Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Julai 2012

Kenapa melodi lagu merdeka 2012 ada persamaan dengan lagu lain?

Aku dapat info dari inbox mengenai satu video neh. Ketika aku mendengar lagu kat bawah neh buat pertama kali aku dapat tangkap melodi dia memang ada sedikit persamaan dengan melodi lagu kemerdekaan tahun 2012.

Melalui rakaman video youtube neh, pengupload bagitau bahawa video neh dirakamkan di bandung dan dipercayai ia dicipta oleh orang2 sana. Korang dengar sendiri terlebih dahulu lagu kat bawah neh oke ;


 

Dah dengar? Lagu neh sebenarnya lagu ketuhanan bagi penganut kristian. Dan tolong jangan cakap sesuatu yang tiada kaitan dengan posting seperti mengutuk2 agama or penganut lain oke. Stick pada topic jek. 

Sebenarnya tak aneh pun jika wujud persamaan melodi pada mana2 lagu. Tapi kalau macam obvious sangat jadi pelik pula. Apa pun aku takmo tuduh2. Sebab ia babitkan ciptaan dan kreativiti seseorang. Benda belum terbukti so susah nak cakap lebih2.

Mungkin juga persamaan tersebut wujud disebabkan penggunaan alat musikal yang sama. Tak siapa yang tahu. Hanya mereka2 yang pakar dalam bidang neh jek bole ulas details. Dan aku benar2 berharap memang itu lah jawapan nya. Kita sudah ada logo yang teruk, kita sudah ada lirik yang teruk dan aku tak hadap melodi kita juga rupanya teruk sebab versi copypaste. Tolong larh fahammmm..

Jom hiaskan rumah online untuk rebut hadiah menarik disini! 

Asal usul logo merdeka tahun 2012 akhirnya terbongkar!

Kali neh dengan bukti beb. Dari member blogger kerabubersuara.

Siyes kelakar gileee wa cakap dulu. Sticker rupanya. Bukan lagi versi copy sikit, paste sikit, ini versi tiruan dan cetak rompak secara terangan2 lagi tue. Tak boleh blah betul. Siap terkantoi lagi.. apa larh nak jadi dengan ko rais yatim wehh..

kah kah kah

Kelakar nak mampossssss


Sebijik tak? Sebijikk kan????

Korang banding sendiri logo merdeka tahun 2012 kat bawah neh dengan sticker merdeka pada tahun 2009 di atas ;


Nampak apa yang aku nampak? Goooddddd...

Kali neh bien benar2 termalu akibatkan dimalukan. Padan muka kaw. Sendiri yang cari. Sapa suruh malas buat kerja.

kah kah kah

Luahan blogger umno mengenai isu logo dan lagu kemerdekaan 2012.


Ini bukan menghentam tapi dengan niat menegur...
(cuma mungkin nada teguran agak keras kerana
dua kesilapan yang dilakukan hampir serentak)
Kerana masalah utama kebanyakan pimpinan UMNO adalah 
merasakan diri mereka pandai serba-serbi. 

Tak payah nak memandai sangat...
for some matters, just leave it to the PRO!

Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 
yang bertaraf longkang... Muncul pula lirik lagu yang bertaraf 
sampah-sarap di pinggir jalan! 

Gua mulakan dengan LOGO yang mendapat cemuhan
sebilangan besar rakyat Malaysia.
Percaya atau tidak cuma rakyat Malaysia
yang rabun itik dan kaki bodek seperti Rais Yatim
saja yang akan bersetuju jika logo di bawah ini tetap digunakan 
untuk merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
LikePage Facebook yang menentangnya saja sudah
melebihi 5,000 rakyat Malaysia (KLIK SINI TENGOK)

Dan apa yang kelakar ~ Rais Yatim tetap mempertahankan
idea & 'kreativiti'nya...


Jika Rais Yatim merasakan kesuntukan masa atau bajet untuk
membuat logo Hari Merdeka 55 baru, gua bersama karyawan2
dan perekagrafik pro-BN lain sedia membuat seberapa banyak
proposal design untuk rekabentuk logo yang baru 
dalam seminggu ini... 
semuanya FOC!
Rais Yatim tinggal pilih saja yang mana terbaik...
asalkan logo sampah 
seperti di atas tidak digunakan!


