Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Oktober 2018

Penjelasan Fitnah Yang Kononnya Palestine & HAMAS Sambut #Oktoberfest.

Nadir Al-Nuri | PESTA ARAK BEBAS DI PALESTIN, JANGAN JADI TALIBAN DI MALAYSIA?
 
Saya jarang menulis post menyerang, tetapi kadangkala jahil berlapis perlu ditunjuk-ajar.

Dalam Bahasa Arab jahil jenis ini dipanggil jahil murakkab, orang yang tidak tahu dan bersungguh-sungguh menunjukkan kebodohannya.



Orang yang tidak tahu, tetapi menggunakan hujah jahilnya untuk membela maksiat dan salahlaku.

Post dibawah ini dikongsikan seorang sahabat, yang meminta saya memberikan komen.

Soalan yang pertama, adakah benar di Palestin diadakan Pesta Arak, dihadiri orang kenamaan dan dibenarkan untuk diadakan?

Jawapannya ya!

Hah? Biar betul?

Betul, tetapi ia tidak dibuat di seluruh Palestin, tetapi diadakan di Ramallah dan di Tebing Barat.

Soalan kedua, bukankah ia di Palestin? Jadi apa yang sedang saya bela?

Ya, ia di Palestin tetapi ia tidak menggambarkan semangat dan roh Palestin. Kenapa?

Jawapannya mudah, kerana yang memerintah dan berkuasa di sana ialah Palestinian Authority, kerajaan sekular dan pro-Zionis yang tidak membawa aspirasi pembebasan Al-Aqsa.

Dikata pula HAMAS tidak menentang maksiat ini kerana memahami toleransi bersama kafir zimmi, jizyah dan toleransi agama? Di sana tidak ada lebai dan penunggang agama?

Di sini nampak bodohnya!

Kerana hakikat yang semua penduduk Palestin tahu, HAMAS berkuasa di Gaza sejak 2006 dan sejak itu mereka mencegah segala bentuk perbuatan maksiat secara terbuka, khususnya yang dihalang semua agama seperti meminum arak dan menggunakan dadah.

Padahal sebelum tahun 2006, Gaza juga adalah kawasan penuh kemungkaran, dipenuhi kelab malam dan pesta maksiat, tetapi ia dibersihkan secara fizikal dan spiritual apabila diperintah oleh HAMAS, malah banyak dengan kekerasan.

Jangan sedap mulut menyebut Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tidak menentang maksiat dan mungkar, dan melabel parti lain ala Taliban dan ISIS.

Hakikatnya kalian para liberal dan musuh agama di dalam selimut yang sedang rosak menormalisasikan kemusnahan dan kemungkaran agar diterima oleh masyarakat!

Baca post yang dijawab di sini :

 

👇👇👇👇👇
Meh aku cerita pasal OktoberFest di Palestine..di Bandar Ramallah, bandar Suci Ummat Islam.. Di Palestine ada satu Kilang dan jenama arak tempatan yang Popular dengan nama "Taybeh Beer".. nama pun Taybeh.. kat sini kita takda jenama tempatan....

Taybeh Beer ini adalah penaja rasmi Otoberfest di Bandar Ramallah setiap tahun, Tahun ni mereka lebih awal sambut Oktoberfest iaitu pada 8 September.. Taybeh Beer ada Kilang yang dimiliki anak tempatan, produk mereka di Expot keluar Negara..

Setiap Tahun Oktoberfest disana diadakan sebagai Pesta dan majlis keramaian di tempat terbuka, bukan saja orang dewasa, ia juga disertai tokoh agama dan Politik, malah kanak kanak.. , ada pesta makanan, Kosert,tarian, pameran produk penduduk tempatan dan jadi acara dari kalendar pelancongan Palestine..

Baiknya kita disini, walaupun muslim hanya 60%.. Pengajuran Oktoberfest lebih ketat dari Palestine yang muslimnya 95% seperti Dubai dan Qatar.. Di Malaysia ia hanya disertai bukan Islam dan orang dewasa.. dan dibuat dikawasan tertutup..

Cuma bezanya.. Dekat sana takda lebai pejual dan pedagang agama, orang agama disana lebih faqih dari sini.. kat sana takda Ulama dan Pemimpin Hamas buat demo bantah pesta arak..

sebabnya Kalau di Palestine mereka faham sejarah Khalifah Umar dan Cukai Jizyah/Usyur kepada ahlu Dzimmah dan mereka yg datang dari Dar harb.... ada sebahagian Ulama berpandangan bukan cukai, tetapi Khalifah Umar mengambil keuntungan dari nilai jualan arak dan Babi sama seperti Sin Tax melibatkan Rokok dan Judi.. harga mahal sebab Kerajaan ambil sebahagian keuntungan dari nilai Rokok dan arak..

Sebab ramai tokoh gerakan Islam Dunia Arab mereka ni faham Fiqh dalam pemerintahan.. Termasuk lah Qatar tempat Yusuf Qaradawi menetap..

depa tak macam lebai2 PAS.. sebab PAS ikut Fiqh Kitab Taliban dan Ulama Khalifah Abu Bakar El Baghdadi pemimpin ISIS dan Taliban sebagai rujukan pemerintahan.. :) - 13 Oktober 2018.

Isnin, 13 Ogos 2018

Peguam Mahu Saman Jika Maknyah Guna Tandas Wanita, Dr. Mujahid Nafi Arah Kongsi Tandas.

Susulan dari tindakan sesetengah pihak yang mahu menyaman Menteri Agama, Dr. Mujahid Rawa berikutan dianggap membenarkan golongan LGBT khususnya merujuk pada Transgender - Maknyah menggunakan tandas wanita, ini kenyataan balas dari JAKIM bagi menjawab dakwaan yang dilemparkan.

Sebelum ini tular kenyataan seorang peguam yang dikenali sebagai Nurhidayaty Maidin yang membuat pengakuan terbuka mahu menyaman Dr. Mujahid dan kerajaan sekiranya maknyah-maknyah semakin galak menggunakan tandas wanita kesan dari sidang media yang dilakukan oleh Dr. Mujahid Rawa bersama Nisha Ayub pada jumaat lalu.

Menurut Nurhidayaty, Dr. Mujahid dianggap secara cuai telah memberikan gambaran seolah-olahnya maknyah boleh menggunakan tandas wanita dan ruang solat tanpa memikirkan kesan dan risiko terhadap wanita termasuklah ruang peribadi mereka sendiri khususnya dalam soal aurat dan sewaktu dengannya.

