Assalammualaikum dan salam sejahtera.
PM pertama Orang Islam yang Islamik.
Anak2 melayu sibuk berdemo. Pagi petang siang malam tengahari buta, panas terik dan setiap masa. Di samping itu, anak2 cina, india, penan, iban, campur dan seme jenis bangsa termasuk bangladesh dan indonesia pun sibuk berdemo pagi petang siang malam tengahari buta dan malam2.
Entah apa benda yang depa sibukkan demo tue tak pula diketahui oleh aku. Tapi oleh kerana negara neh mengamalkan sistem demokrasi dan menurut perlembagaan sesiapa pun berhak berhimpun maka tidak lah menjadi satu kesalahan kepada sesiapa pun untuk berdemo 24jam.
Orang islam dan bukan islam berdemo dalam surau pula.
Perancangan sebenarnya telah dan sedang diatur dengan baik. Kemas lagi berterusan. PRU - 13 adalah rancangan pengislamikkan malaysia yang pastinya membuahkan hasil pada pru - 14 nanti. Biarpun bakal kalah pada pru - 13 neh, pakatan rakyat tetap akan meneruskan agenda untuk melawan penipuan, penyelewengan, salah laku dan korupsi oleh barisan nasional.
Bukanlah menjadi satu rahsia lagi kepada rakyat marhaen bahawa pakatan rakyat ada rancangan mahu menglingkupkan korupsi barisan nasional. Dengan bantuan dari pelbagai sumber termasuk bantuan2 dari pihak tertentu dan persendirian, mereka terus ke depan meneruskan rancangan tersebut.
Faktor Anwar Ibrahim sangat penting. Keupayaan dia menyebabkan barisan nasional tak senang duduk sekaligus mewujudkan virus anwarisme di kalangan penyokong2 umno. Walaupun, kadang2 penyokong2 pakatan rakyat sendiri tak berapa menghiraukan anwar ibrahim.
Rosmah mansor akan dilantik menjadi PM jika PR berjaya menjadi kerajaan pusat kelak.
Rancangan sebenar penyokong pakatan rakyat bukanlah melantik anwar ibrahim sebagai PM. Sokongan padu dan jitu diberikan kepada anwar ibrahim adalah semata2 nak memudahkan lagi rancangan yang lain. Malaysia bakal diterajui oleh pemimpin2 islam yang islamik menjelang 2020. Bagaimanakah nasib raja2 melayu? Mereka akan menerima nasib yang buruk bagi raja yang zalim dan balasan yang baik bagi raja yang adil. Sesuai mengikut konsep keadilan yang juga termaktub dalam islam. Semuanya akan ditamatkan.
Pakatan rakyat amat yakin bahawa mereka akan mendapat kejayaan padu pada 2017 [ pru - 14] . Kenapa?
Sehingga hari neh karpal dan bn bermain wayang. Karpal dan bn belum lagi mendapat kepercayaan orang islam sepenuhnya. Walaupun karpal dan pas berada di dalam ikatan yang sama tetapi karpal dan pas bebas melontarkan pandangan masing2. Tidak mustahil karpal akan mati sebelum pakatan rakyat memerintah malaysia sekaligus menghilangkan modal bagi bn untuk menyerang pr.
Pesan bn kepada penyokong2 bn seranglah pakatan rakyat menggunakan sentimen racist dan agama agar kita boleh menakutkan2 orang melayu yang bodoh, malas berfikir dan lebih takutkan kristian berbanding Allah swt walaupun untuk sesaat.
Sumber dalaman otak berfikir aku mengesahkan bahawa mereka amat seriyus dalam melaksanakan agenda neh. Sesetengah orang melayu terlalu sibuk untuk berfikir dengan teliti. Mereka dihasut untuk benci orang bukan melayu sedangkan mereka lupa bahawa bangsa bukan sesuatu yang kita semua boleh pilih. Umno dan mca dipergunakan untuk menyemai sentimen kebencian neh.
Dalam saat melayu2 dan bukan melayu berkecamuk sesama mereka saling bergaduh, bn dan pr telah bersedia siap menyediakan pelan masing2. Mereka sedang mengatur langkah demi langkah untuk memiliki mandat pemerintahan. Walaupun begitu, apa yang sampai kepada kita, hanyalah berfocus kepada pertelingkahan kedua2 belah pihak tanpa menjelaskan secara terperinci apa yang rakyat macam kita perlu lakukan bila kedua2 belah pihak neh bertelingkahan.
Siasatan aku mendapati terdapat beberapa rahsia yang tidak diketahui oleh rakyat malaysia yang malas berfikir walaupun di mana2 mereka berada. Apa yang dilakukan oleh pr dan bn adalah sebahagian dari percaturan negara demokrasi berparlimen untuk mempertahankan kuasa masing2. Inilah rahsianya. Baca dengan mimik kelakar.
1. BN dan PR sesama sendiri bertemu sesama sendiri ataupun dengan pelbagai wakil, agensi, NGOs, samada secara rahsia, sulit, terangan2, mesyuarat atau apa sahaja bagi membincangkan dua perkara penting menjelang PRU - 13 kelak. Target mereka yang pertama PRU - 13 dan kedua PRU - 14. Apakah target mereka kelak ? Alamak aii. Kan dah cakap PRU - 13 dan PRU - 14 tue target depa yang ko ulang soklan neh napa? Kan dah susah aku nak memPARODYkan ko.
