Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 April 2014

Gambar2 Fashion Show Mid Valley Yang Seksi Habis - FB Mid Valley Padam Bukti Bergambar !!!!!!

Diadakan secara terbuka. Diulangi, secara terbuka. Tapi kan beb, setakat orang pakai bikini neh tak payah susah2 pergi fashion show bagai la. Buka laptop je terus google image. Tue pada yang advance dan memang jenis yang mencari la kan. 

KAH KAH KAH

Tapi kan aku sekarang sedang ragu2. Disebalik persepsi demi persepsi yang cuba pemimpin2 aku tanamkan selama neh, kononnya Malaysia ialah sebuah negara Islam, apakah ada logiknya sebuah negara Islam membiarkan sekumpulan entiti masyarakat mengadakan fashion show seksi habis di tempat2 yang terbuka (even tertutup pun boleh dipertikaikan) seperti kat bawah neh?

Lihat gambar2 ;










Untuk rekod masa aku (jam 10.30) dok cari2 gambar then aku refresh salah satu tab, tetiba content2 gambar di atas neh hilang. Aku ingatkan internet aku problem. So aku tunggu dalam 5 minit dan refresh tab yang aku refresh tadi tue, pun takde juga.

Apa yang ada hanyalah kat bawah neh hah ;



Aku tatau kenapa dorang padam.

Sebelum tue aku upload satu gambar di page yang dilinkkan dengan twitter berkenaan hal di atas kat sini.

Antara 45 minit itulah dorang tah macam mana tetiba padam semua content2 gambar (mungkin nak sorokkan gambar2 yang seksi je kot tapi nak cari satu persatu payah so padam semua je la senang citer).

Mungkin taknak timbulkan kontroversi apatah lagi orang kaitkan dengan peristiwa #MH370.

Aku takla nak kata apa2 pun tadi. Just nak berfikir2 negara Islam apa macam neh. Tapi bila dorang padamkan bukti2 bergambar, buat aku rasa nak gelak je la. Apa yang takut sangat tue weh? Aku dah sempat screenshot kot.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

Kalau nak tahu ayat yang sepatutnya aku tulis lepas gambar seksi terakhir di atas ialah ;

Tema seksi. Dark and seksi. Padanla pakai macam bikini. OoOoOOO.. 

Tapi tak jadi nak tulis tue je. Sebab ada penambahan cerita. Sekarang aku nak sambung gelak lagi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Adun UMNO Kena Kutuk Kaw2 - Nama Malaikat Dengan Nama Iblis Pun Tak Kenal!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Ada hati nak kutuk orang bukan Islam. Padahal lue sendiri pun tak berapa betul. Apa la nak jadi dengan ADUN UMNO sorang neh geng. Meroyan je yang dia reti. Tak sedar2 yang mati itu pasti. Lusa hari Karpal. Esok lusa mungkin giliran kita. Masing2 dah cukup bagus ke untuk kutuk2 orang lain?

KAH KAH KAH

Lihat ;


Tak baik kutuk2 orang yang tatau.

Kita boleh betulkan kesalahan dia. Aku tak suka juga dok gelakkan2 orang yang tatau. Aku lebih suka terangkan dan betulkan dia. Mana la tau kot2 lusa aku pula salah (dan memang aku selalu salah pun) maka ada la orang2 yang akan betulkan aku.

Tapi dalam kes dia neh special sikit. Dia tue dah la adun. Adun UMNO. UMNO parti yang sembang kencang bab ISLAM. Kutuk pula kematian Karpal Singh. Walaupun orang ada ahti nak betulkan kesalahan dia pun jadi rasa menyampah di sebabkan susunan ayat dia yang melampaui batas. Ini ke akhlak orang Islam? Ini ke yang Allah suruh? Ini ke yang Nabi ajar? Ini ke yang buat korang selangkah ke alam syurga? Ini ke yang mampu membuatkan kita collect pahala?

Haha..

Aku rasa tak perlu sapa2 jawab. Biarla Che Alwi fikir sendiri.

Dan selepas kena sound bertubi2, dia edit pula posting tersebut ;
 

Apa maksud malaikat tampar mulutnya dulu?

Ko nampak malaikat tampar mulutnya dahulu? Ada malaikat calling2 ko hello che alwi.. saya nak p amek nyawa Karpal Singh. Nanti awak tengok ek ada kesan tamparan malaikat kat muka dia.. saya yang tampar tahu.. kata malaikat maut..

Macam tue ke Che Alwi?

Ini yang buat orang rimas dengan Islam. Lebih2 sangat. Amek yang tengah2 sudahla.

Benda yang kita tatau buat cara kita memang tatau. Jangan nak memandai2.

Sudahnya. Orang naik menyampah dengan ko. 

KAH KAH KAH

Zulkifli Nordin Nasihatkan Pembangkang Jangan Politikkan Kematian Karpal Singh!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Mula2 ;

Dan kemudiannya ;


Sapa politikkan kematian sapa sebenarnya neh? Sapa yang kena nasihatkan siapa neh? 

KAH KAH KAH

Dalam pada itu, Zulkifli Nordin juga sempat membidas kenyataan Khairy Jamaluddin terhadapnya di twitter.

Lihat ;


Siyes. Aku tak faham kenapa orang2 macam neh ada penyokong lagi. Yang tak boleh blah tue, dia slumber aje dengan muka tak malu tanpa rasa bersalah nasihatkan orang atas benda yang dia sendiri buat.

Adoii.. orang2 macam neh ko suruh dia ambil plastik sampah tutup muka pun tak guna. Pasal dia memang jenis tebal muka dan mana reti malu.

