Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2019

Dong Zong Nafi Demo Bantah Tulisan Jawi, Hanya Anjur Mesyuarat Sahaja..

Kenyataan Media | Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
Berkenaan siaran akhbar tempatan termasuk Sin Chew Daily, Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bahawa Dong Jiao Zong dan pertubuhan berkaitan akan mengadakan perhimpunan pada 5 hb Ogos untuk membantah penambahan Seni Khat dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah Jenis kebangsaan, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) ingin menegaskan bahawa siaran media tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan. 


1. Pihak Dong Jiao Zong ingin menjelaskan tiada perhimpunan diadakan dan hanyalah satu mesyuarat dalaman yang akan diadakan bersama beberapa pertubuhan pelbagai kaum pada 5hb Ogos untuk membincangkan perkara penambahan seni khat dalam subjek atau mata pelajaran BM di SJKC dan SJKT. Mesyuarat dalaman ini semata-mata menumpukan pengupasan dan penganalisaan tentang inisiatif Kementerianan Pendidikan melalui aspek-aspek pedagogi pedidikan, keberkesanan pembelajaran dan juga realiti serta fungsipragmatik seni khat Jawi dalam peningkatan tahap penguasaan dan pengetahuan bahasa Melayu. Di samping itu, mesyuarat dalaman ini akan juga membincang dan meneliti siaran akhbar Kementerian Pendidikan semalam.

2. Mesyuarat dalaman ini juga akan membincang usaha Kementerian Pendidikan yang ingin meningkatkan keupayaan penghayatan seni khat Jawi. Pendirian Dong Jiao Zong tidak membantah usaha kerajaan melaksanakan interaksi kebudayaan antara pelbagai kaum, mempromosi nilai-nilai murni kepelbagaian dan integrasi.Namun bukanlah melalui kaedahyang menyebabkan kesangsian, was-was dan kurang menyenangkan, malah tanpa berbincang dan diskusi secara detail dengan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan pendidikan dan masyarakat majmuk.
3. Dong Jiao Zong risau akan berita yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan salah-faham dan reaksi negatif yang tidak diingini . Pihak kami ingin menegaskan bahawa mesyuarat yang akan diadakan merupakan mesyuarat dalaman yang hanya dihadiri oleh beberapa pertubuhan pelbagai kaum yang diundang sahaja. - 3 Ogos 2019.

Dong Zong, Hua Zong Bergabung Bantah Tulisan Jawi Di Pejabat Sendiri Isnin Ini..

POLITIK | Kumpulan pejuang pendidikan cina, Dong Zong dan Hua Zong akan menganjurkan satu himpunan bagi membantah penambahan seni khat dan jawi dalam subjek Bahasa Melayu yang dirancang dilaksanakan pada tahun hadapan lapor portal Pengundisedar.com pada 2 Ogos. 


Portal itu memetik laporan portal berita cina iaitu mysinchew.com.my yang melaporkan satu perhimpunan bantah tulisan jawi akan diadakan di Ibu pejabat Dong Zong di Jalan Bukit, Kajang pada Isnin ini.

"Ini satu perkara yang sia-sia dan melucukan kerana mereka membantah sesuatu di pejabat sendiri. Kepada siapa mereka membuat bantahan ini? Kepada diri sendirikah?

Kenapa tidak buat bantahan di Kementerian Pendidikan? Atau buat saja di Dataran Merdeka. Kita lihat berapa ramai yang menyokong perjuangan chavinistik mereka ini," tulis portal itu lagi.

Polemik tulisan jawi mula ditimbulkan apabila beberapa pimpinan DAP menyuarakan bantahan terbuka terhadap Kementerian Pendidikan kerana memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di buku teks darjah empat di sekolah aliran vernakular.

6 dari 168 mukasurat buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat digunakan bagi memahami secara asas sejarah tulisan jawi dan seni khat.

Namun masyarakat cina beranggapan ia merupakan satu proses islamisasi dan menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing.


Sekolah vernakular seringkali dikritik kerana mengembangkan sikap rasisma dikalangan masyarakat cina. Bantahan terhadap tulisan jawi telah menyemarakkan lagi tanggapan tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam satu kenyataan media berbahasa cina kemudiannya menjawab topik tulisan jawi dan seni khat tidak akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan justeru itu kebimbangan masyarakat cina terhadap hal itu adalah tidak perlu.

Di sosmed sekarang, masyarakat cina ditroll kerana takutkan dan fobia pada tulisan jawi. - 3 Ogos 2019. 

Najib Pertikaikan Tindakan PH Perbaharui Lesen LYNAS Dan Terima Bayaran RM175j Untuk Buangan Kekal..

Najib Razak | Hari ini, Lynas mengesahkan mereka telah bayar RM175 juta (US$42.2 juta) kepada kerajaan baru-baru ini.


Patutlah lesen operasi mereka telah dilanjutkan oleh kerajaan PH dan dibenarkan untuk menyimpan sisa buangan mereka secara kekal untuk selama-lamanya di Malaysia.

"Cash is king."

Duit sudah masuk.

Betul tak, Menteri Kewayangan?

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/08/03/lynas-says-could-build-permanent-waste-site-in-abandoned-pahang-mines/1777259

Kerajaan BN dahulu tak pernah meluluskan mereka untuk simpan sisa buangan mereka secara kekal tetapi mereka diperlukan untuk memproses sisa buangan itu kepada bahan pembinaan seperti batu-bata dan papan gypsum yang selamat untuk digunakan semula.

Kerajaan PH benarkan pula selepas Lynas bayar duit. - 3 Ogos 2019.

Menteri Nafi Mahu Tubuh Polis Pelancong, Sebaliknya Hanya Cadang Tambah Anggota..

POLITIK | Portal Berita Harian dan UTUSAN melaporkan secara berbeza kenyataan Menteri Pelancongan, Muhammaddin Ketapi mengenai polis pelancongan yang tular baru-baru ini.

Laporan UTUSAN dengan tajuk besarnya : MOTAC cadang tubuh polis pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 - dengan memetik kenyataan Muhammadin Ketapi : “Saya akan berunding dengan KDN tentang peranan dan (siapa yang akan menyertai) pasukan polis pelancong," sebagai rujukan pemberitaan. Untuk rekod, laporan ditulis oleh Bernama tetapi tajuk adalah dari Utusan Online.

Rujukan : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/motac-cadang-tubuh-polis-pelancong-sempena-tahun-melawat-malaysia-2020-1.944751

Laporan BERITA HARIAN pula melaporkan : Mohamaddin berkata, sebagai menjamin keselamatan pelancong, pihaknya berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menempatkan lebih ramai polis pelancong sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020.


