Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Jun 2014

Motor, Pulanglah Ke Pangkuan Ku..


1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang motor Honda ku yang kini entah terlingkup di mana. Sedang aku tidak mampu untuk pergi mencarinya. Hanya sekadar mampu membuat laporan polis dan berdoa. Entah kan polis mahu mencari motor ku itu entahkan tidak (buruk sangka kat polis dengan sengaja).  Aku tidak tahu dan ia membuatkan diri ini makin sedih dan sayu.

2. Motor Hondaku bagai bestfriendku sendiri biarpun ia tak boleh bercakap dan bergelak tawa ketika aku mengumpat UMNO. Aku menunggang motor Hondaku untuk kemana2 dan ia adalah satu2nya kenderaan yang paling aku sayang sejak aku memilikinya, kenderaan yang memudahkan aku bergerak sebab infrasktuktur yang disediakan oleh kerajaan kat sini macam HARAM. Aku juga sempat jatuh tergolek accident, langgar longkang, langgar pak haji yang pernah potpet2 marahkan aku sebab bawa motor macam pelesit, bahkan pernah juga aku ditegur berkali2 oleh orang ramai hoi ko neh gila ke bawa laju2 satgi langgar orang macam mana dah la rabun tak sedar diri dan sebagainya sewaktu aku belum lagi kehilangan motor Honda kesayanganku. Pengorbanan dan kasih sayang aku terhadap motor itu pernah menyebabkan aku meninggalkan motor itu kat mana2 beberapa kali tanpa berkunci kerana menyangka takanla ada orang nak curi motor yang aku malas nak basuh neh? Agak2 la kan.

3. Kini motor Honda kesayangan ku telah hilang dicuri di depan rumah pada waktu sebelum subuh. Terkejut, marah, sedih, sakit ahti, sambil syak beberapa orang dengan slumbernya walaupun takde bukti. Kehilangan itu membuatkan aku menangis untuk beberapa hari tapi nagis dalam ahti sambil terfikir2 gila ah nak bergerak macam mana.. tension2.. dan sempat juga la makan dengan kenyang, tidur lena dan mandi confirm basah lencun punya.. bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran kehilangan motor aku ronda2 ke kedai motor. Aku selidik harga motor dan sekurang-kurangnya aku perlukan  RM4500 untuk beli motor secara cash. Alamak aii.. tak cukup duit nak beli cash la pula. Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada kawan2 yang tak pernah bertungkus lumus memungut dana dari sesiapa bagi membelikan aku motor baru. Tapi jauh disudut hati ini, kalau dapat pun bagus juga. Boleh la aku amek kesempatan di atas kesusahan orang lain. Hehe.

4. Aku terus mendoakan agar motor Hondaku sihat2 sahaja dan segera pulang (jangan putus harapan). Sungguh aku merinduimu motor Honda ku. Entah mengapa? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga orang di rumah neh kehairanan, untuk apa ko menangis di depan laptop neh? Ko dah gila ke? Buang tabiat nak mampos? Ya Allah agak2 nak mati pergi la bertaubat Ameno oi. Asyik kutuk UMNO je. Pahala tak dapat, kumpul dosa aje. Ingat2 la mati sama.. alamak aii kena bebel la pula.. Ya Allah... sambung nagis balik lepas kena bebel.. Bilakah motor Honda ku akan pulang? Cepatlah balik... Jangan lama-lama di sana, aku merinduimu.

5. Secara zahirnya, aku tidaklah jaga motor Honda ku dengan cermat dan betul sebagaimana orang lain menjaganya. Bukan aku tidak mahu menjaganya dengan cermat cuma aku malas. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku memang pemalas nak mampos. Dah hilang baru nak menyesal apa semua. Memang tak berguna juga perangai aku neh kan. Dan aku juga sangat cemburu bila melihat orang lain dapat merempit dengan motor2 dorang sedangkan aku tak punya motor lagi. Aku tidak mahu hidup kosong tanpa memiliki motor. Aku tak banyak berfikir tentang permasalahan motor ku yang hilang itu. Aku cuma berharap agar dimurahkan rezeki untuk membeli motor semula.. agar dapat aku merempit macam dulu2 lagi cuma kali neh aku janji aku akan menjaganya dengan cermat. Belajar dari kesilapan lampau..


Ya Allah ! Kalau boleh, aku berharap motor kesayangan ku dijumpai semula. Aku sedang menanti penuh kerinduan! Tapi kalau tak dapat.. maka


Selamat tinggal motor kesayangan ku..

Dapat yang baru pasti ku lupakan yang lama.

KAH KAH KAH

Jumaat, 6 Jun 2014

Individu Dakwa PPIM Cuba Minta Sogokan Dari Cadbury Untuk Pulih Imej Syarikat..

WOW..

Baca jap ;

 

Kronologi.

1. Mula2 individu kat atas, yang bernama Yuseri Yusoff telah kemaskini laman facebooknya dengan menulis ayat di atas.

2. Kemudiannya telah discreenshot dan disebarkan oleh blogger UMNO.

Rujuk sini.

3. Kemudian wakil PPIM masuk dan berikan komen.

Lihat ;

 
Rujukan : sini

4. Wakil PPIM tue komen banyak2 kali tau kat blog tersebut.

5. Komen tersebut disedari oleh individu yang dakwa PPIM cuba pow (minta sogokan) dari Cadbury.

6. Dan ini pula respon dia ;

 

Dan ini antara yang Yuseri Yusoff respon di facebook ;

Sementara tunggu 48 jam, saya tanya sekali lagi - "ADA atau TIDAK pihak PPIM minta sesuatu dari Cadbury dengan menawarkan bantuan untuk memulihkan imej syarikat berkenaan selepas KKM umum produk mereka dicemari DNA babi tapi Cadbury tak layan? 

