Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Julai 2019

Larangan Sembelih Lembu Korban Di Masjid & Surau Hanya Cadangan - EXCO Johor.

THE MALAYSIAN INSIGHT | KERAJAAN Johor masih belum memutuskan larangan menyembelih binatang di kawasan masjid dan surau di negeri itu untuk ibadah korban, kata exco hal ehwal agama, Thosrin Jarvanthi.

Thosrin menjelaskan, dakwaan larangan yang didakwa terkandung dalam satu pekeliling itu tular di media sosial hari ini masih lagi di peringkat perbincangan.

Perkara itu hanya akan diputuskan pada Ahad selepas pertemuan dengan Majlis Agama Islam Johor (Mainj), katanya

“Itu hanya cadangan, belum muktamad. yang tular itu belum disahkan, tidak ada tandatangan (Yang di-Pertua Mainj).

“Apa-apa keputusan akan dibuat pada Ahad,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor itu berkata pihak Mainj juga tidak mengetahui bagaimana cadangan larangan itu ditularkan.

“Saya sudah berhubung dengan pihak Yang di-Pertua, beliau pun tidak tahu siapa yang tularkan, tapi apa-apa pun keputusan akan dibuat pada Ahad, katanya.

Dokumen berhubung tempat penyembelihan dan pengurusan haiwan korban itu melarang masjid dan surau di negeri itu digunakan sebagai tempat menyembelih binatang korban.

Dokumen dengan nombor pekeliling 01/PMS/2019 itu juga menyatakan Mainj bersetuju agar garis panduan berkenaan diterima pakai dan dikuatkuasakan
Antara kandungan pekeliling itu adalah melarang menyimpan atau meletak atau menambat apa-apa haiwan korban bagi tujuan sembelihan korban di mana-mana kawasan masjid atau surau.
Ia turut melarang aktiviti melapah atau mencincang daging dan anggota haiwan korban di mana-mana kawasan masjid dan surau.
Selain itu, perbuatan menimbang dan membungkus daging atau anggota korban juga tidak dibenarkan diadakan di mana-mana kawasan berkenaan.

Ia turut melarang operasi menyuci, membersih atau melupus apa-apa bahagian haiwan korban di bilik air, tandas, tempat wuduk atau di mana-mana kawasan masjid atau surau.

Aidiladha akan disambut penganut agama Islam pada Ahad, 11 Ogos depan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...