Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 April 2017

Bodoh Punya Ustaz, Lembu Pun Lagi Berakal! - Netizens Kritik MAZA Kerana Sajak Bela Zakir Naik.

Pagi tadi, mufti Perlis yang juga penceramah tersohor, Ustaz Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA telah menulis satu sajak yang dipercayai didedikasikan buat pengkritik Dr. Zakir Naik, penceramah terkenal dari India yang diburu oleh kerajaan itu.

Sajak itu menjadi kontroversi disebabkan beberapa perkataan didalamnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di Malaysia.


"Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..
mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api penganut sati..", kata Maza dalam memulakan sajaknya.

"ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria.. wajarkah manusia diperlakukan sedemikian rupa.. betapa menghina insan sesama", sambungnya lagi.

Selepas memuatnaik sajak itu, MAZA dihentam teruk walaupun dari kalangan penganut Islam. Bagi mereka, MAZA tidak sepatutnya menyebut perkataan sensitif seperti 'mempertuhankan lembu', kerana ajaran Hindu tiada kaitan dengan tindakan penganut Hindu dalam Hindraf, yang mahu Zakir Naik keluar Malaysia.

MAZA seringkali mendapat sokongan padu netizens apabila setiap kali beliau mengkritik pihak tertentu namun kali ini, tindakannya membela Zakir Naik mengundang padah.

Respon netizens



MAZA, awak lebih baik dari ini kata netizens


Kami tak tuhankan lembu kata penganut Hindu



Dakwahlah dengan hikmah, nak buat laporan polis



MAZA sebenarnya antara tokoh agamawan yang disenangi oleh pelbagai lapisan bangsa dan penganut agama di Malaysia namun perselisihannya dengan Hindraf telah membuatkan penceramah popular itu 'hilang sabar'.

Untuk rekod, Hindraf dianggap sebagai kumpulan pelampau yang mewakili kaum india, Perkasa pula mewakili kaum melayu manakala Dong Zong mewakili kaum cina. 

Bagaimanapun netizens berharap agar tokoh agamawan itu menarik-balik status kontroversi itu dan melakukan permohonan maaf bagi menjaga keharmonian antara kaum. Menurut mereka, jika tokoh agamawan yang dianggap paling bertolenrasi tercemar dengan insiden berbaur racist, ia akan menjejaskan imej agama Islam di Malaysia. 

Bimbang dimanipulasikan

Sungguhpun tak kurang ramainya yang menyokong sajak tersebut, terdapat pihak yang bimbang jika sajak itu dimanipulasikan bagi membangkitkan sentimen perkauman terhadap kumpulan tertentu.

Sesetengah netizens menyuarakan kebimbangan jika ianya digunakan secara politik bagi mendorong sokongan diberikan kepada pihak tertentu yang dilihat sebagai 'benar dan betul' kerana mengizinkan Zakir tinggal di Malaysia.

Zakir Naik

Dr. Zakir Naik diburu oleh kerajaan India disebabkan organisasinya didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pro 'keganasan'. Zakir Naik turut dipercayai mempunyai hubungan 'meragukan' dengan Peace TV yang didakwa mempromosikan jihad dan ucapan berbaur perkauman menerusi rangkaiannya.

Menurut media India, Biro Perisikan dari negara itu mempunyai bukti kukuh yang jelas memaparkan beberapa kenyataan Zakir berbaur ancaman dan perkauman antaranya, membandingkan kesucian kuil emas dengan Mekah (Ka'aabah), mewajarkan tindakan pengebom berani mati, mengatakan pedang boleh digunakan bagi menukarkan kepercayaan penganut Hindu kepada Islam dan membuat komen-komen yang tidak menyenangkan tentang Hindusm.

Di Malaysia, pandangan masyarakat juga berbeza-beza apabila memberikan respon terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas Zakir Naik. Ada yang mempercayai dakwaan tersebut namun ada yang menolak dan memilih untuk menyokong Zakir Naik. 

Tak kurang juga ada yang mempersoalkan kewajaran rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri kerana 'orang asing'.

Berbeza pendapat

Pada awal minggu ini, kerajaan mengesahkan Zakir Naik berstatus penduduk tetap di Malaysia dan ia dianugerahkan kepada penceramah terkenal itu ketika beliau menerima gelaran Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013. Status PR antara pakej yang terkandung dalam pemberian gelaran tersebut. Bagaimanapun Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengatakan pemberian status PR adalah berbeza dari status warganegara.