Disebabkan penolakkan pihak Cadbury pada 27 Mei, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim keluarkan kenyataan keras berbunyi - "Kami akan pastikan kilang (Cadbury) ditutup, jadikan ia satu sejarah, biar Cadbury lupus dalam pasaran dunia"

PPIM cuma perlu jawab - ADA ke TAKDE?

Tak perlu meraban ikut posisi akta makanan larangan bla bla bla...

Kelakar bila tengok NGO tuntut permohonan maaf melalui komen di blog. Kalau saya, perkara pertama saya akan buat repot dulu. Lepas itu baru keluarkan kenyataan rasmi (bukan komen di blog) agar individu tersebut mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang. 

Baru nampak smart - ini pun gua nak kena ajar PPIM?

Saya demand Sheikh Abdul Kareem mintak maaf depan kubur arwah bapak saya secepat mungkin sebab salah eja nama beliau. Sepanjang hayat arwah cukup pantang orang silap eja namanya.

Status ini bebas dari DNA babi walaupun panjang, sekian!

Rujukan : sini.

Pendapat aku.

1. Tunggu respon dari PPIM.

2. PPIM kena jawab. PPIM = Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

3. Betul ke depa cuba melakukan pow/meminta sogokan dari Cadbury bagi memulihkan imej syarikat Cadbury yang tercalar teruk disebabkan insiden porcine babi tue?

4. Baca bawah ;


KKM mengakui salah pula.

5. Then ;


Ada pihak kena lepaskan jawatan pula

6. Apa yang sedang terjadi neh wei? Dakwaan minta sogokan oleh NGO Islam. Ada pihak yang didesak untuk lepaskan jawatan sebab timbulkan kekecelaruan dalam isu coklat Cadbury. Nampaknya kita memasuki plot yang semakin menarik. Nak matikan isu GST dan masalah2 penting rakyat ke apa neh?

Jeng jeng jeng..

Macam ada sesuatu tengah berlaku. Apa ek. Nak sebut ke taknak? Takpe. Buat2 bodoh dulu la.

KAH KAH KAH

GST Ke Atas Petrol - Kerajaan Tengah Fikir Kata Ahmad Maslan.

Episode pertama kat sini.

Nampaknya sah la yang PETROL dan DIESEL mungkin dikenakan GST. 

Baca jawapan menteri dulu ;

Masih belum lagi ada keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, kerajaan mungkin akan memutuskan perkara itu bersama
dengan skim baru subsidi bahan bakar, yang dijangka mula berkuatkuasa pada 1 September.

Namun tegasnya, secara prinsipnya keperluan subsidi akan disasarkan kepada mereka yang memerlukannya.

Perkara itu katanya akan diperhaluskan menerusi satu jawatankuasa bersama di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, sebarang ketetapan perlu mendapat kelulusan kabinet sebelum ia diumumkan. -MKINI-

Maksudnya apa?

1. Maksudnya kerajaan ada niat la tue. Nak kenakan GST ke atas setiap pembelian (penggunaan petrol dan diesel)

2. Kalau takde niat takde la depa nak fikir2la lagi. Terus je la masukkan PETROL dan DIESEL ke dalam senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

3. Mekanisme dia mungkin ada 2. Satu samada GST dikira sekali setiap kali kita membeli petrol. Ataupun dikira selepas kita beli petrol. 

4. Kalau dikira sekali masa kita beli petrol maka yang susut adalah liter isian minyak.

5. Jika dikira selepas kita beli petrol maka pertambahan wang la yang berlaku. 

6. Tak kira apa pun mekanisme yang digunakan rakyat tetap kena punya.

7. Yang lebih teruk macam mana pula dengan pengangkutan awam apa semua? Tak pasal2 teksi caj GST ke atas penumpang disebabkan GST ke atas petrol tadinya tue.

8. Kerajaan korang neh dah gila kot terdesak nak cari duit apa semua. Rakyat pula pening kepala nak fikir masalah duit. Kalau duit ada banyak takpe juga nak cekik kita. Ini rakyat pun kering kontang, lagi mao sapu. Haiyaaaa.. 

Apa2 pun kita kena desak agar petrol dan diesel dikecualikan GST. Tak payah fikir2 lagi dah. Kalau boleh agreementnya 50 tahun, petrol dan diesel tidak akan dikenakan GST selepas 50 tahun kita akan semak semula. Bukan boleh percaya BN neh. Kang masa mula2 kita bantah2 dia cakap ye la ye la takyah GST apa semua. Satgi lepas 6 bulan ke setahun ke tetiba dia cakap masanya dah tiba untuk mengGSTkan petrol dan diesel..

Bukan sekali dua kot rakyat kena kelentong. Banyak kali. Sampai dah tak terbilang daaaa..
 
KAH KAH KAH

Kbai. 

Kecoh Punya Najib - Masalah Rakyat Tak Pening, Isu Peribadi Disibukkan Pula!

Kecoh betul la Najib neh. Tahu la ko popular. Tapi takan perkara kat bawah neh boleh jadi bahan berita kot?

Baca ;


Indah sangat hidup ko neh Najib. Indah. Meh sini. Ko baca apa pula benda2 yang buat rakyat kat negara neh pening ; 

1. GST (tu pun sampai sekarang korang tak jawab PETROL, DIESEL ada GST ke takde)

2. Harga rumah mahal gila babi

3. Kos sara hidup tinggi nak mampos

4. Kos pendidikan semakin meningkat yang nak sambung belajar pening fikir nak bayar sendiri ke pinjam PTPTN..

5. Bekas mahasiswa pula dok pening kepala fikir nak bayar hutang PTPTN

6. Peniaga2 dok pening fikir nak bayar pinjaman berserta riba (lainla Deepak si member ko tue pinjam takde riba)

7. Ibu bapa dok pening fikir masalah nak cari duit lebih untuk tampung keperluan anak2

8. Yang nak berkahwin pening fikir macam mana nak sediakan hantaran dan belanja kawin

9. Yang gaji rendah fikir macam mana nak survive

10. Yang takde kerja pening fikir kat mana nak cari kerja

11. Yang sakit takde duit nak berubat pening fikir macam mana nak berubat sebab kos perubatan makin mahal.. ke tunggu mati je

12. Yang kematian ibu bapa, suami, isteri dok pening fikir macam mana nak teruskan kehidupan bila tunggak utama keluarga dah meninggal

13. Panda kesayangan ko pula pening fikir nak terus makan buluh ke atau bertukar kepada tembikai

Ko pula pening sebab memikirkan nak sokong sapa dalam pasukan bola sepak.