Katanya, kehadiran polis pelancong dilihat sebagai keperluan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelancong sepanjang berada di dalam negara ini.

“Polis pelancong ini akan ditempatkan di bandar raya besar seperti di Kuala Lumpur dan tempat yang menjadi tumpuan pelancong, dan mereka akan membawa imej Malaysia di mata dunia.

“Negara kita sememangnya selamat untuk dikunjungi, tetapi dengan adanya polis pelancong ini, pelancong akan lebih selesa,” katanya.


Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589552/malaysia-destinasi-selamat-untuk-pengembara-solo-wanita

Bagi memperjelaskan tuduhan, pada 29 Julai 2019, Muhammadin Ketapi telah berkongsikan pemberitaan Berita Harian yang dilaporkan pada 26 Julai itu di halaman Facebooknya dengan berkata beliau memaklumkan kepada media yang beliau mahu berbincang dengan KDN untuk menempatkan lebih ramai polis pelancong bagi menjamin keselamatan dan persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020 dan bukan seperti dakwaan yang tersebar sebelumnya.


Bagaimanapun penjelasannya itu tidak mendapat sambutan dari netizens. - 3 Ogos 2019.

Batal Program Secara Mengejut, PKR Terengganu Keliru Dengan Tindakan Azmin.

POLITIK | Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mendakwa Azmin tergesa-gesa membatalkan program lawatannya ke Terengganu selepas Anwar berbuat demikian.

Azmin dijadualkan patut ke Terengganu pada 1 Ogos sehari lebih awal dari Anwar bagi menghadiri majlis Silaturahim Bersama Pekebun Kecil RISDA di Taman Tamadun Islam (TTI).

Majlis itu juga terpalit dengan dakwaan membayar peserta untuk hadir ke program.


Dalam jawapan kepada Malaysiakini, Felcra mempertahankan bayaran RM20 yang mahu diberikan kepada peserta acara pertemuan dengan menteri ekonomi Azmin Ali.

Ketua Kumpulan Komunikasi dan Komersial Felcra Mohammad Ab Rahman berkata ia amalan biasa mereka sejak 2012 bagi mengurangkan beban anggotanya.

“Bukan sahaja program menteri, kami bayar elaun kepada semua program yang disertai oleh Felcra.


"Ini adalah pampasan atau imbuhan kepada peserta yang hadir ke majlis Felcra kerana mereka hilang pendapatan pada hari tersebut," katanya kepada wakil portal itu.


Bagaimanapun Azmin membatalkan kehadirannya ke program tersebut secara mengejut. Setakat ini alasan pembatalan tidak dilaporkan.

Anwar juga membatalkan program JELAJAH PRESIDEN di Terengganu yang dijadualkan pada 2 Ogos kerana akan berangkat ke Mekah pada 3 Ogos bersama isterinya. 

Ini diperjelaskan oleh Azan dalam satu sidang media pada khamis.
 
"Kita sepatutnya ada dua program iaitu Jelajah pemimpin PKR peringkat Pusat iaitu lawatan Presiden PKR (Anwar) ke Terengganu pada 2 Ogos (Jumaat ini) yang telah dirancang beberapa minggu lalu, namun kita juga ketahui tiga hari lalu Azmin pula selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga atur lawatan hampir sama iaitu sehari sebelum lawatan Datuk Seri Anwar ke Terengganu.

"Pembatalan Datuk Seri Anwar ke negeri ini kerana beliau bersama isteri dan keluarga akan mengerjakan ibadat Haji pada 3 Ogos ini (Sabtu) dan kami setuju tangguhkan lawatan beliau ke satu tarikh yang kita jangka akhir Ogos ini.

"Malangnya kami agak terkejut apabila terima satu pesanan whatsapp daripada Setiausaha Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi bahawa program lawatan Azmin esok juga dibatalkan,"
katanya.


Azan seterusnya berkata, pihaknya terkilan dan kecewa dengan pembatalan mengejut program yang sepatutnya dihadiri Mohamed Azmin itu kerana telah menjejaskan segala persiapan melibatkan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan terutama FELDA, FELCRA dan RISDA.

"PKR Terengganu memang tidak mempunyai apa-apa maklumat sehingga dua hari lepas kita terima kad jemputan dan surat daripada agensi tersebut yang memaklumkan tentang lawatan rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

"Saluran parti memang tak ketahui perkara ini dan saya ingin nyatakan pembatalan ini tidak ada kaitan dan tidak melibatkan apa-apa keputusan di peringkat PKR Terengganu, malah PH Terengganu juga keliru dan tak tahu tentang keputusan ini (pembatalan),"
jelasnya lagi.



Sebelum ini di WhatsApp juga telah tular mesej yang mengkritik tindakan Azmin. Penulisnya tidak diketahui setakat ini;

"BERITA DARI TERENGGANU

YB DATO SERI ANWAR YANG AKAN BUAT LAWATAN KE TERENGGANU PADA 2HB OGOS TELAH DITUNDA KE SATU TARIKH BARU. AZMIN APABILA MENDENGAR DSAI KE TRG DIA PUN AKAN MELAWAT TRG PADA 1HB OGOS SEHARI LEBIH AWAL.

AZMIN TELAH MINTA AGENSI DIBAWAH KEMENTERIANNYA MENYAMBUT BELIAU. PAS DIFAHAMKAN TELAH MENGARAH AHLI2NYA MENYAMBUT AZMIN. SURAT ARAHAN TELAH DIKELUARKAN.

APABILA AZMIN TAHU DSAI TUNDA TARIKH LAWATAN MAKA AZMIN ALI JUGA TELAH MEMBATALKAN LAWATAN KE TRG PADA 1HB OGOS SEDANGKAN ARAHAN DIKELUAR UNTUK MENYAMBUT AZMIN DI AIRPORT DAN HADIR MAJLIS/PROGRAM BERSAMA RISDA/PENEROKA. MAJLIS MAKAN BERSAMA PEGAWAI2 KERAJAAN JUGA DIBATALKAN.

APA AGENDA AZMIN? MAHU MENCABAR DSAI ATAU MAHU MENUNJUK KEKUATAN MENGGUNAKAN JAWATAN SEBAGAI MENTERI

DENGAN MEMBUAT KERAHAN SUPAYA ORANG AKAN MELIHAT DIA RAMAI PENGARUH SEDANGKAN KERAHAN MENGGUNAKAN AGENSI2 KERAJAAN BERSAMA MAJIS DENGAN AZMIN TELAH DIKELUARKAN AKHIRNYA TURUT MEMBATALKAN PADA HARI INI (30HB JULAI)

ITULAH ANGKUHNYA AZMIN YANG MAHU MENCABAR DSAI,"
kata sebaran tular itu. - 3 Ogos 2019.

