Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 April 2020

Tentera Pakai Helmet Untuk Elak Air Kencing Adalah FAKE NEWS - ATM.

SEMASA | Hari ini beberapa portal media tempatan melaporkan kononnya anggota tentera yang bertugas di Selangor dan Malayan Mansion terpaksa memakai helmet bagi mengelakkan air kencing dan lemparan tahi warga asing yang protes terhadap arahan kerajaan yang mengenakan perintah berkurung.


Warga asing itu dilaporkan telah melemparkan plastik yang dalamnya mengandungi tahi dan air kencing kepada anggota tentera kerana berang diarahkan berkurung tanpa makanan.


Perintah Berkurung Diperketatkan dikeluarkan selepas 15 penghuni di kedua-dua flat itu direkodkan positif covid19 pada 6 April selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan KKM bermula 31 Mac lepas. 


Bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dilaporkan Bernama hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan yang tular itu.


Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,”
katanya dalam kenyataan itu.



Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Wilayah, Datuk Seri Annuar Musa memaklumkan pihaknya telah menyediakan makanan 3 kali sehari kepada semua yang diarahkan berkurung di Selangor dan Malayan Mansion.



Hari ini media melaporkan
seramai 32 warga asing penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion, yang disyaki positif COVID19, dibawa keluar dari kawasan berkenaan.


Kesemua mereka dibawa menaiki sebuah bas keluar dari kawasan Jalan Bonus, diiringi pihak polis dan sebuah ambulans.

Mereka dilihat dipindahkan dari kediaman masing-masing bermula jam 12.50 tengahari tadi sebelum diarahkan menaiki bas seorang demi seorang.

Bas dinaiki semua warga asing berkenaan dilihat keluar dari kawasan itu pada jam 3 petang. - 10 April 2020.

Video Rempuhan Polis Di Tambak Johor, Menteri Pertahanan Sahkan Polis Ambil Tindakan Pada Penyebar Fake News.

POLITIK | Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu terutamanya dakwaan viral yang mengatakan kemasukan beramai-ramai pekerja Malaysia dari Singapura sehingga merempuh polis di Tambak Johor.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata tiada sesiapa yang boleh terlepas sekiranya didapati menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan masyarakat panik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita lihat viral dalam media sosial, ada seorang individu yang saya kira tidak bertanggungjawab, telah sebarkan berita palsu dengan menular satu video tentang rempuhan di Tambak Johor.

“Seolah-olah rakyat Malaysia balik serentak begitu ramai di sana sehingga berlaku satu keadaan yang panik atau keadaan yang tidak terurus di Tambak Johor.

"Saya dimaklumkan polis telah kenal pasti mereka yang terlibat dan tindakan undang-undang akan diambil,”
katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu mahu semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kerana ia tidak membantu kerajaan.

“Perlu saya ingatkan bahawa tidak ada siapa yang terkecuali dan lebih tinggi daripada undang undang. Sesiapa sahaja tidak akan terlepas begitu saja, walau apa kedudukan sekali pun.

“Saya amat berharap, saya menyeru kepada semua, cukuplah, hentikan penyebaran berita palsu kerana ia tidak membantu rakyat dan kerajaan,”
katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dikecam netizens kerana menyebarkan berita palsu.

Ahli Parlimen itu dilihat menyebarkan berita palsu itu malam tadi di halaman Facebooknya sebelum bertindak memadamkan ia.

Pentadbir halamannya juga memohon maaf kerana menyebarkan berita palsu bagaimanapun rata-rata netizens tidak mengedahkan permohonan maaf itu dan mempersoalkan benar ke pentadbir halaman yang memuatkan post fitnah tersebut atau Ahli Parlimen Kuantan itu sendiri. - 10 April 2020.

Khamis, 9 April 2020

VIP Terima Bantuan? Kelulusan BPN Secara Automatik Kata Menteri Undang-Undang.