KAH KAH KAH

Khamis, 17 April 2014

Pengakuan Khairy Jamaluddin - Saya Malu Dengan Zulkifli Nordin !!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH


Gasak kau kena sound. Tak semena2 tersindir ke atas muka sendiri. Oi ZN, sudah2 la tue provoke orang tak tentu hala dan malukan parti UMNO. Orang2 UMNO pun dah meluat dengan ko. Masa untuk buat parti sendiri dan meroyan sendiri2 la ko.

Bak kata seseorang di facebook. Orang bijak bila dia berkata2, dia berkata2 kerana dia perlu berkata2 (menerangkan dan membetulkan keadaan). Orang bodoh, bila dia berkata2, dia tatau apa yang dia perkatakan. Dia main berkata2 aje. Sebarangan. Macam ko la Zulkifli Nordin.

KAH KAH KAH

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work' di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.

Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini.

- Bernama

Gambar2 Kematian Jasad Karpal Singh Tersebar Di Media Sosial.

Siapa yang tangkap gambar?

Siapa yang sebar?

Oleh kerana mereka2 ini kemalangan sudah tentulah pihak pertama yang tiba di lokasi ialah ambulance dan pihak polis juga pengendali lebuhraya.

Kena tunggu jasad dikeluarkan baru boleh tangkap gambar bukan?

Jadi siapa yang tangkap gambar? Kenapa sebarkan? 

Gambar2 tersebut disebarkan dengan komen2 yang menjelikkan aku ;

1. Mempersendakan mendiang.

2. Mengaibkan mendiang.

3. Mengaitkan kematian mendiang sebagai pembalasan.

4. Mengutuk dan memaki hamun mendiang berdasarkan sentimen politik.

Aku rasa sedih tengok ada nya di antara kita sanggup mempermainkan kematian orang lain sebegini hebat hanya kerana berbeza agama dan idelogi.

Aku tak faham penyokong2 UMNO. Kenapa dorang nak melakukan penghinaan walaupun ia melibatkan perkara2 sedih seperti kematian? 

Gambar yang tersebar. Aku blurkan part muka. Aku tak berminat nak sebarkan gambar2 yang takde kaitan. 


Aku neh kadang kala serba salah. Aku neh sedang berjalan. Di sepanjang perjalanan yang mana baik aku cuba kutip dan belajar sesuatu darinya. Yang mana salah aku cuba tinggal dan fahamkan kenapa ia salah. Aku tak suka ikut ikutan meskipun berkaitan kepercayaan dan agama. Aku neh orang yang tidak akan mengikut hanya kerana orang suruh sebaliknya hanya setelah aku faham kenapa ia begitu.

Tetapi di sepanjang perjalanan aku banyak jumpa orang2 Islam yang menyakitkan ahti aku. Aku cuba pujuk diri. Yang jahat itu umat bukan agama. Yang jahat itu manusia bukan kepercayaan. Sampai satu tahap aku cuba buat satu idelogi. Mahu mempercayai Islam tetapi tidak mahu dikenali sebagai umat Islam sebab terlalu sakitnya ahti dengan umat2 Islam di negara ini. Punyalah jauh ahti aku dengan umat Islam. Dan setiap kali berlaku begitu aku muhasabah diri kembali. Mungkin juga ada tindakan2 aku di luar sana yang telah menyebabkan umat islam sakit ahti dengan aku pula. Jadi ini adalah pembalasan di atas kesalahan2 aku. Jadi sedarla aku. Aku neh yang bersalah terlebih dahulu. Sebelum aku sembang kencang nak salahkan orang aku neh sebenarnya yang bersalah terlebih dahulu. Tapi aku terlupa. Atau buat2 lupa. Atau buat2 tak nampak. Atau buat2 tatau.

Aku cuma nak bagitau ini kepada penyokong2 UMNO. Aku harap dorang memahami luahan ini tanpa prejudis.

Oke bai.

Imam Muda Asyraf Mengenang Pemergian Karpal Singh.


Orang2 yang beramal dengan ilmu agama yang dia belajar neh berbeza sikit dengan orang2 yang hanya pandai belajar dan belajar dan belajar tapi amalan satusen pun tak buat. Hanya pandai sembang kencang je la.

Haha..

Satgi aku kena sound la neh.


Gambar lama. Kenang-kenangan.

Sejurus kematian Karpal Singh diumumkan imam muda Asyraf memuatkan gambar di atas. Mungkin sebagai tanda ingatan yang Karpal Singh antara yang meraikan kemenangan imam muda Asyraf dalam program imam muda anjuran Astro.

Itu juga mungkin sebagai tanda, tidakla Karpal Singh membenci umat Islam dan menolak pula amalan2 yang dianjurkan oleh Islam ke atas umatnya. Tapi penentangan dia tentang hudud adalah perkara yang benar dan kita tak boleh nak nafikan akan hal tersebut. Penentangan dia terhadap hudud adalah bersifat mutlak. Maksudnya bukan dia kira kerajaan itu adil atau tidak, dia just tolak hudud by hook or by crook. Masa dia hidup boleh la kita berhujah bagai kenapa pemikiran itu salah. Tetapi bila dia dah tiada, tak perlu la kita nak menghina dan mempertikaikan pendirian dia. Apa kita rasa bangga ke berhujah dengan orang yang sudah tiada? Kita rasa kita pegang kemenangan sebab berlawan dengan orang yang dah meninggal dunia?

Haha..

Tolongla.

Nasihat untuk penyokong2 Pakatan Rakyat. Kenapa pula PR? Kenapa bukan BN? Bila kita nampak dan lihat kawan2 kita buat benda yang tak sepatutnya dengan musuh2 kita buat salah, kita dianjurkan tegur kawan2 sendiri dulu baru boleh sembang bab perangai musuh2 kita.