Jumaat, 2 Ogos 2019

Tulisan Jawi, Apa Masalahnya Sampai Nak Sentap Tak Tentu Hala?

Lim Swee Tin | TULISAN JAWI, APA MASALAH.

Sokonglah Kementerian Pendidikan (KPM) kita. Jawi di sekolah tidak menjejaskan apa-apa, tidak merugikan siapa-siapa. Anak-anak kita pasti seronok dapat mempelajari, juga menguasai warisan bangsa ini. Sejak lama dahulu saya berpendirian adalah merugikan setelah kita tidak lagi mengajarkan jawi di sekolah.


Sebelum mengenali rumi, apakah bentuk tulisan yang kita guna? Beratus tahun jawi menadi dalam peradaban, budaya dan segar di alam Melayu. Memperkenalkannya di sekolah adalah satu keberuntungan.

Jawi sangat indah. Jangan mencurigainya. Ia hanyalah bentuk tulisan. Terlalu banyak khazanah keilmuan bangsa kita dikembangkan dahulu melalui tulisan ini. 

Puluhan ribu naskhah manuskrip kita yang berselerak di serata dunia itu dalam tulisan jawi. Kita perlu mengenalinya. Jawi masih punyai nilai ekonomi yang tinggi. Ia juga identiti nasional kita.

Bini Anwar Pakai Beg Murah, Bini Azmin Pakai Beg Mahal - Perbahasan Dua Kem PKR..

SOSMED | Pergaduhan online diantara dua kem PKR;

Kem Anwar

Kem Azmin


Bukanlah perkara baru bagi pemerhati politik tanahair. Kali ini isu beg dan kicauan twitter antara kedua-dua pimpinan itu menjadi topik perbahasan bagi kedua-dua kumpulan yang terlibat.



Ciapan Twitter;



Ciapan Azmin dan ciapan Anwar yang menjadi perbandingan netizens ialah semasa mereka menghadiri Majlis Santapan Diraja pada 1 Ogos lalu.





"Projek Kipas, orang la kata," tulis blogger PenarikBeca ataupun nama sebenarnya Abu Bakar di Facebook. Ini bagi merujuk ciapan Azmin Ali yang asyik mentag Dr. Mahathir semenjak kebelakangan ini.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif : Yang Azmin semua dia tag chedetofficial, Anwar at least letak gambar aje. Nampak sangat Azmin gila perhatian.

Abu Hassan Ali : Macam lama tak jumpa Tun.

Hisham Hamid : Biasa le.. bercita-cita.


Beg berjenama;

Beg yang dipakai oleh Datuk Seri Wan Azizah isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Shamsidar semasa menghadiri istiadat pertabalan Agong turut dibandingkan netizens.

Menurut netizens, Wan Azizah adalah seseorang yang rendah diri. Kehidupannya yang serdahana itu disokong oleh gaya hidupnya yang tidak gemar berboros. Beg kraftangan dari Sarawak, yang dianggarkan bernilai RM100 itu mendapat pujian ramai.

Wan Azizah promosikan kraftangan Sarawak..

Anura Bird : Back in the 90s when Anwar was DPM, I saw Azizah and daughter shopping in Reject Shop. So i am not surprised by her simplicity.
Roslan A. Hamid : Walaupun beg tangan TPM tu dikategori sebagai murah, sentimental valuenya mungkin terlalu mahal.

Ahmad Nour Haqimi : Tahniah, promosi our culture.

Dhabitah Amira : Perempuan yang bijak memang tak rajin nak fikir pasal fashion sangat. Huhu
Ehsan Hilmi : Bila pakai beg murah, munafik. Bila TPM pakai beg mahal. Cakap bazir duit rakyat. Mentaliti longkang 😂 .

Bagaimanapun tidak semuanya menyokong perbandingan itu. Dikalangan pembangkang mereka beranggapan ia adalah lakonan semata-mata. Bagi non partisan, mereka merasakan ia adalah budaya menjilat.

Lakonan semata-mata..

Hanisya Abdul Hamid : Tak payah nak bersikap munafik berlakun macam gaya isteri PM Singapura. Ingat rakyat semua otak macam penyokong PKR ke?

Wan Zamzahidi Wan Zahid : Salam saudara. Sekarang ni dah tahun 2019. Lagi 4 bulan lebih dah nak masuk tahun 2020.

Budaya politik jilat macam ni, bak kata orang putih 'was so yesterday'. Cubalah berpolitik yang lebih matang. Check and balance yang perlu agar pihak yang dipilih berkhidmat untuk rakyat, bukannya berpolitik sepanjang masa.

Masrun Hj Dasuki : Siannya.. Zuhud betul.. Hari tu laki dia isytihar harta berapa ringgit eh? 0 macam jelutong ke?

Muhammad Ahli Khairat : Kahkah....beg kraftangan pun nak jadi isu politik, nanti letak semua pinggan cawan sudu pasu bunga tong sampah baldi, jadikan isu politik semua. Nanti jamban berak pun buat sekali.. 



Bagi penyokong Azmin Ali pula, mereka ia melihat ia sebagai satu serangan yang sia-sia kerana beg berharga RM10,000 adalah sesuatu yang mampu milik bagi seorang isteri kepada Menteri.

 
Apa salahnya jika mampu, bukannya mencuri..

Jasmay Md Shah : Tak salah pembelian tu jika mampu

Wadie Wd : Beli untuk majlis besar-besar macam nie la pakai. Tak kan nak simpan dalam rumah je kot.. kena dengan majlis kot

Fatimah Ali Lain orang lain citarasanya. Kita pun tahu, they're millionaires.. let them be, asal duit dari sumber yang halal

Faisal Mustaffa : Maksudnya orang Politik tidak ada Hak untuk bergaya walaupun mampu?

Sammy Foo : Tak salah pun dia nak beli. Bukannya dia tak mampu nk beli. Setakat beg rm10k plus, Senior Manager pun boleh beli untuk bini dia, tak perlu tunggu nak jadi macam Azmin tuh.


Dalam pada itu, segilintir netizens pula mempersoalkan nilai kesenian kraftangan Sarawak yang dijual begitu murah meskipun ianya memerlukan penumpuan, kreativiti dan bakat bagi menghasilkannya. 

