Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2019

Dong Zong Nafi Demo Bantah Tulisan Jawi, Hanya Anjur Mesyuarat Sahaja..

Kenyataan Media | Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
Berkenaan siaran akhbar tempatan termasuk Sin Chew Daily, Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bahawa Dong Jiao Zong dan pertubuhan berkaitan akan mengadakan perhimpunan pada 5 hb Ogos untuk membantah penambahan Seni Khat dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah Jenis kebangsaan, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) ingin menegaskan bahawa siaran media tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan. 


1. Pihak Dong Jiao Zong ingin menjelaskan tiada perhimpunan diadakan dan hanyalah satu mesyuarat dalaman yang akan diadakan bersama beberapa pertubuhan pelbagai kaum pada 5hb Ogos untuk membincangkan perkara penambahan seni khat dalam subjek atau mata pelajaran BM di SJKC dan SJKT. Mesyuarat dalaman ini semata-mata menumpukan pengupasan dan penganalisaan tentang inisiatif Kementerianan Pendidikan melalui aspek-aspek pedagogi pedidikan, keberkesanan pembelajaran dan juga realiti serta fungsipragmatik seni khat Jawi dalam peningkatan tahap penguasaan dan pengetahuan bahasa Melayu. Di samping itu, mesyuarat dalaman ini akan juga membincang dan meneliti siaran akhbar Kementerian Pendidikan semalam.

2. Mesyuarat dalaman ini juga akan membincang usaha Kementerian Pendidikan yang ingin meningkatkan keupayaan penghayatan seni khat Jawi. Pendirian Dong Jiao Zong tidak membantah usaha kerajaan melaksanakan interaksi kebudayaan antara pelbagai kaum, mempromosi nilai-nilai murni kepelbagaian dan integrasi.Namun bukanlah melalui kaedahyang menyebabkan kesangsian, was-was dan kurang menyenangkan, malah tanpa berbincang dan diskusi secara detail dengan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan pendidikan dan masyarakat majmuk.
3. Dong Jiao Zong risau akan berita yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan salah-faham dan reaksi negatif yang tidak diingini . Pihak kami ingin menegaskan bahawa mesyuarat yang akan diadakan merupakan mesyuarat dalaman yang hanya dihadiri oleh beberapa pertubuhan pelbagai kaum yang diundang sahaja. - 3 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...