Jangan marah ahhhh

Hahaha..

Nasihat yang baik dari Nik Abduh. Mohon, renung2kan.
 

Laporan Polis Kes Azan - Pakcik Said Nafi Ahli PAS, Terima Ugutan Bunuh.

Amboi.

Menteri2 ko merompak, mencuri, menindas dan menzalimi rakyat takde pula terima ugutan bunuh.

Haha..

Untuk rekod dalam beberapa hari yang lepas sejak tersebar satu laporan polis mengenai aduan pakcik Mohd Said mengenai bacaan Alquran yang kuat dan AZAN pecah speaker (nyaring), pakcik tersebut pada awalnya telah diserang oleh masyarakat dan jiran2 setempat.

Melatah dulu.

Dah penat melatah baru tanya. Apasal pakcik report polis pakcik? <-- Lepas puas maki hamun, jatuh hukum, melalak, meroyan.

Bila dah dengar penjelasan dari wakil pakcik tersebut rujuk sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/04/penjelasan-sebenar-kenapa-pakcik-said.html

Maka baru la kendur sikit serangan2 terhadap pakcik tersebut. Pun begitu, bukan la serangan2 terhadap peribadi pakcik tue berhenti pula. Cuma kurang je. Baru2 neh terima ugutan bunuh pula.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Oii.. ugutan bunuh tue..

Orang yang menjaga hubungan dia dengan Allah takan buat ugutan bunuh. Ini yang aku tahu. Aku selalu kena ceramah benda neh. Pasal apa aku kena ceramah? Pasal perangai aku pun kelaut juga. Kalau kita jaga hubungan kita dengan tuhan, kita jaga juga hubungan kita dengan manusia. Kita jaga juga apa yang betul dan salah. Kita memang tak sempurna tapi sekurang2nya benda yang besar2 macam membunuh kita takan buat. Sebab apa? Membunuh salah satu dosa besar yang digariskan dalam Islam. Apa itu pejuang Islam ke bila bercakap pasal pembunuhan yang sia2?

Haha..

Yang tak tahan tue. Penyokong2 UMNO sibuk kaitkan pakcik tue sebagai ahli PAS sehingga dia terpaksa tampilkan diri untuk menafikan hal tersebut. Kepada orang2 UMNO yang meroyan, sahutlah cabaran pakcik tue. P check kat PAS betul ke tak pakcik tue ahli PAS. 

Haha.

Untuk tidak memberikan tanggapan yang salah, aku nak juga nyatakan bahawa penyokong2 PR pun sibuk p tuduh pakcik tue orang2 UMNO. Orang2 partisan yang taksub neh cenderung lari topic. Instead of tengok permasalahan sebenar mereka cenderung fikir dulu orang neh parti apa? Orang tue parti apa? Masa untuk kaitkan kesalahan dia dengan parti yang dia anggotai sudah tiba. Bukan apa, dalam sesetengah kes kalau ko kaitkan perangai dia dengan idelogi parti dia mungkin memang kena dengan jalan cerita. Tetapi kalau itu je modal ko walaupun dalam cerita2 tak berkaitan boleh buat orang semak kepala tau. Fikir2kan sama.

Penafian pakcik Said ;


 Berikut penafian pakcik Mohd Said bab dia anti azan ;



Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas.

Lantak lue orang la nak terima ke tidak penjelasan dari pakcik tersebut. Janji dia dah sampaikan apa2 yang dia nak sampaikan. Kalau dia ada salah silap kat mana2, betulkan dengan cara yang berhemah. Mentang2la pakcik tue bukan sapa2. Senang aje nak buli2kan. Kalau pakcik tue Najib mesti pejuang2 Islam UMNO suruh nasihatkan dan doakan yang baik2. Kalau pakcik tue Anwar, mesti pejuang2 Islam PR suruh nasihatkan dan doakan yang baik2. Tetapi disebabkan pakcik itu bukan pula Najib dan Anwar, maka pembulian berskala besar dilakukan sebab pakcik tue nobody. Macam aku juga. Nobody. Masyarakat memang suka buli nobody.

KAH KAH KAH

Gambar2 Kemalangan Maut Karpal Singh - Akhlak Pejuang2 Islam PR Terserlah.

Ada masa2 tertentu kita perlu berlakon bahawa kita neh baik orangnya. Kita perlu menunjukkan kepada orang lain khususnya UMNO bahawa kita neh sebenarnya open minded dan berlapang dada dengan ahli2 dari parti komponen PR yang lain. Kita boleh raikan perbezaan pendapat dengan matang. Kita ialah pejuang Islam versi PR ma. Kita nak tegakkan keadilan tue. 

Tapi lakonan tak selalunya bertahan lama sebab ia LAKONAN la katakan.

Lebih baikla sikap UMNO yang terus terang tunjukkan betapa mereka jelik pada Karpal Singh. Daripada buat2 berlakon macam tak rasa apa2 tetapi bila orang tue mati dan dah takde kat dunia neh segala macam yang tersimpan semua terkeluar.

Aku tak pula selalu bersetuju dengan mendiang Karpal Singh. Tapi aku selalu kalau ada apa2 pendapat dia yang aku tak boleh terima, aku akan nyatakan terus terang melalui penulisan. Tanpa perlu rasa berat ahti untuk spin dan bekap dia habis-habisan. Tanpa perlu rasa ralat terpaksa cover untuk dia. Tanpa perlu rasa bermuka2. Aku akan cakap apa yang aku rasa walaupun orang mungkin tak suka apa yang aku cakap.

Hahaha.