Netizens menzahirkan pendapat yang berbeza tentang pemberian status PR itu dan ada yang mengecam kerajaan kerana didakwa menipu ketika menafikan ia pada tahun lepas.

Khamis, 20 April 2017

Dari Mana Pula PKR, AMANAH, DAP Dapat Dana Politik Soal PAS.

SURAH al-Hujuraat ayat 12 menyuruh orang orang beriman supaya jauhi prasangka yang terlarang (dalam keadaan tidak wajar kepada orang yg beriman) kerana prasangka sedemikian sebahagiannya dosa.
Gambar - Google
Jika kita mahu hidup dengan sentiasa menyibukkan diri mencari cari dan mereka-reka sehingga obses yang bertukar menjadi seolah-olah keimanan terhadap sesuatu yang rekaan fantasi diri sendiri, maka ketika itu kita akan ditipu diri sendiri.
Masyarakat luar yang merdeka dari apa yang kusut dalam kepala kita boleh menilai jelas sama ada kita ini berpijak pada realiti dan objektiviti atau tidak.
Kerana itu, pohonlah petunjuk Allah SWT.
Dalam soal fitnah pemimpin pemimpin PKR, PAN dan DAP terhadap PAS, jika PAS mahu, banyaklah yang boleh dibuat andaian andaian, teori teori penyaluran dana kepada PKR dan DAP khususnya kepada pemimpin mereka sendiri yang sedang satu persatu berdepan tindakan SPRM.
Rasuah dan penyelewengan di kalangan Pemimpin Umno dan BN sudah diketahui umum. Rakyat dah tahu besar kecilnya yang kini menggoncang negara. BN dan Umno wajib diturunkan.
Tapi menampilkan jalan keluar kepada rakyat mestilah pilihan yang bersih dan tidak rosak oleh budaya yang sama.
PAS sebagai Parti Islam sangat keras tindakan akar umbinya yang tidak akan berkompromi dengan apa-apa yang melanggar hukum hukum Allah. Pemimpin yang ada isu integriti tidak akan duduk lama dalam PAS. Mereka ditolak awal awal.
Kerana itu setiap pemimpin PAS diperhati dan jadi bahan kritik hatta perkara perkara yang kecil jika berlaku dalam parti lain, tapi sebesar gajah dianggap salah walaupun perkaranya kecil sahaja jika dikaitkan dengan pemimpin PAS.
Saya pun boleh berteori banyak punca penyaluran dana kepada PAN, DAP dan PKR.
Tun Daim, Mokhzani Mahathir, Taikun taikun Judi dan Hartanah dan pelbagai lagi kroni era Mahathir semuanya kita tahu bukan kepalang dana modal pemilikan mereka.
Rangkaian belakang DAP, yang berkeliling sekitar pemimpin PKR untuk projek projek di Selangor dan Pulau Pinang.
Banyak prasangka yang boleh diandai-andaikan.
Keterangan Raja Petra, malah dibuka lebih banyak maklumat lagi oleh Cikgu Bard tidak mengejutkan.
Itu baru bunga-bunga
.
Sebagai Parti Islam, PAS tidak merasa perlu menggelisahkan rakyat dari fokus menjayakan misi menggantikan regim pemerintahan BN yang sedang merosakkan negara ini dengan menimbulkan keraguan melampau kepada parti parti pembangkang yang lain pula yang juga punya misi yang serupa.
Kerana rakyat cuma ada dua pilihan. Kekalkan BN atau tukar dengan pilihan yang baru.
Rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih matang, berhemah, tidak caca marba dan sejahtera dalam pilihan mereka.
Kerana itu PAS amat berpada pada.
Isu SPRM Lim Guan Eng, PAS tidak panaskan. Isu terowong dan sistem pengangkutan baru yang berbillion di Pulau Pinang, pengambilan tanah, PAS belum mahu peningkan rakyat dengan teori dan andaian liar. Kita terima dan kaji dulu segala maklumat.
Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Selangor. Ketua AMK ditahan SPRM cuma bunga-bunga sahaja. Ketuanya ada. Rangkaiannya tentu diperhati pihak berkuasa.
PAS tetap dengan prinsipnya bahawa selagi kita meletakkan Islam dalam keadaan memimpin kita, maka sejahteralah akal kita, roh kita, hidup kita, badan kita, keluarga, negeri dan negara.
Berbilang kaum dan agama, hidup harmoni dan sejahtera dalam kemajuan dan kemakmuran dari negara yang baik pemimpinnya dan baik kualiti rakyatnya

Saya Kutip Sampah, Bawa Lori, Dekati Rakyat, Pembangkang Hanya Tahu Kutuk Sahaja - MB Perak.

