Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 September 2021

Photo OP Menteri Agama Yang Gagal.

NURUL ASYIKIN | Menteri agama, mana-mana menteri, atau sebarang individu sekalipun tidak entitle untuk membuktikan kepada masyarakat umum samada mereka bersolat ataupun tidak.

Dalam erti kata lain, urusan amal ibadah adalah urusan individu semata-mata, tiada keperluan oleh dirinya untuk membuktikan kepada sesiapa pun samada dia beriman atau tidak. Itu urusan individu dengan Allah. Yang berhak menghakimi dirinya, amalnya, solatnya, imannya, hanyalah Allah.

Nampaknya ada pihak dari wakil Menteri Agama, Tuan Idris Ahmad tidak memahami perkara semudah ini.

Photo Op yang memaparkan aksi solat Menteri Agama baharu dari pelbagai angle jelas bertindak memalukan imej Menteri Agama itu sendiri berbanding mengangkat krediblitinya sebagai seorang pemimpin.

Paling tidak faham tindakan menyebarkan gambar seperti ini;


Apa yang individu ini cuba capai? Individu ini individu yang dekat dengan Menteri Agama. Individu ini mungkin ada peranan tertentu sehingga dibenarkan mengambil gambar dan menyebarkan ia, jadi apa tujuannya melakukan hal seperti ini? Adakah dia berupaya memberikan nasihat? Jika ya, adakah nasihat dari individu yang berfikiran seperti ini akan membantu kerjaya Menteri Agama?

Lihat la mata menteri. Meleret ke mana. Adakah sang tukar sebar tak nampak? Gembirakah agaknya menteri ditertawakan?


Ada pihak yang bertindak mempertikaikan kritikan dengan memusing fakta. Kononnya mempersoalkan solat seseorang dan berasa panas melihat orang bersolat.

Itu adalah satu karektor yang tidak mahu menjawab soalan pokok. Jadi dia spin dengan memberikan jawapan di luar tajuk.

Rasanya semua sedar. Yang dipertikaikan ialah tujuan mengambil gambar dan tayang. Tujuan mengambil untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa menteri ini bersolat, betul ke? - tetapi siapakah orang-orang awam ini? Kenapa menteri perlu rasa entitle membuktikan kepada kita semua?

Satu perkara yang penyokong-penyokong PAS perlu faham dan jelas ialah anda, tidak perlu membuktikan kepada masyarakat di luar sana samada anda bersolat atau tidak, samada pemimpin anda bersolat atau tidak, beriman atau tidak. 

Masyarakat di luar sana bukannya Allah. Mereka tidak ada upaya untuk menghakimi tahap keimanan anda. Yang akan menilai pengakhiran kita semua hanyalah Allah. Allah adalah yang paling Maha Berkuasa untuk menentukan semuanya. Tak perlu mengharapkan tanggapan manusia. Soal iman adalah soal yang kompleks. 

Buktikan kepada masyarakat dengan menggunakan hasil kerja. Mentadbir dengan baik. Memerintah dengan cekap. Mengurus dengan amanah. Mewujudkan polisi yang adil. Mengutamakan rakyat. Apabila ini pemimpin-pemimpin anda buat, persepsi negatif akan pudar sendiri. Menyebarkan gambar bersolat tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi keputusan-keputusan yang dibuat semasa mentadbir, iya. Fahamkan perbezaan ini, dan berhenti halakan kamera ke arah sudut yang salah. Tangkaplah gambar yang betul lain kali. - 2 September 2021.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...