Gambar2 kemalangan maut yang melibatkan mendiang Karpal Singh kat bawah neh ;





 


Ada juga sebaran yang mengatakan. Ada gambar Karpal Singh yang pecah muka dan sebagainya. Minta tolongla jangan rendahkan maruah diri kita untuk sebarkan gambar2 yang tak berkaitan. Dan minta tolongla jangan buat kaitan2 yang menyebabkan orang rasa jelik dengan kepercayaan kita. Andaian2 yang kita rasa betul dan benar itu tidak akan terbukti sehinggalah Allah mengesahkan di alam akhirat sana. Hidup kita pun kucar kacir untuk kita sembang kencang bab hidup orang lain. Sampai bila agaknya kita bersedia terima kelemahan diri sendiri dan memperbaiki diri kita berbanding bercakap pasal pengakhiran hidup orang lain agaknya?

Pengaruh Karpal Singh dalam DAP sama aje macam pengaruh Mahathir dalam UMNO dan pengaruh TG Nik Aziz dalam PAS. DAP salah seorang sahabat sepolitik dan sekuasa korang sedang hadapi kehilangan dan kesedihan. Belajarla. Belajarlah buat pengkhususan supaya tak kelam kabut pemikiran tue.

Dan bayangkan kalau ahli2 DAP baca lomen2 penyokong2 PR macam kat bawah neh ;


Macam neh punya attitude korang nak sembang kencang bab Islam? Setakat mengaku pejuang Islam je la hebat. Jangan halakan pistol kat aku. Aku tak pernah mengaku aku pejuang Islam sebab aku reti sedar diri.

Suka untuk diingatkan, mati itu bukan untuk Karpal Singh tetapi kita semua. Mati itu bukan untuk Najib dan Anwar je bahkan kita semua. Berpada2 dalam berbahasa bila seseorang menghadapi kematian. Suka tak suka tak perlu ditunjukkan dalam sesetengah perkara kerana Allah maha mengetahui. Tak luak pun keimanan korang kalau tunjukkan rasa hormat pada yang menghadapi kematian. Jangan sibuk bab bekalan orang lain tapi sibuk la pasal bekalan dan amalan diri sendiri. Apa yang kita buat untuk cegah kemungkaran bukan hanya dari segi kuantiti bahkan kualiti pun perlu kita jaga.

Fikirkan nasihat ini ;

 
Terima kasih pejuang2 Islam.

Akhlak terpuji sesuai dengan ajaran Islam. Lepas tue tertanya2 dan sakit ahti sendiri kenapa DAP tolak hudud.

HAHAHAHAHAHAHA.

Rabu, 16 April 2014

Penjelasan Kristian Kenapa Mereka Guna Bahasa Melayu Promosi Muzikal EASTER.

Kesian orang2 kristian kat negara neh. Serba tak kena jadinya melayan ragam NGO Islam. Baru2 neh ISMA sound Kristian. Isu nya berkisar tentang satu banting yang mempromosikan teater sempena sambutan hari easter bagi penganut kristian.

Lihat ;


Dan ini pula respon mereka ;

Gereja Pentecostal di Seremban berkata mereka mengikut undang-undang untuk meletakkan banting dalam bahasa Melayu bagi mempromosikan muzikal Easter, bahasa yang dipercayai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak seharusnya digunakan oleh bukan Islam di Malaysia.
Pembantu Paderi Gereja Komuniti Agape, Tan Szet Anne, berkata bahasa Melayu digunakan dalam promosi muzikal Easter kerana mengikut arahan Majlis Perbandaran Seremban yang mengarahkan semua sepanduk dan banting yang digantung menggunakan bahasa kebangsaan.
“Kami menganjurkan muzikal sempena Easter setiap dua tahun sepanjang 20 tahun lalu dan tidak pernah ia menjadi isu."Ia adalah undang-undang yang boleh dilihat di laman web majlis tempatan, kami meletakkan banting dan sepanduk dalam bahasa Melayu," katanya kepada The Malaysian Insider -TMI-

Rupanya depa ikut arahan undang2. ISMA pula punyala fikir negatif anggap depa nak hasut muslim masuk kristian beramai2. Itulah korang. Bermain dengan kata2, tuduhan, fitnah, kebencian, persepsi last2 perangkap diri sendiri disebabkan tatau nak bezakan mana satu kebenaran dan kebatilan. Selalu tuduh2 non muslim jahat sangat alih2 dah bentuk diri bahawa kita perlu mencipta permusuhan dengan non muslim.  

Apa pun tak boleh.

Pada ISMA, penggunaan bahasa melayu bermaksud hasut orang2 islam masuk ke ajaran kristian. Ada dua benda yang ISMA neh cuba paparkan. Dua benda itula yang buat aku angin satu badan dengan ISMA. Siyes aku cakap neh.

Pertama.

Bab bahasa. Apa yang aku nampak ISMA cuba tunjukkan kepada masyarakat kristian bahawa umat Islam memeluk agama Islam bukan kerana keindahan agama itu sendiri. Sebaliknya kerana bahasa. Disebabkan bahasa melayu digunakan dalam dakwah Islamiah di negara ini maka sebab itulah melayu masih kekal dengan Islam. Bukan disebabkan Islam tetapi disebabkan bahasa. Melayu di negara ini tertarik dengan Islam kerana bahasa. Melayu tak sayang Allah kerana dia kenal Allah. Melayu jadi sayang pada Allah kerana bahasa. Melayu tak sayang Nabi kerana Nabi melayu sayang Nabi kerana bahasa. Itu yang ISMA cuba tunjukkan bila dia bangga2 ucap depan press kondem kristian guna bahasa melayu promote muzikal easter.