Itu sebab aku cakap hidup ko neh indah, Najib. Indah. Ada juga orang yang pening fikir pasal isu2 remeh temeh macam neh ye. Seronoknya kan kau Najib. Mesti ko tak pernah dok check berapa ko belanja sehari2 macam rakyat kebanyakkan. Yang kejap2 nak kena check dompet. Ada lagi ke duit aku neh ek. Mesti ko tak pernah heran Rosmah beli apa2 pun macam kebanyakkan suami yang selalunya dok terbeliak mata kalau nampak isterinya shopping sakan sambil berdoa dalam ahti wahai isteriku cuba la kamu bersara dari pengshoppingnya itu.. panjangkanla usia duit di dalam dompet ku ini amin.. betul tak Najib?

Memang indah dunia ko Najib.

Isu2 remeh pun boleh buat ko pening. 

Kbai.

Khamis, 5 Jun 2014

Kisah Zarinah Abdul Majid – Dr Mujahid Yusof Rawa.


Setiap wanita mengidamkan rumah tangga yang bahagia, tiada yang lebih bermakna melainkan satu ikatan suci dilangsungkan tanda kasih melayari bahtera hidup suami isteri.

Begitulah hati kecil pengantin perempuan tersenyum pada majlis perkahwinannya namun suasana damai dan harapan membina istana kasih pada hari itu berkecai dan disentak kerana namanya Zarinah binti Abdul Majid menjadi sasaran siasatan penguatkuasa Jais (Jabatan Agama Islam Selangor).

Ada apa pada nama?

Nama Zarinah berada pada tempat yang salah dan pada masa yang salah di sisi Jais kerana Zarinah yang namanya Islam tetapi melangsungkan perkahwinan secara agama dan adat Hindu dengan suaminya seorang penganut Hindu.
Siapa Zarinah binti Abdul Majid

Zarinah Abdul Majid di 'binti'kan kepada bapanya Abdul Majid. Nama asal bapanya S Mahendran yang berkahwin pada 1980 dengan ibu Zarinah bernama S Vasandamma. Kemudian bapanya memeluk Islam dengan memakai nama Abdul Majid sedangkan ibunya kekal pada agama asal, namun pada 1990, Abdul Majid menghilangkan diri meninggalkan keluarganya tetapi sempat menukar status anak-anaknya termasuk Zarinah dalam kad pengenalan mereka.

Setelah ditinggalkan bapanya, Zarinah membesar dengan nama Islam namun kekal mengamalkan agama Hindu bersama ibunya. Mereka tidak menyangka ia akan menjadi masalah besar pada satu hari yang diidamkan oleh setiap wanita, iaitu hari perkahwinan Zarinah.

Siapakah yang patut disalahkan dalam kes ini. Adakah Jais, Zarinah atau bapanya? Atau undang-undang? Dan dalam semua ini, bagaimana pula Islam dikaitkan?

Islam bukan yang disangkakan

Kes Zarinah perlu diberi keadilan dan perkara pertama yang perlu diperjelaskan ialah keislaman bapanya. Sebagaimana saya bergembira seseorang memilih Islam, saya juga bersedih kerana Islam agama saya diburukkan persepsinya oleh umatnya sendiri.

Islam tidak mengizinkan sama sekali kezaliman berlaku apatah lagi kepada anak dan isterinya. Walaupun anak-anak bawah umur perlu berada pada agama ibu atau ayahnya yang beragama Islam namun ia mesti dilakukan dengan penuh rahmat dan kasih sayang sehingga tidak menafikan hak dan kasih sayang ibu atau ayahnya yang belum memeluk Islam.

Begitu juga jika salah seorang pasangan memeluk Islam maka perkahwinannya dibatalkan jika salah seorang tetap kekal pada agama asalnya dan hendaklah dipisahkan. Itu hukumnya namun pelaksanaannya tidak mewajarkan ketidakadilan daripada sudut kasih sayang anak, ibu dan hak isteri atau suami yang dipisahkan.

Lebih utama ialah hak ibu atau bapanya yang masuk Islam mestilah mendidik anaknya dengan cara Islam yang betul tanpa menafikan kasih pada mana-mana ibu atau bapanya yang bukan Islam.

Menukarkan status anaknya kepada Islam dalam kad pengenalan kemudian meninggalkan mereka tanpa didikan yang sempurna adalah perbuatan yang tidak wajar dan ia bukanlah daripada ajaran Islam.

Di mana anda Abdul Majid?
Dalam kes Abdul Majid kita tiada maklumat bagaimana dia melakukannya tetapi yang pasti ia melakukan sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Islam, iaitu membiarkan keluarganya tanpa pembelaan malah dengan mewariskan masalah besar kepada anaknya.

Jelasnya, Zarinah mendakwa bapanya terus menghilang dan masalahnya juga ialah pendaftaran perkahwinannya tidak dapat dilakukan dengan cara sivil kerana Zarinah seorang Muslimah secara rasmi tetapi seorang Hindu daripada segi amalannya.

Dilema perundangan

Mimpi ngeri Zarinah boleh juga dirujuk kepada undang-undang yang sedia ada dan ia terbukti selama ini Zarinah berusaha menyelesaikan masalah namanya dalam kad pengenalan namun gagal kerana ia membabitkan dua pihak yang masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Mahkamah Syariah.