Dr. Mujahid Rawa bagaimanapun telah menjawab perkara tersebut dalam satu siaran media segera dibawah ini;

Tiada Arahan Berkongsi Tandas.

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR MUJAHID YUSOF RAWA

1. Sekali lagi, merujuk kepada pertemuan saya bersama wakil transgender Jumaat lalu. Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu yang sensitif. Saya berpandangan kita boleh dekati isu ini dengan dua cara pendekatan sama ada ia dilakukan secara ‘engagement’ atau ‘confrontational’. Kedua-dua bentuk pendekatan itu bagaimanapun mempunyai manfaat dan mudaratnya yang tersendiri. Namun sebagai menteri dan mewakili institusi agama bagi kerajaan persekutuan, pada hemat saya pendekatan secara ‘engagement’ yang lebih lunak dan lembut lebih sesuai dan ‘rahmah’ malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik-teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah pun menjalankan kerja-kerja dakwah secara ‘engagement’ terhadap pelbagai kumpulan sasaran, terutamanya dalam isu transgender. Untuk rekod, JAKIM telah pun mendekati komuniti berkenaan sejak lapan tahun yang lalu, untuk mengeluarkan mereka dari kancah industri seks sebagai objektif pertama dan seterusnya memberi bimbingan ilmu dan keagamaan bagi perubahan sepenuhnya. Ditegaskan lagi, bahawa menggunakan pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum di peringkat awal.

3. Saya juga menyedari telah berlaku sedikit kekhilafan semasa sidang media Jumaat lalu ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain. Saya menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu. Ia bukan kenyataan muktamad mahupun arahan, ia sekadar respon spontan saya. Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah “maybe..” dan “if…” kerana ia boleh melibatkan pelbagai bentuk situasi dan keadaan. Demikian juga hal berkaitan saf solat. Semua hal tersebut sesuai dibicarakan lanjut kelak oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam (offended) dengan kekeliruan yang telah berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai.

4. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pendirian saya selaku menteri, kekal bahawa kita langsung tidak bersetuju tindakan yang dilakukan golongan transgender merangkumi lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, penukaran jantina, perlakuan menyerupai wanita dan yang sebaliknya dan juga kecenderungan seks sama jenis. Tiada sama sekali pengiktirafan atau berkenan untuk mempromosi terhadap semua perlakuan tersebut.

5. Berdasarkan kesimpulan dan dapatan dari kajian JAKIM selama lapan tahun dan juga beberapa kajian ilmiah antaranya oleh Dr Izwan Yusof, Teh Yik Koon dan Prof Madya Dr Rafidah Hanim, saya telah menyimpulkan kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, serta adat dan budaya merupakan antara faktor mendorong mereka untuk menjadi pekerja seks kerana menganggap mereka tidak diterima oleh masyarakat. Kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku selaku manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan yang sesuai, mendapat pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tiada dihina dan dikutuk ketika ingin mendapatkan hak asas (basic rights) yang tersebut di atas hingga akhirnya terus membenci agama dan manusia lain. Itulah hak asas yang wajar dinikmati oleh seluruh warganegara. Selagimana, penunaian hak itu tidak mengancam hak yang lain secara jelas. Berdasarkan pengalaman JAKIM menyantuni komuniti juga, JAKIM mendapat maklum balas dari komuniti transgender tentang isu diskriminasi misalnya penolakan keluarga, stigma masyarakat, ejekan dan buli, stigma agamawan, sukar mendapat pekerjaan kerana tidak memenuhi peraturan majikan yang menetapkan berpenampilan seperti identiti yang tercatat dalam kad pengenalan.

Bagaimanapun, JAKIM juga menerima maklum balas dari komuniti transgender yang mempunyai kerjaya yang baik, masih tinggal bersama keluarga, dapat peluang belajar dan mendalami agama misalnya melalui program yang dilaksanakan oleh JAKIM dan lain-lain, kerana mereka bersedia bertoleransi dengan nilai norma, budaya, agama, undang-undang yang dianut oleh bangsa Malaysia.

6. Keperluan untuk mendekati golongan transgender dan memahami selok belok kaedahnya supaya dapat menarik mereka menjinakkan diri dengan ilmu agama sehingga akhirnya keluar daripada perlakuan yang dilaknati oleh Rasulullah SAW adalah suatu tuntutan dakwah. Kita tidak boleh hanya melaknat dan memulaukan tanpa ada pihak khususnya pihak berwajib yang mendekati dan memberi peluang secara lunak dan bersasar. Sudah tentu, saya menerima hadis-hadis sahih yang melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, namun pada hemat saya, ia lebih sesuai dalam bentuk dakwah umum seperti dalam khutbah Jumaat tanpa sebarang dikhususkan kepada identiti tertentu. Namun dalam konteks dakwah fardiah (individu), pendekataan secara al-nasihah bil hikmah perlu dilakukan tanpa mendahulukan ancaman dan laknat sebelum menjelas dan mendekati. Demikian metodologi dakwah yang diajar di dalam al-Quran apabila Nabi Musa AS diperintahkan mengadap Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut (Taha: 43-44) dan hadis tentang cara Rasulullah SAW menasihati pemuda yang datang meminta izin untuk berzina, baginda melarang Sahabat mencela seorang Sahabat lain yang ditangkap kerana meminum arak dan lain-lain lagi.

7. Berdasarkan beberapa kajian oleh pihak JAKIM juga, komuniti LGBT Muslim di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori dan kategori yang perlu diberi penekanan serta bimbingan ialah golongan yang mahu berubah atau berhijrah serta yang mengakui bahawa perlakuan mereka menyalahi agama. Bagi kategori yang ketiga (iaitu yang menganggap perlakuan mereka disebabkan naluri semula jadi dan tidak rasa bersalah) perlu digerakkan dialog berterusan untuk sama-sama saling memahami agar mereka tidak terus terpesong. Hanya selepas itu, pendekatan lain wajar disusun dan dimulakan.
Akhir sekali, berhentilah dari memanipulasi kenyataan saya dengan fitnah atau kesimpulan yang tidak pernah saya maksudkan. Tiada pula saya bersifat lunak dan lembut tanpa batasan dan perancangan. Tugas menghukum, bukan tugas kita. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak untuk menilai seseorang hambaNya. Kita perlu menyelamatkan, bukan hanya cekap dan pantas dalam mencaci, melaknat dan menyisihkan kerana ruang taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke hujungnya. Negara dan pemimpin yang rahmah, perlu mengutamakan yang lunak sebelum keras lagi menjauh dan menambah benci terhadap Islam. Kita masyarakat berhentilah menjadi masyarakat yang menghukum. Bantu dan bimbing. Komuniti transgender juga perlu berhenti menuntut hak yang menyanggahi nilai norma, budaya, agama,undang-undang yang dianut bangsa Malaysia. Dengan itu, masyarakat lebih sejahtera.

