Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2019

Tinjauan : Sekolah Menengah Tamil, Apa Kata Netizens.

TINJAUAN | Perbincangan mengenai penubuhan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di Malaysia nampaknya mendapat perhatian netizens.

Perkara itu menjadi polemik apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menjawab pertanyaan mengenai pembinaan Sekolah Menengah Tamil yang turut terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan PRU14 yang lalu.


Menurut Nie Ching Kementerian Pendidikan akan mengkaji penubuhan Sekolah Menengah Tamil - samada janji tersebut perlu dilaksanakan, dirombak atau sebaliknya, mungkin ini gambaran yang Nie Ching ingin berikan.

Sebenarnya, kerajaan sama sekali tidak lagi perlu mewujudkan sekolah berdasarkan aliran kaum dan bahasa kerana ini menambahkan perpecahan dan membiakkan semangat rasisma.

Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah memahamkan masyarakat cina dan india bahawanya bahasa melayu aka BAHASA MALAYSIA adalah bahasa mereka juga, itu juga adalah jatidiri, budaya, adat dan diri mereka sendiri. Bukannya kepunyaan orang melayu.

Kalau kita tengok di Sabah dan Sarawak, mereka tiada masalah ini. Mereka secara automatiknya memahami bercakap dalam bahasa melayu ialah bercakap dalam bahasa mereka juga.

Mereka menguasai bahasa melayu, bahasa etnik dan bahasa inggeris.

Mereka selesa bertutur dalam bahasa melayu kerana mereka tahu, hey what, aku orang Malaysia memanglah automatik tahu bahasa melayu, apa masalah kau dude?


 
Dan dalam masa yang sama, berusaha mewujudkan sekolah satu sistem. Ini bermakna apa sahaja sekolah jenis vernakular yang baru tidak lagi boleh diwujudkan pada masa-masa akan datang. Melainkan kerajaan mahu memperluaskan semangat rasis - sudah tentu mereka akan sokong vernakularisma.

Ada banyak pihak menyokong kepada sekolah satu sistem, antaranya MAZA. Yakni semua pelajar tak kira bangsa perlu bersekolah di satu sesi yang sama sejak dari kecil. Selepas itu di waktu petang, nak masukkan anak kat sekolah aliran agama ke, aliran mandarin ke, tamil ke apa ke, lantak kau lah. Janji dalam satu hari, bangsa cina, india, melayu ini duduk di satu sekolah yang sama kerana ketiga-tiga kaum ini mempunyai masalah rasis yang serius di kalangan rakyat Malaysia.

Ada kemudiannya datang, hey sekolah kebangsaan dah jadi macam sekolah muslim la. Penuh dengan aktiviti keagamaan, sekolah satu sistem bagaimana pula?

Sabar - apa yang kita melayu fikirkan ialah pecahkan subjek keagamaan dan subjek teras. Di mana subjek keagamaan akan dibawa ke sesi petang. Cuba baca dulu cadangan MAZA sebelum nak fikir negatif. 

Apa yang perlu Nie Ching dan Kementerian Pendidikan kaji ialah bagaimana kita boleh tukarkan semua jenis sekolah vernakular dan kebangsaan kepada sekolah satu sistem. Kita boleh bawa subjek mandarin dan tamil ke dalam sekolah satu sistem itu. Samada sebagai subjek pilihan ataupun teras dalam aliran tertentu.

Tinjauan online juga memperlihatkan rata-rata masyarakat melayu membantah dan masyarakat india pula menyokong cadangan tersebut. Namun terdapat juga masyarakat india yang memahami menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dibawah satu bumbung adalah lebih utama daripada mengasing-asingkan mereka.

Dan ini adalah pandangan netizens;

Tak payahlah, upgrade la sekolah kebangsaan..


Untuk hidup harmoni, sekolah satu aliran sahaja..


Sekolah vernakular peninggalan penjajah..



Tidak setuju, kita perlu kepada satu aliran, semua bangsa di satu sekolah..


Sebagai tambahan, sekolah rendah tamil sangat menyedihkan. Dari segi prasarana hinggalah kepada peruntukan. Ini kerana terselitnya budaya penyelewengan dan ketirisan yang serius. Oleh kerana agihan peruntukan itu pula tidak banyak dan perlu mengutamakan sekolah kebangsaan yang lebih berbilang bangsa dan kepadatan pelajar, maka sekolah rendah tamil ini ketinggalan dari banyak segi. 

Alangkah baiknya jika masyarakat tamil bersetuju menutup semua jenis sekolah vernakular tamil dan beralih kepada kebangsaan dan sama-sama mendesak kerajaan mewujudkan sekolah satu sistem yang menyatukan kita semua. Berhenti jadi bangsa india. Mari jadi bangsa Malaysia. - 31 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...