Kedua.

Melayu neh bodoh gamaknya. Semua melayu2 di negara ini BODOH nak MAMPOS. Mereka tak pandai membaca bahasa english. Mereka pandai baca bahasa melayu aje. Kalau ada apa2 penulisan dalam bahasa english melayu memang tak amek port. Kalau ia dalam bahasa melayu baru melayu2 neh amek port. Begitulah sedikit sebanyak maksud disebalik penyampaian ISMA.

Orang kalau nak murtad, dia murtad. Peduli apa bahasa apa sekalipun yang lue guna.

Takanla umat Islam Malaysia neh benak sangat. Tengok promosi hari easter dalam bahasa melayu tetiba rasa nak murtad? Iman dah goyang? Arhhhhh nak p murtad ah. Pasal apa? Pasal tadi baca promosi banner kristian dalam bahasa melayu.

Ada logik ka?

Dari kecil sampai besar. Mak ayah ajar solat. Dari kecil sampai ke besar pergi sekolah agama. Dari kecil sampai ke besar asyik dengar ceramah. Dari kecik sampai ke besar tak henti2 baca Alquran. Alih2 jumpa banting kristian dalam bahasa melayu terus rasa nak murtad? Macam tue ke?

Jangan tatau.

Kebanyakkan yang jadi atheis ini bukan orang2 yang bebal nak mampos. Tapi ramai yang bijak pandai. Maksudnya ko letak la banner dalam bahasa apa pun kalau orang tue nak murtad dia tetap murtad. Walaupun bahasa menjadi pemudah cara untuk mengenal agama. Untuk memahami agama. Namun ia adalah dirinya sendiri untuk tentukan apa yang dia mahu fikirkan mengenai persoalan2 agama dan berkaitan akidah. Maksudnya, tak kira la ko hidup dalam bahasa apa pun, kalau la ko mendapat didikan yang betul dan memandu hidup ko ke arah yang betul insya-Allah pengakhiran ko juga akan betul.

Dalam erti kata lain, ada banyak buku2 agama Islam dalam bahasa melayu. Ada juga buku2 kristian dalam bahasa english. Tetapi Lina Joy yang dilahirkan melayu, yang dibesarkan dalam suasana didikan agama Islam, walaupun beratus2 ribu buku bahasa melayu berkaitan agama terjual meluas kat negara neh yang dia boleh beli, baca dan fahamkan buka tv boleh dengar ceramah, berjalan2 keluar boleh nampak banner2 berkaitan agama dia tetap konsisten mahu murtad dan masuk kristian.

Kenapa? 

Lina Joy tak pandai baca bahasa melayu?

Lina Joy pandai. Tetapi ahti dia, keinginan dia, kemahuan dia mahu memandu dia keluar dari Islam.

Punyalah banyak orang2 melayu mahir berbahasa english kat negara neh. Apakah mereka2 ini tidak boleh membaca buku2 kristian versi english dan memilih untuk murtad disebabkan mahir dalam bahasa english?

Mereka tidak mahu.

Bukan kerana tak boleh cari bahan2 bacaan kristian dalam bahasa english tetapi ahti mereka, keinginan mereka dan kemahuan mereka mahu mengekalkan mereka dalam agama Islam sebab itulah yang mereka percaya dan yakin.

Apakah peranan bahasa itu penting dalam tentukan akidah kita?

Sama sekali tidak. Bahasa boleh membantu kita untuk perkuatkan akidah dan menambahkan ilmu dengan pembacaan tetapi dia bukan penentu utama kenapa kita mahu murtad ataupun tidak.

Kalau ada agama baru datang dalam bahasa melayu macam ajaran ayah pin. Huha2 ajar benda2 mengarut. Tapi dalam bahasa melayu tue. Ada ke semua umat islam murtad beramai2 dan peluk ajaran ayah pin kerajaan langit? Tidak juga. Kenapa?

Sebab manusia inila yang bestnya tentang dorang. Dorang ada akal untuk pandu dorang buat keputusan. Content agama dalam bahasa apa sekalipun adalah sama. Jangan la rendahkan pemikiran dan intelektual orang2 melayu dan umat Islam bila buat bantahan yang sia2 atas nama NGO ISLAM.

Siyes. Itu memalukan. Aku tak boleh terima langsung.

Akidah kita ditentukan dengan apa yang kita mahu percaya. Bila kita dah start percaya benda2 tue maka kita akan pandu diri kita ke arah yang kita percaya dan yakin tadinya tue. Bagi peluang dan ruang, bagi kepercayaan dan yakinla bahawa umat Islam di negara ini tidakla sebodoh yang disangka.

Kalau bodoh sangat dah lama melayu2 semua sokong BN dan UMNO. Pasal tak semua melayu bebal nak mampos la terdapatnya melayu2 di luar sana tak sokong UMNO dan BN pun. Itu sebab pemikiran dorang dipandu akal dan iman yang waras. 

Bila dipandu akal yang tak waras dan iman yang juga separuh masak sudah tentu mereka sokong UMNO walaupun terbukti sudah banyak kali UMNO itu bukan saja menyeleweng mengenai hal2 pentadbiran keduniaan bahkan ia melibatkan agama dan kepercayaan juga. Itu sampai keluar khutbah jumaat pelaksanaan GST berpandukan syarak dan syariat Islam. Syariat ISLAM kepala hotak korang. 

Apa pun aku tegaskan sekali lagi. Apa yang kita mahu percaya adalah bergantung sepenuhnya kepada diri kita. Mak bapa sekalipun helpless terhadap kepercayaan yang ada dalam ahti anak2 kandungnya sendiri. Sejarah sudah membuktikan banyak kali. Tinggal kita baca, faham dan hayati untuk ambil pengajaran2 yang berguna darinya.