POLITIK | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menjawab kekeliruan orang ramai berhubung beberapa VIP dan Ahli Parlimen yang menerima bantuan BPN apabila semakan dibuat oleh orang ramai.


Menurut Datuk Takiyuddin Hassan, kelulusan BPN adalah secara automatik ini kerana ia berdasarkan kepada data taksiran pendapatan individu tersebut pada 2018 yang berada dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


Datuk Takiyudin turut menjelaskan beberapa Ahli Parlimen yang diluluskan telah bertindak memulangkan semula wang tersebut kepada LHDN.


Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Takiyuddin Hassan;

"Kenyataan media daripada Kementerian Kewangan Malaysia ini menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila banyak nama Anggota Parlimen dan orang kenamaan yang dikatakan turut menjadi antara penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ia timbul apabila kelulusan tersebut dibuat secara automatik. Kelulusan penerima BPN adalah berdasarkan kepada data taksiran pendapatan individu tersebut pada 2018 dalam rekod LHDNM.

Bagaimanapun beberapa Anggota Parlimen yang tersenarai telah memulangkan wang BPN yang diterima kepada LHDNM.

Dengan penjelasan ini, diharap kekeliruan yang menjadi buah mulut sejak beberapa hari lalu bertemu jalan penyelesaian.

Dalam suasana hari ini, Kerajaan serta semua pihak terlibat sedang mengambil langkah yang difikirkan paling sesuai untuk semua rakyat berbagai peringkat.

Ia sememangnya belum mencapai tahap kesempurnaan yang diingini, tetapi ia semestinya antara usaha yang terbaik,"
katanya dalam kenyataan itu.


Hal ini bagaimanapun mengundang sentimen di sosial media apabila beberapa pengguna mempersoalkan kenapa orang awam perlu membuat pendaftaran semasa memohon BPN jika ianya automatik apatah lagi tangga gaji Ahli Parlimen juga melebihi dari RM8,000. Ia melepasi kelayakan asas permohonan BPN. 


Terdahulu, LHDN dalam satu kenyataan menjelaskan, semakan awal mendapati bahawa proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai di dalam julat pendapatan yang layak menerima BPN.

“Sekiranya mana-mana ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN tersebut, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur berikut iaitu mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad dan lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan).

“Surat itu boleh dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 Putrajaya,”
kata kenyataan itu pada 8 April.


Sebagai rekod, pendapatan Ahli Parlimen paling rendah ialah RM16,000 sebulan dan untuk melayakkan seseorang lulus dalam permohonan BPN mestilah mempunyai pendapatan kurang dari RM8,000 ke bawah. - 9 April 2020.

Menteri Tiktok - Apa Yang Kita Tahu Setakat.

SOSMED | Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad telah dikecam kerana mengajak orang ramai bermain tiktok apabila menganjurkan pertandingan menari dengan lagu rap yang dipetik dari kenyataan Perdana Menteri.


Ini adalah kronologi kejadian insiden tersebut;

1. Pada 8 April, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini telah menyebarkan poster pertandingan Tiktok yang dianjurkan pada 8 hingga 14 April 2020.

2. Kemudiannya, Datuk Dr. Noraini turut menyebarkan video kempen mengenai pertandingan tersebut.

3. Warganet kemudiannya mengecam Menteri KPT di Twitter kerana tidak sensitif.

4. Pada awalnya, mereka mempertikaikan tindakan Menteri. Kenapa nak ajak buat benda sia-sia sedangkan pada hari itu umat Islam sedang meraikan malam Nifsu Syaaban.

5. Keesokkan harinya, Datuk Noraini dikecam lebih hebat lagi.

6. Warganet mempertikaikan kenapa seorang menteri mengajak orang ramai berjoget dan tergedik-gedik menggunakan aplikasi Tiktok sedangkan ia jelas mendatangkan kemudaratan yang besar.

Hukum bermain Tiktok pernah dibincangkan di Malaysia suatu ketika dahulu. 