Gua nak sentuh pasal lagu plak...
Sejujurnya susunan melodi lagunya dah okey...
tapi lirik ciptaan DS Rais Yatim 
(wahhh Rais Yatim tulis lirik siottt!!)
MACAM GAMPANG...
ok serius liriknya MACAM GAMPANG!
(kalau berkesempatan nanti gua ulas
satu-persatu kebangangan lirik lagu di atas)

Hari Kemerdekaan tidak patut diselitkan
political propaganda bodoh seperti dalam lirik
mahakarya Rais Yatim...

Banyak frasa tersirat yang boleh dibaitkan
sebagai satu mesej untuk rakyat Malaysia
mensyukuri nikmat kemerdekaan yang
mereka lewati sudah 55 tahun.

Ramai karyawan yang sanggup tulis kembali lirik
mengikut melodi lagu di atas...
Cuma kalau Rais Yatim memberikan ruang!

Gua respek DS Najib Razak 
yang cuba melakukan
segala yang terbaik untuk negara ini
termasuk UMNO & BN...
tetapi mengekalkan 
pemimpin tua poyo (syok sendiri)
seperti Rais Yatim akan menjahanamkan
semua transformasi yang telah dibina
dan bakal dilaksanakan oleh DS Najib.

Gua PANASSS!
Desakan ni takkan terhenti
hingga sekurang2nya logo
Hari Kemerdekaan ke-55 ditukar...

Rais, just wait & see!

Dipetik dari blog umno : tinggalkan1peluru.

Bien dah hijack sambutan kemerdekaan tahun neh. Dari tema sampai ke lagu dorang sabotaj. Baru perasan ka? Selama neh dah banyak kali dah bien hijack apa2 benda yang related dengan kerajaan tetapi dorang membienkan perkara tersebut tanpa korang sedari. 

Sekarang baru korang tahu betapa perbuatan tersebut meloyakan tetapi apa pun rais ada jasanya pada aku. Kerana dia bakal menambahkan kebencian umum terhadap najib jadi aku tetap rasa seronok. Padan muka je larh.

kah kah  kah

Mahasiswa PRO UMNO mengamok isu logo dan lagu kemerdekaan 2012.

Nak printscreen hambekkkkk larhhhh..

Aku dah perhatikan. Memang ramai kekawan bahkan penyokong2 umno semakin panas dengan isu logo kemerdekaan tahun neh. Mula2 dorang panas bab perkataan janji ditepati. Menurut apa yang aku baca komen2 dorang di facebook, tema janji ditepati tue takde kena mengena pun dengan sambutan kemerdekaan sebaliknya ia tema politik.

Dan sebelum tema kemerdekaan didedahkan untuk pengetahuan umum, najib dah banyak kali gunakan perkataan janji ditepati dalam kempen2 politik. So dari situ orang2 umno, atas pagar dan geng2 politik dah sedia maklum dengan slogan tersebut sebab tue dorang cam ermmmmm whatdefish. Takde kreativiti langsung ka sampai cedok kempen politik untuk sambutan kemerdekaan?

Then pendedahan mengenai logo yang amat2 memalukan bila ia adalah logo copy-paste = gabungan beberapa logo/icon = dijadikan satu logo = lepas tue berbangga2 edarkan di papan iklan dan kempen2 politik bien yang mana dorang rasa kemon larh bien ini ko nak suruh orang sambut hari merdeka ka nak suruh orang sambut hari bien semalaysia?  

Lepas tue semalam, lagu sambutan kemerdekaan pula didedahkan kepada pengetahuan umum. Lirik lagu untuk sambutan kemerdekaan sepatutnya mengenai tokoh2 pejuang dan pejuang2 yang telah berkorban demi memerdekakan negara neh tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bien suruh kita balas budi. Aik, setahu aku, pemimpin jadi pemimpin = sebab rakyat undi + dibayar gaji untuk buat kerja. Sapa yang kena balas budi sapa neh?

kah kah kah

Disebabkan dah tahan gamaknya dengan apa yang bien buat, akhirnya mahasiswa dah mengamok habis. Dan aku percaya ramai orang muda memang panas ahti dengan lirik lagu sambutan kemerdekaan tahun neh. Bahkan orang tua pun mungkin rasa whatdehell. Mana lah ada kerajaan bangang di dunia neh yang terang2 suruh rakyat balas budi melalui lagu setelah rakyat undi mereka + bayar mereka gaji = mereka boleh pula kata mereka sedang melakukan budi kepada kita? Kebodohan apakah itu sebenarnya? 

Lue fikirlah sendiri beb.