Bercakap kepada pemberita, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mempersoalkan tindakan pembangkang yang gemar memperlekehkan usaha beliau yang kerap turun padang bagi meninjau kehidupan rakyat di Perak.

Zambry Kutip Sampah
Zambry Kadir - Menteri Besar Perak
Memetik laporan Agenda Daily, Zambry berkata pendekatan turun padang memberi kesan positif kepada kepada rakyat dan kerajaan negeri dalam langkah mendekati masalah rakyat.  

Di Perak program turun padang telah dibuat sejak dulu lagi dan kita turun ke bawah melihat permasalahan rakyat jadi janganlah hanya lihat daripada konteks politik sahaja.
Saya turun padang kutip sampah di Ipoh tapi kenapa pembangkang tidak ingin turun sama?
Jika dia bertanggungjawab sebagai wakil rakyat dia kena bersama-sama saya turun padang atau mungkin dia tidak kutip sampah kerana jijik. Bagaimanapun, apabila dia menghentam dan mengkritik usaha kami, tidak pula dia rasa jijik dengan perangai sendiri”, katanya.

Zambry turut mengkritik tindakan pembangkang yang gemar memperlekehkan program kerajaan negeri sebagai meraih publisiti murahan.
Mereka tidak pernah rasa selesa dengan pendekatan yang kerajaan ambil biarpun ia berkaitan kepentingan dan keperluan rakyat. Apatah lagi program permukiman dan Menteri Besar turun ke bawah ia juga dianggap satu publisiti murahan”, katanya lagi.

Selain dari mengutip sampah, Menteri Besar Perak itu juga pernah memandu lori sampah ketika memperkenalkan konsep 'kerjasama'. Konsep itu adalah sebahagian dari langkah kerajaan negeri bagi mendekati masalah rakyat.

Zambry juga menafikan program turun padang yang dilakukan beliau merupakan gimik politik dan lakonan murahan.
Menerusi program turun padang rakyat tidak memandang serong usaha tersebut malah kami semua tidak berlakon kerana ia budaya kerja yang diamalkan selama ini.
Tidak seperti pembangkang jika pilihan raya sudah hampir baru mereka mula turun memberi ceramah dengan mengutuk dan memaki hamun kerajaan sahaja”, katanya.

EXCO Johor Minta Maaf, Letak Jawatan Kerana Terlibat Dakwaan Rasuah.

Susulan pendakwaan 33 tuduhan kes rasuah yang dikenakan terhadapnya di mahkamah semalam, Abdul Latif Bandi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.

Gambar Oleh Sinar Harian.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Latif berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor dan menteri besar atas kepercayaan yang diberikan sepanjang menjadi exco negeri.

Latif turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat, rakan exco, NGO dan rakyat di Mersing yang memberi sokongan kepadanya untuk menjalani proses perundangan itu dengan seadilnya. Kenyataan berkenaan dikeluarkan peguambela dan peguamcara Adzly & Co petang tadi.

Abdul Latif Bandi, bersama seorang lagi individu yang juga perunding hartanah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baru atas pertuduhan rasuah membabitkan nilai lebih RM30 juta.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin untuk menerima suapan sebagai mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot  Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic, Pulai.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kes skandal hartanah Johor merupakan salah satu kes penyelewengan terbesar yang berlaku di negara ini, yang turut membabitkan pemimpin berprofil tinggi.

Itu Bukan Gambar Saya Kata Zairil - DAP 'Pening', Netizens Tak Percaya.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari akhirnya membuka mulut kepada media berkenaan penyebaran gambar-gambar intim yang dikaitkan dengan beliau bersama Dyana Sofea, bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan.

Bukan saya, ia photo fitnah

Memetik laporan Malaysiakini pada semalam, Zairil berkata penyebaran gambar-gambar itu merupakan satu fitnah.

"Bukan. Itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk menfitnah saya dengan serangan peribadi", katanya ringkas kepada pemberita.