Rujuk sini : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4380-irsyad-al-fatwa-siri-ke-472-hukum-bermain-tiktok

7. Warganet kemudiannya mempersoalkan pula, aksi lelaki dan wanita yang tidak bertudung, berjoget dan tergedik-gedik, duduk rapat-rapat, adakah ini video yang sepatutnya umat Islam seperti Datuk Noraini tonjolkan? Kebanyakan penyokong UMNO amat marah kerana beranggapan ini telah melanggari batas agama dan mencemarkan perjuangan mereka. Mereka juga persoalkan video kempen pertandingan dari menteri yang dilihat terang-terangan melanggar penjarakan sosial. Selain itu, ada dakwaan dari netizens yang mengatakan influencer yang terlibat dalam rakaman video itu pernah mengelar ibu sendiri sebagai toksik. (dakwaan ini perlu disahkan).

8. Situasi sedikit berbeza bagi sesetengah penyokong PAS yang dilihat agak membela tindakan Datuk Noraini di sosial media.

9. Netizens kemudiannya mendapati poster pertandingan dan video tersebut telah hilang dari radar akaun media sosial Datuk Noraini tanpa sebarang penjelasan.


 

10. Ini membuatkan ramai diantaranya tertanya-tanya, adakah pertandingan masih diteruskan, atau dibatalkan atau Datuk Noraini ingin menukar format pertandingan.

11. Sementara itu, salah seorang influencer yang terlibat dalam video kempen pertandingan Tiktok telah bertindak uturn dengan membuat kritikan di Twitternya.


12. Bagi anak muda yang menyokong PH pula, mereka telah bertindak membandingkan tindakan Maszlee Malik dengan Datuk Noraini. Bagi mereka tindakan menulis certot (cerpen pendek) dan menghebahkan pautan belajar online adalah sejuta kali lebih bermanfaat daripada mendorong bermain Tiktok.

13. Bagi kumpulan mahasiswa, rata-rata dari mereka mengkritik tindakan Datuk Noraini kerana tidak sensitif dengan kesan buruk Tiktok. Mereka juga mengkritik Datuk Noraini kerana menganjurkan pertandingan yang tidak setara dengan jawatan yang dipegangnya. Datuk Noraini sepatutnya menganjurkan pertandingan ilmiah dan lebih bermanfaat dan bukannya mengajak anak muda berjoget kata mereka. 

14. Ia mungkin dibuat untuk membodek Perdana Menteri, kata sesetengah netizens.

15. Berdasarkan semakan, terdapat kajian yang mengatakan aplikasi Tiktok selalu digunakan oleh kanak-kanak dan remaja, dan sesetengah orang menyalahgunakan ia untuk tujuan pornografi. Pedofil juga menggunakan Tiktok untuk mencari mangsa, 'bahan dan modal' bagi kegiatan mereka.

Baca : 
https://says.com/my/news/pedophiles-are-using-tiktok-to-hunt-for-victims-here-s-how

https://konfirmasitimes.com/2020/02/03/pakar-australia-tik-tok-dibanjiri-pedofil/

Isnin, 6 April 2020

Nama Rosmah Dikeluarkan Dari Senarai Penerima BPN.

SOSMED | Nama Rosmah Mansur telah dikeluarkan dari rekod senarai penerima bantuan BPN. Semakan dilakukan oleh wakil kami sendiri di portal BPN sebentar tadi.


Siang tadi, beberapa pihak mendakwa nama Rosmah Mansur turut tersenarai sebagai penerima BPN.

Najib kemudiannya menjawab dakwaan viral tu dan berkata jika benar isterinya tersenarai, maka wang itu akan didermakan ke dalam Tabung Covid19.

"Ada posting yang sedang disebar oleh penulis media sosial PH bahawa bini saya telah diluluskan untuk menerima Bantuah Prihatin sebanyak RM800.

Seperti diumumkan kerajaan, kerajaan akan membayar bantuan secara automatik mengikut database LHDN tanpa perlu dimohon.