Sumber gambar : ABU.

kah kah kah

Lagu Janji Ditepati ciptaan Rais Yatim rupanya..


Patutlah lirik lagu cam haram

kah kah kah

Adoiiiii lapang gile mulut aku mengutuk beb. Tak boleh blah. Korang baca jap komen yang aku petik kat posting sebelumnya kat bawah neh ;


fadzliabuhanifah · 5 hours ago
malam tadi lepak dengan team pak ngah yang diupah untuk buat melodi untuk lagu ni, lagu ni ciptaan Rais Yatim, lirik asal dah banyak ubah, antara lirik asal disebut "janji kita janji di kota,pihak disana hanya auta..." gua tak sempat ingat semua lirik asal yang ditunjuk, nak salin nanti nampak sangat gua pembangkang. Rais lanyak habis Pembangkang, lepas tu dalam sesi ulang dengar bersama PM,lirik tersebut diubah,PM tak setuju. maka keluarlah lirik yang sekarang.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/lagu-tema-janji-ditepati-kini-siap.html#ixzz21pyEGXIa

Rupanya lirik asal lagu neh lebih teruk. Kira nya lirik kat atas neh dah banyak diubahsuai dan habis baik arh yang mampu rais yatim hasilkan. Kalau tak lagi cam haram. Siap nak bubuh lirik kutuk2 pembangkang kat lagu tema kemerdekaan? Apa kena mengena hah?


Kucing pun dah buat muka pelik. Inikan pula aku sebagai manusia. Lagi lah pelik memikirkan kaitan antara kemerdekaan dengan bien. Langsung takde kena mengena pun. Patutlah orang ketuk. Siap gebang suruh balas budi bagai lah. 

Mana larh orang tak tambah benci kat bien. Cam kerja percuma plak selama neh. Padahal berbayar. Nampaknya memang sah larh yang Rais Yatim nak menghancurkan bien. Terima kasih je lar aku ucapkan. Good job.

kah kah kah

Jumaat, 27 Julai 2012

Lagu tema JANJI DITEPATI kini siap untuk hebahan.

Dah siap.

Korang nak hebah dan sebar kat memana pun boleh. Korang nak jadikan ringtone telefon pun boleh. Korang nak jadikan ia caller ringtone pun oke. Time kekawan korang call korang instead of bunyi tuttt tuttt.. ia jadi lagu janji ditepati.

Peh...

Seronok arh korang kan.

Nah, layankan.

 

Kat bawah neh plak lirik lagu kat atas ; 




Oiiiittt kucing. Ko perhal gelak2 tutup mulut? Tiru jek stail aku neh hah ;


kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Ya Allah swt Ya Tuhanku. Engkau maafkanlah aku. Engkau ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu lagi menahan diri untuk melihat kebodohan dan kebebalan piem aku, umno dan bien. Walaupun bukan seme yang datang dari bien itu buruk dan teruk tetapi apa yang pasti, lagu neh, video neh bahkan kempen neh sesungguhnya bodoh dan bebal.

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Pssssttt.. 3 kali aku dengar lagu neh. Untuk betul2 pastikan bahawa ia sememangnya kempen terbaru dari bien. 

kah kah kah

BN letak Islam di tahap tertinggi walaupun tidak guna label Islam - PM




PM kata ;

"Itulah panduan induk kita sebagai sebuah parti. Kita berpandu kepada maqasid syariah yang berkehendakkan kita menjaga agama, soal ilmu, begitu juga akal, keturunan dan ekonomi.

"Semua ini kehendak Islam, Islam tidak mengajar kita menyempitkan agama, tetapi orang yang menyempitkan agama ialah puak-puak tertentu yang melakukannya kerana kepentingan politik," katanya.

Bukti ;



PM kata ;

Najib dalam ucapannya turut menekankan perjuangan agama perlu diletakkan melampaui kepentingan politik bagi memastikan perpaduan dan kesejagatan ummah dan masyarakat dapat dipertahankan.

Bukti ;

  ** Carta ini merujuk kepada jawapan menteri di dalam parlimen.

PM kata ;

"Kalau kita tidak meletakkan Islam pada tempat tertinggi dan utamakan politik daripada agama, maka apa yang orang lain buat walaupun baik, semua menjadi tidak betul.

Bukti ;


Oke bai.

kah kah kah

PERODUA di ISRAEL?

Kalau ya apa masalahnya?