“Rahmatan lil a'lamin”

Perjalanan ke Makkah al-Mukarramah,

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

13/8/2018

Sabtu, 17 Februari 2018

MAZA Bimbang Dengan Sikap Timbalan Setiausaha DAP, P.Ramasamy Andai Berkuasa Kelak..

MENULIS di Facebook rasminya, Mufti Perlis, Doktor Asri Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai MAZA menzahirkan kebimbangannya dengan Timbalan Setiausaha DAP andai mempunyai kedudukan politik penting dalam negara.


Menurut MAZA, beliau bimbang dengan masa depan negara kerana pemimpin rasis berupaya menganggu kestabilan kaum dan agama di Malaysia.

"Kita tidak pasti apakah akan terjadi kepada masa depan keharmonian kaum dan agama jika individu seperti Timbalan Setiausaha DAP ini mempunyai kedudukan politik yang penting dalam Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. 

Jelas MAZA lagi, adalah menjadi kewajipan semua untuk untuk menjaga keamanan yang telah dinikmati negara dan setiap dari kita bertanggungjawab untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dengan terus mengamalkan sikap-sikap seperti sopan santun dan meraikan kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia.

MAZA bimbang jika dengan terus mengamalkan sikap tegang dan memusuhi seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah rakyat dalam isu agama akan merosakkan keharmonian negara.

"Keharmonian antara rakyat di negara ini hendaklah dipelihara. Tersilap langkah kita akan kehilangan segala keamanan yang telah kita nikmati. Kita wajib mengukuhkan hubungan antara kita secara harmoni, santun dan memahami latar sejarah negara ini. 

Kita amat bimbang dengan sikap tegang dan permusuhan yang ditunjukkan oleh sebahagian kalangan rakyat berkaitan isu agama. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Ya Allah! Selamat negara ini dari permusuhan antara rakyat tanpa sebab yang benar," katanya lagi.

Rabu, 3 Januari 2018

'Amanat Hadi Awang' - Ini Jawapan MAZA Kepada PAS.

Oleh : MAZA
BENARKAH "AMANAT HADI ‘DR MAZA LUPA NASIHAT SENDIRI’?
Semalam Akhbar PAS, Harakah mengeluarkan satu artikel tulisan seorang penulis parti berkenaan bertajuk ‘Amanat Haji Hadi: Dr MAZA Lupa Nasihat Sendiri’. Tulisan itu kononnya saya lupa kepada nasihat saya sendiri pada tahun 2013 agar mengelakkan diri dari berbincang isu kafir-mengkafir Amanat Haji Hadi dan beri peluang kepada YB DS Abdul Hadi menjawab isu amanat beliau. Beliau memetik artikel saya tahun 2013 iaitu MENILAI AMANAT HAJI HADI DENGAN ADIL. Malangnya petikan itu secara tidak seimbang. Bagi pengikut parti berkenaan yang kurang teliti, mungkin akan percaya kepada ulasan tersebut.