Bagaimanapun, bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu.

Dalam laman web untuk semak Bantuan Prihatin pun tiada rekod.

(Kita sedia maklum bahawa penulis media sosial adalah pakar gambar dan video edit)

Jika ianya benar dan wang RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun bank isteri saya, ianya akan disumbangkan kepada Tabung Covid kerajaan,"
katanya dalam kenyataan itu.

Sebagai rekod, pihak kami telah bertanyakan beberapa orang saksi mengenai nama Rosmah di portal BPN. Adakah mereka benar-benar membuat semakan sendiri atau menggunapakai gambar orang lain.


Hasilnya, empat orang dari kumpulan itu 
mengakui mereka menyaksikan sendiri nama Rosmah disenaraikan sebagai lulus setelah membuat semakan bagi memastikan apa yang disebarkan itu adalah benar dan bukannya fake news.

Bagaimanapun kini, nama Rosmah telah dipadamkan. Ini mungkin ada kaitan penyelenggaraan data dari LHDN.

Kami juga ada menerima aduan penerima bantuan BSH yang dalam kategori B40 telah menjadi M40 dalam BPN. 

Nasihat kami jika sesiapa dari anda mempunyai masalah yang sama, sila rujuk dengan LHDN terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian dan membuat kemaskini selanjutnya. - 6 April 2020.

Tarik Balik Kelulusan Benarkan Kilang Arak Beroperasi Ketika PKP - PAS.

Kenyataan Media | PAS Gesa Tarik Balik Kelulusan Operasi Kilang Arak Semasa PKP

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa pihak kerajaan mempertimbangkan semula kelulusan beroperasi bagi kilang arak dalam tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan ini.


Ia merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan kelulusan operasi kepada sebuah pengilang arak yang tular di media sosial.

PAS berpandangan pengeluaran minuman keras bukanlah satu keutamaan bahkan tidak termasuk kategori 'essential services'.

PAS konsisten dengan prinsip bahawa arak menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

PAS menghormati hak bukan Islam untuk minum minuman keras sepertimana dasar yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, tetapi ia bukanlah keperluan semasa dalam menghadapi situasi kritikal wabak Covid 19.

PAS melalui wakil dalam kabinet akan menyuarakan perkara ini supaya dikaji semula seterusnya menarik keputusan yang telah dibuat.

'Islam Memimpin Perpaduan'

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Ahad, 5 April 2020

Sokong Kerajaan Pengkhianat? Ini jawapan MAZA.

Ulasan | 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐮𝐟𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐩 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐡𝐢𝐚𝐧𝐚𝐭?

Soalan:

Salam SS Dr MAZA, saya terlebih dahulu nak minta maaf apa yang saya nak tanya ni. Saya terus terang cakap saya kecewa dengan Dr MAZA. Saya follow Dr MAZA banyak sebelum ni. Saya rujuk pendapat Dr MAZA kalau ada apa-apa. Tapi sekarang, saya kecewa Dr mengiktiraf golongan pengkhianat yang bentuk kerajaan. Dr sanggup terima kerajaan macam tu yang mungkir pada ikrar dan janji. Janji yang dibuat bukan Muhyiddin jadi PM, tapi DSAI. Di mana prinsip Dr selama ini yang saya hormat? Tidakkah itu bercanggah dengan ajaran Islam? Saya terus terang bagitahu memang saya sokong Parti AMANAH. Dalam parti ni kami diajar akan berpegang pada janji. Itu sifat orang Islam. Lompat parti itu satu pengkhianat. Dulu Dr juga kata tidak boleh lompat parti. Zahirnya mereka memang tak lompat parti, tapi tukar geng dari PH ke PN. Tidakkah itu khianat? Bukankah Islam larang khianat? Saya tak akan bersama dengan orang yang khianat!!!!!! Mahyuddin is not my PM. Sorry!!