Daripada bergaduh siapa pakai beg murah dari siapa, bukankah adalah lebih bagi kita mengangkat isu berkaitan upah pekerja kraftangan Sarawak, bagaimana ianya boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa dan sebagainya.

Sebenarnya, apabila tokoh politik seperti Wan Azizah memakai beg seperti itu dan membawanya pula ke majlis yang grand dan mendapat liputan media, ianya sangat membantu kepada industri kraftangan Sarawak. 

Satu usaha yang baik bagi memperkembangkan kraftangan dari Sarawak. Awalnya penyokong mungkin mahu menjilat, kem yang bergaduh pula mungkin mahu membandingkan, tapi impaknya, kraftangan Sarawak diperkatakan umum. Bukankah ini marketing yang bagus? - 2 Ogos 2019.

Seni Kak Wan Promosikan Beg Dari Sarawak..

Edy Noor Reduan | Tanpa ketahuan, ramai penyokong Azmin koyak bila timbul perbandingan antara beg TPM yang berharga lebih kurang RM100 dan beg isteri pertama deputy presiden parti yang berharga RM10k. Malah mereka katakan tajuk ini tidak releven apatah lagi dalam soal mengungkit keborosan Rosmah satu ketika dulu.

Pada hemat saya bicara ini adalah satu tajuk yang baik. Banyak teladan boleh dirungkai agar menjadi pedoman di masa akan datang. Tidak perlu skeptikal kononnya dulu sikap kita menjatuhkan Najib dengan menyerang Rosmah adalah tidak berapa sesuai. Itu hipokrit namanya.

Apabila terpapar tular gambar DS Wan Azizah mengenakan beg yang begitu eksotik, buatan tangan anak Sarawak, maka ketika yang sama terlihat juga gelagat Shamsidar mempamirkan beg mewah berjenama.

Tak salah mana pun pakai beg mahal kalau sudah ada kemampuan. Cuma kemahalan beg berjenama di atas tajuk rakus keborosan ini sebenarnya mengingatkan kita kepada 'Imelda Rosmah'. Cukup lah sekali wujudnya manusia sedemikian menjadi isteri PM paling boros dalam sejarah. Ini teladan yang sangat penting.

DS Wan Azizah atau lebih saya kenali sebagai Kak Wan, secara positifnya telah mengutamakan produk tempatan dari Sarawak, dan secara tidak langsung telah mempromosi barangan kita untuk dijadikan trending.

Bila gambar tular dengan tajuk Beg eksotik TPM, ia boleh pergi ke level internasional, mampu menarik minat lebih ramai pelancong untuk datang ke Malaysia. Bukankah tajuk ini mendatangkan limpahan ekonomi?

Dalam tajuk yang sama, keborosan Rosmah yang dilapor punyai barangan perhiasan nilai hampir billion, wajar kita sedarkan sesama kita betapa ia tidak harus diulang. Sebagaimana saya pernah menulis buku dan risalah cincin Rosmah, beg birkin, permata jacob&co, menyaksikan semua ini pembaziran yang tiada tolok bandingan. Maka masing-masing beringatlah.

Terima kasih kepada Kak Wan yang telah menunjukkan contoh teladan baik waima sebagai orang nombor dua dalam negara. Terima kasih juga buat datin seri Shamsidar, kerana mengingatkan kita mimpi seram suatu masa yang lalu. - 2 Ogos 2019.

Kajian : PH Hilang 29 Kerusi Jika BN-PAS Bergabung.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PAKATAN Harapan (PH) akan kehilangan 29 kerusi di Semenanjung Malaysia kerana kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS sekiranya pilihan raya umum (PRU) berlangsung sekarang, kata satu badan pemikir.


“Gabungan BN-PAS akan memenangi 97 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia berdasarkan kajian terbaharu sentimen Malaysia,” kata Institut Darul Ehsan (IDE) kepada wakil rakyat PKR pada pemukiman yang diadakan di Port Dickson pada 19-21 Julai.

The Malaysian Insight turut melihat slaid yang dibentangkan baru-baru ini.
Merujuk hasil kaji selidik terbaru itu, IDE berkata PH hanya akan memenangi 68 daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia.
Pada pilihan raya umum lalu, PH mampu memenangi 97 daripada 166 kerusi Parlimen di Sememannjung Malaysia. Ditambah dengan pembelotan dan kerjasamanya dengan Warisan, gabungan itu kini mempunyai 138 ahli Parlimen berbanding pembangkang 84 orang.
Di bawah gabungan pembangkang, BN mempunyai ahli Parlimen paling ramai iaitu 40 orang, diikuti oleh PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing seramai 18 orang. Manakala ahli parlimen bebas dan tidak berpihak kekal lapan orang daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.
IDE berkata, gabungan BN-PAS dijangka akan membangkitkan isu perkauman dan retorik agama dalam usaha untuk memenangi sokongan Melayu.

“Tambahan pula, BN-PAS akan mendapat faedah daripada persempadanan semula pada 2018 yang dilakukan oleh mereka.”

Gabungan BN-PAS juga mampu memberi ancaman kepada PH kerana dua parti berkenaan memiliki kerusi majoriti Melayu pada PRU14.

Pada PRU lalu, BN menawan 10 kerusi dan PAS mendapat 15 kerusi lebih 90% majoriti Melayu di Terengganu, Kedah dan Kelantan.

PH hanya memenangi 2 kerusi - Langkawi dan Jerlun. Kedua-duanya dimenangi Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukriz daripada Bersatu.

Namun PH merampas kesemua 24 kerusi majoriti Cina di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, kata IDE.

Kumpulan itu berkata, persempadanan semula sebelum ini meningkatkan jumlah kerusi majoriti Melayu berbanding yang bercampur.
Model Selangor
Menjadikan 56 kerusi DUN Selangor sebagai contoh, IDE berkata persempadanan semula meningkatkan kerusi majoriti Melayu di negeri itu.

Sebelum persempadanan semula, Selangor hanya mempunyai 11 kerusi majoriti Melayu dan 41 kerusi campuran.

Namun selepas cadangan Suruhanjaya Pilihann Raya diterima Parlimen sebulan sebelum PRU14, kerusi majoriti Melayu (atas 65%) meningkat kepada 25, majoriti Cina kepada lima manakala kerusi campuran berkurangan kepada 25.

Ini sangat penting dalam kerjasama BN-PAS dan kehadiran pertembungan tiga penjuru, kata IDE.
Namun begitu, gabungan BN-PAS masih tidak cukup untuk merampas Selangor, ia hanya akan meingkatkan kerusi mereka daripada lima kepada 16, manakala PH akan emenangi 40 kerusi, kata kumpulan pemikir itu.