Dan aku tertarik dengan ayat Benz Ali. Perkongsian yang bermanfaat pada aku.

Hidup antara orang bertuhan dan tidak bertuhan. Hidup antara orang beriman dan tak beriman. Dalam hidup neh jika ada tuhan maka orang2 yang beriman akan selamat. Dalam hidup neh jika tiada tuhan sekalipun, orang2 yang beriman tetap akan selamat. Kerana orang2 yang beriman telah mengambil option yang paling tepat untuk meletakkan diri mereka diposisi yang paling selamat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ada tuhan atau tiada tuhan orang2 beriman tak pernah rugi satusen pun. Itulah kebaikan menjadi orang2 yang beriman. 

Oke bai.

Beli Kain, Beli Kasut Pun Ada Cukai GST Kata Menteri.

Jika kerajaan kuat maka rakyat juga akan kuat? Apa kena mengena dengan rakyat pula kalau kerajaan kuat merasuah? Kuat menyeleweng? Kuat membohong? Kuat merompak? Kuat menyalahgunakan kuasa? Kuat makan duit cukai?

Jika kerajaan kuat merasuah, rakyat juga akan kuat melawan.

Gunakan ayat yang betul untuk terangkan keadaan sebenar wahai menteri. Jangan spin sana sini untuk menutup pembohongan korang.

Yang aku pelik bin heran bilamana menteri Shabery Cheek menyebut ;

Beli kain kena cukai, beli kasut kena cukai, jadi mereka tidak boleh lari dari cukai.. ini kerana GST ialah cukai berbentuk kepenggunaan. Apa2 yang kita beli akan dicukaikan. Maka ini menyebabkan mana2 pihak yang lari dari cukai ataupun menipu (mengelak dari cukai pendapatan) tetap akan terpaksa membayar cukai kepenggunaan angkara GST.

Dan, perkara2 ini juga akan dirasai oleh warga2 asing kat negara neh. Mereka juga terpaksa membayar cukai setiap kali membeli. So tiada sesiapa pun yang akan dapat lari dari cukai dengan GST.

GST ini penting kerana ;

1. Kerajaan nak bina jalanraya yang lebih baik.

2. Bina hospital yang lebih baik.

3. Sediakan prasarana untuk rakyat Malaysia

Itula lebih kurang sedikit sebanyak maksud yang ingin disampaikan Shabery Cheek.

Hish..

Beli kain pun ada cukai?

Beli kasut pun ada cukai?

Sohai betul. 

Masa nak kutip duit dari rakyat kemain lembut lagi bahasa menteri2 kita. Usah kata pijak semut tak mampos2, bahkan siap tolong semut lintas jalan lagi.

Tapi bila dah dapat kutip cukai, usahkata hospital kerajaan bertambah baik, komplain sikit terus kena halau suruh ke luar negara. Balik2 lagu bersyukur dimainkan dengan lagu terima kasih diselangselikan pula dengan lagu negara kita aman damai dan sudah tentu paling terbaik, paling terbagus, paling terbetul, segala macam paling la menteri2 kita akan sebut tentang Malaysia. Bila check data2 stastistik antarabangsa, tak pula nampak macam Malaysia paling bagus dalam semua perkara. Hantu punya menteri. Ingat rakyat BODOH NAK MAMPOS ke apa macam korang semua?

Apa2 pun bersedia la kawan2.

Esok lusa mungkin ada orang pakai baju sikit2. Pasal nak beli kain pun kena bajet2. Hatta yang takde cukai pun berlambak2 pakai seksi. Inikan pula bila ada cukai. Jika dulu alasannya saya tak menutup aurat sebab belum sampai seru. Mungkin sekarang, saya tak menutup aurat sebab belum mampu bayar cukai mahal2.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lihat video ;



Klik sini jika video gagal load.

Selasa, 15 April 2014

Tindakan DAP & PKR Tolak Hudud Adalah Tindakan Yang Betul.


Kenapa pula betul? Adakah tindakan PAS yang favor kepada hukuman hudud salah pula?

Baru2 neh Anwar Ibrahim menegaskan PR bersepakat mengekalkan apa yang telah disepakati bersama dalam isu hudud.

Sebelum ini mereka bersetuju untuk tidak bersetuju. Dan pendirian itu sekali lagi dibangkitkan apabila UMNO tiba2 diperlihatkan alim, favor kepada pelaksanaan hudud dan tiba2 aje entah dari mana dan sejak bila mereka menjadi sangat suka kepada hudud dan mahu ia dilaksanakan kat negara neh.

UMNO menggunakan HUDUD untuk survival politik mereka. Aku dah jenuh ulang2. Kemudiannya orang2 PAS marahkan aku.

Biarlah UMNO gunakan hudud untuk survival politik pun, janji mereka nak kepada ISLAM.

Yang neh aku nak cakap dorang BODOH pun tak sampai ahti. Sebab kawan2 sendiri. Maksud mempergunakan itu bukannya semudah ABC yang kita lihat kawan2. Sebaliknya begini. 

A seseorang yang warak. Dia tak pernah tinggalkan solat. Dia beramal dengan apa yang dia imani. <-- Ini muslim yang baik.

B seseorang yang tidak warak. Dia bukanla tak percayakan agama tapi dia beramal dengan apa yang dia percaya sebaliknya dia seringkali sembang kencang bab agama. Suatu hari dia pakai kopiah dan orang puji2 dia hensem. So dia pun teruskan pemakaian kopiah walaupun tak pernah solat. Niat dia pakai kopiah sebab nak dipuji dan diperlihatkan sebagai handsome saja <-- Ini UMNO.