Anak Muda Kecewa

*******


𝑱𝒂𝒘𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑫𝒓 𝑴𝑨𝒁𝑨

Saudara yang bertanya, terima kasih atas soalan. Asalnya, saya malas hendak menjawab soalan sebegini. Memandang saudara dan beberapa orang lagi, bertanya hal yang sama, maka saya siarkan jawapan ini secara terbuka supaya saudara dan orang seperti saudara dapat membacanya. Saya sembunyikan nama saudara. Sebenarnya, soalan saudara terkandung banyak isu. Saya harap saya dapat meneliti dengan baik perkara-perkara yang saya sebutkan nanti.

1. Saya bersetuju bahawa manusia berpegang kepada ikrar dan janji. Itu pun hendaklah dilihat, sejauh mana ikrar dan janji bercanggah atau tidak dengan syarak. Adapun saya dan majoriti rakyat tidak pernah terlibat dengan perjanjian atau ikrar antara orang-orang politik tersebut. Itu urusan mereka. Majoriti rakyat tidak terbabit dengan perjanjian ‘memfaraidkan kuasa’ antara orang-orang berkaitan.

2. Perdana Menteri yang ada sekarang dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong iaitu kuasa tertinggi yang diiktiraf oleh Perlembagaan Negara. Di sisi Perlembagaan, dia merupakan Perdana Menteri yang sah. Apabila ia sah, di sisi syarak ia wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh kepada dosa dan maksiat.

3. Bercakap tentang ikrar dan janji, adapun saya, bahkan semua rakyat yang sebenar, telah berikrar RUKUN NEGARA yang kedua iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’. Saya percaya saudara pun pernah berikrar. Dengan saudara tidak mengiktiraf perlantikan yang dibuat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bererti saudara telah melanggar ikrar dan janji yang saudara telah buat sejak dahulu. Justeru, saya mengiktiraf kerana saya menunaikan janji dan ikrar.

4. Untuk pengetahuan saudara, pada 8 Oktober 2019, Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamed telah menulis sepucuk surat peribadi kepada saya. Antara isi kandungan surat tersebut, beliau menyatakan: "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐌. 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐫 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚. 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧, 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚”.

5. Dari surat Tun Mahathir itu, ternyata orang lain tidak terikat dengan janji selain dari Tun M sahaja. Sudah pasti DYMM YDPA tidak terikat dengan janji tersebut. Rakyat awam seperti saya juga tidak terikat dengan janji itu. Maka, tiada siapa yang boleh dituduh sebagai khianat kerana mengiktiraf kerajaan yang ada.

6. Kita semua tahu, apa yang berlaku Perdana Menteri ke-7 yang meletakkan jawatan. Maka negara tiada Perdana Menteri. Seorang Perdana perlu dilantik. Apakah cara? DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengambil langkah yang wajar dan dipertujui oleh Majlis Raja-Raja. Satu cara pemilihan telah dibuat di Istana Negara. Parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertai pemilihan tersebut dengan hadir ke Istana Negara dan memaklumkan calon pilihan mereka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Jika pemilihan itu satu pengkhianatan dan tidak sah, mengapa parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertainya? Tidakkah pemilihan Perdana Menteri sekarang ini hasil dari proses tersebut? Jika diandaikan calon parti saudara menang, adakah sah? Jika calon saudara tidak menang, maka tidak sah?!!! Lojik apakah ini?!

7. Adapun sudut ketelusan parti saudara yang tidak akan mengiktiraf lompat parti, mungkin saudara terlupa sejarah parti saudara. Parti saudara muncul hasil dari lompat parti. Bukan sahaja lompat parti, bahkan melanggari baiah dengan parti asal mereka. Bukan baiah biasa, tetapi baiah atas nama Allah dan RasulNYA bahawa isteri tertalak jika mereka lompat. Pun begitu mereka telah melompat. Pemimpin saudara pernah menghantar surat kepada saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Perlis untuk memutuskan apakah isteri mereka tertalak. Jawapan yang kita berikan ialah sama ada jatuh atau tidak talak itu berdasarkan niat semasa sumpah talak tersebut dibuat. Saudara boleh rujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri perlis kali ke-24 & 25/2016 pada20-21 disember 2016. Namun, perbuatan menggunakan nama Allah, RasulNYA serta talak isteri untuk berpolitik adalah perbuatan yang keji. Hal itu pernah dilakukan oleh parti saudara.