Pada PRU14, Pakatan memenangi 51 kerusi manakala BN empat dan PAS satu kerusi di negeri itu.

IDE juga menyatakan kesan gabungan BN-PAS pada pilihan raya kecil Semenyih Mac lalu.

Pada PRU14, PH memenangi kerusi itu dengan 50% undi popular dalam pertembungan tiga penjuru – BN (31%), PAS (15%) dan lain-lain (4%).

Namun pada pilihan raya kecil itu gabungan berkenaan kehilangan kerusi itu kepada Umno kerana hanya mampu memenangi 45% undi berbanding BN-PAS 50%. Manakala 5% lagi dimenangi bebas, kata IDE.

IDE dimulakan oleh kerajaan Selangor yang diterajui PKR, membentangkan kaji selidik Malaysia 2019 itu pada 20 Julai lalu di pemukiman PKR di Port Dickson.

Kaji selidik IDE itu melibatkan 1,597 responden dan dijalankan dari 28 hingga 30 Jun. – 2 Ogos 2019.

Khamis, 1 Ogos 2019

Pemaju Pulau Pinang Tipu Pembeli Rumah Kos Rendah.

KHAIRUL AZRI | Developers Action Party, DAP.

Kerajaan DAP Pulau Pinang berbangga kononnya buat rumah kos rendah untuk bantu rakyat berpendapatan rendah pada harga RM72,500.

 

 
Tapi bila nak tandatangan SNP, pemaju paksa bakal pembeli rumah kos rendah untuk bayar harga 'pakej' rumah kos rendah tersebut.

Pakej dia pula terdiri daripada:

- RM1,000 harga bagi setiap naik satu tingkat, kalau tingkat 15 bayar extra RM15,000, tingkat 20 bayar extra RM20,000

- RM30,000 bagi harga tempat letak kereta

- RM8,000 untuk harga 'corner lot'

- RM15,000 untuk 'sea-view' unit

- RM30,000 untuk renovation tiles


Akhirnya bakal pemilik bagi 142 unit rumah flat kos rendah yang kononnya hanya berharga RM72,500 sebuah terpaksa bayar di antara RM130,000 hingga RM189,000 bagi sebuah rumah.

Pembeli tak ada pilihan lain, sebab pemaju kata kalau tak nak amik package, tak boleh sign SNP.

Bila pembeli buat laporan kepada kerajaan DAP Penang, mereka diberitahu kalau tak nak terima syarat tersebut, boleh tolak tawaran pemaju dan daftar kembali masuk dalam senarai menunggu semula.

Sebuah pilihan dan keputusan yang sukar untuk bakal-bakal pembeli berkenaan sebab ramai di antara mereka telah tunggu lebih dari 12 tahun untuk dapat tawaran rumah kos rendah berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila Consumers Association of Penang (CAP), Ravinder Singh dedahkan bahawa benda ni memang benda biasa pemaju-pemaju kos rendah dan kos sederhana rendah buat di Penang.

Beliau berkata sudah hampir sepuluh tahun pemaju kos rendah dan projek kos sederhana rendah melakukan perkara yang sama di mana mereka memaksa pembeli membayar hampir dua kali ganda harga unit yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri.

Sudah tiba masanya kerajaan negeri melakukan sesuatu mengenainya jika mereka benar-benar prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu mendapatkan rumah sendiri.

Kalau tak mahu ubah juga, saya cadangkan kerajaan negeri DAP (Democratic Action Party) boleh lah tukar nama mereka lepas ni jadi,

"Developers Action Party."

Sekian.

Rujukan :


[1]Delight turns to ire for Penang buyers after state doubles price of low-cost flats for reno and ‘sea view’
https://www.malaymail.com/…/delight-turns-to-ire-fo…/1776313

[2]Buyer brought to his knees over low-cost home https://www.thestar.com.my/…/buyer-brought-to-his-knees-ove…

Rancangan Ambilalih 4 Lebuhraya Ditangguhkan.

THE MALAYSIAN INSIGHT | RANCANGAN Putrajaya untuk mengambil alih empat lebuh raya milik Gamuda Bhd pada harga RM6.2 bilion ditangguhkan disebabkan ada “pertentangan pendapat dalaman” berhubung cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan, lapor Straites Times.

Akhbar Singapura itu melaporkan, seorang menteri kabinet mengatakan bahawa “keseluruhan perkara itu ditangguhkan sementara menunggu kajian penuh”.

 

 
Semakan itu dibuat kerana Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan rancangan itu dan menawarkannya kepada pemegang saham Gamuda tanpa kelulusan kabinet.

Laporan itu berkata, cadangan itu “mendedahkan keretakan” dalam pentadbiran Pakatan Harapan dengan pengkritik pelan berkata ia lebih mahal dari apa yang diperlukan.

Rancangan Kementerian Kewangan untuk memperkenalkan sistem “caj kesesakan” juga tidak mencukupi untuk membayar hutang yang diambil untuk pemerolehan itu.

Bagaimanapun penyokong rancangan itu berkata ia boleh menjadi model bagi kerajaan untuk memenuhi janji pilihan raya untuk menghapuskan tol.

The Straits Times berkata, kementerian tidak memberikan sebarang respons mengenai kenyataan itu.

Rancangan untuk mengambil alih empat lebuh raya – Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart diumumkan pada Februari lalu.

Gamuda merupakan pemegang saham terbesar dalam keempat-empat lebuh raya berkenaan.

UMNO, PAS & GPS Jumpa Tun Mahathir Minta Jadi PM Sampai Tamat Penggal.

THE MALAYSIAN INSIGHT | SEKUMPULAN wakil rakyat pembangkang bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada malam Selasa untuk menyatakan sokongan supaya beliau menghabiskan penggalnya, lapor akhbar The Star.
 

 
Kumpulan itu terdiri daripada wakil rakyat Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sumber dipetik akhbar itu berkata antara pemimpin pembangkang yang hadir pertemuan itu adalah bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein, Naib Presiden PAS Dr Samsuri Ahmad Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip GPS Fadillah Yusof.

Laporan tidak menyebut tempat pertemuan itu berlaku.

Kumpulan itu didakwa menyatakan hasrat untuk menyokong Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri dan tidak perlu menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Anwar Ibrahim, lapor akhbar itu lagi memetik sumber.

“Mesyuarat itu berlaku pada malam Selasa untuk memberitahu Dr Mahathir yang pembangkang sepenuhnya menyokong beliau sehingga pilihan raya umum akan datang, dan mereka tidak bersetuju beliau menyerahkan pentadbiran kepada Anwar atau sesiapa sahaja,” kata sumber lagi.