JPN tidak mahu menukar namanya sehingga Mahkamah Syariah mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Walaupun demikian sebagai rekod, ada satu kes Mahkamah Syariah berpihak kepada plaintif yang memohon keluar daripada agama Islam iaitu, kes Siti Fatimah Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang lwn Maipp (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) pada 2008.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mendapati plaintif tidak mengamalkan Islam sejak ditinggalkan suaminya seorang Muslim dari Iran. Fatimah Tan memeluk Islam pada 1998 dan berkahwin sebagai seorang Islam pada 2004.

Asas penghakiman dibuat kerana beliau tidak lagi mengamalkan Islam, namun Mahkamah menolak tuntutan plaintif untuk mengarahkan namanya ditukar kerana ia bukan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani mencatat satu sejarah buat pertama kalinya permohonan murtad diizinkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Adapun kes melibatkan seorang yang sudah mati iaitu kes Nyonya Tahir yang selama hidupnya 80 tahun sebelum meninggal dunia tidak mengamalkan Islam, diisytiharkan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2006 sebagai keluar Islam.

Dilemanya ialah dalam keadaan seorang Muslim dibiarkan tanpa pembelaan oleh orang yang bertanggungjawab lalu hidup dengan amalan agama lain, siapakah yang harus dipersalahkan?

Dalam kes Zarinah, di manakah bapanya? Sanggupkah bapanya melihat anaknya menderita terperangkap dalam dilema undang-undang apabila hilang begitu sahaja? Apa halnya keadaan Zarinah yang sejak 20 tahun lampau tidak pernah mengamalkan Islam dan hanya kenal agama Hindu dalam hidup dewasanya, lalu tiba-tiba muncul penguatkuasa agama Islam menghalang perkahwinannya hanya kerana namanya?

Di mana Jais selama Zarinah membesar cuba menyelamatkan agama Islamnya seperti tertera dalam kad pengenalannya?

Nasib Zarinah

Zarinah perlu diberi pembelaan, Islam adalah agama rahmat pembela kepada yang mahukan keadilan tanpa mengira kulit, warna mahupun agamanya. Jalan terbaik adalah menyatakan apakah sikap Islam pada bapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak yang ditukarkan status agamanya kepada Islam.

Sebelum anaknya Zarinah didakwa kerana berkahwin dengan cara yang salah berpandukan pada nama Islamnya, bapanya Abdul Majid perlu tampil ke hadapan untuk menjawab mengapa dia gagal membentuk anaknya sebagai seorang Muslim setelah menukarkan status anaknya tetapi sebaliknya mengabaikan mereka pula.

Kedua, Zarinah mesti mendapat pembelaan di Mahkamah Syariah dengan memohon menetapkan status agama Islamnya berpandukan kepada ia sudah tidak beramal dengan Islam lagi. Zarinah memerlukan satu jawapan dalam kerangka perundangan yang ada untuk menentukan masa depannya.

Jika tidak, undang-undang negara ini akan dilihat menzalimi hak seorang rakyatnya menentukan masa depan depannya termasuk mendirikan rumah tangga dan menjadi rakyat yang setia kepada negara ini.

Ketiga, isu murtad mesti dibezakan antara yang asal Islam dan yang memeluk Islam kerana berkahwin atau namanya dan status agamanya ditukar menjadi Islam sedangkan dia beramal dengan agama lain.

Pilihan terbaik untuk menerima Islam ialah dengan pilihan sendiri atas kesedaran sendiri dan kerana keyakinan sendiri sebab Islam terbina atas 'tiada paksaan'. Memelihara kaedah agung Islam ini lebih utama daripada menjaga sensitiviti atau sentimen kerana Islam tidak terbina atas menyiksa mana-mana pihak tetapi Islam wajib memberi keadilan dengan kaedah dan prinsip yang ditetapkan.

Persoalan dalam artikel ini amat penting dilihat dengan sikap terbuka kerana ramai lagi 'Zarinah' di luar sana yang memerlukan jawapan.  – 5 Jun, 2014.
* Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

Rabu, 4 Jun 2014

Pembelian Petrol Dan Diesel Mungkin Dikenakan GST - Jadual Pengiraan Minyak Dengan GST!


Dalam sidang media siang tadi Rafizi bagitau beberapa point penting.

1. Kerajaan sampai sekarang tak bagitau petrol dan diesel akan dikenakan GST ataupun tidak memandangkan petrol dan diesel tidak dimasukkan dalam senarai barang yang tidak akan dikenakan GST.

2. Jika kerajaan kenakan GST ke atas setiap pembelian diesel dan petrol maka pengiraan adalah seperti di atas.

3. Jika GST dikenakan ke atas setiap pembelian minyak ini bermaksud dengan nilai yang sama = jumlah isipadu minyak yang dapat kita beli akan susut. 

4. Secara tak langsung maksudnya minyak naik harga la juga.

5. Kalau dulu dengan 50.00 dapat beli 1 liter. Sekarang dengan nilai yang sama dapat 0.94 liter.

Sebab tue kena tanya kerajaan betul2. Minyak ada GST ke takde? Kalau takde kenapa tak masukkan minyak ke dalam senarai barang2an yang tidak akan dikenakan GST. Minyak kalau kena GST kerja gila ko tahu. Gila. Semua benda yang bergerak guna minyak. Yang atas darat. Atas laut. Atas udara. Atas sungai. Semua guna minyak.  Bayangkan. Kalau minyak dikenakan GST tak ke mampos kita jadinya. Yang neh pun dah separuh mampos memikirkan pelaksanaan GST.. inikan pula minyak diGSTkan. Gila. Sebab semua bisnes gunakan kenderaan sekarang. Mana ada orang berbisnes jalan kaki ke naik basikal ke apa ke. Dan lebih gila sebab GST neh pengguna akhir la kena tanggung lebih teruk. Tak pasal2 kena tambahkan duit untuk dapatkan satu2 barangan ataupun perkhidmatan disebabkan pelaksanaan GST tadinya tue. Contoh. Kerajaan cakap pengangkutan awam tak dikenakan GST. Tapi bila minyak diGSTkan maka pengusaha2 bas akan terpaksa bayar lebih sebab pelaksanaan GST tadinya tue. Jadi bayaran lebih inila yang mana akhirnya dicampakkan kepada pengguna akhir disebabkan pengusaha2 bas taknak serap pertambahan kos. Nampak tak disitu?