Kenyataan penulis PAS tersebut rentetan kenyataan saya yang dikeluarkan oleh NST yang mana saya dilaporkan menyebut Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memfatwakan amanat tersebut menyeleweng dan sesat. Saya sebenarnya, bukan membangkitkan kembali isu Amanat Hadi, tetapi menjawab soalan wartawan benarkah dakwaan yang para mufti di zaman itu dan seterusnya, langsung tidak mengambil sikap yang sepatutnya mengenai amanat itu.
Namun, saya juga bersetuju bahawa amanat itu juga punca kepada Peristiwa Memali dan amanat itu merbahaya.
‘Golongan fanatik’ parti berkenaan seperti biasa dengan nada emosi ada yang memaki hamun (itu merupakan zikir sebahagian mereka). Ada yang mempertikaikan bahawa bahawa tidak pernah wujud fatwa kebangsaan seperti itu. Ini mungkin kerana merasakan PAS rapat dengan kerajaan. Mereka sendiri terLUPA kedudukan parti itu sebelum ini dan bahawa keakraban itu ‘sifatnya baharu’. Ada juga yang menyatakan kenyataan ini sebagai ‘musuh islam dan agenda yahudi’. Maksudnya, sudah pasti sesiapa yang memusuhi Islam, maka dia kafir. Zikir yang selalu didendangkan. Ada yang menyatakan kenyataan saya itu sebagai pentaksub Tun Mahathir. Padahal kenyataan saya itu menafikan dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan para mufti tidak bantah amanat tersebut.
Di sini saya ingin menjelaskan maksud kenyataan tersebut;
1. Apabila pihak NST menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan mufti-mufti diam mengenai Amanat Hadi. Saya rasa kenyataan itu tidaklah begitu tepat sebab ada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (ketika itu nama tersebut masih dibenarkan) beberapa kali telah mengeluar keputusan yang sama bahawa Amanat Hadi bercanggah dengan ajaran Islam. Walaupun ketika Amanat Hadi itu berlaku saya masih di sekoleh rendah, tapi berita fatwa berkenaan diketahui oleh semua pihak, apatahlagi di zaman internet kini. Tambahan pula, saya sebagai mufti negeri, maka banyak hal fatwa saya mengetahuinya. Antara buktinya;
- Dalam kenyataan Akhbar Utusan pada 22 April 2001, Menteri JPM ketika itu Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, “Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada 21 November 1984 berhubung Amanat Haji Hadi. Pada 3 Disember pula majlis itu membuat keputusan bahawa amanat tersebut bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa kepada Majlis Raja-Raja dan diluluskan. Berikutan itu juga, minggu lalu kita menghantar satu pekeliling kepada semua kerajaan negeri supaya mewartakan perkara tersebut dan ia perlulah diikuti (lihat:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp… )
-Utusan Malaysia pada 7hb Januari 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemimpin parti politik terbabit termasuk ahlinya yang taksub dengan amanat itu sehingga mengundang perpecahan rakyat digesa kembali kepada ajaran Islam.Katanya, keterbatasan dalam agama Islam perlu sentiasa dipelihara dan tidak sekali-kali diperjudikan kerana politik demi akidah umatnya."Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk di peringkat negeri bersidang pada 1984 dan pada 3 Disember tahun sama, fatwa tersebut dikeluarkan kerana jelas sekali istilah kafir mengkafirkan sesama Islam adalah bertentangan dengan ajarannya. Fatwa diperbaharui pada Julai 2002.
"Jadi baik masyarakat mahupun pemimpin politik perlu kembali berpegang kepada fatwa itu. Harus diingatkan bahawa kita adalah pendakwah bukan penghukum dan keterbatasan dalam politik itu jika digaul bersama agama akhirnya umat Islam sendiri yang rugi," katanya. (lihat: http://ww1.utusan.com.my/…/Fatwa-Amanat-Haji-Hadi-haram-per… )
2. Fatwa itu masih rasmi sebagai pegangan kerajaan yang ada hari ini. Walaupun alhamdulillah hubungan UMNO dan PAS hari ini begitu rapat dan baik, namun saya tidak fikir kerajaan akan menarik balik fatwa Amanat Hadi di zaman itu sekalipun telah berusia 36 tahun itu. Ini kerana pengiktifan kepada amanat itu boleh membawa kepada persetujuan bahawa UMNO dahulunya sebuah parti kafir dan yang mereka yang UMNO ketika itu yang masih hidup sehingga kini merupakan ‘bekas-bekas’ orang kafir. Di samping itu, perlembagaan yang ada pada 38 tahun lepas dan yang sekarang masih yang sama. Jika perlembagaan Malaysia itu jahiliyyah lagi kafir dan menentang mereka yang mengekalkan perlembagaan itu satu jihad yang membawa mati syahid, bererti hal itu masih wujud. Dalam ertikata lain menentang mana-mana kerajaan yang masih memakai perlembagaan Malaysia sekarang merupakan jihad dan jika mati ia merupakan mati syahid. Lihat kembali teks Amanat Hadi tersebut;
“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam”.
3. Seperti yang saya jelaskan bukan mengungkit Amanat Hadi, tetapi saya menjawab kenyataan Tun Mahathir. Soalannya, benarkah Amanat Hadi punca kafir-mengkafir? Hal ini diakui oleh banyak pihak yang terlibat. Antara YB Dr Mujahid Yusuf dalam bukunya ‘Menuju PAS Baru’. Beliau merupakan anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am PAS. Ketika buku itu ditulis dan diterbitkan dia masih lagi seorang pemimpin dan Ahli Parlimen PAS. Beliau menyebut: “Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong UMNO adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana UMNO parti sekular yang menolak Islam…penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini” (m/s 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).
4. Isu kafir-mengkafir, solat dua imam, tidak makan sembelihan orang UMNO, memutuskan hubungan keluarga, cerai berai, kubur berasingan dan pelbagai lagi sengketa bagaikan dua agama yang berbeza bukan kejadian yang tersembunyi. Peristiwa Berdarah Memali dengan pengistiharan ‘mati syahid’ merupakan salah satu manifestasi iktikad itu. Sesiapa yang hidup di kawasan kuat PAS di zaman itu bahkan sehingga tahun 2000 ke atas pun, masih dapat melihat dan mengalami hal itu. Ia bukan satu gerakan bawah tanah atau cerita mulut, tetapi bukti hidup masih ramai. Walaupun ada pemimpin PAS yang cuba menidakkan sebagai satu ‘penafian politik’, namun mereka sendiri tahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku.

5. Saya antara orang awal yang cuba memberikan ruang agar isu kafir-mengkafir tidak lagi dibangkitkan. Penulis PAS itu sepatutnya menukilkan juga petikan artikel saya MENILAI AMANAT HAJI HADI DENGAN ADIL yang ditulis pada 2013 itu (saya belum menjawat jawatan Mufti Perlis semasa itu) yang saya menyebut di bawah tajuk ‘PAS Berubah’ :
“PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk diri Haji Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan amanat lama DS Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan. Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kacamata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian. Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan UMNO maka DS Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang”.
6. Dari petikan artikel saya di atas saya ingin menimbulkan beberapa soalan;
-Alhamdulillah, PAS sekarang sudah tidak menganggap UMNO kafir, namun apakah amalan menuduh sesiapa yang tidak bersetuju dengan PAS sebagai ‘musuh Islam’, ‘menentang PAS bererti menentang Islam’ dan ‘menentang ulama PAS bererti membenci Islam’ masih wujud ataupun tidak? Ini kerana, semua anggapan dan tuduhan itu akan membawa kepada mengkafirkan pihak yang dituduh. Pastinya, sesiapa yang memusuhi dan menentang Islam maka pasti dia menjadi kafir. Jika hal itu masih dapat kita lihat dalam ceramah dan ucapan para pemimpin dan pengikut PAS, bererti ‘angin kafir-mengkafir’ masih bertiup. Ia wajib dihentikan. Pimpinan PAS wajib mengambil tanggungjawab ini.
-Pihak YB DS Presiden PAS sepatutnya mengambil ruang hubungan baik dengan kerajaan untuk menghuraikan amanat itu dalam media kerajaan. Jika tidak pun, dalam zaman media social yang mudah dicapai oleh semua pihak hari ini, sepatutnya sejak dahulu satu penerangan secara jelas tentang amanat itu dibuat. Huraikan maksud kalimat-kalimat dalam amanat itu, ataupun secara mudah istiharkan ia sesuatu yang tidak boleh digunapakai. Mengapa hal ini belum berlaku?
7. Saya ingin menukilkan sekali lagi apa yang saya sebut dalam artikel MENILAI AMANAT HAJI HADI DENGAN ADIL itu: Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi s.a.w bersabda:
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut Majmu‘at al-Fatawa: “Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad s.a.w dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah s.a.w , lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bid’ah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa”.
Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.
8. Untuk sahabat-sahabat PAS, saya tidak mempunyai masalah dengan pihak PAS selagi tidak bermudah-mudah dalam kafir-mengkafir, sesat-menyesat, menuduh pihak lain ‘musuh Islam’, anti-Islam dan seumpamanya. Melainkan jika ada bukti yang nyata serta jelas tanpa takwilan lagi. tabiat suka memaki hamun serta mencerca orang juga wajar dihentikan.
Di samping itu, saya akui, pada PAS juga ada sumbangan kebaikan yang tidak boleh dinafikan. DS Presiden PAS pun ada sumbangan beliau dalam penyebaran Islam. Ayah saya orang PAS dan ramai sekali sahabat saya orang PAS. Saya mempunyai hubungan baik dengan mereka. Ruang pejabat saya sentiasa terbuka jika ingin berbincang.