Seorang menteri Kabinet dan ahli politik Pakatan Harapan dipercayai turut berada dalam pertemuan itu.

Beberapa pemimpin yang dihubungi The Star tidak menafikan pertemuan itu berlaku.

Sumber berkata matlamat pertemuan adalah untuk meluahkan pendirian mereka supaya Dr Mahathir tidak perlu berundur sekerat jalan.

Selain PKR dan Umno, parti seperti GPS, Warisan dan Amanah sudah menyatakan hasrat menyokong Dr Mahathir sehingga habis penggal.

Menurut sumber lagi, wakil rakyat DAP masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Kumpulan itu juga mencadangkan timbalan perdana menteri baharu yang lebih berwibawa dilantik supaya beliau boleh mengambil alih jawatan perdana menteri sekiranya Dr Mahathir terpaksa melepaskan jawatan dan mengelak krisis politik negara.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mendedahkan ada pertemuan berlaku antaranya dengan wakil rakyat, tetapi pertemuan malam Selasa adalah pertama kali ia berlaku secara berkumpulan. – 1 Ogos 2019.

Cadangan Akta Lindungi Lelaki Dari Tergoda & Terjebak Jenayah Sekksual Ditarikbalik.

KENYATAAN MEDIA | Saya memohon maaf kepada semua yang terjejas dengan pebahasan saya kerana mencadangkan diwujudkan akta gangguan seks melindungi kaum lelaki semasa membahaskan RUU Profesen Peguam Syarie pada 31 Julai 2019 di Dewan Negara.

Walaupun niat saya ikhlas tetapi tidak menyangka ia dilihat kesilapan besar yang telah menyinggung ràmai kaum wanita dan tidak kurang juga kaum laki-laki kerana dianggap menghina.

Oleh yang demikian saya mohon jutaan maaf dan menarik balik cadangan yang saya kemukakan.

Wallahhuaklam dan Terima Kasih.

YB Senator Laksamana Pertama Mohamad Imran Bin Abd Hamid (B)





-----


KENYATAAN MEDIA | Kelmarin di Dewan Negara, YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

Ingin saya jelaskan bahawa KEADILAN menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.

Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka.

Oleh yang demikian, saya meminta supaya YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menarik balik cadangan tersebut.

ANWAR IBRAHIM - 1 Ogos 2019.

Rabu, 31 Julai 2019

Tinjauan : Sekolah Menengah Tamil, Apa Kata Netizens.

TINJAUAN | Perbincangan mengenai penubuhan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di Malaysia nampaknya mendapat perhatian netizens.

Perkara itu menjadi polemik apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menjawab pertanyaan mengenai pembinaan Sekolah Menengah Tamil yang turut terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan PRU14 yang lalu.


Menurut Nie Ching Kementerian Pendidikan akan mengkaji penubuhan Sekolah Menengah Tamil - samada janji tersebut perlu dilaksanakan, dirombak atau sebaliknya, mungkin ini gambaran yang Nie Ching ingin berikan.

Sebenarnya, kerajaan sama sekali tidak lagi perlu mewujudkan sekolah berdasarkan aliran kaum dan bahasa kerana ini menambahkan perpecahan dan membiakkan semangat rasisma.

Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah memahamkan masyarakat cina dan india bahawanya bahasa melayu aka BAHASA MALAYSIA adalah bahasa mereka juga, itu juga adalah jatidiri, budaya, adat dan diri mereka sendiri. Bukannya kepunyaan orang melayu.

Kalau kita tengok di Sabah dan Sarawak, mereka tiada masalah ini. Mereka secara automatiknya memahami bercakap dalam bahasa melayu ialah bercakap dalam bahasa mereka juga.

Mereka menguasai bahasa melayu, bahasa etnik dan bahasa inggeris.

Mereka selesa bertutur dalam bahasa melayu kerana mereka tahu, hey what, aku orang Malaysia memanglah automatik tahu bahasa melayu, apa masalah kau dude?


 
Dan dalam masa yang sama, berusaha mewujudkan sekolah satu sistem. Ini bermakna apa sahaja sekolah jenis vernakular yang baru tidak lagi boleh diwujudkan pada masa-masa akan datang. Melainkan kerajaan mahu memperluaskan semangat rasis - sudah tentu mereka akan sokong vernakularisma.

Ada banyak pihak menyokong kepada sekolah satu sistem, antaranya MAZA. Yakni semua pelajar tak kira bangsa perlu bersekolah di satu sesi yang sama sejak dari kecil. Selepas itu di waktu petang, nak masukkan anak kat sekolah aliran agama ke, aliran mandarin ke, tamil ke apa ke, lantak kau lah. Janji dalam satu hari, bangsa cina, india, melayu ini duduk di satu sekolah yang sama kerana ketiga-tiga kaum ini mempunyai masalah rasis yang serius di kalangan rakyat Malaysia.

Ada kemudiannya datang, hey sekolah kebangsaan dah jadi macam sekolah muslim la. Penuh dengan aktiviti keagamaan, sekolah satu sistem bagaimana pula?

Sabar - apa yang kita melayu fikirkan ialah pecahkan subjek keagamaan dan subjek teras. Di mana subjek keagamaan akan dibawa ke sesi petang. Cuba baca dulu cadangan MAZA sebelum nak fikir negatif. 

Apa yang perlu Nie Ching dan Kementerian Pendidikan kaji ialah bagaimana kita boleh tukarkan semua jenis sekolah vernakular dan kebangsaan kepada sekolah satu sistem. Kita boleh bawa subjek mandarin dan tamil ke dalam sekolah satu sistem itu. Samada sebagai subjek pilihan ataupun teras dalam aliran tertentu.

Tinjauan online juga memperlihatkan rata-rata masyarakat melayu membantah dan masyarakat india pula menyokong cadangan tersebut. Namun terdapat juga masyarakat india yang memahami menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dibawah satu bumbung adalah lebih utama daripada mengasing-asingkan mereka.

Dan ini adalah pandangan netizens;

Tak payahlah, upgrade la sekolah kebangsaan..


Untuk hidup harmoni, sekolah satu aliran sahaja..


Sekolah vernakular peninggalan penjajah..



Tidak setuju, kita perlu kepada satu aliran, semua bangsa di satu sekolah..


Sebagai tambahan, sekolah rendah tamil sangat menyedihkan. Dari segi prasarana hinggalah kepada peruntukan. Ini kerana terselitnya budaya penyelewengan dan ketirisan yang serius. Oleh kerana agihan peruntukan itu pula tidak banyak dan perlu mengutamakan sekolah kebangsaan yang lebih berbilang bangsa dan kepadatan pelajar, maka sekolah rendah tamil ini ketinggalan dari banyak segi. 