Maksudnya UMNO memang HARAM mahu kepada pelaksanaan hudud. Apa yang dorang nak buat sekarang neh ialah untuk selamatkan nyawa UMNO. Sebab ramai orang melayu dan non melayu menolak UMNO.

Siapa lue untuk menilai keikhlasan UMNO? Aku kena bidas kembali. Aku jawab, aku memang bukan sapa2 pun tetapi nak tahu orang tue IKHLAS ataupun tidak senang aje lebih2 lagi kalau kita bercakap pasal UMNO. Semudah ABC aje nak nilai KEIKHLASAN UMNO tue oi.

Pertama sekali, apa sudah jadi dengan semua skandal rasuah dan penyelewengan dalam UMNO dan kerajaan?

Seseorang yang gila babi nakkan hudud kena bersihkan parti sendiri dulu dan benda yang dia boleh bersihkan sekarang. Tanpa hudud pun semua kes2 rasuah dan penyelewengan yang babitkan menteri2 BN, UMNO dan agensi kerajaan boleh disiasat dengan seadilnya jika siasatan telus dibuat. Ini, ada dorang buat? Ini sekarang boleh buat tau. Tak payah sembang bab usul dan pindaan lagi tau.

Ada tak menteri2 BN dan UMNO letak jawatan dan masuk penjara ramai2 yang mana terbabit dalam kes2 rasuah sekarang neh? Ini sekarang boleh buat tau. Terima hukuman, akui kesalahan, lepas jawatan. Tanpa perlu tunggu hudud dilaksanakan pun, kalau kita betul2 nak kembali ke jalan yang betul sekarang neh kita dah buat. Semua yang rosak, yang tak betul, yang menyusahkan rakyat, yang zalim, yang menindas kita buang.

Sebab apa? Sebab kita dalam proses nak kembali ke jalan yang betul. Maka sambil2 itu di satu pihak akan buat pelaksanaan hudud. Di satu pihak lain pula akan bersihkan kerosakkan2 dalaman supaya benda3 tue nanti selari dengan apa yang dimatlamatkan. Iaitu membentuk keadilan untuk semua pihak pada semua lapisan masyarakat.

Tapi ada UMNO buat yang neh?

Siang kat paper huha huha sembang bab hudud. Sembang DAP gila babi tolak hudud. Sembang PKR lancau tolak hudud. Tapi dalam waktu yang sama UMNO masih meneruskan kezaliman ke atas rakyat. Ini tak tally langsung dengan apa yang mereka sembang kencangkan tadinya tue.

Itu pasal aku sama sekali HARAM nak sokong UMNO samada dia nak buat hudud ataupun tidak. Penanda aras aku mudah aje. Bukan tunggu manusia jadi sempurna. Tapi tunggu manusia yang sembang kencang bab keadilan, laksanakan keadilan dalam bentuk tindakan.

UMNO hanya sembang kencang. Hudud hanya mainan bibir bukan nya kepada tindakan.

Malangnya ada orang2 dalam PAS percaya kepada lakonan mereka. PAS tidakla aku kata mereka salah bila berniat mahu melaksanakan hudud. Memang bagus sungguh matlamat dan niat mereka. Hanya orang yang buat salah aje takutkan hukuman hudud. Tak buat salah pasai pa nak takut kepada hudud kan. Tetapi kena ambil tahu beberapa perkara dulu kenapa ia menjadi pertikaian rakyat.

Inilah pendirian aku.

1. Masalah depan mata perlu diselesaikan dulu.

2. Ko tengah sapu sampah, tapi ko tengok kat dapur pinggan banyak. Adakah ko nak habiskan sapu sampah ataupun ko terus tinggalkan sampah2 tue dan terus ke dapur cuci pinggan?

3. Orang yang akalnya cerdik akan teruskan sapu sampah sehingga dah siap dan bersih barula berlalu pergi buat kerja yang lain pula.

4. Jika tinggalkan sampah2 tersebut boleh jadi akan berterabur semula dan tak pasal2 kena buat kerja banyak kali. Berterabur satu hal, buatnya dalam sampah sarap tue ada kaca2? Sekali ahli keluarga ko tak nampak dan dia terpijak macam mana? Tak pasal2 kaki dia berdarah kan? Sebab apa? Sebab ko tak habiskan kerja ko dengan sempurna tadinya tue.

Begitu la juga dengan hudud.

Masalah yang ada depan mata ini selesaikan dulu.

Apa masalah kita? Banyak gila babi. Masalah takan habis. Itu benda yang pasti tapi sekurang2nya masalah2 yang penting yang membabitkan hak rakyat secara majoritinya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita bergerak ke frasa yang baru.

Dalam waktu yang sama tiada salahnya jika PAS mahu terus memperkemaskan draf hudud dari tahun ke tahun. Bentang dalam forum, bawa usul dan berbincang2. Itu bagus juga.

Sebab ini akan membantu menambahbaikkan draf hudud dari masa ke semasa. Dan ini juga akan memudahkan hudud dilaksanakan kat negara neh. Sebab ko dah siap bina tangga. Generasi akan datang hanya perlu naik tangga aje.

Mana2 yang tak betul boleh diperbetulkan hasil dari perbincangan dan forum2 terbuka. Cuma PAS perlu berlapang dada menerima teguran dan kritikan. Jangan cakap sikit terus nak merajuk dan tuduh2 orang lawan tuhan pula. Padahal orang tegur hasil kerja ko bukan tegur ketetapan Allah. Hasil kerja ko hasil kerja ko la. Sejak bila pula ko jadi tuhan sampaikan orang tegur hasil kerja ko, ko boleh anggap orang lawan Allah? Cantik sikitla bahasa ko PAS oi. Jangan main sebarangan aje jatuh hukum.