Rabu, 8 November 2017

Tumpangkan Mangsa Banjir - Wahabi Pandai Nak Spin Kenyataan Kata Pentadbir Halaman Zamihan..

Dikritik bertubi-tubi dalam isu menumpangkan non muslims di dalam surau, hari ini pentadbir halaman Ustaz Zamihan tampil membuat penjelasan mengenai perkara tersebut ketika menjawab kritikan seseorang.

Zamihan - Google
Tanpa mendedahkan butiran pengkritik itu, pentadbir Zamihan menulis bahawanya ramai pihak yang 'spin' kenyataan sebenar Ustaz Zamihan ketika berkongsikan gambar tangkaplayar tersebut.
Pentadbir halaman itu juga seperti menyalahkan wahabi, portal berita seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today atas kritikan yang diterima oleh Ustaz Zamihan.

Berikut apa yang beliau tulis di halaman Ustaz Zamihan.


"Ini juga ubat untuk tuan punya status.
Admin bukan nak back-up Ustaz Zamihan tapi oleh kerana Wahabi pandai nak Spin perkataan Ustaz Zamihan dan bagi mind set kepada orang awam kononya Ustaz Zamihan extremist. Mungkin juga Wahabi nak Spin sebab dendam peribadi barangkali?
Sebenarnya Ustaz Zamihan tak larang pun Non Muslim masuk ke dalam surau untuk berlindung tetapi mestilah menjaga kesucian surau dan ruangan solat. Kalau nak faham apa yang Ustaz Zamihan sampaikan kenalah di pecahkan beberapa perkataan Ustaz Zamihan dibawah ini.

Gambar - Facebook
1) - " SITUASI gambar di atas tidak sepatutnya berlaku (Rujuk gambar di bawah) "
Apakah situasi yang tidak sepatutnya berlaku berdasarkan gambar di bawah ini [Gambar Non Muslim di dalam ruangan solat surau]? Sila rujuk gambar di bawah.
* Lelaki NON muslim tanpa memakai baju di dalam ruangan solat surau.
* Wanita Non Muslim berseluar pendek membuka aurat didalam ruangan solat surau.
* Lelaki NON Muslim sedang berbaring@tidur di ruangan solat surau tanpa menggunakan alas atau lapik.
Inilah 3 Situasi yang tak sepatutnya berlaku.
2) - " ia tidak boleh dikategorikan sebagai DHARURAT kerana masih ada IKHTIHAR LAIN "
* Berkemungkinan belum dalam keadaan DARHURAT kerana, Non Muslim masih ada tempat lain untuk berlindung selain di dalam ruangan solat surau di tempat kejadian. Sekali lagi SELAIN DIDALAM RUANG SOLAT!. Seperti ruang beranda surau, dewan dan tempat lain selain didalam ruang solat.
* Mungkin juga oleh kerana paras air naik pada waktu itu di kata kan sampai paras dada dan ditambah lagi arus sangat deras sehingga memaksa Non Muslim berlindung di dalam Surau. Ini tidak lah bermakna memboleh kita mengabaikan kesucian tempat ibadat DI RUANGAN SOLAT.
* Seperti yang di beritahu oleh pengerusi Surau bahawa Surau pada ketika itu tidak mempunyai pakaian cuma hanya ada " kain pelikat, Kain Telekung dan Kain ihram".
* Ini bermaksud masih ada " IKHTIHAR LAIN " bagi Non Muslim untuk menjaga kesucian atau menjaga adap dalam ruangan solat surau tersebut walaupun Non Muslim berlindung di dalam Surau. Cuba lihat anak Panah (Berwarna Merah) di dalam gambar di bawah ini dapat dilihat ada kain telekung untuk menutup aurat, kain ihram untuk menutup badan atau kain pelikat untuk di jadikan alas tempat tidur.
3)- " Pihak pengurusan masjid/surau juga perlu mengingatkan mereka [Non Muslim] dengan adap dan syarat bagi menjaga kesucian masjid "

* Ustaz Zamihan hanya menegur Pengurusan Surau di tempat kejadian supaya memberi peringatan kepada Non Muslim yang berlindung didalam surau untuk menjaga adap dan syarat kesucian surau apatah lagi mereka berada di ruangan solat.
* TIDAK ADA ! sekali lagi TIDAK ADA!! Takde pun perkataan Ustaz Zamihan yang menyuruh atau bertegas kepada Pihak Pengurusan Surau itu supaya melarang Non Muslim berlindung di dalam Surau.
Hairan cepat betul Wahabi, Fmt dan Malaysiakini buat kerja dajal hangpa bertiga dah KAWTIM ke?," kata pentadbir halaman tersebut mengakhiri penjelasannya.

Khamis, 28 September 2017

Isu Dobi Muslim Masuk Mesyuarat Kabinet - Menteri Takde Kerja Ke Kritik Netizens.

Banyak lagi isu lain yang patut dibincangkan dan ditekankan oleh pihak kerajaan daripada membahaskan perniagaan milik individu yang bebas melakukan apa sahaja jenis perniagaan selagi mana tidak melanggar undang-undang perniagaan di negara ini. Itulah antara luahan netizens yang agak marah apabila membaca media yang melaporkan isu dobi muslim akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk dibincangkan oleh jemaah menteri.


Pada semalam Sinar Harian melaporkan kedai dobi yang mensasarkan pelanggan muslims di Muar akan dibawa ke dalam mesyuarat kabinet untuk dibincangkan. Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan perkara tersebut bertentangan dengan pendirian kerajaan.

"Saya lega bila mendapat tahu pusat dobi tersebut membuat keputusan untuk membuang papan tanda (bersifat) diskriminasi dan mula menyediakan khidmat cuci kepada orang bukan Islam," katanya dalam laporan tersebut.


Menteri itu turut membayangkan mewujudkan dobi muslims adalah seumpama dengan bertindak ektremis dan perkara-perkara seperti itu tidak akan diberi tolak ansur oleh kerajaan. 
 
"Kita perlu menolak sebarang unsur ekstremis dan diskriminasi dalam masyarakat berbilang kaum kita yang bangga mengekalkan status sebagai negara yang progresif. "Tidak pernah dalam polisi kerajaan menyokong unsur sedemikian," katanya lagi.