Dyana bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan ketulenan gambar-gambar tersebut. Dyana turut membidas pihak tertentu yang dikatakan telah mencerobohi privasi hidup orang lain.

DAP 'pening kepala'

Pendedahan gambar buat kali ketiga membuatkan DAP tidak lagi mampu mengelak dari mengulas isu berkenaan secara terbuka.

Gambar oleh - Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Menurut sumber dalaman DAP (laporan Malaysiakini : Kissing Couple photo headache for DAP), penyebaran gambar-gambar itu telah memalukan DAP dan terdapat cakap-cakap yang bimbang jika kedua-duanya dicalonkan dalam PRU akan datang.

Ketua DAP Penang, Chow Kon Yeow, 'melepaskan' beban tanggungjawab untuk menguruskan skandal itu ke atas Zairil supaya beliau menjawab sendiri kepada media.

Zairil turut dilaporkan telah memberi penjelasan kepada Lim Guan Eng berhubung isu itu. 

Netizens tidak percaya

Bagaimanapun penafian Zairil menerima gelak-tawa netizens. Mereka turut membuat pelbagai versi troll untuk mengejek penafian Zairil.

Gambar oleh - Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Ada juga yang mencabar agar laporan polis dibuat untuk membuktikan ia benar-benar gambar fitnah dan edit bagi membuktikan dakwaan Zairil memandangkan penyebaran gambar-gambar itu menjejaskan reputasi DAP dan mereka yang terkait.

Hilang undi melayu, isteri


Terdapat pendapat yang mengatakan DAP perlu berhati-hati dalam menanggani kes ZD (Zairil - Dyana). Ini kerana penyebaran gambar-gambar itu mencetuskan beberapa implikasi negatif ke atas reputasi DAP.

DAP bukan sahaja akan dituduh sengaja menolak ruu355 kerana menyokong gaya hidup melayu liberal dan sekular malahan akan dituduh menyokong perosak rumahtangga dan membela suami yang curang. Sudah tentu ia memberikan impak ke atas para isteri dan feminis yang cukup anti pada pasangan yang curang. 

DAP juga akan dituduh bersikap hipokrit, kononnya menjaga hak wanita namun dalam masa yang sama, hak isteri yang dicurangi pasangan diabaikan dalam organisasi sendiri.

Di Malaysia, selebriti atau mana-mana pihak yang menjadi mangsa kecurangan rumahtangga sering mendapat sokongan padu dari masyarakat.

"Taknak Salam Dengan Khadam DAP", Kata Pemimpin PAS Ini Kepada Nizar.

Tular di media sosial beberapa hari ini tentang kelakuan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dikatakan bersikap sombong ketika Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin menghulurkan tangan untuk bersalaman. 

Pertemuan itu yang kononnya berlaku di perkarangan mahkamah ketika berhadapan dengan satu tuntutan kes saman Nizar terhadap Razman. 

Taknak salam

Gambar Yang Viral
"Tak salam dengan khadam DAP", kata DS Nizar seperti yang dipetik menerusi komen WhatsApp. Bagaimanapun pihak kami masih menunggu pengesahan dari PJ PAS Perak berhubung insiden ini.

Tindakan saman itu yang bertitik-tolak dari satu laporan berita yang disiarkan pada tahun 2015 di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. Nizar menfailkan tuntutan saman sebanyak 3 juta berikutan mendakwa laporan itu berunsur fitnah.
Pada tahun lepas, Mahkamah Seksyen Ipoh mencadangkan kes saman fitnah yang difailkan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ke atas pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria diselesaikan di luar mahkamah.
Mohamad Nizar bersetuju dengan cadangan penyelesaian tersebut tetapi beliau meletakkan syarat agar Razman memohon maaf terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.
Razman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagaimanapun enggan memohon maaf terhadap dakwaannya itu dan menuntut kes tersebut dibicarakan.
Dari undi DAP, baik undi MCA
Dalam pada itu, tular juga di media sosial kononnya PJ PAS Perak itu turut menyatakan lebih baik mengundi MCA atau GERAKAN daripada mengundi DAP.
"Dari undi cina DAP, lebih baik undi cina MCA atau GERAKAN. Dari undi melayu PAN, PKR & BERSATU, lebih baik undi melayu PAS dan UMNO", katanya seperti yang tersebar di laman sosial.
Tinjauan kami mendapati PJ PAS itu dikritik oleh penyokong-penyokong AMANAH menerusi ruangan komen fb PJ PAS Perak berikutan penyebaran status berkenaan, namun status yang ditangkaplayar itu tidak dapat dikesan dari facebook Razman Zakaria. 
Pihak kami tidak dapat memastikan jika status tersebut telah dipadamkan dan sedang menunggu pengesahan lanjut dari pihak yang berkenaan.

