi aku percaya, sehebat mana pun seseorang tue bencikan seseorang, kalau la datang kebenaran kepada dia, sehebat mana pun dia nak follow emosi dia, akal dia takan benarkan. Itu sikap orang2 berakal. 

Yang tegar nak follow emosi, bukan la dia tak berakal, dia ada akal tetapi sayang tak cukup untuk dia membezakan perkara betul dan salah disebabkan kekurangan ilmu. So pergi belajar lagi. Oke? 

Mufti Perlis, Juanda Jaya perli TV3.


Sumber : sini

TV3 kena perli dengan Mufti perlis. Sebenarnya tv3 dan RTM sudah tiada asas nak balon TGHH pada saat TGHH bersedia untuk bersemuka, berbincang dan berhujah mengenai hal tersebut. Orang kata, pihak PAS sedia open table untuk di kritik dan di bidas secara berdepan, live di tv lagi. 

Masalah sekarang RTM dan TV3 taknak sahut permintaan TGHH. Ya, RTM sahut. Tapi versi rakaman. Rakaman? Boleh pergi mampos. Kenapa perlu versi rakaman? Jangan2 tak confirm disiarkan, pun boleh jadi juga. So apa salahnya tuan guru minta LIVE?

Takut?

Takut itu maksudnya apa? Belum berhujah lagi UMNO dah tunjukkan bahawa mereka akan kalah. Itu belum lagi panggil beberapa panel untuk menganalisa statement TGHH. Baru sekadar berbincang2 di media internet jek. 

UMNO dah tunjukkan ciri2 bahawa mereka pasti kalah. Rekod, TGHH sudi dianalisa oleh tokoh2 agama yang Rais Yatim sendiri tetapkan. Apa yang TGHH minta cuma la ;

1. Sejam

2. Live

That's. Rais Yatim nak panggil orang tue ka, orang neh ka sapa ka, lantak dia la. Janji dia tunaikan permintaan TGHH cukup. Lue minta penjelasan, individu tue sudi beri penjelasan, so lue selaku pihak yang menuntut penjelasan patut berikan ruang kepada TGHH untuk jelaskan suasana.

Kalau penjelasan TGHH tak konsisten or gagal yakinkan penonton, sapa yang rugi? PAS juga. So lue nak risau apa? Lue ada 50% untuk menang oke. Tetapi lue belum lagi bertanding [berdebat] lue dah menyerah kalah dengan berikan bermacam2 alasan, tekanan dan idea merepek untuk gagalkan permintaan TGHH, logik ka? 

Bagi aku memang logik. Logik untuk seseorang yang dari awal lagi tahu bahawa mereka salah, mereka pasti kalah kalau biarkan kebenaran tersebar. So sebab tue umno meroyan buat benda2 merepek seme neh. 

Kalau la aku di tempat umno, oleh kerana aku yakin pas kafirkan umno, maka aku akan jemput TGHH berhujah depan tv dengan aku membidas dia secara berdepan. Pasal aku tahu aku di tempat yang betul. Aku mahu titikkan penipuan tersebut , jadi seme orang akan nilai dan nampak kebenaran. [Konon-nya]

Tetapi umno tak berfikir sepertimana aku berfikir. Nak tahu kenapa? Ini kerana dari awal lagi umno sendiri tak yakin TGHH kafirkan dorang ke tidak, rasa2 cam umno je melebih2 buat cerita. Kalau kantoi depan2 tv lagi naya, live pula tue. Tak ke menyusahkan bn tak pasal2. Ye tak?

kah kah kah

Rabu, 2 Januari 2013

Hot : Invoice pembayaran barangan kemas Rosmah Mansur oleh Deepak tersebar.

Ini disediakan oleh Rafizi Ramli. Sila baca sampai habis dan fahamkan kandungan artikel neh oke.

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;

2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);

3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;

4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;

5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;

6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;

7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;


9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;



10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan


11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).




Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

3 link yang korang kena refer untuk memahami isu neh dengan lebih mendalam ialah ;

 http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2013/01/Firestone-Dehres-2-January-2013.pdf

 http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2013/01/Firestone-Summary-of-accs-Invoice-and-Bank-Slips.pdf

http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2013/01/Dehres-Ltd-Invoice-and-Bank-slip.pdf

Kesemua link di atas merujuk kepada bukti2 dokumen yang telah dinyatakan oleh Rafizi Ramli dalam artikel di atas. Baca, faham dan sebarkan bagi penyokong2 pr. Dan bagi penyokong2 BN, jangan melulu cakap RR fitnah geng. Baca dulu, kaji dan minta pemimpin korang jawab / nafi dengan bukti. Bukan gunakan air liur je sebab RR bagi bukti oke.

Lagi satu, apa yang ditimbulkan oleh RR ialah persoalan yang perlukan jawapan. Bukan tuduhan or letakkan hukuman. Moga2 penyokong2 BN tak sebarkan info RR gay dan sebagainya pula untuk tutup isu di atas oke. 

Thanks.

Sumber :  http://rafiziramli.com/2013/01/datin-seri-rosmah-mansor-perlu-jelaskan-dakwaan-bayaran-dibuat-oleh-deepak-bagi-pembelian-barang-kemas-mewah/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...