Sebab tue kerajaan tak boleh buat gila dengan kenakan GST ke atas setiap penggunaan petrol dan diesel. Mohon kerajaan jawab segera pertanyaan Rafizi. Petrol dan diesel akan dikenakan GST ataupun tidak.

Thanks.

Harga Rumah Naik 8% Setahun - Teruskan Menyewa Sampai Mati!

Setahun naiknya 8%. Gaji kita naik pun tak sampai 8% setahun. Itu baru harga rumah je wei. 

Bayangkan ;

1. Harga rumah naik 8%
2. Kos sara hidup naik 10% (makanan, tambang, belanja sekolah)
3. Cukai naik 15%
4. Harga nak purchase minyak naik 20%

Apa lagi yang tinggal untuk kita jalani kehidupan neh pada usia tua? Itupun kalau sempat tua la kan. Silap2 lepas update blog neh teruk kiok. Penat sangat otak dok fikir masalah duit.

Hahaha..

Kos sara hidup sekarang pakai BMW.
Gaji pula jalan kaki je.

Nak kejar memang tak terkejar la jawabnya. Jika kerajaan masih lagi enggan pedulikan nasib rakyat biasa macam kita memang menyewa sampai mampos la jawabnya.

Bacalah ;


Tak payah cakap orang muda. Orang2 macam kita neh yelah dok fikir takpe, masa ada lagi untuk kita bekerja keras dan cari duit buat rumah.

Tapiiiiii jangan tatau. Orang2 yang dah berusia 50 ke atas pun ramai yang takde rumah wei. Harap menumpang rumah anak. Itupun kalau anak2 bagi tumpang. Buatnya isteri or suami anak2 tak ngam dengan mak bapak kita macam mana?

Dah jadi masalah keluarga pula. Suka tak suka, memang banyak kes kot menantu dengan mentua tak serasi hidup bersama atas pelbagai sebab. Kadang2 isu kecik je. Tapi mostly disebabkan samada menantu or mentua yang rasa masing2 menumpang di kediaman orang sampai tak bebas nak buat apa2. Samada orang muda menumpang di rumah ibu bapa ataupun ibu bapa yang menumpang di rumah anak2. Sama saja situasinya. Suka tak suka faktor ini akhirnya nanti menyumbang pula kepada masalah sosial. Hati tak gembira ma. Hati tak gembira cenderung fikir negatif buat perkara2 negatif. Tatau ka?

Haha..

Yang aku heran tue. Takanla kerajaan tak boleh nak kawal benda2 macam neh kan. Katakanla bahan binaan mempengaruhi harga rumah, tapi itu tak menjadikan harga rumah boleh dimahalkan secara melampau melainkan si pemaju2 rumah neh memang saje focus untuk bina rumah bagi orang2 kaya dan berduit aje.

Kalau kerajaan masih berdegil dan tidak menyelesaikan masalah berkaitan harga rumah dan juga jenis perumahan yang patut dibina neh percayalah generasi akan datang merempat di bawah jambatan. Ramai. Bukan sikit. Mungkin kita ada rumah bawah jambatan pada tahun 2020 nanti. Dan percayalah, kebanyakannya adalah melayu. Tak payah la sembang macam semua melayu tue malas2 belaka. Sedangkan orang2 melayu neh yang rajin lagi banyak dari yang malas cuma kerajaan kita lebih focus untuk naikkan melayu2 yang malas manakala melayu2 yang rajin dan pintar pula seringkali terpinggir disebabkan bukan fovouritsm. 

Dan aku rasa sudah sampai masanya untuk kita sebagai rakyat menjadi lebih peka dalam membincangkan masalah berkaitan perumahan terutamanya berkaitan harga rumah. Kalau la kita boleh buat satu gerakan kurangkan harga rumah ataupun memiliki rumah adalah hak setiap insan pun bagus juga. Macam kurangkan harga kereta. Cause kita kena kuat. Gerakan kita kena padu. Biar nanti jadi perhatian pihak2 tertentu. Ramai dari kita terlepas pandang. Isu berkaitan perumahan neh sebenarnya sangat penting kepada pembentukan masyarakat yang sihat dan selamat. Bila takde rumah, merempat bawah jambatan, keselamatan pun takde, kesihatan satu hal. Orang yang tengok pun kadang2 rasa jijik dan kotor. Itu sebab bila gelandangan kena bunuh ke ditindas ke orang tak peduli sangat. Sebab bagi dorang, layaknya orang takde rumah takde hak atas kesihatan dan keselamatan.

Fikir2kan la ek.

Najib Kantoi Jalankan Upacara Syirik - Dengan Gambar.

Aku rasa Najib tatau. Actually, aku pun tatau. Tapi bila baca apa yang orang sebarkan baru aku tahu. Sangka baik la juga pada PM korang neh. Dia pun manusia yang kadang2 terkhilaf. Kalau benda2 macam neh aku percaya dia mungkin tatau dan tak pernah terfikir yang ianya syirik. Tapi kan. Dalam benda2 yang babitkan hak2 rakyat aku tak percaya sangat dia akan terkhilaf dalam membuat dasar. Lebih kepada nak untungkan poket sendiri dan kroni je pun. Mengaku sudah Najib. Tak baik tipu2 tau.

KAH KAH KAH

Tengok gambar jap ;



Gambar neh dari blog member. Apa2 yang tertulis atas gambar tue tak mewakili pendirian aku okay. Harap maklum.