Dalam pada itu majoriti netizens mempertikaikan tindakan kerajaan membawa perkara berkenaan ke dalam mesyuarat kabinet. Ada di antara mereka yang membandingkan isu arak yang tidak dibawa ke mesyuarat kabinet sedangkan perkara tersebut mendatangkan mudharat besar dari segi kesihatan dan masalah sosial kata mereka lagi.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa kerajaan tidak membawa kes penipuan yang membabitkan pembelian rumah murah yang dikaitkan dengan dua orang wakil rakyatnya yang mana isu berkenaan lebih penting kerana menyentuh kepentingan rakyat di samping intergriti pihak-pihak yang dinamakan mempunyai kaitan dengan skandal tersebut.


Dan ada juga yang menyindir kerajaan apakah isu songlap 40 juta juga dibawa bincang ke dalam kabinet. 

"Bincang isu remeh. Kalau nak bincang, bincanglah kenapa 40 juta boleh lesap kena curi dengan orang kau," sindir Tepayanki Tepanyaki.

"Penting ke nak dibawa berbincang ni? Bukan dah minta maaf? Bukan dah tarik balik notis? Bukan Sultan Johor dah selesaikan isu? Kenapa menyibuk? Baik jaga urusan korang je lah!," respon Nurudin yang kelihatan seperti marah.

"Aku ke yang bodoh bila terfikir banyak lagi masalah-masalah rakyat yang patut kerajaan bincangkan daripada sibuk isu terpencil," kata Ahmad Rashid. 

"Kita bersangka baik. Sebenarnya kerajaan dah berjaya selesaikan semua masalah rakyat. Tu yang banyak masa bincang benda bodoh," perli Norul.

Disamping menyindir kerajaan, ada juga pihak-pihak yang mempersoalkan diskriminasi kerajaan bila membincangkan isu berkaitan kepentingan dan sensitiviti umat Islam. Sesetengah netizens pula ada mengulas dengan membayangkan apa yang pemilik dobi lakukan adalah atas tajuk agama dan syariat Islam. 

Oleh itu ia tak sepatutnya dibawa ke mesyuarat kabinet jika tujuannya untuk menghalang atau mempersendakan usaha umat Islam ataupun dikaitkan dengan ektremisma kata mereka lagi.

Jumaat, 7 Julai 2017

Tiada Nas Quran Yang Kata Haram Pegang Anjing, Ustaz PKR Bidas JAKIM.

Minggu ini media sosial kecoh dengan isu anjing. Isu anjing dan perbahasan mengenainya sering menjadi polemik di negara ini apabila ada penglibatan orang Islam dalam topik berkenaan. Isu terbaru mengenai anjing ialah apabila seorang wanita melayu yang beragama Islam dan bertudung memuatnaik satu video mengenai anjing belaannya dan menyebarkan ia di laman sosial. 


Video itu dengan pantas menjadi tular dan wanita itu dikecam netizens terutamanya dikalangan penganut Islam. Wanita itu yang dikenali dengan nama Nurhanizah Abdul Rahman, juga diminta bertaubat oleh JAKIM.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman Facebook, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha berkata Nurhanizah perlu bertaubat dan JAKIM amat menyesali tindakan beliau memegang anjing secara sengaja.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Ketua Pengarah JAKIM itu.
ISU ANJING PELIHARAAN
DALAM FACEBOOK
NURHANIZAH ABDUL RAHMAN
Jakim telah mengenalpasti seorang individu bernama Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuatnaik dalam Facebook beliau pada 1 Julai 2017 jam 2.11 petang pengkisahan berkaitan anjing peliharaan beliau yang bernama Bubu.
Jakim amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam. Ini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Justeru, Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Malahan Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.
Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.
Sekian.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN
BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim
5 Julai 2017
Bagaimanapun pandangan oleh JAKIM itu tidak dipersetujui oleh beberapa aktivis di kalangan pembangkang dan pro rakyat. Berikut adalah pandangan-pandangan dari mereka;

Ustaz Wanji / EXCO AMK 

Tiada satu Nas dari Quran dan hadis menyatakan haram pegang anjing. Tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing. 

Yang ada adalah, mazhab Syafie menyatakan perlu basuh apabila menyentuh atau tersentuh anjing dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah. 

Saya kira, mendesak agar bertaubat itu tidak tepat, kerana ia tidak melibatkan kepada dosa langsung. Dosa ditentukan oleh wahyu, bukan JAKIM. 

Peguam hak asasi Syahredzan Johan 

Jakim tidak ada bidangkuasa untuk menentukan hukum (kecuali dari segi pengeluaran pensijilan Halal) mahupun mengelurkan fatwa. Jakim tidak ada bidang kuasa untuk “menegur” atau “menasihati” sesiapa tentang hukum hakam membela anjing. 

Oleh itu, Jakim tidak wajar campur tangan dalam apa yang sepatutnya dalam bidang kuasa majlis agama dan mufti-mufti. 

Peguam dan aktivis Siti Kasim Jakim menghina Islam

[Selepas memetik ayat 4 surah al-Maaidah], bertaubatlah Jakim. Anda melanggar kata-kata Tuhan. 

Penulis dan penggiat masyarakat Anas Zubedy 

Selepas tonton video Nurhanizah, saya teringat kisah Nabi di mana beliau sarankan seorang wanita dijanji syurga kerana buat baik pada anjing. Salam.

Rabu, 17 Mei 2017

RORA Bercuti Guna Duit Derma Kata Blogger UMNO - Ini Jawapan Untuk Pemfitnah.

Tuduhan pada awalnya datangnya dari blog pro UMNO. Blog yang menyebarkan kandungan berunsur fitnah;

https://captainmgs.blogspot.my/2017/05/rm16-juta-dalam-akaun-ngo-milik-mufti.html?m=1


Jawapan kepada tuduhan tersebut;
Malaysian Islamic Study Group USA (MISG USA) mengambil maklum tentang tersebarnya poster berunsur fitnah bahawa Dr Rozaimi Ramli, Dr Maszlee Malik dan Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin telah dituduh bercuti ke Amerika Syarikat dengan hasil kutipan derma Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia. Gambar yang digunakan adalah gambar yang diambil sewaktu kunjungan mereka pada Disember 2016 yang lepas.
Selaku pihak yang bertanggungjawab menjemput dan menguruskan mereka sewaktu kunjungan tersebut, malah merupakan host utama sepanjang keberadaan mereka di US, MISG dengan tegas ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga tokoh tersebut dijemput oleh MISG selaku penceramah bagi beberapa program kami. Segala kos pengangkutan dan penginapan mereka ditanggung oleh MISG, dan bukannya Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia seperti yang didakwa di dalam poster tersebut.
Oleh itu, tuduhan yang dilontarkan ke atas mereka adalah tidak benar sama sekali. MISG menyeru semua pihak agar berhati-hati dan tidak menyebarkan berita palsu seperti ini. Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah.
Respon MAZA

Dalam pada itu, MAZA turut menjawab kritikan netizens mengenai jualan meja makan malam AMAL yang mencecah sehingga rm30,000.