8. Jika saudara masih ingat atau membaca, ada percubaan menjatuhkan kerajaan pada 16 September 2008, yang cuba membentuk kerajaan melalui lompat parti. Pemimpin-pemimpin parti saudara juga bersama dengan pemimpin berkenaan. Pemimpin tersebut juga calon PM yang saudara sebut. Saya bukan mahu memburukkan beliau, tetapi jika saudara bercakap soal prinsip yang parti saudara pegang, mungkin saudara boleh menilainya.

9. Pengiktirafan saya tiada kaitan dengan perjanjian antara orang-orang politik. Saya mengiktiraf apabila seseorang telah sah sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan di sisi Perlembagaan. Jika satu hari kumpulan saudara menjadi kerajaan yang sah, saya iktiraf. Soalan mengkritik, itu perkara kedua. Berbeza antara kritik dan iktiraf. Mengapa saya iktiraf dan taat selagi tidak mungkar? Jawapannya kerana saya bukan orang partis eperti saudara. Saya musim yang berpegang kepada arahan Nabi s.a.w :

إِنْ أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فَاسْمَعُوا لَهُ وَأَطِيعُوا مَا قَادَكُمْ بِكِتَابِ اللهِ تَعَالَى

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, dengar dan taatlah jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll, sahih atas syarat al-Imam Muslim).

Juga sabda Nabi s.a.w:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

10. Prinsip rakyat dalam urusan pemerintahan ialah kita menyokong yang baik dan ijtihad yang tidak berdosa dalam pentadbiran. Kita memberikan pandangan balas dan kritikan jika perlu. Kita membantah dan tidak menyokong hal-hal yang mungkar. Apa yang penting, negara mesti stabil dan memelihara kepentingan rakyat dan agama.

11. Telah berlaku pertukaran kerajaan dalam sepanjang sejarah manusia melalui pelbagai cara. Ada yang melalui cara terpuji dan ada yang melalui cara yang keji. Kerajaan ‘Abbasiyyah ditegakkan hasil rampasan kuasa dari Kerajaan Umawiyyah. Pun begitu, rakyat terus hidup. Berkurun-kurun kerajaan itu berlangsung. Para ulama yang fakih terus dengan sikap jujur mereka. Mereka mentaati hal yang patut ditaati dan membangkang hal yang patut dibangkang. Para imam yang empat, hidup di bawah Kerajaan Abbasiyyah. Demikianlah kebanyakan ulama dan sarjana pelbagai bidang. Mereka khidmat dalam hal yang perlu dan membantah perkara yang perlu. Sebahagian buku yang parti saudara baca juga dari ulama-ulama kerajaan Abbasiyyah.

12. Jika saudara menyatakan parti saudara hidup atas prinsip Islam berpegang pada janji, mungkin saudara boleh semak semula. Selain dari apa yang saya sebutkan di atas, tidakkah pemimpin parti saudara juga yang pernah cuba menjustifikasikan perlanggaran janji politik dengan membuat satu kenyataan yang menghina Nabi s.a.w bahawa ‘Nabi s.a.w pun pernah tak tunai janji’. Mungkin kemudian dia bertaubat, saya harap begitu.

12 Saudara, semoga Allah membimbing kita semua. Berdoalah agar kita dipimpin oleh ilmu dan bukan emosi yang tidak stabil. Fahami sesuatu dari kerangka yang luas dan ilmiah sebelum saudara membuat kesimpulan. Saya doakan saya menjadi anak muda yang baik dan bermanfaat untuk negara. - 5 April 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...