Alangkah baiknya jika masyarakat tamil bersetuju menutup semua jenis sekolah vernakular tamil dan beralih kepada kebangsaan dan sama-sama mendesak kerajaan mewujudkan sekolah satu sistem yang menyatukan kita semua. Berhenti jadi bangsa india. Mari jadi bangsa Malaysia. - 31 Julai 2019.

Sekolah Menengah Tamil Ada Dalam Janji Manifesto PH, Kenapa Baru Nak Kaji? - MIC.

Sivarraajh Chandran | SEKOLAH MENENGAH TAMIL ADALAH JANJI PAKATAN HARAPAN, KENAPA BARU NAK KAJI KEPERLUAN?
 
Timbalan Menteri Pendidikan Pakatan Harapan jawab di Dewan Negara yang Kerajaan Pakatan Harapan baru hendak kaji keperluan tunai janji bina Sekolah Menengah Tamil pertama.


Katanya, Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji KEPERLUAN membina sekolah tersebut.

Saya rasa cukup pelik dengan jawapan dari YB Timbalan Menteri Pakatan Harapan. Jawapan dia seolah - olah seperti Pakatan Harapan tidak pasti perlu atau tidak menubuhkan sekolah ini, walaupun penubuhan Sekolah Menengah Tamil ini ialah sebahagian dari 25 Janji Khas Pakatan Harapan bagi Masyarakat India melalui Iltizam Khas Pakatan Harapan Masyarakat India.

Cadangan bina Sekolah Menengah Tamil ialah JANJI Pakatan Harapan. Mereka gunakannya untuk meraih undi dan sokongan di dalam PRU lepas, tapi lepas menang dan memerintah bagi hampir satu tahun tiga bulan mereka lakukan "U Turn" kata bahawa Kerajaan baru hendak kaji keperluan.

Sebelum PRU 14, bukan main pemimpin kanan DAP seperti seperti Lim Guan Eng, Ramasamy, dan lain - lain hentam Barisan Nasional konon kami menghalang usaha mereka bina Sekolah Menengah Tamil pertama di Pulau Pinang tapi sekarang mereka berdiam malah langsung tak berani lalukan apa - apa walaupun kedua - dua Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berada di bawah Pakatan Harapan.

Apa lagi alasan Pakatan Harapan? Dulu tuduh, hasut Masyarakat India kata Barisan Nasional tidak jaga kepentingan Masyarakat India, tapi sekarang bagaimana? Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan serta Ketua Menteri Pulau - Pinang semua dari Pakatan Harapan, jadi apa susah sangat meluluskan pembinaan Sekolah Menengah ini? Kenapa baru nak kaji keperluan sedangkan ianya digunakan sebagai janji untuk memancing sokongan Masyarakat India dalam PRU lepas?

Jelas disini Kerajaan Pakatan Harapan ini tiada komitmen untuk menunaikan janji mereka bagi Masyarakat India. Mereka hanya pandai cakap untuk raih undi tapi lepas memang PRU mereka terus bagi pelbagai alasan untuk melarikan diri dari tanggung jawab.

Jambatan Gantung 'Maut', Ini Tindakan Pantas Kementerian Pendidikan.

SEMASA | Pada 24 Julai 2019, beberapa media tempatan melaporkan kejadian tragis yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.


 
Kanak-kanak perempuan itu mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melalui jambatan gantung yang rosak di Kampung Porotawoi, Pekan Tongod, Kinabatangan pada 23 Julai 2019.



Kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak itu pulang dari sekolah. Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai melalui lubang jambatan yang rosak.

Kejadian dilaporkan berlaku antara pukul 1.30 hingga 2.00 petang. Menurut saksi iaitu rakan-rakan mangsa yang berada di tempat kejadian, mangsa dilihat melalui jambatan gantung berkenaan secara bersendirian dan telah terjatuh ke dalam sungai.
 

Rakan-rakan yang menyaksikan kejadian tersebut telah berlari pulang untuk meminta pertolongan. Penduduk Kampung Talibu telah datang membantu namun malangnya mangsa telah tidak bernafas. 

Namun begitu,mangsa tetap dibawa ke klinik kesihatan Tongod untuk tindakan susulan namun doktor bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal 30 minit yang lalu. 

Keluarga mangsa dilaporkan redha dengan kejadian yang berlaku dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah bertindak pantas dengan mengeluarkan beberapa arahan iaitu;

👉 Jambatan rosak tidak boleh dilalui sehinggalah disahkan selamat.

👉 Murid prasekolah perlu ditemani orang dewasa untuk menggunakan jambatan tersebut pada masa-masa akan datang. Pihak sekolah juga tidak akan melepaskan murid pra sekolah pulang selagimana tidak diambil oleh ibu bapa atau penjaganya sendiri.

👉 Jambatan itu jadi rosak disebabkan kegiatan vandalisme oleh pihak tertentu sehingga mengorbankan nyawa.

👉 Pihak JPN dan PPD telah dimohon untuk membantu keluarga mangsa dari aspek kebajikan.

👉 Guru Besar perlu memberikan peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri apabila berada di dalam kawasan sekolah/luar sekolah.

Dalam pada itu, penduduk kampung juga meminta laluan alternatif yang lebih selamat. Pihak kami dimaklumkan, Kementerian Pendidikan sangat bersetuju untuk memastikan keselamatan anak-anak ini patut diutamakan, untuk itu laluan yang lebih selamat perlu disegerakan.

Perkara ini nampaknya perlu memandangkan kejadian malang ini perlu dicegah dari berulang sekali lagi. Murid-murid kita perlu diberikan hak untuk pergi dan pulang dari sekolah dalam keadaan yang selamat, selesa dan 'tidak mencabar'.

Kanak-kanak di pendalaman khususnya, perlu diberikan hak pembangunan infrastructure yang selamat sepertimana mereka yang tinggal dibandar dan tidak lagi boleh dibiarkan ketinggalan sehingga nyawa mereka pula yang menjadi taruhan. - 31 Julai 2019.

Penjelasan Sebenar Kes Suami Isteri Warga Emas Menyebarkan Ajaran Kristian Di Klinik Kerajaan.

VIRAL | Penjelasan Sebenar Kes Suami Isteri Warga Emas Menyebarkan Ajaran Kristian Di Klinik Kerajaan.