Netizens menyifatkan jualan meja sehingga rm30,000 adalah sangat membazir dan merosakkan nama agama. Juga menjurus kepada amalan bidaah kerana Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah berbuat demikian.


Dalam satu respon kepada isu yang kontroversi itu, MAZA berkata jualan meja amal itu adalah dikhususkan bagi mereka yang mempunyai duit sahaja. 

Menurut MAZA lagi, makanan (menu) pada majlis berbuka puasa itu juga adalah sama untuk semua. Kutipan itu pula adalah bertujuan untuk menampung aktiviti dakwah yang dijalankan oleh IQ. MAZA juga turut menafikan IQ mempunyai dana sehingga 16 juta ataupun menghampiri 16 juta. 

"Program tu bukan saya yang buat, saya postkan je. Program tu mereka buat di KL. Saya mana ada masa. Mereka yang mesyuarat. Mereka buat poster, saya masukkan sahaja lah. Ada lah gambar saya sebagai penceramah," katanya dalam satu video ceramah.

"Jadi ada mangkuk, cawan ni dengki la. Dia kata ohhh mana boleh membazir makan rm30,000. Bukan makan tu rm30,000 tu. Makan tu sama je. Bagi sumbangan rm30,000. Nak ambil mana duit rm30,000. Bukan wajibkan bagi, bagi yang ada duit aje lah,".

"Kita buka lot tanah orang nak wakaf, 30 ringgit, 50 ringgit, 5 ringgit terpulang la orang nak bayar banyak mana. Yang lain pun dah ada bising, parti politik tu. Parti dorang pun buat," katanya lagi.

Sabtu, 31 Disember 2016

Umat Islam Ajak Boikot Mekdi Kerana Palestine, MP DAP Ajak Boikot Mekdi Kerana Kek - Memalukan!

Hak memboikot hak setiap insan. Atas alasan apa pun. Kau suka kau beli. Kau tak suka kau jangan beli. Kau nak makan, kau makan. Kau nak boikot ko boikot. Itu semua kau punya pasal. 

Cuma kat sini aku nak tunjukkan sikit sikap kemerengan perangai Nga Kor Ming neh. 

Kita kalau nak memboikot apa-apa benda pun biarlah munasabah sikit bila membabitkan sentimen orang ramai. Dulu pernah ada sentimen boikot mekdi sebab mekdi tempatan bayar yuran franschais pada mekdi antarabangsa dan mekdi antarabangsa dikatakan menderma kepada Israel untuk projek pembantaian umat Islam.

Aku sungguh pun tak fikir macam tu (aku fikir lain sikit, aku fikir mekdi tempatan bayar yuran franchais dan apa2 yang mekdi antarabangsa nak buat dengan duit tu dah bukan tanggungjawab mekdi tempatan lagi so tak wajar nak salahkan mekdi tempat cuma aku setuju boikot atau jaga sikit pemakanan kerana mekdi neh fast food. Fast food terbukti mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan ke atas tubuh badan manusia) aku tetap meraikan hak orang nak boikot. Aku takde la sindir-sindir macam sesetengah makhluk binawe tu.

Aku pun sejujurnya meraikan jugak hak Nga Kor Ming dan geng2 bengap dia neh nak memboikot. Sungguhpun aku meraikan, aku tetap nak pinpoint kebodohan dia sebab dia membayangkan isu kek neh atas tajuk agama. Kononnya ia berpunca atas sentimen puak radikal keagamaan.

Nah, tengok.  
 


 Religious radicalism abah kau. 

Sedangkan isu neh begitu simple sahaja. Premis mekdi hanya nak mewartakan pensijilan halal ke atas semua makanan-makanan yang dibawa masuk ke premis mereka. That's. 

Mekdi melakukan pengumuman, notis, maklumat tersebut secara bertulis semata-mata. Ia tak sampai ke tahap sportcheck beg satu persatu pelanggan dia la bodoh. Tang mana radikalnya? Sakai betul puak2 neh mainkan sentimen anti Islam. Seolah2 keji sangat pula Islam neh dibuatnya. 

Sebenarnya. Nga Kor Ming patut imbas kembali cerita octoberfest.

Masih ingat? Premis yang menjual arak dan memestakan penjualan arak?

Apakah boleh seorang muslim datang ke premis itu dengan bawa makanan sendiri, bawa minuman sendiri dan menghalang premis tersebut agar berhenti jual arak sebab kita nak makan dan minum bekalan kita dalam keadaan halal dan bersih?

Boleh ke? Tak boleh kan. Itu premis dia. Dia nak jual arak ke nak buat fest itu ini ke hak dia la. Sebab bisnes dia berlesen dan selagi mana dia tak langgar apa-apa undang-undang siapa kita nak persoalkan dia.

Cukup kita halang diri kita dari join benda tu sebab ia bercanggahan dengan polisi agama kita. Dan cukup kita tak mempromosikan arak sebagai satu gaya hidup sebab minum arak ialah mendorong ke arah gaya hidup yang tidak sihat. Di mana-mana negara pun setuju dengan amalan minum arak tidak baik untuk kesihatan. Bukan sesuatu yang muslim je sokong bahkan diiktiraf dalam bidang kesihatan juga.

Kita bicara secara tenang. Tanpa perlu kecoh-kecoh. Bukan dia paksa kita pergi ke premis dia pun kan.

Dalam isu McDonalds. Konsep yang sama digunapakai. Itu premis dia maka hak dia la nak mengenakan apa-apa peraturan pun. Jika kita ada masalah dengan peraturan tersebut kita jauhkan aje diri kita dari berkunjung ke tempat tersebut.

Isu McDonalds neh isu picisan yang sangat bodoh dibandingkan dengan isu Octoberfest. Macam isu Octoberfest kita persoalkan kepada ahli politik yang mempromosikan gaya hidup tidak sihat (aku takde masalah dengan pengiklanan di premis peribadi).