Dan suka diingatkan, aku sendiri pun memang tak favor kepada pelaksanaan hudud pada masa sekarang. Dengan suasana sekarang apa yang aku nampak jika ia dilaksanakan ia akan jadi berat sebelah dan condong kepada menghukum rakyat semata2. Sah2 VVIP ngokngek macam geng2 BN akan terlepas. Pasal apa aku cakap macam tue? Pasal dorang semua tak serahkan diri untuk jalani hukuman sebelum penguatkuasaan hudud (andaikata hudud jadi dilaksanakan). Buat bangang aje. Bayangkan le. Dengan undang2 penjara pun dorang rasa benda tue berat yang amat berat. Inikan pula potong tangan. Mao depa cari jalan macam mana nak bebaskan diri. Lantik hakim2 yang tak guna pegang keadilan ke. Macam2 cara la. Janji cara tue berkesan lindungi VVIP.

Aku rasa kita semua tahu kot satu kes yang sangat terkenal dimana seseorang remaja dirogol oleh bapa tiri tetapi dia yang terima hukuman walaupun dia mangsa rogol. Lupa pula berlaku kat mana. Yang ada petisyen antarabangsa tue. Yang merayu selamatkan mangsa rogol. Kes tue kontroversi sebab dia dihukum berlandaskan perundangan Islam. Yang lebih teruk, imej ISLAM terjejas disebabkan kes itu. Ramai la non muslim berpendapat serong terhadap ISLAM tetapi what can we say? Ini sesuatu yang kita tak boleh decide sebab berlaku kat negara orang bukan kat negara kita.

Namun, perkara macam tue boleh berlaku di Malaysia. Juga di bawah pelaksanaan hudud. Hudud bukan undang2 ajaib. Sistem yang tertegak sendiri. Masuk2 aje ada hakim yang soal siasat ko. Saksi, hujah semua tersedia ada. Ko hanya masuk untuk jalani perbicaraan kes aje.

No. Hudud ialah sistem. Yang pegang sistem itu manusia.

Manusia kalau bab manipulasikan sistem dorang memang terer. Kalau bab salahgunakan sistem, lagi dorang terer.

Jadi, sama seperti undang2 lain, hudud aka perundangan Islam juga boleh disalahgunakan dan dimanipulasikan oleh tangan2 yang berkepentingan dan jahat.

Sebab itu pendirian aku dari dulu tak pernah berubah. Dapatkan pemimpin yang adil dan saksama dulu. Pemimpin yang adil neh tak perlukan aku sembang huha huha bab hudud pun. Bila dia sendiri adil, dia sendiri akan fikir macam mana nak bentuk keadilan kat negara neh. Bila kita sebagai rakyat pongpang2 bab keadilan sah2 la kerajaan yang tadbir kita neh tak adil. Dan, korang masih lagi nak harapkan kerajaan UMNO aka BN neh melaksanakan hudud? Kemon. Orang yang jahat dan zalim tidak boleh pegang keadilan. Kerana bila dia pegang keadilan maka apa yang akan berlaku selepas itu bukanla keadilan yang akan terbentuk tetapi kekejaman dan penindasan. Kang tak pasal2 ada pula yang disalah hukum oleh undang2 Islam disebabkan tangan2 yang diberikan amanah untuk laksanakan keadilan sama sekali tidak adil.

So, bila PKR dan DAP bantah pelaksanaan hudud, itu betul. Bukan bantah sistem hudud itu tetapi bantah disebabkan mereka sendiri sangat jelas dengan kemampuan dan keupayaan diri. Dengan undang2 yang sedia ada pun mereka tak mampu jamin mereka boleh sediakan ruang keadilan yang terbaik untuk rakyat apa lagi dengan pelaksanaan hudud? Itu cukup berat dengan dorang. Dalam erti kata lain dorang sedar diri yang dorang memang tak adil. Buktinya dalam parti dorang sendiri macam2 masalah dalaman yang bergolak atas macam2 sebab. Takde beza pun dengan BN. Cuma pandai simpan atau tak pandai simpan je.

Jika PAS rasa mereka berkeupayaan untuk laksanakan hudud dan bertindak adil, maka buktikanla keupayaan diri dengan menyelesaikan masalah2 yang ada di depan mata. Isu kebersihan, masalah air, pembalakan dan juga lebuhraya rakyat. Sampai bila UMNO nak jadi punching bag kepada PAS aje? Di negeri2 lain pun UMNO dan BN tak juga membantu. Tetapi disebabkan amalan pengurusan dan pentadbiran itu tersusun dan kemas, sedikit demi sedikit dapat juga menyediakan kemajuan untuk kebaikan rakyat. 

Maka dengan ini diharapkan sangatlah PAS agar tidak terpedaya dengan sandiwara UMNO yang memang semudah ABC boleh dinilai dengan mata kasar. PAS jangan risau, dia tak perlu sekalipun meletakkan hudud no kedua demi nak utamakan kesepakatan dengan PKR dan DAP. Benda tue boleh menjadi keutamaan PAS. Bahkan dialu2kan. Kalau ko letak no 2 sah2 UMNO asyik sindir2 ko je kan. Tetapi dalam masa yang sama, tingkatkan keupayaan diri. Bila kita sendiri berkredibliti, tanpa kita pujuk2 orang pun, orang sendiri akan letakkan kepercayaan dia ke atas kita. Senang cakap kalau lue ada merit yang membanggakan orang cari lue, bukan lue cari orang. Itu macam la PAS oii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...