Aku sejujurnya bukan nak tegur pasal Najib pun. Pasal aku sangka baik kat dia. Tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena kat sini. Cerita dia macam neh.

Tengok kat bawah neh jap ;



Kat atas neh paparan screenshot yang dipetik dari e-warta dalam bahagian akidah untuk memeriksa mengenai amalan upacara Miring. Majlis fatwa pernah bersidang dan pada tarikh 9 Dec 1995 mereka sebulat suara setuju upacara Miring tue mendatangkan perbuatan syirik kepada pengamal2nya. Yakni, umat Islam dilarang untuk melibatkan diri.

And then, tadi aku buka la portal e-fatwa tue. Aku check pasal fatwa amalan Miring.

Lihat ;



Dalam gambar pertama perkataan TIDAK DIWARTAKAN tiada.
Dalam gambar kedua perkataan TIDAK DIWARTAKAN, ada.

Apa sudah berlaku?

Aku baru screenshot. Kawan2 blogger dah screenshot beberapa jam sebelum aku. Aku taknak tuduh2 sebab mungkin ada sesuatu yang berlaku ke atas website tersebut. Kot2 sistem dia pun macam chipsmore ke. Kejap ada, kejap takde. Boleh hilang2 perkataan pula. Mana la nak tahu kan.

Hehehe..

Yang aku nak sentuh. Benda ko dah kata haram. Tapi ko tak wartakan. Maksudnya adakah ko nak cakap ooooooooo benda tue haram tapi tak payah la kita nak wartakan benda tue. Hanya sekadar cakap haram aje tanpa buat apa2 tindakan susulan untuk mencegah, memantau dan menghalang? Macam tue ke?

Hahaah..

Memang pelik doe. Tapi bila fikir aku tinggal kat Malaysia kot. Nak pelik hapanya. Terima je la.

KAH KAH KAH  

Updated. 

Aku screenshot dari website e-fatwa.

Lihat ==> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/miring-0

Memang dalam gambar takde logo JAKIM sebab aku screenshot kat bawah. Boleh tengok kat link yang aku bagi tue k.

Tenkiu.

Selasa, 3 Jun 2014

Inilah Draf Sistem Subsidi Minyak - Baca Dan Faham.


Draf cadangan lebih kurang begitula. Faktor kelayakkan akan diukur melalui tangga gaji. Bagaimana perkiraan akan dibuat?

Sistem neh hanya mensasarkan kepada golongan yang berkelayakkan untuk terima subsidi minyak.

Apa istilah golongan yang berkelayakkan?

1. Rakyat Malaysia.

2. Berpendapatan rendah dan serdahana.

3. Ikut jenis kereta.

- Kereta yang berCC besar more likely takan dapat subsidi berbanding kereta yang berCC kecil.
- Namun kereta yang berCC besar dapat menikmati subsidi jika tangga gajinya rendah.

4. Tangga gaji.


- Gaji besar takan dapat menikmati subsidi.

- Gaji besar kereta besar juga takan dapat subsidi.

- Gaji besar kereta kecik mungkin dapat subsidi sebab ikut jenis kereta.

- Gaji kecik kereta besar dapat subsidi sebab ikut tangga gaji.

- Gaji kecik kereta kecik dapat subsidi sebab ikut tangga gaji.

- Gaji serdahana kereta kecik ataupun besar dapat menikmati subsidi namun dalam jumlah yang dihadkan. Senang cakap limited. Sebab ikut tangga gaji.

Bagaimana kerajaan akan pastikan sistem neh dapat dijayakan dengan effisen? Akan gunakan kad khas. Kad khas ini semua orang yang berkelayakkan untuk dapatkan subsidi boleh mohon. Ataupun jika tak gunakan kad khas, kerajaan akan gunakan MYKAD. Namun MYKAD ini ada masalah sikit. Cip dorang cepat rosak. Hancur. Karang sesak pula station minyak jika gunakan MYKAD untuk imbas data. Aku rasa kad khas yang berkualiti macam kad kredit sesuai digunakan. Memang mahal sikit tapi tak la teruk macam MYKAD kan. Cuma macam biasalah. Korang boleh expect akan ada pihak2 yang amek kesempatan markup harga kaw2 dan dapatkan projek hasil penjimatan 9.8billion bila sistem subsidi neh diperkenalkan. Itu tak masuk lagi pihak yang akan diamanahkan untuk cipta perisian perkomputeran bagi menyokong sistem neh kelak.

Hehe.

Plan cadangan ;

1. Gaji rm5,000 ke bawah dengan kenderaan berCC 2000 ke bawah layak terima subsidi penuh.

2. Gaji rm5,001 - rm10,000 dengan kenderaan berCC 2000 ke bawah layak menerima subsidi minyak sehingga 300 liter.

3. Gaji rm10,000 ke atas tak layak terima subsidi langsung.

4. Semua kenderaan berCC bawah dari 2,000 akan dapat subsidi.

5. Semua warga asing takan dapat menerima subsidi.

6. Semua kenderaan asing (yang didaftarkan dari luar negara) takan dapat menerima subsidi.

Aku rasa sistem neh bermasalah sebab ikut tangga gaji secara randomly. Satu lagi, ikut cc kenderaan. Kadang2 beli lama dah. Masa tue gaji boleh cover. Sekarang cukup makan. Masa tue bujang. Sekarang anak 5. Status dah berubah so macam2 pendekatan perlu diambilkira.

