Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2019

Jambatan Gantung 'Maut', Ini Tindakan Pantas Kementerian Pendidikan.

SEMASA | Pada 24 Julai 2019, beberapa media tempatan melaporkan kejadian tragis yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.


 
Kanak-kanak perempuan itu mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melalui jambatan gantung yang rosak di Kampung Porotawoi, Pekan Tongod, Kinabatangan pada 23 Julai 2019.



Kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak itu pulang dari sekolah. Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai melalui lubang jambatan yang rosak.

Kejadian dilaporkan berlaku antara pukul 1.30 hingga 2.00 petang. Menurut saksi iaitu rakan-rakan mangsa yang berada di tempat kejadian, mangsa dilihat melalui jambatan gantung berkenaan secara bersendirian dan telah terjatuh ke dalam sungai.
 

Rakan-rakan yang menyaksikan kejadian tersebut telah berlari pulang untuk meminta pertolongan. Penduduk Kampung Talibu telah datang membantu namun malangnya mangsa telah tidak bernafas. 

Namun begitu,mangsa tetap dibawa ke klinik kesihatan Tongod untuk tindakan susulan namun doktor bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal 30 minit yang lalu. 

Keluarga mangsa dilaporkan redha dengan kejadian yang berlaku dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah bertindak pantas dengan mengeluarkan beberapa arahan iaitu;

👉 Jambatan rosak tidak boleh dilalui sehinggalah disahkan selamat.

👉 Murid prasekolah perlu ditemani orang dewasa untuk menggunakan jambatan tersebut pada masa-masa akan datang. Pihak sekolah juga tidak akan melepaskan murid pra sekolah pulang selagimana tidak diambil oleh ibu bapa atau penjaganya sendiri.

👉 Jambatan itu jadi rosak disebabkan kegiatan vandalisme oleh pihak tertentu sehingga mengorbankan nyawa.

👉 Pihak JPN dan PPD telah dimohon untuk membantu keluarga mangsa dari aspek kebajikan.

👉 Guru Besar perlu memberikan peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri apabila berada di dalam kawasan sekolah/luar sekolah.

Dalam pada itu, penduduk kampung juga meminta laluan alternatif yang lebih selamat. Pihak kami dimaklumkan, Kementerian Pendidikan sangat bersetuju untuk memastikan keselamatan anak-anak ini patut diutamakan, untuk itu laluan yang lebih selamat perlu disegerakan.

Perkara ini nampaknya perlu memandangkan kejadian malang ini perlu dicegah dari berulang sekali lagi. Murid-murid kita perlu diberikan hak untuk pergi dan pulang dari sekolah dalam keadaan yang selamat, selesa dan 'tidak mencabar'.

Kanak-kanak di pendalaman khususnya, perlu diberikan hak pembangunan infrastructure yang selamat sepertimana mereka yang tinggal dibandar dan tidak lagi boleh dibiarkan ketinggalan sehingga nyawa mereka pula yang menjadi taruhan. - 31 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...