Isu Dana Berjuta Dari John Soh - Chegu Bard Buat SD, Jawab Dakwaan Rafizi & Takiyuddin.

Oleh : Chegu Bard




Saya telah membuat akuan bersumpah ekoran nama saya (che'GuBard) telah disebut dengan jelas) dalam sidang media Rafizi Ramli di hadapan Ibu Pejabat SPRM dan oleh Takiyuddin Hassan dalam kenyataan dia bertarikh 13 April. Bagi saya kedua - dua individu ini merupakan ahli politik yang gopoh dan tidak pun membaca sumber asal tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html .




Saya tidak ada kena mengena dengan tuduhan Rafizi atau mana - mana individu dalam PKR menerima dana dari tokoh korprat bernama John Soh yang kini dalam penjara di Singapura. 

Yang saya tegaskan dalam artikel tersebut ialah keperluan untuk Rafizi dan beberapa individu yang dinamakan Petra termasuk Azizah dan Anwar menjelaskan peranan dan sumbangan John Soh berapa jumlah dan bagaimana digunakan, jika tidak ia bakal menjadi fitnah dan bakal melemahkan jentera khususnya menjelang pilihanraya umum. Jumlah RM26 juta yang disebut itu malah dinyatakan jumlah yang diberikan kepada Anwar dan Azizah jauh lebih banyak amat perlu ditangani dengan bijaksana jika tidak ia akan dipercayai umum. Jika tidak benar nyatakan jumlah sebenar dan bagaimana wang tersebut digunakan perlu dimaklumkan.

Ia tidak boleh dijawab dengan penafian, serangan label negatif kepada Petra dan mustahil orang mempercayai individu yang dinamakan termasuk Rafizi tidak mengenali John Soh kerana sememangnya dia berperanan dan pernah menjadi antara penyumbang kewangan utama dalam PKR.

Artikel itu saya tulis bila nama John Soh diseru dan dalam keadaan ramai pimpinan PKR bukan saja tidak mengakui sumbangan John Soh malah tidak mengakui mengenalinya, ini sangat tidak baik sudahlah tidak ada usaha membantu dia yang dalam tahanan di Singapura. Apa pun kritikan kita kepada John Soh kena akui apa yang dirasai sedikit kejayaan PKR hari ini ada melibatkan sumbangan John Soh.


Saya nasihatkan semua khususnya kepada Rafizi dan Takiyuddin supaya membaca penuh tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html sebelum memberikan sebarang komen khususnya bertindak jahat mengaitkan saya.



Saya bersedia mempertahankan setiap patah perkataan dalam tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html , jika ada yang tidak puas hati atau merasakan saya menipu boleh membuat laporan polis dan saya bersedia diambil tindakan undang - undang.



Dalam tulisan saya juga saya nyatakan dengan tegas  sumbangan John Soh tetap berbeza dengan isu Pas mendapat dana 'gelap' dari Najib kerana menerima dana dari musuh politik dengan menerima dana dari penyokong sangat - sangat berbeza.

Kita melawan Umno Bn dari aspek korup dan gagal mengurus dana dengan baik namun adakah bila kita nampak ia berlaku di keliling kita maka kita kena diamkan ? Jangan kita mengata ke Umno Bn tetapi kita sama sahaja orang dedahkan korup kita pecat tapi korup antara kita kita diamkan itu munafiq namanya.

Saya juga meminta Takiyuddin dan Rafizi menarik balik kenyataan mengaitkan saya secara salah dan jahat. Saya menyifatkan taktik kedua - dua ini memetik nama saya dengan cara salah bagi menutup saranan dan maksud tulisan saya yang sebenar. Saya rakamkan ayat coretan terakhir saya dalam artikel yang dimaksudkan "Catatan ini dicoret dalam penuh menjaga adab agar tidak tercatat perkara yang terlalu bersifat dalam 'kelambu'. Catatan ini hanya bersifat saling mengingatkan bukan menyerang sesiapa."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...