Isu McDonalds ialah isu kek. Yang mana McDonalds menetapkan setiap kek yang dibawa masuk untuk sambutan harijadi perlu la mempunyai logo halal. 

Selepas polisi tersebut diwar-warkan sebilangan manusia menjadi meroyan. Kononnya tertindas dan dizalimi Mcdonalds sebab tak dapat bawa kek sendiri masuk ke premis. Hak ala. Makanan fast food neh memang patut kena boikot doe. Jaga sikit tubuh badan dan kesihatan masing2. Jika sebab kek halal tu kau nak kurangkan atau boikot mekdi bagus juga. Hari2 badan kau menyelap suruh kau jaga badan elok2. Ko buat donno je. Bagus rupanya tindakan mekdi neh. Aku puji.

Hehe.

Berbalik kepada citer kek. 

Cuba kita semua fikir sejenak.

Berapa kali agaknya bebudak neh sambut harijadi di mekdi sampai sanggup buat gerakan nak boikot?

Berapa kali agaknya bebudak neh pergi mekdi bawa kek? 

Berapa kali agaknya bebudak neh sebenarnya benar2 makan kat dalam mekdi pun? Ntah2 banyak yang drive thru je.

Sembang bikin bimbang saja la puak-puak nak boikot neh pun. Aku pun ada terfikir-fikir juga sebenarnya. Apasal la pepuak neh bengang sangat dengan mekdi. Takan la dorang sampai fikir ke tahap yang mekdi akan periksa satu persatu kek yang dibawa pelanggan? Seriyus ke kau ingat macam tu? Ko silap la kalau kau ingat macam tu.

Kalau kau nak tahu, premis makanan berjenama neh tak kisah la mekdi ke ataupun bukan mekdi, memang menjadi kelaziman dorang menghalang apa-apa makanan luar masuk ke premis mereka tau. Tetapi sungguh pun begitu, di premis restoran keluarga kita melihat masih terdapat pihak-pihak yang ada je rajin bawa makanan luar. Contoh paling mudah dilihat di rangkaian fastfood KFC. Ada tak KFC sediakan satu polis khas untuk periksa beg pelanggan-pelanggan mereka? Takde kan. So point aku ialah, sama seperti larangan membawa masuk makanan dari luar, maka membawa masuk kek hanya logo halal adalah sebahagian dari makluman, notis atau pemberitahuan yang mekdi kena buat sebagai peringatan awal atau kita sebut POLISI perniagaan. Benda tu takde effect apa pun kalau ko lihat dari sudut yang cool dan bertenang. Jangan terpedaya dengan semangat racist yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak. 

Macam kau nak bawa kek dari rumah. Yang kau bake sendiri atau family kau bake. Kau rasa mekdi akan periksa diri kau ke sebelum kau masuk atau dia tiba-tiba datang dan halau kau dari premis bila nampak kau makan kek? Tak wei. Even dorang pun takan kisah nak check kek ko berlogo halal ke tidak. Melainkan kau terang2 mengaku "hello mekdi, ini kek babi, air babi, dan roti babi, ai nak makan dalam premis you.. so you nak buat apa? You jangan halau ai oke, ai akan lapor pbb ai kena tindas di negara ini sebab tak dapat kek dalam mekdi. Habis satu dunia kutuk you nanti". Takanlah ko bodoh sangat nak buat macam tu kan? Btw, hmm tak mustahil juga puak2 neh memang boleh bodoh sampai ke tahap tu. 

KAH KAH KAH!

Aku bukan backup Mekdi. Cuma aku stand atas tajuk je. Hak setiap premis mengenakan apa-apa polisi selagi mana polisi tersebut tak membebankan pelanggan dia. Ataupun menyusahkan pelanggan dia.

Dalam isu kek, nampak sangat benda neh polisi atas kertas. Iaitu tidak la sampai mekdi akan sediakan setiap polis di pintu masuk untuk periksa kau semua bawa kek ke tidak dan sebagainya. So untuk isu picisan macam neh, kot ye pun nak sangat makan kek yang mak kau buat dalam premis mekdi tak perlu la sampai wujudkan satu gerakan boikot bersepadu. Kelakar la wei. Sampai ulang-ulang main kat wall ko. Ahli parlimen DAP pula tu. Takan isu neh penting kot pada kau? Orang miskin pun belum tentu pernah jejak mekdi. Ini kau yang kaya raya boleh pula merengek macam hapa dok meroyan tak dapat makan kek dalam mekdi. Kritikal ke isu? Siapa yang mampos? Siapa tertindas? Siapa yang kena halau neh woi?


Bak kata Zuan Ismael. Orang muslim boikot mekdi atas tajuk kemanusiaan. Ada manusia dibunuh. Ada manusia kena bom. Isu neh begitu kritikal kerana kita bincang tentang tajuk penindasan dan bagaimana wang keuntungan hasil penjualan makanan fast food disalurkan untuk membiayai sebuah organisasi yang membunuh nyawa manusia macam nyawa ikan (aku ada pandangan berbeza, tapi aku sedang sampaikan point individu tersebut). Dan wakil rakyat DAP gila bengong neh boleh pula mempromosikan kempen boikot mekdi sebab tak dapat makan kek. Btw, berapa banyak kali kau nak makan kek kau akan pergi ke mekdi atau berapa banyak kali kau semua asal sambut harijadi mesti di mekdi? Mati ke tak dapat kek kat mekdi tu sebenarnya neh? 


Yang kelakar juga.  


Benda macam neh pun jadi isu. Aiyohh. Tak sesuai la dengan status dia sebagai ahli politik. Dah la agak mislead point pada gambar tu. Tambahan pula, DAP pun turut mempropagandakan agama untuk mendapatkan sokongan pengundi. Aku mengata kau. Kau mengata aku. Rupa2nya dua kali lima. Choii.

Cadangan aku kepada puak2 sotong yang tak pernah merasa susah dan dizalimi ikut erti kata sebenar-benarnya, berbalik la lawan isu-isu yang babitkan kepentingan orang miskin. Contohnya isu perumahan. Kenapa taknak bahas kaw-kaw sampai ke tindakan boikot beli rumah bagi mendesak semua pihak yang terbabit secara bersepadu? Sebab bisnes kapitalis kan? Nampak tak korang punya idelogi dan pemikiran tu macam mana? Malu doe. Negara lain berperang sebab ditindas. Kita berperang sebab isu makan kek. Jijik sial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...