2. BN dan PR memanjangkan pesanan mereka kepada rakyat bahawa mereka mahukan mandat pemerintahan dalam PRU - 13 dengan mengemukakan manisfesto masing2. Rakyat yang bijak tidak merasa apa2. Rakyat yang bodoh akan cemas tak tentu pasal.
3. BN menyatakan dalam PRU-13 nanti, satu modus operandi diketuai oleh pasukan khas akan memastikan elemen komunis, freemason, illuminati, yahudi, anti-islam, agenda negara kristian, racist, sentimen keagamaan dan isu2 fitnah dikaitkan dengan PR. Sebab ia melibatkan cita2 BN yang kita semua sedia tahu iaitu untuk menakutkan2 orang melayu yang bodoh dan malas berfikir bagi mengekalkan kuasa mereka supaya boleh terus menyeleweng untuk seumur hayat mereka !
Kenyataan BN neh sebenarnya telah memberikan peluang kepada peristiwa 13 mei untuk berulang kembali. Sudahkan anda lupa? Hari yang mana BN kalah teruk tetapi setelah menyemai insiden perkauman rakyat yang tak berdosa jadi mangsa dan kesan dari pada itu menyebabkan BN kembali menjadi kerajaan pusat.
4. Perdebatan tidak pernah berlaku antara Najib dan Anwar Ibrahim meskipun ramai rakyat ingin melihat bagaimana kedua2 wakil tertinggi daripada kedua2 parti neh menterjemahkan manisfesto masing2 dihadapan rakyat supaya boleh dinilai dengan adil dan saksama. [Kenapa tidak mahu berdebat? Apakah ada alasan tertentu? ] Kata Najib, kalau dia buka mulut, anwar ibrahim akan demam. Berdebatlah najib, rakyat mahu melihat anwar ibrahim demam.
5. Pasal apa perdebatan tidak pernah berlaku, tanya ahmad maslan. Dia cakap debat budaya barat !
PM kata undang2 di malaysia hanya membolehkan pemimpin islam menjadi perdana menteri sebab kewujudan raja2 melayu. Raja2 melayu tidak akan sama sekali berkompromi jika pemerintahan dikuasai oleh mereka2 yang bukan islam. Ini satu tamparan hebat kepada penyokong2 yang suka membenci melulu tanpa mengetahui fakta dan hakikat perlembagaan.
6. Dan hari neh, najib keluar negara lagi untuk kali ke berapa tah. Sumber rujuk bernama oke.
Andai rakyat masih belum faham perancangan neh, keluarkan sahaja otak yang ada kat atas kepala tue. Ini kerana Allah swt tidak memberikan akal kepada manusia untuk dijadikan perhiasan. Otak di atas, akal di dalam, bukan bermaksud ia aksesori. Jangan sampai tak reti bezakan apa itu perhiasan atas kepala dengan akal diri sendiri.
Sayangnya penyokong2 bn dan pr masih nak memusuhi sesama sendiri atas nama politik. Inilah muslihat yang dijaja oleh mereka2 yang dibayar untuk melaga2kan kesemua rakyat sesama mereka sendiri. Aku sayang diri aku sendiri dan aku percaya setiap dari kita juga sayang diri masing2. Ini juga adalah salah satu bukti kenapa Allah swt bagi nyawa kepada setiap dari kita. Utamakan kasih sayang kepada diri sendiri sebelum sibuk nak sayang parti apa seme.
Menerima sistem demokrasi di malaysia, menerima sesiapa berhak sokong sesiapa, menerima bahawa bn dan pr adalah parti politik, menerima bahawa mereka harus dinilai berdasarkan kerja, manisfesto dan corak pentadbiran, menerima bahawa rakyat mahukan diperintah oleh mereka2 yang telus dan amanah, menerima bahawa setiap penyelewengan harus dihentikan, menerima bahawa setiap kejahatan akan dibenci, menerima bahawa setiap fitnah tidak boleh dibiarkan, menerima bahawa rakyat hanya mahukan polisi2 yang menyenangkan mereka adalah perkara yang NORMAL.
Kami mahukan pemikir2 politik yang bebas dari label taksub, benci melulu, meluahkan perbezaan guna hujah.. jika tidak....
Bersatulah seluruh rakyat malaysia jadilah mereka2 yang berfikir, meneliti dan mengkaji.
P/S : Islam is the way of my life but islam never ask me to fitnah2.
Melayu itu hanya separuh dari bangsaku.
Dan malaysia itu memang negaraku.
Berapa percent kah orang2 bodoh yang wujud di negara neh? Stastistik perlu dibentang untuk kajian bersama.
Pastikan anda memahami apa itu parody. Mempercayai artikel itu SEPENUHNYA fakta itu adalah keputusan diri sendiri. Tiada kena mengena dengan penulis, hari neh, esok ataupun sampai bila2. Bai.
Nota : Artikel neh ditulis atas permintaan dari rakan2 facebook yang menyampah baca member2 umno depa sebarkan artikel RAHSIAKAN DARI ORANG MELAYU yang sedang giat disebarkan oleh rakan2 umno kita. Tenkiu.
Ameno : Eekekek..