1. Semalam terdapat beberapa pihak yang menyebarkan dakwaan kononnya pihak berkuasa telah menahan pasangan mubaligh Kristian kerana menyebarkan risalah menyeru kepada ajaran Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda.


2. Pihak itu mendakwa, makcik berketurunan cina yang berusia 60 tahun itu dilihat menyebarkan risalah Kristian kepada mereka yang berada dalam Klinik Kesihatan termasuklah kepada penganut Islam.

3. Hal itu kemudiannya dengan segera dilaporkan kepada pengawal keselamatan. Doktor dan seorang pesakit lelaki beragama Islam juga mengesahkan berlakunya aktiviti sedemikian, kata dakwaan itu lagi.

4. Laporan itu juga mendakwa, risalah itu berasal dari Gereja Saint Ignatius yang terletak di Petaling Jaya. Selain itu, laporan itu juga berkata gereja telah menerima dana yang besar dari luar bagi tujuan penyebaran ajaran Kristian dan mempergunakan mereka yang miskin dan tidak bernasib baik bagi membantu menyebarkan ajaran Kristian di beberapa negara. Bayaran seperti upah dan elaun juga diberikan.

5. Serentak dengan penyebaran dakwaan tersebut di beberapa kumpulan WhatsApp, netizens mula merasa cemas dan membuat beberapa pertuduhan berbaur perkauman.

6. Ketua Polis Daerah Klang Utama, ACP NurulHuda menafikan pihak polis telah menahan pasangan warga emas yang menyebarkan ajaran Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda pada 29 Julai 2019.

7. Apa yang berlaku sebenarnya ialah;

👉 Pada 29 Julai 2019 jam 11.00 pagi, PDRM telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki Melayu memaklumkan terdapat seorang perempuan Cina sedang mengedarkan risalah berkaitan ajaran agama Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang. 

👉 Pihak PDRM tiba di lokasi dan membawa 1 lelaki serta 1 perempuan Cina yang merupakan warganegara tempatan

ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk dijalankan temuduga. 

👉 Kedua-dua pasangan Cina tersebut mempunyai hubungan suami isteri dan berumur dalam lingkungan 70-an.

👉 Hasil temuduga yang dijalankan mendapati, perempuan Cina tersebut yang merupakan penganut agama Kristian tidak mengetahui bahawa tindakan mengedarkan risalah agama lain kepada penganut agama Islam adalah salah dari segi undang-undang negara. Walaubagaimanapun,
beliau mendakwa risalah tersebut tidak akan diberikan sekiranya seseorang itu menolak. 


👉 Tujuan pengedaran risalah dibuat kerana mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan yang telah menyembuhkan penyakit beliau. Beliau turut menjelaskan tindakan ini dibuat atas kapasiti peribadi dan tidak dibelakangi oleh mana-mana pihak.

👉 Kedua-dua pasangan suami isteri telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh temuduga dijalankan dan telah dinasihati agar tidak mengulangi tindakan yang sama.


👉 Pihak PDRM tidak pernah membuat sebarang tangkapan seperti mana yang telah disebarkan melalui penyebaran whatsapp ke atas kedua-dua pasangan tersebut. Sekian.


8. Justeru itu penyebaran dakwaan yang tidak berasas sama sekali perlu dihentikan. - 31 Julai 2019.

Penjelasan Sebenar Laporan Forensik ADUN Tronoh Hilang.

POLITIK | PENJELASAN SEBENAR DISEBALIK DAKWAAN LAPORAN FORENSIK ADUN TRONOH HILANG.


1. Pada 29 Julai 2019, portal MCA telah mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa laporan forensik dalam siasatan kes rogol Adun Tronoh, Paul Choo Kiong ke atas seorang pembantu rumah Indonesia, hilang.



2. Meskipun tajuk besar kenyataan media itu menulis HILANG - tetapi apabila keseluruhan isi kandungan penulisan itu dibaca, Datuk Heng Seai Kie hanya mendakwa laporan forensik tidak disertakan sekali semasa memberikan kertas siasatan kepada pihak pendakwaraya yang menjadi punca ia dipulangkan semula kepada pihak polis.


3. Datuk Heng mendakwa perkara itu sebagai kesilapan dan kecuaian dari PDRM dan KETUA POLIS PERAK, Datuk Razarudin patut bertanggungjawab.



4. Hal ini disensasikan oleh MCA berikutan satu laporan yang ditulis oleh Sinar Harian pada 26 Julai 2019, dengan tajuk utamanya -> ROGOL : POLIS NAFI TIADA TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP EXCO. 


Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/40063/KHAS/Isu/Rogol-Polis-nafi-tiada-tindakan-diambil-terhadap-Exco

5. Kenyataan yang mendorong kepada kontroversi berada di perenggan kelima : "Menurutnya, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah dikembalikan bagi mendapatkan laporan daripada pakar perubatan dan jabatan kimia".

6. Ia kemudiannya disalahanggap sebagai kecuaian oleh Datuk Heng.

7. Dan disalahanggap sebagai kehilangan oleh netizens yang hanya membaca TAJUK UTAMA kenyataan media Datuk Heng.

8. Menurut PDRM, apa yang menyebabkan laporan forensik tidak dilampirkan sekali semasa siasatan adalah kerana JABATAN KIMIA belum lagi selesai dalam siasatan mereka.

9. PDRM memberikan laporan siasatan kepada pendakwaraya sebagai langkah memaklumkan hasil siasatan setakat itu.

10. Pendakwaraya memulangkan semula kerana masih menunggu bukti selanjutnya dari pakar forensik.

11. Justeru itu tidak timbul sama sekali dakwaan laporan forensik dalam kes Adun Tronoh hilang, sengaja dihilangkan, dicuri dan sebagainya.

12. Apatah lagi zaman sekarang adalah zaman internet, segala maklumat dan hasil siasatan direkodkan secara bersistematik dan boleh dicetak berulangkali.

13. Yang patut dibimbangkan ialah kehilangan bukti, atau bukti dicemari. Oleh kerana kes ini adalah kes berprofil tinggi kerana membabitkan hubungan dua negara, ketelusan akan menjadi perkara utama.

14. PDRM juga mengeluarkan kenyataan amaran bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menuduh polis cuai dan sabotaj dalam kes siasatan Adun Tronoh.

15. "PDRM ingin menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menidak ketelusan, keadilan, nama baik PDRM terutamanya PDRM Perak," kata Datuk Razarudin dalam satu kenyataan semalam. 

16. Laporan polis terhadap halaman Facebook 1 Malaysia Tolak DAP juga telah dibuat kerana menfitnah dan mencabar kewibawaan pihak polis.

17. Kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaaan. - 31 Julai 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...