Aku rasa, yang bawah gaji RM10,000 patut terima subsidi penuh. Suka tak suka ada diantara mereka membayar cukai pendapatan selain dari cukai am. Mereka menyumbang juga jadi kenapa pula mereka tak patut dapat balik dalam bentuk subsidi. Gaji rm10,000 kalau anak 8 nak bayar rumah, kereta, keperluan anak2, kos sara hidup pun belum tentu cukup walaupun nampak aje pakai kenderaan besar disebabkan ahli keluarganya ramai tadinya tue. Yang tue dah jadi keperluan untuk beli kenderaan besar bukan untuk bermewah2an. Lagi satu, orang2 yang berbadan besar pun dah jadi satu keperluan untuk beli kenderaan besar memandangkan kenderaan kecik tak sesuai dengan size badan. Bagaimana pula dengan OKU. Yang neh pun perlu diberikan penekanan. Bagaimana pula dengan mereka2 yang memiliki anak2 OKU. Dan juga adakah tangga gaji dikira sebagai tangga gaji berkeluarga ataupun perseorangan? Kalau perseorangan okay juga la bila kerajaan sebut bawah 5k. Pasal memang ramai orang Malaysia gaji bawah RM5K. Tapi kalau keluarga tak boleh. Ada juga pasangan suami isteri gaji campur dekat rm7k sebulan tapi anak2 ramai wo. RM7K hidup di KL mana boleh. Rumah, kereta, kos sara hidup, bayar pinjaman lagi. Belanja sekolah lain. Nak simpan untuk masa depan lagi. Pecah kepala fikir wo. So harap2 kerajaan boleh buka cadangan kepada orang ramai dan dari situ try fikirkan cara terbaik untuk laksanakan sistem subsidi bersasaran. Secara jujurnya aku setuju namun perlu fikirkan kaedah yang terbaik untuk pastikan semua rakyat Malaysia dilayan secara adilnya tanpa ada sesiapapun rasa teraniaya okay.

Bai.

Inila Luahan JAKIM Mengenai Isu Coklat Cadbury.


Apa yang JAKIM rasa?

1. Tertekan. Kiri kanan umat islam dok salahkan JAKIM.

2. Tertekan kerana penerangan demi penerangan tidak difahami oleh rakyat.

3. Tertekan juga sebab semua orang hanya mempersoalkan tindakan JAKIM tanpa memahami bahawa JAKIM sebenarnya tak dapat pun laporan asal yang tersebar tue. 

Keratan akhbar di atas merujuk kepada satu status facebook dari salah seorang NGO yang tersebar secara meluas di facebook yang JAKIM anggap mencemarkan intergriti dorang lalu dorang buat laporan polis.

Rujuk sini.

Luahan JAKIM ;

 
Apa yang JAKIM perlu faham. Jangan salahkan masyarakat dan tindakan mereka terhadap JAKIM. Masyarakat ada sebab yang jelas kenapa mereka mahu marah kepada JAKIM. 

JAKIM sebut ;

1. Laporan yang disebarkan tidak sampai kepada mereka.

2. Mereka tidak tahu menahu pun apa yang terjadi.

3. Lepas terima laporan, buat mesyuarat dengan KKM dan JAKIM terus gantung perakuan halal dari Cadbury.

Yakni, JAKIM dah jumpa dengan KKM terlebih dahulu dan bertindak gantung perakuan halal. JAKIM sebut akan lakukan siasatan lanjut berhubung isu tersebut. Kenapa masa tue JAKIM tak tanya KKM siapa yang bocorkan maklumat tersebut dan kenapa berdasarkan laporan itu KKM bertindak keluarkan PC yang CADBURY disahkan mengandungi DNA babi tanpa merujuk kepada JAKIM terlebih dahulu?

Takde link di antara kamu. Jangan la salahkan persepsi rakyat yang keliru.

Dan sekarang KEMENTERIAN KESIHATAN nak siasat individu mana pula yang pergi bocorkan maklumat di public. Rujuk sini.

Pendapat aku, jangan. Tindakan ini hanya memburukkan situasi dan menunjukkan yang KKM dan JAKIM sedang tertekan walaupun memang korang sedang dalam tekanan.

Haha.

Apa yang dah lepas tue lepas la. Apa yang penting masa hadapan. Bila dah jadi isu macam neh cuba semak semula.

1. Kenapa laporan tersebut dibocorkan kepada orang luar?

2. Apakah pihak yang membocorkan itu sudah cuba sedaya upaya untuk sampaikan maklumat tersebut kepada pihak atasan namun diabaikan?

3. Bukan kah sudah sampai masanya untuk KKM dan JAKIM kaji semula proses dorang menerima dan meneliti maklumat mungkin ada kekurangan kat mana2 sehingga pihak tersebut gunakan jalan alternatif bagi mendapatkan perhatian pihak2 berauthoriti?

4. Jika JAKIM dan KKM mahu rakyat jangan mempertikaikan kredibliti dorang kenapa tidak JAKIM dan KKM adakan perbincangan dengan masyarakat terus? Jumpa la. Buat forum. Di mana dalam forum tersebut masyarakat boleh mempersoalkan JAKIM dan KKM dalam isu yang sangat kontroversi ini. Dan jangan lupa. KKM asyik sebut sample tersebut disyaki tercemar. Jangan cakap aje. Sila buktikan bagaimana product tersebut boleh tercemar dan apakah jaminan bahawa ia takan berulang lagi?

5. Jika JAKIM mahu rakyat percaya proses mendapatkan sijil halal mereka sangat sukar, JAKIM boleh juga buka lawatan kepada orang ramai untuk beri peluang kepada mereka meneliti, memahami dan mengkaji proses bagaimana JAKIM menentukan satu2 barangan tersebut halal ataupun tidak. Katakan, JAKIM jemput 10 wartawan dari 10 syarikat media yang berbeza, kemudian jemput 20 orang awam yang mewakili pelbagai sektor untuk jadi pemerhati. 

Tak perlu la JAKIM sibuk jadi jurucakap Cads sana sini sebab siyes dah macam team marketing kepada Cads pula. Yang penting JAKIM hanya perlu buktikan yang pentauliahan halal hanya kepada product yang benar2 disahkan halal. Jika wujud kesalahan kat mana2, mengaku sudah dan perbaikila agar ia tak berulang lagi masa hadapan.