Menurut MSO ;
Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy... kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.  Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Sama seperti kita gunakan facebook, seperti itu juga lah kita harus berbangga jika ada orang israel sanggup keluarkan duit mereka untuk beli kereta kita. Jika kita ikut susur galur yang betul, duit2 itu kemudiannya akan kembali kepada palestine melalui sumbangan2 dan derma daripada team perodua dan kakitangan mereka.

Tapi sebenarnya banyak jek kereta2 di dunia neh seakan2 sama. So susah nak cakap hanya berdasarkan kepada satu gambar yang kabur dan jarak jauh macam neh. Tak pasti samada ia memang myvi ataupun sebaliknya.Tapi kalau sungguh pun myvi maka bagus juga. Berkembang juga kereta ciptaan malaysia even di israel sekalipun.

kah kah kah

Perkasa kutuk PROTON.

BAGUS.

Memang BAGUS.

Sangat-sangat-sangat BAGUS.

Tahniah diucapkan kerana tampil dengan begitu BERANI memerli PROTON melalui kenyataan kepada PRESS semalam ;


Mula2 aku nak tepuk tangan dulu tanda aku menghargai ketidakcerdikkan PERKASA membalon idea PR akhirnya menjerumuskan PERKASA ke dalam satu senario yang memalukan.



Tahniah. Ikhlas dari aku oke.

Menurut perkasa ;

Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah … tapi semurah mana?
“Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama … (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.
“Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI-


Alhamdullilah kata perkasa. Kenapa Alhamdullilah? Sebab menurunkan harga kereta di malaysia memang merupakan satu keputusan yang bijaksana. Sebab tue perkasa dalam sedar tak sedar tersebut Alhamdullilah. Ada orang sebut  Alhamdullilah time dia sedang angin satu badan? Takdak. Time sabar + bersyukur jek dia sebut Alhamdullilah bhai.

Kereta proton tiada siapa nak beli kata perkasa? Kenapa perkasa keluarkan statement macam tue? Hina sangat kah proton di mata perkasa? Teruk sangatkah proton di mata perkasa sehinggakan perkasa memperkecil-kecilkan kemampuan proton untuk bersaing di pasaran terbuka? Itu lue tanya dia sendiri sebab pandangan wa sangat2 berbeza dari perkasa neh beb.

Rakyat lebih berminat nak beli kereta import kata perkasa. Kenapa? Apa yang bestnya kat kereta import tue perkasa? Apa yang tak best kat kereta proton tue?

kah kah kah

Sekarang, akhirnya satu malaysia dah faham bagaimana proton menjalankan operasi perniagaan mereka. Baik penyokong bn mahupun penyokong pembangkang bahkan bebas sekalipun memang sudah tiada ahti dan nafsu untuk memandang tinggi terhadap proton. Sebegini rendah dan hina martabat proton di malaysia. Bahkan pengasas proton bernama mahathir tue pun tak pakai proton. Kenapa?

kah kah kah

Lue tanya soklan tue sendiri pada mahathir dan menteri2 di malaysia. Proton di malaysia standard kereta rasmi or kereta untuk orang yang terdesak. Bukan sekadar tuduhan kosong bahkan terbukti dengan faktanya sekali beb. Lue fikirlah sendiri.

Khamis, 26 Julai 2012

Cukai kancil RM16,500 sebijik!

Peh.


Jika harga kancil RM40,000 = maka jumlah yang dicukaikan ialah RM16,500 sebijik!

Cukai yang dimaksudkan ialah ;

- cukai jualan 10%
- duit eksais 60%

Ini tak termasuk kadar bunga bank oke [atas pinjaman]. Menurut data yang dikeluarkan oleh CUEPACS pada tahun 2009, dari 1,086 jumlah penjawat awam, 50% darinya di isytiharkan muflis. Nak tahu kenapa? Sebab = gagal bayar hutang kereta. [rujuk sini]

Dan macam yang aku sebut, kereta di malaysia sebenarnya bukan merupakan kehendak tetapi keperluan kerana sistem pengangkutan kita yang teruk. Yang mana memerlukan masa yang sangat panjang dan lama untuk memperbaiki ia selepas PR mengambilalih putrajaya. Jika kita kekal bersama bn, pls jangan bermimpi itu akan berubah. Redha saja dengan keterukkan itu bhai.

Sambung balik isu kereta. Ini bermaksud setiap pembeli kereta = pembayar cukai. Bahkan bukan sekali bayar, kita bayar secara berterusan.

