Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2019

Batal Program Secara Mengejut, PKR Terengganu Keliru Dengan Tindakan Azmin.

POLITIK | Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mendakwa Azmin tergesa-gesa membatalkan program lawatannya ke Terengganu selepas Anwar berbuat demikian.

Azmin dijadualkan patut ke Terengganu pada 1 Ogos sehari lebih awal dari Anwar bagi menghadiri majlis Silaturahim Bersama Pekebun Kecil RISDA di Taman Tamadun Islam (TTI).

Majlis itu juga terpalit dengan dakwaan membayar peserta untuk hadir ke program.


Dalam jawapan kepada Malaysiakini, Felcra mempertahankan bayaran RM20 yang mahu diberikan kepada peserta acara pertemuan dengan menteri ekonomi Azmin Ali.

Ketua Kumpulan Komunikasi dan Komersial Felcra Mohammad Ab Rahman berkata ia amalan biasa mereka sejak 2012 bagi mengurangkan beban anggotanya.

“Bukan sahaja program menteri, kami bayar elaun kepada semua program yang disertai oleh Felcra.


"Ini adalah pampasan atau imbuhan kepada peserta yang hadir ke majlis Felcra kerana mereka hilang pendapatan pada hari tersebut," katanya kepada wakil portal itu.


Bagaimanapun Azmin membatalkan kehadirannya ke program tersebut secara mengejut. Setakat ini alasan pembatalan tidak dilaporkan.

Anwar juga membatalkan program JELAJAH PRESIDEN di Terengganu yang dijadualkan pada 2 Ogos kerana akan berangkat ke Mekah pada 3 Ogos bersama isterinya. 

Ini diperjelaskan oleh Azan dalam satu sidang media pada khamis.
 
"Kita sepatutnya ada dua program iaitu Jelajah pemimpin PKR peringkat Pusat iaitu lawatan Presiden PKR (Anwar) ke Terengganu pada 2 Ogos (Jumaat ini) yang telah dirancang beberapa minggu lalu, namun kita juga ketahui tiga hari lalu Azmin pula selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga atur lawatan hampir sama iaitu sehari sebelum lawatan Datuk Seri Anwar ke Terengganu.

"Pembatalan Datuk Seri Anwar ke negeri ini kerana beliau bersama isteri dan keluarga akan mengerjakan ibadat Haji pada 3 Ogos ini (Sabtu) dan kami setuju tangguhkan lawatan beliau ke satu tarikh yang kita jangka akhir Ogos ini.

"Malangnya kami agak terkejut apabila terima satu pesanan whatsapp daripada Setiausaha Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi bahawa program lawatan Azmin esok juga dibatalkan,"
katanya.


Azan seterusnya berkata, pihaknya terkilan dan kecewa dengan pembatalan mengejut program yang sepatutnya dihadiri Mohamed Azmin itu kerana telah menjejaskan segala persiapan melibatkan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan terutama FELDA, FELCRA dan RISDA.

"PKR Terengganu memang tidak mempunyai apa-apa maklumat sehingga dua hari lepas kita terima kad jemputan dan surat daripada agensi tersebut yang memaklumkan tentang lawatan rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

"Saluran parti memang tak ketahui perkara ini dan saya ingin nyatakan pembatalan ini tidak ada kaitan dan tidak melibatkan apa-apa keputusan di peringkat PKR Terengganu, malah PH Terengganu juga keliru dan tak tahu tentang keputusan ini (pembatalan),"
jelasnya lagi.



Sebelum ini di WhatsApp juga telah tular mesej yang mengkritik tindakan Azmin. Penulisnya tidak diketahui setakat ini;

"BERITA DARI TERENGGANU

YB DATO SERI ANWAR YANG AKAN BUAT LAWATAN KE TERENGGANU PADA 2HB OGOS TELAH DITUNDA KE SATU TARIKH BARU. AZMIN APABILA MENDENGAR DSAI KE TRG DIA PUN AKAN MELAWAT TRG PADA 1HB OGOS SEHARI LEBIH AWAL.

AZMIN TELAH MINTA AGENSI DIBAWAH KEMENTERIANNYA MENYAMBUT BELIAU. PAS DIFAHAMKAN TELAH MENGARAH AHLI2NYA MENYAMBUT AZMIN. SURAT ARAHAN TELAH DIKELUARKAN.

APABILA AZMIN TAHU DSAI TUNDA TARIKH LAWATAN MAKA AZMIN ALI JUGA TELAH MEMBATALKAN LAWATAN KE TRG PADA 1HB OGOS SEDANGKAN ARAHAN DIKELUAR UNTUK MENYAMBUT AZMIN DI AIRPORT DAN HADIR MAJLIS/PROGRAM BERSAMA RISDA/PENEROKA. MAJLIS MAKAN BERSAMA PEGAWAI2 KERAJAAN JUGA DIBATALKAN.

APA AGENDA AZMIN? MAHU MENCABAR DSAI ATAU MAHU MENUNJUK KEKUATAN MENGGUNAKAN JAWATAN SEBAGAI MENTERI

DENGAN MEMBUAT KERAHAN SUPAYA ORANG AKAN MELIHAT DIA RAMAI PENGARUH SEDANGKAN KERAHAN MENGGUNAKAN AGENSI2 KERAJAAN BERSAMA MAJIS DENGAN AZMIN TELAH DIKELUARKAN AKHIRNYA TURUT MEMBATALKAN PADA HARI INI (30HB JULAI)

ITULAH ANGKUHNYA AZMIN YANG MAHU MENCABAR DSAI,"
kata sebaran tular itu. - 3 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...