Isu sampingan yang JAKIM perlu peduli juga.

Selama neh JAKIM seringkali bias dalam menilai tindakan rakyat Malaysia yang tak pro kepada keputusan kerajaan dalam beberapa isu. Ini boleh jadi faktor pemangkin kenapa rakyat hilang kepercayaan terhadap JAKIM. Ada banyak isu2 yang membabitkan ISLAM dan nampaknya JAKIM kurang peka untuk menyelesaikan isu2 berbangkit dan apa kata kali neh JAKIM belajar dari kesilapan dan mula ubah mana2 yang patut diubah dan belajar terima pendapat dan kritikan dari masyarakat bagi meningkatkan kecekapan JAKIM dalam melaksanakan kerja2 mereka. Ada banyak kritikan2 yang pernah hadir untuk JAKIM. JAKIM jangan sombong bila orang bagi idea bagaimana JAKIM patut berperanan merenovasikan sistem bantuan kepada orang2 susah melalui baitumal dan pusat zakat. JAKIM jangan main politik bila rakyat berdemo kritik tindakan kerajaan. JAKIM jangan gunakan khutbah jumaat untuk bentuk persepsi tidak baik terhadap rakyat2 yang berjuang bagi pertahankan hak2 mereka. Ini tak adil kepada mereka2 yang tertindas. Apatah lagi sampai sanggup gunakan agama untuk hukum rakyat, dan gunakan agama lagi untuk halalkan tindakan pemimpin. Wajar ke begitu?

Jika JAKIM sudi berubah tiada sebab kenapa kita perlu bermusuh. Tetapi jika JAKIM masih angkuh dan ego serta terus terusan mempertahankan pemimpin2 yang zalim sehingga menjejaskan hak rakyat2 yang teraniaya maka jangan la marah bila orang hilang rasa hormat terhadap JAKIM. 

Kredibliti boleh dibeli namun kredibliti JAKIM di mata rakyat tidak boleh dibeli. JAKIM perlu berusaha keras untuk membuktikan yang mereka memang berkredibliti. Ini sahaja yang JAKIM perlu buat dan kita akan saling hormoni.

Last. Aku harap JAKIM belajar dari insiden neh. Aku pun bukan nak salahkan JAKIM dalam isu coklat neh sebenarnya. Tapi more untuk sedarkan JAKIM kenapa kredibliti mereka hancur di mata umat Islam. Kita neh badan berauothoriti. Ada kuasa. Boleh ubah dan pinda beberapa peraturan dengan usaha dan jalinan kerjasama. Masalahnya, adakah kita gunakan kuasa kita dengan betul ataupun kita hanya gunakan kuasa kita untuk mendapatkan lebih kuasa supaya menjadi orang2 yang berkedudukan tinggi? Adakah kita gunakan kuasa untuk bantu rakyat yang sepatutnya dilindungi di bawah JABATAN AGAMA ISLAM ataupun gunakan kuasa kita untuk bermain politik tanpa peduli pun jika kita telah mengadaikan hak2 rakyat? Lue fikirlah sendiri la JAKIM. 

Kbai.

KKM Buat Uturn - Siasat Pemberi Maklumat Pula !!!!!!

Tengah tunggu member tadi. Tunggu dia nak citer sikit pasal sistem rasionalisasikan subsidi petrol yang akan diperkenalkan oleh kerajaan bermula seawal September neh. Gambaran awal sistem tue memang boleh dipertikaikan. Dan dia pun ada sebut, memang wajar la rakyat untuk pertikaikan beberapa perkara dalam sistem tersebut supaya kerajaan boleh take note dan buat beberapa pindaan.

Tunggu punya tunggu sekali terbaca satu berita yang gila babi punya bangang la juga.

Tengok ;



KKM dan JAKIM bercelaru sekarang neh.

Tak habis2 cakap umat Islam perlu percaya pada laporan JAKIM. Tak habis2 cakap Cads takde babi. Itu semua orang dah tahu la. Apsal ko asyik ulang percakapan yang sama untuk 3,4 hari neh?

Sekarang neh ko yang perlu faham dan terbuka.

Ini adalah hak masing2 untuk boikot ataupun sebaliknya. Ko jangan la lebih2 pula dalam nak menentukan tindakan umat islam. Okey fine, Cads takde babi. So? Orang yang nak boikot tue biar p la depa nak boikot. Ko nak makan, ko makan aje la'. Habis citer. Dah macam jurucakap Cads dah aku tengok si JAKIM neh. Lebih sudu dari kuah. Dia pula yang buat roadshow pasal CADS siap nak buat demo live lagi makan coklat. Kelakar gile.

KAH KAH KAH

Pandangan aku tentang Cads kat sini. Malas aku nak ulang2 lagi.

Yang penting sekarang neh aku focus bab JAKIM aje.

Apsal KKM nak siasat individu yang bocor maklumat? Aku rasa rakyat Malaysia perlu siasat JAKIM dan KKM lagi ada. Nak tahu kenapa?

Laporan pasal Cads ada DNA babi tue ialah bertarikh 27 Feb 2014 tau.

Daripada 27 Feb sampaila kepada 22 Mei apa yang si JAKIM dan KKM buat dengan laporan tersebut?

Bukannya hari neh ehhhh ceklat ada babi youuu esok dia bocorkan. Tapi hari neh ada dna babi selepas beberapa bulan barula laporan bocor. Itupun. Orang was2 lagi tau. Sebab Cads neh jenama popular. Dalam laporan awal tunjukkan CABBURY. Ejaan lain. Jadi orang tak mudah melulu main percaya. Depa tanya dulu.

Yang sahkan ianya adalah Cadbury ialah KKM.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui sidang media mereka yang diterbitkan di facebook.

Jadi, KKM. Korang siasatlah KKM okay.

Aku nak tepuk tangan neh.

Kbai. 

Laporan ini telah dibetulkan pada 3/6 jam 7 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...