1. Bayar ketika membeli kereta.

2. Bayar melalui roadtax.

3. Bayar lagi menerusi insurans.

4. Bayar lagi ketika guna tol.

Ini juga membuktikan kita sudah terlalu banyak bayar dan bayar dan bayar sehinggakan kita boleh terfikir hey apa yang aku dapat setelah membayar itu dan neh? Ko nak bina jalan pun guna wang rakyat. Lagi ko letak tol dan itu pun ko minta dari rakyat. 2 kali minta duit = ketika bina satu lebuhraya.

Selepas itu time beli kereta ko letak cukai tinggi2 atas alasan melindungi proton = dan ko buatbodohjek dengan sistem pengangkutan awam = agar seme orang terpaksa membeli kenderaan untuk bergerak =  ko untung melalui cukai = rakyat terseksa sekali lagi dan hey selepas bayar cukai kereta, faedah dari bank kerana meminjam, kena bayar cukai jalan + insurans dan tol ketika guna jalanraya = rakyat patut bersyukur hidup di bawah bn kerana janji ditepati dan majoriti tak perlu bayar banyak cukai?

Mungkin kah bien hidup di alam mimpi?

Nak makan kepsi pun ko kenakan aku cukai.

Dan jika ko berkuasa pada pru-13, ko akan kenakan aku cukai setiap kali aku shopping di pasaraya atas nama GST dan topup henpon.

Dan itu semestinya sudah lebey.

Beginilah. 

Isu bayaran itu neh bukanlah isu pokok. Isu nya ialah sejauh mana kita mendapat kembali kebaikan setelah bersusah payah membayar itu neh. Setakat kedai satu malaysia sana sini kemon lah weh. Korang tak fikir aku neh anak kucing yang setakat hadap frikies percuma jek kan.

Katakanlah kita terpaksa ;

- bayar mahal untuk kenderaan = takde tol = harga minyak rendah or sebaliknya.

- bayar mahal untuk rumah tetapi seme rakyat di utamakan mesti memiliki sekurang2nya sebuah rumah dan bukan hanya orang2 kaya jek mampu memiliki rumah = memonopoli hartanah di malaysia = bagi tujuan spekulasi dan menjana kekayaan.

- Bayar pelbagai cukai dan blabblablabla = pendidikan dunia + akhirat percuma tanpa perlu bersusah payah menyimpan duit untuk belajar. Nak belajar dalam bidang agama pun kena pinjam bhai. 

Senang cakap kita bertolak ansur. Orang finland bayar cukai tinggi = pendidikan percuma. Ini nama nya tolak ansur. Kita? Bayar cukai tetap tinggi = tetapi bien jaja cakap rakyat malaysia takde lah ramai mana bayar cukai [puiiiiii] = segala2nya tetap mahal sehingga menekan kita ke jalan yang langsung takde pilihan = mana ada tolak ansur dari bien?

Dia menekan dan menekan kita, tetapi sedikit tolenrasi dan tolak ansur pun dia taknak bagi kat kita. Nak bangunkan negara neh, bukan orang kaya jek ko kena sayang, golongan macam kami neh pun perlu ko pentingkan. Sebab? Tanpa kami, orang2 kaya takley kaya bahkan tanpa kami negara juga takan boleh menjadi maju beb.

Menurut rafizi kan ;

1. 71.9 % rakyat di malaysia gunakan kereta beb.

2. Ini bermaksud 71.9% rakyat bayar cukai kereta kepada kerajaan.

3. Ini kerajaan bien cakap majoriti dari kita tak bayar cukai?

4. 71.9% = bukan kah majoriti daripada 100% bhai?

Sudah cukup-cukuplah. Korang nak bayar rm16,500 kat kerajaan bila beli kereta kancil bila korang sehingga ke hari neh cuma dapat rm500 jek balik? Itupun guna duit diri sendiri or ubah senario neh?

Well, rm16,500 tue cuma cukai untuk sebuah kereta kancil yang berharga rm40k. Bukan kereta2 lain yang lebih mahal harga nya. Semakin mahal = semakin tinggi cukai beb. Tapi seme neh hanya akan berubah sekiranya mandat pusat diberikan kepada PR beb.

Ingat, PR tak mampu ubah nasib kita. So sapa yang mampu? Tengok tangan dan jari diri sendiri. Amek cermin. Nampak muka tue? Nampak tangan tue? Nampak? Yang itu dia mampu. Bai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...